Ujian mac Bm Tingkatan 1 set 3

UJIAN BULANAN
BAHASA MALAYSIA
TINGKATAN SATU

Nama:__________________________________

Kelas: ______________________

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh
empat pilihan jawapan iaitu A, B, C, dan D. Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja
Soalan 1 hingga Soalan 7. Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling
sesuai.
1. Ibu sibuk ______________ minuman petang untuk tetamu yang datang.
A. menyaji
B. memberi
C. mengagih
D. menghidang
2. Dia akhimya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kerana dia sentiasa
_____________________ dengan buku.
A. bersamaan
B. berdekatan

C. bergandingan
D. berdampingan
3. Kabus tebal pada pagi itu telah ______________ puncak gunung yang bakal kami daki.
A. menutupi
B. mengaburi
C. melingkari
D. menyelubungi
4. Setelah seharian bertempur, akhimya pihak tentera telah berjaya menawan ____________
pengganas.
A. sekawan
B. sepasukan
C. seangkatan
D. segerombolan
5. Jambatan yang roboh itu telah dibaiki oleh penduduk kampung secara _____________
A. gotong-royong
B. berganding bahu
C. berhempas-pulas
D. bantu-membantu
6. Sudah berulang kali peniaga itu menggunakan minyak masak tersebut menyebabkan
pengunjung menghidu bau _____________.

A. basi
B. busuk
C. tengik
D. hangit
7. Kerja-kerja ___________
untuk mendapatkan harta karun yang dikatakan peninggalan
tentera Jepun memerlukan kesabaran yang tinggi.
A. menggali
B. mengorek
C. menimbus
D. memperoleh
Soalan 8 hingga Soalan 14
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu
telah ditanda dengan A, B, dan C. Tandakan sama ada, B, atau C jika ayat itu mengandungi
kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.
8. Oleh kerana kerusi tidak mencukupi, para jemputan yang datang lewat terpaksa berdiri di luar
A
B
C
Dewan. Tiada kesalahan.

D

9. Hakim telah menjatuhi pesalah itu hukuman penjara seumur hidup. Tiada kesalahan
A
B
C
D
10 Gajah yang mengganas di kampung itu telah ditangkap hidup-hidup sebelum dihantar ke Zoo
A
B
C
Melaka. Tiada kesalahan
D
11. Setengah orang yang berkunjung ke pameran komputer ini akan diberi cenderamata.
A
B.
C
Tiada kesalahan.
D
12. Mereka sedang berbincang dari hati ke hati tentang cara-cara memajukan perniagaan

A
B
Mereka. Tiada kesalahan.
C
D
13. Hadiah yang disumbangkan oleh bank tempatan itu ialah untuk pelajar yang pandai tetapi
A
B
C
miskin. Tiada kesalahan.
D
14. Pemadam api itu perlu diperiksa secara berkala dari masa ke masa oleh pegawai bomba
A
B
yang bertugas. Tiada kesalahan.
C
D
Soalan 15 hingga Soalan 17
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betuldan tentukan
bahawa anda telah

memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.
15. I
II
Ill
IV

"Mengapa agaknya berlainan sekali perasaan ibumu pada hari ini," luah ayah.
Hubungan mereka tetap mesra walaupun berlainan bangsa dan agama.
Mukanya kelihatan berlainan apabila disebut tentang bekas isterinya.
Anda berdua tidak dapat sampai ke pulau itu berlainan sekiranya menaiki bot.

A. I dan II sahaja

B. III dan IV sahaja

C. I, II, dan III sahaja

D. I, II, dan IV sahaja

16. I Haji Safuan berpegang teguh pada adat dan agama.

II Dua sahabat baik itu berjalan berpegang tangan ketika melintas jalan.
Ill Nelayan yang hanyut itu berpegang pada sekeping papan.
IV Mereka berdua berpegang pada janji untuk bertemu di perpustakaan awam pada petang
nanti.
A . I dan II sahaja

B. III dan IV sahaja

C. I, II, dan III sahaja

D. I, II, III, dan IV

17. I Dia harus dihukum kerana mengkhianati bangsa dan negaranya sendiri.
II Raju mengkhianati majikannya apabila dia tidur pada waktu pejabat.
Ill Harun tidak mahu mendengar nasihat ibu bapanya sebab itulah dia dianggap anak yang
mengkhianati orang tuanya.

IV Pengurus syarikat itu telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan kepadanya dengan
menggelapkan wang syarikat.
A. I dan II sahaja


B. III dan IV sahaja

C. I, II, dan III sahaja

D. I, II, dan IV sahaja

Soalan 18 hingga Soalan 21
Sebahagian daripada ayat berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin
mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian
yang hergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B, atau C sebagai
pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D.
18. Sebelum meninggalkaan kilang itu, setiap pelawat dihadiahkan sehelai kain batik sebagai
cenderamata.
A setiap orang pelawat dihadiahkan sehelai kain
B setiap pelawat dihadiahi sehelai kain
C sehelai kain batik dihadiahi setiap pelawat
D setiap pelawat dihadiahkan sehelai kain
19. Semua calon peperiksaan dikehendaki menjawab setiap soalan Matematik tanpa

menggunakan mesin kira.
A Semua calun peperiksaan dikehendaki
B Semua orang calon peperiksaan dikehendaki
C Peperiksaan menghendaki semua calon
D Semua calon peperiksaan dikehendaki
20. Kita wajib tegakkan kebenaran walaupun kadangkala amat sukar dilakukan.
A Kita wajib menegakkan kebenaran
B Kita harus tegak kebenaran
C Kebenaran wajib tegak
D Kita wajib tegakkan kebenaran
21. Kata orang-orang tua, anak dara tidak elok duduk di muka pintu.
A Perkataan orang tua
B Kata orang tua-tua
C Berkata orang-orang tua
D Kata orang-orang tua
Soalan 22 hingga Soalan 24
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hamper dengan ayat yang
dicetak tebal.
22. Malaysia lebih berminat jika Barat menyalurkan teknologi pemeliharaan hutan
berbanding memberi

bantuan kewangan tetapi pada masa yang sama mensyaratkan negara supaya
mengikut telunjuk
mereka.
A. Adalah lebih jika Barat menyalurkan teknologi pemeliharaan hutan daripada memberi bantuan
dalam bentuk
wang ringgit sambil mensyaratkan negara supaya mengikut kehendak mereka.
B. Berbanding bantuan kewangan, teknologi pemeliharaan hutan yang disalurkan dari Barat lebih
banyak
mendatangkan faedah kepada negara.

C. Malaysia mengalu-alukan teknologi pemeliharaan hutan dan bantuan kewangan yang
disalurkan dari
Barat dengan syarat kita tidak perlu mengikut segala kehendak mereka.
D. Negara lebih cenderung menerima teknologi pemeliharaan hutan dari Barat daripada menerima
bantuan
berbentuk kewangan yang mensyaratkan negara mengikut arahan mereka.
23 . Bayi mungkin berisiko tinggi dijangkiti AIDS daripada ibu yang menjadi pembawa
kuman HIV
menerusi proses penyusuan ibu.
A. Proses penyusuan bayi biasanya tidak begitu terdedah dengan kuman HIV sekiranya ibu

tersebut tidak
menjadi pembawa kuman AIDS.
B.
Ibu yang dijangkiti kuman HIV berkemungkinan besar mempunyai anakyang menghidap
penyakit AIDS
jika anak itu menyusu badan.
C. Kuman HIV boleh merebak melalui penyusuan ibu jika tidak dielak dan dicegah secepat
mungkin.
D. Ramai kanak-anak menjadi pembawa kuman HIV lantaran ibu mereka menghidap HIV.
24.
Para lepasan sekolah tidak perlu berasa kecewa sekiranya mereka tidak
berpeluangmelanjutkan
pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi tempatan .
A. Pusat-pusat pengajian tempatan banyak menyediakan peluang belajar kepada pelajar
lepasan sekolah.
B. Rasa kecewa tidak perlu wujud di dalam hati lepasan sekolah jika mereka tidak ditawarkan
melanjutkan
pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia.
C. Kekecewaan selalu melanda diri para pelajar yang gagal dalam peperiksaan dan seterusnya
gagal dalam

hidup.
D. Lepasan sekolah biasanya berusaha untuk mendapatkan tempat di pusat-pusat pengajian
tinggi tempatan.
Soalan 25 hingga Soalan 27
Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang
paling sesuai.
25. I Dia sedang menidurkan kedua anak perempuannya itu.
II Berduyun-duyun penduduk Gelang Patah pergi ke tepi pantai untuk melihat dugong.
Ill Dia tidak pandai memandu kereta walaupun sudah berusia 21 tahun.
IV Sudah puas dia mengulang kaji pelajaran, namun keputusan peperiksaannya masihbelum
memuaskan.
A. I dan II sahaja

B. I, II dan III sahaja

C. I, III, dan IV sahaja

D. II, III, dan IV sahaja

26. I Sudah puas abang memujuk adik, tetapi adik berterusan menangis.
II Setelah turun dari mini bas, Hamdan terus ke warung Pak Hitam untuk membeli makanan
tengah hari.
Ill Pihak polis terpaksa membebaskan penjahat yang baharu ditangkap itu kerana
kekurangan bukti.
IV Hujan lebat yang turun di pagi ini menggendalakan tugas hariannya

A. I dan III sahaja
sahaja

B. I, II dan III sahaja

C. I, II, dan IV sahaja

D. II, III, dan IV

27. I Persembahannya pada malam itu telah berjaya memikat hati ribuan penonton yang hadir.
II Tingkah lakunya yang sopan amat disenangi oleh guru-guru.
Ill "Jika kita bersikap tidak amanah, lama-kelamaan orang tidak mempercayai kita lagi," kata
Pak Zahid.
IV Tembikar daripada tanah liat itu amat halus perbuatannya.
A. I dan II sahaja
sahaja

B. I, II dan III sahaja

C . I, III, dan IV sahaja

D. II, III, dan IV

Soalan 28 hingga Soalan 30 Pilih jawapan yang paling sesuai bagi
pernyataan-pernyataan yang berkaitan dengan peribahasa di bawah ini.
Televisyen yang kamu baiki asalnya rosak sedikit, setelah kamu baiki semakin rosak pula.
28. Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas ialah
A bagai tikus membaiki labu.
B harapkan pagar, pagar makan padi.
C bertanya supaya tahu, berjalan supaya sampai.
D berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian.
29. Perbuatannya yang suka mencuri akhirnya diketahui orang ramai. Dia berasa malu untuk
keluar dari rumah.
Apa yang berlaku seperti dikatakan orang
A. ayam terlepas tangan bau tahi.
B. ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan.
C. ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam.
D. ayam ditambat disambar helang, padi di tangan tumbuh lalang.
30. Sesuatu kerja yang dilakukan itu hendaklah dilakukan sehingga selesai. Keterangan tersebut
sesuai bagi
peribahasa
A. alah bisa, tegal biasa.
B. alang-alang berminyak biar licin.
C. genggam bara api biar sampai jadi arang.
D. alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Maka Raja Iskandar Syah pun berdiri di bawah sepohon kayu, terlalulah rendang. Maka baginda
pun berburu, maka anjing perburuan itu pun diterajang oleh pelanduk putih, jatuh ke air. Maka titah
Raja Iskandar Syah, "Baik tempat ini, sedang pelanduknya lagi gagah; baiklah kita berbuat negeri
di sini." Maka sembah segala orang besar-besar, "Benarlah tuanku, seperti titah Duli Yang
Dipertuan itu." Maka disuruh baginda perbuat negeri pada tempat itu. Maka Raja Iskandar
bertanya, "Apa nama kayu ini, tempat kita bersandar?" Maka sembah orang, "Kayu Melaka
namanya, tuanku." Maka titah baginda, " Jika demikian, Melakalah nama negeri ini."
Maka Raja Iskandar Syah pun diamlah di Melaka. Adapun Raja Iskandar tatkala diam di
Singapura, tiga puluh dua tahun, maka Singapura alah oleh Jawa: maka kararlah baginda di
Melaka tiga tahun. Maka datanglah peredaran dunia, baginda pun hilanglah, dan anakanda

baginda Raja Besar Mudalah ganti kerajaan ayahanda baginda, terlalu adil perintah baginda. Maka
Raja Besar Muda pun memerintahkan istiadat takhta kerajaan baginda.
Syahadan, bagindalah yang pertama berbuat menteri mengajari orang di balai, dan
mengadakan bentara empat puluh berdiri di ketapakan balai akan menjunjungkan titah raja dan
menyampaikan sembah sekalian orang ke bawah dull baginda; dan bagindalah menjadikan anak
tuan-tuan biduanda kecil akan suruh-suruhan raja membawa segala alat raja, barang ke mana dan
barang sebagainya.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada prosa "Susur Galur
Asal Usul
Negeri Melaka", antologi Sehijau Warna Daun, Tingkatan
1, DBP)
31. Nyatakan punca Raja Iskandar meninggalkan Singapura.
A. Baginda ditewaskan oleh kerajaan Jawa
B. Baginda terkena sumpahan Raja Besar Muda
C. Baginda telah hilang keyakinan terhadap kerajaan Singapura
D. Baginda telah berjanji dengan pemerintah Singapura sebelumnya
32. Frasa maka kararlah baginda di Melaka tiga tahun yang terdapat dalam petikan membawa
maksud
A. Raja Iskandar menetap di negeri Melaka selama tiga tahun
B. Raja Iskandar mangkat setelah tiga tahun memerintah Melaka.
C. Raja Iskandar memerintah di negeri Melaka selama tiga tahun.
D. Raja Iskandar berasa kecewa tinggal di negeri Melaka selama tiga tahun
33. Persoalan yang berikut terdapat dalam petikan prosa "Susur Galur Asal Usul Negeri
Melaka", kecuali
A. adat istiadat di negeri Melaka.
B. asal usul pembukaan negeri Melaka
C. salasilah keturunan raja-raja Melaka
D. kedaulatan kerajaan dalam jajahan Melaka
34. Pernyataan yang berikut merupakan perwatakan Raja Besar Muda, kecuali
A. pemerintah yang sangat adil mentadbir negara.
B pemerintah yang mementingkan golongan diraja.
C. pemerintah yang mentadbir negara secara sistematik.
D. pemerintah yang memperkenalkan adat istiadat kerajaan Melaka.
35. Pilih salasilah raja-raja Melaka mengikut urutan yang betul.
A. Raja Besar Muda - Raja Kecil Besar —Raden Tengah — Raja Iskandar Syah
B. Raja Iskandar Syah - Raja Besar Muda - Raden Tengah — Raja Kecil Besar
C. Raja Iskandar Muda - Sultan Mahmud - Raja Besar Muda -- Raden Tengah
D. Raja Iskandar Syah - 'Raja Kecil Besar - Raden Tengah - Raja Besar Muda
Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalanyang berikutnya.
SYAIR MENYAMBUT PELAJARAN
Anakku sayang salahmu nyata,
Dalam pelajaran bertutur kata,
Duduk menulis kalam di lata,
Kembali kepada sekalian pendeta.

Kerana pelajaran beratur pangkatnya,
Jangan dicampur yang bukan masanya,
Kerja demikian besar salahnya,
Faham tak lekat dalam keduanya.
Pendengaran pasti menjadi haru,
Yang ditulis pun tentu keliru,
Laksana menumbuk beralas nyiru,
Berasnya luluh antah menderu.
Ilmu lisan tatkala disyarahkan,
Sekalian anggota wajib satukan,
Ke hati semuanya kamu kumpulkan,
Barulah pendengaran dapat difahamkan.
Semasa mendengar orang berkata,
Tangan menulis pula serta,
Telinga diasingkan daripada mata,
Mustahillah faham terangnya nyata.
(Dipetik daripada antologi Sehijau Warna Daun,
Tingkatan 1,DBP.)
36. Apakah pesanan utama yang ingin disampaikan oleh penyair?
A. Menyampaikan pesanan perlu betul
B. Hendaklah mendengar nasihat orang lain
C. Mestilah mendengar kata-kata yang benar
D. Perlu menuntut ilmu dengan cara yang betui
37. Maksud baris Telinga diasingkan daripada mata yang terdapat dalam rangkap terakhir
ialah
A. kerap memandang kin dan kanan.
B. kedudukan mata dan telinga yang tidak betui.
C. tidak memberi perhatian terhadap apa yang orang tuturkan.
D. memikirkan perkara lain ketika mendengar orang lain bercakap.

Laksana menumbuk beralas nyiru,
38. Gaya bahasa baris syair di atas ialah
A. simile
B. inversi.
C. metafora.
39. Apakah nada "Syair Menyambut Pelajaran?"
A. Sinis
B. Patriotik
C. Romantik

D. simpulan bahasa.
D. Melankolik

40. Nyatakan pengajaran utama yang diperoleh setelah membaca syair di atas.
A. Semasa belajar kita perlu mencatat
B. Mestilah serius ketika menuntut ilmu

C. Perlu memberi tumpuan semasa guru mengajar
D. Jangan melakukan kesalahan ketika membuat latihan