TEORI MASYARAKAT pengantar teori MAJMUK

TEORI MASYARAKAT MAJMUK
Definisi masyarakat dalam konteks kehidupan manusia ialah bermaksud
sekolompok orang yang membentuk sebuah system interaksi sosial dimana sebahagian besar
interaksi berlaku dalam linkungan sistem sosial itu adalah lahir dari individu-individu yang
berada dalam kelompok tersebut. Masyarakat adalah komuniti saling bergantung dan saling
memerlukan antara satu sama lain. Manakala maksud bagi masyarakat majmuk pula ialah
masyarakat pelbagai kaum yang merujuk kepada kepelbagaian bangsa yang bersama-sama atau
berkongsi hidup yang tinggal dalam sebuah negara yang sama.
Antara sebab mengapa Teori Masyarakat Majmuk diperkenalkan merujuk kepada
konsep yang digunakan oleh J.S Sullivan dan M.G. Smith adalah untuk

mengenalpasti

masyarakat di Asia Tenggara yang di mana wujud satu rantai manusia seperti orang Eropah,
Cina, India, dan pelbagai kumpulan anak tempatan. Masyarakat majmuk itu didefinisikan
sebagai mereka bergaul tapi tidak bergabung. Setiap kumpulan mempunyai kepercayaan, adat
resam, budaya dan bahasa masing-masing. Mereka berjumpa hanya di pasar iaitu semasa
membeli dan menjual. Maka, wujud masyarakat plural pelbagai komuniti hidup secara sebelah
menyebelah, tetapi berasingan dalam unit politik yang sama dan berlaku pembahagian buruh
dalam ekonomi berasaskan kaum.
Di samping itu, kajian ini dibuat untuk mengetahui dengan lebih mendalam

apakah yang hendak diketengahkan dalam teori masyarakat majmuk ini. Sebagai contoh,
kewujudan masyarakat majmuk di negara ini hasil daripada pelaksanaan yang berkehendakkan
buruh migran bagi menjana ekonomi pada zaman penjajahan British atau kata lain kedudukan
struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi dan juga faktor penolak dan
penarik.
Kemasukan masyarakat Cina di Tanah Melayu bermulanya proses pembentukan
masyarakat majmuk daripada pengaruh Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat
Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan masyarakat
Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk
satu masyarakat baru iaitu Baba dan Nyonya dan Cina Muslim.

Migran kedua terbesar selepas Cina adalah kelompok daripada India. Kebanyakan
mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. Suasana di negara itu
juga dilanda kemiskinan dan kebuluran mendorong penduduknya berhijrah keluar ke negaranegara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau
Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah
Inggeris berjaya menguasai negeri-negeri Melayu.
Teori Masyarakat Majmuk masih lagi wujud dalam masyarakat Malaysia pada
masa kini. Seperti yang kita lihat, masyarakat Malaysia masih lagi mengekalkan perpaduan
dalam institusi kemasyarakatan walaupun berbeza agama dan budaya dengan menunjuk sikap
toleransi dan bertolak ansur antara kaum.

Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud “Wahai manusia!
Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan
kemudian kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling
mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah dan RasulNya adalah
orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Teliti”. (AlHujurat : 13)
Hasil daripada kajian ini ialah saya mendapati bahawa pembentukan masyarakat
majmuk di Malaysia terbentuk daripada kemasukan migran Cina dan India yang berlaku semasa
pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu sewaktu ketika dahulu. Tekanan yang dihadapi oleh
mereka seperti kemiskinan dan kebuluran menyebabkan penghijrahan mereka ke Tanah Melayu.
Sabah dan Sarawak juga menjadi tumpuan masyarakat Indonesia yang kebanyakannya berasal
daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmansin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa
bahagian kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka. Pendatang daripada Indonesia juga
berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Faktor utama
mereka ialah ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka dapat daripada negara
asal.
Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan
Cina dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang
berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa turut berlaku

apabila perkahwinan antara orang asing dan penduduk tempatan, maka wujud sub-kategori

penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini,
kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-Cina,
Melayu-India dan lain-lain.
Rujukan : http://www.slideshare.net/wakanuk/konsep-masyarakat-majmuk