PENGURUSAN SISA PEPEJAL BNEH 3133 RECYCL

PENGURUSAN SISA PEPEJAL
(BNEH 3133)
‘RECYCLING PROGRAM’
Prepared by :

1.
2.
3.
4.
5.

AHMAD SHUKRI BIN MD. SAID
AZRUL HISHAM BIN AZMI
AHMAD SHUBAILI BIN KHAIRUDDIN
MOHD SUDIRMAN JAHURI BIN MAMAT
RAJA MOHD HAFIZUL BIN TUAN SOH

201411040043
201411040066
201411040080
201411040082

201411040092

Prepared for :

HAJI MOHAMAD RIZA BIN KHATIB
Date of Submission :

31st AUGUST 2016

1.0 PENGENALAN
Kepentingan Kitar Semula Kepada Manusia Dan Alam Sekitar. Kitar semula adalah
merupakan

satu

kaedah

dalam

pengurusan


sisa

untuk mengurangkan

penghasilan sisa pepejal. Biarpun terdapat beberapa bahan-bahan yang tidak boleh diguna
semula atau dikitar semula, namun dalam tempoh dua dekad yang lalu, plastik adalah
bahan yang sering dikitar semula.
Definisi Kitar Semula menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan
Awam 2007 ( Akta 672) kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal
bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses
dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang
sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia
menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti
kaca, besi, plastik dan kertas di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat
pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menetapkan bahawa
11 November pada setiap tahun merupakan Hari Kitar Semula Kebangsaan. Berdasarkan
maklumat yang dikeluarkan laman web Perbadanan Sisa pepejal dan Pembersihan Awam,
kadar kitar semula di Malaysia ialah pada kadar 5%. Kadar ini adalah rendah jika

dibandingkan dengan negara-negara maju seperti negara German ( 74 % ), Belgium ( 71 %),
Austria ( 67 % ) dan Belanda ( 66 % ). Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan telah
mensasarkan pencapaian kadar kitar semula di Malaysia pada kadar 22 % menjelang tahun
2020. Bagi memastikan program kitar semula mencapai matlamat yang telah ditetapkan
maka pengurusan sisa pepejal yang menekankan konsep dan amalan 3R perlu dilaksanakan
dengan berkesan.
Pengurangan sisa pepejal melalui penerapan 3R iaitu Reduce (Pengurangan), Reuse
(Penggunaan Semula) dan Recycle (Kitar Semula) merupakan Teras 1 dalam Dasar
Pengurusan Sisa Pepejal. Elemen 3R juga merupakan sebahagian daripada Hirarki Sisa
Pepejal. Penerapan amalan 3R di kalangan masyarakat secara tidak langsung dapat
mengurangkan penghasilan sisa pepejal daripada dilupuskan ke tapak pelupusan.
Program khas ini telah dilaksanakan di Kg Bijangga dalam daerah Dungun
Terengganu. Program ini bertujuan mendedahkan penduduk kampungtentang kepentingan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan seterusnya meningkatkan tahap
kesedaran penduduk kampung dalam amalan lestari hidup terutamanya mengitar semula
bahan-bahan yang sedia ada di rumah masing-masing. Antara aktiviti yang dianjurkan di
bawah program ini adalah Program Kitar Semula, Aktiviti pengumpulan bahan-bahan
terbuang yang diperolehi di sekitar rumah dan dalam kampung tersebut.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM

2.1 Objektif Umum
Memastikan penduduk dan orang ramai yang tinggal khususnya di Kg Bijangga Dungun
serta dalam kawasannya menanam sikap cintakan alam sekitar dan mampu mengurangkan
kadar penghasilan sampah setiap hari dengan mengamalkan aktiviti kitar semula.
2.2 Objektif Khusus
I. Mendedahkan penduduk kampung kepada ilmu pengetahuan mengenai kepentingan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan program-program mesra alam.
II. Menggalakkan penduduk kampung melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan
seperti program kitar semula.
III. Memupuk semangat kerjasama semua warga kampung dalam menjaga kebersihan dan
keceriaan persekitaran kampung
IV. Mewujudkan suasana kampung yang kondusif bagi melahirkan penduduk yang
mempraktikkan amalan hidup lestari.
V. Memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar dengan memberi dan
menyediakan peluang dan kesempatan kepada penduduk kampung untuk menjalankan
aktiviti kitar semula.

3.0 METODOLOGI
Seramai 100 orang respondan terlibat dalam kajian kitar semula di kampung Kg. Bijangga
dalam Mukim Kuala Dungun .100 orang penduduk yang terlibat adalah melibatkan 40 buah

rumah didalam kampung yang terlibat bermula pada 18 Jun 2016 hingga 14 Jun 2015.
Kaedah kutipan dijalankan mengikut kumpulan minggu bermula 18 Mei hingga 24 Mei 2015
iaitu kutipan bagi minggu pertama,25 Mei hingga 31 Mei 2015 bagi kutipan minggu kedua
manakala 1Jun hingga 7Jun 2015 bagi minggu ketiga dan kutipan minggu terakhir adalah
bermula 8 Jun hingga 14 Jun 2015.Kutipan bahan buangan boleh dikitar semula yang
dikumpulkan di sebuah lokasi yang telah ditetapkan iaitu dirumah Penghulu Kampung
berkenaan iaitu En.Muhammad Hasli bin Hasan. Kutipan tersebut dibuat pada penghujung
minggu setiap kumpulan minggu.Setiap sampah yang dikategorikan didalam program ini
akan ditimbang dan hasil jualan dimasukkan didalam dana perkembangan komuniti Kg. Ekor
Lambat, Parit. Jadual 1 dibawah menunjukkan ringkasan tempoh program ini dijalankan.

Jadual 1 : Tempoh Pengumpulan Sampah dan Tarikh Kutipan Sampah
Kumpulan Minggu
Minggu Pertama
Minggu Kedua
Minggu Ketiga
Minggu Keempat

Tempoh Pengumpulan
10 – 16 Julai 2016

17 – 23 Julai 2016
24 – 30 Julai 2016
31 - 6 Ogos 2016

Tarikh Kutipan
16 Julai 2016
23 Julai 2016
30 Julai 2016
6 Ogos 2016

4.0 KEPUTUSAN DAN ANALISA
Jadual 2 : Kumpulan Jantina Bagi Penduduk Flat Desa Keluarga Kg. Bijangga
Jantina

Kekerapan

Lelaki

45 (36%)


Perempuan

80 (64%)

Jadual 2 menunjukan, perempuan mendominasi dalam penyertaan program kitar semula
yang dijalankan. Bilangan perempuan menyumbang sebanyak 80 orang dengan 64 peratus
dari jumlah keseluruhan peserta. Lelaki pula menyumbang kepada 45 orang dengan 36
peratus jumlah peserta. Jantina wanita sebahagian besarnya adalah surirumah tangga yang
menguruskan rumah tangga masing – masing.
Jadual 3 : Kumpulan Umur Bagi Penduduk Flat Desa Keluarga Kg. Bijangga
Kumpulan Umur
0 hingga 15 tahun
16 hingga 30 tahun
31 hingga 50 tahun
51 tahun ke atas

Kekerapan
23 (18.4%)
33 (26.4%)
55 (44%)

14 (11.2%)

Jadual diatas menunjukkan data demografi bagi kumpulan umur bagi penduduk di Flat Desa
Keluarga Kg. Bijangga. Kumpulan umur menunjukkan penduduk antara 31 hingga 50 tahun
menyumbang kepada kekerapan yang tinggi iaitu 55 orang dengan 44 peratus. Bagi
kumpulan umur 16 hingga 30 tahun menyumbang kepada 26.4 peratus dengan 33 orang
dari jumlah peserta. Kumpulan umur 0 hingga 15 tahun mempunyai kekerapan dengan 23
orang dengn menyumbang 18.4 peratus. 14 orang dengan 11.2 peratus disumbangkan dari
kumpulan umur 51 tahun ke atas. Kumpulan umur 16 hingga 30 tahun dan 31 hingga 50
tahun dilihat sebagai golongan yang produktif mengeluarkan sampah serta kumpulan umur
yang boleh menjayakan program ini.

Jadual 4 : Data Demografi - Pekerjaan
Kumpulan Pekerjaan

Kekerapan

Sektor Kerajaan

16 (12.8%)


Sektor Perikanan

44 (35.2%)

Sektor Swasta

7 (5.6%)

Surirumah

35 (28%)

Bersekolah

23 (18.4%)

Jadual ke 4 menunjukkan data demografi berkaitan kumpulan pekerjaan bagi Flat Desa
Keluarga Kg. Bijangga. Sektor perikanan mendominasi pecahan kumpulan pekerjaan iaitu
seramai 44 orang dengan 35.2 peratus dan di ikuti oleh kumpulan surirumah dengan

seramai 35 orang dan menyumbang 28 peratus. Sektor swasta merupakan pecahan
kumpulan pekerjaan yang paling sedikit iaitu seramai 7 orang dengan menyumbang 5.6
peratus.
Jadual 5 : Pengetahuan, Sikap dan Amalan Bagi Penduduk Flat Desa Keluarga Kg.
Bijangga
Jantina
Lelaki

Pengetahuan

Sikap

Amalan

30(66.6%)

10(22.2%)

5(11.1%)


48(60%)

25(31.3%)

7(8.8%)

Perempuan

Dari jadual 5 di atas dapat disimpulkan bahawa peserta yang menyertai kajian kitar semula
sisa pepejal yang dijalankan mempunyai pengetahuan yang agak baik berkenan program
kitar semula. Namun sikap serta amalan peserta kajian berada pada tahap yang rendah.
Sikap dan amalan boleh dipertingkatkan dengan mengadakan program yang berterusan di
kawasan tersebut serta menyediakan tempat pengumpulan sampah kitar semula.
Jadual 6: Statistik Berat Kutipan Sampah Yang Terkumpul
Katogeri Sampah
Botol Plastik
Botol Kaca
Kertas
Tin

Minggu1

Minggu 2

Minggu 3

Minggu 4

(Kg)
12
31.2
33.1
16.5

(Kg)
11
26
31.1
14

(Kg)
10.1
27.8
28.9
13.2

(Kg)
9.2
25.5
22.2
10.8

Berdasarkan jadual 5 diatas menunjukkan berat kutipan sampah yang boleh dikitar semula
adalah yang paling tertinggi bagi setiap kategori sampah. Berat kutipan sampah semakin
menurun dari minggu ke minggu kecuali bagi sampah botol kaca meningkat sedikit pada
minggu ke 3 dan berlaku penurunan semula pada minggu ke empat. Ini boleh disimpulkan
bahawa kebanyakan sampah kitar semula telah dikeluarkan dari rumah masing – masing
pada minggu pertama program kitar semula dijalankan.
Daripada jadual 3 iaitu kumpulan pekerjaan bagi penduduk Flat Desa Keluarga Kg. Bijangga,
jadual 4 iaitu data demografi – pekerjaan dan jadual 5 iaitu statistik berat kutipan sampah
yang terkumpul boleh disimpulkan bahawa pengeluaran sampah dan berat sampah yang
terhasil dipengaruhi faktor umur dimana umur yang produktif mengeluarkan sampah iaitu
antara 16 hingga 30 tahun dan 31 hingga 50 tahun.Keadaan ini disokong dengan data
demografi kumpulan pekerjaan perikanan sebanyak 44 orang serta surirumah tangga yang
menyumbang sebanyak 35 orang. Faktor surirumah yang sentiasa memasak dan mengemas
rumah juga menyumbang kepada kumpulan yang aktif menghasilkan sampah kitar semula di
Flat Desa Keluarga Kg. Bijangga.

5.0FAEDAH PROGRAM KITAR SEMULA
5.1 Mengurangkan pembuangan sisa pepejal yang sukar untuk diuraikan. Program ini
membantu penduduk kampung melakukan aktiviti yang bermanfaat disamping
menyelamatkan persekitaran kampung yang dicemari dengan sampah sarap yang
boleh dikitar semula.
5.2 Mengurangkan aktiviti pembakaran secara terbuka oleh penduduk kampung. Rutin
kebiasaan penduduk kampung ialah membuang sampah di dalam lubang sampah

yang telah digali kebiasaanya terdapat dibelakang rumah dan akan

membakar

sampah berkenaan apabila ia hampir penuh. Aktiviti kitar semula yang diamalkan
oleh penduduk kampung boleh mengurang pembakaran terbuka yang boleh
mendatang bahaya kepada persekitaran kampung.
5.3 Mendidik masyarakat tentang kepentingan memelihara alam persekitaran daripada
dicemari sampah sarap. kempen kitar semula yang dijalankan boleh memberi
maklumat kepada penduduk kampung tentang kebaikkan yang diperolehi apabila
mengamalkan aktiviti kitar semula.
5.4 Menjana pendapatan kepada penduduk kampung atau komuniti. Aktiviti kitar semula
juga boleh memberikan pendapatan sampingan kepada penduduk kampung dan
menjana tabungan bagi menjalankan aktiviti di dalam komuniti. Pendapatan yang
dihasilkan juga boleh digunakan untuk memperkasakan program kitar semula di
dalam kampung atau komuniti berkenaan.

6.0 KELEMAHAN YANG DIKENALPASTI
6.1 Kebanyakkan penduduk mempunyai kesedaran yang rendah dan kurang berminat
untuk menyertai program yang dianjurkan.
6.2 Tahap pengetahuan penduduk yang rendah tentang faedah mengamalkan aktiviti
kitar semula bahan buangan menyebabkan mereka tidak cakna dengan program
yang telah dijalankan.
6.3 Faktor jenis pekerjaan

penduduk kampung yang pelbagai

mempengaruhi

penyertaan terhadap program kitar semula yang dijalankan. Latar belakang
pekerjaan yang memerlukan penduduk kurang masa untuk melakukan aktiviti
pengumpulan bahan buangan yang boleh dikitar semula.
7.0 CADANGAN UNTUK PENAMBAHBAIKKAN
7.1 Melakukan aktiviti kempen serta penerangan berkenaan kebaikkan program kitar
semula secara berkala kepada masyarakat kampung agar penduduk mendapat
maklumat yang tepat dan semakin peka terhadap kepentingan pemuliharaan alam
sekitar daripada pembuangan sampah sarap.
7.2 Mewujudkan sistem pengumpulan barang kitar semula di pusat-pusat pengumpulan
mengikut zon-zon tertentu yang telah ditetapkan. sistem ini bertujuan memudahkan

penduduk kampung untuk melakukan pengumpulan terhadap bahan yang boleh
dikitar semula.
7.3 Melaksanakan pertandingan antara zon-zon yang melaksanakan program kitar
semula dengan memberi pengiktirafan yang bersesuaian bagi mewujudkan
persaingan

sihat

antara

penduduk

kampung

dalam

menjalankan

aktiviti

pengumpulan bahan buangan yang boleh dikitar semula
7.4 Menjalinkan kerjasama dengan syarikat-syarikat kitar semula bagi menjalankan
kempen besar-besaran bagi menarik minat penduduk kampung atau komuniti untuk
melakukan aktiviti kitar semula di setiap rumah.
7.5
Kepentingan 3R
Kitar semula adalah amat penting kerana sisa buangan memberikan kesan negatif
yang

 

amat

 

besar

 

kepada

 

alam

 

sekitar

 

semula

 

jadi. 

1.    Penghasilan  air larut resap (leachate)  dan pelepasan  gas metana (methane)
yang dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan. Kitar semula
dapat membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal. 
2.    Pemanasan   global   dan   pemusnahan   habitat   adalah   kesan   daripada
pemusnahan hutan. Kitar semula dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan
mentah, oleh itu sumber asli seperti kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan. 
3.    Tenaga   yang   besar   digunakan   apabila   membuat   produk   daripada   bahan
mentah.   Kitar   semula   hanya   memerlukan   sedikit   tenaga   dimana   secara   tidak
langsung   dapat   membantu   dalam   mengekalkan   pemuliharan   dan   pemeliharaan
alam semula jadi
Kitar   semula merupakan   salah   satu   cara   terbaik   untuk   kita   bagi   mendapatkan
kesan   yang   positif   kepada   dunia   yang   sedang   didiami   ini.   Kitar   semula   adalah
penting bagi kita dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana
jumlah bahan buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin meningkat
dari semasa ke semasa.   Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat
kerana

 



1.    Peningkatan  dalam  pendapatan/kekayaan yang memberi makna orang ramai
membeli   lebih  banyak   produk  dan  seterusnya  menghasilkan   lebih   banyak  sisa  . 
2.   Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang

menghasilkan

 

sisa

 



3.    Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini di mana
kebanyakannya   mengandungi   bahan   yang   tidak   dapat   dilupuskan   (bahan   tidak
biodegradasi). 
4.   Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa /bahan
buangan yang tidak dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang dibuat dari
kertas minyak. 
Pengurangan:
•Memilih bahan yang digunakan dengan bijak bagi mengurangkan jumlah sisa 
pepejal yang dihasilkan.  
Penggunaan semula:
•Aktiviti menggunakan semula bahan atau sebahagian daripada bahan yang mana 
masih boleh digunakan lagi.  
Kitar semula:
•Memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran.  
Pengurangan penghasilan sisa pepejal dapat dicapai melalui kaedah yang efektif 
dengan memfokuskan kepada 3R yang pertama iaitu, “pengurangan” diikuti 
“penggunaan semula” dan akhirnya “kitar semula” 
Kepentingan 3R pada manusia
Kitar semula sangat penting kepada bandar di seluruh dunia dan manusia yang hidup di 
dalamnya. 
1.   Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan kawasan 
tanah di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan 
sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air. 
2.   Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan mentah 
lebih tinggi kosnya berbanding di hasilkan daripada bahan­bahan kitar semula. 
3.   Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula 
mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding 
pemprosesan bahan dari sumber asli. Oleh itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk 
generasi yang akan datang. 
8.0 KESIMPULAN
Secara tuntasnya penduduk Kg Ekor Lambat, Parit mempunyai pengetahuan am
terhadap bahan yang boleh dikitar semula dan diguna semula. Tingkah laku penduduk

terhadap penjualanbahan kitar semula hanya berlaku apabila bahan yang boleh dikitar
semula telahdikumpulkan.Kebanyakan penduduk tidak melibatkandiri dalam program
kitar semula di kawasan kediaman mereka. Antara alasan utamapenduduk ialah mereka
tidak mempraktikkan aktiviti kitar semula, jadual programtidak menentu dan kesibukan
kerja seharian.
Hakikatnya, terdapat satu komunikasi di antara penduduk kampung dengan penganjur
program bagi pertukaran informasi berkaitan dengan kitar semula. Penduduk kampung
menyatakan pandangan bahawa mempraktikkan kitar semula merupakan satuamalan
yang baik, cinta terhadap alam sekitar, sebagai menyahut seruan kerajaan, menjadi
insan yang mulia dan bertanggungjawab serta sebagai contoh kepada oranglain.
Kesedaran ke atas kepentingan kitar semula agak tinggi di kalangan penduduktempatan
akan tetapi bagi mempraktikkan amalan ini agak sukar dipraktikan olehmasyarakat
umum.
Ironinya, satu isu yang perlu difikirkan secara mendalam ialah adakah promosi program
kitar

semula

yang

dijalankan

selama

ini

telah

berjaya?

Adakahpihak

yang

bertanggungjawab dalam program kitar semula telah menjalankan tugasyang sepatutnya
ataupun sekadar ’melepaskan batuk di tangga’? Pernahkan kitaberfikir dahulu sebelum
membuang sampah? Sejauhmanakah sumbangan kita keatas program kitar semula di
kawasan kejiranan kita? Justeru, pihakbertanggungjawab perlu memikirkan satu acuan
baru agar program kitar semula inidapat disesuaikan dengan keadaan setempat serta
boleh mengubah sikap orangawam terhadap program kitar semula demi kebaikan
bersama.

9.0 LAMPIRAN

9.1-Surat Permohonan Menjalankan Program

9.2– Surat Kelulusan Menjalankan Program

9.3- Surat Mengadakan Taklimat Program

9.4- Gambar Semasa Aktiviti Pengumpulan Dan Pengasingan Bahan Buangan Kitar
Semula Bersama Penduduk Kampung.