236970467 Sejarah Dan Perkembangan Teori Kepimpinan Satu Sorotan Literatur

1.0

Pendahuluan

Seiring dengan kemajuan teknologi maklumat, dunia dikatakan sedang menuju ke arah kecanggihan
dalam kehidupan. Sudah tentu kemajuan ini wujud dengan adanya seorang pemimpin yang mampu
mencapai kehendak-kehendak masyarakat sejagat.
Sebuah organisasi yang berjaya sangat bergantung kepada seorang pemimpin yang mempunyai
stail kepimpinan tersendiri. Tanpa pemimpin yang berdaya saing maka sesebuah organisasi tidak mampu
mencapai matlamat penubuhan organisasi. Razali (1996), menyatakan bahawa dalam keadaan masyarakat
yang kompleks pelbagai ragam manusia, masalah yang sering dihadapi dengan kepelbagaian penyelesaian
dimana kepimpinan merupakan instrumen pilihan yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan manusia.
Dalam penulisan ini terdapat beberapa definisi kepimpinan daripada perspektif barat dan timur
hasil penyelidikan pakar-pakar terdahulu. Di samping itu juga sejarah perkembangan kepimpinan turut
memainkan peranan penting dalam memberi panduan dan contoh yang boleh digunakan oleh pemimpin
pada masa ini. Kepimpinan berasaskan Islam memberi penekanan kepada ketakwaan pada Allah S.W.T
dan berlandaskan Al-Quran dan Hadis. Manusia dilahirkan ke dalam dunia adalah untuk menjadi
khalifah bumi yang diberi tanggungjawab menjaga kesejahteraan alam semesta.
Perkembangan kepimpinan ini juga disokong oleh beberapa pelapor teori-teori kepimpinan yang
boleh dijadikan bukti bahawa kepimpinan mempunyai beberapa jenis dan karakter yang tersendiri.
Kepimpinan yang berkesan mampu membantu sesebuah organisasi terus hidup dan berkembang maju

disamping dapat melahirkan lebih ramai golongan pemimpin yang berkelibar.
Gaya kepimpinan juga penting dalam memastikan matlamat organisasi dapat dicapai dan ini
bukan sahaja bergantung kepada pemimpin dalam sesebuah organisasi tetapi orang yang dipimpin turut
menyumbang kejayaan organisasi tersebut. Dalam usaha untuk membina kualiti kepimpinan, penekanan
hendaklah ditumpukan terhadap pemupukan nilai-nilai murni yang seimbang dan menyeluruh dalam diri
setiap pemimpin.
2.0

Sejarah perkembangan kepimpinan

Mohamad Shuhmy (2007), penerimaan Islam secara meluas di Nusantara pada abad ke 13 masihi
telah mengubah banyak nilai dalam masyarakat tempatan, termasuk yang berkait dengan "kepimpinan".
Bermula daripada waktu itu Islam telah mengambil peranan kepimpinan yang meluas dan merangkumi
hampir semua kegiatan hidup termasuk keagamaan, Ibadat, keilmuan, sosial, politik dan sebagainya.
Asas utama kepada kepimpinan yang meluas ini ialah sifat Islam sendiri yang menyeluruh.
Misalnya, akidah atau pegangan hidup yang dibawa oleh Islam bukan sekadar menyentuh soal ketuhanan
dan alam metafizika sahaja, tetapi juga merangkumi alam dan manusia. Dalam konsep yang luas ini,
syirik iaitu pelanggaran terhadap prinsip tauhid yang menjadi asas aqidah berkenaan, bukan sahaja boleh
berlaku disebabkan oleh penyembahan berhala atau memuja kuasa-kuasa ghaib semata-mata tetapi juga
meliputi pemujaan terhadap sesama manusia dan kuasa-kuasa material dalam kehidupan biasa.

1

Berasaskan akidah ini Islam menegaskan bahawa alam dan manusia bukan suatu misteri, tetapi
boleh difahami. Manusia adalah hamba Tuhan yang diberi peranan sebagai khalifah dibumi ini.
Sedangkan alam dicipta untuk faedah dan kepentingan manusia. Dalam hubungannya dengan hidup dan
kebudayaan, akidah merupakan asas pemikiran bagi sistem keilmuan dan kemasyarakatan, termasuk
sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Bagi melaksanakan kepimipinan tersebut, dari segi akidah dan
kepercayaan, Islam mengubah pandangan orang Melayu daripada mempercayai dewa-dewa seperti yang
mereka anuti di zaman Hindu kepada mempercayai tuhan yang Maha Esa. Disamping itu mereka
dibimbing mempercayai Nabi-Nabi, Rasul, Malaikat, Kitab-Kitab Suci, Hari Kiamat dan Qadha dan
Qadar. Kemudian diikuti oleh kepimpinan ke arah menunaikan amal ibadat seperti yang terkandung
dalam rukun Islam yang lima dan yang selain daripada itu.
Di bidang adat dan istiadat pula, bagi mengubah tradisi animisme dan Hinduisme, agama Islam
telah memimpin orang-orang Melayu ke arah mengenali dan mengamalkan adat istiadat Islam sebagai
ganti. Adat istiadat itu dilakukan sejak daripada individu itu lahir ke dunia hinggalah ke hari kematiannya.
Dalam aspek keilmuan, Islam telah memimpin masyarakat Melayu ke arah mengenali pengetahuan yang
bercorak falsafah. Dengan itu Islam telah memperkenalkan pemikiran yang bercorak rasional dan
intelektual dalam masyarakat Melayu.
Tamadun Islam telah mengubah penekanan daripada unsur-unsur estetika dalam kebudayaan
Melayu seperti yang biasa berlaku pada zaman Hindu kepada pemikiran yang bercorak akliah. Dengan itu

Islam mengubah tasawwur orang Melayu daripada yang bercorak metologi fantasi kepada pemikiran yang
bercorak intelektual yang berdasarkan falsafah Islam dan mistik yang rasional dan ilmiah. Dengan itu
Islam menekankan kedua-kedua aspek jasmani dan rohani untuk membangunkan masyarakat Melayu.
3.0

Definisi Kepimpinan

Koontz dan O’Donnel (1972) mendefinisikan kepemimpinan sebagai kemahiran mempengaruhi
kakitangan menyelesaikan tugas masing-masing dengan penuh minat dan keyakinan.
Hidgets (1975) menyatakan kepemimpinan sebagai satu proses untuk mengarah daya usaha kakitangan
supaya dapat mencapai matlamat organisasi.
Fiedler (1976) melihat kepemimpinan sebagai satu corak tingkah laku mengarah, menyelaras aktiviti
anggota kumpulan, juga diertikan sebagai pengurusan dengan cara menunjukkan dan meninspirasi tanpa
menggugur subordinat lain dan mempengaruhi aktiviti-aktiviti kumpulan.
Campbell, Corbally & Nystrand (1983) mendefinisikan kepemimpinan sebagai satu proses bagi seseorang
pemimpin mendapatkan kerjasama kakitangan ke arah penyempurnaan matlamat tertentu.
Sulaiman Md Yassin, Mohd Salleh Lebar dan Azlina Abu Bakar (2007) menyatakan terdapat beberapa
definisi kepimimpinan hasil daripada penyelidikan empirikal. Antaranya ialah:
1. Kemimpinan ialah mempengaruh, membimbing pengikut ke satu arah, haluan, tindakan dan
pendapat

2

2. Kepimpinan ialah proses untuk mempengaruhi aktiviti satu kumpulan ke arah mencapai satu
matlamat
3. Kepimpinan ialah interkasi dua hala antara seorang pemimpin dengan setiap subordinatnya
4. Kepimpinan ialah menambah pengaruh ke atas subordinat supaya mereka mematuhi peraturan
dan arahan organisasi
5. Kepimpinan ialah pengaruh yang efektif
6. Kepimpinan ialah mengguna kuasa yang tidak dielakkan untuk mempengaruhi fikiran dan
tindakan orang lain
Menurut Zulkiple Abd Ghani (2004) dalam Islam aspek kepimpinan penting sehingga Rasullah S.A.W
menganjurkan agar dilantik seorang pemimpin walaupun dalam kumpulan yang kecil. Baginda bersabda
“Apabila tiga orang keluar musafir hendaklah dilantik seorang daripadanya sebagai ketua”
Kepimpinan ialah:
i)
Usaha untuk mempengaruhi individu atau sekumpulan individu untuk melakukan sesuatu
tugas
bagi mencapai objektif tertentu.
ii)
Tingkah laku apabila dia sedang mengarah aktiviti kumpulan ke arah mencapai matlamat

dikongsi bersama
iii)
Seni menyusun hubungan antara individu dengan beberapa kumpulan yang mengarah mereka
ke arah suatu matlamat yang dirancangkan. Terdapat istilah yang dikaitkan dengan
kepimpinan dalam islam seperti khalifah, imamah, qiyadah, za’mah, riayah, riasah dan
siyadah.
Ismail Noor (2000) mendefinisikan kepimpinan sebagai setiap tindakan yang menumpukan sumber ke
arah matlamat yang benar-benar bermanfaat.

4.0

Teori Kepemimpinan

Teori Gelagat
Kajian Iowa
Kajian Iowa menunjukkan gelagat kepemimpinan boleh diklasifikasikan kepada tiga stail:
1. Stail autotratik
Pemimpin jenis ini merupakan seorang yang dogmatik yang memerlukan sifatnya untuk menurut
perintah dan memimpin mengikut kebolehannya untuk memberi atau menarik pengikut dengan
bertindak memberi arahan. Kepemimpinan jenis ini inginkan pengikut mesti patuh kepada arahan

diberi tanpa alasan.
2. Stail demokratik
Pemimpin satil demokratik menggalakkan penglibatan dan penyertaan daripada kakitangan dan
berhak membuat keputusan secara bersama. Pengikut diberi tanggungjawab untuk membentuk
3

persekitaran. Mereka perlu mengambil bahagian bersama-sama pemimpin dalam pembangunan
pengurusan organisasi.
3. Stail Laissez-faire
Pemimpin stail ini memberi kebebasan yang sepenuhnya kepada pengikut-pengikutnya. Pengikut
bebas menentukan matlamat mereka sendiri. Oleh itu tidak ada penyeliaan oleh pemimpin dan
kakitangan dapat menjalankan tugas dengan sewenang-wenangnya.
Kajian Ohio
Kajian ini bermula dari tahun 1940 an sehingga 1950 an berpendapat bahawa gelagat pemimpin boleh
dibahagikan kepada dua jenis:
1. Bertimbang rasa
Pemimpin jenis yang bertimbang rasa dikatakan mempunyai hubungan mersa dengan
kakitangannya. Pemimpin juga yakin dengan kebolehan pekerja-pekerja atau kakitangannya.
Seorang pemimpin jenis ini pandai mengambil hati, menghormati idea, mendengar pandangan ,
memberi perhatian dan pertimbangan terhadap perasaan orang bawahannya. Komunikasi dua hala

perlu wujud melalui stail ini dan para pekerja mendapat kepuasan yang sepenuhnya.
2. Tugas dan struktur
Pemimpin jenis ini merupakan seorang pemimpin yang mementingkan tugas yang berstruktur
pula dimana setiap tugasan orang bawahannya berlandaskan pada pekeliling, peraturan-peraturan
dan begitu birokrasi dan rigid. Melalui stail ini, pepmimpin memfokuskan kepada matlamat
organisasi dengan menstrukturkan tugas kakitangan. Membuat penjadualan tugasan dengan
memberitahu tentang jangkaan mereka masing-masing. Stail ini juga menghasilkan kepuasan
kerja dikalangan mereka. Proses ini juga akan memaju dan membangunkan organisasi.
Kajian Michigan
Kajian Michigan memperkenalkan dua jenis gelagat yang berorientasikan kepada:
1. Oreintasi pengeluaran
Bagi pemimpin yang berpusat pengeluaran, aspek-aspek yang ditekankan ialah memberi tumpuan
kepada pencapaian daya pengeluaran yang tinggi dan melihat pekerja sebagai alat pengeluaran
organisasi. Dengan ini seorang pemimpin akan menentukan jadual kerja yang ketat, merancang
tugasan dengan teliti, mengadakan peraturan bekerja dan sistem penyediaan yang mantap.
Penilaian prestasi seorang pekerja akan berdasarkan hasil atau outputnya.
2. Orientasi pekerja
Stail orientasi ini pula, seorang pemimpin menumpukan kepada perasaan dan hati budi hati
pekerja dan mencuba mewujudkan suasana penuh kepercayaan serta hormat-menghormati. Oleh
itu, hubungan interaksi dan kemanusiaan juga dianggapkan suatu aspek yang penting dalam

pembangunan organisasinya. Hubungan yang baik dan harmonis, membuat keputusan secara
bersama, pewujudan pasukan kerja, pembentukan kesatuan sekerja secara formal dan
4

pemuafakatan yang tidak formal digalakkan dan memberi suatu pasukan yang mantap. Dalam
sesebuah organisasi, kepemimpinan yang berorientasikan pekerja akan menggalakkan pencapaian
matlamat dimana pemimpin sensitif terhadap hati nurani pekerja-pekerja. Ini adalah sebagai
faktor yang penting kerana pekerja akan memberi sokongan kepada kepemimpinan organisasi.
Aspek ini dilihat sebagai elemen-elemen yang mustahak dalam peningkatan dan pembangunan
organisasi.
Teori Motivasi
Dalam membincangkan kepemimpinan, teori-teori motivasi juga berkaitan dalam bidang pendidikan Teori
Hierarki Maslow, Teori X, Teori Y McGregor dan Teori Z Ouchi.
Teori Hierarki Maslow
Maslow membentuk piramid kehendak yang dinamakan ‘Hierarchy of human needs’. Teori ini
menerangkan kepuasan seseorang pekerja bergantung kepada keperluan asanya yang dipenuhi. Sesuatu
keperluan perlu dipenuhi, akan mempengaruhi dan merangsangkan kepada pencapaian matlamat.
Keperluan-keperluan asas pekerja ini harus dilihat sebagai elemen yang penting oleh pemimpin. Dengan
kata lain. Pemimpin perlu mengambil kira dengan mengenal pasti kehendak-kehendak subordinat.
Jenis-jenis keperluan

1. Fisiologi

Elemen
Keperluan untuk makan, minum, rehat dan
tidur
Keperluan untuk peraturan, jaminan kerja,
jaminan masa depan, keadilan, kesihatan
Kasih sayang, perhubungan dengan rakan,
diterima oleh kumpulan sosial
Kepercayaan kepada diri sendiri, status dan
penghormatan
Pertumbuhan diri dalam kerja, pencapaian,
tanggungjawab, kerja yang mencabar

2. Keselamatan
3. Kepentingan sosial
4. Penghargaan kendiri
5. Kesempurnaan kendiri

Jadual 1: Teori Hierarki Maslow

Teori Herzberg
Teori Herberg juga dikenali sebagai Teori Dua Faktor Dalam Pentadbiran mengutamakan hubungan
dengan organisasi. Dalam kajian Fredick Herzberg mendapati bahawa ada beberapa perkara yang
ditekankan dalam teori ini iaitu tentang tugas-tugas pekrja yang menjadi pendorong yang penting.
Perkara-perkara itu ialah pencapaian, tanggungjawab, pengiktirafan, kerja yang bermakna, penghormatan,
perkembangan dan pertumbuhan pekerja-pekerja itu sendiri. Manakala perkara seperti gaji, polisi
majikan, keadaan tempat kerja tidak begitu penting dalam memberi dorongan. Walau bagaimanapun,
sekiranya faktor-faktor ini tidak diberi perhatian yang wajar ia akan memberi faktor ketidakpuasan yang
tinggi. Faktor-faktor yang akan mengakibat ketidakpuasan dikalangan pekerja, tetapi secara tidak
5

langsung mendorong manusia dikenali sebagai faktor kesihatan. Ia merupakan faktor yang berkaitan
dengan pekerjaan itu. Oleh itu, mengikut Herzberg dorongan yang berjaya bergantung kepada dua
perkara:
1. Memenuhi keperluan persekitaran
2. Memenuhi keperluan dorongan
Keperluan dorongan
Pencapaian
Tanggungjawab
Pengiktirafan

Kerja yang bermakna
Penghormatan
Perkembangan
Pertumbuhan individu

Keperluan persekitaran
Keadaan sosial
Perhubungan antara rakan
Keadaan ekonomi
Gaji
Jaminan kerja
Kesihatan
Keadaan fizikal:
Polisi dan pentadbiran, kemudahan dan kebajikan
pekerja

Jadual 2 : Teori X dan Teori Y McGregor, Teori Z Ouchi
Persepsi dan andaian umum Teori X
1. Kebanyakkan manusia mempunyai rasa tidak suka kepada kerja dan jika ia diberi pilihan, ia akan
mengelakkan diri daripada bekerja .
2. Disebabkan manusia tidak gemar bekerja ia terpaksa dipaksa, diarah, dikawal, ditakutkan oleh
denda, jika ia hendak memberi kerja yang sepatutnya demi mencapai matlmat organisasi
3. Kebanyakkan manusia lebih suka diarah, tidak suka menanggung bebanan tanggungjawab, ada
yang tidak mempunyai cita-cita yang tinggi dan mahukan keselamatan diri keseluruhannya. Jika
pekerja bersikap begini, pemimpin seharusnya memimpin, memberi panduan dan tunjuk ajar agar
dapat dimanfaatkan oleh organisasi.
Persepsi dan andaian umum Teori Y
1. Usaha kerja dari segi mental dan fizikal adalah dianggap natural seperti jugalah dengan
kaedahnya jika kita bermain dan berehat.
2. Kawalan luaran dan cara menakut-nakutkan dari segi dendaan dan hukuman itu bukanlah hanya
satu cara untuk mendapatkan manusia bekerja demi mencapai matlamat sebagaimana yang
mereka diperlibatkan itu.
3. Penglibatan kepada matlamat ialah satu fungsi mendapat ganjaran yang berkaitan dengan
pencapaian mereka sendiri.
4. Kebanyakkan manusia berkemampuan untuk menpunyai imaginasi, berdaya cipta, kehandalan
berfikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah organisasi.
5. Kebanyakkan manusia belajar untuk menerima dan menjalankan tanggungjawab jika
dikendalikan dibawah pengawalan yang kena pada tempatnya, sempurna dan teratur.
6. Dalam keadaan biasanya, kebanyakkan bakat manusia dari segi intelektualnya dipergunakan
hanya tidak seberapa
6

Dalam teori ini, pemimpin harus menggunakan potensi yang ada pada pengikut, pemimpin harus
bertindak sebagai fasilitator dalam mengurus kebolehan yang ada pada perngikut. Pemimpin harus
mengenal pasti kemampuan, kemahiran pengikut. Peranan dan tugasan pengikut-pengikut harus diagih
mengikut klafisifikasi kebolehan pengikut-pengikutnya. Jika pemimpin menggangap orang bawahan
sebagai manusia yang matang dan bertanggungjawab, maka organisasi akan berkembang dan membangun
dengan cepat.
McGregor cuba membezakan antara dua bentuk stail kepemimpinan, dimana satu stail menggunakan
tekanan dan hukuman dan yang satu lagi menggunakan pendekatan penglibatan semua kakitangan
sebagai satu kumpulan yang begitu dipentingkan oleh organisasi.
Teori Z yang dikemukan oleh Ouchi menekankan persoalan kepada budaya organisasi. Teori ini tidak
berkaitan dengan gelagat dan perlakuan pemimpin, tetapi berkaitan dengan bagaimana perbezaan budaya
boleh disatukan. Seterusnya diuruskan dengan baik. Budaya organisasi melibatkan sesuatu pekerjaan
tetap untuk jangka masa waktu yang panjang, amalan membuat keputusan partisipatif atau keputusan
konsensus dan penentuan tanggungjawab individu.
Budaya organisasi juga melibatkan penilaian akan kenaikan pangkat secara perlahan (slow
evaluation and promotion). Sistem kawalan nonformal dengan system pengukuran prestasi eksplisit,
laluan kerja yang kursus dan sederhana serta komitmen organisasi dalam semua aspek kehidupan pekerja
termasuk keluarga mereka. Budaya organisasi Teori Z untuk pemimpin ialah keyakinan kebijaksanaan
dan kehalusan budi, kawalan bersama dan keputusan partisipatif (shared control and decision making),
sistem belanjawan dalan lain-lain.

Motivation through
self-interest
Trust sublety intemacy

Equitable reward
system
Theory Z in school

Shared control and
decision making

Quality education
Skill training

Rajah 1: Komponen utama Teori Z untuk Institusi Pendidikan

5.0

Gaya kepimpinan terkini dan keberkesanan organisasi
7

Kepimpinan yang berkesan adalah terletak kepada gaya kepimpinan pemimpin itu sendiri. Stail
kepimpinan juga dapat mempengaruhi tingkah laku orang yang dipimpin supaya matlamat yang ingin di
capai oleh organisasi boleh direalisasikan. Menurut Kouzes dan Posner dalam Ainon Mohd (2003) yang
melakukan kajian ke atas 30 buah negara bertanya “Ciri-ciri yang bagaimanakah mesti ada pada seorang
pemimpin yang kepimpinannya sanggup mereka sokong dan patuh dengan sukarela. Jawapan yang
diterima tentang empat sifat mereka ialah jujur, berwawasan, mampu mencetuskan ihlam, semangat
perjuangan serta memiliki kemahiran memimpin.
Gaya kepimpinan ialah merujuk kepada pendekatan yang digunakan oleh pemimpin dalam organisasi
yang dipimpin. Setiap orang pemimpin mempunyai gaya kepimpinannya masing-masing. Goleman dalam
Ainon Muhd (2003) melaporkan kajian dijalankan syarikat perundingan Hay/MacBer ke atas 3871 orang
eksekutif diseluruh dunia. Hasil kajian itu mengenalpasti enam gaya kepimpinan , setiap satunya muncul
daripada kepintaran emosi yang berlainan:
1. Pemimpin koersif atau kukubesi yang mahukan orang bawahannya patuh serta-merta pada semua
arahannya.mereka tidak suka bertolak ansur dan tidak suka memberi motivasi. Gaya ini yang
paling tidak berkesan.
2. Pemimpin autoritatif yang mendorong orang bawahan mencapai visi. Walaupun gaya ini ada
masanya dirasakan menekan orang-orang bawahan, tetapi ia adalah gaya yang paling berkesan.
Gaya ini mampu menaikkan semangat kerja dan mencetuskan komitmen pada matlamat
organisasi.
3. Pemimpin afiliatif yang suka mencipta suasana persaudaraan, muhibah dan mesra. Dikatakan
gaya dapat mencipta kepuasan bekerja dan prestasi yang tinggi. Gaya ini mencipta harmoni
dikalangan anggota kumpulan kerja dan ia sebaik-baiknya digunakan bersama-sama dengan gaya
autoritatif.
4. Pemimpin demokratis yang suka mencapai kata sepakat dengan melibatkan orang bawahan
apabila membuat keputusan. Gaya ini banyak menimbulkan suasana positif. Ia menggalakkan
orang-orang bawahan turut menyumbang dan mampu mencipta kemuafakatan
5. Pemimpin pendorong yang mahukan orang bawahanya pandai berfikir sendiri dan mahukan
mereka membuat yang terbaik.
6. Pemimpin jurulatih yang suka membangunkan manusia untuk masa depan. Gaya ini paling jarang
digunakan walaupun ia mampu mendorong orang-orang bawahan mencungkil bakat masingmasing dan dalam jangka panjang ia dapat membangunkan manusia.
Kajian yang dijalankan itu mendapati pemimpin-pemimpin yang paling berkesan menggunakan lebih
daripada satu gaya kepimpinan. Mereka pandai menggabungkan penggunaan gaya autoritatif, afiliatif dan
jurulatih. Memang jelaslah tidak ada satu gaya kepimpinan yang terbaik mahupun yang dapat digunakan
dalam semua keadaan.
Pemimpin yang berkesan juga mampu mengorganisasi keseluruhan perjawatan. Oleh itu, pemimpin
haruslah melibatkan orang yang dipimpin dengan memberi peluang untuk menyuarakan pendapat,
cadangan, usul dan sebagainya dalam satu meja. Muhamad Shuhmy (2007) Pemimpin boleh memberi
kebebasan dan penglibatan yang lebih kepada staf di bawah arahannya apabila terdapat para pekerja
tersebut mempunyai sifat berikut:
8

a) Mahukan tanggungjawab membuat keputusan;
b) Inginkan kebebasan bertindak dan berdikari;
c) Mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi
menyelesaikan masalah dengan cekap;
d) Menanamkan komitmen dan menghayati matlamat organisasi

untuk

mengendalikan

dan

Disamping itu juga Mohamad Shuhmy (2007) mengariskan panduan berikut boleh digunakan
untuk menjadi pemimpin yang berkesan dalam organisasi.
1. Mengetahui dan melatih diri anda. Kebanyakan pemimpin terdiri daripada mereka yang berpengaruh,
pintar, agresif, inisiatif dan mempunyai keyakinan diri dan kebolehan menyelia. Maka, bagi bakal-bakal
pemimpin dan juga pemimpin kini, latihan dalam membuat keputusan, penilaian diri dan peningkatan
keyakinan diri yang berfaedah.
2. Mengetahui dan mengawal gaya. Gaya yang terbaik sekali bergantung kepada banyak faktor (selain
daripada berorientasikan tugas dan berperikemanusiaan). Maka perlu bagi mereka menganalisis dan
memahami gaya tersendiri untuk mengekalkan suatu keadaan fleksibel supaya dapat dipadankan kepada
situasi berkenaan.
3. Mempercayai perkara-perkara terbaik tentang orang lain. Bakal-bakal pemimpin harus mengikuti
andaian-andaian Teori Y, McGregor. Dengan mempercayai bahawa manusia adalah pandai, kreatif,
sanggup bekerja, bertanggungjawab dan ingin menyelesai kan masalah, dapat meningkatkan lagi
pertumbuhan sifat pemimpin yang berkesan.
4. Memenuhi keperluan-keperluan staf ini merupakan secara mudah kenyataan pemikiran Maslow dan
McGregor. Tetapi di dalam amalannya, beraneka masalah dihadapi.
5. Umpamanya, bagaimanakah dia mendorong pekerja yang keperluan mereka tidak dapat dipenuhi
melalui kerja mereka? Bagaimanakah dia dapat meyakinkan staf supaya mempersetujui matlamat
organisasi? McGregor telah mencadangkan suatu teknik seperti penyertaan staf dan sesi-sesi dialog yang
membincangkan perkara-perkara seperti matlamat-matlamat organisasi.
6. Sesuaikan kepada ciri-ciri kerja. Kajian-kajian Fiedler mencadangkan bahawa bagi tugas-tugas kreatif.
dan yang berbentuk keusahawan (seperti mencipta keluaran baru atau membuka syarikat baru) adalah
lebih wajar bagi anda untuk menubuhkan matlamat yang menyeluruh untuk dijadikan panduan oleh staf,
dan kemudiannya bergantung kepada budi bicara mereka untuk menjalankan kerja. Bagi kerja yang
dilakukan secara berulang-ulang pula, pemimpin biasanya menguatkuasakan suatu set peraturan yang
terancang dan rapi, untuk melaksanakan kerja.
7. Bertindak sebagai pemimpin. Dalam semua hal, perlu bertindak sebagaimana yang dijangka dan
diingini oleh pengikut atau staf, agar mendapat sanjungan yang setimpal dengan taraf pemimpin.
Zulkiple Abd Ghani (2004) menyatakan untuk melahirkan kepimpinan Islam yang berkesan
caranya adalah pelbagai namun yang paling penting ialah apa yang dinyatakan oleh Ibn Taymiyyah dalam
bukunya Al-Siyasah al Syar’iyyah. Beliau memulakan perbincangan tentang keberkesanan kepimpinan
9

dengan merujuk kepada ayat Al-Quran yang menekankan tentang sifat amanah dan adil seorang
pemimpin seperti yang disebut dalam surah al Nisa ayat 58, sifat amanah dan adil adalah sifat utama yang
menjadi kayu ukur menentukan keberkesanan seorang pemimpin.
Kedua-dua sifat tersebut mempunyai hubungan yang rapat dengan ketakwaan pemimpin kepada
Allah S.W.T. Manifestasi daripada sifat amanah dan adil sifat seorang pemimpin memberi kesan kepada
pengikut-pengikut terutama untuk mencapai matlamat Al-Saadah atau kebahagian sebenar didalam
kehidupan. Penentuan sifat amanah dan adil seorang pemimpin tidak diperolehi hanya melalui
pendidikan, pembelajaran dan pengalaman yang dilalui dalam tempoh tertentu. Pengukuran keberkesanan
seorang pemimpin mengikut pandangan Islam dilihat bermula dari perspektif pemimpin itu sendiri.
Kemudian barulah menjalar kepada masyarakat dan negara keseluruhannya.
6.0

Rumusan

Secara umumnya kejayaan sesebuah organisasi amat bergantung kepada kepimpinan seseorang
pemimpin. Setiap organisasi yang ditubuhkan mempunyai visi, misi dan matlamat yang perlu dicapai bagi
memastikan apa yang diusahakan mendapat hasil dan ganjaran. Philip Selznike (1957) menyatakan
bahawa orang yang layak dinamakan pemimpin adalah orang yang membuat keputusan yang kritis dan
dapat bertindak dengan jayanya membawa perubahan yang besar dan tertentu dalam sesuatu organisasi.
Seorang pemimpin dalam sesebuah organisasi perlu mengubal visi dan misi organisasi yang
dipimpin serta mencipta strategi bagi mencapai matlamat asal penubuhan. Di samping itu, pemimpin
harus menentukan hala tuju supaya orang yang dipimpin dapat membantu organisasi ke arah satu target
yang telah ditetapkan. Orang yang dipimpin haruslah diberi kepercayaan untuk menjalankan tugas yang
telah diperjawatkan.
Hubungan dua hala antara pemimpin dengan orang yang dipimpin perlu dipupuk supaya
komunikasi kedua pihak dapat membawa satu perubahan yang baik. Pemimpin dan para pekerja haruslah
berkerjasama dalam satu barisan supaya dapat memacu satu organisasi yang membawa keuntungan
bersama. Pemimpin juga bukan sahaja menjadi pengurus dalam organisasi malahan menganggap pekerja
bawahan tetapi sebagai rakan karib yang positif. Sikap pemimpin berpandangan jauh perlu digarap bagi
memastikan kemajuan organisasi berada ditahap tinggi.
Malahan pemimpin boleh mewujudkan budaya kerja mengikut acuan sendiri bersesuaian dengan
kehendak pekerja yang dipimpin. Dengan adanya budaya kerja yang harmonis mampu memberi impak
positif kepada organisasi. Nilai-nilai murni berteraskan Islam iaitu amanah dan adil boleh diterapkan oleh
pemimpin. Hal ini kerana tanpa nilai-nilai murni organisasi tidak mungkin kekal lama malahanb kerugian
boleh bertambah buruk. Pemimpin berteraskan ketakwaan kepada Allah S.W.T perlu dipilih dan menjadi
model kepada pemimpin lain.

BIBLIOGRAFI
Ainon Mohd (2003). Teori dan Teknik Kepimpinan Panduan Aplikasi Di Tempat Kerja. PTS Publication
& Distributor Sdn. Bhd. Bentong, Pahang.
10

Cek Mat (2003). Kemahiran Memimpin. Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd. Kuala Lumpur
Ismail Noor (2000). Kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W Pengurus Altruistik Model Ikutan Sepanjang
Masa. Utusan Publication Sdn. Bhd. Kuala Lumpur
Robiah K. Hamzah (2002). Teknik Dan Strategi Membimbing Remaja Kepimpinan. PTS Publication &
Distributor Sdn. Bhd. Kuala Lumpur
Sulaiman Md Yassin, Mohd Salleh Lebar, Azlina Abu Bakar (2007). Komunikasi Dalam Pengajaran Dan
Kepemimpinan Pendidikan. Karisma Publications Sdn. Bhd. Shah Alam
http://shuhmy.multiply.com/
http://www.scribd.com/doc/2158511/KEPIMPINAN

UPSI
11

KEPIMPINAN PENDIDIKAN
PPP 6013

Sejarah dan Perkembangan Teori Kepimpinan Satu
Sorotan Literatur

Disediakan oleh:
Noor Azman B. Arshad Tar
M20092000899
Kumpulan B
Pensyarah:
DR. Abd Rahman B. Ahmad

12