Kegiatan Persekutuan Melayu Mesir PMM ya
See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/311886532
Persekutuan Melayu Mesir (PMM) dan
Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Malaysia di
India (PPMMI): Latar Belakang dan Peranan
Conference Paper · November 2016
CITATIONS
READ
0
1
2 authors:
Muhammad Hafiz Samsudin
Abu Hanifah Haris
4 PUBLICATIONS 0 CITATIONS
27 PUBLICATIONS 1 CITATION
University of Malaya
SEE PROFILE
University of Malaya
SEE PROFILE
All content following this page was uploaded by Muhammad Hafiz Samsudin on 25 December 2016.
The user has requested enhancement of the downloaded file. All in-text references underlined in blue are added to the original document
and are linked to publications on ResearchGate, letting you access and read them immediately.
PERSEKUTUAN MELAYU MESIR (PMM) DAN PERSATUAN PELAJAR-PELAJAR MELAYU
MALAYSIA DI INDIA (PPMMI): LATAR BELAKANG DAN PERANAN
Oleh:
Muhammad Hafiz Samsudin1
Abu Hanifah Haris2
Pengenalan
Mesir sememangnya terkenal sejak berzaman lagi sebagai pusat pengajian Islam antarabangsa yang
berprestij kerana terdapat banyak institusi pengajian Islam terutamanya Universiti al-Azhar di Kaherah yang
paling menjadi tumpuan terutamanya selepas abad ke-20 Masihi. Mesir juga telah melahirkan ramai tokoh
ulama antarabangsa yang berpengaruh seperti Sayyid Jamal al-Din al-Afghani, Sayyid Muhammad Abduh
dan Imam Hassan al-Banna. Selain Mesir, India juga pernah menjadi tumpuan umat Islam sebagai pusat
pengajian Islam terutamanya dalam bidang ilmu hadith. Ini kerana terdapatnya Madrasah Dar al-‘Ulum di
Deoband dan Dar al-‘Ulum Nadwah al-‘Ulama di Lucknow yang terkenal sebagai dua buah pusat pengajian
Islam tradisional di India. Terdapat ramai juga tokoh ulama antarabangsa yang berpengaruh kelahiran India
seperti Maulana Shaykh Abu Hassan Ali al-Nadwi, Maulana Shah Wali Allah al-Dahlawi dan Shaykh Abdul
Rahman al-Mubarakfuri.
Disebabkan Mesir dan India merupakan antara dua tempat yang sering menjadi tumpuan umat Islam
dari seluruh dunia melanjutkan pengajian Islam, maka tidak hairanlah terdapatnya sejarah yang panjang
mengenai pemergian pelajar Melayu dari Tanah Melayu melanjutkan pengajian agama di kedua-dua negara
tersebut. Sejarah pemergian pelajar Melayu di kedua-dua tempat tersebut boleh dijejaki dengan penubuhan
persatuan pelajar Melayu yang pernah wujud di sana. Persekutuan Melayu Mesir (PMM) yang berpusat di
Kaherah, Mesir, dan Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Malaysia di India (PPMMI) yang berpusat di Aligarh,
India, merupakan dua buah persatuan pelajar Melayu paling berpengaruh yang pernah ditubuhkan di keduadua negara tersebut.
Latar Belakang Penubuhan Persekutuan Melayu Mesir (PMM)
Sejarah pemergian pelajar Melayu ke Mesir dan India boleh dijejaki jauh sebelum peristiwa kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Begitu juga sejarah mengenai penubuhan persatuan pelajar
Melayu di sana. Misalnya, sejarah mengenai pemergian pelajar Melayu ke Mesir boleh dijejaki seawal abad
ke-17 lagi.3 Persatuan pelajar Melayu yang pertama wujud di Mesir ialah Jam’iyyah Setia Pelajar yang
ditubuhkan pada tahun 1913,4 disusuli dengan penubuhan Persatuan Kebajikan Pelajar-Pelajar Jawi
Universiti al-Azhar (al-Jam’iyyah al-Khairiyyah li-Tolabah al-Azhariyyah al-Jawiyyah) pada tahun 1923.5
Keanggotaan kedua-dua persatuan pelajar Melayu yang terawal di Mesir ini bersifat menghimpunkan semua
1
Muhammad Hafiz Samsudin merupakan calon Ijazah Sarjana di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti
Malaya.
2
Abu Hanifah Haris, PhD, merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.
3
Abu Hanifah Haris, “Pengaruh Mesir dalam Masyarakat Melayu : 1907-1970”, Tesis PhD, Universiti Malaya, Kuala Lumpur,
2013, hlm. 76-82.
4
Taufik Abdullah, “Schools and Politics: The Kaum Muda Movement in West Sumatera, 1927-1933,” Tesis PhD, Universiti
Cornell, Michigan, USA, 1970, hlm. 375.
5
Seruan Azhar, Bil. 2, November 1925, hlm. 35.
1
pelajar dari pelbagai rumpun bangsa Melayu yang berasal dari seluruh tempat di Asia Tenggara. Pada 11
April 1930, tertubuhnya Persekutuan Putera-Putera Semenanjung (PPS) yang mengkhususkan
keanggotaannya hanya kepada pelajar Melayu dari Tanah Melayu sahaja.6 Anggota-anggota pengasas PPS
merupakan bekas anggota Persatuan Kebajikan Pelajar-Pelajar Jawi yang keluar dari persatuan tersebut
kerana fahaman politik yang berbeza. PPS merupakan persatuan pelajar Tanah Melayu yang pertama
ditubuhkan di Mesir dan merupakan antara pelopor terawal idea mengenai penubuhan Persekutuan Tanah
Melayu pada tahun 1948.
Pada tanggal 5 Disember 1956, PPS secara rasminya bertukar nama kepada Persekutuan Melayu
Mesir (PMM)7 walaupun persatuan tersebut telahpun menggunakan nama PMM sejak tahun 1953 lagi. 8
Keanggotaan PMM lebih longgar berbanding PPS. Ini kerana selain khusus kepada pelajar Tanah Melayu,
PMM juga menerima keanggotaan pelajar Melayu dari Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei. Oleh sebab
itu, jika PPS merupakan pelopor terawal dalam idea pembentukan Persekutuan Tanah Melayu, maka PMM
pula merupakan pelopor terawal dalam idea pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Persatuan
yang berpusat di Kaherah, Mesir ini dipimpin oleh 11 orang anggota Badan Pengurus yang dipilih setiap
tahun melalui mesyuarat agung. Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua, Setiausaha Agung, Naib Setiausaha
Agung dan Bendahari merupakan lima orang individu yang paling penting dalam Badan Pengurus PMM.
PMM mempunyai lima buah badan yang menjalankan peranan masing-masing iaitu Badan Pengetahuan,
Badan Penerangan, Badan Bahasa dan Pustaka, Badan Sukan dan Lawatan serta Badan Kebajikan. Setiap
ketua badan dilantik daripada anggota-anggota Badan Pengurus. PMM tertakluk kepada Lembaga Peraturan
Kerja dan Undang-Undang Tubuh PMM. Pada tahun 1965, PMM ditukar nama kepada Persekutuan Melayu
Republik Arab Bersatu (PMRAB). 9 Sepanjang pentadbirannya selama lapan tahun (1956-1964), PMM telah
dipimpin oleh seramai lima orang Yang Dipertua. 10 Zaman PMM merupakan kemuncak zaman
kegemilangan pelajar Melayu di Mesir kerana pada zaman tersebut pelbagai pencapaian membanggakan
dalam bidang sosiopolitik telah dicapai oleh pelajar-pelajar Melayu di bawah naungan PMM.
Latar Belakang Penubuhan Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Malaysia di India (PPMMI)
Selain Mesir, India juga pernah menjadi tumpuan pelajar Melayu melanjutkan pengajian khususnya
dalam bidang pengajian agama terutamanya pada dekad 1960-an dan 1970-an. Shaykh Rasyid Rida, seorang
ulama terkemuka dari Mesir pernah menyifatkan Madrasah Dar al-‘Ulum Deoband sebagai Azhar Hind
Realiti Gelombang Aura Mahasiswa dan Hak Kita: “ARMA”, Kaherah: Urusetia Penerangan Umum, Badan Penerangan dan
Penerbitan PMRAM, 2011, hlm. 3-4. Persekutuan Putera-Putera Semenanjung (PPS) adalah nama asal bagi Persekutuan Melayu
Republik Arab Mesir (PMRAM). Tarikh penubuhan PPS dinyatakan secara jelas dalam Arkib Negara Malaysia, Hari Ini Dalam
Sejarah, Siaran 11 April 1981/1982.
7
Undang-Undang Tubuh Persekutuan Melayu Mesir, Bab Pertama, Fasal (1) dalam SP 142, Persekutuan Melayu Mesir,
Himpunan Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan Kerja. Lihat juga Bab Pertama, Fasal (1) dalam Undang-Undang Tubuh
PMRAM, Kaherah: PMRAM, Oktober 1992, hlm. 2.
8
Antara bukti kukuh bahawa nama PMM telahpun wujud sebelum tahun 1956 lagi ialah kenyataan Wan Mokhtar Ahmad, mantan
Yang Dipertua PMM, menyatakan bahawa ketibaannya kali pertama di bumi Mesir pada akhir tahun 1954 diuruskan oleh PMM di
bawah seliaan Ibrahim Sharif sebagai Yang Dipertua PMM ketika itu. Temu bual pengkaji dengan beliau pada bulan November
2015.
9
Pada tahun 1971, persatuan ini bertukar nama sekali lagi kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
PMRAM kekal menaungi pelajar Melayu di Mesir sehingga kini.
10
Sepanjang pentadbiran PMM selama lapan tahun (1956-1964), PMM telah ditadbir oleh lima orang Yang Dipertua iaitu Mohd.
Ghazali Abdul Wahid (1956-1958), Wan Mokhtar Ahmad (1959-1961), Abdul Kader Talip (1962), Abu Bakar Mohammad
(1963) dan Umar Ismail (1964). Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah penubuhan PMM, lihat Muhammad Hafiz
Samsudin & Abu Hanifah Haris, “Penubuhan dan Perkembangan Persekutuan Melayu Mesir (PMM),” Sejarah, Jil. 24, Bil. 2,
2015, hlm. 51-73.
6
2
(Universiti al-Azhar di India).11 Kebanyakan mereka yang melanjutkan pengajian Islam di India merupakan
‘tiket’ bagi mereka untuk menyambung pengajian Islam di Universiti al-Azhar di Kaherah, Mesir.12 Sejarah
pemergian pelajar Melayu ke India kurang jelas, tetapi antara pelajar Melayu yang terawal diketahui pernah
melanjutkan pengajian ke sana ialah Maulana Muhammad Ma’adah bin Layang dari Negeri Sembilan,
Maulana Hj. Abdullah Nuh dari Kelantan dan Maulana Hj. Abbas Ahmad dari Terengganu. Mereka
melanjutkan pengajian agama di India sekitar tahun 1920-an dan 1930-an.13 Persatuan pelajar Melayu yang
terawal wujud di benua kecil tersebut ialah Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Malaya di India (PPMMI)
yang ditubuhkan di Aligarh, Uttar Pradesh, India, pada 27 Jun 1948.14 Selepas pembentukan Malaysia pada
tahun 1963, persatuan tersebut bertukar nama kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Malaysia di India.
Tujuan penubuhan kesatuan tersebut ialah untuk menyediakan satu platfom sosial kepada semua pelajar
Melayu di India yang terletak di tengah-tengah negara republik tersebut.15 Terdapat dua objektif utama
penubuhan kesatuan tersebut. Pertama, kesatuan tersebut berusaha untuk mendekatkan kefahaman dan
menyemai sifat bekerjasama antara pelajar Melayu dengan pelajar India di sana. Objektif kedua pula ialah
untuk menjadikan Tanah Melayu (Malaya) dikenali oleh semua rakyat India melalui medium penerbitan
buku dan majalah.16
PPMMI dianggotai oleh semua pelajar Melayu yang berasal dari Tanah Melayu. Oleh sebab mereka
tinggal dan belajar berselerakan di pelbagai institusi pendidikan di serata Republik India, maka PPMMI
yang berpusat di Universiti Muslim Aligarh, Uttar Pradesh, telah menubuhkan beberapa cawangannya di
setiap tempat yang menjadi tumpuan pelajar-pelajar Melayu belajar antaranya di Deoband, Calcutta,
Madras, Lucknow, New Delhi dan Bombay. Bagi tempat yang kurang daripada 10 orang pelajar Melayu,
maka mereka didaftarkan menjadi anggota secara langsung persatuan tersebut. Seperti PMM, PPMMI juga
ditadbir oleh 11 orang anggota jawatankuasa tertinggi di peringkat pusat. Yang Dipertua Agong, Timbalan
Yang Dipertua Agong, Setiausaha Agung, Timbalan Setiausaha Agung, Bendahari Agong, Ketua
Penerangan, Ketua Kesenian dan Kebudayaan dan Ketua Kebajikan merupakan lapan jawatan tertinggi di
peringkat pusat. Begitu juga susunan organisasi di setiap cawangan persatuan.17 PPMMI juga mempunyai
perlembagaan persatuannya sendiri.18 PPMMI bukan sahaja merupakan persatuan pelajar Melayu Tanah
Melayu yang pertama ditubuhkan di India, malah PPMMI juga merupakan satu-satunya persatuan yang
Faisal Ahmad Shah, “Pelajar-Pelajar Malaysia di Institusi-Institusi Pengajian Islam di India: Analisis Bermula dari Tahun 1947
Sehingga 1990,” Jurnal Al-Tamaddun, Bil. 4, 2009, hlm. 159.
12
Ibid., hlm. 173.
13
Faisal Ahmad Shah, “Pelajar-Pelajar Malaysia di Institusi-Institusi Pengajian Islam di India,” hlm. 172. Antara madrasah
peninggalan Maulana Muhammad Ma’adah ialah Madrasah Pelangai yang kini merupakan Sekolah Menengah Agama Pelangai,
Negeri Sembilan. Antara madrasah Maulana Hj. Ahmad Abbas yang masih bertahan pula ialah Pondok Tok Jiring kini menjadi
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring, Terengganu.
14
Surat Lampiran PPMMI (Laporan Aktiviti-Aktiviti P.P.M.M.I 1972-1973) dari Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di India
kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia, 15 Jun 1973, dalam (032) 492-3, fail Kementerian Luar Malaysia,
Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Malaysia di-India. Dalam surat lampiran tersebut dinyatakan bahawa PPMMI diasaskan dan
berpusat di Deoband, Sarahanpur, Uttar Pradesh, India. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa keratan akhbar menyatakan
bahawa PPMMI diasaskan dan berpusat di Aligarh, United Province, Uttar Pradesh, India. Lihat “Malay Form Students Union,”
The Straits Times, 25 Mac 1950, hlm. 7. Ini dikuatkan lagi dengan kenyataan Prof. Selamat Hashim, mantan Profesor di Fakulti
Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor yang juga merupakan bekas anggota tertinggi PPMMI
cawangan Deoband. Beliau menyatakan bahawa semasa pengajian beliau di Deoband, India, pada akhir tahun 1960-an sehingga
awal tahun 1970-an, ibu pejabat PPMMI berpusat di Universiti Muslim Aligarh, Uttar Pradesh, India. Temu bual pengkaji dengan
Prof. Selamat Hashim pada bulan Julai 2016.
15
“Malay Form Students Union,” The Straits Times, 25 Mac 1950, hlm. 7.
16
“New Students’s Union,” The Singapore Free Press, 15 September 1949, hlm. 5
17

Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Malaysia di-India.
18
Setiausaha Tetap Kementerian Luar Negeri Malaysia kepada Setiausaha Tetap Kementerian Pelajaran Malaysia, 4 Disember
1968, dalam (032) 492-3, fail Kementerian Luar Malaysia, Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Malaysia di-India.
11
3
menghimpunkan dan menguruskan segala hal ehwal kebajikan pelajar Melayu dari Tanah Melayu dan
Malaysia (selepas tahun 1963) di India dari tahun 1948 sehinggalah tahun 1990-an.19
Peranan PMM
Menguruskan hal ehwal kebajikan pelajar Melayu
PMM dan PPMMI merupakan dua persatuan pelajar Melayu yang berperanan besar dalam menguruskan
segala hal ehwal kebajikan pelajar Melayu di Mesir dan India. PMM misalnya merupakan satu-satunya
badan yang diiktiraf oleh kerajaan Mesir untuk menguruskan segala hal ehwal pengurusan pelajar-pelajar
Melayu dari Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei. Oleh sebab itulah PMM merupakan
pelopor kepada idea pembentukan Persekutuan Malaysia kerana anggotanya berasal daripada kelima-lima
negeri tersebut. Bahkan tanpa pengesahan bertulis daripada Yang Dipertua PMM di Kaherah, urusan
kemasukan pelajar Melayu yang berasal dari kelima-lima negeri tersebut di mana-mana institusi pengajian
di Mesir akan menjadi bertambah sukar walaupun pelajar tersebut memiliki paspot dan visa yang sah.
Kesatuan dalam PMM dapat dilihat apabila berlakunya konflik keanggotaan dalam kalangan
anggotanya pada tahun 1961 ketika pimpinan Yang Dipertua Wan Mokhtar Ahmad. Ketika itu, terdapat
beberapa orang anggota PMM tidak berpuas hati dan menentang penerimaan keanggotaan beberapa orang
pelajar Melayu dari Singapura dan Brunei. Ini kerana bagi mereka PMM merupakan persatuan yang hanya
eksklusif bagi pelajar-pelajar Melayu dari Tanah Melayu sahaja. Konflik ini bertambah buruk apabila pihak
Kedutaan Tanah Melayu di Kaherah turut masuk campur dengan menyebelahi kumpulan penentang. Konflik
ini berlarutan selama beberapa bulan sehingga dilaporkan oleh akhbar-akhbar di Tanah Melayu. 20 Oleh
sebab kebijaksanaan dan ketegasan Badan Pengurus PMM di bawah pimpinan Wan Mokhtar Ahmad,
keanggotaan beberapa orang pelajar Melayu dari Singapura dan Brunei itu dapat dipertahankan sebagaimana
yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh PMM,21 bahkan mereka dilantik sebagai anggota Badan
Pengurus PMM. Bukan sahaja konflik keanggotaan tersebut dapat diselesaikan, bahkan turut mendapat
pujian daripada Timbalan Perdana Menteri Tanah Melayu ketika itu iaitu Abdul Razak Hussein. 22 Ini
membuktikan bahawa PMM berjaya dalam mempertahankan penyatuan pelajar-pelajar Melayu di Mesir
tanpa berat sebelah.
PMM sentiasa mengadakan pelbagai aktiviti sosial bagi menyatukan pelajar-pelajar Melayu di
bawah naungannya sama ada berbentuk keagamaan, akademik, kebajikan, penerbitan, sukan, lawatan,
kesenian dan kebudayaan. Oleh sebab itulah, beberapa badan di bawah PMM ditubuhkan bagi melaksanakan
19
Menurut Zaharuddin Nawi, mantan Yang Dipertua PPMMI pada tahun 1990, PPMMI dimansuhkan secara tidak langsung pada
tahun 1990-an kerana ketiadaan perlantikan barisan kepimpinan yang baharu. Ini kerana bilangan pelajar Melayu dari Malaysia
yang menuntut di India ketika itu amat sedikit. Temu bual pengkaji dengan Zaharudin Nawi pada bulan Jun 2016. Selain PPMMI,
terdapat sebuah lagi persatuan pelajar Malaysia di India iaitu All-India Malaysian Students Association tetapi majoriti anggotanya
merupakan pelajar bukan berbangsa Melayu. Persatuan tersebut ditubuhkan pada tahun 1966 hasil gabungan seramai 2,000 orang
pelajar Malaysia dan Singapura yang sedang menuntut di India ketika itu. Pada tahun 1970, dilaporkan seramai 5,000 orang
pelajar Malaysia menuntut di India dan hanya 300 orang daripada mereka merupakan pelajar Melayu. Lihat “Students Decide to
Merge,” The Straits Times, 29 Ogos 1966, hlm. 6 & “PPMMI Tuboh Badan Penerangan,” Berita Harian, 9 Januari 1970, hlm. 6.
20
“Badan Pelajar Mesir Harus Bubar Akibat Pertikaian Sama Sendiri”, Berita Harian, 21 Mei 1961, hlm. 5; “Tidak Ada Krisis
Antara Pelajar-Pelajar Persekutuan Melayu Mesir”, Berita Harian, 11 Jun 1961; “Petualang-Petualang Lempar Batu Sembunyi
Tangan Berada di Belakang Krisis Pelajar-Pelajar Melayu Mesir”, Berita Harian, 18 Jun 1961, hlm. 8; Muhd. Noor Wahab,
“Krisis Pelajar Melayu Mesir, Latar Belakang”, Berita Harian, 9 Julai 1961, hlm. 4; Any Ahmad, “Menambah Kayu dalam Api
yang Sedang Nyala Marak”, oleh Berita Harian, 16 Julai 1961, hlm. 6.
21
Undang-Undang Tubuh Persekutuan Melayu Mesir, Bab Ketiga, Perkara (b) dalam SP 142, Persekutuan Melayu Mesir,
Himpunan Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan Kerja. Lihat juga Perkara No. 1, Rangka Pentafsiran Undang-Undang Tubuh
PMM, Penyata Badan Perancang Mengenai Pentafsiran Undang-Undang Tubuh PMM, 20 Disember 1962.
22
Wan Mokhtar Ahmad, Muzakkirah, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2008, hlm. 27-28.
4
kegiatan-kegiatan tersebut. Untuk memudahkan lagi kegiatan-kegiatan tersebut, PMM sentiasa menjalinkan
hubungan baik dengan pelbagai pihak di Mesir seperti kerajaan Mesir yang ketika itu di bawah pimpinan
Presiden Gamal Abdel Nasser, pihak pengurusan institusi-institusi pengajian di Mesir, pertubuhanpertubuhan pelajar di Mesir bahkan dengan stesen televisyen dan radio di Kaherah. Begitu juga PMM
sentiasa berhubung baik dengan kerajaan Tanah Melayu yang ketika itu di bawah pimpinan Perdana Menteri
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur, pertubuhan pelajar di
tanah air seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan institusi-institusi pengajian tinggi di
tanah air.23 Kegiatan-kegiatan tersebut bukan sahaja menyatukan pelajar Melayu di Mesir, bahkan
melahirkan sifat kepimpinan dan kecemerlangan dalam diri setiap anggota PMM. Ini dibuktikan dengan
lahirnya ramai tokoh negara yang juga merupakan bekas anggota PMM seperti Wan Mokhtar Ahmad,
mantan Menteri Besar Terengganu, Mohd. Zain Serudin, mantan Menteri Ugama Brunei yang pertama,
Abdul Mohsein Salleh, mantan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang pertama dan Fadzil Mohd.
Noor, mantan Presiden PAS yang juga mantan Ketua Pembangkang dalam parlimen Malaysia.
Antara sumbangan terbesar PMM dalam hal ehwal kebajikan pelajar Melayu di Kaherah ialah
kejayaan pembinaan sebuah bangunan asrama yang khusus bagi pelajar Melayu di Kaherah. Usaha untuk
membina sebuah bangunan asrama bagi pelajar Melayu di Kaherah telah lama diperjuangkan sejak zaman
Persatuan Kebajikan Pelajar-Pelajar Jawi Universiti al-Azhar pada tahun 1920-an lagi. Ini kerana sebelum
pembinaan bangunan asrama Rumah Melayu di Kaherah, pelajar Melayu tinggal berselerakan di sekitar
bandar Kaherah dalam keadaan serba daif. Usaha ini diteruskan pula oleh PPS dengan penubuhan
Jawatankuasa Panitia Rumah Melayu pada tahun 1932 yang diteruskan sehingga zaman PMM. Walaupun
pelbagai usaha telah dijalankan pada zaman PPS terutamanya permohonan derma daripada pelbagai pihak di
Mesir dan tanah air, tetapi usaha tersebut tidak mendatangkan sebarang hasil. Pada era pentadbiran Wan
Mokhtar Ahmad sebagai Yang Dipertua PMM, beliau bersama anggota Badan Pengurus PMM yang lain
telah mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Mesir Gamal Abdel Nasser untuk
membincangkan mengenai permohonan mendapatkan kawasan tanah di Kaherah sebagai tapak pembinaan
bangunan asrama. Presiden Gamal menunaikan permohonan tersebut dengan memberi sebidang kawasan
tanah sebagai tapak pembinaan. Hasil pungutan derma dan wang sumbangan dari kerajaan Tanah Melayu
digunakan bagi membina bangunan tersebut. Akhirnya setelah hampir dua tahun pembinaannya, maka
bangunan asrama tersebut telah siap dibina dan diduduki pada tahun 1963.24
Memperkenalkan Tanah Melayu dan Malaysia kepada masyarakat luar
PMM dan PPMMI merupakan dua buah persatuan pelajar Melayu luar negara yang ditubuhkan sebelum
kemerdekaan Tanah Melayu dan sebelum penubuhan kedutaan Tanah Melayu di Mesir dan India. Walau
bagaimanapun, PMM dan PPMMI ditubuhkan ketika Mesir dan India telahpun mencapai kemerdekaan dan
membentuk negara republik.25 Oleh itu, PMM dan PPMMI berperanan besar sebagai perwakilan Tanah
Muhammad Hafiz Samsudin, “Kegiatan Persekutuan Melayu Mesir (PMM) yang Bercorak Politik, 1956-1964,” Kertas kerja
yang dibentangkan dalam Seminar On Government and Civilization II (SOGOC II), anjuran Jabatan Pengajian Kenegaraan dan
Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM),
Fakulti Ekologi Manusia, UPM, Serdang, 10-11 Ogos 2015.
24
“Rumah Melayu di Kaherah Tanah Sudah Diadakan, Sekarang Menunggu Pembinaan Sahaja”, Berita Harian, 1 Oktober 1959,
hlm. 2. Lihat juga Abd. Hamid H. Othman, “Asrama di Kaherah, Bangunan Kebanggaan dan Pusat Kebudayaan Bangsa Melayu
di Timur Tengah”, Berita Harian, 23 Mac 1964, hlm. 4.
25
Mesir mencapai kemerdekaan pada tahun 1922 tetapi bebas sepenuhnya daripada penguasaan British pada tahun 1956. Mesir
bertukar daripada sebuah negara beraja menjadi sebuah negara republik pada akhir tahun 1952 selepas pasukan tentera di bawah
pimpinan Gamal Abdel Nasser dan Muhammad Naguib berjaya melakukan rampasan kuasa. Muhammad Naguib diangkat
23
5
Melayu di kedua-dua negara republik tersebut. Ini bertujuan untuk memudahkan urusan kedatangan dan
kemasukan pelajar-pelajar Melayu di kedua-dua negara tersebut dan institusi-institusi pengajian di
dalamnya.
PMM merupakan perwakilan Tanah Melayu di bumi Mesir sebelum kemerdekaan Tanah Melayu
lagi, bahkan PMM memainkan peranan besar dalam mewujudkan kedutaan Tanah Melayu di Kaherah pada
tahun 1960. Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, masih tiada lagi kedutaan
Tanah Melayu di Mesir sehingga tahun 1958. Ini menyebabkan PMM telah beberapa kali menghantar surat
kepada kerajaan Tanah Melayu pimpinan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, memohon supaya
diwujudkan dan dipercepat penubuhan kedutaan Tanah Melayu di Mesir. 26 Jalinan hubungan diplomatik
antara kerajaan Tanah Melayu dan kerajaan Mesir mula menampakkan hasil pada tahun 1959 apabila
Presiden Gamal Abdel Nasser menghadiahkan sebidang tanah di Kaherah kepada PMM untuk pembinaan
sebuah bangunan asrama khas untuk pelajar Melayu. Pemberian tersebut merupakan hasil rundingan antara
Yang Dipertua PMM, Wan Mokhtar Ahmad dengan Presiden Gamal.27 Kerajaan Tanah Melayu
kemudiannya telah menghantar satu Rombongan Muhibah ke Kaherah pada bulan Disember 1959 yang
terdiri daripada Menteri Pelajaran, Mohammad Khir Johari, Menteri Penerangan, Syed Ja’afar Albar,
Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Syed Nasir Ismail dan Pegawai Perhubungan Sekolah-Sekolah
Agama, Salleh bin Othman, untuk berbincang dengan pihak PMM mengenai urusan pembinaan bangunan
asrama tersebut yang dikenali sebagai Rumah Melayu. Rentetan daripada peristiwa tersebut, akhirnya
Kedutaan Persekutuan Tanah Melayu berjaya ditubuhkan di Kaherah pada tahun 1960 dengan perlantikan
Mohd. Ghazali Hj. Jawi28 sebagai Duta Besar yang pertama. Penubuhan kedutaan tersebut sememangnya
telah lama diimpikan oleh pelajar Melayu di Kaherah. Ini kerana penubuhan kedutaan tersebut bukan sahaja
menjadikan pengurusan pelajar Melayu lebih mudah, bahkan meringankan beban PMM yang sebelum itu
berperanan sebagai perwakilan kerajaan Tanah Melayu di Mesir.
Selain berperanan sebagai penghubung antara kerajaan Tanah Melayu dengan kerajaan Mesir, PMM
juga berperanan dalam menyemai semangat patriotisme dalam diri setiap anggotanya. Sejak kemerdekaan
Tanah Melayu pada tahun 1957 lagi, PMM telah mengadakan majlis sambutan kemerdekaan Tanah Melayu
secara besar-besaran di Kaherah pada setiap tahun, bahkan PMM turut mengadakan majlis sambutan Hari
Malaysia di Kaherah sempena peristiwa hari pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. 29 Pelbagai
persembahan kesenian dan kebudayaan masyarakat Melayu dipersembahkan dalam majlis-majlis sambutan
tersebut. Tetamu-tetamu kehormat Mesir turut diundang khas ke majlis-majlis tersebut. PMM tidak hanya
mengadakan majlis sambutan kemerdekaan di Kaherah, bahkan turut mewar-warkan mengenai Tanah
Melayu melalui stesen radio, televisyen dan penerbitan.30 Ini bukan sahaja dapat menyemai semangat
menjadi Presiden Mesir yang pertama pada tahun 1953. India pula mendapat kemerdekaan daripada British pada tahun 1947 dan
berubah menjadi sebuah negara republik pada tahun 1950.
26
MTARP/SM 116, Osman Fauzi, Ketua Badan Politik PMM kepada Tunku Abdul Rahman, 4 Februari 1958; MTARP/SM 142,
Tunku Abdul Rahman kepada Osman Fauzi, 20 Februari 1958; dan Program Mesyuarat Agung PMM Tahun 1958, dalam SP
142/10, Badan Pemandu Persekutuan Melayu Mesir (BPPMM 1/58).
27
Tuan Sharif Tuan Putera, Sekali Angin Menderu, Terengganu : Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA), 1999, hlm. 54.
28
Mohd. Ghazali Hj. Jawi (1924-1982) merupakan Duta Besar Persekutuan Tanah Melayu yang pertama ke Mesir. Beliau
sebelum itu merupakan mantan Menteri Besar Perak (1957-1960). Setelah tamatnya perkhidmatan beliau sebagai Duta Besar di
Mesir, beliau dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Koperatif (1965-1970) dan Menteri Pertanian dan Perikanan (1971-1975).
Beliau dilantik semula sebagai Menteri Besar Perak pada tahun 1974 sehingga tahun 1977. Lihat Abdullah Zakaria Ghazali,
Adnan Hj. Nawang, Krishen Jit & Lee Kam Hing, Malaysia: Tokoh Dulu dan Kini, Kuala Lumpur: Perpustakaan Arkib Negara,
hlm. 20 & 68. Sebelum penubuhan Kedutaan Persekutuan Tanah Melayu di Kaherah, Mesir, kerajaan ada melantik seorang Kuasa
Usaha yang bernama Raja Aznam sebagai wakil kerajaan di sana.
29
M30, Merdeka Celebrations in The UK, Australia, New Zealand & Egypt; Abu Hanifah Haris, “Pengaruh Mesir dalam
Masyarakat Melayu, 1906-1970”, Tesis PhD, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2013, hlm. 194; Zain Hj. Serudin, “Mati
Bertindih Tulang di Mesir”, Berita Harian, 23 September 1962, hlm. 7; dan “Bergema di Bumi Nil”, Berita Harian, 14 Oktober
1963, hlm. 6.
30
Realiti Gelombang Aura Mahasiswa & Hak Kita: ARMA, hlm. 6. Lihat juga Wan Sri Zaiton, “Ustaz H. Saleh Kenalan Presiden
Nasser Waktu di Mekah,” Berita Harian, 12 Jun 1970, hlm. 4. Artikel mengenai siaran radio Melayu tersebut juga pernah
disiarkan dalam sebuah majalah di Kaherah ( Al-Iza’ah, 21 September 1957). Sempena sambutan kemerdekaan Tanah Melayu
pada tahun 1957, PMM ada menerbitkan sebuah buku yang bertajuk Al-Malayu Al-Mustaqillah yang menceritakan segala hal
ehwal Tanah Melayu dalam bahasa Arab. Sebuah stesen televisyen pernah menyiarkan dokumentari mengenai kesenian dan
6
patriotik kepada diri setiap pelajar Melayu, bahkan turut memperkenalkan Tanah Melayu sebagai sebuah
negara yang baharu merdeka dan berdaulat kepada masyarakat Mesir.
Peranan PPMMI
Menyatukan pelajar Melayu di serata India
PPMMI memainkan peranan yang besar terhadap hal ehwal kebajikan pelajar Melayu di India. Tidak
seperti di Mesir yang mana kebanyakan pelajar Melayu tinggal dan menuntut di ibu kotanya iaitu di
Kaherah, pelajar Melayu di India pula tinggal dan menuntut berselerakan di serata wilayah di India dan jarak
antara satu wilayah ke satu wilayah yang lain amat jauh. Tanpa peranan PPMMI, pelajar-pelajar Melayu di
India tidak akan bersatu di bawah satu bumbung dan kebajikan mereka akan terabai. Antara peranan utama
yang dijalankan oleh PPMMI dalam menjaga kebajikan pelajar Melayu di India ialah menguruskan halehwal kemasukan mereka ke pelbagai institusi pendidikan di India, memberi bantuan kewangan kepada
pelajar Melayu yang terkandas dalam pelajaran atau ditimpa kemalangan serta mengadakan pelbagai
kegiatan sosial sama ada berbentuk keagamaan, akademik, kebudayaan, sukan dan kebajikan.31
PPMMI juga amat menitikberatkan pengiktirafan persatuan tersebut dan ijazah lulusan dari India
oleh kerajaan Tanah Melayu dan Malaysia (selepas tahun 1963). Pelbagai usaha yang dilakukan oleh
PPMMI untuk mencapai matlamat tersebut. Antaranya pada tahun 1962, ketika Perdana Menteri Malaysia
ketika itu iaitu Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mengadakan lawatan rasmi ke India, perwakilan PPMMI
telah bertemu dengan beliau untuk menyerahkan memorandum berkenaan tuntutan PPMMI terhadap
beberapa perkara mengenai hal ehwal kebajikan pelajar dan persatuan. 32 Setahun kemudian iaitu pada tahun
1963, wakil PPMMI, Idris bin Hj. Abdul Ghani, pulang ke tanah air untuk menemui Tunku Abdul Rahman
sendiri bagi membincangkan perkara dalam memorandum tersebut. Idris turut menemui Menteri Pelajaran
Tanah Melayu ketika itu iaitu Abdul Hamid Sakhawat Khan bagi membincangkan isu pengiktirafan ijazah
lulusan dari India.33 Hasil daripada keputusan mesyuarat agung PPMMI kali ke-17 pada tahun 1968 pula,
PPMMI telah menghantar surat mendesak Kementerian Luar Malaysia dan India supaya mengiktiraf
persatuan tersebut.34
Kebajikan merupakan antara aspek yang amat dititikberatkan oleh PPMMI, bukan sahaja terhadap
pelajar Melayu bahkan terhadap orang Melayu yang menetap di India. Pada tahun 1956, PPMMI dengan
dana kewangan sendiri telah membantu seorang ibu berbangsa Melayu pulang ke Tanah Melayu dari India
setelah suaminya seorang warga tempatan India meninggal dunia di sana. 35 PPMMI juga telah menyewa
sebuah rumah besar di Deoband yang berperanan sebagai pejabat cawangan, perpustakaan dan asrama
kebudayaan Melayu yang dirakamkan dengan kerjasama PMM. Lihat SP 142/9, Warta Persekutuan Melayu Mesir , Bil. 3, 15 Mac
1962, hlm. 1.
31

32
Firdaus Abdullah, “Pahit Getir Pelajar-Pelajar Melayu di India,” Berita Harian (Ruangan Hati dan Nadi Dunia Pelajar), 19 Mei
1963, hlm. 6. Lihat juga “Utusan Rasmi Pelajar Melayu India Hendak Merayu Kepada Tengku,” Berita Harian, 13 Mei 1963,
hlm. 2.
33
Ibid.
34
Setiausaha Agung PPMMI Sesi 1968/1969 kepada Setiausaha Tetap Kementerian Luar Malaysia, dalam (032) 492-3, fail
Kementerian Luar Malaysia, Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Malaysia di-India.
35

pelajar Melayu.36 Kewibawaan PPMMI dalam menjaga hal ehwal kebajikan pelajar Melayu di Deoband
telah melahirkan ramai tokoh ulama tanah air lulusan India yang pernah bernaung di bawahnya seperti Nik
Abdul Aziz Nik Mat, mantan Menteri Besar Kelantan dan juga mantan Mursyidul Am PAS, Ishak Baharom,
mantan Mufti Besar Selangor, Aziz Jamaluddin Mohd. Tahir, mantan Hakim Syariah Wilayah Persekutuan
dan Abdul Hayei Syukor, bekas pensyarah di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. 37
Menerapkan semangat patriotisme dalam kalangan anggota
Jika PMM merupakan perwakilan Tanah Melayu di bumi Mesir, PPMMI pula merupakan
perwakilan Tanah Melayu di bumi India. Sebelum kemerdekaan Tanah Melayu, PPMMI menyokong penuh
usaha Parti Perikatan UMNO-MCA yang berusaha keras untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.
Pada waktu itu, PPMMI telah menjadikan kata “Merdeka!” sebagai slogan persatuan mereka dan telah
menjadikan slogan tersebut sebagai kata sapaan apabila mereka bertemu antara satu sama lain.38 Anggotaanggota PPMMI tidak hanya memberi sokongan moral kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, bahkan
setiap daripada mereka menulis surat kepada pemimpin-pemimpin negara Asia yang lain memohon
sokongan moral mereka terhadap usaha kerajaan Tanah Melayu mendapatkan kemerdekaan. 39 PPMMI sama
ada di peringkat pusat mahupun di peringkat cawangan ada mengadakan majlis sambutan hari kemerdekaan
Tanah Melayu pada setiap tahun termasuklah majlis sambutan Hari Malaysia bermula pada tahun 1963 di
India.40 PPMMI mendapat peruntukan dana daripada kerajaan Malaysia bagi mengadakan majlis sambutan
tersebut.41 Setiap kali berlangsungnya majlis sambutan hari kemerdekaan, majlis sambutan Hari Malaysia,
majlis ulang tahun penubuhan PPMMI dan majlis mesyuarat agung PPMMI, pelbagai persembahan
kebudayaan Melayu dan pertandingan diadakan. Majlis-majlis tersebut bukan sahaja dihadiri oleh
perwakilan dari pihak kedutaan Malaysia, bahkan turut dihadiri oleh ramai para pensyarah di sana dan
perwakilan-perwakilan persatuan pelajar asing di India.42 Majlis sambutan sebegini bukan sahaja dapat
mengeratkan hubungan dalam kalangan mereka, bahkan dapat memperkenalkan kebudayaan masyarakat
Melayu dan Malaysia kepada masyarakat asing di India.
PPMMI sentiasa mengajar setiap anggotanya supaya mempunyai sifat patriotik kepada tanah air
walaupun berada jauh di perantauan. Bahkan manifesto pertama persatuan tersebut ketika awal
penubuhannya ialah berikrar akan berusaha meninggikan kedudukan Tanah Melayu sebagai antara sebuah
negara yang bebas merdeka di persada dunia.43 Dalam Mesyuarat Agung Tahunan PPMMI yang
berlangsung pada tahun 1964, Pengerusi Mesyuarat, Ismail Qadri Isa, menegaskan kepada semua anggota
PPMMI bahawa mengambil berat hal ehwal yang berlaku di tanah air merupakan salah satu perkara penting
bagi mereka selain kewajipan menuntut ilmu. Lebih-lebih lagi ketika itu sedang berlaku peristiwa
Konfrontasi antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan Indonesia dan Filipina. Mereka juga digesa supaya
sentiasa bersedia menyahut seruan ibu pertiwi dan menolak segala anasir yang cuba menghancurkan
perpaduan dan kedaulatan negara. Hasil mesyuarat agung tersebut juga telah menghantar surat mendesak
kerajaan Malaysia mengiktiraf persatuan tersebut dan mendesak Kedutaan Malaysia di New Delhi, India,
36

37
Faisal Ahmad Shah, “Pelajar-Pelajar Malaysia di Institusi-Institusi Pengajian Islam di India,” hlm. 173-176.
38
“Students in India Back “Merdeka”,” The Straits Times, 16 Mei 1953, hlm. 5.
39

40
“Siswa-Siswa di-luar Beraya Sama,” Berita Harian, 11 September 1963, hlm. 7.
41
Pemangku Ketua Akauntan, Kementerian Pelajaran Malaysia kepada Jeneral Akauntan Malaysia, 28 Julai 1966; Setiausaha
Tetap, Kementerian Luar Malaysia kepada Encik Hamid Manzil Deoband, 25 Ogos 1967, kedua-dua surat tersebut dalam (032)
492-3, fail Kementerian Luar Malaysia, Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Malaysia di-India.
42
Firdaus Abdullah, “Suasana Romantis Menjadi Nyaman,” Berita Harian (Ruangan Hati dan Nadi Dunia Pelajar), 13 Oktober
1963, hlm. 6; “Pelajar Ta’ Lawan Kebudayaan Kuning,” Berita Harian, 24 Julai 1966, hlm. 6.
43
“New Students’s Union,” The Singapore Free Press, 15 September 1949, hlm. 5.
8
supaya menghantar segala berita penting dari tanah air kepada pihak persatuan untuk disebarkan kepada
pelajar-pelajar Malaysia di India.44
Kesimpulan
Persekutuan Melayu Mesir (PMM) dan Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Malaysia di India (PPMMI)
merupakan antara dua persatuan pelajar Melayu paling penting di luar negara, iaitu di Mesir dan India.
Kewujudan kedua-dua persatuan yang ditubuhkan jauh sebelum kemerdekaan Tanah Melayu ini
membuktikan betapa kuatnya semangat kesatuan dan patriotik dalam kalangan pelajar Melayu khususnya
dari Tanah Melayu (Malaysia selepas tahun 1963), Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei. Persamaan
antara kedua-dua persatuan ini ialah besarnya peranan yang dimainkan oleh kedua-duanya sebagai
perwakilan Tanah Melayu dan Malaysia jauh sebelum kewujudan kedutaan Tanah Melayu di Mesir dan
India.
Dari segi struktur organisasi, PPMMI dilihat lebih meluas berbanding PMM. Ini kerana berbanding
PMM yang hanya berpusat di Kota Kaherah, PPMMI pula mempunyai banyak cawangan di serata India.
Walau bagaimanapun, keanggotaan PMM dilihat lebih meluas kerana turut menerima keanggotaan pelajar
Melayu dari Singapura dan Brunei berbanding PPMMI yang hanya khusus untuk pelajar Melayu Malaysia
sahaja. Dari segi tahun penubuhan pula, PMM ditubuhkan lebih awal daripada PPMMI. Namun begitu, tidak
banyak perbezaan antara PMM dan PPMMI dari segi peranan yang dimainkan terhadap perkembangan
kebajikan pelajar Melayu di Mesir dan India.
PMM masih lagi bertahan sehingga kini di Mesir dengan nama Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir
(PMRAM), tetapi persatuan ini mencapai kemuncak zaman kegemilangannya ketika era PMM (1956-1964).
PPMMI pula telah lama dibubarkan pada tahun 1990-an selepas lebih 40 tahun menaungi pelajar-pelajar
Melayu di India. Walau bagaimanapun, legasi kedua-dua persatuan ini masih boleh dilihat sehingga kini dan
telah melahirkan ramai tokoh negara dalam pelbagai bidang sama ada dalam bidang agama, politik,
pendidikan dan penulisan yang banyak menyumbang jasa terhadap agama, bangsa dan negara.
Bibliografi
(032) 492-3, fail Kementerian Luar Malaysia, Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Malaysia di-India.
Abdullah Zakaria Ghazali, Adnan Hj. Nawang, Krishen Jit & Lee Kam Hing, Malaysia: Tokoh Dulu dan
Kini, Kuala Lumpur: Perpustakaan Arkib Negara.
Abu Hanifah Haris, “Pengaruh Mesir dalam Masyarakat Melayu, 1906-1970”, Tesis PhD, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur, 2013.
Arkib Negara Malaysia, Hari Ini Dalam Sejarah, Siaran 11 April 1981/1982.
Berita Harian (1959-1970)
Faisal Ahmad Shah, “Pelajar-Pelajar Malaysia di Institusi-Institusi Pengajian Islam di India: Analisis
Bermula dari Tahun 1947 Sehingga 1990,” Jurnal Al-Tamaddun, Bil. 4, 2009.
M30, Merdeka Celebrations in The UK, Australia, New Zealand & Egypt .
MTARP/SM 116, Osman Fauzi, Ketua Badan Politik PMM kepada Tunku Abdul Rahman, 4 Februari 1958.
44
“Ranchangan Baru Persatuan Pelajar Melayu di-India,” Berita Harian, 23 Julai 1964, hlm. 6.
9
MTARP/SM 142, Tunku Abdul Rahman kepada Osman Fauzi, 20 Februari 1958.
Muhammad Hafiz Samsudin & Abu Hanifah Haris, “Penubuhan dan Perkembangan Persekutuan Melayu
Mesir (PMM),” dalam Sejarah, Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Malaya, Jil. 24, Bil. 2, 2015, hlm.
51-73.
Muhammad Hafiz Samsudin, “Kegiatan Persekutuan Melayu Mesir (PMM) yang Bercorak Politik, 19561964,” Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar On Government and Civilization II
(SOGOCII), anjuran Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia,
Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Fakulti Ekologi
Manusia, UPM, Serdang, 10-11 Ogos 2015.
Realiti Gelombang Aura Mahasiswa dan Hak Kita: “ARMA”, Kaherah: Urusetia Penerangan Umum, Badan
Penerangan dan Penerbitan PMRAM, 2011.
Seruan Azhar, Bil. 2, November 1925.
SP 142, Persekutuan Melayu Mesir, Himpunan Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan Kerja.
SP 142/10, Badan Pemandu Persekutuan Melayu Mesir (BPPMM 1/58).
SP 142/9, Warta Persekutuan Melayu Mesir .
Taufik Abdullah, “Schools and Politics: The Kaum Muda Movement in West Sumatera, 1927-1933,” Tesis
PhD, Universiti Cornell, Michigan, USA, 1970.
Temu bual dengan Selamat Hashim, bekas anggota tertinggi PPMMI cawangan Deoband dan juga
mantan Profesor di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor, pada
bulan Julai 2016.
Temu bual dengan Wan Mokhtar Ahmad, mantan Yang Dipertua PMM (1959-1961) dan juga mantan
Menteri Besar Terengganu (1974-1999), pada bulan November 2015.
Temu bual dengan Zaharudin Nawi, mantan Yang Dipertua PPMMI (1990), pada bulan Jun 2016.
The Singapore Free Press (1949)
The Straits Times (1950-1953)
Tuan Sharif Tuan Putera, Sekali Angin Menderu, Terengganu: Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA),
1999.
Undang-Undang Tubuh PMRAM, Kaherah: PMRAM, Oktober 1992, hlm. 2.
Wan Mokhtar Ahmad, Muzakkirah, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2008.
10
View publication stats