Tajuk Disiplin Pelajar Keruntuhan Instit

Tajuk : Disiplin Pelajar : Keruntuhan Institusi Keluarga Dan Pengaruh Rakan Sebaya.
Bab Satu
Pengenalan
1.1 Pengenalan.
1.2 Penyataan Masalah.
1.3 Objektif Kajian.
1.4 Soalan Kajian.
1.5 Hipotesis Kajian.
1.6 Kerangka Kajian.
1.7 Kepentingan Kajian.
1.8 Definisi Operasional.
1.9 Batasan Kajian.
Bab Dua
Metode Kajian

Pengenalan.

Disiplin dan institusi pengajian merupakan dua aspek yang penting dan tidak dapat
dipisahkan dalam sistem pendidikan. Ia saling berkaitan antara satu sama lain dalam institusi
pengajian.
Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran, disiplin ialah “…

Kesanggupan seseorang individu itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri…
Kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan
menghormati hak orang lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak
menggangu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat-menghormati di antara satu dengan
lain dan mempunyai semangat tolong menolonh dan kesanggupan membaiki keadaan yang
sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.
Menurut Maslow (1968), setiap manusia mempunyai keperluan yang sedia ada dalam
dirinya. Beliau menyatakan terdapat lima peringkat keperluan dalam diri individu. Berkaitan
dengan perhatian positif yang dinyatakan di atas, Maslow menyatakan bahawa pada tahap
ketiga adalah peringkat di mana manusia membina hubungan yang bermakna dengan orang
lain. Pada tahap ini manusia memenuhi keperluan disayangi dan menyayangi serta
mempunyai dan dipunyai. Merujuk kepada interaksi dalam keluarga, pengalaman yang positif
dan mesra akan menyumbangkan kepada hubungan yang bermakna dengan orang lain,
seterusnya memainkan peranan penting dalam pembentukan konsep kendiri individu.
Sesetengah remaja atau pelajar tidak mampu memilih pengalaman dan rakan yang
bersesuaian dengan diri masing-masing. Bachanas dan Kaslow (2001), menyatakan bahawa
perbuatan remaja yang melanggar disiplin menggambarkan ketidakupayaan mereka
mengatasi masalah atau tekanan seperti tekanan sosial, psikologikal, ekonomi dan juga
bentuk interaksi dalam keluarga yang boleh mewujudkan pandangan negatif tentang diri


mereka sendiri. Faktor-faktor tersebut boleh memberi pengaruh tertentu terhadap
pembentukan konsep kendiri remaja berkenaan.
Penyataan Masalah
Menurut satu kajian yang telah dijalankan oleh Rokiah Hj Ismail (2000a: 461-497)
dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang bertajuk ‘ Salah Laku di Kalangan
Pelajar Sekolah Menengah: Pengalaman Bersama Keluarga, Rakan Sebaya dan Sekolah.’
Kajian yang dijalankan ke atas 355 orang pelajar sekolah menengah di bandar ini
menunjukkan bahawa secara umumnya penglibatan pelajar dalam salah laku berat seperti
memeras ugut, mencuri, membuli dan berjudi adalah rendah iaitu kurang daripada 10%.
Kebanyakan pelajar hanya terlibat dalam salah laku ringan seperti ponteng kelas, merokok,
datang lewat, menconteng meja dan dinding. Penemuan menarik dalam kajian ini ialah dari
segi punca salah laku pelajar, faktor situasi khusus di sekolah sangat penting berbanding
dengan peranan ibu bapa atau rakan sebaya. Para pelajar umumnya tidak menunjukkan sikap
anti sekolah tetapi beberapa keadaan tertentu di sekolah didapati mempengaruhi tingkah laku
yang dianggap negatif terutamanya suasana belajar yang membosankan, sikap dan peranan
guru yang hanya berperanan sebagai penyampai maklumat, hubungan dengan guru yang lebih
bersifat formal serta authoritarian dan peraturan sekolah yang terlalau banyak dan ketat.
Objektif Kajian.
Menyedari tugas dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh pihak pendidik adalah
berat, maka satu kajian telah dijalankan dengan memberi fokus utama kepada penelitian

terhadap sikap guru Program Khas Penijazahan Guru (PKPG) terhadap pengajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kajian seperti
ini adalah perlu supaya cita-cita murni dan unggul dalam matlamat pendidikan Sains dan

Matematik KBSR yang berlandaskan hasrat Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dapat
dicapai. Kajian ini dijalankan bagi
1.3.1 Mengenalpasti perbezaan antara jantina dengan disiplin pelajar.
1.3.2 Mengenalpasti hubungan antara institusi keluarga dengan disiplin pelajar.
1.3.3 Mengenalpasti hubungan antara rakan sebaya dengan disiplin pelajar.

Soalan Kajian.
1.4.1 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan disiplin pelajar?
1.4.2 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara institusi keluarga dengan disiplin
pelajar?
1.4.3 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara rakan sebaya dengan disiplin
pelajar?
Hipotesis Kajian.
HO1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan disiplin pelajar.
HO2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara institusi keluarga dengan disiplin
pelajar.

HO3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara rakan sebaya dengan disiplin
pelajar.
Kerangka Kajian.

Kepentingan Kajian.
Segala maklumat dan hasil kajian ini diharapkan dapat memberi maklum balas yang
berguna dan seterusnya menyumbangkan sesuatu yang berfaedah kepada semua pihak yang
terlibat secara lansung dan tidak langsung iaitu kepada pihak institusi pengajian tinggi,
masyarakat, ibu bapa atau institusi keluarga serta semua golongan muda.

Dapatan kajian ini dapat menyedarkan ibu bapa tentang betapa pentingnya peranan
yang dimainkan oleh mereka dalam tugas mendidik anak dan melengkapkan generasi muda
bukan sahaja dengan ilmu pengetahuan, tetapi juga nilai-nilai murni. Pendedahan sebegini
diharapkan dapat menyedarkan golongan ibu bapa tentang betapa pentingnya amalan
kekeluargan yang efektif perlu dipraktikkan dalam sesebuah institusi keluarga. Sehubungan
dengan itu, pembentukan dan pengekalan institusi keluarga yang harmoni dan sejahtera
dalam masyarkat sosial dapat diwujudkan. Memandangkan institusi keluarga merupakan asas
untuk membentuk sesebuah masyarakat, amalan kekeluargaan yang efektif yang dipraktikkan
oleh ibu bapa tentu sekali berhubungkait dengan pembentukan sesebuah masyarakat sosial
yang harmoni dan selamat berlandaskan norma dan adab masyarakat yang diterima umum.

Ini seterusnya dapat mengurangkan pengabaian sumber manusia dan sumber keewangan
dalam mengatasi masalah sosial yang sentiasa berterusan ini.

Definisi Operasional.
Institusi Kekeluargaan
Sering kali dinyatakan ibu bapa yang menentukan kejayaan anak-anak dalam
pelajaran. Ini kerana ibu bapa yang sentiasa memberi galakan dan perangsang
sehingga anak-anak timbul minat, semangat ketekunan dan keyakinan diri dalam
menghadapi pelajaran (Jamal Darus, 1989). Ibu bapa juga yang menentukan pola-pola
tingkah laku anak. Faktor-faktor berikut mempunyai kesan-kesan tertentu ke atas
pembentukan personaliti, motivasi dan pencapaian akademik pelajar-pelajar. Faktorfaktor itu adalah dorongan dan galakan, disiplin di rumah, hubungan mesra antara ibu
bapa dan anak dan keluarga yang utuh. Namun salah satu faktor yang menjadi
penyumbang kepada salah laku pelajar ialah nilai kekeluargaan yang semakin pudar
dan rapuh dikalangan masyarakat kita hari ini. Nilai kekeluargaan ini amat penting

untuk pembesaran dan perkembangan emosi kanak-kanak. Perubahan cara hidup hari
ini menyebabkan ibu bapa terpaksa membiarkan anak-anak membesar di tangan orang
lain tanpa perhatian yang sewajarnya.
Rakan Sebaya
Ahli sosiologi mengistilahkan rakan sebaya sebagai kumpulan kanak-kanak ataupun

kumpulan remaja yang mempunyai lingkungan umur yang sama (Hazil Abdul Hamid:
1990; 89). Kumpulan rakan sebaya ini mempunyai peranan dalam aktiviti sosial. Ia
adalah agensi tidak formal yang memberikan pengalaman yang tidak dapat diperolehi
daripada keluarga dan juga di sekolah. Bagi para pelajar, rakan sebaya adalah tempat
mereka mencurahkan masalah dan pengganti ibu bapa, terutamanya bagi golongan
yang mempunyai masalah di rumah. Remaja biasanya akan memilih rakan sebaya
yang mempunyai persamaan tingkah laku, sikap dan identiti dengan mereka (Akers,
Jones & Coyle, 1998; Hogue & Steinberg, 1995). Selain dipengaruhi mereka juga
didominasi oleh rakan sebaya (Brown, 1990).

Batasan Kajian.
Metode Kajian
Lokasi kajian hanya bertumpu di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah,
Jitra Kedah. Responden dipilih dalam kalangan pelajar bagi semua program iaitu pelajar
daripada Diploma Kejuruteraan Elektrik, Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma
Kejuruteraan Awam, Diploma Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Diploma
Perakaunan. Pemilihan lokasi dibuat berdasarkan lokasi kajian adalah ditempat pengkaji
bertugas dan mempermudahkan penyelidik untuk mengumpul data memandangkan kajian
akan dijalankan mengikut beberapa fasa.


Sampel bagi kajian ini terdiri daripada pelajar sepenuh masa di POLIMAS, Jitra.
Bilangan sampel yang diambil adalah seramai 361 orang. Pelajar POLIMAS dipilih kerana
mereka merupakan responden di institusi kajian. Penentuan saiz sampel adalah berdasarkan
populasi Krejcie Morgan (1970) di mana menurut Krejcie Morgan (1970) sampel untuk
populasi berjumlah 6000 orang adalah seramai 361 orang responden. Oleh itu, faktor yang
mempengaruhi masalah disiplin pelajar POLIMAS berdasarkan jantina dapat dikenalpasti.
Dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen
kajian. Soal selidik adalah alat ukur yang sering digunakan di dalam penyelidikan sekiranya
kaedah persampelan digunakan. Instrumen kajian yang digunakan ini adalah penting dalam
pengumpulan data dan maklumat berkaitan kajian. Maklum balas yang diperoleh menerusi
kaedah soal selidik akan dianalisis mengikut turutan soalan secara kuantitatif yang mana
setiap item akan dianalisis bagi menjawab setiap soalan kajian.

Kesemua data akan

dipindahkan dan dimasukkan ke dalam perisian SPSS 21.0 for Windows (Statistical Packages
for Social Science) bagi menganalisis data.
Sampel Kajian
Menurut Webster (1985), sampel adalah bahagian set responden yang dipilih daripada
populasi yang lebih besar untuk tujuan kajian. Manakala menurut Portney dan Walkin (1993),

sampel adalah subset populasi yang dipilih untuk dikaji. Penggunaan saiz sampel menurut
Majid (1998) perlu digalakkan melebihi 30 unit kerana andaian bahawa taburan normal
biasanya dipenuhi apabila saiz sampel melebihi 30 unit. Dengan pertambahan saiz sampel
akan lebih mewakili populasi dan mengurangkan ralat persampelan. Menurut Krejcie dan
Morgan (1970), tatacara untuk menentukan persampelan yang betul seperti Jadual 1.

Jadual 1: Jadual penentuan saiz sampel, Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970).
Determining sample size for research. Educational and Psychological Measurements, 30,
607-610.

Sumber : Krejcie & Morgan. 1970. “Determining sample size for research activities.
Educational and Psychological Measurement”. 30, 607-610.
PETUNJUK
N = Populasi
S = Sampel

Instrumen kajian
Soal selidik dipilih sebagai instrument kajian kerana ia mudah ditadbir setelah dibina
dengan baik. Selain itu data yang diperolehi melaluinya senang diproses untuk di analisis.
Soal selidik juga selalu digunakan untuk mengukur konsep yang berkaitan dengan sikap,

persepsi dan pandangan yang boleh dirangkumkan sebagai nilai afektif (Mohd Najib 1999)
penyelidikan mengeni persepsi guru-guru PKPG terhadap tahap kesediaan mereka termasuk
dalam kategori pengukuran afektif, di mana ia berasaskan satu set ciri yang mewakili
pendapat responden seperti yang ditentukan dalam konteks kajian. Soal selidik yang

digunakan adalah soalan yang telah diubah suai daripada kajian “Persepsi bakal guru lepasan
UTM terhadap kesediaan mereka mengajar mata pelajaran Sains dam Matematik dalam
bahasa Inggeris” (Sabariah Bt Sarigan, 2004) mengikut keperluan penyelidik. Dalam kajian
ini, sikap responden yang ingin diketahui dengan membuat tanggapan bahawa pemikiran dan
perasaan seseorang mempengaruhi tingkah lakunya. Soal selidik ini terbahagi kepada tiga
bahagian iaitu , Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C seperti berikut :
Bahagian A: Maklumat diri
Bahagian A adalah soal selidik yang berkaitan dengan maklumat diri responden. Ia
dibentuk sendiri oleh penyelidik dan bertujuan untuk mendapatkan latar belakang responden.
Maklumat yang dimuatkan untuk mendapatkan data peribadi subjek adalah, seperti bidang
pengajian, jantina, umur. Pilihan jawapan untuk soalan-soalan dalam bahagian ini direka
bentuk menggunakan soalan nominal dimana responden hanya perlu mengisi ruang kosong
dan menandakan (√) pada petak kosong yang disediakan.
Bahagian B: Institusi Kekeluargaan
Bahagian B ini mengandungi empat soalan berkenaan pengatahuan dan kemahiran

Bahasa Inggeris responden. Responden dikehendaki menyatakan peringkat persetujuan
terhadap soalan-soalan yang dikemukakan dengan menandakan (√) pada petak jawapan yang
disediakan. Pengukuran dan penilaian dibuat dengan menggunakan skala lima mata bagi
memudahkan responden membuat pilihan yang tepat terhadap setiap persoalan yang
dikemukakan. Klasifikasi skala lima mata tersebut dalam bahagian ini adalah seperti berikut :
Jadual 2 : Skala Lima Mata Untuk Soalan Bahagian B.

1

2

3

4

5

Skor

Sangat Tidak Tidak Setuju


Tidak Pasti

Setuju

Sangat Setuju

Setuju

(TP)

(SU)

(SS)

(TS)

(STS)

Bahagian C: Rakan Sebaya
Bahagian C ini mengandungi empat soalan berkenaan pengatahuan dan kemahiran
Bahasa Inggeris responden. Responden dikehendaki menyatakan peringkat persetujuan
terhadap soalan-soalan yang dikemukakan dengan menandakan (√) pada petak jawapan yang
disediakan. Pengukuran dan penilaian dibuat dengan menggunakan skala lima mata bagi
memudahkan responden membuat pilihan yang tepat terhadap setiap persoalan yang
dikemukakan. Klasifikasi skala lima mata tersebut dalam bahagian ini adalah seperti berikut :
Jadual 3 : Skala Lima Mata Untuk Soalan Bahagian C.

1
Skor

3

4

5

Sangat Tidak Tidak Setuju

Tidak Pasti

Setuju

Sangat Setuju

Setuju

(TP)

(SU)

(SS)

(STS)

2

(TS)