Pada abad Pertengahan hingga ke

Rujukan
https://sites.google.com/site/khazalii/5udi3052wanitadalamislam

Pada abad Pertengahan, gereja berperanan sebagai pusat kekuasaan.
Akibatnya, kekuasaan politik telah memandang rendah terhadap kedudukan
perempuan sehingga perempuan yang berkahwin di abad pertengahan tidak
memiliki hak untuk bercerai dari suaminya walau dengan apa juga alasan.
Sampai abad ke 17, masyarakat Eropah masih memandang perempuan sebagai
jelmaan syaitan atau alat bagi syaitan untuk menggoda manusia, dan meyakini
bahawa sejak awal penciptaannya, perempuan merupakan ciptaan yang tidak
sempurna (Philip J.Adler, World Civilization, Belmont, Warworth, 2000, hal. 289)
Ini menggambarkan betapa kejamnya masyarakat Barat dalam memandang dan
memperlakukan kaum wanita.

Atas rasa kecewa terhadap rendahnya martabat wanita ketika itu. Golongan
wanita barat telah bangkit untuk memperjuangkan hak mereka. Ketika mana
Kuasa gereja dan Raja mula ditentang dan terjadinya Revolusi Perancis (1789),
golongan feminisme telah menggunakan ruang tersebut untuk sama-sama
menaikkan martabat kaum wanita. Mereka telah memanfaatkan gerakan politik di
tengah-tengah pemberontakan rakyat yang berprinsipkan kebebasan (liberty),
persamaan (equality) dan persaudaraan (fraternity).

Gerakan kebebasan politik terus berlangsung sehingga pada tahun 1792, kaum
wanita memperoleh hak untuk dapat bercerai dari suaminya.
Dapat diambil kesimpulan bahawa tuntutan kebebasan perempuan
persamaan gender tersebut hanya sesuai pada masyarakat Barat
mempunyai sejarah penindasan terhadap perempuan, dan tidak sesuai
masyarakat yang telah menghargai wanita seperti masyarakat Islam
mempunyai ajaran dan tradisi memuliakan kaum wanita.

dan
yang
bagi
yang

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan
yang Islam dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan
yang beriman dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan
yang taat dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang
benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang
sabar dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orangorang perempuan yang merendah diri (kepada Allah) dan orang-orang lelaki
yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah dan

orangorang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa
dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang
perempuan yang memelihara kehormatannya dan orang-orang lelaki yang
menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang
menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi
mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar” ( Surah al Ahzab 33 :
35 ).
“Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman,
maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik
dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala
yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan”. (Surah an-Nahl 16 : 97).
Al-Quran telah menetapkan tugas yang seimbang bagi lelaki dan perempuan.
Tugas ini diberikan sesuai dengan fitrah dan kemampuan masingmasing
berdasarkan fitrah alami perempuan yang berbeza dengan kaum lelaki. Malah
sejak zaman Rasulullah saw lagi, wanita telah diberi hak yang sempurna dalam
pendidikan, sosial, ekonomi, politik, ibadah malah wanita juga turut diberi
peluang berperang melawan musuh.
Oleh sebab itu masyarakat Muslim tidak memerlukan gerakan feminisme, dan
kesamaan gender, kerana ajaran Islam dan sejarah masyarakat muslim
terdahulu sudah memberikan kedudukan terhormat kepada kaum perempuan

sesuai dengan kudrat dan fitrahnya.

Golongan wanita merupakan saff pertama dalam pembentukan ummah. Dari
rahim-rahim merekalah lahirnya para pendidik, pemimpin negara , generasi
menerus pejuang agama dan boleh jadi dari rahim mereka ini juga lahirnya para
penjenayah, pengkhianat agama dan negara. Segalanya bertitik tolak dari
wanita.
Gerakan feminisme lahir lewat abad ke 18 di Barat. Memperjuangkan isu-isu
seperti hak reproduktif, keganasan rumah tangga, cuti bersalin, gaji yang sama
rata, hak mengundi wanita, gangguan seksual, dan seksual keganasan, semua
yang jatuh di bawah label feminisme. Gerakan feminisme ini juga dikenali
sebagai Women’s Movement, Women’s Liberation, atau Women’s Lib.
Dewasa ini, tsunami perjuangan hak asasi mula melanda bumi yang kita cintai
ini. Golongan hawa yang sinonim dengan gelaran ‘kaum yang lemah’ juga tidak
ketinggalan melaungkan hak-hak mereka.
Islam semestinya agama yang adil terhadap sekalian alam dan makhluknya.
Tiada kecacatan dalam agama yang turun dari langit ini. Namun, adil bukanlah
bermakna memberi secara samarata. Adil adalah meletakkan sesuatu pada
tempatnya.


Marxist Feminisme
- lebih kepada konflik yg berlaku disebabkan tekanan dari a
man. woman disuruh sit on the kitchen...maybe its hear not fair
for the woman. kalau adil xdelah berlaku konflik, rite..? man vs
woman...than a woman kalah..so disitulah berlakunya
konflik...ini i terangkan secara ringkas bcoz i'm not sure sangat
about this..so we take a look later, k?
Liberal Feminisme
- lebih kepada memohon hak kesamarataan...x kiralah dalam
institusi kerja sekalipun. malah dalam kementerian pun kita tgk
ada kementerian pambangunan wanita dan keluarga. so a
woman dilihat bangkit dari kedudukan mereka than berjuang
demi hak yang mereka rasa mereka perlu dapat. dalam

kerajaan sendiri pun ada woman yang menceburi politik. so
disinilah dilihat kesamarataan yang woman want to reach it.
Radical Feminism
- ini lebih up lagi. a woman tamaw lagi samarata tapi mahu
lebih berkuasa dari a man. bak kata orang, dah bagi betis nak
drumstik plak. =P .....cth paling baik ialah aminah wadud. i

think everyone know what she doing outside rite? honestly a
woman mmg xleh jadi imam. for a woman blehla. tapi 4 a man
mmg diharamkan sama sekalila. tapi dia ni tatawla pakai
mazhab mana sampai leh jadi imam pada a man. tapi yg
peliknya a man plak g ikut. tatawlah nak cakap macam mana
about fenomena yg satu ni. so berbalik pada hal radikal ni, dari
situ dah nampak dia ingin menguasai lelaki. dalam islam pun,
sape yang jadi imam adalah ketua tym solat. so macam tu
jgaklah dalam hal yang satu ni. in malaysia, SIS mula merebak.
SIS 4 ur information adalah gerakan NGO under amina wadud
ni. first maybe liberal sebab nampak menuntut hak
kesamarataan tetapi lama2 jadi radikal bila SIS sendiri
melarang Institusi perkahwinan..so apa kehalnya tu..dalam
radikal sendiri mengatakan lesbian adalah yang terbaik bcoz
telah mendapat kebebasan dari lelaki..so what do u think?

Isu persamaan antara lelaki dan wanita adalah persoalan masyarakat itu
sendiri,kerana ia merupakan komponen utama dalam masyarakat.Mungkin terlalu
sukar utk kita bayangkan bagaimanakah lelaki dan wanita menjadi dua elemen yg
saling bercakaran sehingga kita tidak dapat menggambarkan bagaimana seorang

lelaki menjadi musuh dalam menuntut persamaan hak seperti yg terjadi hari ini.
Islam tidak meminggirkan wanita, dan disana wnita didahulukan dalam perkara
seperti :
1.Suri rumah tangga.
Sabda Rasullah :"Setiap kamu adalah pemgembala (penjaga)dan setiap
pemgembala bertanggungjawab terhadap gembalanya(org yg dibawah jagaanya) maka
wanita adalah penjaga di rumah suaminya dan dia bertanggung jawab trhadap
tangungganya"
Oleh itu,kewajaran pelaksanaan wanita sebagai suri rumah di
dahulukan dari pada lelaki kerana sifat fitrah semulajadi wanita yang dijadikan
sebagai seorang insan yang lemah lembut itu sendiri meletkkn mereka lebih
diutamakan dari lelaki dalam dalam soal rumahtangga.Walaupun lelaki sebagai ketua
keluarga ini membawa mksud lelaki tidak boleh sekali memainkan peranan monopoli
dlam intitisi kekeluargaan keran ianya akan meroskkan sisitem keleurga itu sendiri.
2.Mengasuh anak-anak.
Syara' mengutamakan penyaksian wanita terhadap perkara2 yng
bersangkutan dengan urusan mereka.Mengutamkan wanita dalam memelihara
kanak2,asuhan ini bermakna melaksanakan segala urusan mereka,mengasuh dan
menanggungnya.Tidaklah bermakna keseluruhan tanggungjawab itu terletak di tangan
wanita malahan kewajipan mencari harta utk anak dan isteri itu telh di

dipertanggungjawabkan keapda lelaki.Bukahkah terciptanya keharmonian
rumahtangga jika elemen-elemen ini salaing bantu membantu seperti yang di sarankan
oleh islam.?

Wanita Dalam Perundangan Greek

Dalam sejarah tamadun manusia, tamadun Grek dianggap sebagai tahap
tamadun yang boleh dibanggakan pada zaman itu. Namun begitu wanita
ketika itu menurut Profesor Dr Mustafa al-Saba'i dalam kitabnya yang
bertajuk 'Al-Mar atu baina al-Fiqh wa al-Qanun' menyebutkan bahawa wanita
dikurung di dalam rumah, tidak diberi peluang langsung untuk belajar dan
dihina serta dianggap khadam yang najis. Wanita juga boleh dijual beli
seperti barang=barang dagangan. Tidak mempunyai hak untuk membantah
malah tidak ada apa-apa hak dalam hidup selain dari makan minum, tempat
tinggal dan pakaian. Pada kemuncak tamadun Greek pula wanita dijadikan
alat untuk memuaskan nafsu lelaki, model-model perempuan bogel
dipopularkan dan merebaklah keruntuhan moral yang berakhir dengan
keruntuhan tamadun tersebut.
Wanita Dalam Perundangan Rumawi


Wanita dalam perundangan Rom lebih menyedihkan. Pada masa muda
remaja, wanita dikongkong di bawah kekuasaan penjaganya, sama ada bapa
atau datuknyaatau sebagainya yang diistilahkan sebagai 'Peter Families'.
Kekuasaan seseorang penjaga tidak dihadkan, malahan boleh menghalau
wanita itu keluar rumah, atau menjualnya tanpa pembelaan undang-undang
untuk mereka. Lebih dari itu, hak hidup bagi seseorang wanita boleh
ditentukan oleh penjaganya. Demikian menurut Profesor Dr Ali Abdul Wahid
Wafi dalam kitabnya 'Al-Mar atu fi al-Islam' iaitu selepas berkahwin wanita
berubah ilik daripada bapanya kepada suaminya dan terputuslah hubungan
dengan keluarga asalnya. Suami pula berhak mengisikan tempat yang
dikosongkan oleh bapanya dalam tindak tanduknya terhadap wanita itu.
Keadaan yang menyedihkan kaum wanita ketika itu telah cuba diselamatkan
pada zaman Justinian dengan suatu undang-undang yang dikenal dengan
nama 'Justinian Law' tetapi tidak berubah keadaan kecuali dalam beberapa
hal sahaja. Sebelum 'Justinian Law' dilaksanakan, terdapat undang-undang
yang dikenal sebagai 'Undang-undang Dua Belas'. Dalam undang-undang
tersebut disentuh tentang kelayakan mendapat hak sivil. Kelayakan tersebut
hendaklah dengan tiga syarat iaitu cukup umur, siuman akal dan lelaki.

Jelaslah di sini bahawa wanita pada kedua-dua zaman tersebut berada dalam

keadaan yang menyedihkan.
Duni sekarang sangat berbeza dengan dunia 100 tahun yang lalu kerana
wujudnya kemajuan perhubungan kenderaan, sains dan teknologi yang
menjadikan ratusan negara di dunia sekarang memerlukan wanita untuk
memenuhi kerjaya. Setelah kaum wanita di Barat dan negara-negara yang
sealiran dengannya keluar bekerjamencari sara hidup, pihak kapitalis
mengambil peluang menggunakan tenaga wanita di kilang-kilang
perusahaan dan perindustrian, kerana tenaga mereka lebih murah daripada
tenaga lelaki sedangkan kaum lelaki meminta gaji yang lebih.
Wanita barat dan wanita timur menuntut hak demokrasi dan hak persamaan
dengan lelaki dan yang terpenting sekali ialah persamaan gaji untuk makan
dan hidup. Di samping itu hendaklah diinsafi bahawa barat mengutamakn
perempuan dalam bidang-bidang pekerjaan yang tertentu terutama di
gedung-gedung perdagangan, kedai solek dan pakaian, di kedutaan, pejabat
Konsul, di gedung akhbar, radio dan televisyen, di syarikat iklan, bank dan
sebagainya mempunyai tujuan udang di sebalik batu iaitu hendak melariskan
perniagaan dengan menggunakan tenaga wanita yang murah.
Hakikat ini sama dengan sikap sesetengah akhbar atau majalah yang
memuatkan gambar-gambar perempuan yang jelita atau gambar yang
bercorak seks bertujuan melariskan akhbar dan majalahnya. Inilah taktik licik

dan murah yang harus disedari oleh wanita-wanita Islam di dunia hari ini.
Perjuangan orang barat dan sesetengah golongan di negara kita untuk
membuat revolusi mental dan membebaskan kaum wanita yang pada
dasarnya mendorong kepada gejala tidak sihat dan merendahkan taraf
wanita sendiri. Barat yang kononnya melaungkan memperjuangkan hak
wanita sebenarnya merekalah yang merendahkan martabat wanita. Mereka
membiarkan pelacuran berleluasa, wanita berkahwin dengan wanita, wanita
dijadikan alat komersial, hiburan dan sebagainya.

Dokumen yang terkait

FREKUENSI KEMUNCULAN TOKOH KARAKTER ANTAGONIS DAN PROTAGONIS PADA SINETRON (Analisis Isi Pada Sinetron Munajah Cinta di RCTI dan Sinetron Cinta Fitri di SCTV)

27 310 2

PENILAIAN MASYARAKAT TENTANG FILM LASKAR PELANGI Studi Pada Penonton Film Laskar Pelangi Di Studio 21 Malang Town Squere

17 165 2

APRESIASI IBU RUMAH TANGGA TERHADAP TAYANGAN CERIWIS DI TRANS TV (Studi Pada Ibu Rumah Tangga RW 6 Kelurahan Lemah Putro Sidoarjo)

8 209 2

MOTIF MAHASISWA BANYUMASAN MENYAKSIKAN TAYANGAN POJOK KAMPUNG DI JAWA POS TELEVISI (JTV)Studi Pada Anggota Paguyuban Mahasiswa Banyumasan di Malang

20 244 2

FENOMENA INDUSTRI JASA (JASA SEKS) TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU SOSIAL ( Study Pada Masyarakat Gang Dolly Surabaya)

63 375 2

PEMAKNAAN MAHASISWA TENTANG DAKWAH USTADZ FELIX SIAUW MELALUI TWITTER ( Studi Resepsi Pada Mahasiswa Jurusan Tarbiyah Universitas Muhammadiyah Malang Angkatan 2011)

59 326 21

PENGARUH PENGGUNAAN BLACKBERRY MESSENGER TERHADAP PERUBAHAN PERILAKU MAHASISWA DALAM INTERAKSI SOSIAL (Studi Pada Mahasiswa Jurusan Ilmu Komunikasi Angkatan 2008 Universitas Muhammadiyah Malang)

127 505 26

PEMAKNAAN BERITA PERKEMBANGAN KOMODITI BERJANGKA PADA PROGRAM ACARA KABAR PASAR DI TV ONE (Analisis Resepsi Pada Karyawan PT Victory International Futures Malang)

18 209 45

STRATEGI PUBLIC RELATIONS DALAM MENANGANI KELUHAN PELANGGAN SPEEDY ( Studi Pada Public Relations PT Telkom Madiun)

32 284 52

Analisis Penyerapan Tenaga Kerja Pada Industri Kerajinan Tangan Di Desa Tutul Kecamatan Balung Kabupaten Jember.

7 76 65