Pembangunan Bahan Pengajaran Dan Pembela
Pembangunan Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Berasaskan Laman
Web e-solatpekak.com Untuk Murid Ketidakupayaan Pendengaran Bagi
Tajuk Solat Fardu
Nor Shahida Baharudin
SMK Ayer Puteh Dalam
Rosadah Abdul Majid
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Perkembangan Teknologi dan Komunikasi (ICT) telah berkembang pesat seiring dunia
pendidikan di Malaysia. Oleh yang demikian, guru haruslah bersikap kreatif dan inovatif dalam
mempelbagaikan reka bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Salah satu
inovasi melalui P&P melalui laman web, sehubungan itu, penyelidik telah membina laman web
e-solatpekak. Laman web ini dibina dengan menggunakan perisian wordpress
yang
diintegrasikan bersama elemen multimedia seperti teks, audio, video, grafik dan bahasa isyarat.
Tujuan utama kajian ini untuk mereka bentuk pembinaan laman web e-solatpekak sebagai bahan
bantuan pengajaran dan pembelajaran murid ketidakupayaan pendengaran tahun dua dan tiga
bagi mata pelajaran Pendidikan Islam (PI). Metodologi pembangunan menggunakan model
ADDIE yang membahagikan aktiviti pembinaan kepada lima fasa iaitu analisis, reka bentuk,
pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Semua fasa dalam model ini melibatkan proses
analisis awal dan pembinaan. Kajian ini menggunakan borang kaji selidik untuk menstruktur
maklumat ke dalam Laman web e-solatpekak. Aspek yang dimasukkan dalam laman web ini
adalah isi kandungan yang berlandaskan sukatan pelajaran KSSRPK serta elemen multimedia.
Tujuan laman web ini di bina adalah untuk membantu murid ketidakupayaan pendengaran
memahami dan melakukan solat fardu dengan betul. Implikasi kajian, pengajaran berasaskan
laman web e-solatpekak satu proses P&P dalam bilik darjah di mana mewujudkan pembelajaran
berpusatkan murid. Di samping itu, dapat membantu dan melengkapkan pengajaran di sekolah
kerana bersifat interaktif dan menyeronokkan.
Kata Kunci:
Reka Bentuk, Pembangunan, Laman Web, Murid Ketidakupayaan Pendengaran,
dan Pembelajaran Pendidikan Islam
1
2015
ABSTRACT
The development of Information and Communications Technology (ICT) has grown rapidly
aligned to the education in Malaysia. Therefore, teachers should be creative and innovative in
designing and diversifying teaching and learning materials in school. One of the innovations
which the researcher has developed is the website of e-solatpekak. This website is basically
designed by using the Wordpress application with the integration of multimedia elements namely
text, audio, video, graphic and sign language. The main purpose of this research is to design the
e-solatpekak website as teaching and learning aid for the year 2 and year 3 „Students With
Hearing Disability/loss‟ in learning Islamic Education (PI). This development has used the
ADDIE model as the methodology where the developing activities could be divided into five
phases namely analysis, design, development, reinforcement and assessment. In this model, all
the phases involve the process of early analysis and construction. This research has used the
questionnaire to structure the information into e-solatpekak website. Aspect which has been
applied to this website is the learning content from KSSRPK curriculum specification and
certain multimedia elements. The whole idea of this website is to assist the learners who have
learning impairment in understanding and performing the fard prayers. The implication of
research is learning based on the e-solatpekak could establish the learner-centredness
environment. It also might help to facilitate the teaching process, as it is interactive and
engaging.
Keyword: Design, Development, Website, Students with Hearing Disability/loss, and Learning
Islamic Education
PENGENALAN
Reka bentuk pengajaran juga merupakan rekayasa yang digunakan oleh guru bagi
membina dan merancang segala aspek pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovasi.
Kandungan dan bahan bantuan mengajar (BBM) mestilah berkualiti supaya pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan yang baik. Seorang guru akan merancang pengajaran dan
pembelajaran sebelum memasuki bilik darjah. Menurut Kamarulzaman Abd. Ghani et al. (2002)
guru agama perlu menjadikan Pendidikan Islam sebagai satu mata pelajaran yang menarik dan
diminati pelajar. Justeru itu, setiap pendidik seharusnya dapat menguasai reka bentuk pengajaran
bagi menjamin kualiti pembelajaran dan pengajaran yang baik dan berkualiti. Definisi reka
bentuk pengajaran adalah suatu proses untuk membina bahan pengajaran seperti modul bercetak,
video pengajaran, perisian komputer dan sebagainya. Proses ini mencakupi proses reka bentuk
dan proses membina bahan. Ia meliputi reka bentuk sistem pengajaran, reka bentuk strategi
pengajaran, reka bentuk mesej pengajaran dan ciri-ciri pelajar. Sebagai contoh mereka bentuk
laman web merupakan salah satu BBM pengajaran yang dipilih oleh guru sebelum P&P
bermula. Namun isunya adalah sama ada maklumat itu sahih atau sebaliknya.
Norazah & Mohd Amin (2008) menjelaskan maksud laman web ialah satu halaman yang
mempunyai persembahan visual yang menarik dan unik serta melibatkan grafik latar belakang,
logo, saiz tulisan, butang menu dan kombinasi warna. Oleh itu, dalam konteks kajian ini, laman
2
2015
web ialah paparan pada skrin komputer yang mengandungi maklumat serta bahan-bahan tertentu
yang boleh diaplikasikan sebagai media P&P PI. Justeru itu, pendidik, haruslah membangunkan
laman web berkaitan mata pelajaran yang diajarnya. Laman web tersebut hendaklah memuatkan
sebanyak mungkin maklumat yang berkaitan bagi memudahkan murid mendapatkan rujukan dan
maklumat. Banyak kajian yang telah dijalankan di Malaysia membuktikan bahawa Pengajaran
dan Pembelajaran menggunakan laman web berjaya menarik minat murid untuk belajar ( Abdul
Muhaimin 2004, Rosnani 2005, Rahimah 2006, Nor Rasimah 2007 dan Siti Jamilah 2011).
Dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Abdul Muhaimin (2004) menyatakan
pengajaran berasaskan laman web dapat menarik minat murid belajar dan kajian ini selari dengan
kajian yang dijalankan oleh Rosnani (2005), Rahimah (2006), Nor Rasimah (2007) dan Siti
Jamilah (2010). Kenyataan ini diperkukuhkan lagi melalui dapatan kajian Ab. Halim Tamuri dan
rakan-rakan (2011) yang menjalankan satu kajian terhadap 2126 orang murid berkaitan PdP
pendidikan Islam yang paling digemari oleh murid di sekolah. Dapatan kajiannya menunjukkan
penggunaan komputer, tayangan filem atau video dan melayari laman web merupakan enam
aktiviti yang paling diminati oleh murid dalam PdP Pendidikan Islam. Manakala kajian Zaidatun
et al. (2008) menyatakan kajian di Universiti John Hopkin menunjukkan murid berminat dalam
kelas yang menggunakan komputer dan jarang ponteng kelas, malah sudi memperuntukkan
masa untuk belajar menggunakan komputer. Oleh yang demikian, kaedah pengajaran tradisional
haruslah diintegrasikan dengan pengajaran “hypermedia” iaitu menggabungkan animasi, audio,
video, dan grafik untuk menyokong pengajaran di sekolah. Secara tidak langsung kaedah ini
meningkatkan murid ketidakupayaan pendengaran untuk belajar dengan lebih berkesan. Hal ini
telah terbukti dengan kajian Kajian Tileston (2005) berkenaan otak yang hanya 20 peratus
murid yang belajar melalui pendengaran, manakala 80 peratus lagi pelajar melalui penglihatan
atau visual .
Di Malaysia, Pendidikan Khas ketidakupayaan Pendengaran telah bermula pada tahun
1954 iaitu sebelum merdeka apabila kelas Pendidikan Khas dan Sekolah Murid-murid Pekak
Persekutuan dibuka sehinggalah ke hari ini. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kementerian
Pendidikan Malaysia untuk membantu golongan ini. Hal ini jelas, perubahan pesat yang berlaku
di sekolah menyebabkan pendekatan P&P Pendidikan Islam Murid Berkeperluan Khas turut
diubahsuai dengan perkembangan teknologi masa kini. Terdapat pelbagai cadangan yang
diberikan untuk menjadikan PdP Pendidikan Islam Murid Berkeperluan Khas lebih menarik.
salah satunya adalah melalui reka bentuk pembelajaran berasaskan web kerana ia
menggabungkan teknologi multimedia yang terdiri daripada teks, animasi , video, grafik, audio
dan elemen interaktif (Mohd Arif & Mohd Jasmy 2000).
Kesimpulannya dapatan kajian sama membuktikan P&P berasaskan laman web
memberi kesan yang positif kepada murid-murid di sekolah. Oleh itu, pembinaan bahan P&P
berasaskan laman web e-solatpekak adalah sangat wajar di ketengahkan, terutamanya bagi
membantu golongan Pendidikan Khas ketidakupayaan pendengaran kerana kekurangan bahan
sumber rujukan yang disokong dengan bahan bahasa isyarat. Tujuan utama kajian ini adalah
memberi tumpuan kepada pembangunan laman web e-solatpekak bagi membantu guru dan
murid ketidakupayaan pendengaran dalam mempelajari mata pelajaran pendidikan Islam
masalah pendengaran KSSRPK sebagai sumber rujukan dengan mudah dan cepat. Maklumatmaklumat yang akan dimasukkan dalam laman web tersebut akan disertakan dengan bahasa
isyarat yang merangkumi Sukatan Pelajaran, pengenalan solat fardu, perlakuan solat, lafaz niat
3
2015
solat, waktu solat, bacaan dalam solat, syarat-syarat sah dan wajib solat , perkara-perkara yang
membatalkan solat, bahan multimedia, klip video dan pautan kepada laman web yang
bersesuaian. Objektif kajian ini adalah bertujuan :
i) membangunkan bahan pengajaran berasaskan web e-solatpekak bagi mata pelajaran
Pendidikan Islam tahun 2 dan 3 bab Ibadah.
Kajian ini adalah sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
yang memberi hak yang sama rata dalam mengakses pendidikan dan memanfaatkan ICT bagi
meningkatkan kualiti pembelajaran di malaysia.
KAJIAN LITERATUR
Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Pendidikan Islam Bagi Murid
Ketidakupayaan Pendengaran
Dalam sistem Pendidikan Malaysia, mata pelajaran Pendidikan Islam mula diwajibkan kepada
murid yang beragama Islam Akta Pendidikan 1996 (akta 550 seksyen 50), telah menetapkan
bahawa jika dalam institusi pendidikan terdapat lima orang atau lebih yang menganut agama
Islam, murid-murid ini hendaklah diberi pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh
Pihak Berkuasa Negeri (Hamdi, Abd. Halim et al. 2012). Oleh yang demikian mata pelajaran
Pendidikan Islam turut diajar di Sekolah Pendidikan Khas di seluruh Malaysia. Ekoran itu,
terdapat pelbagai strategi dan kaedah yang telah dijalankan oleh guru untuk menyampaikan P&P
kepada murid pendidikan khas terutamanya murid ketidakupayaan pendengaran seperti
menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan
semasa (Sukatan Pelajaran KSSRPK Pendidikan Islam 2011). Guru tidak perlu menggubal
kurikulum, tetapi perlu memilih bahan sumber yang bersesuaian untuk melaksanakan kurikulum
berkesan (Noriati A.Rashid et al. 2012). Menurut Abdul Rauf (1998) gabungan pelbagai aktiviti
pengajaran yang melibatkan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik akan membawa kepada
pengajaran yang berkesan. Di samping memudahkan proses P&P, teknik pengulangan dalam
kalangan murid ketidakupayaan pendengaran harus ditekankan . Penyataan ini disokong dengan
hasil dapatan kajian Safani Bari et al. (2002) yang menyatakan bahawa kanak-kanak
ketidakupayaan pendengaran amat sinonim dengan masalah-masalah komunikasi, sosial dan
akademik .
Satu kajian tentang masalah penguasaan bacaan asas solat dalam kalangan pelajar
bermasalah pendengaran yang dijalankan oleh Ainur Farhaan Harun (2013) mendapati
penguasaan multimedia dapat meningkatkan daya ingatan murid pendidikan khas
ketidakupayaan pendengaran . Kajian ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Norliza
Hussin et al. (2013) yang membuktikan pelajar bersikap positif, berupaya mempelajari
kemahiran literasi maklumat menggunakan transformasi P&P menggunakan internet untuk
memaksimumkan tahap pemahaman di kalangan murid di sekolah. Pendapat ini, sealiran dengan
pandangan Woolfolk (1998), yang menegaskan bahawa pemprosesan maklumat dalam P&P
merupakan aktiviti mental manusia yang berkaitan dengan proses menerima maklumat,
menyimpan dan memproses semula semua maklumat untuk digunakan. Proses ini melibatkan
4
2015
ingatan sensori yang melibatkan deria penglihatan, deria pendengaran, deria rasa, deria bau dan
sentuhan.
Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam Berasaskan Web
Penggunaan IT dalam PdP perlu diberi tumpuan oleh guru Pendidikan Islam kerana
penggunaannya mampu menarik minat murid terhadap Pendidikan Islam (Kamarul Azmi dan
Halim Tamuri 2012). Pengajaran berasaskan web mempunyai keistimewaan tersendiri
berbanding pengajaran tradisional Relan dan Gillani (1997). Pengajaran berasaskan web
menggalakkan pembelajaran melalui pengalaman yang mana proses pembelajaran diintegrasikan
dengan kehidupan seharian. Seterusnya pengajaran berasaskan web, murid turut menjalani
hubungan sosial yang baik dengan berinteraksi antara satu sama lain ketika menyempurnakan
tugasan. Secara tidak langsung pembelajaran kolaboratif turut diaplikasikan. Sumber maklumat
juga tidak lagi tertakluk kepada penggunaan buku teks dan guru sebaliknya ianya boleh
diperoleh daripada sumber web atas talian menggunakan komputer. Pengajaran menjadi lebih
menarik berbanding kandungan yang statik dan bersifat interaktif. Selain itu, pendekatan P&P ini
juga bersifat “hands-on” dan “mind-on” yang menjadikan suasana pembelajaran berpusatkan
murid dan bahan, murid dan guru dan murid dan ICT dan dapat memaksimumkan pemahaman
dengan lebih berkesan.
Penggunaan internet dalam P&P menunjukkan kaedah ini dapat menarik minat pelajar
dan meningkatkan pencapaian murid di sekolah. Ini dibuktikan dengan kajian Abdul Muhaimin
(2004), Rosnani (2005, Rahimah (2006) dan Nor Rasimah (2007). Kajian Abdul Muhaimin
(2004) membuktikan laman web macromedia fireworks berjaya menarik minat pelajar untuk
belajar. Kajian Rosnani (2005) menyatakan pembelajaran Bahasa Inggeris berbentuk web
menunjukkan peningkatan dalam pencapaian mata pelajaran bahasa Inggeris berbanding pelajar
yang belajar secara tradisional. Kajian Rahimah (2006) membuktikan penggunaan laman web
topik Garis Imbas sebagai media pengajaran dan pembelajaran dapat membatu pemahaman dan
pembelajaran pelajar di Politeknik Port Dickson. Kajian ini juga selari dengan kajian Nor
Rasimah (2007) yang mendapati laman web interaktif berjaya menarik minat murid untuk
memahami bahasa Jepun.
Che Raziyusnita (2007) juga telah menjalankan kajian tentang penggunaan laman web
pendidikan dalam kalangan 116 orang guru Pendidikan Islam (PI) di daerah Seremban. Kajian
beliau menunjukkan pengalaman guru mengaplikasikan web dalam pengajaran telah
menimbulkan rasa seronok dan minat murid terhadap pengajaran PI. Seterusnya, hasil kajian
mendapati wujud hubungan di antara pengetahuan terhadap komputer dengan tahap penggunaan
laman web serta kemudahan komputer dan internet dilihat mempunyai perkaitan yang positif
dengan tahap penggunaan web pendidikan. Bertepatan dengan pandangan Norazah et al. (2009)
yang mengakui bahawa penggunaan teknologi memberi implikasi baru yang lebih efektif dalam
P&P dan menyumbang kepada kelancaran dalam pendidikan termasuklah bidang PI. Kajian ini,
selari dengan kajian yang dijalankan oleh Norliza Hussin, Mohamad Sattar Rasul dan
Roseamnah Abd. Rauf (2013) membuktikan penggunaan laman web sebagai transformasi
dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam masa kini.
METODOLOGI KAJIAN
Metodologi kajian adalah berkaitan pembangunan laman web e-solatpekak. Oleh itu,
5
2015
satu model reka bentuk pengajaran dan pembelajaran diperlukan untuk membangunkan
sesebuah laman web. Model reka bentuk pengajaran ini memainkan peranan penting dalam
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Model ADDIE telah dipilih sebagai
panduan dalam mereka bentuk pengajaran dalam laman web ini. Model ini dipilih kerana setiap
fasa dalam model ini adalah sesuai dengan proses pembinaan laman web ini. Selain itu, proses
pembangunan
menggunakan perisian Wordpress sejajar Sukatan Pelajaran KSSRPK
Ketidakupayaan Pendengaran murid tahun 2 dan 3 bab ibadah (solat) di Sekolah Rendah
Pendidikan Khas Melaka.
Fasa Pembangunan Menggunakan Model Addie
Terdapat beberapa model yang digunakan dalam menghasilkan reka bentuk pengajaran,
antara model yang terawal ialah model ADDIE. Pengkaji menggunakan model ADDIE kerana
model ini menjadi sumber kepada kemunculan model-model lain seperti model Morrison, Ross
dan Kemp, model Seels dan Glasgow, serta model Dick and Carey. Buktinya hampir semua
model reka bentuk mempunyai lima prinsip utama ADDIE iaitu “Analyze”, “Design”,
“Develop”, “Implement”, dan “Evaluate” (Kruse, 2009). Model ADDIE adalah satu proses
yang sistematik yang melibatkan lima langkah umum dalam mereka bentuk sesuatu pengajaran
iaitu Analisis(Analysis), Reka bentuk(Design), Pembangunan(Development), Pelaksanaan
(Implementasion) dan Penilaian(Evaluation) http://www.tzanis.org/Courses/ADDIE/
Dalam fasa analisis ini, masalah yang ingin diselesaikan akan dikenal pasti secara
keseluruhannya. Masalah boleh ditentukan melalui pembangunan konsep, penyataan tujuan,
kenal pasti pengguna sasaran, perbincangan, pemerhatian, temu bual, tinjauan , bacaan dan soal
selidik. Pada peringkat ini, masalah pengajaran dijelaskan, objektif dan matlamat pengajaran
ditetapkan. Persekitaran pembelajaran dan pengalaman sedia ada murid juga dikenal pasti.
Soalan-soalan berikut boleh digunakan sebagai panduan menganalisis. Siapakah kumpulan
sasaran dan apakah ciri-ciri mereka?. Apakah hasil pembelajaran? Apakah pilihan strategi
penyampaian? Ini amat penting supaya reka bentuk instruksi atau pengajaran yang dihasilkan
menepati matlamat pengajaran dan sebagainya.
Fasa reka bentuk pembangunan spesifikasi pemilihan tapak laman web, sistem
penyebaran, elemen yang dimasukkan contohnya audio dan video. Fungsi dan elemen navigasi
yang digunakan hendaklah boleh membantu pengguna . Akhirnya pengguna boleh menekan
butang antara muka pengguna seperti reka bentuk skrin, objek disusun, bagaimana pengguna
berinteraksi dan mengemudi di dalam aplikasi.
Fasa pembangunan antara muka. Penyediaan papan cerita, apa yang pengguna lihat pada
skrin dan bagaimana ia dihubungkan antara satu sama lain. Pembangunan isi kandungan,
maklumat atau bahan yang berkaitan dengan projek yang akan dibangunkan meliputi proses
pengumpulan, penterjemahan bahasa isyarat dan pengubahsuaian elemen yang digunakan.
Fasa pelaksanaan adalah proses pengujian sebelum dilaksanakan bagi memastikan tiada
masalah sebelum beroperasi. Mengikut peruntukan masa dan kehendak pengguna. Turut juga
bergantung kepada konfigurasi sistem tersebut. Pengujian dipelbagaikan platform untuk
memastikan projek tersebut boleh diguna pakai.
6
2015
Fasa Penilaian merangkumi pengujian formatif dan sumatif. Formatif adalah pengujian
dalaman, draf kerja yang belum siap 100% kemungkinan terdapat kesilapan. Sumatif adalah
pengujian yang sebenar iaitu maklum balas daripada pengguna atau murid. Dalam reka bentuk
laman web e-solat pekak ini penilaian tertumpu aspek reka bentuk laman web e-solatpekak
dan isi kandungan oleh pakar dalam bidang berkenaan secara dalaman. Setiap fasa dijelaskan
seperti rajah 1 di bawah:
Rajah 1 : Kerangka Konseptual Proses Pembangunan Sistem PdP Berasaskan Laman Web esolatpekak diadaptasi berdasarkan Model ADDIE
Analisis(Analysis)
-Temu bual murid dan guru Pend. Khas ketidakupayaan pendengaran
-Kajian Perpustakaan
-Rujukan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam tahun 2 dan 3 KSSRPK
Reka Bentuk(Design)
-Pemilihan tapak laman web
-Sumber
-Proses
-Kesimpulan
Pembangunan(Development)
-Membangunkan web e-solatpekak
Menggunakan wordpress
Pelaksanaan(Implementation)
-Persembahan dan diterbitkan laman web e-solatpekak
Penilaian(Evaluation)
-Pakar bahagian reka bentuk dan isi
kandungan menilai
Sumber : Noriati A. Rashid 2012
Proses Pembangunan Pengajaran Dan Pembelajaran Laman Web E-Solatpekak.
Berdasarkan kerangka konsep yang diterangkan dalam rajah 1 terdapat 5 fasa dalam
membangunkan laman web ini, iaitu fasa analisis, reka bentuk, pembangunan, perlaksanaan dan
penilaian. Perisian bahan pengajaran berasaskan web yang menggunakan pendekatan wordpress
telah dibangunkan. Pada tahap analisis, pengkaji telah menganalisa bahan pengajaran mengikut
7
2015
keperluan murid ketidakupayaan pendengaran tahun 2 dan 3 serta sukatan pelajaran Kurikulum
Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) 2011.
Sebelum laman web ini dibina, satu soal selidik dan temu bual dijalankan kepada murid
dan guru di salah sebuah sekolah rendah ketidakupayaan pendengaran di Melaka. Berdasarkan
dapatan ini, murid ketidakupayaan pendengaran telah terdedah dengan kaedah P&P mata
pelajaran Pendidikan Islam menggunakan web di sekolah. Selain itu, terdapat juga sukatan
pelajaran berkaitan bab solat fardu di tahap 2 dan 3, namun begitu, dapatan kajian juga
mendapati terlalu sedikit bahan bantuan mengajar yang berbantukan bahasa isyarat dalam bab
solat di laman web untuk dijadikan sebagai rujukan. Hal ini selari dengan kajian yang dijalankan
oleh Hamdi Ishak et. al (2013) yang menyatakan guru Pendidikan Islam mengajar mengikut
sukatan pelajaran dalam PdP mata pelajaran PI bagi murid ketidakupayaan pendengaran dan
dapatan kajian yang dijalankan oleh
Norliza Hussin et al. (2013 )yang mencadangkan
penggunaan laman web sebagai transformasi dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan
Islam masa kini.
Pada fasa reka bentuk laman web dibina dan dibangunkan berdasarkan perisian pilihan
mengikut tema di dalam wordpress. Reka bentuk menjurus kepada Web Education Sites yang
bertujuan menyediakan informasi dan pelbagai bahan dan kegiatan pendidikan. Hasilnya, reka
bentuk laman web e-solatpekak yang dicadangkan adalah seperti rajah di bawah:
1. Header
2. Menu
3. Paparan Teks
4.Footer A
5. Footer B
Rajah 2 : Rangka reka bentuk laman web e-solatpekak
Fasa pembangunan pula, perincian bahagian header telah di masukkan gambar
rangsangan yang menjurus kepada tajuk laman web e-solatpekak. Butang menu di bahagikan
kepada 5 bahagian iaitu menu, pengenalan, nota, latihan, permainan, video dan rujukan.
Manakala semua bahan dari menu akan dipaparkan pada bahagian paparan teks. Bahagian
sebelah kanan laman web iaitu footer A akan diisi dengan panduan waktu solat dan kalender
untuk memudahkan rujukan pengguna mengenai waktu solat semasa. Bahagian terakhir,
diletakkan bilangan pengunjung pada bahagian footer B bagi mengetahui bilangan pengunjung
ke laman web ini.
Setelah dibangunkan laman web ini di terbitkan dalam World Wide Web (WWW) pada
pautan url e-solatpekak.com supaya menjadi salah satu bahan bantuan P&P terutama murid
ketidakupayaan pendengaran di sekolah dalam mata pelajaran pendidikan Islam bab solat.
Laman web ini juga turut disebarkan dan sekolah rendah pendidikan khas di Melaka dan
8
2015
Selangor.
Selain itu, bahagian terakhir adalah fasa penilaian. Fasa ini, 2 penilaian dijalankan iaitu
kesahan dari segi reka bentuk dan kesahan kandungan. Kesahan dan kebolehpercayaan ini telah
disahkan oleh pakar di dalam bidang Pendidikan Islam dan pakar IT. Pengukuran dibuat
mewakili aspek kandungan dan reka bentuk (Chua Yan Piaw 2011). Namun begitu, penilaian
berdasarkan model ADDIE adalah berjalan secara berterusan untuk penambahbaikan laman web
ini mengikut keperluan murid.
Hasil pembangunan laman web e-solatpekak adalah seperti rajah 3 hingga 8 di bawah.
Laman web ini memaparkan antara muka bahan pengajaran e-solatpekak yang telah
dibangunkan. Rajah tersebut juga menunjukkan 5 komponen e-solatpekak iaitu perisian muka
depan, menu utama , kandungan, latihan, permainan video dan rujukan.
Rajah 3 : Paparan muka depan e-solatpekak
Apabila pengguna melawat laman web ini, pengguna akan berjumpa dengan paparan di
atas. Tujuan panduan penggunaan perisian ini dibincangkan adalah untuk membolehkan
pembaca dan pengguna perisian mendapat panduan yang perlu diikuti sebelum menggunakan
perisian yang ini. Selain itu , terdapat juga “kounter pengunjung” dan video belajar bahasa
isyarat.
9
2015
Rajah 4 : Paparan Menu Utama
Menu utama adalah tapak di mana sesi pembelajaran berbantukan komputer ini bermula.
Pengguna hanya perlu klik pada menu yang berkenaan untuk mulakan sesi pembelajaran.
Kebebasan diberikan kepada pengguna untuk memilih ke mana pengguna mahu pergi. Apabila
pengguna melalukan tetikus pada butang yang berkenaan, terdapat perubahan warna butang
tersebut.
Rajah 5: Paparan Pengenalan
Pengguna akan dipaparkan dengan maksud solat dan set induksi perisian pada peringkat
awal supaya mereka akan mempunyai sasaran yang konkrit untuk mempelajari bab solat.
Paparan maksud solat yang merangkumi dari segi bahasa, istilah dan dalil solat. Manakala set
induksi yang dipilih adalah terdiri gambar dan video yang berkaitan solat. Situasi ini dipilih
kerana kebiasaannya murid pendengaran mudah memahami dengan bantuan visual dan bahasa
isyarat yang disertakan untuk menarik perhatian pengguna.
10
2015
Rajah 6: Paparan Nota
Paparan nota dalam laman web ini disertakan paparan bacaan dalam solat, niat solat
fardu, perkara yang membatalkan solat, perlakuan dalam solat, rukun solat, syarat wajib dan sah
solat. Semua nota ini di sertakan dengan bahasa isyarat dan hyperlink bagi memudahkan
pemahaman pembaca. Semua paparan yang disediakan adalah mengikut sukatan pelajaran
KSSRPK.
Rajah 7 : Latihan
Paparan latihan adalah untuk memudahkan pengguna mengimbas semula kefahaman
terhadap bab solat. Latihan ini juga disertakan bahasa isyarat untuk memudahkan pengguna.
Selain itu, latihan juga berdasarkan elemen-elemen dalam Penaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS).
11
2015
Rajah 7 : Permainan dan Rujukan
Satu permainan flash telah disediakan dalam laman web ini. Pengguna perlu muat turun
permainan yang disediakan. Tujuan permainan ini disediakan adalah untuk menyedarkan
pengguna tentang aplikasi “jomsolat” secara interaktif. Di samping itu, permainan yang
disediakan juga bertujuan menghilang rasa jemu pengguna dalam mempelajari bab solat. Ia
juga untuk menarik minat pelajar untuk melayari laman web ini. Selain itu disediakan juga bahan
rujukan.
PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI
Secara amnya, reka bentuk antara muka pengguna(skrin paparan) yang konsisten
memudahkan pengguna menggunakan sisten P&P berasaskan e-solatpekak. Sistem PdP
berasaskan e-solatpekak ini mengaplikasikan unsur-unsur hypermedia seperti hiperteks, grafik,
audio, video dan warna menjadikan persembahan sistem lebih menarik murid ketidakupayaan
pendengaran. Hal ini akan menarik minat murid belajar sepanjang proses PdP berjalan.
Kenyataan ini, selari dengan kajian yang dijalankan oleh
Norliza Hussin et al. (2013),
penggunaan internet dan aplikasi web, bukan sahaja memberi kemudahan kepada murid-murid
dan guru malahan proses pengajaran menjadi lebih efektif dan menyeronokkan. Perkara ini juga
banyak membantu dan melengkapkan tugasan guru dalam proses P&P. Penggunaan web dalam
P&P PI merupakan langkah yang mesti dilaksanakan, dimanfaatkan secara maksimum untuk
mempertingkatkan keberkesanan pengajaran.
Dalam sistem P&P berasaskan laman web e-solatpekak ini mempunyai beberapa
keistimewaan yang pada kebiasaannya jarang diaplikasikan oleh P&P berasaskan web yang lain.
Contohnya untuk menimbulkan rasa minat dan keseronokan murid belajar iaitu bahagian
pengenalan boleh mewujudkan satu situasi yang mengarahkan murid menyambung
pembelajaran. Sebagai pengukuhan ada latihan tambahan yang disediakan. Pengguna juga boleh
mencetak nota dan sebagai ganjaran ada aktiviti permainan sebagai kesimpulan. Semua aplikasi
yang dibangunkan mengenai solat ini juga boleh mengakses di mana jua mereka berada tanpa
mengira masa, lokasi dan mengikut keperluan. Hal ini di sokong oleh Saunder (2003) yang
mendapati pendekatan P&P yang berasaskan web ini mera pengguna dan mampu menarik minat
murid kerana web memenuhi keperluan sumber pembelajaran.
12
2015
Secara umumnya web e-solatpekak ini, masih terdapat kekurangan dan kelemahan
dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan laman web yang perlu kepada
penambahbaikan dan pemurnian. Implikasinya dapat dirumuskan seperti berikut:
Laman Web e-solatpekak berfungsi sebagai sumber bahan bantuan yang boleh
digunakan oleh murid dan guru pendidikan khas untuk diakses di mana jua. Maka penggunaan
laman web adalah salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang amat sesuai pada masa
ini, berbanding dengan pendekatan konvensional yang lazim. Oleh sebab itu aktiviti
pembangunan laman web melalui Internet sebagai satu bahan perantara untuk menyampai
maklumat.
Guru mestilah mempunyai sifat berdaya saing dalam mengaplikasikan teknologi dalam
pendidikan. Sebenarnya sekarang ini untuk membina laman web sangat mudah. Sekiranya kita
tidak mampu menggunakan perisian yang hebat-hebat, setakat menggunakan 'Microsoft Word'
pun sudah memadai. Sekiranya kita tidak mampu juga membinanya sendiri, kita boleh
menggunakan laman-laman web yang khusus untuk pendidikan yang telah dibangunkan oleh
orang lain secara percuma dari seluruh dunia. Kita seharusnya telah bersedia untuk menyediakan
masyarakat khususnya murid ketidakupayaan pendengaran yang boleh bersaing di peringkat
dunia pada masa hadapan.
Pihak berwajib perlulah mempertingkatkan kemudahan prasarana IT di Sekolah
Pendidikan Khas dan membekalkan keperluan teknikal yang mencukupi seiring dengan
perubahan ICT. Prasarana IT merangkumi aspek seperti bahan-bahan dan kursus multimedia dan
prasarana bilik darjah iaitu komputer, alat audio-visual dan e-mail, pusat media yang
mengandungi bahan-bahan multimedia network dan internet, makmal komputer khas, pusat
perkembangan multimedia untuk perkembangan dan perekaan alat-alatan untuk bahan-bahan
multimedia dan sebagainya.
Selain itu, peralatan komputer yang bersesuaian, teknologi serta capaian kepada
rangkaian internet menjadi masalah kepada pengguna terutamanya kepada mereka yang tinggal
di kawasan pendalaman di mana akses kepada internet masih lagi terhad. Kadar kelajuan internet
rendah juga menyebabkan pengguna tidak dapat melihat paparan pada sesebuah web
pembelajaran secara lancar dan jelas seperti paparan video dan animasi. Masalah ini
menyebabkan penyampaian kandungan pelajaran tidak dapat disampaikan dengan baik, murid
mudah berasa bosan dan hilang fokus terhadap pelajaran seterusnya, kaedah pembelajaran
berasaskan web menjadi tidak berkesan.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, ICT dalam pendidikan telah menjadikan pengajaran dan penyampaian
ilmu tanpa sempadan. Justeru itu, penggunaan P&P berasaskan web e-solatpekak mata pelajaran
Pendidikan Islam menjadikan pengajaran lebih berkesan dan dapat mewujudkan suasana
pembelajaran interaktif dan menyeronokkan. Selain itu juga, untuk menjayakan penggunaan
ICT di dalam bidang pendidikan, semua pihak yang terlibat secara langsung seperti Bahagian
Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pentadbiran
Sekolah, para pendidik khususnya guru pendidikan khas dan ibu bapa haruslah bekerjasama dan
berusaha dengan gigih untuk mengatasi halangan-halangan yang timbul untuk menjayakan
penggunaan ICT di kalangan murid pendidikan khas di sekolah.
13
2015
RUJUKAN
Ab. Halim Tamuri & Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff. 2011. Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abdul Muhaimin Osman. 2004. Pembangunan Modul Elektonik Berasaskan Laman Web Belajar
Mengenai Micromedia Fireworks mx. Kertas Projek Sarjana Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Addie
model.
Diperolehi
pada
9
Januari
2011,
http://www.tzanis.org/Courses/Readings/Session5.pdf
sumber
dari
Chua Yan Piaw. 2011. Kaedah Penyelidikan Edisi Kedua . McGraw Hill. Sdn. Bhd.
Che Raziyusnita Irni Che Wan . 2007. Penggunaan Laman Web dalam Kalangan Guru
Pendidikan Islam di Daerah Seremban. Tesis Sarjana Pendidikan: UKM
Hamdi Ishak, Ab Halim Tamuri, Rosadah Abdul Majid & Safani Bari. 2012. Amalan
Pengajaran Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan
Khas(Masalah Pendengaran). Jurnal of Islamik and Arabic Education .
Jamaluddin Harun, Baharuddin Aris & Zaitun Tasir. 2002. Pembangunan Perisian Multimedia
Satu Pendekatan Sistematik. Kuala Lumpur : Venton Publising
Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. 2012. Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran &
Pembelajaran. Cetak Ratu Berhad: Johor Baru.
Kamarulzaman Abd. Ghani, Khadijah Abd. Razak & Mohd. Amin Embi. 2002. Prosiding
Kebangsaan Profesion Perguruan. 2002. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2012. Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Masalah
Pendengaran KSSRPK. Tahun 3 : Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kruse, K. . 2009. Introduction to instructional design and the ADDIE model. Diperoleh pada 1
Jun 2014, sumber dari http://www.transformativedesigns.com/id_systems.html
Mohd Arif Ismail & Mohd Jasmy Abdul Rahman. 2000. Pembinaan Laman Web untuk
Pengajaran: Fokus terhadap kursus GE2123. Teknologi dan Inovasi dalam
Pendidikan. Kertas Kerja ini dibentangkan di Seminar Pendidikan Kebangsaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, 14-15 November.
Nor Rasimah Mohd. Rashid. 2007. Pembangunan Laman web Interaktif Asas Komunikasi
Bahasa Jepun. Tesis Sarjana . Universiti Kebangsaan Malaysia.
Noraini Bte Ab Talib. 2010. Pembangunan Web Portal Pendidikan Berasaskan Multiply
Bertajuk “ Chemical Bonds” Bagi Mata Pelajaran Kimia Tingkatan 4. Tesis
Sarjana Muda Universiti teknologi Malaysia: Skudai.
14
2015
Norliza Hussin, Mohamad Sattar Rasul & Roseamnah Abd. Rauf. 2013. Penggunaan Laman
Web Sebagai Transformasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan
Islam. The Online Journal of Islamic Education June 2013, Vol. 1 Issue 2
Norasikin Fabil et.al. . 2005. Aplikasi Perisian Talaqqi Musyafahah dalam Pembangunan
Perisian Multimedia Tajwid. Al-Bayan Journal of Al-Quran & al-Hadith. Hlm.
83-108.
Norazah Mohd Nordin. 2003. Pembangunan dan keberkesanan pakej Multimedia Berasaskan
pendekatan Hybrid dalam Mata Pelajaran Matematik (matrik) Tingkatan Enam
Sekolah Bestari . Tesis Dr Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia.
Norazah Mohd. Nordin & Ngau Chai Hong. 2009. Pembangunan dan Penilaian Bahan
Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Web-Webquest bagi Mata pelajaran
ICT. Jurnal Pendidikan Malaysia Jilid 34. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Norazah Mohd Nordin & Mohamed Amin Embi. 2008. Pengintegrasian ICT dalam Pendidikan
Penyelidikan, Amalan dan Aplikasi. Shah Alam: Penerbit Karisma Publications.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Wan Kamaruddin Wan
Hasan . 2012. Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Edisi Kemas
Kini. Shah Alam. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Rahimah Shahar. 2006. Pembangunan Laman web Sebagai Media Pengajaran di Politeknik Port
Dickson: Topik Garis Imbas. Kertas Projek sarjana Pendidikan : Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Relan A. and Gillani,B.B. 1997. Web-web Instruction and The tradisional Classroom:
Similarities and Difference. Educational Teknology Publication
Rosnani Hashim. 2005. Pembelajaran bahasa Inggeris Berbantukan Web(WBAL): Pencapaian
Pelajar Berdasarkan Lokasi Sekolah dan Tahap Pendidikan . Konvensyen
Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan .
Safani Bari, Manisah Ali, Noraini Mohd. & Aliza Alias. 2002. Penggunaan Alat Bantuan
Pendengaran di Kalangan Murid-murid Bermasalah Pendengaran. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Saunders, G. 2003. Integrating Information and Comunication Technology (ICT) into a Face-toface Undergraduate Couse. Atas talian http://www.elearningeuropa.info/doc.php?
( 1 Mei 2014)
Siti
Jamilah Jamaluddin . 2010. Reka bentuk dan Pembangunan Bahan Pengajaran dan
Pembelajaran Berasaskan web(webQuest) Bagi Mata Pelajaran ICT Tajuk
Computer Security. Tesis Sarjana . Universiti Kebangsaan Malaysia.
Siti Salbiah Ahmad . 2007. Pembangunan Laman Web Mata Pelajaran Mekanik Tesis Sarjana :
Universiti Tun Hussin Onn Malaysia.
Tileston , D.W. 2005. 10 Best Teaching Practice. Califonia: Corwin Press.
15
2015
Woolfolk,A.E. 1998. Educational Psychology. 7th ed. Boston: Allyn & Bacon.
ZaidatulTasir & Rio Sumarni Shariffuddin . 2008. Sistem Pembelajaran Matematik Berasaskan
Kecerdasan Pelbagai (MIMCO). Johor Baru: Universiti Teknologi Malaysia.
16