Catatan Dari Bawah Tanah Proses Kemenjad

1 | AJ 20203 SEJ.SOSIO-EKONOMI TANAH MELAYU 1900-1957
1.0 PENGENALAN.
Darurat Tanah Melayu telah berlaku bermula 1948 dan berakhir pada tahun 1960. Pada
asasnya ianya adalah persengketaan antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan
kerajaan British di Tanah Melayu. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu PKM telah
berkerjasama dengan British dalam menentang kerajaan Jepun. Setelah Jepun
menyerah kalah dan sementara British mengambil semula kuasa, PKM dan MPAJA
keluar

dari

hutan

lalu

mengambil

pemerintahan.

Mereka


telah

melakukan

penganiayaan keatas penduduk tempatan dan yang bersubahat dengan Jepun. Selama
3 bulan dalam masa peralihan, PKM mengadakan perbicaraan tersendiri melakukan
kezaliman, membunuh ramai orang Melayu dan Cina serta mengancam seluruh
penduduk. Kezaliman tersebut memuncak kepada pergaduhan yang besar apabila
orang-orang melayu mengambil tindakan balas terhadap orang-orang cina di luar
bandar. Apabila pentadbiran Tentera British (BMA) menguasai semula semenanjung,
tiga orang pengurus ladang berbangsa Inggeris telah dibunuh di Sungai Siput Perak
pada 16 Jun 1948, kerajaan menganggap pembunuhan ini telah dirancang oleh PKM
dalam usaha mahu merampas kuasa. Peristiwa ini membawa kepada pengisytiharan
darurat di Perak dan Johor pada 18 Jun 1948 1, keesokkan harinya seluruh Tanah Melayu
diisytiharkan darurat.
Sebulan selepas itu PKM telah diharamkan oleh kerajaan British kerana dianggap
sebagai parti politik yang radikal. Pengharaman ini telah menimbulkan ketidakpuas hati
oleh kebanyakkan ahli PKM. Dengan itu, ketua PKM telah mengubah dasr dari bersifat
sederhana kepada bersifat aggresif iaitu dengan pembunuhan, PKM juga memulakan
mogok bersama dengan kesatuan sekekerja serta penubuhan Persatuan Buruh Baru

(New Democratic Youth League). Namun pemogokan telah gagal kerana undangundang baru yang diperkenalkan oleh British. Semasa pengisytiharan darurat, terdapat
beberapa permasalahan yang wujud berkaitan dengan aspek sosial dan ekonomi
2.0 ANALISA PERMASALAHAN.
2.1 Permasalahan dari sudut sosial.
2.1.1 Menambahkan perselisihan kaum antara kaum Melayu dan Cina.
Salah satu permasalahan yang wujud ialah

perselisihan kaum semakin bertambah

khususnya diantara kaum Melayu dan Cina, walaupun perselisihan kaum ini telah wujud
1

James P.Ongkili, Nation-Building in Malaysia 1946-1974, New York: Oxford University Press,1985,
hlm 76.

2 | AJ 20203 SEJ.SOSIO-EKONOMI TANAH MELAYU 1900-1957
sebelum darurat lagi,

namun semasa darurat isu ketegangan kaum semakin


bertambah.Keadaan ini wujud sebagai akibat dari perjuangan ketenteraan PKM yang
berbentuk kejam dan memberi tekanan kepada masyarakat tempatan. PKM yang lebih
didominasi oleh kaum cina dan pasukan keselamatan kerajaan yang majoritinya oleh
kaum Melayu2 telah membawa kepada suatu keadaan dimana pertentangan politik
diantara kerajaan British dengan PKM adanya unsur perkauman. Kenyataan ini dapat
dilihat melalui penulisan Leon Comber yang menyatakan bahawa:
“Accroding to Malayan Police Sources, the membership of the MCA at
the time of the declaration of the Emergency was around 12,000 to
14,000, of whom ninety per cent were Chinese”

Pada umumnya tidak diketahui jumlah sebenar kaum cina yang terlibat dengan
parti komunis, namun disebabkan ramai kaum cina yang memberi bantuan melalui
gerakan Min Yuen3 mengakibatkan mereka digeneralisasikan sebagai penyokong
komunis. Sedangkan pada masa darurat tidak semua kaum cina menyokong komunis,
ada antara mereka yang terpaksa memberi bantuan disebabkan faktor keselamatan
khususnya untuk melindungi keluarga. Selalunya mereka yang menjadi mangsa
keadaan adalah kaum cina yang tinggal di kawasan pedalaman. Semasa darurat
terdapat juga sebilangan kaum Melayu dan India yang terlibat terlibat dengan Parti
Komunis Malaya contohnya di negeri Pahang, namun pengabungan ketiga-tiga kaum
dalam parti ini tidak begitu berjaya4.

Ketegangan kaum bertambah meruncing apabila belia-belia Cina dan India
didalam lingkungan umur perkhidmatan negara iaitu diantara 18 tahun sehingga 24
tahun, meninggalkan Tanah Melayu apabila perkhidmatan ini dilancarkan pada tahun
1950 oleh pihak kerajaan5. keadaan ini terjadi kerana mereka masih belum
menganggap Tanah Melayu sebagai tanah air. Buktinya antara Februari hingga Ogos
1951 lebih 10 000 belia Cina lari ke negeri China. Sementara antara tahun 1949 dan
1950 hanya kira-kira 200 belia cina yang terlibat dengan perkhidmatan polis. Pada
tahun 1952 krajaan telah cuba untuk mengrekrut 2000 pemuda cina namun tidak
berjaya walaupun Malayan Chinese Association (MCA) telah menyumbangkan $50
2

Leon Comber, 13 May 1969 A Historical Survey Of Sino-Malaya Relations, Kuala Lumpur:
Heinemann
Educational Books (ASIA) LTD, hlm 36.

3
4 Ibid.
5Ibid., hlm 39.

3 | AJ 20203 SEJ.SOSIO-EKONOMI TANAH MELAYU 1900-1957

sehingga $300 untuk melatih belia Cina. Keengganan belia Cina untuk menyertai
perkhidmatan polis dan tentera telah menghampakan kaum Melayu dan sambutan
dingin kaum cina ini dikritik.
Selain itu, isu perkauman juga bertambah dengan penempatan semula
setinggan-setinggan dibawah Rancangan Briggs atau lebih dikenali sebagai kampung
Baru yang bertujuan untuk menyekat perhubungan ahli komunis dengan kaum cina. Isu
perkauman bertambah melalui rancangan ini, kerana dari jumlah semua penduduk
dikampung-kampung Baru, 86% adalah Kaum Cina, 9% Melayu, 4% India dan 1% kaum
lain. Secara tidak langsung hal ini memberikan pengaruh besar kepada penguasaan
politik dikawasan tersebut.
Bagi masyarakat yang dipindahkan ke Kampung Baru mereka diberi kemudahan
seperti sekolah, pasar, pusat kesihatan dan lain-lain kemudahan awam. Disamping itu,
melalui

Jawatankuasa Ordinan Majlis Tempatan kampung-kampung baru dibenarkan

untuk mengenakan cukai, meluluskan undang-undang kecil berkenaan kesihatan,
mendapat kemudahan pendidikan, pasar awam, pusat komuniti, dan penyelenggaraan
jalan6. Keadaan ini membangkitkan rasa kurang senang dikalangan kaum Melayu
khususnya mereka yang tinggal dikawasan perkampungan, yang hidup tanpa

mendapat kemudahan seperti yang terdapat di kampung baru.

2.1.2 Isu perlaksanaan dasar pendidikan.
Memandangkan kepada perlunya perpaduan rakyat sebelum dan untuk mencapai
kemerdekaan, sistem pelajaran telah diberikan perhatian khusus. Beratus-ratus
warganegara Tanah Melayu dihantarkan ke Kirby, Brinsford untuk menerima latihan
untuk menjadi guru di negara mereka kelak. Kepentingan untuk mendapat pendidikan
yang tinggi juga mendapat sambutan daripada ahli-ahli politik. Hal ini demikian kerana
semasa pengabungan parti UMNO dan MCA setiap ahlinya disarankan memahami
bahasa Inggeris dan Cina. Tambahan pula dalam keadaan negera yang mempunyai
pelbagai kaum hanya pendidikan yang dilihat sebagai medium untuk mewujudkan
integrasi kaum.

6 Richard Stubbs, Hearts and Mind in Guerrilla Warfare the Malayan Emergency 1948-1960, New York:
Oxford university press, 1989, hlm.214.

4 | AJ 20203 SEJ.SOSIO-EKONOMI TANAH MELAYU 1900-1957
Oleh itu, dasar pendidikan telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi mengkaji
semula sistem pendidikan. Sebelum perang dunia kedua sistem pendidikan di Tanah
Melayu adalah berbentuk vernakular iaitu sekolah ditubuhkan berdasarkan kaum

masing-masing dan terbahagi kepada sekolah Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris. Selepas
perang iaitu semasa darurat usaha untuk mewujudkan satu sistem pendidikan seragam
telah disyorkan oleh Jawatankuasa Barnes yang mencadangkan bahawa kanak-kanak
dari semua kaum harus menghadiri sekolah kebangsaan. Dalam sekolah kebangsaan
kanak-kanak akan diajar dalam bahasa Melayu dan Inggeris 7.
Namun, rancangan Jawatankuasa ini mendapat tentangan daripada kaum cina,
pada tahun 1951 satu jawatankuasa yang diketuai oleh Dr. W.P. Fenn dan Dr. Wu TehYao telah dibentuk untuk mengkaji sistem pendidikan cina di Tanah Melayu.
Berdasarkan kajian yang dilakukan, laporan yang diperolehi

sedikit berbeza dengan

rancangan Barnes dan ini telah menimbulkan isu menyeragamkan sistem pendidikan.
Dalam hal ini, pengajaran yang berorientasikan negera asal telah diganti dengan
orientasi Tanah Melayu namun mereka meminta agar sistem vernakular masih
diaplikasikan. Tambahan pula, kaum cina tidak bersetuju dengan bahasa pengantar
yang digunakan dalam sekolah kebangsaan.Bagi menyelesikan konflik yang berlaku
dalam

pelaksanaan


sistem

pendidikan,

kerajaan

telah

mengeluarkan

Ordinan

Pendidikan pada tahun 1952. Melalui ordinan ini corak pengajaran sekolah kebangsaan
akan diikuti, bahasa Cina dan Tamil juga akan diajar sebagai bahasa ketiga. Namun
sekolah Cina dan India akan tetap berada di luar sistem kebangsaan 8. Sistem ini
berterusan sehingga tahun 1957.
Sekolah cina telah diletakan dibawah Jabatan Pelajaran, semasa darurat sekolah
cina diperkukuhkan lagi dengan menempatkan lebih ramai kakitangan. Hal ini kerana
British mahu mengekalkan pengawasan politik yang berkesan ke atas sekolah cina.
Keadaan ini wujud disebabkan British mencurigai sekolah cina akan menyebarkan

ideologi dan perjuangan komunis di sekolah Cina. Pada tahun 1950, 10 orang pegawai
telah ditambah di jabatan ini. Pada tahun 1953, terdapat 35 pemerikasa tempatan
sekolah cina yang berkerja di bawah tiga pegawai.
2.1.3 Kehidupan Penduduk Tidak Terjamin

7 Leon Comber, op.cit.,hlm. 41.
8Ibid., hlm 41.

5 | AJ 20203 SEJ.SOSIO-EKONOMI TANAH MELAYU 1900-1957
Serangan, kekejaman, keganasan, ugutan, sabotaj serta pelbagai tindakan komunis
menimbulkan kesusahan, ketakutan, penderitaan dan kesengsaraan penduduk di
Tanah Melayu. Pembunuhan dan penganiayaan berlaku secara meluas. Pengalaman
pahit penguatkuasaan darurat di Tanah Melayu bukan sahaja dirasakan oleh penduduk
Cina, malahan penduduk Melayu, India, Orang Asli, bahkan orang Eropah yang berada
di Tanah Melayu pada ketika itu. Dalam hal ini, penduduk Cina sentiasa menjadi
sasaran komunis kerana komunis cuba menimbulkan keadaan huru-hara supaya timbul
ketidakyakinan penduduk terhadap pentadbiran kerajaan. Antara tindakan yang
dilancarkan oleh komunis ialah serangan bom tangan. Kejadian sabotaj bom yang
paling ngeri berlaku di Sheum Circus di Kampar, Perak, pada malam 5 Julai 1949 yang
mengakibatkan 46 orang cedera dan 4 orang mati. 9

Selain sabotaj bom tangan, komunis juga melakukan kegiatan pembunuhan,
penculikan, rampasan dan pembakaran harta benda penduduk Cina. Misalnya, pada
awal Julai 1948, 3 orang Cina dijumpai mati di hutan simpan Bota berhampiran Tronoh,
Perak. Mereka ditetak mati dengan parang oleh komunis. Sementara itu, orang Cina
yang bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha membanteras kegiatan komunis juga
tidak dapat lari daripada serangan komunis. Misalnya, Chong Keat Ooi, berumur 35
tahun, seorang Pegawai Pertanian di Jabatan Pertanian Perak, ditembak mati oleh
komunis berdekatan Langkap, Teluk Intan pada 30 Jun 1948. Kontraktor dan ketua
buruh,terutamanya yang bekerja untuk estet dan firma Eropah turut menjadi sasaran
serangan komunis. Orang Cina yang enggan bekerjasama dengan komunis juga akan
mengalami nasib yang malang. Buktinya, pada 27 Jun 1948, seorang kepala (ketua)
buruh berbangsa Cina di Estet Braemar, Kajang, mati ditembak oleh komunis di luar
sebuah kedai di Sungai Kantan, Selangor. Pada mayatnya diselitkan secebis nota
dalam bahasa Cina yang berbunyi “to destroy labour thief”.
Penduduk Melayu juga tidak dapat lari daripada ancaman komunis dalam
tempoh darurat. Misalnya, pada 21 Jun 1948, seorang pengawal hutan berbangsa
Melayu diikat oleh dua orang komunis dan kemudian ditembak mati di Bota
berdekatan dengan Tronoh, Perak. Dalam kejadian lain, Abdullah, Pegawai Haiwan
Temerloh, Pahang, ditembak dan dibakar oleh komunis pada 19 Januari 1949 di Batu 7,
Bentong bersama-sama dengan 11 kakitangan yang lain. Orang India juga tidak

terlepas daripada kekejaman dan penyeksaan komunis. Pada 10 Julai 1948, seorang
kontraktor India dibunuh oleh komunis di Estet Siliau, Rantau, Negeri Sembilan. Sehari
kemudiannya, seorang mandur India dibunuh oleh komunis di sebuah estet di Port
9

Ho Hui Ling, Darurat 1948-1960 Keadaan Sosial Di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya,
2004, hlm 43.

6 | AJ 20203 SEJ.SOSIO-EKONOMI TANAH MELAYU 1900-1957
Dickson. Kemudian, orang Asli juga menderita akibat kegiatan komunis. Mereka sering
diugut supaya bekerjasama dengan komunis sebagai pembekal makanan, pemandu
jalan dan pengumpul maklumat. Orang Asli menjadi mangsa keganasan komunis
kerana mereka tinggal di dalam hutan yang merupakan pusat kegiatan komunis.
Antaranya, pada 10 Oktober 1948, kampong Orang Asli di mukim Sungai Segamat,
Johor yang diduduki oleh 97 orang Asli diserbu oleh komunis. Kejadian tersebut
mengakibatkan kesemua orang Asli berpindah dari kampong pada malam kejadian itu.
Peladang dan pelombong Eropah juga turut menjadi mangsa kepada PKM.
Sehingga Julai 1954, United Planters Association of Malaya (UPAM) menganggarkan
terdapat tujuh peratus peladang Eropah yang dibunuh di Tanah Melayu pada zaman
darurat. Pada tahun 1951, peladang Eropah terus terdedah kepada ancaman komunis.
Buktinya, pada 10 Januari 1951, penolong pengurus Estet Brooklands, Banting, Kuala
Langat, Selangor, W.J Shaw, ditembak mati oleh komunis ketika mangsa sedang
menunggang basikal di estet bersama pembantunya, A.N.Symons yang mengalami
kecederaan.10
2.1.4 Kemusnahan kemudahan asas.
Gangguan terhadap kemudahan asas banyak dilakukan oleh komunis pada zaman
Darurat. Hal ini kerana, komunis sedar bahawa kepincangan kemudahan asas dapat
mengurangkan sokongan dan keyakinan penduduk terhadap pemerintah. Keadaan itu
seterusnya dapat menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk
terhadap ketidakupayaan kerajaan memelihara kemudahan hidup mereka. Kempen
sabotaj sering dilakukan oleh komunis, terutamanya ke atas jalan raya dan kereta api.
Empat kaedah yang dilakukan oleh komunis untuk memusnahkan perkhidmatan kereta
api ialah seperti mensabotaj landasan dengan memasang bahan letupan, menembak
kereta

api

yang

sedang

bergerak,

membakar

stesen

kereta

api

dan

sistem

telekomunikasi serta menggelincirkan kereta api dengan melonggarkan landasannya.
Misalnya, pada 29 Disember 1948, kereta api panduan (pilot train) yang mengiringi
kereta api dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang digelincirkan di Rawang, Selangor.
Selain itu, komunis juga melakukan sabotaj ke atas kemudahan telefon dan
telegraf yang mengakibatkan hubungan penduduk dengan orang luar terputus. Khianat
tersebut turut dilakukan agar pihak penyelamat tidak dapat dihubungi dengan segera
dan tidak dapat sampai ke tempat kejadian dalam masa yang singkat. Pada 1951,
berlaku sebanyak 1 291 kejadian sabotaj komunis terhadap sistem telefon dan telegraf.

10 Ibid, hlm 44-61.

7 | AJ 20203 SEJ.SOSIO-EKONOMI TANAH MELAYU 1900-1957
Di kawasan Teluk Intan, Perak, talian telefon diputuskan dalam empat kejadian pada
Disember 1951.
Kemudahan lain seperti paip air juga kerap dirosakkan oleh komunis. Tindakan ini
menyulitkan kehidupan penduduk di kawasan terbabit dan mengakibatkan mereka
terpaksa bergantung kepada air hujan, air sungai atau air perigi untuk kegunaan harian
sebelum paip berkenaan siap dibaiki. Misalnya, di Kajang, Selangor, paip air sepanjang
lebih kurang 3.22 kilometer (dua batu) dirosakkan oleh komunis pada 23 Ogos 1949.
Hal ini mengakibatkan suatu skim kecemasan terpaksa dibuat iaitu mengepam air dari
Sungai Jeloh di luar bandar Kajang untuk kegunaan penduduknya. Malahan, sabotaj
terhadap kemudahan bekalan elektrik turut berlaku apabila penyelidikan Skim
Hidroelektrik Cameron Highlands terpaksa dibatalkan pada 1950 akibat terbunuhnya
jurutera Lembaga Hidroelektrik iaitu B.de Gates. 11

2.1.5 Kesusahan hidup rakyat.
Kesusahan hidup berlaku disebabkan pemusnahan kampung, pemindahan

dan

penahanan penduduk di kawasan yang di syaki membantu komunis, perintah
berkurung, arahan tutup kedai dan catuan makanan. Dalam hal ini, pemusnahan
kampung telah mengakibatkan kerugian harta benda, kemusnahan tanaman dan
mereka terpaksa memulakan hidup baru di kawasan baru. Pemindahan penduduk
dengan cara paksaan turut menyukarkan kehidupan penduduk iaitu tindakan kerajaan
British memindahkan penduduk Kampung Jenderam di Kajang, Selangor ke Hulu Yam
kerana kawasan itu penting sebagai pusat pembekalan dan perlindungan komunis.
Seterusnya, perintah berkurung yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah bertujuan
untuk

memutuskan

hubungan

penduduk

dengan

komunis.

Perintah

berkurung

menyukarkan penduduk untuk mendapatkan pertolongan daripada bidan. Selain itu,
penduduk juga mengadu bahawa mereka tidak dapat menunaikan sembahyang fardhu
dan mengaji di surau. Kemudian, langkah kerajaan mengenakan catuan beras telah
menyusahkan kehidupan penduduk terutamanya golongan buruh. 12
2.2 Permasalahan dari sudut ekonomi.
Permasalahan yang timbul dari aspek ekonomi pula semasa darurat dapat dilihat
melalui isu ketidakseimbangan ekonomi dalam kaum. Seperti yang kita tahu, semasa
11 Ibid, hlm 220-225.
12

Mohd. Reduan Haji Asli, Pemberontakan Bersenjata Komunis di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1993, hlm 66.

8 | AJ 20203 SEJ.SOSIO-EKONOMI TANAH MELAYU 1900-1957
berlakunya darurat terdapat pelbagai kaum yang menduduki Tanah Melayu. Dua kaum
yang seringkali dikaitkan apabila membincangkan perihal darurat ialah kaum Melayu
dan Cina.
2.2.1 Keadaan ekonomi masyarakat cina semasa darurat.
Dari aspek ekonomi, masyarakat Cina mendapat keuntungan semasa berlakunya
darurat. Seperti yang seringkali diperkatakan, komunis adalah mewakili masyarakat
Cina kerana kebanyakan kaum Cina melibatkan diri dalam Komunis. Namun begitu,
sebenarnya bukan semua masyarakat Cina ini

yang menyokong Komunis. Terdapat

juga kaum Cina yang tidak menyokong komunis. Justeru itu, bagi mengelakkan lebih
ramai lagi kaum Cina terlibat dalam komunis, pihak British telah mengambil tindakan
untuk menempatkan masyarakat Cina dalam satu kawasan. Penempatan Kampung
Baru menerusi Rancangan Brigss telah memperuntukkan 86 peratus bagi orang Cina,
sembilan peratus orang India dan satu peratus bagi lain-lain bangsa. Seramai 573,0000
orang telah dipindahkan ke Kampung Baru sekitar tahun 1950 sehingga 1960 dan
seramai 650,000 buruh telah berjaya ditempatkan 13. Kebanyakan setinggan-setinggan
Cina diberi tanah. Mereka memiliki tanah sendiri dan tidak lagi memiliki tanah-tanah
haram seperti dahulu.
Walaupun kampung-kampung baru kebanyakannya adalah Cina dan pelbagai
langkah diambil untuk membangunkan ekonomi, namun begitu, terdapat juga
msyarakat cina yang tidak mempunyai pekerjaan dan hidup susah. John Gullick dalam
penulisannya menyatakan bahawa,
But there remains a hard core of unrelieved poverty among the tenant rice
farmers, the fisherman and the landless village labourers for whom new holdings
have not

so far

been provided. These groups are mainly Malay, but in the

remorter New Village there is also unemployment and poverty among Chinese. 14
2.2.2 Keadaan ekonomi masyarakat Melayu semasa darurat.
Dari sudut ekonomi, masyarakat Melayu pada ketika darurat pula merupakan
masyarakat yang paling tertindas pada ketika tersebut. Kebanyakan masyarakat
Melayu tinggal di luar Bandar. Pada ketika itu, tahap kemiskinan dan kesusahan hidup
masyrakat Melayu yang tinggal di luar bandar semakin bertambah. Pada ketika itu,
13

Gullick, John, Malaysia Economic Expension and National Unity, United States : Earnest Benn
Limited,
1981, hlm 91.

14

Ibid., hlm 156.

9 | AJ 20203 SEJ.SOSIO-EKONOMI TANAH MELAYU 1900-1957
kebanyakan masyarakat Melayu masih terlibat dalam kegiatan ekonomi yang bercorak
sara diri15. Tambahan lagi masyarakat Melayu pada ketika itu menanam padi dan getah
secara kecil-kecilan. Menurut Abdul Razak dalam penulisannya,
“The poor sectors of the economy were mainly rural, agricultural and affected
most of the indigenous locals, for example the Malays.”

16

Justeru itu, salah satu cara masyarakat Melayu meningkatkan pendapatan adalah
dengan melibatkan diri dalam bidang ketenteraan dan Polis. 17 Keterlibatan pemudapemuda

Melayu dalam bidang ketenteraan dan juga polis meningkat pada masa

tersebut adalah disebabkan masyarakat melayu kebanyakannya tidak mempunyai kerja
pada waktu itu. Tambahan lagi untuk menjadi tentera dan polis pada waktu itu tidak
mempunyai kelulusan yang tingggi.
Masyarakat Melayu juga turut terlibat dalam aktiviti pertanian ketika darurat.
Pada masa tersebut, walaupun dalam keadaan darurat, British masih komited dalam
kapitalisme. Oleh itu, salah satu cara bagi mempomosikan kapitalisme dalam kalangan
masyarakat Melayu yang kebanyakkannya tinggal di luar Bandar adalah dengan
memajukan sector pertanian, dan dalam hal ini orang Melayu telah digalakan untuk
terlibat dalam penanaman padi. Bagi meningkatkann pengeluaran dan seterusnya
menambahkan lagi pendapatan, masyarakat Melayu digalakkan untuk terlibat dalam
penanaman

Padi.

meningkatkan

Dalam

menjayakan

sistem pengairan

dan

dasar

penanaman

perparitan

padi,

kerajaan

telah

terutama di kawasan-kawasan

penanaman padi termasuklah di kawasan yang separa Basah. Kawasan separa basah
merupakan kawassan tanah yang jauh daripada sumber air.
Walau bagaimanapun, dalam keadaan ini, beras masih tidak mencukupi.
Tambahan lagi, harga beras import pada ketika itu menurun. Akibat daripada
menurunnya harga beras, pihak British berasa bahawa

skim-skim meningkatkan

projek-projek penanaman padi adalah sudah tidak mendatangkan pulangan dan
keuntungan lagi. Malahan sistem perparitan dan pengairan juga sudah tidak diuruskan
secara intensif lagi. Apabila harga beras menurun, harga minimum bagi beras turut
menurun dan hal

ini mendatangkan kesusahan terhadap petani khasnya terhadap

15

Abdul Razak, Malaysia at 50 and Beyond, Kuala Lumpur : Malaysian Strategic Research Centre,
2009, hlm
272.

16

Ibid.,hlm 42.

17

Ibid., hlm 326.

10 | AJ 20203 SEJ.SOSIO-EKONOMI TANAH MELAYU 1900-1957
masyarakat melayu. Selain daripada itu, terdapat juga petani yang menyewa tanah dan
hal ini akan membawa masalah kepada mereka.
Ketika jatuhnya harga beras, permintaan terhadap getah menyebabkan harga
getah meningkat ketika darurat. Getah merupakan komoditi yang menarik minat
British. Collin dalam penulisannya menyatakan bahawa,
“... Rubber was a comodity of increasing demand to the International capitalist
markets, and consquently of vital interest to the British Colonial Goverment...’’ 18
Justeru itu, kerajaan mula beralih kepada sektor penanaman getah. Bagi Petani
kecil-kecilan, walau pun harga meningkat pada ketika itu, namun penduduk masih
susah untuk mengantikan tanaman asal mereka dengan getah. Hal ini kerana,
penduduk yang menanam getah secara kecil-kecilan masih mengunakan pokok-pokok
getah yang lama sebagai sumber pendapatan utama mereka. Getah mengambil masa
yang lama iaitu mengambil kira-kira lapan tahun untuk ditoreh. Manakala bagi syarikatsyarikat yang mempunyai ladang yang luas, mereka boleh melakukan penanaman
semula mengikut peringkat kerana mempunyai ladang yang besar.
2.2.3 Dasar pembangunan kerajaan dalam membangunkan ekonomi semasa darurat.
Dari sudut ekonomi juga, pada tahun 1950, bermulanya plan pembangunan yang
merangkumi lima tahun iaitu daripada tahun 1950 sehinggalah tahun 1955. Tahun
1950 juga memperlihatkan bahawa tertubuhnya

Rural and Industrial Development

Authority (RIDA) di bawah Datuk Onn Jaafar iaitu President UMNO pada ketika itu. Pada
tahun 1954, sebuah lagi kumpulan iaitu The Mudie Committee turut meningkatkan
ekonomi negara di mana, menurut John Gullick,
“.. The Mudie Committee , proposed a goverment-directed programme of
replanting estates and smallholdings with high-yielding rubber and gave the
warning that “

this is the probably

the last chance that a large part of the

natural (rubber) industry will have of getting its house in order

before the

scheme breaks. The esssence of the Mudie scheme was that money for
replanting should be collected as a cess on exports of rubber and only returned
to producers, as an acerage subsidy, if they replanted..” 19
18 E.R. Abraham, Collin, Divide and Rule: The roots of race relations in Malaysia, Selangor: INSAN, 1997,
hlm152.

19Gullick, John, Malaysia Economic Expension and National Unity, United States : Earnest Benn Limited,
1981, hlm 142.

11 | AJ 20203 SEJ.SOSIO-EKONOMI TANAH MELAYU 1900-1957
Selain daripada itu, pada tahun 1956, The Federal Land Development Authority
(FELDA) telah ditubuhkan bagi mengurus pembahagian semula petani bagi mengatasi
kesesakan ekonomi melalui skim tanah baru, membangunkan

pertanian, dan skim

20

pengagihan semula bidang pertanian .
2.2.4 Defisit belanjawan Tanah Melayu.
Kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk membendung komunis.
Sebanyak $250 000 hingga $300 000 dibelanjakan setiap hari untuk tujuan
keselamatan dan menghapuskan komunis. Sepanjang tempoh darurat, kerajaan
membelanjakan sebanyak $136.2 juta untuk pertahanan dan sebanyak

$721.9 juta

untuk memperlengkapkan pasukan keselamatan. 1953, beban kewangan menyebabkan
Tanah Melayu mengalami defisit belanjawan sebanyak $1.46 juta. 21
Rancangan Briggs juga menyumbangkan kepada defisit Tanah Melayu. Dianggarkan
seramai satu hingga dua juta orang telah dipindahkan di bawah Rancangan Briggs.
Sebanyak $7 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan pada tahun 1950 dan $155 juta
pada tahun 1954. Peruntukkan ini telah menjadi beban kepada kerajaan kerana
ekonomi Tanah Melayu berada di ambang muflis selepas Perang Dunia Kedua. 22
Keadaan ekonomi Tanah Melayu juga agak kritikal pada ketika itu yang mana
pengeluaran bijih timah dan getah telah terganggu ekoran daripada kegiatan komunis
yang memusnahkan lombong timah dan estet getah yang merupakan asas sumber
ekonomi Tanah Melayu.23 Antara Julai hingga Disember 1951, nilai kerosakan di estet
akibat kegiatan komunis meningkat kepada $8,100,000 berbanding dengan $6,300,000
dalam tempoh enam bulan tahun 1950. Dicatatkan sebanyak 400 kejadian estet getah
diserang oleh komunis dalam tempoh sebulan. Pada November 1950 sahaja, bangunan
yang dimusnahkan oleh komunis di estet getah di Tanah Melayu termasuk rumah asap,
kilang getah, pejabat, tempat tinggal pekerja berjumlah 186 buah dan bernilai kurang
dua juta ringgit. Dalam tempoh sembilan tahun darurat dikuatkuasakan (1948-1956)
komunis menyerang lombong di negeri Perak, Johor, Selangor, Pahang, Terengganu dan
Negeri Sembilan.
4.0 LANGKAH BRITISH MENANGANI DARURAT.
20 Abdul Razak, op. cit., hlm 43.
21
22 Ibid.
23 Ibid.

Nurul Huda, Ariffin bin Muda, 1980, Darurat: Implikasinya Terhadap Kemasyarakatan dan Ekonomi
di Tanah Melayu. Jebat Bil. 2, 1972/73. Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm 78-79.

12 | AJ 20203 SEJ.SOSIO-EKONOMI TANAH MELAYU 1900-1957

4.1 Ketenteraan
Kekuatan tentera yang pada mula 10 batalion ditambah kepada 20 batalion pada
1951.24 Kerajaan British juga telah menubuhkan Polis Hutan, Pasukan Udara juga
diperbesarkan dengan satu pasukan penggempur manakala angkatan Tentera Laut
telah ditugaskan untuk memerangi komunis di kawasan sungai. Selain itu, bantuan
ketenteraan juga telah didatangkan dari Fiji, Kenya, Nepal, Australia dan New Zealand
sebagai altenatif kekuataan tentera dalam menghadapipemberontakan.
Seterusnya mewujudkan pegawal kampung (Home Guard). Sebahagian besar
unit pegawal kampung ini ditubuhkan di kawasan yang menjadi ancaman komunis
bertugas sebagai pegawal kampung seperti melindungi kampung,megawal kawasan
strategi, membantu polis membuat pemeriksaan dan tugas lain yang diperlukan.Dalam
pada itu juga kerajaan telah menambah lagi bilangan rekrut baru polis dan meningkat
kepada 4000 orang serta penubuhan
Cawangan Khas Polis untuk menjadi perisik.
4.2 Rancangan Briggs
Kerajaan British terus memperhebatkan gerakkannya menentang komunis dengan
melantik Lefternan Jeneral Harold Briggs sebagai pengarah gerakan pada April 1950. 25
Beliau telah menjalankan sistem yang akhirnya dikenali sebagai Rancangan Briggs.
Rancangan ini adalah bertujuan untuk penempatan semula orang-orang cina yang
tinggal berselerak ke kawasan baru yang tinggal berselerak ke kawasan baru yang
dipanggil sebagai Kampung Baru. Kawasan ini dikawal ketat dan di pagar bagi
mengelakkan dari ugutan Min Yuen yang cuba mendapatkan maklumat dan bekalan
makanan. Selain itu rancangan Briggs juga telah melaksanakan Gerakan kelaparan.
Gerakan ini bertujuan untuk menyekat bekalan makanan, senjata dan ubat-ubatan
daripada tidak jatuh ke tangan komunis ini jelas telah melemahkan mereka.
4.3 Undang – undang darurat.
Pada tahun 1948, kerajaan British telah mengadakan Undang-undang Darurat. Undangundang Darurat ini memberi kuasa yang lebih kepada kerajaan British untuk
menentang keganasan komunis. Undang-undang ini menyekat kebebasan berkumpul

24
25

Mohd Jarib Johan, Sejarah Malaysia Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985, hlm
200.
Ibid, hlm 201.

13 | AJ 20203 SEJ.SOSIO-EKONOMI TANAH MELAYU 1900-1957
dan secara tidak langsung menyekat kebebasan bercakap. 26

Misalnya, kerajaan

berkuasa untuk menangkap dan menahan orang untuk beberapa bulan tanpa perlu
dibicarakan di mahkamah. Orang ramai boleh ditangkap jika mereka berkumpul
melebihi lima orang di luar bangunan,jika mereka tidak mendapat kebenaran polis.
Seseorang yang menyimpan atau membawa senjata api boleh dihukum bunuh.
Undang-undang Darurat ini juga telah digunakan untuk melumpuhkan kegiatan politik
antipenjajahan yang agak radikal walaupun tiada berkaitan dengan fahaman komunis.
Misalnya,

penangkapan

pemimpin

Hizbul

Muslimin

yang

berpusat

di

Gunung

Semanggol.
4.4 Perang Saraf.
Pada 6 Oktober 1951 Persuruhjaya Tinggi Sir Henry Gurney telah mati dibunuh secara
serangan hendap oleh talibarut PKM ketika beliau dalam perjalanan ke Bukit Fraser
menyebabkan Parti Konservatif di Britain mengkaji semula dasar memerangi PKM.
Penggantinya Sir Gerald Templer 1952 hingga 1954 telah melancarkan operasi
Perang Saraf ”



yang bermatlamat memerangi hati rakyat. 27 Di antara langkah yang

diambil ialah melayan dengan baik gerila PKM yang ingin menyerah diri, hadiah kepada
penduduk yang membantu menangkap atau memberi maklumat serta berjuta-juta
risalah dijatuhkan didalam hutan dan kapal terbang dengan pembesar suara.
Selain itu wujud juga perintah berkurung .kawasan putih dibebaskan daripada
perintah berkurung, soal selidik kepada penduduk yang wajib dijawab, serta galakkan
kerajaan kepada penduduk untuk menujukkan perasaan anti-komunis, menarik
perhatian orang cina dengan menambah hak kerakyatan sebanyak 10 % serta
memperkenalkan kad pengenalan bagi mengenal pasti komunis atau pun rakyat biasa.
4.5 Peranan MCA
Pada tahun 1949 MCA sebagai parti Pro-kerajaan dibentuk dengan presidennya Tan
Cheng Lock sehingga tahun 1958. MCA ini bertujuan adalah untuk menarik perhatian
orang cina dan menyokong kerajaan menentang PKM. Diantara langkah yang diambil
ialah, mengutip derma untuk membantu kehidupan kampung baru, contohnya menjual
tiket loteri dan hasil jualan 1950 sehingga 1953 berjuta-juta dan 4 juta daripadanya
dibelanjakan untuk perkhidmatan berkaitan darurat.

26
27

Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia: Warisan dan Perkembangan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP), 1996, hlm. 330.
Mohd Jarib Johan, op.cit., hlm. 202.

14 | AJ 20203 SEJ.SOSIO-EKONOMI TANAH MELAYU 1900-1957
4.6 Tawaran Menyerah Diri
Hal ini bagi mewujudkan perpaduan kaum. Kaum-kaum ini diwakili oleh parti politik
masing-masing seperti UMNO, MCA, MIC bagi membentuk Parti Perikatan yang menang
dalam pilihanraya pada tahun 1955 telah mencadangkan agar komunis menyerah diri. 28
Berdasarkan menifestonya seperti pengampunan kepada pihak komunis dan menyerah
diri pada september 1955 di mana 12 juta pas pengampunan ditabur di dalam hutan.
Hasil

dari

penisytiharan

pengampunan

beramai-ramai

itu,

terdapat

21

orang

pengganas komunis telah menyerah diri sehingga bulan Oktober 1955. Selain itu,
terdapat juga anggota komunis yang menyerah diri ini ialah, 6 orang Melayu termasuk
Ahmad Salleh anak perempuan kepada Encik Muhammad Salleh Bin Muhammad Zain,
ahli Majlis Mesyuarat Negeri Pahang ketika itu.
4.7 Rundingan Baling
Semasa Tunku Abdul Rahman menyandang jawatan Ketua Menteri Tanah Melayu,
beliau bersedia berunding tentang pengampunan. 29 Rundingan awal ini diadakan di
Baling paada 28 Disember 1955 di Sekolah Jenis Kebangsaan Inggeris (putera). Dalam
perundingan ini, Tunku telah menekankan bahawa beliau hendak menjelaskan syaratsyarat pengampunan tetapi Ching Peng menolak kerana mahu PKM ada hak seperti
parti-parti lain boleh bergiat dalam bidang politik yang sah.
Di antara syaratnya ialah Tunku mahu PKM meletak senjata dahulu, keluar dari
hutan dan menyatakan taat setia kepada Tanah Melayu dan mahu PKM dibubarkan.
Akhirnya, perjumpaan selama dua hari ini telah membawa kegagalan

dan kerajaan

telah mengambil keputusan untuk berperang secara habis-habisan dan pengampunan
juga ditarik balik pada 8 Februari 1956.
4.8 Penggunaan Kad Pengenalan.
Rancangan ini telah diperkenalkan oleh Alec Newboult, pemangku Pesuruhjaya Tinggi
Tanah Melayu pada Julai 1948. 30 Langkah ini telah dilaksanakan untuk membezakan
antara komunis dengan penduduk kampung. Rancangan ini mula dikuatkusakan pada
23 lulai 1948 kepada penduduk yang berumur 12 tahun ke atas. Sehingga Mac 1949,
pihak
28
29
30

kerajaan

mengumumkan

sistem

pendaftaran

nama

penduduk

berjaya

Tan Sri.Datuk. Abdul.Samad Idris, 25 Tahun Merdeka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka,
1982, hlm 368.
Mohd Jarib Johari, Op. cit., hlm 204.
Jayakumary Marimuthu, (tiada tahun diterbitkan), Zaman Darurat 1948-1960: Kajian Keadaan
Sosioekonomi di Sungai Siput (U) dalam Malaysia dari segi Sejarah, Bil 40-2012, (tempat
diterbitkan tidak dinyatakan), Persatuan Sejarah Malaysia, hlm 129.

15 | AJ 20203 SEJ.SOSIO-EKONOMI TANAH MELAYU 1900-1957
dilaksanakan sepenuhnya di Tanah Melayu. Tujuan sistem pendaftaran penduduk
adalah untuk menyediakan suatu senarai lengkap penduduk yang mempunyai
keterangan penting seperti nama, keturunan, bangsa, dialek/bahasa, pekerjaan, tempat
lahir dan alamat tempat tinggal. 31 Kad pengenalan ini perlu dibawa setiap masa bagi
memudahkan pasukan keselamatan mengawal pergerakan penduduk.
4.9 Perintah berkurung.
Perintah berkurung diperkenalkan dalam membanteras serangan komunis di kawasankawasan yang masih lagi mempunyai pengaruh komunis. 32 Melalui kaedah ini,
pergerakan penduduk dihadkan dari pukul 6.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja dan
dijalankan setiap hari. Penduduk dilarang berkumpul beramai-ramai di kawasan
kediaman

dan

diminta

tinggal

dalam

rumah

sepanjang

perintah

berkurung

dikuatkuasakan bagi menjamin keselamatan mereka sendiri. Hal ini kerana, pihak
komunis kerap kali melakukan serang hendap ke atas pasukan keselamatan dengan
menyamar sebagai orang awam menyebabkan pasukan keselamatan terkeliru. Sesiapa
yang melanggar arahan ini akan didakwa dan ditahan kerana dianggap sebagai terlibat
dalam kegiatan keganasan komunis. Sekiranya penduduk mahu kcluar mereka perlu
mendapatkan permit yang dikeluarkan oleh seorang pegawai polis yang berpangkat
lebih tinggi dari sub-inspektor. Sepanjang waktu perintah berkurung, pasukan
keselamatan dan anggota-anggota polis mengadakan sekatan jalan raya yang menuju
ke arah bandar dan juga persimpangan yang menghubungkan kawasan pedalaman dan
ladang- ladang getah terutamanya yang berhampiran dengan pinggir hutan.
4.10 Pengenalan Peraturan Bahan Kawalan Bahan Makanan.
Peraturan ini telah diperkenalkan pada 3 Mac 1950 bertujuan untuk mencegah bekalan
makanan sampai ke tangan komunis di Tanah Melayu. Bahan makanan dikawal dengan
penggunaan

kad-kad

catuan

makanan

(ration

card).33

mempunyai kad-kad catuan makanan dibenarkan untuk

Hanya

penduduk

yang

membeli bahan-bahan

makanan. Pemberiannya pula adalah dengan kadar terhad mengikut jumlah ahli
keluarga. Antara barang-barang yang dikawal ialah, beras, garam, minyak masak dan
tepung gandum.
4.11 Rancangan Dapur Pusat.
31

Ibid.

32
33

Ibid., hlm 125-126.
Ibid., hlm 126-127.

16 | AJ 20203 SEJ.SOSIO-EKONOMI TANAH MELAYU 1900-1957
Rancangan Dapur Pusat telah diperkenalkan oleh Pertubuhan Penyekat Makanan
Darurat (Emergencv Food Denial Organization) di kampung-kampung baru, estet dan
lombong kerana masih wujud lagi pembekalan bahan makanan kepada pihak komunis,
lebih-Iebih lagi dari kampung baru yang dikawal ketat. Contohnya, pada 1 Ogos 1950,
Skuad Polis Hutan berjaya membunuh seorang komunis, mencederakan seorang
komunis (terlepas) dan menangkap dua lelaki serta seorang perempuan yang berada
sebuah kongsi lombong di Rimba Panjang. Mereka diberikan bantuan 2 tin kerosin, 2 tin
beras dan dokumen dari pekerja lombong tersebut.34 Rancangan ini juga merupakan
sebahagian daripada program Gerakan Kelaparan pada bulan Mei 1954. Pihak kerajaan
memberikan nasi kawah yang dimasak di satu kawasan khas dan diagihkan kepada
para penduduk sebagai gantian untuk beras.
4.12 Penubuhan Pasukan Home Guard.
Pasukan Home Guard dianggap sebagai satu hubungan penting dalam meningkatkan
moral orang awam serta membantu dalam mengurangkan beban polis. Pasukan Home
Guard dianggotai oleh orang Melayu. Cina, India, Eropah dan Orang Asli yang berumur
dari 18 tahun sehingga 55 tahun. Pasukan Home Guard bekerja secara sambilan untuk
menjaga pekan, kampung, kampung baru dan estet getah bersama-sama pihak polis. 35
Anggota-anggota Home Guard membantu pasukan keselamatan, polis dan Special
Constable untuk memeriksa penduduk yang keluar masuk dari kawasan penempatan.

5.0 ANALISIS.
Pengisytiharan darurat oleh pihak kerajaan (British) dilihat sebagai suatu akta atau
undang-undang yang digunakan sebagai mekanisme dalam mengawal huru-hara yang
dicetuskan oleh pihak komunis. Walaupun pengisytiharan darurat ini dilihat berjaya
membanteras

pertapakkan

komunis

di

Tanah

Melayu,

namun

kesan

daripada

perlaksanaan darurat ini juga telah membawa impak yang sangat besar khususnya
dalam aspek sosio-ekonomi Tanah Melayu. Melalui butir-butir perbincangan yang telah
kami berikan, suatu analisis yang diperoleh adalah darurat memberikan impak yang
negatif terutamanya dalam aspek ekonomi. Perlaksanaan darurat telah melumpuhkan
ekonomi Tanah Melayu dengan membawa banyak kerugian hasil daripada kemusnahan
oleh pihak PKM dan perbelanjaan keselamatan. Selain ekonomi, politik Tanah Melayu
34
35

Ibid., hlm 128.
R. Thambipillay, The Malaysian Police Force in The Emergency 1948-1960, Ipoh: Goodturn Hoover
Trading, 2003, hlm 11.

17 | AJ 20203 SEJ.SOSIO-EKONOMI TANAH MELAYU 1900-1957
juga dilihat turut terpalit sama kerana keganasan yang disebabkan oleh PKM telah
membawa kepada pengisytiharan darurat. Secara tidak langsung, perlaksanaan darurat
ini telah melambatkan proses kemerdekaan Tanah Melayu.
Semasa darurat di Tanah Melayu, tidak dinafikan bahawa darurat telah
mendatangkan kesusahan terhadap masyarakat di Tanah Melayu. Namun, keadaan
sosioekonomi di Tanah Melayu juga harus dilihat dari sudut positifnya. Misalnya, ketika
darurat sedang berlaku, bidang kesenian serta bidang kemasyarakatan kewartawanan
di Tanah Melayu. Malahan bidang sukan pada ketika itu juga memperlihatkan
perkembangan semasa darurat. Pada tahun 1949, Tanah Melayu telah menjuarai Piala
Thomas dalam acara Badminton, malahan dapat mempertahankan kejuaraannya pada
tahun 1952 dan 1955. Bukan itu sahaja, Tanah Melayu buat pertama kalinya telah
mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik pada tahun 1956 di Melbourne. Pertubuhan
organisasi sukan turut berkembang di mana pada tahun

1953, munculnya Olympic

Council of Malaya (OCM) yang dahulunya dikenali sebagai Federation of Malaya
Olympic Council. OCM secara rasminnya didaftarkan di International Olympic Comittee
pada tahun 1954 dan menjadi payung kepada organisasi-organisasi sukan yang lain di
Tanah Melayu.
6.0 KESIMPULAN.
Natijahnya, darurat yang berlaku sememangnya telah meninggalkan pelbagai kesan
dalam sosio-ekonomi Tanah Melayu. Dalam tempoh 12 tahun pemberontakkan
bersenjata oleh pihak komunis telah menimbulkan huru-hara.

Zaman Darurat

merupakan pengalaman pahit kepada penduduk di Tanah Melayu. Hal ini kerana,
sepanjang tempoh darurat diisytiharkan, kehidupan penduduk dicengkam oleh rasa
bimbang serta takut menjadi mangsa ugutan dan kekejaman komunis. Dapat dikatakan
juga bahawa darurat telah membawa implikasi yang besar kepada kemasyarakatan dan
ekonomi Tanah Melayu, juga memberi pengertian yang besar kepada pemimpin Tanah
Melayu dalam merencanakan dasar luar Tanah Melayu sebaik sahaja Negara mencapai
kemerdekaan. Pengalaman dalam negeri ini menyebabkan Tanah Melayu begitu peka
kepada kegiatan Komunis di Seluruh dunia dan anti terhadap Komunisme. Peristiwa ini
jarang diperingati kerana ia dianggap sebagai peristiwa Sejarah Malaysia sebelum
Merdeka. Namun apabila diteliti semula, maka kesan-kesan akibat daripada peristiwa
itu masih terasa dalam kehidupan Negara kita sehingga kini. Kegiatan komunis mulai
merosot dan darurat diisytiharkan tamat diseluruh negara pada tahun 1960.

18 | AJ 20203 SEJ.SOSIO-EKONOMI TANAH MELAYU 1900-1957

RUJUKAN.
BUKU
Abdul Razak. 2009. Malaysia at 50 and Beyond. Kuala Lumpur: Malaysian Strategic
Research Centre.
E.R. Abraham. Collin. 1997. Divide and Rule: The roots of race relations in Malaysia.
Selangor: INSAN.
Gullick, John. 1981. Malaysia Economic Expension and National Unity. United States:
Earnest Benn Limited.
Ho Hui Ling. 2004. Darurat 1948-1960 Keadaan Sosial Di Tanah Melayu. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.
James P.Ongkili. 1985. Nation-Building in Malaysia 1946-1974. New York: Oxford
University Press.
Leon Comber. 13 May 1969 A Historical Survey Of Sino-Malaya Relations. Kuala Lumpur:
Heinemann Educational Books (ASIA) LTD.
Mohd Jarib Johan. 1985. Sejarah Malaysia Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

19 | AJ 20203 SEJ.SOSIO-EKONOMI TANAH MELAYU 1900-1957
Mohd. Reduan Haji Asli. 1993. Pemberontakan Bersenjata Komunis di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Richard Stubbs. 1989. Hearts and Mind in Guerrilla Warfare the Malayan Emergency
1948-1960. New York: Oxford University Press.
R. Thambipillay. 2003. The Malaysian Police Force in The Emergency 1948-1960. Ipoh:
Goodturn Hoover Trading.
Tan Sri.Datuk. Abdul.Samad Idris. 1982. 25 Tahun Merdeka. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa & Pustaka.
Zainal Abidin Abdul Wahid. 1996. Malaysia: Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

JURNAL
Jayakumary Marimuthu. (tiada tahun diterbitkan). Zaman Darurat 1948-1960: Kajian
Keadaan Sosioekonomi di Sungai Siput (U) dalam Malaysia dari segi Sejarah, Bil 402012. (tempat diterbitkan tidak dinyatakan). Persatuan Sejarah Malaysia.
Nurul Huda, Ariffin bin Muda. 1980. Darurat: Implikasinya Terhadap Kemasyarakatan
dan Ekonomi di Tanah Melayu. Jebat Bil. 2, 1972/73. Universiti Kebangsaan Malaysia.