KHATAM AL QUR AN ISU ISU PELAKSANAANNYA

NATIONAL RESEARCH SEMINAR 2015

NATIONAL RESEARCH SEMINAR 2015
“trengthening “cholarships Through Research

s

i

PROCEEDING

“trengthening Scholarships
Through Research

9 May 2015
Convention Hall, E-learning Building,
Sultan Abdul Jalil Shah Campus,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

NATIONAL RESEARCH SEMINAR 2015
“trengthening “cholarships Through Research


ii

© Hakcipta Fakulti Pengurusan dan Ekonomi UPSI
Cetakan 2015

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi
kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti
Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak.

NATIONAL RESEARCH SEMINAR 2015
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Universiti Pendidikan Sultan Idris

ISBN: 978-983-2084-05-1

Diterbit dan dicetak oleh:
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,

35900 Tanjong Malim, Perak.
Tel: 015-4811 7771/7772/7773
Faksimili: 015- 48117295
Laman Web: fpe.upsi.edu.my
E-mel: fpe@upsi.edu.my

NATIONAL RESEARCH SEMINAR 2015
“trengthening Scholarships Through Research

1207

SPKO-82

KHATAM AL-QUR’AN : ISU-ISU PELAKSANAANNYA DALAM
SISTEM PENDIDIKAN
YM Raja Abdullah bin Raja Ismail
Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato’ Razali Ismail
raja_abdullah@ipgmkdri.edu.my


Daud Ismail, Dr.
Universiti Sultan Zainal Abidin
daudismail@unisza.edu.my

Fouziah Mohd, Dr.
Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato’ Razali Ismail
fouziah@ipgmkdri.edu.my

Kemahiran bacaan dan penghayatan Al-Qur’an menjadi tumpuan utama pihak kerajaan amnya dan Kementerian
Pendidikan khasnya ke arah mencapai matlamat melahirkan generasi ulul albab melalui corak pendidikan Quranik,
Ensaiklopedik dan Ijtihadik yang mampu memacu kejayaan umat di dunia dan akhirat. Namun situasi yang berlaku
pada hari ini sedikit menggugat usaha membina generasi tersebut lantaran kelemahan dalam kemahiran bacaan,
kelancaran, fasohah serta tilawah Al-Qur’an bertajwid. Polemik ini menghantui pelbagai lapisan sistem pendidikan
sama ada pada peringkat rendah, menengah, institusi pengajian tinggi serta masyarakat awam. Keupayaan membaca
secara tartil dan seterusnya mengkhatamkan Al-Qur’an mengikut tatatertib yang digariskan oleh ulama’ Ulumul Quran
juga tidak dapat dicapai sepenuhnya. Kecaknaan, sikap serta penglibatan ibu bapa dalam memastikan anak-anak
menguasai asas-asas mengenal huruf dan bacaan Al-Qur’an dikatakan menjadi penyebab kepada kelemahan tersebut.
Oleh itu, penulisan ini akan memberi fokus kepada konsep Khatam Al-Qur’an, amalan khatam Al-Qur’an
Rasulullah s.a.w, para sahabat serta sistem tradisional yang diamalkan oleh ulama-ulama’ silam dan isu-isu

pelaksanaannya dalam sistem pendidikan. Kajian mendapati walaupun mereka ini telah mencapai umur dewasa dan
mengenali huruf-huruf hijai’yyah tetapi masih gagal membaca Al-Qur’an dengan lancar bahkan lebih malang lagi
langsung tidak dapat membaca kalimah atau diistilahkan sebagai “Buta Al-Qur’an”, lemah dalam aspek tajwid dan
makhraj huruf. Isu ini harus ditelusuri punca permasalahannya bagi mencari langkah penyelesaian untuk
mengembalikan penguasaan bacaan dan seterusnya berjaya mengkhatamkan Al-Qur’an mengikut kehendak sebenar
dan bukan hanya berkonsepkan Baca Ikut Guru (BIG) semata-mata.
Kata Kunci: Khatam Al-Qur’an, tajwid, ulul albab .

NATIONAL RESEARCH SEMINAR 2015
“trengthening Scholarships Through Research

1.1

1208

PENGENALAN

Kitab Al-Qur’an begitu sinonim dengan kehidupan umat Islam. Ianya menjadi pegangan dan panduan dalam
semua bidang kehidupan meliputi akidah, syariat, akhlak dan kehidupan seharian setiap muslim yang
merangkumi ibadat, muamalat, munakahat, jinayat, perundangan dan pelbagai aspek lain (Mohd Yusof

Ahmad, 2005). Al-Qur’an juga merupakan semulia-mulia kalam Allah s.w.t yang tidak terhitung
fadhilatnya, menjadi penutup kepada segala kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w
(al-Mustagfiri, 2009) melalui perantaraan malaikat Jibril a.s secara Tawatur bermula dari surah
Al-Fatihah hingga surah Al-Nas. Penurunan wahyu Al-Qur’an ini menggambarkan ketinggian dan
keagungan kuasa Allah s.w.t yang disaksikan para malaikat di Luh Mahfuz bagi membuktikan
kebenarannya. Hal ini bersandarkan firman Allah dalam surah Al-Buruj ayat 21 dan 22 yang bermaksud:
“(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan
ialah Al-Qur’an yang tertinggi kemuliannya; (lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya)
pada Luh Mahfuz.”
Berdasarkan kemuliaan dan keagungan Al-Qur’an sebagai mukjizat yang agung dalam ayat tersebut,
maka Allah s.w.t telah menjanjikan kurniaan yang besar kepada orang yang suka membaca Al-Qur’an
diumpamakan seperti mereka yang sentiasa mendirikan solat dan membelanjakan hartanya ke jalan Allah,
sentiasa beroleh keuntungan dalam perniagaan dan sentiasa diberi pegampunan sebagai balasan kebaikan
dari penciptanya (al-Nawawiy, 1999). Hal ini dinyatakan dalam hadith Bukhari diriwayatkan daripada
Sayyidina Uthman bin Affan r.a yang bermaksud :
“Sebaik-baik kamu orang yang mempelajari Al-Qur’an dan mengajarkannya.”
Hadith ini dengan jelas mengurniakan satu pandangan yang istimewa kepada pengajar dan orang
yang mempelajari Al-Qur’an itu sendiri. Namun begitu, dalam konteks mempelajari atau membaca
Al-Qur’an ini, kemelut yang menghantui rata-rata umat Islam di negara ini ialah membaca dan
mengkhatamkan Al-Qur’an menepati tatatertib dan kehendak pengajian yang digariskan oleh para ulama’

Al-Qur’an. Persoalan inilah yang membelenggu pelajar-pelajar atau penuntut-penuntut dalam semua
peringkat pendidikan sama di sekolah rendah, menengah atau institusi pengajian tinggi dalam negara.
Mereka ini walaupun telah mencapai umur dewasa dan mengenal huruf-huruf ‘hijya’iyyah’ namun gagal
membaca Al-Qur’an dengan lancar dan didapati ‘buta Al-Qur’an’, lemah penguasaan tajwid serta makhraj
huruf (Mohd Zainul Arifien, 2006;Mohd Faisal et al., 2008). Penemuan kajian oleh Zulkifli & Saidi (2008)
juga didapati mengejutkan, dimana 60 peratus daripada 320 pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah
Kebangsaan di Negeri Terengganu gagal membaca Al-Qur’an dengan lancar walaupun telah melalui proses
pengajaran dan pembelajaran selama enam tahun di sekolah rendah. Isu ini harus ditelusuri punca
permasalahannya bagi mencari langkah penyelesaian untuk mengembalikan penguasaan bacaan dan khatam
Al-Qur’an umat Islam sepertimana yang dilakukan Rasulullah s.a.w serta generasi Islam pada zaman silam.

1.2

KONSEP KHATAM AL-QUR’AN

Para ulama’ menggariskan panduan dan adab-adab yang khusus dalam membaca dan seterusnya
mengkhatamkan Al-Qur’an. Ia bertujuan memastikan amalan tilawatil Qur’an tersebut bermanfaat,
mendapat pahala dan menjadi ibadat kepada pembacanya. Susunan atau adab-adab membaca dan seterusnya
mengkhatamkan Al-Qur’an ini diperolehi oleh mereka dari sunnah Rasulullah s.a.w, para sahabat baginda
dan hasil kepekaan serta kefahaman mereka tentang Al-Qur’an (al-Khalidy, 1994).

Tertib bacaan dengan adab yang khusus meliputi sebelum dan semasa membaca Al-Qur’an diberi
penekanan khusus oleh para ulama’ yang mengarang kitab-kitab tersebut. Antaranya ialah menanamkan niat
yang ikhlas kepada Allah s.w.t, bertawajuh dan mengharap sepenuhnya kepadaNya dan membaca

NATIONAL RESEARCH SEMINAR 2015
“trengthening Scholarships Through Research

1209

dengan penuh tabarru’ bagi mendapat keberkatan dari Allah s.w.t. Para sahabat dan Salafus Soleh membaca
Al-Qur’an secara bertajwid sebagaimana keadaan asal ia diturunkan bagi membetuli makhraj dan hukumhukum bacaannya. Rasulullah s.a.w mencadangkan para sahabat supaya mengikuti bacaan Ibn Ummi ‘Abd
(gelaran bagi Abdullah bin Mas’ud) kerana beliau dikurniakan kelebihan bacaan bertajwid yang tepat
(al-Maliki, 2010).
Membaca dan mengkhatamkan Al-Qur’an secara bertajwid adalah sangat diutamakan kerana ia
boleh menghindari daripada kesalahan bacaan (lahn) yang membawa kepada perbuatan haram. Konsep atau
cara membaca dan mengkhatamkan Al-Qur’an yang betul ialah secara tartil agar sebutan huruf dan makhraj
yang dibaca menjadi jelas serta dapat bertadabbur melaluinya. Hal ini merupakan pandangan para fuqaha’
Mazhab Syafi’e yang meletakkan pahala yang tinggi kepada bacaan Al-Qur’an secara tartil.
Kenyataan ini menjelaskan kepada kita bahawa Al-Qur’an harus dibaca dengan lancar dan fasih dari segi
sebutan huruf mengikut baris dan tanda bacaan, serta berhenti dan memulakan bacaan dengan tepat

(al-Maliki, 2010). Cara atau konsep seumpama inilah yang harus diterapkan dalam
memastikan
kurikulum
Tilawah Al-Qur’an (khatam Al-Qur’an) yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah
kebangsaan melalui program j-QAF mencapai matlamatnya menurut erti kata sebenar.

1.2.1 Teladan Khatam Al-Qur’an Rasulullah s.a.w
Sekiranya diteliti maksud Al-Qur’an secara istilah, ia merupakan wahyu Allah s.w.t yang diturunkan kepada
Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan mukjizat yang dipindahkan kepada baginda ketika beruzlah di Gua
Hira’melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. Baginda menerima wahyu secara beransur-ansur sedikit demi
sedikit sehinggalah khatam keseluruhan isi Al-Qur’an secara berperingkat-peringkat (Sharifah Norshah
Bani, 2011). Ini menunjukkan bahawa Rasulullah juga mengalami proses talaqqi musyafahah secara
berhadapan dengan malaikat Jibril a.s dalam memastikan kandungan Al-Qur’an yang diterima baginda
menepati aspek makhraj, fasohah serta tajwid yang disyaratkan dalam bacaan Al-Qur’an untuk dikira
sebagai ibadat yang mendapat pahala dari Allah s.w.t.
Pada zaman Rasulullah s.a.w pembelajaran Al-Qur’an berdasarkan kaedah talaqqi musyafahah
sebagaimana nabi menerimanya dari malaikat Jibril a.s diteruskan di rumah baginda dan Al-Arqam bin Abi
Al- Arqam. Seterusnya dikembangkan kepada sahabat-sahabat yang datang dari Madinah untuk memeluk
Islam dan mendalami Al-Qur’an. Kaedah mempelajari Al-Qur’an secara bersemuka ini diteruskan lagi oleh
baginda sehinggalah penghijrahan ke negara Madinah melalui cara bacaan talaqqi musyafahah yang

menepati kehendak khatam sebenar. Maka lahirlah ramai huffaz yang masyhur dan hebat dalam kalangan
sahabat baginda seumpama Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Ibnu Mas’ud, Aishah dan Hafsah
(al-Buti, 1991).
Nabi Muhammad s.a.w dalam bacaan Al-Qur’an mengamalkan bacaan huruf demi huruf yang
dituturkan satu persatu dengan jelas dari sudut makhrajnya, menampakkan sifat-sifat serta membaca
mengikut turutan setiap kalimah dengan berhati-hati (al-Maliki, 2010). Ini bertepatan dengan maksud firman
Allah s.w.t dalam surah Al-Muzammil ayat 4 :
“Dan bacalah Al-Qur’an dengan tartil (tenang) dan mengikut tajwidnya”
Bacaan seumpama inilah yang menepati kehendak syarak dari sudut mengkhatamkan seluruh isi
kandungan Al-Qur’an. Baginda mengamalkan cara bacaan yang mengutamakan kehendak hukum tajwid
sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t agar mengajar dan menunjukkan cara bacaan yang
menepati makhraj, memberhentikan dan memulakan bacaan dengan betul serta nada yang menimbulkan rasa
tadabbur dan memberi kesan kepada jiwa.
1.2.2

Teladan Khatam Al-Qur’an Sahabat Salafus Soleh

Para sahabat r.a menerusakan tradisi bacaan cara khatam Al-Qur’an Rasulullah s.a.w ini dan
mempraktikkannya dari satu generasi ke generasi seterusnya. Corak bacaan secara tartil, tadabbur, tafakkur


NATIONAL RESEARCH SEMINAR 2015
“trengthening “cholarships Through Research

1210

dengan penuh khusyuk dan menghayati serta memahami maksudnya dalam hati, fikiran serta
mengamalkannya dengan lisan dan anggota badan dengan cara bersungguh-sungguh menjadi amalan para
sahabat. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Maka adakah mereka tidak memahami serta memikir-mikir isi Al-Qur’an? Atau hati
mereka telah terkunci rapat?”
(Al-Qur’an, Surah Muhammad: 24)
Melalui ayat ini didapati para sahabat dan salafus soleh begitu menekankan penghayatan
Al-Qur’an dengan penuh adab, penuh pengharapan (raja’), takut serta tunduk kepada Allah s.w.t dengan
lafaz-lafaz kalimah dan ayat yang menepati kehendak hukum tajwid yang digariskan. Ketinggian martabat
para sahabat dalam menghayati dan mengkhatamkan isi kandungan Al-Qur’an ini dinyatakan oleh Allah
firmanNya yang bermaksud:
“Dan mereka segera tersungkur sujud sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk”
(Al-Qur’an, Surah Al-Isra’: 109)

1.2.3 Sistem Pengajian Al-Qur’an Kaedah Tradisional

Pengajian Al-Qur’an di Tanah Melayu bermula serentak dengan kedatangan Islam ke Alam Melayu. Ini
terbukti apabila Parameswara atau Megat Iskandar Shah yang mengasaskan Kesultanan Melaka yang
bertapak selama satu abad bermula pada tahun 1400 hingga 1511 masihi. Beliau memeluk Islam
mempelajari Al-Qur’an dari seorang ulama’ Pasai iaitu Makhtum Musa (Abdullah Ishak, 1995).
Al-Qur’an pada waktu itu merupakan pengajian asas yang wajib diikuti umat Islam bermula dari rakyat
biasa hinggalah kepada golongan bangsawaan (Saidi Mohd, 2006).
Masyarakat Islam pada zaman awal kedatangan agama wahyu ini tidak pernah putus asa dalam
mendalami Islam dan Al-Qur’an. Ulama’ dan guru Al-Qur’an pada zaman silam telah menubuhkan pusat
pengajian di rumah-rumah, pondok, madrasah dan sekolah-sekolah yang mengutamakan pengajaran dan
pembelajaran Al-Qur’an sebagai langkah awal bagi mendalami dan membaca mukjizat agung Rasulullah
s.a.w ini (Mohd Faisal et al, 2008). Kemudahan tempat pengajian dan prasarana yang terhad tidak
menghalang mereka untuk menghantar anak-anak seawal umur enam tahun untuk mempelajari Al-Qur’an
di masjid atau surau, rumah-rumah persendirian (Abdallah Jusuf, 1990 dalam Saidi Mohd, 2006). Sistem
pembelajaran Al-Qur’an pada waktu itu begitu menekankan kebolehbacaan dan penguasaan bacaan sebenar
berdasarkan penyampaian guru secara lisan. Hal ini disebut oleh Munsyi Abdullah melalui pengalaman
pengajian Al-Qur’an beliau semasa kecil:
“Maka pada tiap-tiap pagi aku pergi mengaji ke tempat belajar, dan malam-malam diajar
oleh bapaku di rumah. Maka beberapa banyak kena tampar dan beberapa papan loh pecahpecah dihempas oleh guruku di kepalaku, dan beberapa rotan pecah-pecah di tubuhku.”
(Abdullah Munsyi, 1963 dalam Saidi Mohd, 2006)
Walaupun cara pengajaran melalui pengajian di rumah guru yang dinyatakan oleh Munsyi Abdullah itu
menggambarkan kurangnya pengetahuan tentang kaedah dan pedagogi dalam penyampaian ilmu agama,
namun jika diperhalusi dari sudut kesungguhan dan kesedaran ibu bapa pada waktu itu, ada nilai positif
yang boleh dijadikan iktibar untuk diambil teladan.

1.2.4 Kaedah Asas Pembelajaran Al-Qur’an di Malaysia
Pendekatan dan perkembangan pengajian Al-Qur’an beransur berubah sesuai dengan perkembangan
zaman. Ini adalah kerana kaedah pengajaran yang baik diperlukan untuk menarik minat pelajar kepada
pendidikan Islam (Siddiqui, 2012) yang terkandung di dalamnya pelajaran Al-Qur’an. Umumnya terdapat

NATIONAL RESEARCH SEMINAR 2015
“trengthening “cholarships Through Research

1211

dua kaedah pengajaran yang diperkenalkan di Negara Malaysia, iaitu kaedah Baghdadiyah dan kaedah Iqra’
(Kamarul Azmi & Mohd Aderi, 2013). Penekanan akan diberikan kepada penghuraian kaedah Baghdadiyah
yang merupakan kaedah tradisional yang melahirkan ramai generasi umat Islam di negara ini yang
mengkhatamkan Al-Qur’an sebelum kaedah Iqra’ diperkenalkan. Cara bacaan Al-Qur’an kaedah ini
menggunakan buku Muqaddam yang memperkenalkan huruf-huruf hija’iyyah, huruf bersambung, berbaris
seterusnya susunan surah-surah Al-Qur’an juzuk ke-30.
Kaedah ini bermula dari peringkat asas kepada mempelajari huruf-huruf hiya’iyyah, baris-baris bagi
huruf tunggal dan bersambung, mengeja atau menyebut huruf yang dipelajari. Penekanan kepada tajwid dan
kebolehan membaca dilaksanakan oleh guru pada peringkat asas lagi. Kemahiran asas mengenal huruf dan
baris telah membantu murid membaca Al-Qur’an dengan baik. Pengulangan dibuat secara berterusan
dengan kaedah bacaan bertajwid bagi ayat-ayat untuk memantapkan bacaan sehingga tamat juzuk ke-30
sebelum beralih kepada bacaan mushaf Al-Qur’an. Kaedah ini berjaya melahirkan masyarakat Melayu yang
dapat membaca dan mengkhatamkan Al-Qur’an dengan baik walaupun terdapat beberapa kelemahan dari
sudut masa dalam proses mengenal huruf, baris, mengeja, menyebut dan membaca buku Muqaddam
tersebut. Kamarul Azmi & Mohd Aderi (2013) seterusnya menghujahkan bahawa kaedah ini agak
ketinggalan dan tidak bersesuaian dengan kaedah mempelajari bahasa masa kini. Aspek pemahaman,
penulisan dan hafalan dikatakan tidak diambil kira selain penekanan hanya kepada bacaan sahaja.
Kemunculan kaedah Iqra’ yang diasaskan oleh Ustaz H. As’ad Humam yang merupakan pelopor
kepada pelbagai kaedah membaca Al-Qur’an sejak 1950-an dikatakan menjadi nilai tambah kepada bidang
pengajian Al-Qur’an. Cara Cepat Baca Al-Qur’an (Kaedah Iqra’) menggunakan 6 buah buku yang disusun
teratur bermula dengan huruf tunggal, rangkaian huruf dan ayat lengkap membantu golongan kanakkanak sehingga dewasa dalam mempelajari Al-Qur’an. Namun, Jamaluddin (2000) menyimpulkan tiada
suatu kaedah yang terbaik dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran Al-Qur’an, ianya harus
dipelbagaikan mengikut kesesuaian pelajar atau penuntut. Kaedah Iqra’ menyimpulkan asas pembelajaran
Al-Qur’an berkait dengan menyebut dan membaca huruf hija’iyyah sama ada tunggal atau bersambung,
mengenal baris fathah, kasrah, dhammah dan sukun, dhabt dan rasm, dan tanda-tanda bacaan mad,
syaddah, waqaf, makhraj serta menghafaz surah-surah lazim.

1.3

ISU-ISU
PELAKSANAAN
PENDIDIKAN

KHATAM

AL-QUR’AN

DALAM

SISTEM

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan umumnya dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
khasnya dalam usaha memastikan penguasaan Al-Qur’an dalam kalangan masyarakat. Bermula dari
peringkat prasekolah lagi usaha ini giat dijalankan terutamanya pada umur empat hingga enam tahun dimana
ibu bapa telah mula menghantar anak-anak ke tadika Islam di setiap negeri yang dikelolakan oleh kerajaan
negeri dan pihak swasta.
Program peringkat nasional yang terkini dilaksanakan bagi menyemarakkan lagi pembacaan dan
penguasaan Al-Qur’an ialah program j-QAF bermula pada tahun 2005 yang menumpukan kepada usaha
memperkasakan Pendidikan Islam (PI) pada peringkat sekolah rendah melalui penekanan khusus dalam
pengajaran Jawi, Al-Qur’an, bahasa Arab, dan Fardhu Ain. Model Khatam Al-Qur’an yang digubal dalam
program ini menggunakan pendekatan talaqqi musyafahah iaitu pembelajaran secara bersemuka dengan
guru bagi mendengar, membetul kesalahan serta menyebut semula dengan baik dan lancar (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2007). Pada peringkat persekolahan menengah pula penekanan diberikan kepada
Tilawah Al-Qur’an yang terkandung dalam Sukatan Pendidikan Islam dengan memasukkannya sebagai
soalan penting dalam peperiksaan (Mohd Faisal et al., 2008). Kertas ini akan mengupas isu ini dari sudut
kemampuan murid mengkhatamkan Al-Qur’an dalam erti kata yang sebenarnya iaitu dengan bacaan
bertajwid, lancar dan fasih atau sekurang-kurangnya dapat melafazkan semula kalimah serta ayat-ayat
Al-Qur’an tanpa bergantung bacaan ikut guru (BIG) semata-mata.

NATIONAL RESEARCH SEMINAR 2015
“trengthening “cholarships Through Research
1.3.1

1212

Keupayaan Khatam Bacaan Al-Qur’an

Keupayaan membaca dan mengkhatamkan Al-Qur’an dalam sistem persekolahan kini menjadi perbincangan
umum kerana sebilangan murid yang hanya mampu membaca secara pendekatan Baca Ikut Guru (BIG)
sahaja bagi bacaan mushaf serta masih dalam sukatan Iqra’ 1 hingga 6 walaupun sudah beberapa tahun
mengikuti kaedah bacaan Iqra'.
Pelaksanaan khatam Al-Qur’an dijalankan secara BIG dalam waktu pengajaran dan pembelajaran
pendidikan Islam dimana murid akan mengikut bacaan guru bermula dengan menggunakan Buku Iqra’ 1
hingga 6 serta diteruskan dengan membaca mushaf mengikut surah-surah sehingga khatam keseluruhan
Al-Qur’an pada Tahun 6 seperti yang ditetapkan dalam Buku Panduan Pelaksanaan Program j-QAF
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2004). Peruntukan masa yang diberikan ialah empat waktu seminggu bagi
enam bulan pertama Tahun 1 dan tiga waktu seminggu bagi enam bulan kedua, manakala bagi Tahun 2
hingga 6 diperuntukkan sebanyak empat waktu seminggu (enam bulan pertama) dan dua waktu seminggu
(enam bulan kedua). Ia dinamakan sebagai Model Enam Bulan Khatam Al-Qur’an di awal pelaksanaannya
pada tahun 2005 dan diselaraskan semula kepada tiga waktu seminggu sepanjang tahun persekolahan
bermula pada tahun 2013 apabila program j-QAF diperluaskan ke semua sekolah rendah di seluruh negara
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013).
Secara amnya, murid boleh mengikuti kaedah BIG ini sekiranya asas Al-Qur’an yang mereka
perolehi pada peringkat prasekolah telah kukuh, iaitu boleh membaca mengenal huruf hija’iyyah dan
membaca kalimah Al-Qur’an dengan baik. Murid program khatam Al-Qur’an dikategorikan kepada
kelompok menguasai, sederhana dan lemah bagi memudahkan guru membimbing dan membetulkan bacaan.
Tiga guru Guru Pendidikan Islam (GPI) dan j-QAF diagihkan bagi setiap kelas yang mempunyai 35-40
orang murid. Pengajaran dan pembelajaran (PdP) khatam Al-Qur’an akan berjalan lancar jika tenaga guru
mencukupi dengan nisbah murid yang dibimbing. Kekangan untuk menghabiskan sukatan khatam AlQur’an berlaku apabila hanya seorang GPI atau guru j-QAF ditugaskan untuk melaksanakan PdP
bersendirian.
Hal ini dikesan dalam kajian Surul Shahbudin dan Muhammad Azhar (2013) dalam Khatam
Al-Qur’an in Islamic Education Curriculum in Malaysia melalui temu bual ke atas guru j-QAF kohort
pertama tahun 2005 di empat buah sekolah di negeri Perak dan Sarawak. Hasil temu bual mendapati tidak
semua murid berjaya mengikuti kaedah BIG bacaan Buku Iqra’ 1 hingga 6 dalam tempoh singkat selama
enam bulan pertama Tahun 1. Terdapat murid lemah yang belum mengenali huruf hija’iyyah dan
dikategorikan sebagai “buta Al-Qur’an”. Kaedah BIG didapati kurang membantu mereka mengkhatamkan
silibus Iqra’ dan kekal tidak menguasai serta “buta Al-Qur’an” tanpa kesudahan jika tidak mendapat
bimbingan yang khusus dari GPI dan guru j-QAF walaupun sudah menginjak ke Tahun 4.
Model Tasmi’ Al-Qur’an merupakan satu cabang dalam program khatam Al-Qur’an j-QAF yang
berkonsepkan bimbingan secara individu. Ia dijalankan di luar waktu PdP selama satu jam sama ada
sebelum bermula atau selepas tamat sesi persekolahan harian. Penekanan bacaan adalah kepada makhraj
huruf dan hukum tawjid mengikut kemampuan murid, prestasi bacaan direkod secara individu mengikut
jumlah ayat yang berjaya dihabiskan. Kaedah ini banyak membantu murid membaca Al-Qur’an dengan baik
dan mengkhatamkannya lebih awal dari masa yang disasarkan. Namun segelintir sekolah tidak merekod dan
menguruskan dengan teratur pelaksanaan Tasmi’ Al-Qur’an bagi memastikan sukatan 30 juzuk
dikhatamkan sepenuhnya sebelum murid menamatkan persekolahan peringkat rendah. Kegagalan
menghabiskan sukatan atau jumlah ayat yang perlu dibaca bagi setiap sesi PdP khatam Al-Qur’an juga
berlaku disebabkan gangguan pelbagai program di peringkat sekolah, kelemahan perancangan PdP guru atau
tahap penguasaan murid yang lemah. Ia juga dapat dikaitkan dengan sikap dan integriti terhadap tugas,
dimana disesetengah sekolah terdapat guru yang ditugaskan tidak menjalankan PdP khatam Al-Qur’an
secara kolaboratif dan membiarkan hanya seorang guru mengajar bersendirian secara bergilir-gilir (Utusan
Malaysia, 27 Oktober 2010). Ini seterusnya akan menjejaskan kualiti pembelajaran Al-Qur’an yang terbaik
diharapkan dari pengecilan saiz kelas dalam pelaksanaan program j-QAF.

NATIONAL RESEARCH SEMINAR 2015
“trengthening “cholarships Through Research
1.3.2

1213

Kelemahan Tajwid dan Kelancaran Bacaan

Tajwid merupakan penghias bacaan, ilmu tentang kedudukan sesuatu huruf sesuai dengan hak dan
makhrajnya (al-Maliki, 2010), memperelokkan suara dan meraikan waqaf dan ibtida’ nya dengan
memulakan dan menghentikan bacaan pada tempat yang berkaitan (sempurna) dari segi maksudnya
(al-Qarsy, 2010). Merujuk kepada PdP khatam Al-Qur’an pada peringkat sekolah rendah yang dijalankan
melalui program j-QAF, ramai dalam kalangan murid tidak dapat menguasai kemahiran bacaan
Al-Qur’an dengan lancar dan bertajwid, malahan kemampuan menyebut makhraj huruf dengan betul juga
berada pada tahap rendah (Daud Ismail et al., 2014). Tidak dinafikan bahawa Modul Khatam Al-Qur’an
program j-QAF menunjukkan kesan yang positif dalam peningkatkan literasi Al-Qur’an murid pada enam
bulan pertama dan kedua persekolahan seperti dapatan kajian oleh Fairuz Shamsudin (2011). Sebanyak 81
peratus murid berjaya menguasai dan khatam Al-Qur’an pada Tahun 6 persekolahan, namun apa yang
mendukacitakan ialah masih terdapat 18.4 peratus murid berada dalam sukatan Iqra’ 1 hingga 6.
Permasalahan ini berkait rapat dengan kelemahan aspek tajwid asas seperti mengenal huruf
hija’iyyah tunggal, mengenal baris dan menyebut kalimah-kalimah dan potongan ayat dalam sukatan Buku
Iqra’. Situasi kelemahan dalam kelancaran bacaan ini berlaku disebabkan tiada pendedahan awal oleh ibu
bapa terhadap bacaan Al-Qur’an di awal usia atau di peringkat kanak-kanak. Apabila program j-QAF
dilaksanakan, terdapat sebilangan ibu bapa tidak lagi menghantar anak-anak untuk mengikuti kelas
Al-Qur’an di luar dan bergantung sepenuhnya kepada program khatam Al-Qur’an di sekolah. Hal ini
didapati menjejaskan pencapaian program j-QAF dan menyebabkan murid keciciran dalam kelancaran
bacaan Al-Qur’an serta aspek hukum tajwid (Ab. Halim et al., 2013).
Kajian Nurfadilah dan Muhammad Mustaqim (2013) tentang penguasaan Tilawah Al-Qur’an
bertajwid di sebuah sekolah rendah Negeri Melaka yang memfokuskan kepada aspek fasohah, bacaan
bertajwid, aspek tanda bacaan Rasm Uthmani dan ketepatan makhraj huruf mendapati walaupun peratusan
pencapaian fasohah berada pada gred A iaitu 64 peratus namun bilangan murid yang berada pada
kedudukan lemah (gred C) juga agak tinggi iaitu 27.9 peratus. Manakala dari sudut kemahiran bacaan
bertajwid, didapati 41 orang (30 peratus) dari 136 responden kajian berada pada tahap lemah pada iaitu gred
C. Kadar peratusan yang dipaparkan menunjukkan kelancaran (fasohah) dan aspek tajwid dalam program
khatam Al-Qur’an perlu dibimbing dan dilakukan penambahbaikan secara berterusan. Murid umumnya
dapat mengecam huruf tunggal dan tanda bacaan secara terasing, namun gagal membaca ayat Al-Qura’an
dengan lancar, fasih dan bertajwid.
Jadual 1. Analisis Pencapaian Khatam Al-Qur’an Program j-QAF Terengganu Tahun 2104
Iqra’ 1-3
Iqra’ 4-6
Mushaf
Khatam
Tahun
Jumlah
Peratus
Jumlah
Peratus
Jumlah
Peratus
Jumlah
Peratus
Tahun 1
7922
40.9
8223
42.4
3026
15.6
205
1.06
Tahun 2
5098
26.8
6264
33
6925
36.5
682
3.6
Tahun 3
3022
15.8
5152
27
9138
47.9
1757
9.2
Tahun 4
1804
9.2
4511
23
9487
48.4
3808
19.4
Tahun 5
1084
5.8
3069
16.4
8834
47.3
5696
30.4
Tahun 6
55
0.28
203
1.02
528
2.6
19133
96.0
Jumlah
18,985
98.8
27,422
142.8
37,938
198.3
31,281
159.6
Sumber : JPNT 2014

Analisis Pencapaian Khatam Al-Qur’an program j-QAF Negeri Terengganu (JPNT) Tahun 2014
juga dapat menjelaskan situasi yang sama, dimana kelemahan dari sudut kelancaran dan tajwid akan
menganggu pencapaian dan penguasaan khatam Al-Qur’an yang diikuti murid. Bagi murid Tahap 1,

NATIONAL RESEARCH SEMINAR 2015
“trengthening “cholarships Through Research

1214

seramai 40.9 peratus murid Tahun 1 berjaya mengkhatamkan Iqra’ 1-3, manakala 42.4 peratus khatam Iqra’
4-6 dan seramai 15.6 peratus sudah membaca mushaf serta terdapat 1.06 peratus yang telah mengkhatamkan
keseluruhan Al-Qur’an. Setelah tiga tahun mengikuti sukatan khatam al-Qur’an, didapati seramai 48.4
peratus (9487 murid) dan 19.4 peratus (3808 murid) daripada 19,610 orang murid Tahun 4 berjaya membaca
mushaf dan mengkhatamkan Al-Qur’an secara keseluruhan. Walaupun peratusan murid yang belum
menguasai Iqra’ 1 hingga 6 pada tahun 4 agak rendah (9.2 peratus), namun jika diihat dari segi angka, ia
berada pada tahap yang membimbangkan iaitu 1804 murid. Begitu juga pencapaian murid Tahun 6, didapati
seramai 258 murid (1.3 peratus) dikenalpasti masih kekal berada dalam sukatan Iqra’ 1 hingga 6 walaupun
sesi persekolahan rendah bakal berakhir (Jadual 1).
Situasi ini berlanjutan sehingga ke sekolah menengah dimana kadar celik Al-Qur’an dalam kalangan
pelajar Tingkatan 1 di Kuala Lumpur didapati berada pada tahap sederhana dan lemah walaupun 63 peratus
responden telah khatam Al-Qur’an di peringkat sekolah rendah (Mohd Aderi, 2004 dalam Rohani & Mohd
Aderi, 2009). Mereka tidak tahu membaca Al-Qur’an dan tidak berusaha mempelajarinya walaupun sudah
dewasa. Bhasah et al. (t.t) dalam kajian persepsi tentang keupayaan khatam Al-Qur’an yang
mempengaruhi keberkesanan program j-QAF di enam buah sekolah menengah di Negeri Sembilan,
Selangor dan Kedah menunjukkan seramai 201 orang (47.4 peratus) masih lagi belum mengkhatamkan
Al-Qur’an walaupun sudah berada di sekolah menengah. Mereka mengakui keberkesanan program
j-QAF bergantung kepada keupayaan mereka membaca dan mengkhatamkan Al-Qur’an dengan sempurna
pada peringkat sekolah rendah.
Tahap bacaan Al-Qur’an dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi menunjukkan pelajar
berada pada aras sederhana dalam aspek asas pembacaan Al-Qur’an. Tinjauan terhadap Tahap Pembacaan
Al-Qur’an dalam kalangan Pelajar UiTM Terengganu menunjukkan terdapat kelemahan yang perlu
diperbaiki terutama pengetahuan tentang lagu, bacaan berlagu, hukum-hukum tajwid dan bacaan Al-Qur’an
secara bertajwid (Azarudin Awang, 2011). Pelajar yang berasal dari aliran agama pada peringkat sekolah
menengah didapati mempunyai keupayaan bacaan bertajwid yang lebih baik dari pelajar aliran sekolah
biasa. Pelajar yang sekolah terakhir mereka dalam aliran agama mampu mengenal dan menyebut huruf
hija’iyyah, menyebut kalimah tunggal dan bersambung, tanda bacaan dan hukum-hukum tajwid dengan
baik. Mereka juga mempunyai kemampuan membaca Al-Qur’an secara bertajwid dengan baik berbanding
rakan mereka dari aliran sekolah biasa. Di antara faktor-faktor yang dikesan ialah tidak memperolehi
bimbingan dari guru yang bertauliah pada peringkat awal pendedahan tentang Al-Qur’an terutamanya
hukum tajwid, peruntukan masa pendidikan Islam yang terhad ketika mengikuti persekolahan pada
peringkat menengah berbanding dengan kerencaman bidang pendidikan Islam iaitu Tilawah Al-Qur’an,
Ulum Syar’iyyah, Akidah, Akhlak dan Fardhu Ain. Faktor ibu bapa yang terlalu mengutamakan aspek
akademik juga dikatakan menjadi punca kelemahan bacaan Al-Qur’an dalam kalangan pelajar kerana ibu
bapa menganggap ketidakupayaan menguasai Al-Qur’an tidak memberi kesan kepada peluang anak mereka
untuk melanjutkan pengajian ke universiti.
1.4

PENUTUP

Pihak kementerian, guru, sekolah serta komuniti harus bertindak proaktif dalam menangani permasalahan
ini agar murid yang berjaya mengkhatamkan Al-Qur’an pada Tahun 6 terjaga dari sudut kualiti dan
kehendak khatam Al-Qur’an sebenar. Pihak KPM perlu menggembleng seluruh tenaga dan kepakaran
dalam usaha menjayakan program mega ini bagi menghasilkan modal insan yang berupaya menjadi umat
Quranik, Ensaiklopedik dan Ijtihadik yang disasarkan. Kemudahan bahan bantu boleh dimaksimakan seperti
penyediaan naskhah Iqra’ dan mushaf Rasm Uthmani bertajwid, penambahan waktu Tilawah Al-Qur’an

NATIONAL RESEARCH SEMINAR 2015
“trengthening “cholarships Through Research

1215

serta tambahan bilangan GPI berdasarkan nisbah guru dan murid bagi memantapkan lagi gagasan
melahirkan bilangan murid khatam Al-Qur’an dan membimbing murid yang tercicir.
Pendidikan Al-Qur’an ke atas anak-anak merupakan kewajipan setiap ibu bapa. Maka menjadi
tanggungjawab guru, keluarga dan masyarakat untuk mengajarkan atau menghantar anak-anak mempelajari
Al-Qur’an bermula dengan asas tajwid iaitu ilmu bagaimana untuk mempertuturkan huruf, kalimah dan ayat
Al-Qur’an dengan betul yang hanya boleh diperolehi daripada guru yang mahir dan berkelayakan (Mohd
Aderi et al., 2013). Usaha untuk mendidik murid, warga pelajar dan masyarakat tentang kepentingan
mengkhatamkan Al-Qur’an secara bertajwid dan menepati kaedah yang dibawakan oleh Rasulullah s.a.w,
sahabat, salafus soleh dan ulama’ Al-Qur’an bukanlah hanya terpikul dibahu institusi pendidikan sematamata, malah ia menuntut komitmen seluruh anggota masyarakat dan umat Islam seluruhnya.

RUJUKAN
Al-Qur’an al-Karim
Ab. Halim et al. (2013). Penilaian guru
terhadap pelaksanaan
j-QAF. International Journal of Islamic Thought Vol. 3.

model-model

tilawah Al-Qur’an

program

Abdullah Ishak. (1995). Pendidikan Islam dan pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Al-Buti, Sa’id Ramadhan. (1991). Fiqh sirah nabawiyyah . Beirut: Dar al Fikri.
al-Khalidy, S. (1994). Panduan bergaul dengan Al-Qur’an(Mafatih lit ta'amul ma'al al-Quran). Kuala Lumpur:
Penerbitan Kintan Sdn. Bhd.
al-Maliki, S.M. (2010). Keistimewaan-keistimewaan Al-Qur’an (Khasais al-Qu’ran).terj. Nur Faizin, S. Ag. Singapura:
Pustaka Nasional PTE LTD.
al-Mustagfiri, J.M. (2009). Fadha’il al-Qur’an. Ed. Muhammad Uthman. Lebanon: Dar al Kotob al-Ilmiyyah.
al-Nawawiy, M. (1999). Tatatertib pengajian Al-Qur’an (Al-Tibyan fi adabi hamalatil al-Qur’an).terj. Syed Ahmad
Semait. Singapura: Pustaka Nasional PTE LTD.
al-Qarsy, J.I. (2010). Maharat tadris al-Qur’an wa al tajwid. Saudi Arabia: Ad Dar al-‘Alamiyyah li Nashr
al Tauzi’e

wa

Azarudin et al. (2011). Tahap pembacaan Al-Qur’an dalam kalangan pelajar di UiTM Terengganu. AJTHLE Vol.3,
No.2, 83-100.
Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. (2004). Buku Panduan Perlaksanaan Model-Model Pengajaran
Dan Pembelajaran Dan Kokurikulum. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. (2007). Buku Panduan Dasar, Perlaksanaan Dan Pengurusan
Kurikulum j-QAF. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bahagian Pendidikan Islam. (2012) . Kertas Makluman Pelaksanaan Program J-QAF di Sekolah-Sekolah Rendah
Tahun 2013. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bhasah Abu Bakar et al. (n.d). Persepsi pelajar terhadap keberkesanan program j-QAF dalam kalangan pelajar
Tingkatan 1-Satu Kajian Kes. Universiti Sains Islam Malaysia.
Daud Ismail et al. (2014). Perkembangan dan masalah pembelajaran al-Qur’an dalam program j-QAF di Malaysia.
Jurnal Islamiyyat 36 (2), 57-66.
Daud Ismail. (2010). Analisis kemahiran kaedah rasm dan dhabt Mushaf Uthmani guru j-QAF Negeri
Terengganu.Tesis Doktor Falsafah .Fakulti Pengurusan dan Ekonomi. Terengganu :Universiti Malaysia
Terengganu.
Fairuz Samsudin. (2011). Tahap pencapaian murid-murid tahun enam dalam modul khatam Al-Qur’an j-QAF, Satu
Kajian di Sekolah Kebangsaan Daerah Kuala Muda Yan.Tesis Sarjana .Fakulti Pendidikan dan Bahasa. Alor
Star : Universiti Terbuka Malaysia.

NATIONAL RESEARCH SEMINAR 2015
“trengthening “cholarships Through Research

1216

Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. (2014). Kertas Analisis Pencapaian Program j-QAF Terengganu Penggal Kedua
2014. Kuala Terengganu: JPNT.
Jamaluddin Ridhuan. (2000). Kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Qur’an. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sd.
Bhd.
Kamarul Azmi Jasmi & Mohd Aderi Che Noh. (2013). Sejarah, kaedah serta model pengajaran dan pembelajaran AlQur’an. Bengkel Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Al-Qur’an SRA JAWI, 117.
Mohd Aderi Che Noh & Rohani Ahmad Termizi. (2009). Persepsi pelajar terhadap amalan pengajaran tilawah AlQur’an. Jurnal Pendidikan Malaysia 34 (1), 93-109.
Mohd Aderi et al. (2009). The study of quranic teaching and learning: A reaview in Malaysia and United Kingdom.
Middle-East Journal of Scientific Research 15 (10), 1338-1344.
Mohd Faisal et al. (2008). Celik Al-Qur’an: cabaran dan realiti dalam pendidikan Islam di sekolah. Masalah
Pendidikan, 31(1).
Mohd Yusof Ahmad. (2005). Sejarah dan kaedah pendidikan Al-Qur’an. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Mohd Zainul Arifien Mohd. (2006). Kaedah pembelajaran tajwid dan hafazan Al-Qur’an. Fakulti Pendidikan:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nur Fadhilah & Muhammad Mustaqim. (2013). Penguasaan tilawah Al-Qur’an menerusi program j-QAF: Kajian Kes
di Melaka. Seminar Kebangsaan Penyelidikan j-QAF 2013 , 307-320.
Saidi Mohd. (2006). Keupayaan bacaan al-Qur’an di kalangan pelajar Tingkatan Empat di beberapa buah sekolah
menengah terpilih di Negeri Terengganu.Tesis Doktor Falsafah. Akademi Pengajian Islam. Kuala Lumpur :
Universiti Malaya.
Sharifah Nor Shah Bani et al. (2011). Pelaksanaan manhaj Rasulullah dalam pengajaran dan pembelajaran kelas alQur’an bagi golongan dewasa. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari Keluaran Khas, 53-70.
Siddiqui, M.H (2012). Teaching of Islamic education.New Delhi, India: APH Publishing Corporation.
Surul Shahbuddin Azhar & Muhammad Azhar Zailani. (2013). Khatam Al-Quran in Islamic education curriculum in
Malaysia. Procedia-Social Behavorial Sciences 103, 558-566.
Utusan Malaysia. (2010). Guru j-QAF tak jujur laksana tanggungjawab?, 27 Oktober.
Zulkifli Yusoff & Saidi Mohd. (2008). Keupayaan bacaan Al-Qur’an di kalangan pelajar Tingkatan Empat: Kajian di
beberapa buah sekolah menengah terpilih di Negeri Terengganu. AL-BAYAN Journal of al-Quran & al-Hadith
Vol. 6, 53-85.