Pelaksanaan Pendidikan Inklusif di Sekol (1)

1.1

PENGENALAN
Program Pendidikan Inklusif (PPI) bukanlah suatu istilah yang baharu di negara kita.

Pada mulanya, sistem pendidikan negara kita hanya menekankan kepada pendidikan arus
perdana sahaja. Namun, tahun demi tahun kerajaan kita khususnya Kementerian Pendidikan
Malaysia telah sedar akan hak murid berkeperluan khas (MBK) yang perlu menerima
pendidikan

yang

sama

taraf

dengan

murid-murid

arus


perdana

supaya

boleh

memperkembangkan lagi bakat dan tahap intelektual mereka masing-masing. Menurut
Kementerian Pendidikan Malaysia (2018), murid berkeperluan khas merupakan murid yang
diperakukan oleh pengamal perubatan, atau ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi
mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau swasta
sebagai murid yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran,
ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal, masalah pembelajaran atau mana-mana
kombinasi ketidakupayaan.
Pada hari ini, pelaksanaan PPI di negara kita sememangnya mendapat sambutan yang
amat baik. Kejayaan ini sememangnya tidak lain tidak bukan adalah hasil daripada kerjasama
antara guru-guru di sekolah bersama pentadbir serta kesanggupan ibu bapa MBK untuk
menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Buktinya, pada jumlah keseluruhan BMK pada
tahun 2013 dan tahun 2014 masing-masing adalah 56,406 orang murid dan 58,006 orang murid
dan jumlah MBK yang telah dimasukkan dalam PPI ialah seramai 5,376 orang murid iaitu 9.60

peratus pada tahun 2013 meningkat kepada 10,700 orang murid iaitu sebanyak 18.44 peratus
pada tahun 2014 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014).

1.1.1

KONSEP PENDIDIKAN INKLUSIF
Program Pendidikan Inklusif (PPI) adalah suatu program pendidikan yang telah

diperkenalkan di sistem persekolahan di Malaysia. PPI merupakan suatu program pendidikan di
mana murid berkeperluan khas diberi peluang untuk belajar bersama-sama murid arus perdana
dan keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) adalah dilaksanakan oleh guru
arus perdana dan dibantu oleh seorang guru pendidikan khas sebagai guru pendamping atau
guru resos (Ang & Lee, 2018).

1.1.2

DASAR PENDIDIKAN INKLUSIF
PPI dilaksanakan dengan jayanya di negara kita sememangnya disokong oleh dasar-

dasar yang digubal sama ada dalam negara mahupun luar negara. Antaranya ialah mengikut

Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs Education menyatakan
bahawa:
“Regular schools with an inclusive orientation are the most effective means of combating
discriminatory attitudes, creating welcoming communities, building an inclusive society and
achieving education for all…”
(UNESCO dalam Lee & Sailajah, 2018)
Berdasarkan kenyataan Salamanca tersebut boleh disimpulkan bahawa sebenarnya
pelaksanaan PPI adalah untuk mewujudkan pendemokrasian dalam pendidikan. Dengan
adanya pendemokrasian dalam pendidikan bermakna hak dan kepentingan MBK adalah
terjaga. Kita tidak ingin mengetepikan hak MBK kerana semua murid adalah sama. Kita tidak
tahu mungkin bakat yang terdapat dalam MBK tidak terdapat dalam arus perdana dan
sebalinya. Oleh itu, dengan adanya percantuman MBK dan murid arus perdana dalam satu
kelas untuk belajar bersama-sama maka kedua-dua pihak boleh menerima antara satu sama
lain, berkongsi idea dan sebagainya.
1.1.3

MATLAMAT PENDIDIKAN INKLUSIF
Sudah semestinya PPI yang dilaksanakan oleh KPM mempunyai matlamatnya yang

tersendiri. Antara matlamat pelaksanaan PPI ialah untuk memberi peluang kepada MBK untuk

belajar bersama-sama dengan murid arus perdana. Peluang belajar tersebut tidak terhad
kepada pembelajaran di dalam bilik darjah malah juga di luar bilik darjah. Hal ini secara tidak
langsung dapat meningkatkan daya saing dalam kalangan MBK sendiri supaya mereka boleh
memperolehi suatu motivasi untuk meningkatkan pencapaian diri mereka dalam bidang
akademik dan bukan akademik. Selain itu, pelaksanaan PPI juga adalah bertujuan untuk
memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak menafikan potensi MBK (Lee & Sailajah,
2018). Kita sedia maklum bahawa realitinya pada hari ini, stigma masyarakat kita terhadap MBK
sememangnya mempunyai suatu pandangan yang negatif di mana masyarakat beranggap MBK
adalah

sautu

kumpulan

murid

yang

cacat


dan

tidak

mempunyai

peluang

untuk

mengembangkan potensi mereka setaraf dengan murid arus perdana. Tetapi hakikatnya, jika

kita memberi peluang kepada MBK mereka juga berupaya untuk mencapai suatu pencapaian
yang setaraf dengan murid arus perdana.
1.2

PERANAN

DAN


TANGGUNGJAWAB

PIHAK

BERKEPENTINGAN

DALAM

PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF DI SEKOLAH RENDAH
Pelaksanaan PPI yang berjaya di sekolah bukanlah suatu perkara yang mudah, ianya
memerlukan kolaborasi yang baik antara semua pihak di sekolah supaya boleh menghasilkan
MBK yang berjaya dalam PPI. Antara pihak yang berkepentingan untuk memastikan kejayaan
PPI ialah:
1.2.1

GURU ARUS PERDANA
Guru arus perdana (GAP) sememangnya perlu memainkan peranan yang

penting untuk memastikan kejayaan PPI di sekolah. GAP adalah terdiri daripada guru akademik
biasa dan guru bimbingan dan kaunseling (GBK). Jika difokuskan dengan GBK, banyak

peranan yang boleh dilakukan. Pertama sekali, GBK perlu menerima MBK dengan hati yang
terbuka. Hal ini adalah penting supaya GBK boleh mengenali MBK dari aspek cara
pembelajaran, rutin harian dan sebagainya supaya boleh membantu MBK untuk meningkatkan
motivasi belajar mereka. Sebagai contoh, GBK boleh menjadi guru pendamping semasa PdP
PPI berlangsung dan memerhati gaya pembelajaran MBK. Setelah mengetahui gaya
pembelajaran seseorang MBK di dalam kelas, maka GBK boleh berkongsi idea dengan guru
matapelajaran

dengan

mengadakan

perbincangan

mengenai

penyediaan

Rancangan


Pengajaran Individu (RPI), bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai untuk membantu MBK
lebih mudah menyerap ilmu yang disampaikan oleh guru matapelajaran.

1.3

ISU DAN CABARAN DALAM PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF DI PUSAT
BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH RENDAH
Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan PPI di pusat Bimbingan

dan Kaunseling sekolah rendah. Pertama sekali, adalah disebabkan oleh sikap GBK yang tidak
serius dalam membantu guru mata pelajaran semasa PdP. Hal ini berlaku kerana GBK
beranggapan bahawa dia masuk ke kelas adalah semata-mata menjadi pemantau dan tidak
perlu menyumbang idea kepada guru mata pelajaran tentang pelaksanaan PdP. Tetapi
hakikatnya tanggungjawab GBK adalah boleh membantu MBK dengan cara membincang

pembinaan RPI yang sesuai dengan guru matapelajaran, boleh mendekati MBK seorang demi
seorang untuk bimbingan ketika mereka menyiapkan latihan dan sebagainya.
Selain itu, faktor kekangan masa juga merupakan cabaran dalam pelaksanaan
pendidikan inklusif. Kita umum mengetahui bahawa tugas GBK di sekolah adalah
melaksanakan program bimbingan kepada murid-murid sekolah dan perlu melaksanakan sesi

kaunseling. Oleh itu, GBK adalah tidak dapat masuk ke kelas mengikut jadual yang ditetapkan
untuk membantu guru mata pelajaran melaksanakan PdP. Oleh itu, pelaksanaan PPI akan
menghadapi masalah kerana guru mata pelajaran perlu mengawal semua murid yang terdapat
di dalam kelas inklusif dan hal ini akan menyebabkan guru mata pelajaran tidak dapat memberi
fokus kepada MBK dalam PdP.
1.3.1

LANGKAH-LANGKAH MENANGANGI ISU DAN CABARAN
Untuk mengatasi isu-isu yang timbul, beberapa langkah penyelesaian telah dikenalpasti.

Pertama sekali, GBK sepatutnya peka akan tanggungjawab dan pernan iaitu perlu membantu
guru mata pelajaran dalam PdP yang dilaksanakan untuk kelas inklusif. Hal ini demikian kerana,
guru mata pelajaran tidak dapat fokus kepada murid arus perdana dan MBK dalam satu masa
dan di situlah GBK perlu mendampingi MBK untuk melihat keperluan mereka dalam PdP,
semasa menjawab latihan dan sebagainya supaya mereka boleh menerima ilmu yang
disampaikan oleh guru mata pelajaran selaras dengan murid lain.
Selain itu, untuk menyelesaikan isu yag timbul pihak pentadbir perlu mengagih tugas
kepada GBK secara seimbang. Isu yang timbul ialah GBK tidak dapat masuk ke kelas inklusif
untuk membantu guru mata pelajaran kerana perlu melaksanakan program bimbingan dan
sebagainya. Oleh itu, pihak pentadbir perlu berbincang dengan GBK berkaitan kekerapan

melaksanakan program bimbingan di sekolah supaya tidak mengganggu jadual GBK untuk
membantu guru mata pelajaran dalam kelas inklusif. Selain itu, pihak pentadbir juga boleh
membudayakan amalan memantau kerja guru di dalam bilik darjah untuk memastikan GBK
sentiasa masuk ke kelas inklusif tepat pada masanya untuk membantu guru matapelajaran.
Buktinya, menurut Lee & Sailajah (2018), guru besar dan pengetua perlu melakukan penilaian
formal dengan mengadakan lawatan bilik darjah atau laluan pembelajaran memastikan semua
guru melaksanakan tanggungjawab dengan baik agar matlamat pendidikan lebih mudah
tercapai.

1.3.2

FAKTOR KRITIKAL MEMPENGARUHI KEJAYAAN PROGRAM
Antara faktor kritikal yang mempengaruhi kejayaan PPI ialah perkhidmatan sokongan.

Perkhidmatan sokongan adalah bantuan yang diberikan kepada MBK supaya boleh
mengurangkan impak kesukaran persekitaran pembelajaran MBK dengan menyediakan
perkhidmatan berkualiti, menggalakkan kerjasama antara semua pihak dan menyediakan
kemudahan yang boleh diakses oleh semua warga sekolah. Sebagai contoh, untuk murid yang
mempunyai masalah penglihatan maka pihak sekolah akan menyediakan mesin braille dan
kanta pembesar supaya murid tersebut boleh melibatkan diri dalam aktiviti PdP dengan selesa.

Selain itu, masyarakat juga perlu memainkan peranan penting untuk memastikan
kejayaan PPI. Masyarakat khususnya ibu bapa perlu giat memberi sokongan dalam PPI supaya
hubungan ibu bapa dan guru boleh menjadi erat dan seterusnya membantu memperkukuhkan
lagi pelaksanaan PPI di sekolah. Setelah hubungan ibu bapa dan guru menjadi erat maka ibu
bapa juga lebih bersedia untuk menerima maklum balas daripada guru dan kemudiannya
bersama-sama menyediakan persekitaran pembelajaran yang inklusif untuk membantu MBK
meningkatkan pencapaian akademik dan bukan akademik.

1.4

KESIMPULAN
Kesimpulannya, Program Pendidikan Inklusif sememangnya sangat penting untuk

membantu MBK memperolehi taraf pendidikan yang sama rata dengan murid arus perdana
yang lain. Untuk memastikan PPI ini berjaya dilaksanakan di setiap sekolah, semua pihak di
sekolah tidak kira pihak pentadbir, guru dan sebagainya perlu memberi kerjasama yang baik
dan semestinya mereka perlu memahami tentang diri MBK terlebih dahulu sebelum boleh
memberi bantuan kepada mereka untuk memastikan mereka boleh menerima manfaat daripada
kelas PPI agar boleh memperkembangkan potensi yang ada dalam diri mereka supaya boleh
menyumbang kepada pembangunan negara suatu hari nanti.

BIBLIOGRAFI
Ang, C. T & Lee, L. W. (2018). Pendidikan Inklusif. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.
Kamariah Jalil. (1995). Ke Arah Peluang yang Sama dan Penyertaan Sepenuhnya. Kertas Kerja
Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Data Pendidikan Khas 2014. Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Pendidikan Khas. Dicapai pada 22 Februari 2018
daripada https://www.moe.gov.my/index.php/my/soalan-lazim/pendidikan-khas-faq.
Lee, K. C & Sailajah Nair Sukumaran. (2018). Pendidikan Inklusif. Selangor: Oxford Fajar Sdn
Bhd.
Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas
Bermasalah Pembelajaran di Sebuah Sekolah di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur:
Universiti

Malaya.