Dari Penerima Kepada Pembayar Zakat Satu

Islamic Economics and Finance Research Group,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi 43600, Selangor, Malaysia
Fax: 603-89215789
http://www.ukm.my/ekonis
E-mail: ekonis@pkrisc.cc.ukm.my

Working Paper in Islamic Economics and Finance No. 0807

Dari Penerima Kepada Pembayar Zakat : Satu Tinjauan Ke Atas Gerak Asnaf Di Pusat Urus
Zakat Pulau Pinang
Zakaria Bahari1
Zahri Hamat2
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia
11800 Minden, Pulau Pinang
Malaysia
e-mail: zahri@usm.my

This Draft March 2008
1


Zakaria Bahari ialah pensyarah kanan di Bahagian Ekonomi, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti
Sains Malaysia dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) di universiti
yang sama
2
Zahri Hamat ialah pensyarah di Bahagian Pengurusan dan Perancangan Pembangunan, Pusat Pengajian Sains
Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan
Islam (ISDEV) di universiti yang sama.

ABSTRAK
Saban tahun ratusan juta zakat telah diagihkan kepada asnaf fakir dan miskin oleh institusiinstitusi zakat di Malaysia. Ia telah dilaksanakan sekian lama. Namun melalui kaedah pengagihan
zakat yang sedia ada ini tidak mempamerkan tanda-tanda kedua-dua asnaf tersebut mampu keluar
daripada kemiskinan. Apatah lagi untuk menukarkan mereka dari penerima zakat kepada
pembayar zakat. Persoalannya, apakah kaedah pengagihan yang diamalkan pada masa kini perlu
pengubahsuaian? Apakah ada kaedah pengagihan lain yang boleh diteroka agar asnaf fakir dan
miskin ini mampu keluar dari kemiskinan dan seterusnya akan menjadi pembayar zakat. Kertas ini
bertujuan untuk meninjau kaedah pengagihan zakat untuk golongan fakir dan miskin yang sedang
dilaksanakan oleh Pusat Urus Zakat Pulau Pinang yang dikenali sebagai gerak asnaf. Kaedah
pengagihan ini walaupun belum menampakkan kejayaan, tetapi ia adalah satu kaedah pengagihan
alternatif yang boleh juga diteroka oleh institusi-institusi zakat lain. Di akhir kertas ini

dicadangkan untuk pertimbangan oleh institusi-institusi zakat tentang kaedah pengagihan melalui
harta produktif seperti pelaburan dalam sektor peladangan, perindustrian dan perkhidmatan.

PENDAHULUAN
Malaysia merupakan antara negera yang terkehadapan dalam pengurusan zakat. Hal ini antara lain
disebabkan oleh adanya pusat-pusat pengurusan zakat di kebanyakan negeri di Malaysia. Ia dapat
dipamerkan dengan peningkatan dalam jumlah pungutan zakat setiap tahun. Misalnya jumlah
pungutan zakat telah meningkat dari RM373.9 juta pada tahun 2002 kepada RM408.4 juta pada
tahun 2003, RM473.3 juta pada tahun 2004 dan RM573.1 juta pada tahun 2005 seterusnya kepada
RM670.6 juta pada tahun 2006 (MAIWP, 2007: 72). Purata kenaikan pungutan zakat adalah sekitar
15.8 peratus setahun.
Antara negeri yang mempamerkan pungutan tertinggi pada tahun 2006 ialah Selangor sebanyak
RM149.9 juta dan Wilayah Persekutuan sebanyak RM143.3 juta. Agak menariknya ialah kejayaan
negeri Pulau Pinang memungut zakat sebanyak RM28.1 juta bagi tahun 2006. Jumlah itu setanding
dengan pungutan zakat di negeri Perak, iaitu RM28.9 juta. Malah pungutan di negeri Pulau Pinang
telah mengatasi pungutan zakat di negeri Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak, Sabah dan Perlis yang
masing-masing telah memungut sebanyak RM23.3 juta, 17.3 juta, RM12.1 juta dan 11.1 juta.
Bagi memenuhi bertujuan kertas ini, maka perbincangan akan dibahagikan kepada tiga bahagian.
Bahagian pertama akan menghuraikan beberapa prinsip penting tentang agihan zakat. Bahagian
kedua pula akan membahaskan tentang agihan zakat oleh Pusat Urus Zakat Pulau Pinang yang

dikenali sebagai gerak asnaf. Bahagian terakhir merupakan cadangan kaedah pengagihan melalui
harta produktif.
BEBERAPA PRINSIP AGIHAN ZAKAT
Pengagihan zakat perlu mematuhi beberapa prinsip. Ini adalah bertujuan agar agihan zakat yang
dibuat adalah mengikut ketetapan yang ditentukan oleh syariat Islam. Antara prinsip-prinsip tersebut
ialah agihan hanya untuk asnaf yang telah ditetapkan, keutamaan kepada golongan fakir dan miskin
seterusnya agihan tersebut perlulah dapat memenuhi had al-kifayah. Huraian secara ringkas untuk
setiap prinsip tersebut adalah seperti berikut:
Hanya Untuk Asnaf Zakat
Asnaf zakat ialah golongan yang berhak menerima zakat. Ia telah disebut oleh Allah s.w.t. dalam alQuran dan Rasulullah s.a.w. melalui al-Sunnah atau al-Hadis. Daripada al-Quran antara lain adalah
ayat al-Quran yang bermaksud:
“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu adalah hanya untuk orangorang fakir dan miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang
yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak
memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk
(dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan)
dalam perjalanan, (ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu
ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (Al-Taubah, 9: 60).
Surah ini diturunkan selepas turunnya surah al-Fath. Surah al-Fath. Ia diturunkan sempena dengan
peristiwa pembukaan Makkah pada tahun kelapan Hijrah. Ini bermakna, golongan asnaf yang berhak

menerima zakat berlaku selepas 20 tahun Nabi Muhammad s.a.w menjadi Rasul.

Ayat itu jelas menyebut bahawa lapan golongan yang berhak menerima zakat. Menurut jumhur,
susunan asnaf bermula dengan fakir, miskin, amil, mualaf, hamba, penghutang, fi sabilillah dan ibn
al-sabil. Sebaliknya al-Nasafi dan Ibn al-Athir pulak bermula dengan fi sabilillah, ibn al-sabil,
hamba, penghutang, fakir, miskin, amil dan mualaf. Namun keutamaan ini bukanlah satu isu.
Pelaksanaannya bergantung kepada keadaan semasa dan setempat serta melihat kepada maslahat
umum (Hasanah Abd Khafidz, 2006: 82 - 91).
Daripada al-Hadis pula antara lain berdasarkan sebuah Hadis yang dilaporkan oleh Ziyad al-Harth
al-Sada’i dengan katanya bermaksud:
“Aku pernah datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu mengangkat sumpah
setia. Lalu Baginda menyebut satu Hadis yang panjang (katanya): Maka
tiba-tiba datang seorang lelaki sambil berkata: Berilah aku dari harta
sedekah. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah tidak rela
terhadap hukum yang ditentukan oleh Nabi-Nya mahupun orang yang lain
dalam hal sedekah, sehingga Dia sendiri yang menentukan hukumnya. Maka
Dia membahagikan sedekah (zakat) itu kepada lapan golongan. Oleh itu jika
engkau termasuk dalam salah satu dari golongan itu, maka engkau akan ku
beri (zakat)” (Abu Dawud, No. Hadis: 1626).
Daripada al-Hadis itu mempamerkan bahawa Rasulullah s.a.w. berpegang dengan arahan Allah

s.w.t. tentang lapan golongan yang berhak menerima zakat. Zakat tidak boleh diagih selain dari
lapan golongan yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. ini. Dengan itu Rasulullah s.a.w. akan
mengagihkan zakat kepada golongan-golongan yang memerlukan berdasarkan lapan golongan
tersebut.
Keutamaan Golongan Fakir dan Miskin
Golongan fakir dan miskin merupakan golongan pertama yang disebut oleh Allah s.a.w. Namun ia
tidak dinyatakan dengan jelas kadar agihan yang perlu dibuat kepada kedua-dua golongan itu.
Rasulullah s.a.w. juga tidak menyebutkannya dengan jelas. Namun terdapat Hadis Rasulullah s.a.w.
yang mempamerkan keutamaan golongan fakir dan miskin. Antara lain Rasulullah s.a.w. berpesan
kepada Muadh b. Jabal ketika beliau dihantar sebagai gabenor di Yaman dengan sabda-Nya
bermaksud
“Ajaklah mereka bersyahadah bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan
bahawasanya Aku adalah utusan Allah, jika mereka mentaatinya maka
hendaklah engkau memberitahu mereka bahawa Allah memfardhukan ke
atas mereka solat lima waktu sehari semalam. Maka jika mereka
mentaatinya, hendaklah engkau memberitahu mereka bahawa Allah
memfardhukan kepada mereka menunaikan zakat pada harta mereka. Harta
itu diambil dari orang kaya dan diberikan kepada orang miskin di kalangan
mereka” (al-Bukhari, No. Hadis: 478).


Berdasarkan al-Hadis di atas, Rasulullah s.a.w. mempamerkan methodologi pemungutan dan
pengagihan zakat. Ia dapat dirumuskan bahawa zakat itu dipungut daripada orang kaya dan kemudian
diagihkan kepada golongan miskin. Rasulullah s.a.w. juga berpesan supaya pengagihan itu dilakukan
dalam kalangan mereka.

Dengan itu dapatlah dirumuskan bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan Muadh b. Jabal untuk
memungut dan mengagihkan zakat di daerah yang sama zakat itu dipungut. Perintah Rasulullah s.a.w.
ini telah dilaksanakan dengan patuh oleh Muadh b. Jabal. Malah terdapat kes di mana beliau menulis
surat kepada amil zakat supaya agihan dibuat di kalangan kabilah yang sama walaupun mereka telah
berpindah dari daerah itu. (Yusuf al-Qaradawi, 1999: 511).
Had al-Kifayah
Zakat hendaklah diberi mengikut kadar keperluan yang mencukupi kepada setiap penerimanya. Ia
pastinya berbeza-beza mengikut keperluan seseorang pada ketika itu. Namun bagi golongan fakir
dan miskin, jumhur fuqaha sependapat bahawa tahap kekayaan atau kadar pemilikan harta pada
ketika itu merupakan satu aspek penting untuk menilai golongan fakir dan miskin untuk menentukan
kelayakan untuk menerima zakat. Tahap kekayaan ini boleh berubah mengikut keperluan seseorang
(Hasanah Abd Khafidz, 2006: 259 - 261). Ini dipamerkan daripada Hadis Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud:
“Daripada Qabisah b. Mukhariq al-Halili katanya: aku pernah menanggung
hutang (untuk mendamaikan dua qabilah yang saling bersengketa). Lalu aku

datang kepada Rasulullah s.a.w. meminta bantuan kepada Baginda untuk
membayarnya. Jawab Baginda: Tunggulah sampai orang datang
menghantar zakat, nanti aku suruh supaya menyerahkannya kepadamu.
Kemudian Baginda meneruskan sabdanya: Hai Qabisah! Sesungguhnya
meminta-minta itu tidak dibolehkan kecuali untuk tiga golongan: (i) Orang
yang menanggung hutang (Gharim, untuk mendamai orang yang bersengketa
atau seumpamanya), maka orang itu boleh meminta-minta sehingga
hutangnya selesai dilunaskan, apabila hutangnya selesai dilunaskan, maka
ia tidak boleh lagi meminta-minta; (ii) Orang yang ditimpa bencana,
sehingga musnah harta bendanya, orang itu boleh meminta-minta sehingga
memperolehi kehidupan yang layak baginya; (iii) Orang yang ditimpa
kemiskinan (disaksi atau diketahui oleh tiga orang yang dipercayai bahawa
dia memang miskin), orang itu boleh meminta-minta sehingga dia
memperoleh sumber penghidupan yang layak. Rasulullah bersabda: Selain
daripada tiga golongan ini, wahai Qabisah! Haram baginya memakan hasil
daripada meminta-minta itu” (Muslim, No. Hadis: 2271).
Di Malaysia misalnya, dalam menentukan golongan fakir dan miskin, ia adalah berdasarkan kepada
bilangan isi rumah dan lokasi sama ada tinggal di bandar raya, bandar atau luarpun bandar. Hal ini
kerana had al-kifayah di setiap kawasan adalah berbeza kerana keperluan harian di bandar tentulah
lebih tinggi berbanding dengan keperluan di luar bandar (JAWHAR, 2007: 22 - 26).

Lebih dari itu, Abu ‘Ubaid melaporkan Khalifah Umar al-Khattab pernah berkata yang bermaksud:
“Jika kamu memberi, berilah sehingga mereka kaya”. Malah beliau memerintahkan kepada amil
zakat supaya memberi zakat secara berterusan yang bermaksud: “Ulangilah pemberian sedekah
(zakat) kepada mereka (asnaf zakat) meskipun seratus ekor unta telah habis daripada seseorang (Abu
Ubaid, 1991: 560).3
Bagi memenuhi semangat dan matlamat agihan zakat, iaitu untuk memenuhi keperluan
penerimanya, maka pihak pengurusan zakat dari semasa ke semasa perlulah sentiasa mengkaji bagi
3

Untuk huraian lebih lanjut had al-kifayah dan bentuk-bentuk agihan yang boleh diberikan kepada asnaf,
sila lihat tulisan Ismail Shahatah (1989: 63 - 65).

mengenalpasti cara terbaik untuk mecapai matlamat tersebut. Setiap asnaf mempunyai masalah
tersendiri yang perlu ditangani melalui agihan zakat (Hasanah Abd Khafidz, 2006: 101 - 102).
BENTUK SKIM ASNAF MISKIN
Berbagai bentuk skim untuk asnaf miskin dilaksanakan untuk mengeluarkan mereka dari belenggu
kemiskinan. Antaranya dengan menyediakan modal pusingan untuk perniagaan. Di negara Aceh
Darussalam misalnya, kaedah pengagihan ini dikenali sebagai pengagihan zakat produktif (Baitul
Mal Aceh, 2007: 2 - 4). Bantuan modal pusingan membabitkan tiga sektor. Pertama ialah sektor
penternakan. Antara yang menonjol ialah bantuan untuk penggemukan lembu dan pembiakan

kambing. Kedua ialah sektor pertanian. Antara pertanian yang terlibat ialah tanaman sayur-sayuran.
Ketiga sektor perdagangan. Sektor ini antara lain meliputi peniaga-peniaga sayur-sayuran, pembuat
kueh-mueh, pengendali kedai makanan dan pengusaha bengkel. Pembahagian keuntungan adalah
mengikut sistem mudharabah bagi sektor peternakan, manakala sektor perdagangan dibuat secara alQardhul Hasan (Baitul Mal Aceh, 2007: 5).
Di Malaysia pula sebuah manual pengurusan agihan zakat telah diterbitkan oleh Jabatan Wakaf,
Zakat dan Haji (JAWHAR) pada tahun 2007. Daripada manual tersebut, terdapat dua bentuk skim
asnaf miskin telah dan sedang dilaksanakan. Adalah diharap, kedua-dua bentuk skim asnaf itu akan
dapat mengubah penerima zakat kepada pembayar zakat (JAWHAR, 2007: 28 - 29). Skim pertama
ialah penyediaan modal insan. Skim kedua ialah penyediaan modal perniagaan. Untuk penyediaan
modal insan antara lain ialah bantuan yang diberikan meliputi bantuan biasiswa pelajaran, kursus
dan latihan. Matlamat bantuan untuk modal insan ialah memberi bantuan pelajaran kepada anakanak golongan fakir dan miskin di sekolah rendah dan menengah. Permohonan bagi pengajian di
peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D) juga dipertimbangkan bagi kes-kes khas (JAWHAR,
2007: 42).
Sementara itu, untuk penyediaan modal kerja antara lain ialah bantuan modal perniagaan, modal
perikanan, modal penternakan dan modal pertanian. Matlamat bantuan modal perniagaan ialah untuk
membolehkan asnaf miskin dapat berdikari dengan menjalankan perniagaan, penternakan dan
pertanian bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka. Hal ini seterusnya dapat membebaskan mereka
dari belenggu kemiskinan dan dengan itu mereka akan menjadi pembayar zakat (JAWHAR, 2007:
34).
Antara negeri yang menyediakan modal pusingan untuk kemudahan kepada asnaf memulakan

perniagaan ialah negeri Selangor. Melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS), ia telah dilaksanakan
melalui satu jabatan khusus, iaitu Jabatan Pembangunan Asnaf (JPA). Setiap tahun LZS
menyediakan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk menjayakan program tersebut. Modal pusingan
sekitar antara RM20,000 sehingga RM50,000 disediakan. Namun modal pusingan itu adalah
merupakan modal hangus yang tidak perlu dibayar balik kepada LZS. Bagi menentukan
kejayaannya, ia dipantau secara dekat oleh konsultan yang dilantik oleh LZS (LZS, 2007: 6 - 7).
GERAK ASNAF PUSAT URUS ZAKAT PULAU PINANG
Dalam usaha meningkatkan pendapatan golongan asnaf fakir and miskin di Pulau Pinang, Pusat
Urus Zakat Pulau Pinang telah melaksanakan pelbagai program gerak asnaf yang bermula pada
tahun 2002 dengan harapan dapat mengeluarkan mereka daripada berkekalan terus dalam kelompok
tersebut. Antara yang terawal program gerak asnaf yang telah dilakukan ialah program gerak asnaf
Skor A yang lebih kepada meningkatkan keupayaan modal insan golongan asnaf tersebut dengan
meningkatkan ilmu pengetahuan anak-anak asnaf. Program ini merupakan program jangka panjang.
Kemudian diikuti oleh program gerak asnaf lain, iaitu gerak asnaf jahitan juga pada tahun 2002,
gerak asnaf niaga pada tahun 2004, gerak asnaf catering pada tahun 2005, gerak asnaf kraf dan

gerak asnaf tani pada tahun 2006. Jumlah peserta yang telah dan sedang mengikuti program adalah
seperti dalam Jadual berikut.
JADUAL 1 : JENIS PROGRAM GERAK ASNAF YANG DILAKSANAKAN (2008)
Bil.

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Program Gerak Asnaf
Gerak Asnaf Skor A
Gerak Asnaf Jahitan
Gerak Asnaf Niaga
Gerak Asnaf Catering
Gerak Asnaf Kraf
Gerak Asnaf Tani
JUMLAH

Bilangan Peserta
1775
28
38
47
23
8
1919

Pusat Bengkel
53
4
6
5
2
1
107

Tahun Mulai
2002
2002
2004
2005
2005
2006

Sumber: Pusat Urus Zakat Pulau Pinang
Gerak Asnaf Skor A
Gerak asnaf ini dilancarkan semata-mata untuk meningkatkan kemahiran belajar dan memupuk
yakin diri bagi pelajar UPSR, PMR dan SPM agar cemerlang serta terdedah dengan sistem
pembelajaran yang bersistematik. Antara program yang utama ialah Program Didik Cemerlang
Akademik (PDCA) yang dimulai pada 2006 dengan kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Negeri
dan PERDA. Program ini ditawarkan kepada pelajar calon UPSR yang beragama Islam di Pulau
Pinang dengan memberi tuisyen percuma menggunakan 25 modul khas. Kejayaan program ini dapat
ditunjukan dalam Jadual 2 berikut.
JADUAL 2 : PENCAPAIAN KELAS TUSYEN “PREP CLASS”
Bil.
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Daerah
Seberang Perai Utara (Butterworth)
Seberang Perai Utara (Kepala
Batas)
Seberang Perai Tengah
Seberang Perai Selatan
Barat Daya
Timur Laut
Jumlah Keseluruhan

Pusat ‘Prep Class’
5
11

Bil. Peserta
190
370

15
6
8
8
53

550
180
245
240
1,775

Sumber: Pusat Urus Zakat Pulau Pinang (setakat April 2008)
Kebanyakan pusat “Prep Class”4 sebanyak 37 buah dengan 1290 pelajar adalah terdapat di Sebarang
Jaya dan hanya 16 buah dengan 485 pelajar terletak di bahagian Pulau. Keadaan ini berlaku kerana
kebanyakan penduduk beragama Islam dan Bumiputera tinggal di Seberang Jaya. Berdasarkan pada
pada Jadual 3 di sebelah, jumlah pelajar yang mengikuti program PDCA yang telah berjaya
mendapat keputusan UPSR 5A ke atas telah meningkat dengan baik (sebanyak 15.8%) secara
keseluruhan berbanding tahun 2006 dengan 2007. Sekiranya dilihat pelajar Islam dan Bumiputera
dari Sekolah Kebangsaan pencapaian keputusan 5A ke atas telah meningkat dengan cekap, iaitu
4

Kelas persediaan tusyen yang dikendalikan oleh PUZ

daripada 11.7% kepada 21.7%. Peningkatan ini telah memberi peluang kepada pelajar yang miskin
ini mendapatkan tempat yang baik di sekolah-sekolah berasrama penuh dan juga program-program
kelas khas yang ada di sekolah-sekolah kebangsaan yang lain. Diharapkan dengan peluang dan
bantuan diberikan akan mendidik pelajar tersebut menjadi insan yang kamil, berketrampilan dan
profesional di masa akan datang.
JADUAL 3: KESAN (PDCA) KEPADA KEPUTUSAN UPSR 2007

SEKOLAH
Sekolah
Kebangsaan
SJK (Cina)
SJK (Tamil)
JUMLAH

2006
LULUS
SAHAJA
10156

LULUS
5A/7A
2323

%

11.7

2007
LULUS
SAHAJA
10692

LULUS
5A/7A
1192

%

6227
387
16770

1434
29
2655

23.0
7.5
15.8

6117
427
17236

1189
44
3556

19.4
10.3
20.6

21.7

Sumber: Pusat Urus Zakat Pulau Pinang
Selain daripada program PDCA yang dilaksanakan, terdapat program lain dalam asnaf Skor A ini,
misalnya pemberian biasiswa pelajar Sekolah Menengah Agama Islam, pelajar Pengajian Tinggi
yang mencecah kepada RM1,526,280.00 perbelanjaan pengagihan pada tahun 2007. Program
bantuan sekolah yang lain seperti pakaian seragam sekolah, pemberian basikal serta program kursus
motivasi, bengkel peperiksaan, peralatan & buku telah menelan belanja kepada pelajar miskin,
kesemuanya telah menelan belanja sebanyak RM5,574,697.70. semua program ini ialah semata-mata
untuk meningkatkan motivasi dan kelengkapan bagi golongan miskin berjaya dalam modal insan
(PUZ; 2008)
Gerak Asnaf Jahitan
Program asnaf jahitan ini bermula pada tahun 2002 dan difokuskan untuk membantu golongan ibu
tunggal dan ibu tinggal5 supaya berkemahiran dalam bidang jahitan. Setakat ini sudah terdapat
empat pusat bengkel jahitan yang dibina untuk menampung keperluan latihan kepada para ibu
tunggal/tinggal seramai 28 orang mengikuti kursus tersebut (Jadual 4). Biasanya peserta tersebut
diberi latihan selama 6 bulan. Sekiranya mereka telah tamat kursus dan bersedia untuk membuka
perniagaan sendiri seperti membuka kedai jahitan sendiri amatlah digalakan oleh Pusat Urus Zakat,
malah akan diberikan bantuan modal dan sebagainya.

5

Wanita yang suaminya ditahan Pusat Seranti atau dipenjara kerana melukakan jenayah.

JADUAL 4 : PENCAPAIAN GERAK ASNAF JAHITAN (2207)
Bil.

Pusat Bengkel

Jumlah
Peserta

Fokus Produk

Jumlah
Output

1.

Balik Pulau (BD)

8

14300

2.

Teluk Air Tawar 5
(SPU)
Tasek Gelugor (SPU) 7

Pakaian
sekolah
lengkap
(perempuan)
Bajuk
sekolah
(lelaki)
Seluar
sekolah
(lelaki)
Seluar
sekolah
(lelaki)

Kadar
Upah
(sehelai)
RM6.70

4684

RM4.10

4358

RM8.00

3.
4.

Cherok
(SPT)

Tok

5.

JUIMLAH

Kun 8

28

Dalam
latihan
(15.11.200
7)
23342

Sumber: Pusat Urus Zakat Pulau Pinang
Setiap bengkel bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan menjahit dan juga bekalan
pakaian seragam sekolah yang dipesan untuk program bantuan pakain seragam sekolah6. Bengkel
juga sedia menerima tempahan baju daripada pihak luar seperti tempahan baju melayu, kurung
kebaya dan sebagainya. Dalam Jadual 4 kita dapat lihat setiap pusat bengkel pada umumnya
mempunyai tempahan khusus, misalnya Pusat Bengkel Balik Pulau menerima tempahan bagi
pakaian seragam sekolah perempuan, Pusat Bengkel Teluk Air Tawar menerima tempahan baju
sekolah lelaki dan Pusat Bengkel Tasek Gelugur membuat jahitan seluar sekolah lelaki. Dijangkakan
setiap bengkel menerima purata agihan tempahan di antara RM 5,000.00 hingga RM 20,000.00
setiap tahun. Keterlibatan ibu tunggal/tinggal telah dapat memperolehi kemahiran, pendapatan dan
juga keyakinan diri untuk menambah pendapatan yang diharapkan mereka akan terkeluar daripada
kelompok tersebut.
Gerak Asnaf Niaga
Program asnaf niaga ialah bertujuan memberi latihan dan pendedahan kepada peserta dalam bidang
perniagaan peruncitan agar apabila mereka telah selesai mengikuti latihan dan bersedia untuk
membangunkan perniagaan sendiri, maka PUZ akan memberi bantuan dalam bentuk modal dan
sebagainya. Di samping itu juga ia merupakan peluang pekerjaan kepada anak-anak asnaf. Kedai
PUZ-Mart juga dalam masa yang sama merupakan pusat pengedar produk-produk yang dihasilkan
oleh asnaf. Dalam melaksanakan program ini, PUZ telah membuka 6 kedai PUZ-Mart setakat ini
dan melatih serta mengaji anak-anak asnaf fakir dan miskin seramai 38 orang. Penjelasan terperinci
mengenai pusat bengkel dan jumlah peserta adlah seperti dalam Jadual 5. Kedai PUZ-Mart ini
dibuka dalam 24 jam sehari.

6

Termasuk juga program bantuan seragam sekolah yang disediakan sendiri oleh Pusat Urus Zakat

JADUAL 5 : PENCAPAIAN GERAK ASNAF NIAGA PUA-MART (2007)
Bil
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Kedai PUZ-Mart
Bukit Mertajam (SPT)
Balik Pulau (BD)
Tanjung Bungah (TL)
Teluk Bahang (BD)
Tasek Gelugor (SPU)
Jalan Air Itam (TL)
JUMLAH

Jumlah Peserta
7
6
6
6
7
6
38

Mulai Operasi
Mei 2004
Jun 2004
Julai 2004
Disember 2005
Februari 2006
April 2006

Sumber: Pusat Urus Zakat Pulau Pinang
Buat masa ini hanya terdapat 2 kedai PUZ-Mart di Seberang Perai, sedangkan 4 kedai lagi terletak di
Bahagian Pulau dengan 24 peserta. Sedangkan 2 kedai lagi di Seberang Perai hanya melatih 14
orang peserta anak asnaf. Pada keseluruhannya perjalan pengurusan dan penyelanggaraan PUZ-Mart
masih berjalan dengan baik kerana masih memperolehi keuntungan sedikit serta dapat terus
beroperasi.
Gerak Asnaf Kraf
Program asnaf kraf dilancarkan bertujuan untuk memberi peluang dan membantu para ibu asnaf
meningkatkan pendapatan mereka dengan dilengkapi dengan kegiatan pemasaran hasil kraf tangan
tersebut oleh PUZ. Setakat ini, terdapat 2 pusat bengkel yang ada. Pertama di Kampung Tun Sardon,
Tasek Gelugor yang mengusahakan hasil kraf tangan daripada surat khabar lama. Antara hasil
krafnya ialah bekas telur, pelbagai bentuk baku, pasu, bingkai cermin dan sebagainya serta
dikendalikan secara sambilan. Pusat ini mempunyai 10 orang peserta dan mampu menghasilkan
pendapatan diantara RM300.00 hingga RM500 sebulan.
Pusat bengkel kedua terletak di Mengkuang Mak Sulung, Bukit Mertajam. Kegiatan kraf tangan
utama di sini ialah projek bunga telur, kotak hadiah, bunga sabun, potpouri dan sebagainya untuk
tempahan majlis-majlis keraian dan kenduri perkahwinan. Semua pemasaran dikendalikan oleh
PUZ. Seramai 13 orang peserta telah mengikuti program ini dan setakat ini nilai agihan diantara RM
5,000.00 hingga RM 10,000.00.
Gerak Asnaf Catering
Dalam program gerak asnaf catering seramai 54 orang peserta telah diterima mengikuti program
tersebut. Peserta yang terlibat ialah mereka yang menjalankan perusahaan kecil-kecil sendiri di
tempat kediaman masing-masing. Setakat ini terdapat 5 pusat bengkel yang telah disediakan oleh
PUZ seperti ditunjukkan dalam Jadual 6. Antara produk catering yang terlibat ialah kek, pastri,
bahulu, biskut di pusat bengkel Teluk Bahang, kuih siput, simpul kasih, mini karipap dan mimi
popia di pusat bengkel Teluk Bahang, kek, pastri, pizza, aneka laut dan nasi di pusat bengkel Teluk
Air Tawar, kuih siput, maruku dan kerepek pisang di pusat bengkel Cherok Tok Kun dan akhir
sekali kuih karas, tempeyek, kuih cakar ayam, halwa kelapa dan buah rotan di pusat bengkel Sungai
Setar Besar.

JADUAL 4.6: PENCAPAI GERAK ASNAF CATERING (2007)
Bil
.
1.

Pusat Bengkel
Bengkel Teluk Bahang (BD)

Jumlah
Peserta
11

2.

Bakar Kapur, Penaga (SPU)

10

3.

Teluk Air Tawar, Butterworth

12

4.

Cherok Tok
Mertajam

5.

Sungai Setar Besar (SPS)

14

JUMLAH

54

Kun,

Bukit 7

Fokus Produk

Mula Operasi

Kek,
Pastri,
Bauhulu, Biskut
Kuih Siput, Simpul
Kasih,
Mini
karipap,
mimi
popia
Kek, Pastri, Pizza,
aneka lauk dan nasi
Kuih
sepit,
Maruku, Kerepek
pisang
Kuih
Karas,
Tempeyek,
Kuih
Cakar
Ayam,
Halwa
kelapa,
Buah rotan

Mei 2005
Ogos 2006

April 2007
Mei 2007

Mei 2007

Sumber: Pusat Urus Zakat Pulau Pinang

Segala bentuk pesanan daripada pelanggan hendaklah berurusan dengan PUZ. PUZ bertindak
sebagai pengendali pemasaran. Sebahagian daripada produk catering ini diedarkan dan dijual di
Kedai PUZ-Mart dan juga di autrium Produk Hasil Usahawan Zakat (PUAZ)7. Di PUAZ ini sahaja,
PUZ telah dapat mengumpul hasil dan produk asnaf zakat dalam anggaran di antara RM20,000.0
hingga RM60,000.00 setiap bulan.
Gerak Asnaf Tani
Program gerak asnaf terakhir ialah gerak asnaf pertanian. Program ini baru dilancarkan pada tahun
2006 dan setakat ini projek pertama diusahakan di Tapak Pertanian Ara Kuda di Seberang Perai
Tengah dengan keluasan tanah tiga ekar. Tamanan sampingan yang diusahakan ialah limau kasturi,
serai, ubi keledek, jagung, ubi kayu, cili, betik, pisang dan nenas. Di samping itu juga terdapat usaha
sampingan lain, iaitu ternakan diusahakan juga, misalnya ternakan ayam kampung, itik, kambing,
dan ayam belanda. Setakat ini hanya 8 orang peserta telah diambil untuk mengikuti program ini.
Pihak PUZ akan menyediakan benih dan modal untuk menjayakan program asnaf ini.
Program gerak asnaf ini menampakkan usaha PUZ untuk mengeluarkan asnaf fakir dan miskin
terkeluar daripada golongannya dengan memberi peluang dan meningkatkan produktivitif mereka.
Misalnya dalam asnaf Skor A meningkatkan pengetahuan anak asnaf supaya lebih berminat untuk
terus meningkatkan keupayaan diri dan ilmu pengetahuan. Sedangkan asnaf gerak jahitan, catering,
dan kraf memberi latihan dan pengalaman kepada peserta terutamanya golongan ibu tunggal/tinggal
untuk mendapatkan kemahiran dan pekerjaan yang akhirnya akan meningkatkan pendapatan mereka.
7

Pusat pengumpulan hasil dan jualan produk asnaf yang baru dimulai pada 2006. Setakat ini hanya
terdapat dua pusat sahaja, iaitu di Bandar PERDA dan Teluk Bahang. Setakat ini sebanyak 10 orang telah
terlibat dalam program PUAZ ini. Mereka yang terlibat ialah anak-anak asnaf.

Asnaf yang berfungsi sebagai agen pengeluaran produk dan PUZ menguruskan pasaran. Begitu juga
dengan program asnaf niaga yang mengambil dan melatih anak-anak asnaf agar dapat pekerjaan
serta boleh menjadi peniaga yang berkebolehan. Dalam usaha menambahkan pendapatan golongan
lelaki miskin, gerak asnaf tani dapat berfungsi membantu mereka. PUZ menyediakan benih-benih
dan baka serta anak-anak hewan ternakan tersebut kepada peserta. Diharapkan kegiatan seumpama
ini akan dapat menambah pendapatan peserta.
Peningkatan modal insan dengan program-program gerak asnaf di atas, PUZ juga memberi bantuan
modal perniagaan dalam bentuk modal barang seperti peralatan dan juga modal tunai yang bernilai
diantara RM1,000.00 hingga RM5,000.00. Pengagihan modal bantuan perniagaan adalah seperti
yang dijelaskan dalam Jadual 7. Bantuan modal perniagaan ini merupakan pelengkap kepada
pengagihan zakat yang produktif melalui program-program gerak asnaf yang asnaf lain.

JADUAL 7 : BILANGAN DAN BANTUAN MODAL PERNIAGAAN SUMBANGAN PUZ
Bil.
1.
2.
3.
4.

Perkara
Jumlah Permohonan (hinga November 2007)
Permohonan Yang Layak
Bantuan Tunai
Bantuan Peralatan
Jumlah Keseluruhan

Catatan
497 orang
192 orang
RM182,065.00
RM206,526.00
RM388,591.00

Masalah dan Cabaran
Pada keseluruhanya pengendalian program gerak asnaf ini masih mampu diteruskan lagi kerana
masalah perbelanjaan pembiayaan masih dapat ditanggung dengan kutipan wang zakat yang
semakin meningkat tahun demi tahun dan juga atas kesedaran golongan yang wajib bayar zakat di
Pulau Pinang menunaikan ibadah zakat. Di samping ada bilangan asnaf lain seperti asnaf hamba
yang hendak dimerdekakan tidak ada, maka bahagian ini boleh diperuntukan kepada program gerak
asnaf tersebut. Namum masih lagi terdapat masalah dan cabaran yang perlu dihadapi oleh pihak
PUZ dalam menjalankan program gerak asnaf tersebut.8 Antara masalah yang terpaksa dihadapi
ialah mentaliti atau sikap para asnaf pada umumnya dan peserta khususnya kecuali mereka yang
tergolong dalam orang kurang upaya. Mereka lebih suka disediakan bantuan dan program mereka
dan menganggap bahawa segala bantuan program tersebut yang diberikan kepada mereka dapat
diteruskan dan kurang berminat untuk berusaha untuk keluar daripada golongan asnaf tersebut.
Tanpa melakukan usaha yang gigih mereka tetap mendapat bantuan paling tindak keperluan asas.
Antara mentaliti mereka yang sukar diatasi ialah sikap malas mereka. Misalnya peserta kedai PUZMart dikatakan bertugas tidak mengikut waktu yang ditetapkan, kurang berusaha untuk mencari dan
berinovatif dalam menghasilkan produk baru terutamanya dalam gerak asnaf kraf dan catering.
Mereka hanya semata-mata mengharapkan produk yang telah diberi kursus. Apatah lagi untuk
mencari pasaran bagi produk mereka. Mereka sememangnya bergantungkan seratus peratus pasaran
yang dikendalikan PUZ.
8

Kajian awal ini hanya tertumpu kepada pihak pengurusan PUZ belum lagi kajian dibuat terhadap peserta dan
agensi yang terlibat dengan program ini. Mungkin kajian lanjut akan mengambilkira semua pihak yang
terlibat.

Walaupun banyak program motivasi dan peningkatan modal insan golongan asnaf dilancarkan,
tetapi terdapat juga mereka yang tidak memberi kerjasama. Hal ini mungkin disebabkan tahap
pendidikan mereka masih rendah dan ditambah dengan pemilikan faktor-faktor pengeluaran yang
dimiliki, sehinggakan mereka tidak dapat melihat keupayaan program yang diberikan kepada mereka
sebenarnya memberi manfaat kepada mereka dan keluarga mereka. Mereka lebih utamakan
keperluan asasi seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal, semantara pendidikan merupakan
perkara sekunder bagi mereka. Lingkaran keganasan kemiskinan ini tidak dapat dilepaskan daripada
suasana penghidupan mereka. Mereka lebih nampak pemberian bantuan itu lebih dalam bentuk
material bukannya spiritual dan modal insan. Malah ada diantara mereka terus ingin dengan
program-program asnaf ini kerana tidak menyusahkan mereka berusaha sendiri untuk menghasilkan
produk yang lebih menarik dan mereka telah disediakan pekerjaaan. Sedangkan program asnaf ini
merupakan program jangka pendek yang memberi latihan, pratikal dan pengalaman dalam
meningkatkan kemahiran dan mutu modal insan mereka. Ini merupakan cabaran yang perlu
ditangani oleh pihak PUZ sekiranya ingin menjayakan program ini ke depan lagi.
Di samping berada dalam keadaan serba kekurangan mereka juga dikatakan mempunyai sikap hasad
dengki dalam kalangan mereka. Masih adalah sifat yang tidak boleh melihat mereka dalam
golongan mereka yang berjaya dan maju. Walaupun perkara ini tidak begitu serius, tetapi masih
tetap berlaku dalam kalangan mereka. Perkara ini juga menyebabkan mereka tidak memberi
kerjasama yang padu dalam menghasilkan pesanan baik daripada tempahan pakaian dan juga produk
hasil kraf tangan.
Kaitan dengan sikap malas mereka, setengah daripada mereka dikatakan tidak bekerja mengikut
waktu yang ditetapkan. Mereka dikatakan suka curi tulang, masuk lambat tidak ikut peraturan yang
telah disediakan, misalnya anak asnaf yang bertugas di PUZ-Mart dan tidak menepati masa dalam
sesuatu pekerjaan. Terdapat juga sikap yang tidak amanah di antara mereka, terdapat sesetengah
barang dan produk yang hilang dalam kedai PUZ-Mart. Namun demikian ia tidak menjejaskan
keuntungan dan perjalan program tersebut.
Cabaran terhadap mentaliti asnaf dan peserta program sekiranya tidak dapat diatasi akan menjadi
masalah yang berpanjangan. Keadaaan mentaliti ditambah dengan pendidikan yang rendah serta
pemilikan faktor-faktor pengeluaran yang amat terbatas menyebabkan mereka amat sukar untuk
mengubah nasib mereka sekiranya dibiarkan mereka sendiri yang melakukannya. Keadaan ini akan
meyebabkan mereka terus menjadi sebagai penerima zakat sehingga hayat akhir mereka.
RUMUSAN DAN CADANGAN
Pengagihan zakat bukan sahaja diagih terus kepada asnaf dalam bentuk bantuan keperluan asas
kepada fakir dan miskin, malah PUZ sendiri telah berusaha dan mengadakan program gerak asnaf
bagi tujuan meningkatkan tahap modal insan peserta asnaf agar dapat bukan sahaja menambahkan
pendapatan, malah boleh berdikari dan membina perniagaan sendiri. Akhir sekali akan menjadi
golongan yang terkeluar daripada asnaf fakir dan miskin. Bagi tujuan tersebut PUZ telah memberi
bantuan dalam bentuk peningkatan modal insan dan juga bantuan modal baik dalam bentuk wang
mahupun modal barang bagi membantu asnaf meningkatkan produktiviti mereka. Namun demikian
terdapat berberapa masalah yang terpaksa dihadapi oleh pihak pengurusan PUZ, seperti mentaliti
peserta program yang mempunyai sikap malas, tidak memberi kerjasama yang diharapkan, tidak
amanah, curi tulang dan hasad dengki. Masalah mereka ini ditambahkan dengan tahap pendidikan
mereka yang rendah dan juga pemilikan faktor-faktor pengeluaran yang dimiliki mereka amat
terbatas. Untuk itu beberapa cadangan awal diperlukan bagi tujuan untuk mengatasi masalah
tersebut.

Apa yang perlu dilakukan oleh PUZ ialah dengan memberikan kursus dan latihan yang lebih serta
meningkatkan kefahaman daya usaha yang lebih dengan nilai-nilai mahmudah ke dalam diri peserta.
Agar mereka mengetahui hidup sebagai seorang muslim yang sebenar dan dapat kerjasama yang
baik dalam mengikuti program. Perkara ini bukanlah perkara yang mudah ia memerlukan waktu
yang lama terutamanya ingin mengubah mindset golongan ini.
Perlu ada kajian untuk mengenalpasti tentang gelagat mereka. Kajian ini hendaklah dilakukan oleh
para motivasi dengan menggunakan kaedah yang bersesuai. Apakah kelemahan-lemahan mereka
yang patut dikenalpasti dan mencari kekuatan diri mereka agar dapat disesuaikan dengan program
yang hendak dilakukan. Mungkin penyelidikan ini boleh dilakukan dengan kerjasama Universitiuniversiti tempatan yang mempunyai pakar dalam bidang tersebut.
Pemilihan peserta untuk mengikuti program juga perlu dibuat dengan teliti dan berhati-hati.
Pemilihan ini hendaklah mengambilkira sikap dan latarbelakang peserta tersebut. Perlukan masa
yang agak lama bagi tujuan mengenalpasti kecenderungan, minat, kesediaan dan penyertaan peserta
dalam program asnaf tersebut. Pemilihan yang berdasarkan pilih kasih mengikut kronimse, dan
nepotisme hendaklah ditolak sama sekali. Bantuan hendaklah diberi kepada mereka yang
sememangnya layak menerima.
Pihak pengurusan juga harus fikirkan bantuan modal kerja yang diberikan hendaklah dapat
menambahkan produktiviti keluaran dan seterusnya bersaiz ekonomi, iaitu yang dapat mengeluarkan
produknya mengikut skala ekonomi agar ia dapat meningkatkan pendapatan dan seterusnya keluar
daripada golongan kemiskinan. Pemantauan berterusan hendaklah dilakukan tanpa belas kasihan,
kerana tempat yang ada dapat diberikan kepada peserta-peserta yang laayak dan berminat untuk
maju diri.
Ataupun ada kaedah lain yang lebih mudah diuruskan oleh pihak PUZ dalam meningkatkan
pendapatan golongan ini dalam bentuk ekuiti. Misalnya pemilikan saham daripada syarikat-syarikat
koporat yang dapat menjana keuntungan yang kemudian disalurkan kepada gerak asnaf. Keadaan ini
sudah tentu tidak perlu mendapat ikut serta golongan asnaf. PUZ yang membeli saham tersebut atas
nama asnaf dan kemudiannya diagihkan kepada asnaf apabila mendapat dividen, baik dalam sektor
pertanian, perindustrian dan perindustrian. Persoalannya adakah kaedah ini dapat diterima oleh
syarak dan kalau ia bagaimana mekansime pengoperasiannya? Mungkinkan lebihan agihan yang
terdapat di PUZ yang tidak diagihkan kepada asnaf-asnaf boleh dilaburkan dalam pelbagai sektor
seperti di atas? Hal ini perlukan perbincangan yang lebih mendalam dan bersungguh-sungguh agar
tidak menyimpang daripada syariah.
RUJUKAN
Abu Dawud Sulaiman Ibn al-Aash'ath al-Azdi, 1984. Terj. Ahmad Hasan, Sunan Abu Dawud, Vol.
II, Lahore: Sh. Muhammad Ashraf.
Abu Ubaid al-Qasim b. Salam, 1991. Terj. Noor Mohammad Ghiffari, Kitab al-Amwal, Islamabad:
Pakistan Hijra Council.
Hasanah Abd Khafidz, 2006. “Asnaf Lapan: Kesan Nilai Semasa dan Setempat Dalam menetukan
Pentafsirannya di Malaysia”, Tesis Ph.D, Universiti Malaya.
Ismail Shahatah, 1989. "Limitations on the Use of Zakah Funds in Financing the Socioeconomic

Infrastructure of society", dlm. Seminar on Management of Zakat in Modern Muslim
society,sunt., Imtiazi, I.A. et al., Karachi: Islamic Research and Training Institute, Islamic
Development Bank.
Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), 2007. Manual Pengurusan Agihan Zakat, Kuala
Putrajaya: Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji.
Lembaga Zakat Selangor (LZS), 2007. Asnaf, Bil. 1/2007, Shah Alam: Lembaga Zakat Selangor.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), 2007. Laporan Zakat 2006, Kuala Lumpur:
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Yusuf al-Qaradawi, 1999. Terj. Monzer Kahf, Fiqh az-Zakat - A Comparative Study The Rules,
Regulations and Philosophy of Zakat in The Light of the al-Qur'an and Sunna, London: Dar
Al Taqwa Ltd.
http://www.i-zakatdpuz.com.my/web2/index.asps