Tapak Warisan Dunia di Peru. docx (1)

PENGENALAN
Tapak warisan merupakan khazanah sejarah yang berharga kepada sesuatu negara
yang mengambil manfaat dari tapak tersebut melalui beberapa kaedah yang
mampu menghasilkan jaringan dan peluang ekonomi seperti pelancongan secara
spesifiknya. Perkara ini menunjukkan bahawa tapak warisan merupakan satu aset
yang bernilai sekali gus mendorong kepada perlu adanya usaha pemeliharaan dan
pemuliharaan sesuatu tapak warisan agar tidak berdepan isu-isu yang boleh
melenyapkan kredibilitinya sebagai sebuah warisan sejarah bagi mana-mana
negara. Dalam konteks ini, sesebuah tapak, monumen, bangunan dan sebagainya
diangkat menjadi sebuah tapak warisan apabila disenaraikan dan mendapat
pengiktirafan daripada Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kebudayaan, Saintifik dan
Pendidikan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai sebuah tapak yang
mendapat pengawasan dan perlindungan sepenuhnya di bawah badan tersebut
secara tidak lansung.
Di negara Peru yang terletak sebelah barat Amerika Selatan juga telah
mendaftarkan beberapa tapak warisan untuk diiktiraf oleh pihak UNESCO. Antara
banyak tapak yang disenaraikan, hanya 13 tapak warisan yang telah diterima
setelah memenuhi beberapa kriteria dan produser yang digariskan oleh UNESCO
sendiri. Uniknya bagi negara Peru adalah sejarah kawasan tersebut yang pernah
menjadi sebahagian daripada emapayar Inca yang merupakan suatu bangsa yang
agung sekitar abad ke-15. Justeru, banyak tapak warisan yang diiktiraf oleh UNESCO

meliputi tinggalan-tinggalan kebudayaan masyarakat Inca di samping beberapa
kebudayaan masyarakat yang juga wujud pada era tersebut. Bukan itu sahaja,
tapak-tapak warisan yang ada di Peru juga memaparkan tinggalan penjajahan
Sepanyol ke atas negara Peru pada abad ke-16 selepas berjaya menggulingkan
pemerintahan empayar Inca di Peru. Negara ini sendiri menyaksikan putaran
sejarahnya yang tersendiri di mana Francisso Pizarro yang mengetuai penaklukan
ke atas Peru (1531-1533) telah mengubah landskap kebudayaan masyarakat
tempatan yang pada ketika itu mengadaptasi kebudayaan Inca dengan mencampuri
beberapa unsur yang bersifat kebaratan spesifiknya dari segi seni bina bangunan. 1
Pembahagian tapak-tapak warisan di Peru terdiri daripada tiga kelas utama
yang meliputi tapak warisan jenis budaya, semula jadi dan campuran iaitu
gabungan antara tapak warisan budaya dan semula jadi. Pengurusan ke atas tapaktapak ini adalah bertunjangkan daripada pelan yang dirangka oleh Kementerian
Kebudayaan Peru sendiri. Antara tapak-tapak yang telah disenaraikan adalah
seperti berikut;

BUDAYA
Tapak
Arkeologi
ChanChan
Kota Cuzco

Tapak Arkeologi Chavin
Historic Centre of Lima
Bandar Arequipa
Lines of Nazca

SEMULA JADI
Taman Negara Huascaran

CAMPURAN
Machu Pichu

Taman Negara Manu

Taman Negara Rio Abiseo

1 Peru World Heritage Centre, Dalam (www.unesco.com). Diakses pada 10 November 2014

Sacred City of Caral-Supe
1.0 TAPAK-TAPAK WARISAN JENIS BUDAYA DI PERU


1.1 Tapak Arkeologi Chan-Chan
Tapak Arkeologi Chan-Chan telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh
UNESCO pada tahun 1986. Tapak ini merupakan tapak peninggalan kerajaan Chimu
di Peru yang telah menjadikan wilayah bernama Chan-Chan sebagai pusat
pemerintahan mereka. Kerajaan Chimu ini mencapai mercu kegemilangan pada
sekitar abad ke-15 iaitu tidak berapa lama sebelum ditakluk oleh bangsa Inca.
Tapak kerajaan ini teletak di lembah subur Sungai Moche atau dikenali juga sebagai
Santa Calina. Keunikan tapak warisan ini adalah ianya merupakan sebuah bandar
besar yang mengaplikasikan penggunaan tanah liat dalam struktur bangunan.
Bandar ini sekali gus berfungsi sebagai pusat pemerintahan yang dibahagikan
kepada sembilan bahagian utama yang merangkumi kubu kota serta istana.
Tapak ini juga telah diklafikasikan sebagai sebuah tapak peringatan yang
berkeluasan enam kilometer persegi di tengah-tengah 21 kilometer persegi sebuah
bandar yang terdiri daripada sembilan kompleks berbentuk segi empat tepat (kubu
kota dan istana) yang dibina secara terancang dan dikelilingi oleh dinding-dinding
tebal yang diperbuat daripada tanah liat. Di tapak ini bangunan-bangunan seperti
kuil, rumah kediaman dan rumah stor telah disusun dan didirikan sekitar kawasan
yang terbuka berserta takungan air dan pusat pengurusan jenazah. Perancangan ini
adalah bersifat sistematik dengan setiap bangunan yang didirikan mampu
menggambarkan seni bina menggunakan tanah liat yang diaplikasikan oleh

Kerajaan Chimu. Dinding-dinding dari tanah liat yang didirikan mengelilingi setiap
bangunan disertakan dengan ukiran friezes yang mempamerkan beberapa seni
ukiran seperti ukiran dalam motif abstrak selain ukiran yang memperlihatkan unsur
kebudayaan masyarakat serta yang dalam bentuk zoomorphical.
Di setiap
sembilan kompleks ini juga, terdapat 32 tapak berkeluasan sederhana yang menjadi
tempat penghasilan bagi sektor-sektor produktiviti seperti sektor ukiran kayu dan
penghasilan bahan-bahan besi. Terdapat juga kawasan pertanian yang luas dan
sistem pengairan yang ditemui di bahagian selatan, timur dan barat bandar
tersebut. Dalam konteks ini, Sungai Moche dan Chivama menjadi nadi penting bagi
mengairi kawasan-kawasan tersebut di mana terdapat terusan sepanjang 80
kilometer telah dibina dalam kawasan Chan-chan sepanjang era ketamadunan
bangsa Chimu.2

1.1.1 Kriteria Tapak Arkeologi Chan-Chan sebagai Tapak Warisan Dunia
Terdapat beberapa kriteria yang diketengahkan oleh Kementerian Kebudayaan Peru
dan mendapat kelulusan dari pihak UNESCO sendiri terhadap Tapak Arkeologi ChanChan iaitu;
2 World Heritage Centre, 2006. Documents, Chan-chan Archaelogical Zone. Dalam
(http://unesco.org). Diakses pada 23 Oktober 2014


i.

ii.

Tapak Arkeologi Chan-Chan merupakan salah satu bukti kesenian agung
masyarakat pra-Columbian Amerika dari segi penataan sebuah bandar
yang menggunakan medium tanah liat dalam kebanyakan infrastruktur
bangunan.
Tapak Arkeologi Chan-Chan telah memperlihatkan keunikan seni bina yang
mewakili kebudayaan dalam Kerajaan Chimu setelah berlakunya evolusi di
bahagian selatan Peru selama sebelas tahun. Seni bina ini secara
keseluruhan menggambarkan penyatuan dalam konteks simbolik dan
kesucia agama yang disesuaikan dengan ilmu teknologi serta
pengadaptasian terhadap alam persekitaran.

Dari segi corak binaan, tapak arkeologi ini masih memperlihatkan ciri-ciri
sebenar bagi sebuah landskap monumen bandar yang pernah menjadi ibu kota
Chimu di mana penyusunan hierarki dalam konteks penyusunan bangunan
memperlihatkan ketinggian politik, sosial, teknologi, ideologi dan pencapaian
ekonomi yang membanggakan dalam kalangan masyarakat Chimu sekitar abad

kesembilan serta lima belas. Keaslian seni bina yang berunsurkan dekorasi
keagamaan serta pengunaan material tanah liat sebagai medium binaan pula
secara tidak lansung telah mempamerkan kebijaksanaan masyarakat Chimu
dalam aspek teknologi pembinaan bangunan. Hal ini demikian kerana, untuk
mendirikan sebuah bangunan yang di mana bahan utamanya adalah tanah liat
semata-mata amat memerlukan kepakaran dan kemahiran yang tinggi. Perkara
inilah yang menjadikan Tapak Arkeologi Chan-Chan diangkat menajadi Tapak
Warisan Dunia berikutan keunikan seni bina yang dimiliki.

1.2 Tapak Arkeologi Chavin
Tapak Arkeologi Chavin telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia di Peru oleh
UNESCO pada tahun 1985. Tapak ini merupakan sebuah tapak yang dinamakan
bersempena dengan kebudayaan masyarakat yang telah berkembang dalam abad
ke-15 dan abad ke-5 Sebelum Masihi di lembah tinggi yang dinamakan sebagai
Lembah Tinggi Andes dalam wilayah yang dinamakan Huari. Tapak arkeologi ini
merupakan pusat upacara keagamaan dan tempat melakukan haji bagi penganut
Agama Andes selain menjadi pusat untuk penting dalam menjalankan aktiviti
penyebaran ideologi, kebudayaan sosial serta agama. Penyebaran agama yang
dilakukan oleh masyarakat ini tertumpu di beberapa wilayah yang lebih luas
daripada Andes di bahagian utara, selatan serta kawasan hutan tinggi Peru.

Chavin dikenalpasti juga sebagai salah satu tapak pra-Columbian paling awal
dan antara yang terkenal merujuk kepada seni hiasan dan teknik pembinaan
bangunan yang diaplikasikan pada masa tersebut. Pengaplikasian kesenian yang
merupakan sebahagian daripada adat istiadat serta kebudayaan masyarakat yang
tinggal di Chavin boleh dilihat menerusi teknologi seni bina dan simbolik-simbolik
yang digunakan dengan kebanyakan bangunan bercirikan batu sebagai teras
bahan binaan bangunan. Malahan terdapat juga sistem galeri yang memperlihatkan
dekorasi unik dalam bangunan selain terdapatnya sistem perparitan yang belum
pernah dibina dalam rantau Amerika Selatan pada ketika itu. Bangunan-bangunan
yang terdapat di tapak ini juga kebanyakkannya dihiasi dengan simbolik-simbolik
berbentuk ikonografi, antropomorfik dan zoomorfik dengan nilai estetika yang

tinggi. Simbolik-simbolik yang digunakan ini berupa ukiran timbul yang dilukis
misalnya pada batu nisan, tiang dan patung-patung batu monolitik. Chaavin
Kaahumanu, Raimondi Stela, Tello Obelisk dan Falconidae Portico antara ukiranukiran terkenal yang dibuat sekali gus menjadi bukti kesenian masyarakat Chavin
yang luar biasa.3 Perkara inilah juga yang menjadikan Tapak Arkeologi Chavin
sebagai salah satu monumen yang unik dan mendapat perhatian dunia.

1.2.1 Kriteria Tapak Arkeologi Chavin sebagai Tapak Warisan Dunia
Antara kriteria-kriteria yang menjadikan Tapak Arkeologi Chavin diiktiraf sebagai

Tapak Warisan Dunia pada tahun 1985 antaranya adalah kerana tapak tersebut
merupakan salah satu tinggalan purba Amerika Selatan yang memperlihatkan seni
bina luar biasa, kecanggihan teknologi dan penciptaan simbolik oleh masyarakatmasyarakat awal pra-Columbian di bahagian Andes dalam negara Peru. Bangunanbangunan yang terdapat dalam tapak ini juga memperlihatkan keunikan menerusi
simbolik-simbolik dengan unsur ikonografi, antropomorfi dan zoomorfik berupa
jaguar, ular dan burung gagak di mana wajah manusia ditambah di sana-sini selain
terdapatnya sistem galeri dalaman dengan dekorasi indah. Selain itu, tapak ini juga
merupakan pusat penting penyebaran ideologi, budaya dan agama di bahagian
Andes.4
Secara dasarnya, boleh dikatakan bahawa antara kriteria-kriteria yang
menjadikan Tapak Arkeologi Chavin sebagai antara tapak warisan dunia adalah
merangkumi konsep seni bina, eka bentuk bangunan serta perancangan tanah yang
unik dan wajar dipertahankan. Bukan itu sahaja, ciri-ciri seni bina ini secara tidak
lansung telah menggambarkan konotasi ideologi, simbolik agama, serta
perlambangan budaya yang menjelaskan mengenai fungsi seni bina secara
khususnya. Perkara ini juga dapat menggambarkan masyarakat Chavin yang telah
melalui proses evolusi sejarah dalam konteks perbezaan tahap pembinaan
bangunan mengikut budaya yang diamalkan. Antara penemuan penting dalam
tapak ini adalah bagaimana tapak tersebut telah berperanan sebagai pusat ‘haji’
dan tempat melakukan upacara agama yang terbesar merujuk kepada ikonografi
seni bina yang telah digunakan kerana dikatakan lebih bercirikan keagamaan. 5 Hal

ini dapat dibuktikan menerusi ruangan dan struktur monumen yang masih tidak
berubah.

1.3 Kota Cuzco (The City of Cuzco)
Kota Cuzco yang terletak pada ketinggian 3,400 Meter dari paras laut terletak di
sebuah lembah subur berdekatan sungai di tengah-tengah kawasan Andes. Kota ini
terletak di bawah pemerintahan Raja Inca yang digelar Inca Pachacuteq (Tito Cusi
Inca Yupanqui) dan berperanan sebagai pusat bandar yang lengkap dengan fungsi
3 Silverman, Helaine, 2006. The Historical of Cusco as an Open-Air site Musuem, In
Archaelogical Site Museums In Latin America, ei=dited by Helaine Silverman:
Gainsville:University Press of Florida.
hal. 159-183
4 Ibid, hal 180
5 Ibid, hal 181

agama dan polisi pentadbiran yang berbeza. Kota ini dikelilingi oleh kawasan yang
pesat dibangunkan dengan aktiviti pertanian, pertukangan dan pengeluaran
perindustrian. Kota ini sebenarnya telah direka semula dan diubahsuai selepas praproses pendudukan Empayar Inca lebih daripada 3000 tahun sekali gus dijadikan
ibu kota bagi empayar tersebut antara abad ke-15 dan ke-16.
Dalam kota ini, bangunan-bangunan yang dijadikan sebagai pusat

keagamaan dan pemerintah dilengkapi dengan kediaman-kediaman eklusif bagi
keluarga diraja sehingga membentuk susunan bangunan dengan teknologi
pembinaan mengunakan teras bahan daripada batu yang memperlihatkan nilai
estetika yang tinggi dalam konteks struktur binaan seperti Kuil Matahari
(Qoricancha), Sunturcancha, Kusicancha yang tidak mampu lepas daripada ciri-ciri
bangunan urbanisme masyarakat Inca.
Walaupun berlaku penaklukan penjajah Sepanyol pada abad ke-16, struktur
bangunan Kota Cuzco ini kekal terpelihara namun terdapat pembinaan kuil-kuil,
biara dan beberapa kediaman yang bersaiz besar. Terdapat juga bangunanbangunan baru yang telah didirikan mengikut gaya Baroque di barat namun
mengalami penyesuaian dengan seni bina tempatan sekali gus memperlihatkan
kualiti konfigurasi yang tinggi dan unik. Bangunan seumpama ini secara tidak
lansung mewakili bukti penjajahan awal di Peru selain gabungan budaya barat dan
tempatan. Sinkretisme luar biasa yang terdapat dalam kota ini dibuktikan bukan
sahaja melalui struktur fizikal tetapi juga melalui ekspresi seni kerajaan penjajah
Sepanyol. Hal ini telah menjadikan Kota Cuzco sebagai tinggalan yang penting
untuk adat dan tradisi penduduk selain penting dari segi penciptaan seni
keagamaan dan pengeluaran. Kota ini juga telah mengekalkan monumen yang
memperlihatkan gabungan luar biasa dari budaya Inca dan bandar kolonial seperti
rumah jongkok bercat putih, istana dan gereja-gereja Baroque.6


1.3.1 Kriteria Kota Cuzco sebagai Tapak Warisan Dunia
Kota Cuzco telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun
1983 kerana menepati kriteria;
i)

ii)

Kota Cuzco merupakan bukti tinggalan tamadun Inca purba dan pusat
pemerintahan Tawantinsuyu (Raja Inca) yang telah melakukan
pengendalian politik, agama dan sosial antara abad ke-15 hingga 16.
Bandar ini menempatkan pembangunan budaya asli dan autonomi dalam
kawasan Andes dan berusia 3 000 tahun.
Merupakan pencapaian bandar dan seni bina unik dalam konteks
penempatan politik, ekonomi dan budaya yang penting semasa era praColumbian di Amerika Selata. Ianya juga merupakan pertemuan dua
budaya berbeza antara budaya Inca dan Sepanyol yang telah
menghasilkan sinkretisme budaya melalui bentuk seni bina bangunan.

Keaslian Kota Cuzco telah disokong oleh bukti-bukti fizikal dalam aspek
komposisi bandar di jalan-jalan dan dataran, susun atur, nilai-niai dan seni bina
6 Silverman Helaine, 2006, Cultural Resource management and Heritage Management in
Peru. CRM: The Journal of Heritage Stewardship 3: 57

bandar serta penggunaan budaya Inca dengan seni bina kolonial. Keaslian tapak ini
juga disokong oleh dokumen-dokumen abad ke-16 yang dikumpulkan.

1.4 Pusat Sejarah Lima (Historic Centre of Lima)
Pusat Sejarah Lima dikenali juga sebagai ‘Ciudad de los Reyes’ atau Kota Raja yang
terletak di lembah Rimac dan telah didirikan oleh penjajah Sepanyol di bawah
Francisso Pizarro pada Januari 1535 dalam wlayah yang diterajui oleh pimpinan
Chiefdom dari Rimac. Kawasan Lima ini merupakan modal politik, pentadbiran,
agama dan ekonomi yang penting kepada penjajah Sepanyol di Amerika Selatan.
Bandar Lima telah memainkan peranan penting dalam sejarah dunia baru dari
tahun 1542 sehingga 1800. Kebanyakan bangunan dalam bandar ini telah
mendapat penterjemahan daripada proses penginjilan pada zaman tersebut
sehingga terbina banyak gereja-gereja, biara, rumah sakit, sekolah, dan universiti
(San Marcos University). Kehidupan sosial dan budaya masyarakat penjajah
Sepanyol telah memenuhi segenap kawasan.

1.4.1 Kriteria Pusat Sejarah Lima dijadikan Tapak Warisan Dunia
Pusat Sejarah Lima telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada
tahun 1988 kerana menepati kriteria;
i)

Memperlihatkan seni bina dan pembangunan bandar dalam konteks
sebuah bandar kolonial Sepanyol yang bermotifkan kepentingan politik,
ekonomi dan budaya di Amerika Latin. Ianya juga memperlihatkan aspek
pembudayaan barat melalui seni bina, teknologi, estetika, nilai-nilai
sejarah dan bandar di Peru.

Keaslian Pusat Sejarah Lima boleh dilihat menerusi pengekalan ciri-ciri asal
reka bentuk asas bandar seperti bangunan bentuk kotak sehinggalah lalu lama
penjajah Sepanyol meneuju ke utara Chinchasuyo dan timur Antisuyo. Bangunanbangunan ini juga disesuaikan dengan persekitaran serantau dari segi ketersediaan
bahan, cuaca, gempa bumi dan keperluan masyarakat. Begitu juga, penggunaan,
fungsi dan tradisi yang berkaitan dengan kehidupan di bandar ini memberikan Pusat
Bersejarah Lima watak sendiri, ketunggalan dan identiti. 7

1.5 Bandar Arequipa
Arequipa didirikan oleh segelintir penjajah Sepanyol pada tahun 1540. Bandar ini
merupakan sebuah lembah yang telah dibangunkan oleh masyarakat penjajah
Sepanyol yang menyumbang kepada pembentukan topografi kawasan tersebut.
Buktinya dapat dilhat menerusi sebuah dusun asli yang masih wujud berdekatan
dengan Pusat Sejarah dalam daerah San Lazaro. Tapak warisan dunia ini terdiri
daripada 49 blok asal yang disusun atur oleh Sepanyol (tidak termasuk tiga blok
7 Silverman Helaine, 2006, Cultural Resource management and Heritage Management in
Peru. CRM: The Journal of Heritage Stewardship 3: 57

berdekatan dengan Mercado San Camilo yang tidak disenaraikan berikutan lebih
kepada gaya barat selain terdapat 24 blok dari zaman penjajahan pada abad ke-19.
Terdapat lima tempoh pembangunan bandar ini seperti yang direkodkan oleh
Kementerian Kebudayaan Peru seperti Yayasan Kampung (1540-1784), pembinaan
Baroque (1582-1784), penerapan tradisi Rococo dan neoklasikisme (1784-1868)
serta tempoh empirisme moden dan fesyen neoklasik (1868-1960) selain beberapa
reka bentuk kontemporari. Kelebihan seni bina Arequipa bukan sekadar tertumpu
pada kemegahan monumen keagamaan yang ditonjolkan tetapi juga meliputi
bentu-bentuk kediaman vernakukar yang bersifat professional.

1.5.1 Kriteria Bandar Arequipa sebagai Tapak Warisan Dunia
Bandar telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 2000
kerana menepati kriteria;
i)
ii)

Struktur hiasan di pusat bersejarah Arequipa merupakan karya integrasi
kreatif dan asli Eropah di Peru yang menjadi ciri-ciri penting untuk
ekspresi budaya masyarakat barat.
Pusat sejarah Arequipa merupakan bukti tinggalan yang memperlihakan
kebijaksanaan golongan kolonial untuk beradaptsi dengan keadaan alam,
pengaruh adat serta proses penginjilan yang berlaku

1.6 Garis-garis Nazca (Lines of Nazca)
Garis-garis Nazca merupakan sebuah Tapak Warisan Dunia yang terletak di dataran
gersang pantai Peru kira-kira 450 KM2 ke selatan Lima di bawah kaki bukit Andes.
Garis-garis yang tercorak pada permukaan tanah antara 500 SM merupakan antara
teka-teki terbesar arkelogi kerana kuantiti, jenis, saiz dan kesinambungan garisgaris tersebut menggambarkan makhluk hidup, tumbuh-tumbuhan, makhluk
khayalan serta tokoh-tokoh geometri beberapa kilometer yang dipercayai
mempunyai fungsi dalam ritual astronomi. Garis-garis Nazca ini menggambarkan
prestasi membanggakan masyarakat yang wujud pada ketika itu dalam dimensi dan
kepelbagaian seni dunia prasejarah. Bentuk-bentuk unik yang dicorakkan
menggambarkan bagaimana garis-garis tersebut telah ditutup dengan pasir yang
mengandungi besi dan batu dari patina gelap yang ampuh. Ianya juga menunjukkan
bagaimana penghapusan kerikil untuk membentuk corak-corak demikian berlaku
sekali gus mendedahkan strata berwarna lebih terang yang agak kontras dengan
kerikil gelap.8
Garis-garis Nazca disenaraikan juga sebagai kelompok yang paling cemerlang
dalam konteks ‘geoglyphs’ di seluruh dunia. Namun kawasan ini masih menjadi
misteri yang tidak mampu dirungkaikan oleh ahli-ahli arkeologi merujuk kepada
kuantiti, sifat, saiz serta kesinambungan yang dihasilkan menerusi garisan-garisan
tersebut. Keampuhan dan penjajaran garisan serta kesinambungan budaya yang
ditonjolkan menunjukkan bahawa garis-garis tersebut melalui jangka masa yang
8 Silverman Helaine, 2006, Cultural Resource management and Heritage Management in
Peru. CRM: The Journal of Heritage Stewardship (3): 55-57

lama untuk disiapkan selain strukturnya yang bersifat tahan lama. Kajian-kajian
yang telah dilakukan telah menyimpulkan bahawa kesinambungan budaya
masyarakat yang mendiami kawasan tersebut boleh dibahagikan kepda tiga fasa
kronologi iaitu;
i)

ii)

iii)

Fasa yang menyamai tempoh perkembangan kebudayaan masyarakat
Chavin (500-300 SM) dengan adanya pengaplikasian teknik-teknik yang
membentuk angka melalui penumpukan pada batu. Perkembangan ini
merupakan tempoh yang penting dalam konteks
budaya di rantau
Andean melalui pengaruh besar yang disumbangkan oleh masyarakat
Inca.
Fasa perkembangan tempatan yang dikenali sebagai Paracas (400-200
SM). Fasa ini telah memperlihatkan penyesuaian budaya ke atas
permukaan kawasan yang gersang serta memerlukan kemahiran yang
tinggi dalam konteks kesenian.
Fasa Nazca yang sebenar antara (200-500 SM) yang budayanya berasal
dari Kota Paracas serta memiliki kemahiran pembuatan tembikar dan
tekstil.

1.6.1 Kriteria Garis-garis Nazca sebagai Tapak Warisan Dunia
Garis-garis Nazca atau ‘Lines of Nazca and the pampas of Jumana’ merupakan
sebuah tapak yang menakjubkan kerana garis-garis yang terdapat atas permukaan
tapak ini hanya boleh dilihat menerusi menara tinggi, kapal terbang ataupun dari
angkasa. Garis-garis ini dibuat dalam skala yang besar atas permukaan tanah yang
membentuk ratusan garis lurus, bentuk geometri selain beberapa figura zoomorfik
yang memperlihatkan bentuk entiti seperti rekaan manusia, burung kelicap, labahlabah, jerung, harimau bintang, cicak, ikan dan monyet. Atas keunikan tersebut,
UNESCO akhirnya telah mengiktiraf kawasan ini sebagai Tapak Warisan Dunia pada
tahun 1994 yang cepat menarik perhatian pelancong dari seluruh dunia.

1.7 Kota Suci Caral-Supe (Sacred City of Caral-Supe)
Kota Suci Caral-Supe merupakan sebuah Tapak Warisan Dunia di Peru yang
mencerminkan kebangkitan peradaban di bahagian Amerika Selatan. Kota ini telah
memperlihatkan bagaimana perkembangan sosio-politik yang positif dalam
kawasan ini sehingga membawa kepada pembangunan pesat perumahan di
Lembah Supe dan beberapa kawasan yang lain. Kota suci ini telah memperlihatkan
gabungan reka bentuk dan komponen seni bina dari negara-negara yang terdapat
dalam Amerika Selatan.9

1.7.1 Kriteria Kota Suci Caral-Supe sebagai Tapak Warisan Dunia
9 Navrud, S., 2005, Valuing cultural heritage: lessons learned. In Structural Studies, Repairs
and Maintenance of Heritage Architecture IX, C.A. Brebbia and A. Torpiano eds., pp. 95–100.
Wit
Press, Southampton.

Kota Suci Caral-Supe ini telah diiktiraf oleh pihak UNESCO sebagai Tapak Warisan
Dunia di Peru pada tahun 2009 kerana bertepatan dengan beberapa syarat yang
ditetapkan oleh badan penjaga warisan dunia tersebut iaitu;
i)

ii)
iii)

Menggambarkan seni bina Archaic dan corak perncangan bandar dalam
tamadun kuno Peru. Pelan bnadar misalnya yang berkembang selama
berabad-abad dikenalpasti telah dipengaruhi penempatan berhampiran
serta sebahagian besar masyarakat yang tinggal berdekatan pantai Peru.
Berperanan sebagai bukti tinggalan yang paling maju dan kompleks
dalam aspek pembentukan peradaban. (Archaic Akhir)
Keunikan seni yang menggambarkan reka bentuk dan kemahiran unsurunsur seni bina seperti yang pernah diamalkan secara menyeluruh oleh
masyarakat yang mendiami kawasan pantai di Peru

1.7.2 Pengurusan dan Perlindungan Kota Suci Caral-Supe
Sistem pengurusan warisan oleh Kementerian Kebudayaan Peru di adalah bersifat
proaktif di mana terdapatnya Pelan Pengurusan yang telah diubah suai pada tahun
2008 dilaksanakan secara sistematik. Pelan ini telah mengubahsuai beberapa
perkara termasuklah peraturan-peraturan untuk menjamin pemeliharaan dan
perlindungan harta dan kawasan tersebut.

2.0 TAPAK WARISAN DUNIA SEMULA JADI DI PERU
2.1 Taman Negara Huascaran
Taman Negara Huascaran merupakan antara Tapak Warisan Dunia di Peru yang
diklafikasikan dalam konteks semula jadi. Taman Negara ini merangkumi
sebahagian besar kawasan Cordillera Blanca yang merupakan zon pergunungan
tropika tertinggi di dunia. Zon pergunungan ini mempunyai 27 punca yang dilitupi
dengan salji kira-kira 6000 meter dari atas permukaan laut di mana El-Huascaran
merupakan puncak yang tertinggi dengan ketinggian 6 768 dari paras laut. Secara
dasarnya, taman ini mewakili kepelbagaian ciri geomorfologi seperti tasik glasier,
serta mata air panas. Kawasan ini juga menyaksikan topograsi luas tumbuhtumbuhan yang biasa ditemui dalam kawasan hutan montane lembap seperti
tundra fluvial alpine, paramo subalpine, bromeliad alpine, Bromeliceae, orkid
gunung dan janda hutan.
Terdapat juga binatang-binatang seperti beruang panda, harimau kumbang,
kucing gunung, rusa ekor putih dan vicuna yang merupakan spesies asli yang
penting. Malahan terdapat juga spesies rusa langka dam unggas-unggas seperti
helang cordillera, burung gergasi, burung Condor Andean serta beberapa spesies
itik seperti itik torrent.10

2.1.1 Kriteria Taman Negara Huascaran sebagai Tapak Warisan Dunia
10 Atwood, Roger, 2003, Guardians of the Dead. Archaeology 56 (1): 42–49

Taman Negara Huascaran telah ditubuhkan pada 1 Julai 1975 oleh Dekri Tertinggi di
bawah undang-undang mengenai hutan dan hiupan liar Peru. Taman ini telah
diterima sebagai rizab biosfera oleh UNESCO pada 1 Mac 1977 dan ditetapkan
sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1985. Antara kriteria lain yang
mengangkat taman ini sebagai Tapak Warisan Dunia adalah;
i)

Rantau Cordillero merupakan tapak perkembangan beberpa kumpulan
etnik awal di Peru seperti yang dapat disaksikan melalui runtuhan di
Gekosh dan Chuchumpunta. Tapak ini telah menempatkan beberapa
koleksi terbesar mayat yang berusia 2000 tahun lebih awal daripada
kebudayaan Chavin

2.2 Taman Negara Manu
Taman Negara Manu terletak dalam kawasan daerah Manu dan Paucartambo yang
terdiri daripada tanah di lereng timur Andes dan Amazon Peru. Kawasan ini terletak
dalam lembangan Sungai Amazon dan meliputi aliran Sungai manu dan sebahagian
besar anak-anak Sungai Alto Madre de Dios. Bukit-bukit yang terdapat dalam
kawasan tanah rendah antara sungai-sungai dan cerun telah membentuk topografi
bergelombang yang meliputi sebahagian besar taman. Terdapat beberapa
tumbuhan yang melatari taman negara ini seperti yang paling luas ditemukan
adalah hutan hutan hujan tropika tanah rendah, hutan hujan tropika tanah rendah
serta tumbuh-tumbuhan yang terdapat dalam padang rumput.
Walaupun banyak kepelbagaian tumbuhan dalam kawasan ini, flora yang
terdapat di Manu masih kurang dikenali dan dianggap yang paling awal dalam
proses inventori. 1 147 spesies tumbuhan telah dikenalpasti dalam kawasan yang
agak kecil atau mungkin lebih daripada itu. Satu ciri menarik yang terdapat dalam
hutan-hutan ni adalah terdapat sekurang-kurangnya 18 spesies flora Ficus. Malahan
terdapat juga sebanyak lebih dari 800 spesies burung dan 200 spesies mamalia
yang telah dikenalpasti. Antaranya adalah enam spesies macaw dalam hutan tanah
rendah, tiga kawasan burung endemik, 13 spesies monyet, lebih 100 jenis kelawar,
12 spesies reptilia serta 77 jenis amfibia.

2.2.1 Kriteria Taman Negara Manu sebagai Tapak Warisan Dunia
Taman Negara Manu telah ditubuhkan berdasarkan dari keputusan pihak UNESCO
dan dilindungi sepenuhnya selain diterima sebagai antara rizab biosfera pada Mac
1977. Taman Negara Manu in disenaraikan sebagai Tapak Warsian Dunia pada tahun
1987 keran bertepatan dengan kriteria;
i)

ii)

Taman ini telah dihuni oleh sekurang-kurangnya empat kumpulan pribumi
yang berbeza seperti Machiguenga, Mascho-Piro, Yaminahua dan
Amahuaca. Kaum pribumi ini telah dianggap sebagai sebahagian daripada
sistem semula jadi kerana gaya kehidupan mereka tidak mengancam
keaslian taman
Taman Negara Manu merupakan rizab biosfera yang tercantik dan perlu
dikekalkan.

3.0

TAPAK WARISAN DUNIA CAMPURAN (BUDAYA + SEMULA JADI)

3.1 Historic Sanctuary of Machu Picchu
Machu Picchu terletak dalam kawasan pertemuan antara pergunungan Andes dan
Lembangan Amazon dan merupakan salah satu tapak warisan yang
memperlihatkan kesenian seni bina dan penggunaan tanah yang efektif sekali gus
menjadi bukti warisan yang sangat penting kepada peradaban kuno Tamadun Inca
di Peru. Tapak ini telah diiktiraf merujuk kepada nilai-nilai budaya dan alam semula
jadi yang luar biasa meliputi 32.529 hektar lereng gunung, puncak dan lembah
yang mengelilingi sebuah monumen penting yang disebut sebagai “La Ciudadela”
dengan ketinggian 2,400 dari paras laut. Machu Picchu telah dibina pada abad ke15 namun ditingalkan setelah Empayar Inca ditakluk oleh penjajah Sepanyol pada
abad ke-16. Machu Picchu ini adalah salah satu tempat kebudayaan yang paling
penting di Amerika Latin.11
Machu Picchu juga terdiri daripada kira-kira 200 struktur bangunan yang
membentuk kawasan pusat agama, upacara keagamaan, astronomi dan pertanian
yang ditetapkan pada tanah yang curam dan bertentangan dengan teras batu.
Kawasan ini telah dibahagikan kepada bahagian yang lebih rendah dan tinggi yang
memisahkan kawasan pertanian daripada kawasan perumahan. Peranan dan fungsi
pembinaan Machu Picchu masih menjadi tanda tanya sama ada ianya mungkin
merupakan kemahiran kaum Inca dalam bidang astronomi dan penanaman spesies
tumbuhan liar. Uniknya, pembinaan monumen dalam Machu Picchu diadaptasi
dengan baik terhadap persekitaran semula jadi di tempat tersebut yang merupakan
tanah pergunungan. Terdapat juga sistem perhubungan jalan yang luas, saluran air
dan teres untuk tujuan pertanian serta beberapa kawasan yang dibiarkan untuk
habitat semula jadi berkembang seperti beruang berkaca mata, berang-berang dan
kucing pampas. Malahan tempat ini juga disebut sebagai salah satu khazanah
biodiversiti yang penting di dunia.

3.1.1 Kriteria Machu Picchu sebagai Tapak Warisan Dunia
Machu Picchu telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia yang paling berharga di
Peru pada tahun 1999 oleh UNESCO kerana menepati kriteria seperti;
i)

ii)

iii)

Machu Picchu merupakan karya seni sebuah perbandaran yang
memperlihatkan keunikan seni bina dan kejuruteraan dari peradaban kuno
Tamadun Inca. Pembinaan bangunan di atas gunung selain menyatukan
unsur alam sekitar merupakan kejayaan yang agung.
Ianya juga merupakan tinggalan sejarah dari zaman peradaban kuno
masyarakat Inca yang menunjukkan perkembangan terancang dalam
aspek kawalan wilayah, organisasi sosial, produktiviti, agama dan
pentadbiran.
Machu Picchu adalah monumen bersejarah dan tempat suci yang terletak
dalam landskap pemandangan gunung dan geomorfologi yang luar biasa

11 World Heritage Centre, 2006b, Documents, Historic Sanctuary of Machu Picchu dalam
(http://whc.unesco.org). Diakses pada 18 November 2014

iv)

sehingga memberikan contoh yang luar biasa daripada hubungan harmoni
dan nilai estetika yang menakjubkan antara kebudayaan manusia dengan
alam persekitaran.
Meliputi sebahagian daripada peralihan antara tanah tinggi Andes dengan
Lembangan Amazon sehingga mampu berfungsi sebagai habitat spesies
floran dan fauna yang dianggap penting untuk pemuliharaan biodiversiti.

Machu Picchu merupakan sebuah kawasan yang sangat terkenal dalam dunia
arkeologi. Pembinaan bandar ini merupakan seni yang terhebat empayar Inca. Ianya
melalui dua tempoh pemerintahan Raja Inca iaitu Pachacutec Inca Yupanqui (14381471) dan Tupac Inca Yupanqui (1472-1493).
3.2

Taman Negara Rio Abiseo

Taman Negara Rio Abiseo terletak dalam rantaian gunung Andes (Cordillera Oriental
de los Andes) di sebelah timur Huicungo. Taman ini terletak di persimpangan jalan
antara Maranon dan Sungai Hullaga. Ianya telah dibangunkan pada tahun 1983
meliputi seluruh Sungai Abiseo dengan topografi pergunungan. Hampir semua
tanah yang terdapat dalam Taman Negara Rio Abiseo ini tidak pernah diganggu
dengan aktiviti pertanian atau pembalakan. Rio Abiseo terkenal juga dengan hutan
awan rendah yang asli dan padang rumput tanah tinggi atau disebut sebagai
Paramo. Hutan awan rendah telah dikatakan sebagai glasiasi terakhir yang
membawa kepada kepelbagaian spesies pada tahap endemik yang tingi dengan
pengenalan 1000 spesies tumbuhan dan kepelbagaian fauna. Ianya berupaya juga
menajdi lokasi perlindungan dan baru bagi spesies terancam seperti kucing
toucanet-browe. Ketinggian kawasan ini juga telah menarik lebih dari 132 spesies
burung selain terdapat beberapa spesies mamalia seperti monyet berekor kuning
yang dipercayai telah pupus pada tahun 1926 serta spesies monyet berambut
panjang dan monyet labah-labah. Terdapat juga beberapa spesies yang ditemui
dalam taman negara ini seperti beruang berkacamata, harimau bintang, armadillo
gergasi serta tapir.12

3.2.1 Kriteria Taman Negara Rio Abiseo sebagai Tapak Warisan Dunia
Taman Negara Rio Abiseo telah ditubuhkan pada tahun 1983 melalui hasil usaha
Jabatan Perhutanan San Martin yang bertujuan untuk melindungi flora dan fauna
dari butan hujan yang merupakan cirri khas kawasan Andes. Objektif jabtan ini
adalah untuk membina taman yang meliputi 274,520 hektar dengan adanya
penyelidikan mengenai sumber-sumber semula adi dan kebudayaan yang
dilaksanakan melalui kerjasama antarabangsa. Taman Negara Rio Abiseo telah
disenaraikan oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1985 kerana
menepati beberapa kriteria seperti;
i)

Taman ini merupakan habitat beberapa spesies endemik yang dikatakan
telah pupus seperti monyet berekor kuning selain beberapa penyelidikan
yang dijalankan telah menemui 36 tapak arkeologi yang sebelum ini tidak

12 Contraloría General de la República, 2005, Machupicchu, Auditorias de Gestión Ambiental
de Patrimonio Cultural. Lima. (http://www.contraloria.gob.pe). Diakses pada 18 November
2014

ii)

pernah diketahui pada ketinggian antara 2,500 dan 4 000 meter sekali gus
member gambaran yang lebih baik mengenai masyarakat pra-Inca.
Merupakan contoh luar biasa beraitan dengan proses geologi yang
signifikan terhadap evolusi biologi dan interaksi manusia dengan alam
semula jadi. Taman ini merupakan kombinasi yang luar biasa antara
unsur-unsur semula jadi dan budaya. Terdapat juga monumen praHispanik dalam kawasan lembah Montecristo di Taman Negara Rio Abiseo
ini yang menajdi bukti tinggalan pendudukan masyarakat tersebut dalam
kawasan tanah tinggi Andean seawall abad ke-4 SM. Adanya bukti dari
Gua Manachaqui menggambarkan ianya telah dihuni oleh manusia seawal
abad ke 6000 SM.

4.0

ISU-ISU MEMBABITKAN TAPAK WARISAN DUNIA DI PERU

4.1

Isu Pelancongan

4.1.1 Historic Sanctuary of Machu Picchu
Machu Picchu telah diuruskan oleh Unit Pengurusan Machu Picchu (UGM) yang telah
ditubuhkan pada tahun 1999 untuk merangka strategi pemuliharan dan pengurusan
tapak seperti yang terkandung dalam Pelan Induk yang dikemaskini oleh Kerajaan
Peru. UGM ini telah diaktifkan semula pada tahun 2011 yang terdiri daripada wakilwakil Kementerian Kebudayaan, Alam Seitar dan Perdagangan Luar Negeri dan
Pelancongan, Ketua Daerah Cuzco, Presiden Jawatankuasa Eksekutif serta pemimpin
tempatan dari Machu Picchu. Pengurusan ini berperanan untuk mengekalkan identiti
Machu Picchu sebagai warisan yang sangat berharga terhadap negara Peru selain
merupakan destinasi pelancongan domestik dan antarabangsa utama di negara ini.
Walau bagaimanapun, unit pengurusan ini megalami cabaran besar dalam
memastikan pengekalan Machu Picchu sebagai identiti warisan Peru. Hal ini
demikian kerana, pelancongan yang menjadi fungsi utama tapak tersebut
memberikan impak berbeza antara manfaat ekonomi dan mengakibatkan kesan
budaya dan ekologi.
Pelancongan ini sendiri menjadi ancaman besar terhadap kelenyapan Machu
Picchu sebagai Tapak Warisan Dunia malahan telah disenaraikan sebagai ‘darurat’
dalam daftar perlindungan ‘The World Heritage in Danger’ oleh UNESCO. Hal ini
demikian kerana, jumlah pelancong yang berkunjung ke kawasan ini telah mencapai
lebih dari 500 000 orang setiap tahun. Jumlah ini telah bertambah sebanyak sejuta
orang pada tahun 2011. Bagi menampung jumlah pelancong yang semakin ramai,
projek pembangunan hotel-hotel serta kemudahan lain untuk pelancong telah
dibina secara besar-besaran. Perkara ini telah merapuhkan topografi tapak sehingga
menyebabkan tepian sungai yang berdekatan menghakis daratan dan badan
gunung mengalami kelongsoran selain mengalami kebakaran hutan akibat
perbuatan manusia. Ancaman-ancaman seperti ini terus meletakkan Tapak Machu
Pichhu dalam kondisi bahaya. Namun demikian, walaupun kemasukan banyak
pelancong memberi ancaman kemusanahan kepada Machu Picchu tetapi ironisnya
pelancong-pelancong tersebut merupakan sumber pendapatan terbesar kepada
Peru. Situasi ini dapat dilihat ketika invasi hujan lebat berlaku dan menyebaban
tanah runtuh serta banjir, pihak pengurusan terpaksa menutup tapak selama dua

bulan. Akibatnya, pendapatan ekonomi Peru mengalami kerugian sebesar $AS 200
juta. Hal ini secara tidak lansung menghadirkan dilema yang berbeza terhadap
negara Peru sama ada terus membuka Machu Picchu sebagai destinasi pelancong
ataupun menutup sebagai langkah penjagaan dan pemuliharaan tapak tersebut
daripada musnah.

4.1.2

Garis-garis Nazca (Lines of Nazca)

Garis-garis Nazca melalui tiga fasa pembangunan yang berbeza dengan bermula
dari zaman kebudayaan Chavin, Paracas dan seterusnya kebudayaan Nazca sendiri.
Garis-garis tersebut dilakukan dengan mencampurkan pasir hitam dengan tar untu
menghasilkan permukaan tanah yang bersifat kekal. Banyak andaian yang
mengklafikasikan penggunaan garis-garis ini sebenarnya adalah untuk fungsi
astronomi. Namun demikian, perkara penting sekali adalah tapak ini sendiri tidak
akan kekal selamanya. Hal ini demikian kerana, tapak ini sendiri telah disenaraikan
oleh World Monuments Fund’s (WMF) sebagai sebuah Tapak Warisan Dunia yang
sedang berisiko diancam kemusnahan. Tapak ini telah berdepan dengan beberapa
cabaran untuk kekal sebagai Tapak Warisan Dunia kerana menghadapi masalah
seperti kecurian, ketidakkawalan keselamatan penerbangan persendirian, aktiviti
perlombongan berdekatan kawasan, timbunan bahan buangan serta berhadapan
dengan perubahan iklim dunia.13
Tetapi perkara yang paling mengancam kelenyapan tapak ini sendiri adalah
isu pelancongan. Perkara ini dapat dilihat apabila bilangan pelancong semakin
ramai, penyediaan pentas tinjauan telah dibina sehingga ada antaranya telah
merosakkan struktur tapak. Pentas tinjauan ini penting kerana Garis-garis Nazca
hanya boleh dilihat menerusi tempat yang tinggi. Penyediaan pentas-pentas
tinjauan di tempat yang tidak sepatutnya telah mengubah struktur tapak itu sendiri.
Bukti kegiatan sektor pelancongan di tapak tersebut menyumbang kepada
kelenyapan Garis-garis Nazca iaitu selepas berlakunya banjir dan tanah runtuh di
kawasan tersebut pada tahun 2007, satu kumpulan penyelidik telah datang untuk
melihat kaeadaan tapak. Hasilnya seperti yang dikatakan oleh Mario Olaechea
Aquije iaitu seorang ahli arkeologi dari Institut Kebudayaan Negara Peru telah
menyebut bahawa tanah runtuh dan hujan tidak mendatangkan kerosakan pada
tapak Garis-garis Nazca tetapi pembinaan lebuh raya berdekatan yang bertujuan
untuk memudahkan pelancong dan orang ramai datang melihat kawasan tersebut
telah menyebabkan beberapa ancaman kerosakan. Perkara ini akhirnya menggesa
Menteri Kebudayaan Peru untuk membangunkan satu pelan tindakan untuk
memelihara tapak daripada ancaman kelenyapan sebagai Tapak Warisan Dunia di
Peru.

4.2

Isu Ancaman Semulajadi (Alam)

4.2.1 Tapak Arkeologi Chavin
13 Navrud, S., 2005, Valuing cultural heritage: lessons learned. In Structural Studies, Repairs
and Maintenance of Heritage Architecture IX, C.A. Brebbia and A. Torpiano eds., pp. 95–100.
Wit
Press, Southampton

Tapak Arkeologi Chavin telah dilindungi oleh Perlembagaan Negara Peru yang
termaktub dalam Perkara 6, Undang-undang N o 6634 sejak dari 13 Jun 1929 yang
secara jelas telah menetapkan hak pemilikan mutlak negara yang tidak boleh
dinafikan berkaitan dengan semua monumen yang ada dalam negara selain
menyatakan bahwa Tapak Arkeologi Chavin sebagai Tugu Negara. Tapak ini juga
dilindungi oleh undang-undang N º 28296 berkaitan undang-undang umum untk
Warisan Kebudayaan Kebangsaan yang menyatakan bahawa warisan budaya
bangsa tersebut tidak boleh diasingkan dan dinafikan. Selain itu, terdapat juga
undang-undang N o 13442 yang menentukan kedudukan Tapak Arkeologi Chavin
dalam penjagaan Pusat Pelancongan Arkeologi di zon wilayah Huari. 14
Pelan pemuliharaan ini penting berikutan keutuhan dan pengukuhan landskap
yang tidak mengalami perubahan besar dilestarikan dengan penerusan aktiviti
pertanian tradisional di sekitar kawasan tapak. Tapak Arkeologi Chavin sebenarnya
mengalami ancaman semula jadi yang sangat relevan dalam memberi kesan
terhadap pemeliharaan keaslian Tapak Arkeologi Chavin seperti tanah runtuh yang
menimpa ruangan galeri, saluran air serta ruangan dalaman. Namun perkara yang
banyak menjejaskan Tapak Arkeologi Chavin adalah banjir yang disebabkan oleh
tanah runtuh demikian serta banjir yang tidak dijangka berlaku menerusi tasik
glasier berdekatan seperti yang berlaku pada tahun 1945. Banjir ini banyak
menjejaskan struktur asal Tapak Arkeologi Chavin yang 100% diperbuat daripada
tanah. Malahan tapak ini juga diancam oleh gempa bumi bermagnitud tinggi seperti
yang berlaku pada tahun 1970.

4.2.2

Tapak Arkeologi Chan-chan

Kementerian Kebudayaan di Peru melalui pejabat desentralisasi yang berpusat di La
Libertad merupakan agensi utama yang memelihara dan mempertahankan Tapak
Arkeologi Chan-chan. Badan tersebut telah berkerjasama dengan pihak berkuasa di
peringkat kebangsaan, serantau dan perbandaran untuk melaksanakan tindakan
khususnya mengenai pekerjaan yang menyalahi undang-undang penjagaan tapak
tersebut. Warisan ini dilindungi oleh undang-undang dan keputusan negara Peru.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu-isu lama seperti pemilikan tanah,
penempatan semula pendatang tanpa izin, penghentian amalan pertanian yang
menyalahi undang-undang dan penguatkuasaan langkah-langkah kawal selia masih
belum diselesaikan secara efektif bagi memastikan pemuliharaan jangka panjang
dan perlindungan penuh warisan tersebut. Malahan langkah-langkah untuk
pembinaan zon penampan masih dalam proses untuk dibangunkan melalui
kerjasama Majlis Perbandaran Tempatan.
Tapak Arkeologi Chan-chan pada mulanya telah diletakkan dalam senarai
Tapak Warisan Dunia yang dalam bahaya pada tahun 1986 berikutan keadaan
struktur seni bina yang terjejas disebabkan oleh fenomena El Nino yang melampau.
Fenomena ini juga secara tidak lansung menghadirkan banjir yang mengancam
kerosakan struktur tapak. Keadaan ini akhirnya telah menyebabkan tapak arkeologi
tersebut yang 100% mengaplikasikan binaan menggunakan tanah mudah terdedah
kepada kerosakan dan kemerosotan sehingga menggesa pemeliharaan
14 Instituto Nacional de Cultura, 1999, Chan Chan: Plan Maestro Para la Conservación y
Manejo del Complejo Arqueológico. Resumen Ejecutivo. Trujillo, Perú.

menggunakan bahan-bahan tanah bagi mengurangkan tahap kesan fizikal ke atas
tapak tersebut. Selain itu, tapak ini juga diancam dengan perampasan badan-badan
tertentu yang telah mengemukakan cadangan pembinaan sebuah jalan melintasi
tapak tersebut. Oleh hal yang demikian, pelbagai langkah telah diambil bagi
menggugurkan Tapak Arkeologi Chan-chan daripada Senarai Tapak Warisan Dunia
dalam bahaya termasuklah pelaksanaan langkah-langkah pembaikan dan
pembangunan rancangan pengurusan yang dilaksanakan sejak tahun 1999 yang
dilaksanakan bagi mengatasi ancaman yang diperolehi oleh peningkatan paras air.

4.2.3

Kota Cuzco (City of Cuzco)

Kota Cuzco diklafikasikan sebagai warisan budaya bangsa sebagai kawasan warisan
mengikut Resolusi No 2900 pada tahun 1972 yang menetapkan skop
perlindungannya. Menurut peraturan yang sama, semua jalan-jalan dalam kawasan
kota tersebut dikelaskan sebagai Monumen Alam Sekitar dan Bandar selain 103
bangunan bersejarah yang juga terdapat dalam kawasan tersebut dikelaskan
sebagai monumen. Warisan ini juga telah dilindungi oleh Perlembagaan Negara dan
undang-undang No 28296, undang-undang umum untuk Warisan Budaya Negara.
Kementerian Kebudayaan Peru dan Majlis Perbandaran Daerah Cuzco antara yang
bertanggunjawab untuk pemuliharaan dan pengurusan kawasan tersebu dengan
melakukan penilaian bandar, pendaftaran, perlindungan, pengawasan serta
pengendalian kerja-kerja yang berterusan.
Salah satu faktor utama yang mengancam pengekalan keaslian Kota Cuzco
ini adalah gempa bumi. Hal ini dapat dibuktikan menerusi kejadian gempa bumi
pada tahun 1950 yang banyak merosakkan struktur asal bangunan tersebut.
Malahan ketiadaan dana untuk pembaikan semula bangunan yang rosak juga
menjadi satu isu selain kekurangan dokumen teknikal dan peraturan mengenai
pengurusan bandar. Perkara ini sekali gus telah menyebabkan banyak bangunan
kekurangan penyelenggaraan disebabkan oleh kekurangan seumber kewangan.
Namun selepas tahun 1950, langkah-langkah pemulihan monumen arkeologi
dimulakan di Kota Cuzco yang diteruskan sepanjang tahun 1973. Projek pemulihan
ini merangkumi latihan teknikl pakar untuk meningkatkan tahap teknikal dan alat
untuk pemeliharaan. Di samping itu, terdapat juga Pelan Pengurusan untuk Kota
Cuzco yang menjadi asas perlindungan telah dibangunkan pada tahun 2005. 15

4.2.4

Pusat Sejarah Lima (Historic Centre of Lima)

Pusat Sejarah Lima telah dilindungi oleh peraturan-peraturan undang-undang Peru
yang terdiri daripada Perlembagaan Politik Negeri, Undang-undang Umum Warisan
Kebudayaan Kebangsaan malahan Resolusi 1972 juga telah mengisytiharkan Pusat
Sejarah Lima sebagai zon monumental dengan nilai warisan seperti Monumen
Negara. Pusat Sejarah Lima telah berdepan dengan isu kerosakkan teruk yang
disebabkan oleh gempa bumi seperti yang berlaku pada tahun 1940, 1966, 1970
dan 1974. Bukan itu sahaja, kawasan ini juga mengalami isu kerosakan yang
15 Silverman, Helaine, 2006b, Cultural resource management and heritage management in
Peru. CRM: The Journal of Heritage Stewardship (3): 56-57

berlaku secara semula jadi sehinggalah menjejaskan keaslian struktur bangunan.
Malahan terdapat juga faktor-faktor tambahan yang bertindak mengancam
kelestarian Pusat Sejarah Lima sebagai Tapak Warisan Dunia iaitu eksploitasi
komersial yang bertujuan untuk membina ‘pusat-pusat komersial popular’ dalam
kawasan tersebut selain pencemaran yag disebabkan oleh penjanaan
pengangkutan awam dan swasta. Di samping itu, peningkatan penduduk yang
berlaku ekoran daripada penghijrahan masyarakat dari kawasan-kawasan sekitar
menyebabkan kepadatan penduduk sehingga banyak mengubah struktur asal
bangunan. Langkah pemuliharaan yang tidak efisyen dan sering menimbulkan
kecuaian juga menyebabkan bangunan-bangunan yang terdapat dalam Pusat
Sejarah Lima semakin luntur keasliannya sebagai antara warisan dunia yang wajar
dipelihara di Peru.

RUMUSAN
Sememangnya negara Peru merupakan antara negara yang menyimpan khazanah
warisan yang begitu unik dengan unsur-unsur kebudayaan masyarakat awal
misalnya yang terlebih dahulu membina peradaban di negara tersebut. Apa yang
penting sekali, Peru merupakan sebuah kawasan tinggalan Empayar Inca yang
dikatakan merupakan antara suatu bangsa yang bijak pandai dan memiliki
kemahiran tertentu seperti dalam kajian astronomi serta seni bina yang unik.
Empayar Inca inilah lambang atau simbolik kemegahan kepada negara Peru sendiri
sehingga langkah-langkah pemuliharaan tapak-tapak yang masih mengekalkan
identiti kebudayaan Inca terus dijalankan. Proses penglestarian tapak ini tentunya
bertitik-tolak melalui perangkaan yang dijalankan oleh Kementerian Kebudayaan
Peru sendiri. Masyarakat awal seperti yang terdapat di Chavin dan Chan-chan
merupakan antara contoh masyarakat yang memiliki ciri kebudayaan yang unik
spesifknya dalam konteks seni bina bangunan. Malahan selepas kedatangan
Sepanyol yang dipimpin oleh Francisso Pizarro pada abad ke-16, tapak-tapak ini
kekal terpelihara kerana keunikannya.
Secara keseluruhannya, Peru mempunyai sebelas kawasan yang telahpun
diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh pihak UNESCO. Namun apa yang menarik
mengenai Tapak Warisan Dunia di Peru ialah, ianya juga mempunyai warisan
gabungan antara alam dan kebudayaan seperti Machu Picchu yang sehingga hari ini
disebut-sebut sebagai antara monumen atau tingalan kebudayaan yang
menakjubkan oleh kaum Inca. Namun demikian, tapak-tapak warisan ini tidak sunyi
daripada beberapa isu yang boleh melucutkan gelaran Tapak Warisan Dunia pada
tapak tersebut berikutan beberapa faktor ancaman seperti isu pelancongan dan
ancaman alam. Isu pelancongan yang disebutkan sebagai mengancam keaslian
tapak adalah apabila jumlah kedatangan pelancong tersebut melebihi kapasiti tapak
yang tentunya tidak mampu menampung secara keseluruhan jumlah tersebut
seperti yang berlaku kepada Machu Picchu sendiri. Permasalahan pula timbul
apabila kedatangan pelancong inilah antara aset berharga kepada negara Peru
sendiri dalam konteks ekonomi. Ancaman semulajadi ke atas tapak seperti banjir
dan gempa bumi pula adalah permasalahan lumrah yang tidak dapat dielakkan.
Situasi ini kian meruncing bila ada antara tapak-tapak warisan ini telah disenaraikan
dalam ‘Senarai Tapak Warisan dalam Bahaya’ yang tentunya bakal melucutkan
gelaran yang disandang oleh tapak-tapak tersebut.

BIBLIOGRAFI

Atwood, Roger, 2003, Guardians of the Dead. Archaeology 56 (1): 42–49
Contraloría General de la República, 2005, Machupicchu, Auditorias de Gestión
Ambiental y de

Patrimonio

Diakses pada 18 November

Cultural.

Lima.

(http://www.contraloria.gob.pe).

2014

Instituto Nacional de Cultura, 1999, Chan Chan: Plan Maestro Para la Conservación
y Manejo

del Complejo Arqueológico. Resumen Ejecutivo. Trujillo, Perú.

Navrud, S., 2005, Valuing cultural heritage: lessons learned. In Structural Studies,
Repairs and Maintenance of Heritage Architecture IX, C.A. Brebbia and A. Torpiano
eds., pp. 95–100.

Wit Press. Southampton.

Peru World Heritage Centre, Dala