INTERPRETASI PENDIDIKAN KESIHATAN dan tingkatan

INTERPRETASI PENDIDIKAN KESIHATAN DAN PROGRAM YANG BOLEH
DILAKSANAKAN DI SEKOLAH

1. PENDAHULUAN
Datuk Dr. Abdul Shukor b Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dalam kata
penghantarnya dalam buku Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan, Pusat Perkembangan
Kurikulum, 1999 menjelaskan bahawa Pendidikan Kesihatan membantu murid meningkatkan
pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya
hidup sihat.
Kurikulum Pendidikan Kesihatan di Malaysia digubal untuk memenuhi keperluan
pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat sihat yang
mengamalkan gaya hidup sihat dan dibahagikan kepada 3 tunjang pembelajaran iaitu:i. Kesihatan Diri dan Keluarga
ii. Gaya Hidup Sihat
iii. Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran.
Matlamat dan objektif Pendidikan Kesihatan diharap dapat dicapai melalui tunjang yang
dinyatakan. Pemahaman dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
Pendidikan Kesihatan kepada murid-murid amat perlu agar dapat mengamalkan gaya hidup
sihat sebagai budaya masyarakat Malaysia. Murid dididik supaya sentiasa bersedia
menyesuaikan diri dengan cabaran perubahan persekitaran dan sosial. Kurikulum Pendidikan
Kesihatan yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan proses
pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi individu ke tahap optimum.

( Sukatan Pelajaran Pend. Kesihatan, 1999 )
2. DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN
Wikipedia menerangkan bahawa Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses
membekalkan atau menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam
kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan
komuniti.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula, kesihatan ialah satu tahap atau
keadaan apabila seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan yang sempurna dari
segi fizikal, mental dan sosial, dan bukan semata-mata bebas daripada penyakit atau
tidak upaya. Definisi ini melibatkan dua aspek penting dalam kesihatan, iaitu aspek

negatif (penyakit tidak sihat, cedera, cacat, tidak upaya atau lemah ), dan aspek positif
(kesejahteraan dari segi mental, fizikal dan sosial).
Perkataan “kesihatan” dikatakan berasal daripada perkataan Inggeris lama untuk
perkataan heal (hael) yang bermaksud keseluruhan (whole) . Ia merujuk kepada
kesihatan yang menyeluruh, iaitu berkaitan individu secara keseluruhan termasuklah
integriti, sihat atau kesejahteraan.
Kesihatan bersifat holistik dan merangkumi pelbagai dimensi atau domain. Kesihatan
holistik bermaksud mengambil kira pelbagai pengaruh dan interaksi dimensi-dimensi
tersebut. Dimensi kesihatan bagi individu adalah seperti berikut :

i

Kesihatan fizikal.

ii Kesihatan mental
iii Kesihatan emosi
iv

v

Kesihatan sosial

Kesihatan rohaniah

vi

Kesihatan seksual

Selain kesihatan individu terdapat dua lagi dimensi kesihatan yang lebih luas yang
mempengaruhi individu iaitu :

i.

Kesihatan Masyarakat iaitu hubungan antara kesihatan dan cara masyarakat
distruktur, disusun dan dibangunkan. Ini termasuklah keperluan infrastruktur asas
untuk kesihatan
Kesihatan persekitaran – bermaksud persekitaran fizikal di mana orang ramai
tinggal dan ini termasuklah perkara-perkara seperti perumahan, pengangkutan,
kemudahan sanitasi dan air bersih, serta pencemaran.

ii.

3. MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN
Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan
kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup
sihat. ( wikipedia.org)
Objektif pendidikan kesihatan dirancang dan digubal agar murid-murid boleh
mencapai perkara-perkara seperti berikut :
i.

mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan

persekitaran.

ii.
iii.

menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu
berkaitan dengan kesihatan.
membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan dan
pengalaman.

iii.

menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian.

v. berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara keseluruhan.
( Sukatan Pelajaran Pend. Kesihatan, 1999 ).

4. BUDAYA PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN
Budaya pembelajaran Pendidikan Kersihatan di Malaysia adalah melalui penglibatan
murid-murid secara penghayatan ilmu, berinteraksi dengan guru, rakan dan

masyarakat serta penyimpanan rekod kesihatan dan kegiatan murid sebagai bukit
pembelajaran
Tiga tunjang dalam Pendidikan Kesihatan iaitu yang pertama Kesihatan Diri dan
Keluarga, ini bermakna penjagaan kesihatan diri, perasaaan dan kekeluargaan.
Tumpuan pengajaran dan pembelajaran diberi kepada kesihatan diri, seksualiti,
kekeluargaan, perkahwinan dan keibubapaan’
Gaya Hidup Sihat merupakan tunjang yang kedua, dan konsep tunjang ini adalah
pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkah laku berisiko
secara berterusan. Pengajaran dan pembelajaran memberi tumpuan kepada
penyelesaian konflik, pengurusan stres, kemahiran merancang, pemakanan,
penyalahgunaan bahan dan pencegahan dadah.
Tunjang yang ketiga adalah Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran, konsep
tunjang ini adalah pemeliharaan kebersihan dan keselamatan persekitaran dan
pertolongan cemas.
Kaedah atau pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Kesihatan
adalah menekankan gaya hidup sihat yang sesuai dengan ciri dan keperluan murid,
dan pembelajaran adalaha melalui aktiviti Murid diberi peluang mempelajari
pengetahuan,kemahiran dan nilai berkaitan dengan mata pelajaran dengan melakukan

aktiviti, eksperimen dan amalan rutin. Murid juga perlu diberi peluang untuk

meluahkan emosi, memperkembangkan proses mental dan membentuk perhubungan
yang sihat dalam suasana yang membina.
Murid juga diajar menguasai kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif.
Kemahiran berfikir yang terdapat dalam Pendidikan Kesihatan ini termasuklah
membanding dan membeza, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan,
menyusun mengikut urutan, membuat inferens, menjana dan menghasilkan idea, dan
mencipta analogi. Mata pelajaran ini juga mendidik murid membuat keputusan yang
bijak dan menyelesaikan masalah.
Nilai murni yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan selaras dengan
matlamat mata pelajaran ini antaranya ialah kebersihan,keselamatan, tanggungjawab,
keprihatinan, kasih sayang dan kerjasama.
5. INTERPRETASI PENDIDIKAN KESIHATAN DAN PROGRAM YANG BOLEH
DILAKSANAKAN DI SEKOLAH
Sebagai Pentadbir atau Guru Besar pelagai program boleh dilaksanakan di sekolah
yang berkaitan dengan Pendidikan Kesihatan. Kebanyakan sekolah sememangnya
telah mengadakan pelbagai program yang merupakan program Pendidikan Kesihatan
samada secara lansung atau tidak langsung. Selain daripada mata pelajaran
Pendidikan Kesihatan yang diajar sebagai subjek, Pendidikan Kesihatan boleh
diterapkan melalui pelbagai kaedah atau pendekatan. Ini termasuklah dalam programprogram Hal-Ehwal Murid, begitu juga dalam program-program Kokurikulum.
Pendidikan haruslah diajar atau lebih tepat lagi diterapkan kepada murid-murid

supaya ia menjadi budaya. Perkara-perkara begini kadang-kadang agar sukar juga
hendak diajar atau diterapkan kerana murid-murid datang dari pelabagai budaya atau
cara hidup yang berbeza, sebagai contoh cara pemakanan mereka di rumah, kadangkadang apa yang ditafsir oleh ibubapa di rumah akan pemakanan sihat amat berbeza
sekali dengan pemakanan sihat yuang sebenarnya. Justeru itu peranan sekolah amat
penting sekali dalam hal ini. Perkara-perkara berkaitan Pendidikan Kesihatan perlu
ditunjuk ajar di sekolah dan jadikannya satu rutin agar ianya akan menjadi budaya
kepada murid-murid yang akan membesar sebagai masyarakat yang faham akan
pentingnya penjagaan kesihatan.

6. MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN YANG HENDAK
DIPUPUK DI SEKOLAH
Program Kesihatan merupakan program yang dijalankan untuk menjamin kebersihan
dan kesihatan murid yang berterusan sepanjang tahun untuk mewujudkan suasana
persekitaran yang bersih di samping membina amalan-amalan yang baik untuk
Objektifnya pula adalah untuk :
i. Menanamkan sikap menjaga kebersihan dan kesihatan di kalangan murid.
ii. Memastikan kawasan sekolah adalah kawasan yang bersih dan selamat.
iii. Mengindahkan kawasan sekolah dengan pelbagai tanaman hiasan.
iv. Memberi maklumat kepada murid berkaitan kebersihan dan kesihatan.
7. AKTIVITI-AKTIVITI YANG BOLEH DILAKSANAKAN DI SEKOLAH

Pelbagai aktiviti boleh dirancang dan dilaksanakan di sekolah dalam usaha
menerapkan kefahaman dan kesedaran di samping matlamat jangka panjang iaitu
untuk menjadikan satu budaya, antaranya :I. Kempen anti denggi
II. Taklimat, ceramah & motivasi tentang tanggungjawab menjaga kebersihan dan
kesihatan diri.
III. Mengadakan hari kesihatan
IV. Program anti rokok dan dadah
V. Menceriakan tempat-tempat rekreasi & persekitaran sekolah
VI. Menggalakkan program motivasi, amalan hidup sihat, senaman & permainan
VII. Tandas bersih
VIII. Kantin bersih & selamat
IX. Pertandingan kelas terbersih
X. Pameran kesihatan
XI. Melukis poster

XII. Kempen kebersihan
XIII. Kitar semula
XIV. Melukis mural
8. RUMUSAN
Program-Program Kesihatan yang dilaksanakan dengan terancang dan baik sudah

tentu akan memberi kesan yang efektif kepada murid-murid khasnya dan sekolah
secara amnya.Kawasan sekolah yang bersih dan ceria sudah pasti akan mwujudkan
suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Penekanan kepada Pendidikan Kesihatan
kepada murid-murid, malah sebagai Guru Besar penekanannya juga harus kepada
guru-guru, staf sokongan, pekerja swasta, pengusaha kantin, ibubapa dan komuniti
sekitar sudah pasti akan mewujudkan budaya sekolah yang sihat, bersih, ceria dan
selamat.
Guru Besar atau Pentabdir haruys memainkan peranan utama dalam menerapkan
kesedaran Pendidikan Kesihatan kepada warga sekolah dan komniti sekitar. Programprogram yang dirancang atau inigin dilaksanakan biarlah melibatkan semua pihak
kerananya melalui penglibatan semua pihak baru kefahaman dan kesedaran timbul.
Selain daripada itu pihak sekolah juga boleh memohon bantuan atau pertolongan
komuniti dan ibubapa yang mempunyai latar yang berkaitan Kesihatan. Mereka boleh
membantu pihak sekolah dalam program-program yang berkaitan. Agensi-agensi luar
samada swasta atau kerajaan juga boleh membantu pihak sekolah dalam usaha
sekolah untuk menjadikannya satu budaya.
Kesimpulannya Pendidikan Kesihatan bukan hanya mengajar matapelajaran
Pendidikan Kesihatan sebagai satu subjek malah ia boleh dilaksanakan dengan
merangkumi pelbagai aktiviti atau program dalam usaha menjadikan satu cara hidup
yang baik.
9. RUJUKAN

· Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999,
Sukatan Pelajaran Rendah dan Menengah Pendidikan Kesihatan
· Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999,
Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
Pendidikan Kesihatan
· Surat pekeliling ikhtisas bil 25/1998: pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Pesihatan KP (BS) 8591/Jld.XIV/(25)
· http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan Jasmani/Definisi Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan

Dokumen yang terkait

Keanekaragaman Makrofauna Tanah Daerah Pertanian Apel Semi Organik dan Pertanian Apel Non Organik Kecamatan Bumiaji Kota Batu sebagai Bahan Ajar Biologi SMA

26 317 36

FREKUENSI KEMUNCULAN TOKOH KARAKTER ANTAGONIS DAN PROTAGONIS PADA SINETRON (Analisis Isi Pada Sinetron Munajah Cinta di RCTI dan Sinetron Cinta Fitri di SCTV)

27 310 2

PENGEMBANGAN TARI SEMUT BERBASIS PENDIDIKAN KARAKTER DI SD MUHAMMADIYAH 8 DAU MALANG

57 502 20

STRATEGI PEMERINTAH DAERAH DALAM MEWUJUDKAN MALANG KOTA LAYAK ANAK (MAKOLA) MELALUI PENYEDIAAN FASILITAS PENDIDIKAN

73 431 39

Analisis Sistem Pengendalian Mutu dan Perencanaan Penugasan Audit pada Kantor Akuntan Publik. (Suatu Studi Kasus pada Kantor Akuntan Publik Jamaludin, Aria, Sukimto dan Rekan)

136 695 18

DOMESTIFIKASI PEREMPUAN DALAM IKLAN Studi Semiotika pada Iklan "Mama Suka", "Mama Lemon", dan "BuKrim"

133 700 21

KONSTRUKSI MEDIA TENTANG KETERLIBATAN POLITISI PARTAI DEMOKRAT ANAS URBANINGRUM PADA KASUS KORUPSI PROYEK PEMBANGUNAN KOMPLEK OLAHRAGA DI BUKIT HAMBALANG (Analisis Wacana Koran Harian Pagi Surya edisi 9-12, 16, 18 dan 23 Februari 2013 )

64 565 20

PENERAPAN MEDIA LITERASI DI KALANGAN JURNALIS KAMPUS (Studi pada Jurnalis Unit Aktivitas Pers Kampus Mahasiswa (UKPM) Kavling 10, Koran Bestari, dan Unit Kegitan Pers Mahasiswa (UKPM) Civitas)

105 442 24

Pencerahan dan Pemberdayaan (Enlightening & Empowering)

0 64 2

KEABSAHAN STATUS PERNIKAHAN SUAMI ATAU ISTRI YANG MURTAD (Studi Komparatif Ulama Klasik dan Kontemporer)

5 102 24