KERTAS CADANGAN FAKTOR FAKTOR KEKALAHAN

KERTAS CADANGAN
FAKTOR-FAKTOR KEKALAHAN KOMUNIS DI TANAH
MELAYU

NAMA :MOHAMMAD HADZRIN BIN HESHAM

NO MATRIK :2130331

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Latar Belakang

Peperangan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Sekiranya diplomasi gagal maka perang
adalah pilihan terakhir dalam menyelesaikan konflik dia antara dua atau lebih pihak. Perang
melawan insurgensi adalah antara perang yang berlaku di dalam sesebuah negara diantara puak
pemberontak dan kerajaan. Konflik ini adalah pertempuran bagi mewujudkan sebuah kerajaan di
sesebuah negara mengikut fahaman dan kepent1ingan kumpulan atau individu itu sendiri. Seperti

konflik diantara negara, konflik antara kerajaan juga mempunyai objektif dan kepentingannya
yang tersendiri.

Perang melawan insurgensi telah dilancarkan pada 17 Jun 1948 oleh British secara
rasminya apabila British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu berikutan peristiwa
pembunuhan tiga orang pengurus ladang di Sungai Siput oleh Parti Komunis Malaya. 2 PKM
telah cuba untuk menggulingkan pentadbiran kerajaan British di Tanah Melayu bagi
1 https://ms.wikipedia.org/wiki/Peperangan
2 John A. Nagl. Learning to eat soup with a knife: counterinsurgency lessons from Malaya and Vietnam. (United
States: Praeger Publishers, 2002)

menubuhkan sebuah kerajaan komunis. Parti Komunis Malaya (PKM) telah melancarkan
pemberontakan bersenjata terhadap pemerintahan di Tanah Melayu pada tahun 1948. Tujuan
utama PKM melancarkan pemberontakan adalah untuk menggulingkan kerajaan dan seterusnya
menubuhkan Republik Komunis Tanah Melayu. PKM telah didesak oleh Komunis Antarabangsa
yang telah bersidang di Calcutta, India. Dalam usaha tersebut, PKM telah melakukan kekejaman,
iaitu pembunuhan para pegawai British, terutama pembunuhan tiga orang peladang British di
Sungai Siput pada tahun 1948. British berusaha untuk membendung kegiatan komunis dengan
mengisytiharkan darurat pada tahun 1948. Sepanjang tempoh 12 tahun Tanah Melayu
diisytiharkan darurat, pelbagai langkah telah dilaksanakan untuk membendung kegiatan

komunis.

Antara langkah awal yang dilaksanakan adalah memperkenalkan undang-undang
darurat. Dalam pada itu, kerajaan telah mengharamkan Parti Komunis Malaya di Tanah Melayu.
Melalui undang-undang darurat, kerajaan berkuasa untuk menangkap sesiapa sahaja yang disyaki
terlibat dalam kegiatan komunis. Kerajaan akan menangkap mereka tanpa dibicarakan. Selain
itu, orang ramai tidak dibenarkan untuk berkumpul lebih daripada lima orang. 3 Pelaksanaan
undang-undang darurat telah menyebabkan banyak yang tidak bersalah ditangkap. Malahan telah
menyebabkan pergerakan orang ramai terbatas kerana mereka bimbang ditangkap kerajaan.
Konflik yang berlaku di Tanah Melayu adalah kesinambungan daripada Perang Dunia
Kedua apabila Jepun menjajah Tanah Melayu pada tahun 1942 sehingga 1945. 4 Parti Komunis
Malaya mengambil kesempatan ini untuk memperkuatkan pasukan ketenteraannya melalui
3 http://saifulazmijusoh.blogspot.my/2012/04/darurat-di-tanah-melayu-1948-1960.html
4 ibid

bantuan yang diberi oleh British dari segi persenjataan, latihan, dan bekalan makanan bagi
menentang Jepun di Tanah Melayu. Pada ketika itu, Parti Komunis Malaya berjaya mendapatkan
kepercayaan masyarakat di Tanah Melayu dan menambah bilangan anggota sebelum melakukan
serangan terhadap British. Pemberontakan Parti Komunis Malaya bermula pada Jun 1948 dengan
pembunuhan tiga pengurus ladang getah British di Sungai Siput Perak dan beberapa siri serangan

Komunis yang mensasarkan kilang-kilang, ladang getah dan lombong bijih timah. 5 Serangan ini
adalah bertujuan untuk mengganggu ekonomi di Tanah Melayu dan mengalihkan tumpuan
British untuk melindungi kepentingan ekonominya.6

Melalui pengisytiharaan darurat di Tanah Melayu, undang-undang darurat telah
dilaksanakan secara serta merta bagi mengekang pergerakan dan ancaman Parti Komunis
Malaya. Undang-undang ini membenarkan proses pencarian atau premis tanpa waran, kuasa
penahanan terhadap sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam pemberontakan, dan hukuman
mati kerana memiliki senjata api tanpa kebenaran. Pelaksanaan undang-undang ini merupakan
langkah awal kerajaan British dalam menentang Parti Komunis Malaya sebelum Operasi Gerak
Saraf dilancarkan.7 Operasi melawan insurgensi di Tanah Melayu merupakan satu operasi yang
berjaya dilaksanakan oleh British dengan memenangi hati dan pemikiran rakyat melalui Operasi
Gerak Saraf dalam mengekang dan mengusir Parti Komunis daripada Tanah Melayu.8

5 Robert Jackson. The Malayan emergency & Indonesian confrontation: the commonwealth’s wars 1948-1966.
(London: Routledge, 1991)
6 John A. Nagl. Learning to eat soup with a knife: counterinsurgency lessons from Malaya and Vietnam. (United
States: Praeger Publishers, 2002)
7Ho Hui Ling, Darurat 1948-1960 Keadaan sosial di Tanah Melayu. (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya, 2004).

8Prof. Khoo Kay Kim & Adnan Hj. Nawang, Darurat 1948-1960. (Kuala Lumpur: Muzium Angkatan Tentera, 1984).
hlm 1.

Oleh yang demikian, pengkaji akan menghuraikan dengan lebih mendalam mengenai
faktor faktor kekalahan komunis di Tanah Melayu dari segi kelemahan komunis itu sendiri dan
kejayaan pihak Tanah Melayu mengekang serangan komunis di bab bab seterusnya agar objektif
yang dicari dapat dicapai dengan jayanya. Dengan kekalahan komunis tersebut pengkaji akan
mengupas lebih lanjut dimana kekurangan pihak komunis semasa menyerang tanah melayu dana
pa kelebihan strategi pihak Tanah Melayu dalam mengekang komunis. Sehubungan dengan itu,
pengkaji mengharapkan agar kajian ini bakal menjadi satu kajian yang berguna dan dapat
memberi faedah serta idea baru kepada semua pihak pada masa sekarang dan akan datang.
1.2

Penyataan Masalah Kajian

Kedatangan PKM telah banyak menimbulkan kekacauan dan huru-hara di Tanah
Melayu. Pada tahun 1948, kegiatan komunis semakin memuncak dan mengganas.
Kehidupan penduduk Tanah Melayu turut terjejas akibat daripada serangan,
pembunuhan, keganasan, kekejaman, ugutan dan sabotaj yang telah dilancarkan
oleh pihak komunis. Disebabkan kegiatan komunis, penduduk Tanah Melayu

hidup dalam ketakutan, kegusaran, dan penderitaan. Tidak kira tua mahupun
muda, wanita dan kanak- kanak turut menerima nasib yang sama.
Oleh itu, dengan pelbagai cara dan strategi pihak Tanah Melayu telah berjaya
mengalahkan komunis. Selain itu, taktik peperangan yang digunakan oleh pihak
komunis juga tidak berkesan kerana ketika itu Anglo Malayan Defence Agreement
(AMDA) telah dilatih dengan peperangan hutan atau pun taktik gerila. Ia juga

merupakan faktor kekalahan tentera komunis di Tanah Melayu. Oleh yang
demikian, penyataan masalah yang akan dikaji disini adalah apakah faktor faktor

yang menyebabkan kekalahan pihak komunis di Tanah Melayu. Faktor faktor
kekalahan komunis di tanah melayu menarik perhatian saya untuk mengkajinya
kerana ia melibatkan penduduk di tanah melayu dan bagaimana rakyat tanah
melayu bertindak. Selain itu, ia melibatkan isu di rantau Asia kerana gugurnya
bom di Hiroshima juga menyebabkan kekalahan kepada parti berhaluan kiri
tersebut. Tambahan pula tindakan dari rakyat tanah melayu pada masa itu juga
membuat kan saya tertarik kerana segala taktik dan pemikiran pada ketika itu
boleh dipraktikan dan menjadi iktibar kepada rakyat Malaysia sekarang.

1.3 Persoalan Kajian


Daripada pernyataan masalah tersebut, sebanyak tiga persoalan kajian telah dikenal pasti.
Persoalan- persoalan tersebut ialah:

1) Faktor faktor kekalahan komunis di Tanah Melayu
2) Implikasi kepada tanah melayu setelah kekalahan komunis dalam polisi
keselamatan.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini memberi tumpuan kepada faktor faktor kekalahan komunis dari
komunis itu sendiri dan juga tanah melayu. Di antara objektif-objektif dalam
kajian ini ialah:
1) Mengenalpasti latar belakang penubuhan PKM di Tanah Melayu.
2) Melihat serta mengkaji faktor faktor yang menyebabkan kekalahan
komunis.
3) Menghuraikan apakah implikasi kepada tanah melayu selepas kekalahan
komunis.

1.5 Skop Kajian


Kajian ini dibuat berdasarkan semasa peristiwa darurat di Tanah Melayu iaitu pada tahun 1948
hingga 1960. Kajian bermula dengan meneliti penubuhan PKM di Tanah Melayu dan seterusnya
faktor faktor yang menyebabkan kekalahan pihak komunis dari pihak komunis itu sendiri dan
Tanah Melayu. Selain itu, kajian mengenai implikasi kepada tanah melayu setelah kekalahan
komunis dari aspek ekonomi Tanah Melayu.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian yang dijalankan adalah penting untuk mengenalpasti apakah faktor faktor
yang menyebabkan komunis tumpas di tanah melayu. Seperti yang sedia maklum
komunis merupakan persatuan yang amat susah untuk dikalahkan tetapi di tanah
melayu persatuan ini tumpas dan ada yang mengatakan dimana satu satunya
negara yang telah mengalahkan komunis. Selain itu, kajian secara menyeluruh
mengenai

strategi

ini


akan

menyumbang

kepada

pemahaman

dan

penambahbaikkan dalam bidang akademik pengajian strategi. Kajian yang telah
saya buat ini adalah berkait rapat dengan semua matapelajaran yang diambil oleh
pelajar bidang strategi dan kajian ini akan memudahkan pelajar pelajar yang akan
datang untuk merujuk dan mencari bahan rujukan mereka. Ia juga penting dalam
mengenalpasti implikasi kepada tanah melayu selepas kekalahan komunis. Selain
itu, ia juga boleh dijadikan sebagai pengajaran dan iktibar kepada setiap lapisan
masyarakat terutama sekali kepada golongan remaja pada zaman sekarang.
Dimana golongan masyarakat dapat mengambil iktibar atas faktor dalaman
komunis dimana organisasi nya berpecah belah dan tidak bersefahaman.


Di

samping dapat membangkitkan semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia.
Iaitu dalam mencapai kemerdekaan dan keamanan yang dirasai sekarang, pelbagai
usaha dan peristiwa yang perit yang harus ditempuhi oleh mereka-mereka yang
terdahulu.

Iaitu dalam mencapai kemerdekaan dan keamanan yang dirasai

sekarang, pelbagai usaha dan peristiwa yang perit yang harus ditempuhi oleh
mereka-mereka yang terdahulu.

1.7 kerangka Teoritikal

Marxisme- Leninisme ialah teori dan falsafah mengenai sistem sosial yang dijadikan ideologi aliran
utama, malah rasmi oleh kesemua parti komunis yang bekerjasama di bawah Communist International
dalam dekad 1920-an dan 1930-an. Ideologi Marxisme-Leninisme ini merupakan teori dan falsafah
sistem sosial, politik dan ekonomiyang berteraskan inti pati pemikiran Karl Marx yang diperhalusi dan
diangkat oleh Vladimir Lenin, pemimpin Parti Komunis Russia yang memimpin Revolusi Oktober 1917
dan seterusnya memimpin Rusia. 9 Selain itu antara teori yang digunakan adalah perang melawan


insurgensi “counterinsurgency”, yang mana reaksi kerajaan terhadap kumpulan pemberontak
dengan melancarkan serangan balas bagi menyekat pergerakan mereka dan seterusnya
menewaskan mereka. Insurgen adalah kumpulan pemberontak yang bertujuan untuk
menggulingkan sebuah kerajaan dengan menggunakan subversif dan konflik bersenjata10

Teori Clausewitz ‘On War’ juga digunakan dalam kajian ini bagi menerangkan ‘trinity’ yang
diperkenalkan oleh Clausewitz dalam perang yang berkonsepkan “people’s war”. ‘Trinity’ yang
diperkenalkan oleh Clausewitz menerangkan mengenai cara yang berkesan dalam konsep
“people war” melalui gabungan kerajaan, tentera dan rakyat. Tiga aspek utama yang perlu
diambil kira adalah rakyat, kedua tentera dan yang ketiga adalah kerajaan. Rakyat memainkan
9 Kamaruddin M. Said, Pilihan Rasional: Minda Abdullah C.D, Pemimpin Komunis Melayu. Akademika 8(3):9-17
10 Baylis, J., Wirtz, J.J. & Gray, C.S. Strategy: in the contemporary world, 3rd edition. ( New York: Oxford University
Press Inc, 2010)

peranan penting kepada tentera dan kerajaan kerana mereka merupakan sumber dalam anggota
tentera, ekonomi dan sokongan politik, begitu juga peranan rakyat kepada kumpulan
pemberontak.11

1.8 Kaedah Kajian


Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kualitatif yang memerlukan pembacaan
serta rujukan yang banyak daripada sumber-sumber ilmiah ataupun sunber
sekunder. Sumber- sumber boleh didapati melalui buku, majalah, artikel dan
sebagainya yang berkaitan dengan tajuk ini. Antara buku yang digunakan ialah
The Malayan Emergency Revisited 1948-1960 dan Darurat 1948-1960. Sumbersumber ini diperolehi daripada Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim. Selain itu,
sumber-sumber daripada jurnal-jurnal atau laman rasmi di internet juga akan
diguna pakai.

11 ibid

1.9 Pembahagian Bab

Kajian yang dijalankan adalah merangkumi beberapa bab yang mempunyai
elemen- elemen yang tertentu berkenaan dengan tajuk. Setiap bab akan
menerangkan dengan terperinci akan satu-satu persoalan yang telah dibahagikan.
Oleh yang demikian, pembahagian bab dibuat secara teratur supaya kajian yang
dibuat dilihat lebih tersusun dan memenuhi kehendak syarat penulisan akademik.

Bab 1
Menerangkan tentang pengenalan terhadap tajuk kajian yang dilaksanakan supaya dapat
memberikan gambaran awal. Ia merangkumi latar belakang kajian yang menerangkan peristiwa
pemberontakan bersenjata yang dilancarkan oleh PKM dan seterusnya telah mencetuskan
pengisytiharaan darurat di Tanah Melayu. Antara elemen lain yang terdapat dalam bab 1 ialah
pernyataan masalah kajian, objektif kajian, skop atau limitasi kajian dan kepentingan kajian.

Kerangka teori dalam bab 1 pula menerangkan tentang teori yang digunakan untuk mengupas
masalah kajian. Kaedah kajian dan ulasan kajian turut dijelaskan di dalam bab ini.

Bab 2
Bab 2 pula mengupas tentang latar belakang penubuhan PKM di Tanah Melayu. Ia
di jelaskan secara terperinci mengenai gerakan komunis di Tanah Melayu dan
seterusnya membawa kepada penubuhan PKM di Tanah Melayu.

Bab 3
Dalam kajian ini merungkai apakah yang telah dilakukan oleh PKM dalam
merancang untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan British di Tanah
Melayu. Pelbagai bentuk serangan dan kekejaman yang telah dibuat oleh PKM
terhadap pihak kerajaan mahupun penduduk Tanah Melayu itu sendiri.
Membincangkan peri pentingnya tindakan dan serangan PKM yang menyebabkan
kerajaan mengambil tindakan dan mengatur strategi bagi menangani dan
membanteras komunis ketika itu dalam erti kata lainnya faktor faktor yang
menyebabkan kekalahan komunis.

Bab

4

Bab ini pengkaji akan menganalisi implikasi pendudukan komunis dan kekalahan
komunis di tanah melayu dari segi polisi keselamatan. Dimana kesan Tanah
Melayu dijajah oleh komunis yang membawa impak kepada Malaysia sehingga
masa kini.

Bab 5
Bab 5 yang mana merupakan bab terakhir dalam kajian yang mengungkap tentang
kesimpulan dalam keseluruhan kajian yang dilakukan. Ini antara lain untuk
menerangkan secara menyeluruh setelah setiap bab telah disiapkan sebagai ulasan
akhir sepanjang melakukan kajian dengan harapan setiap maklumat dan fakta
yang telah diketengahkan mampu difahami dan digunapakai di masa hadapan.
Selain itu, bab ini juga akan menyatakan secara ringkas implikasi peristiwa
tersebut kepada generasi pada masa sekarang.