Bentuk Hukuman Di Atas Kesalahan Salah L

ASSIGNMENT

JANUARY 2015 SEMESTER

SUBJECT CODE

:

ESM641

SUBJECT TITLE

:

RESEARCH METHODS IN EDUCATION

LEVEL

:

MASTER OF EDUCATION


STUDENT’S NAME

:

SITI ASIAH BINTI RADZI

MATRIC NO.

:

E60101150022

PROGRAMME

:

MASTER IN EDUCATION

ACADEMIC FACILITATOR


:

NORYATI ALIAS

LEARNING CENTRE

:

MELAKA

Part B (20%) – 8 pages

a) Design an 8 item attitude scale measuring: [include it in your answer]
INSTRUMEN SOAL SELIDIK IBU BAPA.

马六甲光亚学校
SJK (C ) KUANG YAH
TELOK MAS
75460 MELAKA

NO. TEL/FAKS: 06-2616740
EMAIL: kuangyah@gmail.com

Borang Kaji Selidik

Bentuk Hukuman Di Atas Kesalahan Salah Laku Anak Oleh Ibu Bapa.
Assalamualaikum/Salam sejahtera,
 Soal selidik ini dibentuk untuk mendapatkan maklumbalas tentang tugasan yang diberikan.
 Diharapkan anda menjawab semua soalan dengan ikhlas bagi membantu tugasan dapat
dijalankan dengan baik.
 Segala maklumbalas yang diberikan akan diRAHSIAKAN.
 Kerjasama anda melengkapkan soal selidik ini adalah amat dihargai.

Bahagian I: Salah Laku Anak-Anak

Terdapat beberapa pilihan tindakan yang diambil oleh ibu bapa sekiranya anak melakukan
kesalahan-kesalahan seperti yang dinyatakan di bawah.
Berikut adalah pilihan tindakan yang diambil dan tandakan / di ruang yang disediakan.
1 Diberi Peluang AUTORITATIF
2 Rotan AUTORITARIAN

3 Tiada Denda/Hkuman PERMISIF
4 Kesalahan Tingkah Laku Dibiarkan MEMBIAR

BIL

ITEM SALAH LAKU ANAK
REMAJA

(1)
DIBERI
PELUANG

(2)
ROTAN

(3)
TIADA
DENDA /
HUKUMAN


(4)
TINGKAH
LAKU ANAK
DIBIARKAN

SALAH LAKU DALAM ADAB SOPAN:
1

i: menyampuk
ii. kata-kata kesat
iii. meninggi suara
SALAH LAKU DISIPLIN DIRI :
Bangun lambat

2

Tidak siap/buat kerja sekolah
Menonton TV/ bermain video
permainan tidak kira masa
Balik rumah lewat malam

MASALAH SOSIAL:
Ponteng sekolah

3

Merokok
Samseng Jalanan / Merempit
Vandalisme
JENAYAH SIBER / MASALAH PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI:

4

Asyik bermain permainan video
Chatting / facebook
Melayari laman web lucah
MASALAH KEROSAKAN MORAL:
*Tidak solat
*Tidak berpuasa

5


*Tidak menutup aurat/ pakaian
menjolok mata
pembuangan bayi,
Arak
Seks bebas
SALAH LAKU AGRESIF:
Buli

6

Peras ugut
Bergaduh
Gangsterism

7

JENAYAH REMAJA ATAU JUVENIL :

mencuri, merompak

merogol,
menagih atau mengedar dadah
menyertai kongsi gelap
*bagi beragama Islam, mestilah diisi.

Bahagian 2 : Latar Belakang Peribadi

BIL ITEM
1 LATAR BELAKANG:
UMUR
BANGSA
AGAMA

TARAF PERKAHWINAN
BILANGAN ANAK /
TANGGUNGAN
TARAF PENDIDIKAN

PEKERJAAN


PENDAPATAN

ISLAM
LAIN-LAIN
BUDDHA
KRISTIAN
TELAH BERKAHWIN
BERCERAI

SEK RENDAH
SEK MEN
KOLEJ
IPTA
SWASTA
KERAJAAN
BEKERJA SENDIRI
TIDAK BEKERJA
RM5 000 KE ATAS
RM 1 000 HINGGA RM 4 999
BAWAH RM 1 000


b) Briefly describe how you would ensure that the attitude scale measures what it is
supposed to measure.

Di bahagian 1 iaitu Salah Laku Anak-anak, ibu bapa diberi empat pilihan jawapan dan mesti
memilih satu jawapan sahaja. (1) Diberi Peluang (2) Rotan (3) Tiada Denda/Hukuman (4)
Dibiarkan.

Bahagian I: Salah Laku Anak-Anak

Dewasa ini kita sering dihambat dengan masalah salah laku yang berlaku dalam kalangan remaja
walhal remaja merupakan tiang negara pada masa akan datang dan hal ini pastinya amat
membimbangkan pelbagai

pihak. Jika diperhalusi, pelbagai sub-kategori

kepada masalah

disiplin dalam kalangan remaja yang akan dibangunkan dalam instrumen di bawah.
Instrumen survey yang dibina ini terdiri daripada dua bahagian; Bahagian 1 dan Bahagian 2.

Bahagian 1 tediri daripada jenis atau bentuk kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak manakala
Bahagian 2 adalah tentang latar belakang ibu bapa yang menjawab soalan ini. Setiap bahagian
mempunyai item-item yang perlu dijawap oleh responden.
Terlalu banyak kesalahan yang dilakukan dan dalam kajian ini, saya mengkategorikan kesalahankesalahan tersebut kepada 7 item kesalahan utama dan dimasukkan ke Bahagian 1 seperti adab
sopan, disiplin diri, masalah social, masalah penyalahgunaan media massa( Jenayah siber),
Masalah kerosakan Moral dan ahirnya salah laku agresif serta Jenayah remaja. Dalam setiap item
terdapat beberapa lagi salah laku yang berkenaan dan responden diberi 4 jenis pilihan tindakan
seperti pilihan pertama iaitu anak diberi peluang untuk tidak mengulangi kesalahan tersebut
manakala pilihan ke 2 adalah dengan memilih merotan anak atas kesalahan tersebut. Pilihan
ketiga pula ibu bapa memilih untuk tidak mendenda mahupun menghukum dan pilihan terakhir
adalah ibu bapa memilih untuk membiarkan sahaja anak meeka melakukan kesalahan-kesalahan
seperti yang dinyatakan.
Malaysia kini acapkali digemparkan dengan isu-isu yang ditimbulkan oleh para remaja
khususnya yang mana ia tidak sepatutnya terjadi. Sehubungan itu, instrument ini dibina untuk
mengetahui sejauh manakah tindakan yang diambil oleh ibu bapa mahupun penjaga sekiranya
anak-anak mereka melakukan perkara-perkara yang dinyatakan di dalam instrument.
Respondan perlu memilih salah satu daripada empat tindakan yang akan diambil bagi setiap
kesalahan. Antara pilihan tindakan yang perlu diambil adalah; diberi peluang, rotan, tiada

hukuman/denda dan pilihan terakhir tingkah laku bagi kesalahan yang dinyatakan dibiarkan
sahaja.
Dalam instrument ini, Item 1 adalah SALAH LAKU DALAM ADAB SOPAN yang mana ia
mempunyai tiga sub-kateori seperti menyampuk, mengeluarkan kata-kata kesat dan meninggikan
suara. Adab sopan dipilih sebagai soalan pertama kerana masyarakat Malaysia terkenal dengan
adap sopan yang tinggi malahan diakui banyak pelancong asing dan memuji akan kemesraan dan
budi bahasa masyarakat pelbagai kaum. Walaupun setiap kaum mempunyai adab tersendiri,
namun adab pelakuan sopan seperti menghormati orang tua ketika mereka sedang berbual,
Bertutur dan mengeluarkan kata-kata yang sopan serta berhemah menggunakan intonasi ketika
berbicara adalah antara adab sopan yang dipraktikkan oleh semua kaum dan agama khususnya.
Item ke dua adalah SALAH LAKU DISIPLIN DIRI yang mana ia terdiri daripada 4 salah laku
yang sering dilakukan oleh anak zaman sekarang seperti bangun lambat, Tidak siap/buat kerja
sekolah, Menonton TV/ bermain video permainan tidak kira masa, dan Balik rumah lewat
malam seolah-olah menjadi trend masakini

anak sekarang. Oleh itu saya ingin dapatkan

kepastian sejauhmanakah bentuk hukuman akan dikenakan terhadap kesalah-kesalahan sebegini.
Saya memilih MASALAH SOSIAL sebagai item ke-3 kerana masalah social yang digembargemburkan di media massa sering mendapat perhatian pelbagai pihak namun sejauh manakah
langkah-langkah yang diambil dalam menangani masalah ini seperti Ponteng sekolah,
Merokok ,Samseng Jalanan / Merempit dan Vandalisme, masih dalam kekabutan. Oleh itu, dalam
item ini saya dapat melihat response yang akan diambil terhadap isu-isu seperti di atas.
Sejajar dengan pekembangan teknologi dan pantasnya teknologi bekembang seiringan dengan
masa, terdapat juga segelintir yang salahguna

kemudahan teknologi sedia ada IAITU

JENAYAH SIBER / MASALAH PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI bagi item ke-4.
Disini saya mengambil kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan oleh anak-anak terutamanya
asyik bermain permainan video,asyik dengan Chatting / facebook serta melayari laman web
lucah. Walaupun ada ibu bapa tidak mengakui anak-anak mereka ada melakukan perihal di atas,
namun kajian ini memerlukan jawapan yang sejujurnya dari ibu bapa sekiranya anak mereka
melakukan kesalahan yang dinyatakan.
Kesalahan yang memberikan kesan terhadap kerosakan moral turut diambil kira dan digubal
menjadi item ke-5 iaitu MASALAH KEROSAKAN MORAL kerana terdapat isu sensitiviti
dari segi keagamaan. Namun, setiap agama sememangnya menyeru kepada kebaikan namun kita

sebagai manusia yang memesongkan ajaran agama masing-masing. Oleh itu terdapat tiga soalan
kecil yang bertanda * adalah perlu dijawab bagi yang beragama Islam sahaja. Namun agama lain
juga boleh menjawab kerana terdapat agama selain Islam turut menyeru pengikutnya agar
sembahyang,

berpuasa

dan

menutup

aurat

dengan

cara

mereka

yang

tersendiri.

Walaubagaimanapun, item ini wajar diambil kira kerana kita boleh melihat apakah tindakan yang
dipilih bukan sahaja yang beragama Islam, bahkan yang beragama lain. Adakah mereka akan
memilih kepada memberi peluang, merotan, tiada sebarang hukuman atau kesalahan tersebut
dibiarkan sahaja?
Item ke 6 adalah bagi kesalahan Salah Laku Agresif seperti Buli, Peras Ugut, Bergaduh dan
Gangsterism. Kesalahan-kesalahan ini kebiasaannya merupakan kesalahan disiplin dan dilakukan
di sekolah serta melibatkan pihak ibu bapa,guru dan murid yang terbabit sahaja. Walaupun
kesalahan ini dilakukan di sekolah, namun kajian ingin mengkaji apakah tindakan ibu bapa
sekiranya anak mereka terlibat kerana terdapat anak yang sangat baik pabila bersama ibu bapa
namun sebaliknya ketika di sekolah. Ini adalah benar kerana ketika membuat soal selidik
bersama guru disiplin sekolah, beliau mengakui hampir 60% ibu bapa yang anak mereka terlibat
dalam masalah disiplin sekolah mengakui anak mereka tidak bersalah.
JENAYAH REMAJA ATAU JUVENIL dijadikan sebagai item yang terakhir kerana
kesalahan ini melibatkan mencuri atau merompak, merogol, menagih atau mengedar dadah dan
menyertai kongsi gelap. Jenayah remaja atau juvenil dapat didefinisikan sebagai kes jenayah
yang dilakukan oleh golongan remaja sama ada masih belajar atau tidak bersekolah lagi. Konsep
“jenayah” ialah kes yang melanggar undang-undang Negara dan melibatkan bukan hanya ibu
bapa dan murid tetapi banyak lagi pihak berkanun yang akan terlibat. Disebabkan kesalahan ini
agak serius, maka ia dijadikan sebagai item yang terakhir yang perlu dijawab oleh responden.

Bahagian 2 : Latar Belakang Peribadi

Seperti sedia dimaklum, soalan kajian terdapat 2 bahagian dan seterusnya adalah Bahagian ke-2
iaitu Latar Belakang Peribadi responden kajian. Latar belakang responden memainkan peranan
yang penting dalam mengkaji sebab atau alasan mengapakah tindakan tersebut dipilih oleh
responden itu sendiri. Antara yang perlu ada dijawab dalam Bahagian 2 ini adalah Umur.
Terdapat pihak mengatakan usia yang muda menjadi ibu bapa cenderung menjadikan meraka
kepada panas baran. Disebabkan itu, kajian ingin mengkaji adalah factor umur ibu bapa akan
mempengaruhi keputusan dalam memilih tindakan terhadapkesalahan yang dilakukan oleh anak
mereka.
Seterusnya adalah factor Bangsa yang perlu diambil kira kerana terdapat statistic mengatakan
kaum Melayu berkahwin lebih awal berbanding bangsa Cina mahupun India. Disebabkan faktor
ibu dan ayah berusia muda, corak pendidikan keibubapaan lebih berbeza berbanding ibu bapa
yang matang usia dalam mendidik anak. Oleh itu, kajian penyelidikan ini sekurangnya dapat
menyelidik adakah faktor umur turut mempengaruhi keputusan ibu bapa dalam menghukum
anak-anak.
Faktor agama sememangnya agak sensitif namun dalam penyelidikan ini, faktor ini terpaksa
dimasukkan dalam kajian agar dapat menyelidik adakah agama yang dianuti melarang ibu bapa
bertindak untuk merotan atau membiarkan ataupun sebagainya.
Terdapat ibu bapa yang membesarkan anak meeka dalam sebuah keluarga dan terdapat juga ibu
bapa yang bersendirian membesarkan anak-anak mereka. Ada desus mengatakan ibu atau bapa
tunggal yang bekerja dan berpendapatan rendah memberi kesan negatif dalam kelakuan anakanak. Disebabkan itu, faktor taraf perkahwinan dijadikan sebahagian dalam kajian ni
Bilangan anak atau tanggungan termasuk dalam item latar belakang adalah untuk menilai sama
ada anak yang ramai membuatkan ibu bapa bersikap lebih tenang, tidak ambil peduli atau
sebagainya dan juga sebaliknya sekiranya ibu bapa mempunyai anak yang kurang bilangannya.
Taraf pendidikan ibu bapa turut diambil kira untuk mengetahui sejauh manakah taraf pendidikan
seseorang itu dapat membantu ibu bapa membuat keputusan dalam salah laku anak-anak.
Biasanya ibu bapa daripada keluarga berstatus sosio-ekonomi tinggi dan berpendidikan memberi
huraian sebab-musabab secara oral, dan menggalakkan perlakuan yang berunsor penyelesaian
masalah dalam kehidupan harian kepada anak-anak mereka.

Sebaliknya ibu-ibu daripada

keluarga berpendapatan rendah jarang berbuat demikian dalam interaksi harian dengan anak-

anak mereka.

Diatas alasan-alasan seperti diatas, kajian ini ingin memperlihatkan adakah

pengaruh latar belakang keluarga mempengaruhi kelakuan salah laku anak.
Begitu juga dengan faktor pekerjaan dan pendapatan ibu bapa. Seperti sedia maklum, tahap
ekonomi keluarga seperti tahap kekayaan atau kemiskinan memberi kesan terhadap kelakuan
anak-anak di sekolah dan di rumah. Dengan ini keadaan keluarga yang berlainan latar belakang
sosial boleh menyumbang kepada perbezaan kelakuan dikalangan anak-anak. Selain itu, faktor
latar belakang sosial keluarga turut mempengaruhi tata kelakuan anak-anak . Di antara sebabsebab berlaku perbezaan pencapaian akademik dikalangan murid-murid sekolah ialah perbezaan
ciri-ciri latar belakang keluarga seperti status sosio-ekonomi dan saiz keluarga yang berbeza.
Status sosio-ekonomi keluarga meliputi pendapatan keluarga, tahap pendidikan ibubapa, dan
jenis pekerjaan ibubapa. Murid-murid daripada keluarga berpendidikan tinggi dan pendapatan
sederhana dan tinggi mempunyai kecenderungan untuk mempunyai aspirasi tinggi, pencapaian
akademik agak tinggi dan kelakuan yang agak baik.

RUJUKAN.

Hj Yahya, A. Masalah Sosial di Kalangan Remaja [Supplement Material]. Retrieved from
https://www.google.com.my/url?
sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=3&cad=rja&uact=8&ved=0CC4QFjAC&url=http
%3A%2F%2Feprints.utm.my
%2F6169%2F1%2Fgejala_sosial.pdf&ei=0O8IVeaDKdHhuQT6_YHgAw&usg=AFQjCNHiVASRrpUYPjZiGKr-xPrOhs2Ng

Hsia, C.S., (2009). Persepsi Ibu Bapa Pelajar-Pelajar Tingkatan 4 Smk Taman Universiti 2
Terhadap Hukuman Merotan Ke Atas Masalah Disiplin Pelajar, i-10.