Komunikasi Cinta Dalammembangun KCB
Komunikasi Cinta Habibur Rahman dalam Novel Ketika Cinta Bertasbih (KCB)
Oleh: Ummu Hani Abu Hassan
Cinta adalah pawana fitrah yang menggiurkan. Tidak terungkap pada kesakitan dan tidak
terlahir pada kebahagiaan. Cinta membiarkan manusia untuk berani meneruskan
kehidupan sehingga bertemunya kematian. Sesiapapun yang memiliki nyawa pasti
dirinya memiliki cinta. Dan sesiapapun memiliki cinta tidak akan hilang cintanya meski
tidak lagi memiliki nyawa.
Cinta sesuci itu selayaknya dinobatkan kepada Allah SWT dan RasulNya. Dua cinta yang
tidak mati dan akan terus hidup; di dunia mahupun akhirat. Dua cinta yang tidak layak
disaingi oleh sebarang makhluk termasuklah ibubapa, isteri dan anak-anak.
Maka, ke mana-manapun jika mengendong dua cinta ini, kebahagian menjadi
pakaiannya.
PENDAHULUAN
Pengarang oksidentalis ini melalui novel fenomena Ayat-Ayat Cinta (2003) telah
mengocak danau kesusasteraan Indonesia-Malaysia sehingga menggasak rasa malu
kepada yang tidak membaca novel tersebut. Justeru, adalah tidak rumit kepada pengarang
untuk mengetahui sasaran pembaca bagi novel susulannya termasuk Ketika Cinta
Bertasbih (1 dan 2). Pengarang telah menggunakan peluru cinta untuk menembak para
pencandu sastera.
KCB setebal 883 muka (477+406)1, ditulis dalam tempoh setahun (Feb-Nov 2007)2
mencerminkan kesungguhan penulis, Habibur Rahman el-Shirazy menyebarkan
dakwahnya lewat penulisan. Falsafahnya masih cinta.3 Apakah cinta merupakan subjek
yang relevan buat umat di abad post moden kini?
Ya. Cinta adalah perjuangan yang tepat dalam nuansa masyarakat Muslim sudah
kehilangan jiwa dan agama. Harus diketahui, keadaan umat Islam selepas Perang Salib
(Crusades) pada abad ke 11 hingga 13, dibayangi gejolak prasangka musuh; Yahudi dan
Kristian. Setelah kegemilangan Islam menenggelamkan tamadun Rom, Parsi dan Eropah
pada tempoh yang lama4, kuasa barat menaruh dendam dan kebencian yang meluap-luap
terhadap Islam. Musuh Islam mahu mengelakkan kemunculan semula kuasa baru Islam di
abad 18, 19, 20 dan 21 dengan strategi dan tindakan yang agresif.
1
KCB 1- 477 muka dan KCB 2- 406 muka
Berdasarkan bulan cetakan
3
Bumbu cinta dalam buku-buku beliau yang telah terbit- Ayat2 Cinta, Pudarnya Pesona Cleopatra, Di atas
Sejadah Cinta, Dalam Mihrab Cinta dan Ketika Cinta Berbuah Sorga
4
Zaman Khulafa ar-Rasyidin (632-661m), Khalifah Umayyah (661-750m), Khalifah Abbasiyah (7501258m) Khalifah Uthmaniyah (1258m- 1924m)
2
1
Cara yang paling gratis ialah mencabut rasa cinta umat Islam terhadap agama mereka.
Maksud yang lain ialah memisahkan ruang kehidupan daripada agama atau sekularisasi.
Kesannya, umat Islam pada abad ke 20, menjadi umat yang kehilangan arah. Di setiap
penjuru dunia, masyarakat Islam diserang wabak nilai yang berkecamukan. Barat
bersandarkan landas sekular telah menghilangkan agama secara progresif daripada sistem
kehidupan yang kemudiannya diadaptasi oleh negara-negara Islam dengan alasan
kemodenan bermula dari aspek penbandaran, bangunan, birokrasi, syarikat dan sekolah
sehinggalah politik dan budaya.5 Manakala, umat Islam yang terus dengan nilai agama
dilambangi fundamentalis, ekstrem, fanatik, antikemodenan, ingin pulang ke masa
lampau, berbahaya, tidak rasional dan berbudaya songsang.
Tindakan yang paling wajar bagi Barat ialah memahamkan masyarakat Islam bahawa
agama yang dipegangi boleh menghalang mereka mencapai tingkat kemajuan serta
beradaptasi dengan sains dan teknologi zaman. Lalu membuat pemujukan melalui media
massa; televisyen, radio, internet, filem, akhbar, novel, dan lain-lain. Identiti umat Islam
diperkotak-katikkan barat dengan larva western toxid; untuk menjadi moden adalah
dengan menjadi barat dari segi pakaian, bahasa, idea, pendidikan, tingkah-laku, seni bina
dan perabot. Kesan penjajahan fizikal sebelumnya, barat telah berjaya menumpukkan
rasa rendah diri di kalangan umat Islam, hilang pedoman agama, malah berasa kagum
terhadap kuasa barat, kemajuan sains dan teknologi, serta hanya mampu menggigit bibir
terhadap penguasaan, penerobosan dan eksploitasi barat terhadap dunia Islam.
Maka, bagaimanakah memulihkan kembali jatidiri Muslim di dalam tubuh umat Islam
yang telah rosak, sakit dan pasif supaya bangkit melawan barat yang gila dibayangi
pesimis crusades ini?
KCB Menawarkan Cinta
Watak- watak tipa KCB adalah komponen Muslim yang hidup di abad pasca kolonial
Barat. Mereka adalah generasi remaja yang menauladani masyarakat (pembaca) melalui
tingkah-laku (behavior), pemikiran, sikap (attitude), dan kerohanian. Pengarang telah
mengangkat dirinya menjadi Khairul Azzam, Furqon, Eliana, Anna Althafunnisa, Cut
Mala, Hafiz, Fadhil, Husna, Ustaz Mujab, Tiara (sekadar menyebut watak berkonflik)
yang berkonfrontasi dengan masalah cinta. Berikut adalah permasalahan cinta beberapa
watak:
1. Azzam- berumur 28 tahun, sudah 9 tahun bergelar mahasiswa Cairo, sengaja tidak
meluluskan dirinya dalam imtihan kerana mahu berjualan bakso di Mesir 6,
seorang yang rendah diri, fitrah lelakinya mahu mengahwini seorang wanita
solehah dan sangat terganggu dengan kehadiran wanita kaya, genit, seksi, cerdas
dan cantik iaitu Eliana. Menjadi insaf apabila diberitahu tentang wanita yang lebih
5
Negara-negara Islam yang dijajah oleh barat telah diberikan kemerdekaan namun, acuan legasi barat
dikekalkan dengan tujuan kemajuan dan kemodenan.
6
Kerana mahu menyara penghidupan keluarga di tanah air. Rujuk ms 63
2
baik daripada Eliana bernama Anna. Malangnya, Anna telah dilamar orang.
(konflik pencarian gadis Anna inilah pusat cerita KCB)
2. Furqon – dikenali sebagai intelektual muda, hampir menyudahkan tesis m.a di
Cairo University, anak hartawan, berkarisma dalam pergaulan, mahu memiliki
isteri solehah dengan merisik Anna, dipujai ramai wanita termasuk Eliana.
Konfliknya ialah apabila dirogol oleh Miss Italiana, seorang mosad Israel yang
menularkan HIV dalam waktu yang sama pinangannya diterima Anna. (Konflik
perebutan antara Azzam dan Furqon untuk mendapatkan Anna secara senyap
inilah menggengsikan plot KCB)
3. Anna Althafunnisa- gadis jelita, solehah, pintar, anak pak kiyai, fasih berbahasa
Arab, Inggeris dan Mandarin, sedang menyiapkan tesis ma di al-Azhar, penulis
hebat di majalah Arab, (Konflik berlaku apabila ibubapa mahukan Anna
berkahwin. Anna jatuh cinta kepada Abdullah (Azzam) tetapi menerima lamaran
Furqon)
Makruf, di kalangan para pelajar agama mempunyai satu kesedaran bahawa bercinta
tanpa matlamat (perkahwinan) adalah berdosa. Berbeza dengan pendapat sekular, bahwa
cinta itu perlu dilahirkan secara terang. KCB cuba memperincikan kaedah menzahirkan
cinta.
Komunikasi 1
“Saya tidak menggoda, serius. Saya sungguh-sungguh mau memberi Mas Khairul
ciuman tadi, sayang Mas keburu pulang.” m/s 67
Kata Eliana Pramesthi Alam, gadis cantik yang dibesarkan dengan budaya sekular.
Padanya, mengekspresikan ciuman bukan satu kesalahan bagi menunjukkan rasa
berterima kasih kepada seseorang.
Namun, dibalas oleh Azzam, seorang pelajar agama yang dikawali adab.
“Saya juga memiliki prinsip. Prinsip hidup saya itu saya dasarkan pada Islam. sebab
saya paling yakin dengan ajaran Islam. Di antara kesucian-kesucian yang dijaga oleh
Islam adalah kesucian hubungan antara pria dan wanita. Islam sama sekali tidak
membolehkan ada persentuhan intim antara pria dan wanita kecuali suami isteri.”
“Ketika saya mengatakan bahawa jika sampai saya melakukan ciuman itu dengan
wanita yang tidak halal bagi saya, maka saya menodai kesucian saya sendiri dan
menodai kesucian wanita itu.” m/s 113
Di sinilah kekuatan Azzam untuk menyampaikan dakwah bil lisan setelah menggunakan
dakwah bil hikmah menolak ciuman Eliana, gadis kacukan yang cantik jelita (seolahnya
3
seperti Carissa Putri).7 Kesan kelembutan hati Azzam menghadiahi Eliana, menyebabkan
prinsipnya diterima gadis itu. Berjaya.
Komunikasi 2
Dalam kesibukan belajar, seseorang remaja tidak bisa menafikan bahwa wujud cinta yang
akan menyelinap ke hatinya. Persoalannya, bagaimanakah dia mengurangi kesakitan
menanggung cinta yang tiba-tiba hadir, sedangkan tanggungjawab ilmu lebih
memerlukan tumpuan? KCB mengajari kita dalam hal ini.
Hafiz, teman serumah Azzam mencintai wanita Aceh bernama Cut Mala.8 Dia Cuma
mampu memasang impian;
‘Seandainya ia telah menikah dengan Cut Mala, lalu di penghujung malam seperti itu ia
membaca al-Quran bareng Cut Mala. Bergantian Terkadang yang membaca, Cut Mala
yang mendengarkannya. Atau Cut Mala yang membaca, ia yang menyemaknya.
Alangkah indahnya.” m/s 130
Atas kesedaran agama, dia tidak mahu berterus-terang kerana bimbang akan mengganggu
tumpuan ilmu masing-masing. Cara untuk mengurangkan beban perasaannya adalah
meluahkan rasa kepada orang yang dipercayai iaitu Azzam.
“Maaf Kang, saya tidak kuat lagi. Saya tidak bisa tidur kang. Saya tidak tahu harus
bagaimana? Saya perlu orang yang saya ajak bicara. Saya mau minta pertimbangan
Kang Azzam. Saya tidak kuat lagi Kang.” M/s 127
Tindakan Hafiz setelah disarankan Azzam bagi menguatkan jiwanya kembali ialah
1. Bertaubat dan beristigfar
2. Membaca al-Quran
3. Bermunajat
4. Tawakal
“Ya Allah, ampuni dosa hambaMu ini...” m/s 130
Dalam doa dan istigfarnya, ia sangat berharap bahawa Allah SWT mengasihi orangorang yang jatuh cinta sepertinya. m/s 130
Cara beginilah yang patut dicontohi oleh para pelajar Muslim kala tidak dapat menguasai
cinta dalam diri mereka.
7
Dakwah bilhikmah dalam m/s 99-105 Kata Pak Ali ; Tidak usah dihadapi dengan emosi. Api bertemu api
akan semakin panas. Emosi lebih banyak merugikan daripada menguntungkan.’
8
Perasaan Hafiz kepada Cut Mala, rujuk m/s 128, 135, 136, 137,138
4
Komunikasi 3
Masalah cinta juga dialami oleh remaja wanita. Namun, naluri malu menghalangi
sesetengah wanita untuk berterus-terang.
Seperti Hafiz, Tiara mempunyai perasaan kepada Fadhil, abang teman serumahnya, Cut
Mala.
“Sebenarnya, dia ingin mengatakan pada Cut Mala, bahwa ia mencintai Fadhil,
kakaknya. Tapi ia tak sampai hati menyampaikannya. Rasa malulah yang
menghalanginya.”m/s 141
Sebagai gadis yang baik, Tiara memilih cara terhormat dengan tidak mengikut rasa hati,
iaitu meletakkan harapan yang mendalam pada seseorang yang bukan lagi suaminya.
“Namun, ia merasa jodoh terkadang tidak bisa dipilih. Jodoh dalam keyakinannya
adalah dipilihkan. Ya dipilihkan Allah. Manusia hanya berusaha dan berikhtiar.” m/s 141
“Baginya, cinta yang kekal adalah untuk orang yang secara sah menjadi suaminya.” m/s
142
Seorang gadis yang memahami agama pastinya tidak akan menurutkan rasa hati. Cinta
kalaupun fitrah, ia juga merupakan cabang ujian untuk seseorang meningkatkan iman
atau sebaliknya. Dalam KCB, cinta Tiara dan Hafiz yang saling terpendam tidak
disatukan. Tujuan pengarang adalah memberi qudwah kepada pembaca bahawa persoalan
jodoh adalah berlainan dengan persoalan cinta.9
Komunikasi 4
Sosok Furqon adalah sosok Azzam dalam KCB. Keduanya mempunyai persamaan
pemikiran dan sikap. Perbezaannya adalah Furqon mendapat keselesaan menuntut ilmu
kerana kesenangan keluarga, sebaliknya Azzam terpaksa bersusah-payah menanggung
keluarga. Namun, kedua-duanya sangat mencintai ilmu dan para ulama.
Azzam dan Furqon, masing-masing mempunyai egois yang tinggi terhadap wanita yang
mudah mesra, bebas walaupun cantik (berbeza sekali pandangan mereka terhadap wanita
senegara yang menjaga adab pergaulan, memakai jilbab sopan dan thiqah). Beberapa
contoh menunjukkan jiwa kedua pemuda itu sama.
1. Azzam sangat bertegas dengan Elianna sejak pertemuan pertama 10. Ketegasan itu
disandarkan pada prinsipnya yang kukuh dalam diri. Walaupun Elianna adalah
gadis cantik dan merupakan anak seorang duta, hal itu tidak dapat menundukkan
prinsipnya.
9
10
Rujuk muka surat 47, 112,113
5
“Mau putrinya Dubes, mau putrinya Presiden, suruh telpon lagi habis Magrib.
Titik!” m/ s 214
2. Furqon tidak melayani panggilan gadis bernama Sara, walaupun gadis itu
memaklumkan dia adalah anak tokoh ilmuan yang dihormati Furqon, Prof Dr.
Sa’duddin Zifzaf. Sara digambarkan mempunyai pesona yang menarik, bijak dan
peramah. Sara telah mengugut Furqon
“Justeru saya kuatir, jika anda tidak datang, anda akan menyesal. Undangan ini
mungkin hanya sekali anda dapatkan dalam hidup anda.” m/s 216
Ugutan itu dianggap Furqon tidak penting berbanding keperluannya menyiapkan
tesis.
3. Furqon dan Azzam sama-sama menyintai gadis yang sama iaitu Anna
Althafunnisa.
4. Furqon dan Azzam selalu lemah bila berhadapan dengan gadis cantik (ataukah
semua lelaki begitu) tetapi dikuatkan dengan istigfar dan sabar.11
“Ia tidak mengingkari dirinya adalah manusia biasa, bukan malaikat. Ia tak bisa
menafikan dirinya adalah pemuda biasa yang bisa berbunga-bunga kerana
merasa dekat dan dianggap penting oleh seorang gadis cantik dan terhormat
seperti Eliana.”- Azzam, m/s 37
Di akhir KCB, pengarang telah memenangkan watak Azzam dengan memisahkan
Furqon dan Anna. Barangkali, pengarang memikirkan Azzam dan Furqon adalah
jiwa yang sama, justerulah beliau tidak ralat memberikan hak kebahagiaan kepada
mana-mana watak. Waima, Azzam dan Furqon adalah qudwah remaja mewakili
dua lapisan hidup;
a) Azzam- menjadi teladan kepada remaja golongan marhaen12
b) Furqon- menjadi teladan kepada remaja golongan pertengahan
Komunikasi 5
11
Rujuk muka surat 242 (pertemuan Furqon dengan gadis Jepun), 37 (Perasaan Azzam melukiskan
kecantikan Eliana dalam dirinya)
12
Untuk mengenali diri Azzam dan Furqon, anda perlu membaca KCB 1&2 secara detail.
6
Orang tengah atau perantara adalah sosok yang dipercayai memberikan jalan
penyelesaian masalah. Individu ini tentulah memiliki figur positif, tenang dan berdaya
tarikan serta berilmu. Dalam KCB, Ustaz Mujab merupakan tokoh yang telah membantu
pengarang ‘melunakkan’ konflik-konflik watak. Misalnya,
1) Ustaz Mujab menjadi orang kepercayaan Azzam meluahkan risikannya terhadap
gadis solehah bernama Anna Althafunnisa. Sebaliknya, gadis itu telah dilamari
orang lain. Ustaz Mujab memujuk Azzam dengan nasihat yang baik;
“Allahlah yang mengatur perjalanan hidup ini. Sungguh aku ingin membantumu
Rul. Sayang, kau datang tidak tepat pada waktunya. Anna Althafunnisa sudah
dilamar orang.”- m/s 118-119 “Bukan aku ingin menyinggungmu, tetapi aku
ingin kau memperbaiki dirimu. Aku ingin kau lebih realitis..”m/s 120
Kata-kata Ustaz Mujab mendorong motivasi Azzam untuk berusaha memperbaiki
keadaan dirinya terutama menghabiskan pengajian S1.
“Baiklah saat ini aku belum berhasil menunjukkan prestasi. Tapi tunggulah lima
tahun ke depan. Akan aku buktikan bahwa, aku Khairul Azzam berhak melamar
gadis solehah yang mana saja.”- kata Azzam selepas diberi pencerahan oleh
Ustaz Mujab13. m/s- 121
2) Ustaz Mujab menjadi orang kepercayaan Azzam selepas dianiayai Miss Italiana,
gadis mosad Israel. Ustaz Mujab mengaitkan peristiwa yang menimpa Azzam
sebagai bentuk teguran Allah SWT.
“Yang paling penting kau harus mengintrospeksi diri dan memuhasabah dirimu
sendiri. Ini teguran dari Allah atas cara hidupmu yang menurutku sudah tidak
wajar sebagai seorang penuntut ilmu.”- m/ s 292
Komunikasi 6
Kekuatan Azzam sebagai tipa KCB adalah kematangan dan keluhurannya terhadap
keluarga iaitu ibu dan tiga adik perempuan. Dalam dua episod KCB, amat ketara
menonjolkan Azzam sangat mendahulukan keluarganya berbanding yang lain. Dia juga
bangga dengan pencapaian adik-adiknya serta menonjolkan ibu sebagai pencetus
inspirasi mereka. Sikap Azzam ini menjadi panduan kepada pembaca agar mentaati
ibubapa bagi merasai keberkatan hidup.
KELEBIHAN UMUM KCB
13
Kata-kata ini menjadi kenyataan. Dalam KCB 2, setelah selesai S1dan pulang ke tanah air, Azzam telah
dirisik untuk ramai putri cantik, pintar dan solehah antaranya Eliana, Rina, Tika, Milatul Ulya, Afifatul
Qonaah, Eva, Seila, Oktaviana, Vivi dan Anna Althafunnisa. m/s -247, 257,265 dan 378
7
1)
2)
3)
4)
5)
6)
7)
8)
Tauhidik
Falsafah cinta yang sarat
Fakta dan hujahan ilmu yang padat
Mencitrakan kebudayaan bangsa dan budaya Indonesia
Rujukan kitab-kitab muktabar
Mengukuhkan nilai persahabatan, keluarga, dan masyarakat setempat
Gaya bahasa dan naratif yang mudah dan pantas.
Perlukisan latar dengan detail
KELEMAHAN
1)
2)
3)
4)
Plot mengikut naratif sinetron
Gaya bahasa populer
Terlalu banyak dialog, dan kata-kata berbentuk khutbah.
Perlukisan watak yang berlebihan sehingga menghilangkan kekaguman pembaca
terhadap watak.
5) Pengakhiran cerita yang klise.
KESIMPULAN.
Jujurnya, KCB menepati kehendak zaman yang memerlukan pengisian pembangunan
insan kepada masyarakat Islam. Kelebihan Habibur Rahman adalah pada kekuatan ilmu
dan penguasaan bahasa Arab yang baik. Dua ciri ini melengkapi bakat kesusasteraannya
supaya karyanya berada pada tingkat tertinggi iaitu ilmiah, autoriti, jujur, mendidik dan
menghiburkan pembaca. Selain falsafah cinta, KCB (1 DAN 2) memberi qudwah kepada
pembaca khususnya remaja untuk meniru aspek pembaikan diri 14 agar di kehidupan
mendatang, yang lebih gagah cabarannya, mereka dapat beradaptasi mengikut acuan
khair ummat.
Yang penting, Habibur Rahman telah mengajar kita untuk menjadi manusia yang
bermanfaat kepada ummah lewat bakat yang ada.
“Orang yang memiliki semangat ia akan mencintai semua yang dihadapinya.”15
14
Misalnya, memberi panduan kepada para gadis untuk memiliki lelaki yang soleh sebagai suami harus
mempersiapkan diri dengan kecantikan yang ditutup, budi bahasa, gaya komunikasi, menjaga tingkah-laku,
prestasi akademik, kelebihan menguasai bahasa serta bakat yang dipupuk.- berdasarkan kemahuan watakwatak ‘ustaz’ dalam KCB 1 dan 2.
15
Al-Barudi, (KCB, m/s 126)