PERINGKAT DIPLOMA (LEPASAN SPM DAN PRA DIPLOMA) IJAZAH ( LEPASAN STPMASASIMATRIKULASI) PENERAPAN ELEMEN KEMAHIRAN INSANIAH

1 PEMBANGUNAN PERSONALITI 1 PERINGKAT DIPLOMA (LEPASAN SPM DAN PRA DIPLOMA)

  Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012 Modul

  IJAZAH ( LEPASAN STPM/ASASI/MATRIKULASI) PENERAPAN ELEMEN KEMAHIRAN INSANIAH KEPIMPINAN KOMUNIKASI ETIKA DAN MORAL PROFESIONAL PEMIKIRAN KRITIS DAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN

  MASALAH KERJA BERPASUKAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN DAN PENGURUSAN

  MAKLUMAT

  MODUL 1 : PEMBANGUNAN PERSONALITI 1 PENGENALAN

  Modul ini bertujuan memupuk dan membentuk individu agar memahami tanggungjawab mereka sebagai mahasiswa dan mengetahui peranan mereka sebagai pewaris bangsa. Selain berilmu pengetahuan dan berusaha mencapai keputusan akademik yang baik, modul ini turut mendedahkan betapa ketrampilan diri, budibahasa, kebolehan berkomunikasi dengan baik, berfikiran positif dan proaktif memainkan peranan dalam melahirkan graduan yang memiliki minda kelas pertama dan berpersonaliti unggul. Dalam masa yang sama mahasiswa perlu bermuhasabah diri dan bersatu dalam usaha mempertahankan masa depan agama, bangsa dan tanahair dari dijajah kembali di samping kestabilan dan kemakmuran yang dikecapi.

  MATLAMAT:

   Untuk mencapai matlamat graduan yang memahami peranan dan tanggungjawab sebagai mahasiswa bumiputera di Universiti Teknologi MARA dalam menentukan hala tuju dan masa depan bangsa.

  OBJEKTIF

   Memahami peranan dan tanggungjawab mahasiswa bumiputera di universiti.

   Memahami fungsi dan tanggungjawab UiTM dalam menentukan dan masa depan bangsa.

  Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

KAEDAH PELAKSANAAN

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEWARIS BANGSA

  • Slide Ceramah -

  • Screen -

PEWARIS BANGSA CEMERLANG

  • Kenali Diri (Ice-
  • Kertas Mahjong -
  • Peranan Diri -
  • Pita Pelekat 2 jam
  • Bersatu Hati -

  Pita Pelekat 2 jam

  Kertas Mahjong

  Rumusan LDK 2

  Bina Bangsa (Pembentangan Akta 153)

  3 LDK 2 TAJUK :

  Marker Pen

  Sikap Diri

  Rumusan LDK 1

  Breaking)

  2 LDK 1 TAJUK :

  Dewan 2 jam

  LCD Projector

  1 Ceramah TAJUK :

  KANDUNGAN MODUL PEMBANGUNAN PERSONALITI 1 UNIT KAEDAH PELAKSANAAN KETERANGAN BAHAN/PERALATAN TEMPOH

   Ceramah  Latihan Dalam Kumpulan

HAK PEWARIS BANGSA

  • Surat Khabar -
  • Hak Kami -
  • Marker Pen -
  • Pertahan Bangsa -

  Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

  • Surat Khabar -
  • Maju Ke Hadapan -
  • Marker Pen -
  • Arca 3M
  • Ekspresi Bangsa -

  Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

  4 LDK 3 TAJUK :

SURVIVAL PEWARIS BANGSA

  Strategi ke Puncak

  Rumusan LDK 3

  Kertas Mahjong

  Pita Pelekat 2 jam

KUMPULAN SASARAN

   Semua mahasiswa Semester 1 Peringkat Diploma (Lepasan SPM dan Pra Diploma)

   Semua mahasiswa Semester 1 Peringkat Ijazah Sarjana Muda (Lepasan STPM, Asasi dan Matrikulasi)

  • Kenali Diri (Ice-
  • Peranan Diri -
  • Bersatu Hati -
  • Bina Bangsa -
  • (Pembentangan
  • Pertahan Bangsa -
  • Maju Ke Hadapan -
  • Arca 3M
  • Eksperisi Bangsa      

  Rumusan Aktiviti

  4. TAJUK : SURVIVAL PEWARIS BANGSA

       

  Rumusan Aktiviti

  Akta 153)

  Hak Kami

  3. TAJUK : HAK PEWARIS BANGSA

     

  Sikap Diri

  Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012 UNIT 1 : CERAMAH BIL PERKARA Ke ma hiran Komuni kas i P emi k ira n Kr it is D a n Ke ma hiran

  Breaking)

  2. TAJUK : PEWARIS BANGSA CEMERLANG

     

  Peranan Dan Tanggungjawab Pewaris Bangsa

  1. CERAMAH :

  M a sa la h Ke ma hiran Ke rj a Berpa su ka n P embe la jara n Berteru sa n D a n P en gu rus a n M a klu m a t Ke ma hiran Ke us a hawa n a n Et ika Dan M ora l P rof esi on a l Ke ma hiran Ke pimi pin a n

  

M

en

yelesa

ikan

  Strategi ke Puncak

2 JAM OBJEKTIF :

  Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012 TAJUK CERAMAH : PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEWARIS BANGSA TEMPOH MASA :

   Memahami peranan dan tanggungjawab sebagai mahasiswa bumiputera di Universiti Teknologi MARA dalam menentukan hala tuju dan masa depan bangsa.

  

NOTA CERAMAH UNIT 1

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MAHASISWA

  Mahasiswa merupakan golongan penting yang akan menentukan pelapis kepimpinan negara. Malahan mereka jugalah yang akan memimpin semua organisasi-organisasi besar atau kecil didalam atau pun di luar Negara. Justeru itu mahasisawa mestilah mengetahui peranan dan tanggungjawab mereka sebagai seorang insan yang berilmu Antara beberapa pendefinisian penting mengenai mahasiswa adalah:  Seseorang yang telah mendaftar diri, mendaftar kursus dan membayar yuran pengajian. ( Peraturan Akademik UiTM, Pindaan 2008)  Mahasiswa adalah pelajar yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi

  (Dewan Bahasa dan Pustaka)  Mahasiswa adalah panggilan untuk orang yang sedang menjalani pendidikan tinggi di sebuah universitas atau perguruan tinggi. (wikipedia) “Maha” bermaksud terbaik, terbesar, mengetuai sesesuatu kelompok atau kategori. Ia menunjukan perkataan mahasiswa ini merupakan satu golongan yang hebat dan penting. Menurut beberapa pandangan peranan merupakan aspek dinamik daripada sesuatu status atau kedudukan. Apabila seseorang melaksanakan hak-hak dan kewajipannya sesuai dengan status yang dimiliknya, maka ia telah menjalankan peranannya. Manakala tanggungjawab pula merujuk kepada kesanggupan menerima dan melaksanakan sesuatu. Di antara hadis yang menyentuh mengenai tanggungjawab adalah seperti berikut:

  

“Setiap orang dari kamu adalah pemimpin, dan kamu bertanggungjawab atas kepimpinan

itu”. ( Hadis Sahih Bukhari-Muslim) Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

  Oleh yang demikian mahasiswa yang hebat mestilah mengimbangi di antara peranan dan tangungjawab yang akan mereka mainkan. Pada umumnya ada beberapa peranan dan tanggungjawab penting yang perlu dimainkan oleh mahasiswa antaranya adalah:

  a. Diri sendiri

  b. Ibu bapa dan keluarga

  c. Masyarakat

  d. Institusi: Universiti Teknologi MARA

  e. Agama, bangsa dan negara Peranan merupakan sesuatu yang perlu kita mainkan atau lakukan sebagai seorang mahasiswa. Ia merupakan sumbangan dan pengalaman yang berikan kepada sesebuah komuniti dalam sebuah masyarakat. Tanggungjawab pula merupakan sesuatu yang mesti dilakukan oleh seseorang insan, seperti membantu orang yang dalam kesusahan dan kejahilan.

PERANAN KEPADA DIRI SENDIRI

  Mahasiswa yang berjaya sentiasa memastikan diri sendiri dibangunkan dengan sistematik. Mereka menyedari untuk menjadi mahasiswa yang hebat mereka perlu meningkatkan kualiti diri sambil menyumbang kepada masyarakat. Di antara aspek penting yang perlu ditekankan oleh mahasiwa dalam usaha meningkatkan kualiti diri adalah aspek:

  MINDA

  Mahasiswa mesti memastikan keputusan akademik yang cemerlang. Mahasiswa perlu belajar secara konsisten untuk memastikan kecemerlangan akademik. Mahasiswa perlu banyak membaca untuk meningkatkan pemahaman dan kematangan (terutama tentang fungsi otak dan pemikiran). Mahasiswa juga dicadangkan membaca 3 buah buku setiap bulan ( 1 buku minat, 1 buku dalam bidang, 1 buku motivasi)

  Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

  JASMANI

  Mahasiswa perlu bersenam secara konsisten (sekurang-kurangnya 3 jam seminggu).Menjaga pengambilan makanan dan diet mengurangkan pengambilan makan di waktu malam dan elakkan makanan tidak berkhasiat. Mahasiswa perlu mengawal berat badan mengikut berat yang sewajarnya agar dapat mengekalkan personaliti dan imej yang menarik

  ROHANI

  Sentiasa melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya. Sentiasa meningkatkan ilmu agama dengan sentiasa mengikuti program agama, ceramah, menunaikan solat dan membaca Al-Quran. Seterusnya sentiasa memahami bahawa setiap aktiviti yang dilaksanakan adalah satu tanggungjawab dan ibadah

  EMOSI

  Mahasiswa harus mampu memahami dan mengurus emosi dengan berkesan. Contoh: Marah, sedih, suka, gembira, kecewa, geram, risau, benci, dengki, iri hati, kecewa. Mahasiswa perlu mendidik emosi yang sentiasa tenang dan waras. Mampu menguruskan sebarang keadaan dengan mengawal emosi dengan berkesan. Mahasiswa perlu sentiasa jujur dan mengamalkan nilai-nilai diri terpuji. Mahasiswa perlu sentiasa ikhlas dan memohon maaf sekiranya melakukan kesilapan.

  SOSIAL

  Kemahiran bersosial amat penting kepada mahasiswa. Kenali sebanyak mungkin pensyarah dan staf (akademik dan sokongan) di UiTM. Mahasiswa perlu membina jaringan masa hadapan dengan mencari kawan yang dating dari program dan fakulti yang berbeza selain daripada kursus sendiri. Mahasiswa perlu memahami konsep “menghormati orang lain dan orang lain akan menghormati anda” (konsep memberi dan

  Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012 menerima). Mahasiswa perlu memahami budaya membina jaringan (networking) merupakan budaya yang baik dan dituntut dalam Islam. Dalam amalan harian mahasiswa digalakan sentiasa merendah diri seperti kata pepatah

  “Ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya”

  KELUARGA

  Keluarga merupakan ibu, bapa, abang, kakak, adik serta saudara mara. Mereka merupakan orang penting dalam kehidupan kita sebagai manusia. Ibu dan bapa banyak berjasa kepada kita sehingga kita berjaya berada di menara gading. Oleh yang demikian kita mestilah membalas jasa mereka dengan beberapa kaedah: Menjaga nama baik keluarga. Mahasiswa perlu menjaga nama baik sendiri dan juga keluarga dengan menjaga akhlak dan tingkahlaku. Cara berpakaian yang bersesuai dengan dengan peraturan universiti, budaya masyarakat perlulah dihormati selagi tidak bertentangan dengan ajaran agama. Menjaga batas pergaulan merupakan aspek penting dalam menjaga nama baik dan maruah diri. Percintaan mahasiswa mestilah berteraskan kepada kehendak agama.

  Bertanggungjawab terhadap adik beradik dan ahli keluarga yang lain. Apabila bergelar mahasiswa anda telah meletakkan diri anda di satu tahap yang lebih dewasa dan matang. Mahasiswa perlu menjadi penyelesai kepada masalah keluarga bukannya menjadi masalah kepada keluarga. Mahasiswa seharusnya memastikan adik-beradik yang lain juga menjejakkan kaki ke universiti untuk mewarisi keupayaan abang atau kakaknya. Usaha ini perlulah dilaksanakan dengan bijaksana walaupun terpaksa menghadapi pelbagai masalah keluarga, kemiskinan atau perbezaan pemikiran. Ini adalah kerana kegagalan ahli keluarga berjaya bersama-sama akan sedikit sebanyak mempengaruhi ‘momentum’ mahasiswa (anda) pada masa hadapan.

  Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

  MASYARAKAT

  Masyarakat merupakan elemen penting dalam sesebuah tamadun. Masyarakat memberikan implikasi kepada mahasiswa dan mahasiswa juga mampu mencorakkan sesebuah masyarakat. Kerana kehidupan merupakan satu kitaran roda yang tidak pernah berhenti. Oleh yang demikian mahasiswa yang berilmu dan berkualiti mestilah memainkan peranan utama dalam membentuk pemikiran dan halatuju masyarakat. Mahasiswa mampu menyumbang kepada masyarakat dengan pelbagai kaedah diantaranya seperti Operasi Khidmat Masyarakat(OPKIM), Kursus untuk masyarakat luarbandar, membersihkan kampung, mengajar bahasa Inggeris dan Matematik, dan program derma darah. Penglibatan mahasiswa bersama masyarakat bukan sahaja akan meningkatkan kualiti masyarakat malahan meningkatkan kuliti mahasiswa itu sendiri. Ini kerana berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan mendapati pelajar-pelajar yang sentiasa bersama masyarakat adalah lebih matang, berkeyakinan diri, mempunyai tahap komunikasi yang baik dan mempunyai daya kepimpinan yang hebat.

  INSTITUSI

  Menghormati dan menyayangi institusi ilmu merupakan satu tuntutan selagi ianya tidak bertentangan dengan kehendak Allah. Konsep menyintai universiti ini mestilah berteraskan kepada ilmu. Memahami dan menghayati dengan jelas sejarah penubuhan UiTM, Visi, Misi dan peranannya merupakan satu aspek penting selaku pekerja atau penuntut di mana-mana organisasi atau universiti. Oleh kerana UiTM ditubuhkan di bawah salah satu keistemewaan kepada orang Melayu/ Bumiputera di bawah perlembagaan Negara maka memahami dan menghayati Artikel 153 Perlembagaan Malaysia ( Hak keistimewaan Melayu dan bumiputera) merupakan satu keperluan. Mahasiswa perlu menjaga imej universiti kerana apabila kita bergelar mahasiswa atau mahasiswi UiTM kita sebenarnya membawa imej universiti. Dengan perkataan yang mudahnya “apabila baik kita , baiklah universiti”….”hebat kita hebatlah universiti” begitu juga sebaliknya. Menyintai universiti bukan sahaja pada hati dan perasaan tetapi

  Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012 perlu ditonjolkan dengan perbuatan, tingkahlaku, simbol dan penghayatan yang terbaik mampu mempertahankan nama baik universiti apabila dipertikai atau dipermainkan.Oleh yang demikian mahasiswa adalah diseru agar belajar bersungguh- sungguh dan meningkatkan potensi dan keterampilan diri dengan menyertai pelbagai program yang dianjurkan di peringkat universiti agar dapat meningkatkan imej universiti.

BANGSA DAN NEGARA

  Mengenali dan menghormati bangsa sendiri merupakan perkara penting kepada seseorang insan supaya mereka mengenali asal usul, darah daging sendiri. Dalam kontek bangsa di Malaysia, ia merujuk kepada pemahaman terhadap sosio budaya semua bangsa di Malaysia supaya dapat hidup dengan penuh harmoni di bawah satu bumbung. Menyedari dan memahami bahawa penduduk Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk. Setiap bangsa yang ada di negara ini membentuk sebuah negara yang bernama Malaysia. Dari segi politik, semua penduduk Malaysia harus memahami Perlembagaan Negara. kerana ianya penting kepada semua bangsa yang ingin hidup bahagia, aman dan damai di negara bertuah ini. Untuk menjadi mahasiswa yang berketerampilan mahasiswa perlu menghayati dan memahami perkara-perkara dibawah:

  • Mengamalkan dan menghayati Rukunegara • Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara Kedaulatan Undang-Undang
  • Keluhuran Perlembagaan’
  • Kesopanan Dan Kesusilaan

  Warganegara yang mempunyai kesedaran sivik

  • Mematuhi undang-undang negara

  Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

  KESIMPULAN

  Mahasiswa mempunyai peranan yang cukup besar kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, institusi, bangsa, agama dan Negara. Mahasiswa adalah pelapis kepimpinan negara. Jika mahasiswa yang dilahirkan oleh UiTM adalah mahasiswa yang berkualiti maka akan terjaminlah masa depan bangsa Melayu dan bumiputera di negara ini. Ini kerana Ui TM adalah “ benteng terakhir pendidikan orang Melayu dan bumiputera”. Institusi ini perlu terus wujud dan didokongi oleh mahasiswa yang berkualiti dan berketerampilan.

  Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

  Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012 RUJUKAN

  Peraturan Akademik Program Diploma dan Ijazah: Pindaan 2009.(2009). Shah Alam: Universiti Teknologi MARA, Malaysia

  Azlena Zainal & Munir Shuib (2004). Meningkat Potensi Minda. Selangor: PTS Publication and Distribution Sdn. Bhd.

  Model Graduan : Universiti Teknologi MARA. Pusat Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar : Universiti Teknologi MARA.

  Covey, Stephan. R.(1996). 7 Tabiat Orang yang Amat Berkesan: Pelajaran Hebat dalam Perubahan Peribadi (Leo Ann Mean,trans.). Selangor: Prentice Hall Malaysia.

  Mohd Fadzilah Hj Kamsah. (2004) 55 Petua Orang Berjaya. (Siri Pembangunan Diri).

  Selangor: PTS Millennia Sdn. Bhd.

  UNIT 2 : LATIHAN DALAM KUMPULAN 1 (LDK 1) NAMA LDK : PEWARIS BANGSA CEMERLANG BILANGAN AKTIVITI :

  04 TEMPOH MASA :

  2 JAM OBJEKTIF LDK :  Memahami peranan dan tanggungjawab mahasiswa bumiputera di universiti.

  Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

  LDK 1 AKTIVITI :

  01 NAMA AKTIVITI : KENALI DIRI (ICE BREAKING) EDARAN/PERALATAN : TIADA BILANGAN PESERTA :

  20

  • – 30 0RANG TEMPOH MASA :

  

30 MINIT

TUJUAN

   Berkenalan antara peserta.

  ARAHAN: 1.

   Peserta diarahkan duduk dalam bulatan.

  2. Peserta pertama akan menyebut nama sebenar dan nama panggilan sendiri.

  3. Peserta kedua akan memperkenalkan peserta pertama dan menyebut nama sendiri.

  4. Peserta ketiga akan menyebut nama peserta pertama, kedua dan nama sendiri.

  5. Aktiviti diulang sehingga semua peserta telah menyebut nama semua ahli kumpulan.

  Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

  6. Kemudian peserta diminta menceritakan kisah hidupnya suka dan duka.

  (Fasilitator akan meminta 2 atau 3 orang peserta yang bersetuju untuk menceritakan kisah hidupnya).

  7. Fasilitator akan melihat dan memastikan sama ada peserta bangga atau malu dengan kehidupannnya.

  8. Setelah selesai, fasilitator akan memberikan kata-kata yang lebih

menggalakkan peserta berfikir tentang persepsinya terhadap kehidupannya.

  9. Fasilitator membuat kesimpulan terhadap aktiviti yang telah dilaksanakan.

  RUMUSAN

   Penting untuk mengenali antara satu sama lain di dalam sesebuah komuniti atau organisasi.

  Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

  LDK 1 AKTIVITI :

  02 NAMA AKTIVITI : PERANAN DIRI EDARAN/PERALATAN : KERTAS MAHJONG, MARKER PEN DAN PITA

PELEKAT

BILANGAN PESERTA : 20 – 30 0RANG TEMPOH MASA :

  

30 MINIT

TUJUAN:

   Mengetahui perbezaan antara sekolah dan universiti ARAHAN: 1. Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan kecil.

  2. Setiap kumpulan diberi kertas mahjong, marker pen dan pita pelekat.

  

3. Setiap ahli kumpulan dikehendaki berbincang dan menulis perbezaan sistem

pembelajaran dan pengajaran antara sekolah dan universiti.

  4. Setiap kumpulan dikehendaki membentang hasil perbincangan.

  5. Fasilitator membuat kesimpulan terhadap aktiviti yang telah dilaksanakan.

  Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

  Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012 RUMUSAN:

   Mahasiswa harus mengetahui perbezaan sistem pembelajaran dan pengajaran antara sekolah dan universiti.

  LDK 1 AKTIVITI :

  03 NAMA AKTIVITI : SIKAP DIRI EDARAN/PERALATAN : MANIK@GULI, SURATKHABAR@KERTAS MAHJONG DAN PITA PELEKAT BILANGAN PESERTA : 20 – 30 0RANG TEMPOH MASA :

  

30 MINIT

TUJUAN:

   Membentuk sikap positif.

  ARAHAN: 1. Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan kecil.

  

2. Setiap kumpulan diberikan manik @ guli, suratkhabar @ kertas mahjong dan

pita pelekat.

  

3. Setiap kumpulan dikehendaki membina terowong yang paling panjang dan

membolehkan manik @ guli melalui terowong tersebut.

  

4. Kumpulan pemenang dinilai berdasarkan ketahanan terowong dan

kebolehan/kelancaran manik @ guli melalui terowong tersebut.

  Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

  Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012 RUMUSAN

   Sikap daya tahan mahasiswa sangat penting dalam perjuangan di universiti dalam apa juga keadaan.

  LDK 1 AKTIVITI :

   04 NAMA AKTIVITI : BERSATU HATI EDARAN/PERALATAN : TIADA BILANGAN PESERTA :

  20

  • – 30 0RANG TEMPOH MASA :

  

20 MINIT

TUJUAN:

   Membentuk kerjasama kumpulan ARAHAN: 1. Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan kecil.

  2. Setiap kumpulan dikehendaki membentuk ’kerusi manusia’.

  

3. Kumpulan yang berjaya diminta berkongsi pengalaman akan kejayaan mereka

dalam melaksanakan tugas tersebut.

  

4. Kumpulan yang tidak berjaya juga diminta berkongsi punca kegagalan mereka

dalam melaksanakan tugas tersebut.

  RUMUSAN:

   Semangat bekerjasama dalam proses pembelajaran di universiti sangat penting.

  Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

  LDK 1 AKTIVITI :

   05 NAMA AKTIVITI : RUMUSAN LDK 1 EDARAN/PERALATAN : TIADA BILANGAN PESERTA :

  20

  • – 30 0RANG TEMPOH MASA :

  

10 MINIT

TUJUAN:

   Refleksi kumpulan ARAHAN:

Peserta diminta untuk memberi ulasan terhadap semua aktiviti yang telah dilalui

dalam LDK 1.

  RUMUSAN Mahasiswa yang berjaya mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

  o Mempunyai jaringan sosial yang baik di universiti. o Mengetahui sistem pembelajaran dan pengajaran di universiti. o Mempunyai sikap positif dan daya tahan. o Mempunyai semangat kerjasama yang baik.

  Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

  UNIT 3 : LATIHAN DALAM KUMPULAN 2 (LDK 2) NAMA LDK : HAK PEWARIS BANGSA BILANGAN AKTIVITI :

  04 TEMPOH MASA :

  2 JAM OBJEKTIF LDK :

   Memahami fungsi dan tanggungjawab di Universiti Teknologi MARA (UiTM)

  Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

  LDK 2 AKTIVITI :

  01 NAMA AKTIVITI : HAK KAMI EDARAN/PERALATAN : KERTAS MAHJONG, MARKER PEN DAN PITA

PELEKAT

BILANGAN PESERTA : 20 – 30 0RANG TEMPOH MASA :

  

30 MINIT

TUJUAN:

   Memahami hak-hak bumiputera ARAHAN: 1.

   Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan kecil.

  2. Setiap kumpulan diberi kertas mahjong, marker pen dan pita pelekat.

  3. Setiap ahli kumpulan dibahagikan topik yang berbeza untuk dibincangkan.

  4. Topik: i.

   Agama Islam, ii. Bahasa Melayu, iii. Kedaulatan Raja-Raja dan iv. Hak-hak Istimewa Orang Melayu.

  Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

  5. Setiap kumpulan dikehendaki membentang hasil perbincangan.

  6. Fasilitator membuat kesimpulan terhadap aktiviti yang telah dilaksanakan.

  RUMUSAN:

   Mahasiswa UiTM harus memahami dan mempertahankan hak-hak yang sedia ada.

  Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

  LDK 2 AKTIVITI :

  02 NAMA AKTIVITI : BINA BANGSA EDARAN/PERALATAN : SURATKHABAR@KERTAS MAHJONG DAN PITA PELEKAT BILANGAN PESERTA :

  20

  • – 30 0RANG TEMPOH MASA :

  

30 MINIT

TUJUAN:

   Membentuk semangat berkerjasama dalam membina matlamat ARAHAN: 1. Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan (1 & 2).

  

2. Salah satu kumpulan (1) diminta membina hamparan menggunakan

suratkhabar @ kertas mahjong di lantai.

  3. Kumpulan (1) yang sama juga harus mengenal pa sti ’barang bernilai’ kepunyaan kumpulan mereka untuk diletakkan di tengah-tengah hamparan.

  4. Kumpulan (1) tersebut mesti menjaga dan mempertahankan ’barang bernilai’ daripada dicuri/dirampas.

  Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

5. Kumpulan (2) dikehendaki untuk cuba mencuri/merampas ’barang bernilai’ kumpulan (1).

  Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

  RUMUSAN

   Penting untuk mahasiswa menjaga dan memelihara nama baik universiti daripada anasir yang tidak baik.

  LDK 2 AKTIVITI :

  03 NAMA AKTIVITI : PERTAHAN BANGSA EDARAN/PERALATAN : SURATKHABAR@KERTAS MAHJONG DAN PITA PELEKAT BILANGAN PESERTA : 20 – 30 0RANG TEMPOH MASA :

  

20 MINIT

TUJUAN:

   Mempertahankan hak ARAHAN:

  

1. Semua peserta dikehendaki membina hamparan (Fasilitator boleh

menggunakan hamparan yang telah dibina dalam Aktiviti 2 sebelum ini)

  

2. Semua peserta dikehendaki memusnahkan (koyak) hamparan yang telah

dibina.

  

3. Peserta diminta berkongsi perasaan tentang aktiviti yang telah dilalui (aktiviti

memusnahkan hamparan).

  

4. Semua peserta kemudiannya membina kembali hamparan dengan

menggunakan cebisan hamparan yang telah dimusnahkan.

  Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

5. Sekali lagi peserta diminta berkongsi perasaan tentang aktiviti yang telah dilalui (aktiviti membina kembali hamparan yang musnah).

  Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

  RUMUSAN

   Pencapaian UiTM hari ini dapat dinikmati melalui tempoh masa yang

  panjang (56 tahun) namun tidak mustahil UiTM akan lenyap dalam masa yang singkat jika mahasiswa tidak mempertahankannya.

  LDK 2 AKTIVITI :

  04 NAMA AKTIVITI : RUMUSAN LDK 2 EDARAN/PERALATAN : TIADA BILANGAN PESERTA :

  20

  • – 30 0RANG TEMPOH MASA :

  

10 MINIT

TUJUAN:

   Refleksi kumpulan ARAHAN:

Peserta diminta untuk memberi ulasan terhadap semua aktiviti yang telah dilalui

dalam LDK 2.

  RUMUSAN

   Mahasiswa UiTM harus memahami, mempertahankan dan meneruskan survival Universiti Teknologi MARA (UiTM).

  Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

  UNIT 4 : LATIHAN DALAM KUMPULAN 3 (LDK 3) NAMA LDK : SURVIVAL PEWARIS BANGSA BILANGAN AKTIVITI :

  04 TEMPOH MASA :

  2 JAM OBJEKTIF LDK :  Memahami Peranan Dan Tanggungjawab Pewaris Bangsa.

  Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

  LDK 3 AKTIVITI :

  01 NAMA AKTIVITI : MAJU KE HADAPAN EDARAN/PERALATAN : SURATKHABAR @ KERTAS MAHJONG DAN PITA PELEKAT BILANGAN PESERTA : 20 – 30 0RANG TEMPOH MASA :

  

20 MINIT

TUJUAN:

   Strategi amat penting jika mahu berjaya.

  ARAHAN: 1.

   Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan kecil (setiap kumpulan mestilah genap bilangannya).

  2. Setiap kumpulan dikehendaki menyelesaikan cabaran ’lintasan manusia’.

  3. Setiap kumpulan diberikan syarat-syarat cabaran iaitu:

  o Setiap kumpulan kecil akan dibahagikan kepada dua bahagian kumpulan kiri dan kanan. o

   Setiap kumpulan kiri dan kanan harus dibezakan identiti (Fasilitator

  boleh menggunakan kertas suratkhabar@kertas mahjong

  o Kumpulan kiri atau kanan harus bertukar tempat

  Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

  Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

  o Pertukaran tempat hanya boleh dilakukan dengan syarat mengikut turutan yang berbeza.

4. Setiap kumpulan diminta berkongsi pengalaman yang berkaitan aktiviti ini.

  RUMUSAN Untuk berjaya perlukan strategi dalam menghadapi halangan.

  LDK 3 AKTIVITI :

  02 NAMA AKTIVITI : STRATEGI KE PUNCAK EDARAN/PERALATAN : KERTAS MAHJONG, MARKER PEN DAN PITA

PELEKAT

BILANGAN PESERTA : 20 – 30 0RANG TEMPOH MASA :

  

30 MINIT

TUJUAN:

   Perlu bersaing untuk berjaya ARAHAN: 1.

  Fasilitator menampal kertas mahjong ‘Strategi Ke Puncak’.

  

2. Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan kecil dan setiap kumpulan

diberikan satu simbol yang berbeza.

  

3. Setiap kumpulan dikehendaki menyerahkan RM24 kepada fasilitator sebagai

yuran penyertaan.

  

4. Setiap kumpulan mesti melantik seorang ketua, seorang pencatat dan seorang

bendahari.

  5. Fasilitator akan menerangkan cara-cara dan syarat-syarat permainan ini.

  Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

6. Pemenang ditentukan berdasarkan jumlah wang yang dimiliki di akhir permainan ini.

  Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

  RUMUSAN Perlu strategi dalam persaingan mencapai kejayaan.

  LDK 3 AKTIVITI :

  03 NAMA AKTIVITI : ARCA 3M EDARAN/PERALATAN : KERTAS MAHJONG, MARKER PEN, PITA PELEKAT DAN BAHAN YANG SESUAI BILANGAN PESERTA : 20 – 30 0RANG TEMPOH MASA :

  

30 MINIT

TUJUAN:

   Menghargai hubungan antara ilmu, alam dan sesama manusia.

  ARAHAN: 1. Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan kecil.

  

2. Setiap kumpulan hanya dibekalkan Marker Pen, Kertas Mahjung dan pita

pelekat.

  

3. Setiap kumpulan dikehendaki membina arca dengan menggunakan bahan-

bahan yang sesuai dan berkonsepkan Mesra Ilmu, Mesra Alam dan Mesra Insan.

  

4. Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil projek kumpulan dan

apakah signifikan dari aktiviti tersebut.

  Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

5. Setiap ahli kumpulan dibenarkan untuk bertanyakan soalan atau memberi pandangan terhadap arca yang dibentangkan.

  Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

  RUMUSAN

   Perlu menghargai dan bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan terhadap ilmu yang diperlu, hubungan sesama manusia dan alam.

  LDK 3 AKTIVITI :

  04 NAMA AKTIVITI : RUMUSAN LDK 3 EDARAN/PERALATAN : TIADA BILANGAN PESERTA :

  20

  • – 30 0RANG TEMPOH MASA :

  

10 MINIT

TUJUAN:

   Refleksi kumpulan ARAHAN:

Peserta diminta untuk memberi ulasan terhadap semua aktiviti yang telah dilalui

dalam LDK 3.

  RUMUSAN

   Survival bumiputera terletak kepada generasi muda untuk meneruskan kelangsungannya.

  Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

  LDK 3 AKTIVITI :

  05 NAMA AKTIVITI : EKSPRESI BANGSA (RUMUSAN MODUL 1) EDARAN/PERALATAN : KERTAS MAHJONG, MARKER PEN DAN PITA

PELEKAT

BILANGAN PESERTA : 20 – 30 0RANG TEMPOH MASA :

  

10 MINIT

TUJUAN:

   Refleksi kumpulan

  ARAHAN:

  

1. Empat helai kertas mahjong ditampal di dinding untuk dijadikan sebagai

mural.

  2. Setiap peserta dibekalkan marker pen.

  

3. Setiap peserta diminta meluahkan pendapat mereka tentang pengisian

program keseluruhan dalam bentuk visual (lukisan).

  

4. Fasilitator memilih visual (lukisan) yang terpilih dan meminta pelajar yang

terpilih berkongsi tentang mesej yang ingin disampaikan melalui visual (lukisan) yang mereka hasilkan.

  Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

  Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012 RUMUSAN

   Mahasiswa UiTM merupakan aset negara dan berperanan memelihara, mempertahankan dan meneruskan kelangsungan bangsa.