Perseroan Terbatas Dan Persekutuan Koman

LSM 3033 Sejarah Malaysia 1900 - kini

Persekutuan Tanah Melayu 1948

PENGENALAN
Sejak rancangan Malayan Union dicadangkan, seterusnya diumumkan dalam satu kertas
putih pada akhir Januari 1946, pelbagai pihak terutamanya orang-orang Melayu telah
bangkit menentang dengan kuatnya skim baru itu, anggota-anggota perkhidmatan awam
Inggeris yang telah bersara dan pemimpin-pemimpin Melayu turut berganding bahu
menentang rancangan union tersebut1 kerana syor-syornya yang jelas dilihat bakal
memberikan kesan buruk kepada institusi pemerintahan beraja serta nasib masyarakat
Melayu itu sendiri. Orang-orang Melayu mula sedar akan kerugian dan bencana yang
akan mereka terima jika Malayan Union dilaksanakan. 2 Malah, rancangan tersebut juga
turut mendapat kritikan daripada orang-orang Cina dan India.
Usaha penentangan dilakukan dalam pelbagai cara termasuklah tindakan
memulaukan majlis-majlis berkaitan Malayan Union serta tindakan berkabung oleh
orang-orang Melayu. Justeru itu, pada bulan Julai 1946, suatu jawatankuasa kerja telah
dilantik yang terdiri daripada wakil-wakil Umno, wakil-wakil Raja-raja negeri Melayu
dan wakil –wakil Kerajaan Inggeris untuk merangka suatu perlembagan yang baru bagi
menggantikan Malayan Union.3 Hasilnya, perlembagaan Malayan Union yang
diperkenalkan pada 1 April 1946 itu terpaksa dimansuhkan oleh Kerajaan Inggeris pada

31 Januari 19484 dan digantikan dengan Perlembagaan baru iaitu Perlembagaan
Pesekutuan Tanah Melayu 1948.

1

Barbara Watson Andaya & Leonold Y. Andaya, (Terj.) Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Macmillan
Publishers (M) Sdn. Bhd,1983, hlm. 297-298.
2
Mohd Idris, et.al, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn Bhd,1994, hlm. 86-87.
3
Abdullah Bin Ayub, Cara Pemerintahan Tanah Melayu 1957-1963, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1978, hlm. 29
4
Ibid.

1

LSM 3033 Sejarah Malaysia 1900 - kini


Persekutuan Tanah Melayu 1948

HALANGAN DAN TENTANGAN
Umumnya, di samping usaha dan rundingan yang dijalankan bagi melaksanakan
penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948, terdapat juga beberapa halangan dalam
mencapai matlamat tersebut. Hal ini dapat dilihat melalui penentangan terhadap
rancangan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu yang kelihatan sejak awal lagi dengan
kewujudan pihak yang tidak bersetuju terhadap rancangan tersebut. Mereka terdiri
daripada sesetengah pihak terutamanya mereka yang bukan berketurunan Melayu seperti
orang Cina.5
Selain itu, di kalangan orang Melayu juga wujud PKMM atau Parti Kebangsaan
Melayu Malaya6 yang secara jelas dipengaruhi PKM atau Parti Komunis Malaya yang
menentang rancangan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Bagi bukan Melayu, hasil
daripada rasa tidak setuju ini telah direalisasikan dengan penubuhan AMCJA atau All
Malaya Council of Joint Action7 setelah Kesatuan Cina Melaka yang ditubuhkan oleh Tan
Cheng Lock tidak begitu berpengaruh dalam politik sebelumnya.
Pada peringkat awal, badan ini turut disertai oleh badan-badan Melayu yang tidak
bersetuju dengan rancangan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu tetapi telah keluar
dari AMCJA. Pada Januari 1947, badan-badan pertubuhan Melayu yang telah keluar dari


5

Namun, dalam sudut yang lebih mendalam, penentangan dapat dilihat daripada beberapa bahagian iaitu
penentangan daripada golongan radikal, penentangan daripada golongan konservatif Cina, penentangan
daripada kaum minoriti serta penentangan keras yang merujuk kepada gabungan AMCJA dan
PUTERA,Untuk keterangan lanjut lihat Khong Kim Hoong, British Rule The Struggle Indenpendence
Malaya 1945-1957,Petaling Jaya: Strategic Information Research Development 2003, 1984, 149-172
6
Zakiah Hanum, Tercabarnya Maruah Bangsa,Kuala Lumpur: Penerbitan Lajmeidah Sdn.Bhd.,1987, hlm.
17.
7
AMCJA atau dalam bahasa Melayu disebut “Majlis Bergerak Serentak Se Tanah Melayu” ditubuhkan di
Singapura pada 7 Dicember 1946 yang terdiri daripada beberapa gabungan pertubuhan bukan keturunan
Melayu yang diketuai oleh Tan Cheng Lock. Untuk keterangan lanjut, lihat Ibrahim Mahmood, Sejarah
Perjuangan Bangsa Melayu, hlm. 180.

2

LSM 3033 Sejarah Malaysia 1900 - kini


Persekutuan Tanah Melayu 1948

AMCJA termasuklah PKMM telah bergabung menubuhkan PUTERA atau “Pusat Tenaga
Rakyat”. Kedua-dua badan politik ini akhirnya telah bergabung dalam menentang
Perjanjian Persekutuan yang dilakukan dalam pelbagai sudut termasuklah usaha
membangkitkan perasaan orang ramai.8
Walaupun pelbagai penentangan dilakukan, Persediaan untuk meggubal
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu rancak dijalankan oleh jawatankuasa yang
dianggotai 12 orang wakil Raja-raja, UMNO dan pegawai-pegawai British9 dan akhirnya
Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah berjaya ditubuhkan bagi menggantikan Malayan
Union dan merupakan satu kejayaan hebat yang disambut oleh pelbagai etnik. Namun
kejayaan ini turut diratapi oleh sesetengah pihak seperti AMCJA, PUTERA dan
sebagainya terutamanya orang-orang Cina yang berasa telah tertipu kerana merasakan
mereka lebih setia kepada British semasa perang.10

ISI KANDUNGAN PERLEMBAGAAN 1948
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 memperlihatkan beberapa ciri yang berbeza
daripada Malayan Union . Antaranya ialah kuasa memerintah Persekutuan Tanah Melayu
terletak pada tangan Pesuruhjaya Tinggi Inggeris 11 dan beliau akan dibantu oleh Majlis
Kerja Kerajaan (Executive Council)12 yang mengandungi ahli-ahli rasmi dan ahli-ahli

tidak rasmi yang dilantik sendiri oleh Pesuruhjaya Tinggi. 13 Persekutuan Tanah Melayu
8

Ibid.
Ibid.
10
Barbara Watson Andaya & Leonald Y. Andaya, A History Of Malaysia, London; The Macmillan press
Ltd,1982, hlm. 257.
11
Jawatan Pesuruhjaya Tinggi Inggeris dipegang oleh Sir Edward Gent yang sebelum itu merupakan
gabenor Malayan Union.
12
Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan terdiri daripada tujuh orang ahli rasmi termasuk tiga orang ex-efficio
dan tujuh orang ahli tidak rasmi.
13
Abdullah Bin Ayub, Cara Pemerintahan Tanah Melayu 1957-1963.hlm 80, Lihat juga Mohd Idris, et.al,
Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, hlm. 89.
9

3


LSM 3033 Sejarah Malaysia 1900 - kini

Persekutuan Tanah Melayu 1948

juga akan mempunyai Majlis Undangan yang dipengerusikan oleh pesuruhjaya Tinggi
dan mempunyai 75 orang ahli iaitu 14 ahli rasmi, 9 Menteri Besar dari Negeri-negeri
Melayu, 2 wakil dari Majlis-majlis mesyuarat negeri Pulau Pinang dan Melaka serta 50
orang ahli tidak rasmi yang mewakili kaum-kaum yang terdapat di Persekutuan Tanah
Melayu serta mewakili kepentingan-kepentingan perniagaan, buruh dan perusahaan
lombong dan getah.
Secara umumnya, ahli-ahli yang tidak rasmi pada peringkat permulaan ini adalah
dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dan boleh dipilih orang ramai apabila tiba masanya. 14
Hal ini mempunyai kesinambungan hingga kini kerana ahli-ahli Majlis Perundangan
Persekutuan adalah dipilih melalui pilihanraya, cuma berbezanya semua ahli yang dipilih
merupakan ahli rasmi dan tidak mempunyai ahli tidak rasmi. Perkiraan ahli dari segi
kaum menunjukkan orang Melayu terdiri daripada 31 orang, 14 orang Cina, 7 orang
Eropah, 5 orang India, dan masing-masing seorang Ceylon dan Serani.15 Berkaitan bidang
kuasa, kerajaan persekutuan bertanggungjawab dalam hal-hal pertahanan, perdagangan,
perhubungan, kewangan serta lain-lain yang mempunyai kepentingan bersama.

Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari !948 juga telah
mengembalikan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

16

Raja-raja Melayu telah diberikan

semula hak-hak utama, kuasa dan bidang kuasa ke atas negeri mereka masing-masing
seperti sebelum perang. Namun dari segi kesannya, kuasa raja-raja Melayu hampir sama
dengan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu kerana kuasa pentadbiran lebih banyak
dipegang oleh Majlis Mesyuarat Negeri serta Majlis Undangan Negeri.
14

Ibid.
Ibid., Lihat juga Mohd Idris, et.al, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, hlm. 89.
16
Zakiah Hanum Hj. Abdul Hamid, et.al, Hari Ini Dalam Sejarah,Jilid II, Kuala Lumpur: Arkib Negara
Malaysia, 1981, hlm 6.Lihat juga Puteh Mohamed & Malik Munip, The Development of National
Education System dalam Malaysia In History, Kuala Lumpur: Malayan Historical Society,1985, hlm 87.
15


4

LSM 3033 Sejarah Malaysia 1900 - kini

Persekutuan Tanah Melayu 1948

Sebuah Majlis Raja-raja telah dibentuk yang bertujuan membolehkan raja-raja
Melayu berbincang dengan Pesuruhjaya Tinggi berkaitan hal-hal Imigreren yang
diadakan sekurang-kurangnya tiga kali setahun.17 Berkaitan Imigresen juga, seseorang
warganegara persekutuan Tanah Melayu tidak lagi memerlukan sebarang dokumen jika
mahu masuk ke sesuatu negeri yang lain dari negeri kelahirannya. Kesinambungan
daripada aspek ini juga dapat dikaitkan dengan penyatuan semua negeri-negeri di bawah
satu unit persekutuan. Dalam hal ini, Persekutuan Tanah Melayu mengandungi sembilan
buah negeri-negeri Melayu dan Pulau pinang serta Melaka. Singapura pula kekal sebagai
koloni yang berasingan.18
Bagi peringkat Negeri pula, Sultan mempunyai kuasa memerintah dengan bantuan
sebuah Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan dan sebuah Dewan Perundangan Negeri. Sultan
ataupun Raja-raja bagi setiap negeri bertanggungjawab dalam mengesahkan sebarang
rang unang-undang yang diluluskan dalam Dewan Perundangan Negeri. Malah juga

boleh meluluskan rang undang-undang yang tidak berjaya diluluskan di Dewan
Perundangan Negeri.seterusnya, Kerajaan Negeri mempunyai kuasa ke atas Kerajaan
Tempatan mereka sendiri, agama, pelajaran, pertanian dan tanah.19
Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 juga meletakkan suatu lagi isu
penting yang menjadi asas utama dalam penentangan orang-orang Melayu terhadap
Malayan Union iaitu Hal Kewarganegaraan. Raja-raja Melayu telah bersetuju
memberikan taraf kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu kepada 300, 000 orang

17

Mohd Idris, et.al, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, hlm 90.
Ibid, hlm 88. Lihat juga Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, Kuala Lumpur:
Universiti Malaya, 1998, hlm 255.Lihat juga Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa
Melayu,Kuala Lumpur: Pustaka Antara,1981, hlm 178.
19
Ibid, hlm 89.
18

5


LSM 3033 Sejarah Malaysia 1900 - kini

Persekutuan Tanah Melayu 1948

bukan Melayu yang layak.20 Ianya juga berpunca daripada fasal-fasal kewarganegaraan
yang terbahagi kepada dua iaitu mereka yang memperoleh kewarganegaraan melalui
kuatkuasa undang-undang dan mereka yang layak untuk meminta menjadi warganegara
dengan cara kemasukan atau permintaan.
Mereka yang menjadi warganegara melalui kuatkuasa undang-undang terdiri
daripada penduduk asal dari negeri-negeri Melayu sama ada lahir sebelum, semasa, atau
selepas tarikh yang ditetapkan seperti kandungan fasal 124 (1) (a) Perjanjian Persekutuan
tanah Melayu iaitu “Mana-mana rakyat Yang Maha Mulia Raja-raja21 bagi mana-mana
Negeri Melayu sama ada yang diperanakkan dahulu,atau pada atau kemudian daripada
hari yang ditetapkan;”22. Selain itu, warganegara British yang tinggal secara tetap 23
dalam negeri-negeri yang terkandung dalam Persekutuan Tanah Melayu sama ada
sebelum, semasa atau selepas hari persekutuan juga merupakan warganegara secara
kuatkuasa undang-undang. Hal ini berdasarkan kandungan fasal 124 (1) (b) dan fasal 124
(1) (c) Perjanjian Persekutuan tanah Melayu iaitu “mana-mana Rakyat British yang
dilahirkan dalam salah satu dari Negeri Selat sama ada dahulu,pada atau kemudian
daripada hari yang ditetapkan itu yang tinggal tetap dalam mana-mana negeri yang

terkandung dalam persekutuan”. Seterusnya, “mana-mana Rakyat British yang telah
diperanakkan dahulu, pada atau kemudian daripada hari yang ditetapkan dalam manamana negeri yang terkandung dalam persekutuan jika bapanya diperanakkan di mana20

Cheah Boon Kheng,,Evolusi Sebuah Persekutuan,1978 dalam Zuraina Majid, Masyarakat
Malaysia,Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, hlm. 8.
21
Rakyat Yang Maha Mulia Raja-raja bermaksud mereka yang merupakan kaum asli negeri tersebut, atau
mempunyai bapa yang merupakan penduduk asli negeri itu dan juga mereka yang telah menjadi
“Naturalised” melalui mana-mana undang-undang yang dikuatkuasakan. Naturalised ialah mereka yang
telah serasi, memahami adat resam dan bertutur dalam bahasa setempat. Rujuk Ramlah Adam, Kemelut
Politik Semenanjung Tanah Melayu, hlm 215.
22
Ibid.
23
Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu ,hlm. 178

6

LSM 3033 Sejarah Malaysia 1900 - kini

Persekutuan Tanah Melayu 1948

mana negeri yang sekarang ini terkandung dalam persekutuan atau jika pada hari
diperanakkan itu, bapanya telah tinggal tetap dalam negeri tersebut.”. 24 Syarat ini
meletakkan seseorang itu perlu mempunyai bapa yang tinggal secara tetap dalam
persekutuan bagi meletakkannya sebagai warganegara secara kuatkuasa undang-undang.
Seseorang warganegara British juga boleh menjadi warganegara Persekutuan Tanah
Melayu secara kuatkuasa undang-undang jika lahir dalam mana-mana Negeri yang
terkandung dalam Persekutuan Tanah Melayu serta bertutur dalam bahasa melayu dan
mengamalkan adat resam Melayu.25
Sementara itu, dalam Fasal 25 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948,
mereka yang layak untuk memohon menjadi warganegara ialah mereka yang dilahirkan
dalam Persekutuan Tanah Melayu dan telah bermastautin secara tetap selama tidak
kurang tempoh 8 tahun daripada tempoh 12 tahun berada di Persekutuan Tanah Melayu.
Seseorang itu juga boleh memohon untuk menjadi warganegara jika telah tinggal dalam
mana-mana negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu dengan bermastautin selama 15
tahun daripada tempoh 20 tahun yang dikira serta merta dari hari permohonannya. Selain
daripada salah satu tempoh tersebut, seseorang itu juga perlu mempunyai syarat-syarat
lain iaitu bertingkahlaku baik, pengetahun yang cukup dalam bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris, telah membuat pengakuan tinggal tetap dan jika permintaannya diluluskan,
seseorang itu hendaklah bersedia untuk mengangkat sumpah kerakyatan.26

KESAN-KESAN

24

Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, hlm. 215
Ibid.
26
Ibid, hlm 217. Lihat juga Mohd Idris, et.al, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, hlm 90.
25

7

LSM 3033 Sejarah Malaysia 1900 - kini

Persekutuan Tanah Melayu 1948

Bermulanya Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah mengembalikan semula status
quo politik Raja-raja Melayu, negeri-negeri Melayu dan pengiktirafan kepada
orang Melayu sebagai peribumi.27 Hal ini kerana, semasa Malayan Union dibentuk,
kuasa Sultan hanya terbatas kepada soal agama sahaja dengan menjadi presiden majlis di
negeri masing-masing. Namun, dengan perlembagaan baru ini, kedaulatan Raja-raja
Melayu telah dikembalikan.28 Disamping itu, hal yang berkaitan kewarganegaraan telah
kembali meletakkan kaum Melayu dalam keadaan selesa kerana peraturan-peraturan yang
kembali diketatkan. Malah, orang-orang Melayu berasa kedudukan mereka sebagai
bumiputera telah diselamatkan dan hal ini dapat dilihat misalnya pelbagai sambutan
meriah yang diadakan sebagai tanda kemenangan dalam mengembalikan hak mereka.
Gerakan menuntut kemerdekaan itu bolehlah dikatakan bermula dengan
pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.29 Hal ini dapat dilihat kerana
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 adalah dipinda serta diubah pada tahun
1951, 1953 dan tahun-tahun berikutnya yang akhirnya membawa kepada kemerdekaan. 30
Walaupun gerakan nasionalisme telah lama bermula,31 namun usaha secara diplomasi
lebih berjaya dalam mencapai kemerdekaan dan cara ini telah kelihatan di beberapa
negara lain seperti di India melalui gerakan yang dipimpin oleh Gandhi. Justeru itu,
Pembentukan persekutuan hasil gabungan negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negerinegeri Melayu tidak Bersekutu, dan Negeri-negeri Selat 32 serta tolak ansur dalam
27

Ibid. hlm 255.
Mohd Idris, et.al, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, hlm 91.
29
Ibid, Hlm 255.
30
Abdullah Bin Ayub, Cara Pemerintahan Tanah Melayu 1957-1963, hlm 31. Lihat juga Shamsul Amri
Baharudin,Masyarakat Malaysia & Alam Sosialnya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka, 1993, hlm
110.
31
Gerakan menentang penjajah seperti pimpinan Tok Janggut, dan lain-lain merupaka langkah yang
diambil untuk menghalau penjajah dan mempunyai satu tujuan yang nyata iaitu mendapat kebebasan.
32
Abdullah Bin Ayub, Cara Pemerintahan Tanah Melayu 1957-1963, hlm 31.
28

8

LSM 3033 Sejarah Malaysia 1900 - kini

Persekutuan Tanah Melayu 1948

menghasilkan syarat-syarat Perjanjian Persekutuan merupakan langkah diplomasi dalam
menuntut kemerdekaan.
Mukadimah di sebalik perjanjian persekutuan Tanah Melayu 1948 telah
melahirkan keinginan Kerajaan United Kingdom dan Raja-raja Melayu untuk mengarah
kepada pembentukan “Kerajaan Sendiri”.33 Tujuan ini dapat dilihat malalui ucapan
MacDonald ketika membuat pengumuman mengenai Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu yang menegaskan bahawa matlamat akhir Kerajaan British ialah memberi taraf
berkerajaan sendiri kepada negara ini.34 Namun, di sebalik kenyataan ini, British pada
asasnya meletakkan kepentingan ekonominya sebagai sangat mustahak dan disebabkan
itu, huru-hara politik mestilah dielakkan dari tercetus di Persekutuan ini dan kerjasama
politik dari semua bangsa penting dalam menjamin kestabilan politik.35 Suatu aspek yang
dapat dilihat di sini ialah tujuan untuk berkerajaan sendiri itu adalah bagi menggalakkan
kerjasama serta tolak ansur semua pihak, dan hal ini merupakan satu kepentingan
ekonomi bagi British kerana politik yang stabil akan menggalakkan ekonomi.
Di sebalik kejayaan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948, telah terjadi
pula kesan serta-merta iaitu tindakan Parti Komunis Malaya yang cuba merebut kuasa
dan mahu menggulingkan kerajaan36 dengan menjalankan dasar melumpuhkan ekonomi

33

Mansoor Marican, Federelisme: Sistem Kerajaan Malaysia, dalam Zuraina Majid, Masyarakat Malaysia,
hlm. 86.
34
Zakiah Hanum, Tercabarnya Maruah Bangsa , hlm. 17.
35
Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, hlm 256.
36
Mohd Salleh Abas,Prinsip Perlembagaan & Pemerintahan di Malaysia, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa
dan Pustaka,1997, hlm19.

9

LSM 3033 Sejarah Malaysia 1900 - kini
37

Persekutuan Tanah Melayu 1948

dan pemberontakan ini bermula pada 18 Jun 1948.38 Hal ini telah membawa kepada

pengisytiharan darurat serta pengenalan Rancangan Bringgs.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, pembentukan perlembagaan Persekutuan 1948 merupakan
desakan dan tentangan yang diketuai oleh UMNO yang menentang Malayan Union.
Namun, walaupun UMNO dilihat sebagai tunjang yang menentang Malayan Union, partiparti yang lain turut menentangnya seperti PKMM dan sebagainya. Apa yang jelas, idea
British yang mahu mewujudkan negara kesatuan yang mempunyai status bangsa baru
yang sama dalam unit politik Malaya terpaksa berkubur dengan penentangan yang
menyeluruh terutama dari penduduk Tanah Melayu. Kesan daripada inilah, Pesekutuan
Tanah Melayu diperkenalkan yang sedikit sebanyak membela kepentingan masyarakat
pribumi. Ringkasnya, melalui pesekutuan Tanah Melayu 1948 juga telah membuka jalan
juga kepada Perlembagaan Tanah Melayu 1957 sekaligus membawa Persekutuan Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 yang menjadi penamat penguasaan
kolonial British.

37

Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu,Hlm 256. PKM telah merosakkan ladangladang getah dan lain-lainya, merosakkan sistem pengangkutan awam, menyerang orang awam,pelabur dan
pegawai-pegawai British,melancarkan mogok dan sabotaj perindustrian. Rujuk Abdullah bin Ayub Cara
Pemerintahan Tanah Melayu 1957-1963, hlm 31.
38
Ibid.

10

LSM 3033 Sejarah Malaysia 1900 - kini

Persekutuan Tanah Melayu 1948

BIBLIOGRAFI
Abdullah Bin Ayub, Cara Pemerintahan Tanah Melayu 1957-1963, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1978
Barbara Watson Andaya & Leonald Y. Andaya, A History Of Malaysia, London; The
Macmillan press Ltd,1982.
Barbara Watson Andaya & Leonold Y. Andaya, (Terj.) Sejarah Malaysia, Kuala
Lumpur: Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd,1983.
Ibrahim Mahmood, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu,Kuala Lumpur: Pustaka
Antara,1981.
Khong Kim Hoong, British Rule The Struggle Indenpendence Malaya 19451957,Petaling Jaya: Strategic Information Research Development 2003, 1984
Mohd Idris, et.al, Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Kuala Lumpur: Utusan
Publication & distributors Sdn Bhd,1994.
Mohd Salleh Abas,Prinsip Perlembagaan & Pemerintahan di Malaysia, Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka,1997.
Puteh Mohamed & Malik Munip, The Development of National Education System dalam
Malaysia In History, Kuala Lumpur: Malayan Historical Society,1985.
Ramlah Adam, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, Kuala Lumpur: Universiti
Malaya, 1998.
Shamsul Amri Baharudin,Masyarakat Malaysia & Alam Sosialnya, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Pustaka, 1993.
Zakiah Hanum Hj. Abdul Hamid, et.al, Hari Ini Dalam Sejarah,Jilid II, Kuala Lumpur:
Arkib Negara Malaysia, 1981.
Zakiah Hanum Hj. Abdul Hamid, Tercabarnya Maruah Bangsa,Kuala Lumpur:
Penerbitan Lajmeidah Sdn.Bhd.,1987.
Zuraina Majid, Masyarakat Malaysia,Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia,1982.

11