Masalah Etnik Di Rohingya di medan

Masalah Etnik Di Rohingya

1.0 Penghargaan
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Saya sangat
bersyukur kerana dengan berkat dan rahmat-Nya saya akhirnya dapat menyiapkan
tugasan bagi subjek Cabaran Dan Isu Semasa Dunia (GCI1022) ini dengan
sempurna dan jayanya dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan bebanyak terima kasih yang tidak
terhingga kepada pensyarah kami iaitu Puan Shamsazila Binti Saaban. Beliau
sentiasa memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya. Ucapan terima kasih ini juga di atas kesabaran dan
kesungguhan yang ditunjukkan oleh beliau dalam mendorong dan memberikan
panduan kepada saya dan rakan sekelas yang lain dalam menyiapkan tugasan ini.
Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala pengorbanan dan jasanya dengan
memberikan kesihatan dan kesejahteraan serta dipanjangkan umur kepada beliau.
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada pensyarahpensyarah dari jabatan lain kerana sudi meluangkan masa untuk memberi sedikit
sebanyak tunjuk ajar serta maklumat dan panduan kepada saya dalam menyiapkan
tugasan ini. Tanpa pengorbanan mereka sudah tentu saya tidak dapat menyipkan
tugasan ini dengan sempurna.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan dan abang-abang senior saya yang
telah banyak membantu dalam menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah banyak

memberikan kerjasama kepada saya dengan memberikan idea-idea yang bernas
untuk membantu saya untuk menyelesaikan tugasan ini. Sesungguhnya, tanpa
bantuan dan kerjasama daripada semua pihak sudah tentu saya tidak akan mampu
untuk menyediakan tugasan sebegini.

2.0 Pengenalan
Etnik Rohingya merupakan satu kumpulan etnik yang menganuti agama Islam dan
menetap di Negeri Rakhine yang terletak di Barat Burma. Mengikut catatan sejarah
lampau umat Islam di Rohingya merupakan penduduk asal di Negeri Rakhine. Hal ini
telah menyebabkan terbentuknya satu gugusan besar Arakan yang terletak
berdekatan dengan sempadan Bangladesh pada masa kini menerusi pelbagai kajian
sejarah dan bahan-bahan ilmiah yang dibuat. Menurut catatan sejarah lagi
masyarakat Rohingya ini dikatakan wujud sejak awal kurun ke-7 lagi di Negeri

Arakan yang ketika itu dijadikan sebagai penempatan pedagang-pedagang Arab
yang beragama Islam. Namun begitu, bukti yang menyatakan dan menjelaskan
sejarah ini adalah terlalu sedikit sehingga menyebabkan masyarakat dunia diluar
sana berasa ragu-ragu dengan bukti sejarah tersebut. Secara majoritinya
masyarakat Rohingya ini hanya tertumpu kepada dua buah bandar utara Negeri
Rakhine (dahulu dikenali sebagai Arakan) sahaja di Myanmar ini.

Orang Rohingya ini sebenarnya memiliki persamaan samada dari segi bentuk fizikal,
bahasa malah dari segi budaya sendiri dengan orang di Asia Selatan, terutamanya
orang Benggali itu sendiri. Selain itu sesetengah orang Rohingya yang menetap di
Arakan juga merupakan keturunan orang Arab, Parsi dan orang Pashtun. Hal ini
berlaku kerana, pada suatu ketika dahulu terdapat golongan pedagang-pedagang
yang berasal daripada Arab, Parsi dan Pashtun telah berhijrah ke Arakan semasa
zaman pemerintahan Empayar Munghal ketika itu. Berdasarkan catatan sejarah,
Sultan Mahmood merupakan salah seorang masyarakat Rohingya yang kaya serta
berpengaruh dan beliau juga telah menyandang jawatan setiausaha politik dalam
kerajaan U Nu dan seterusnya dilantik sebagai Menteri Kesihatan disana. Manakala
masyarakat Islam Rohingya yang lain pula menjawat jawatan sebagai setiausaha
parlimen dalam kerajaan U Nu yang terdiri daripada Sultan Ahmed dan Abdul Gaffar.
Abdul Bashar, Zohora Begum, Abdul Khair, Abdus Sobhan, Rashid Ahmed dan
Nasiruddin (UPho Khine) juga merupakan ahli-ahli parlimen dalam cabinet U Nu di
Myanmar ketika itu.

Sejak dari tahun 1983 lagi tragedi kemanusiaan yang membabitkan penghapusan
etnik ini sudah dialami sendiri oleh umat Islam di Rohingya. Pada ketika itu
dilaporkan sebanyak 30,000 orang yang menganut agama Islam telah di bunuh
pada peristiwa 26 Julai 1983 di Myanmar. Tragedi yang sama turut berlaku kepada

umat Islam iaitu pada tahun 1942, 1968, 1992 dan 2002 yang melibatkan umat
Islam itu sendiri.
Sejak akhir-akhir ini dunia seringkali digemparkan dan diuar-uarkan dengan isu-isu
yang berkaitan dengan penghapusan etnik. Isu ini telahpun wujud sejak dari dahulu
lagi iaitu sebelum Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi yang melibatkan
masyarakat Melayu Champa dengan masyarakat Dai Viet yang berasal dari selatan
China (faktor yang melahirkan bangsa Vietnam). Selain itu kita juga pernah
digemparkan dengan berita yang berkaitan dengan konflik yang sama berlaku di
Bosnia-Herzegovina suatu ketika dahulu. Konflik yang berlaku di Serbia ini
disebabkan oleh pemerintah Bosnia-Herzegovina itu sendiri yang ingin
menghapuskan umat-umat Islam di Bosnia-Herzegovina. Akibatnya, banyak
pertubuhan Islam seperti Printing House yang mencetak dan menerbitkan bukubuku berunsur Islam di Yugoslavia ditutup pada tahun 1964 (Kaliammal Shumugam,
2006). Namun begitu, konflik ini juga turut berlaku pada masa sekarang iaitu di
Rakhine atau lebih tepat lagi di barat Myanmar. Mereka ini adalah terdiri daripada

masyarakat Islam yang terdiri daripada etnik Rohingya itu sendiri dan penindasan
ini disebabkan oleh pihak kerajaan Junta daripada Burma.
Masalah ini juga turut berlaku di negara-negara Timur Tengah seperti di Libya, Mesir
dan Israel. Isu ini juga bukan sahaja melibatkan perbalahan politik sahaja malah
mereka juga mempunyai agenda yang tersendiri dan tersembunyi untuk mencapai

matlamat mereka. Secara kebiasaannya isu perbalahan ini seringkali melibatkan
antara dua agama iaitu agama Islam dengan agama-agama lain. Namun begitu
masalah paling serius yang berlaku kini adalah penghapusan etnik Rohingya di
Myanmar selain masalah yang berlaku di Palestin dan Israel iaitu antara orang Islam
dan Orang Yahudi. Secara sedar atau tidak sedar isu penghapusan etnik Rohingya di
Myanmar ini telah berlaku sejak beberapa tahun dahulu dan ramai dalam kalangan
mereka telah menjadi mangsa ketidakperikemanusiaan di bumi Myanmar ini.
Masyarakat Rohingya ini telah ditindas, dibunuh, tidak diberikan hak kemanusiaan
dan sebagainya. Di samping itu bantuan-bantuan yang diberikan oleh masyarakat
dunia kepada masyarakat Rohingya ini sebahagian besarnya tidak sampai kepada
orang-orang Rohingya itu sendiri.
Telah difahamkan bahawa setiap hari orang-orang Rohingya ini akan berhijrah untuk
mencari tempat-tempat yang lebih selamat sebagai tempat tinggal dan
perlindungan mereka daripada orang-orang Buddha di Myanmar yang memburu
mereka setiap hari. Kerajaan Myanmar mendakwa pelarian Rohingya merupakan
pendatang haram oleh sebab mereka tidak mempunyai sebarang dokumen
kerakyatan yang sah (Abu Talib Ahmad, 2008). Masalah ini sentiasa tidak mendapat
perhatian dan telah diabaikan oleh masyarakat dunia sejak dari dahulu lagi. Lebih
menyedihkan lagi wanita-wanita disana turut dijadikan hamba seks oleh orangorang Buddha di Myanmar termasuklah tentera-tentera Junta itu sendiri. Walaupun
sudah bertahun-tahun isu ini wujud namun tiada sebarang tindakan yang sistematik

untuk melindungi dan mempertahankan masyarakat Rohingya ini daripada mangsa
penindasan tentera Junta di Myanmar.
Sehinggakan ke hari ini isu ini semakin hari semakin hangat diperkatakan samada di
media massa mahupun di dada-dada akhbar itu sendiri. Mengikut perkiraan semasa
seramai 1 juta umat Islam di Rohingya ini yang menjadi mangsa kepada isu
keganasan dan penghapusan etnik Rohingya ini telah menjadi pelarian di seluruh
dunia termasuklah di Malaysia. Manakala seramai 2 juta umat Islam di Rohingya
pula masih berada di Arakan untuk meneruskan hidup mereka dan
memperjuangkan hak-hak mereka di Myanmar.

2.1 Definisi etnik Rohingya
Orang Rohingya ini dikatakan wujud pada awal kurun ke-7 dan perkataan Rohingya
ini berasal daripada bahasa Burma itu sendiri. Orang Rohingya ini secara
majoritinya adalah terdiri daripada kumpulan etnik yang menganuti agama Islam.

Jumlah penduduknya adalah beranggaran sebanyak 3 juta dan bahasa yang
digunakan mereka adalah bahasa Burma dan bahasa Rohingya.
Masyarakat Rohingya ini adalah masyarakat Islam yang tinggal di kawasan Arakan
di barat Myanmar. Semasa tahun 2012 penduduk Rohingya ini mencecah 800,000
yang tinggal di Myanmar.

Perkataan Rohingya ini adalah berasal daripada Bahasa Arab iaitu Rahma yang
membawa maksud “rahmat”. Menurut sejarah, selepas kapal Arab yang dibawa
oleh pedagang-pedagang Arab ini telah merosakkan berhampiran dengan Ramree
Pulau, pedagang Arab tersebut telah diperintahkan supaya disempurnakan oleh raja
Arakanese. Seterusnya mereka telah besepakat untuk menjerit dalam bahasa
mereka iaitu “Rahma”. Melalui daripada peristiwa itu, orang-orang ini telah digelar
sebagai “Rahma” dan kemudiannya perkataan tersebut berubah sedikit demi sedikit
daripada Raham kepada Rhohang dan akhirnya menjadi Rohingya.
Dalam kalangan penduduk Islam di Myanmar, istilah 'Mrohaung' (Old Arakanese
Kingdom) telah diubahsuai untuk Rohang. Dan oleh itu penduduk rantau ini
dipanggil Rohingya (Prof. Datuk Abdul Halim Sidek, Dr. Yohan Kurniawan, Prof. Dr.
Hishamuddin Bin Md, 2012)

3.0 Punca-Punca konflik etnik Rohingya di Myanmar
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan penindasan dan keganasan etnik
yang sedang berlaku di Arakan, Myanmar ketika ini. Antaranya ialah etnik Rohingya
sebenarnya merupakan satu bangsa yang kewarganegaraan mereka tidak diakui
oleh penduduk Myanmar sendiri. Selain itu sejarawan Burma juga telah menafikan
sendiri kewujudan etnik Rohingya di bumi Myanmar dengan menyangkal segala
pernyataan yang mengatakan etnik ini telah wujud sejak dari dahulu lagi.

Kemudian. penindasan ini juga melibatkan diskriminasi agama dalam kalangan
penduduk Myanmar sendiri. Kewujudan undang-undang “Citizenship Law (1982)”
juga telah menjadi punca kepada penindasan dan penghapusan etnik Rohingya di
Myanmar serta sikap segelintir masyarakat dunia yang tidak mempedulikan
kesengsaraan yang dialami oleh etnik Rohingya itu sendiri.
Berdasarkan faktor di atas, faktor yang pertama tercetusnya penindasan dan
penghapusan etnik Rohingya di Myanmar ialah penduduk Myanmar itu sendiri yang
tidak mengakui dan mengiktiraf kedudukan etnik Rohingya di negara tersebut. Etnik
Rohingya berasal daripada keturunan Bengali dan memasuki Myanmar pada kurun
ke-19 ketika pemerintahan Britain. Pada ketika itu etnik Rohingya yang memasuki
Myanmar telah diakui warganegaranya dan kerakyatannya. Namun begitu, menurut
Perlembagaan Myanmar, hanya keturunan Bengali dan anak mereka yang masuk
dan tinggal di Myanmar sebelum kemerdekaan yang diberikan oleh Britain pada
1948 sahaja dianggap sebagai warganegara Myanmar. Oleh itu, warga Bengali yang

tinggal di Myanmar selepas kemerdekaan dengan secara rasminya dianggap
sebagai pendatang asing dan mengancam keselamatan negara tersebut.
Faktor yang kedua ialah sejarawan Burma itu sendiri telah menafikan kewujudan
etnik Rohingya dalam sejarah Myanmar itu sendiri. Tindakan ini telah dilakukan oleh
ahli-ahli sejarawan Burma itu sendiri dengan menyatakan bahawa suku etnik

Rohingya ini belum pernah dan tidak sama sekali wujud dalam sejarah Burma.
Perkara ini telah menyebabkan penduduk Myanmar yang lahir selepas merdeka
berasa tidak puas hati terhadap etnik Rohingya kerana mereka menganggap etnik
Rohingya ini sebagai orang asing yang membawa ancaman kepada mereka. Selain
itu, ahli-ahli sejarawan Burma juga telah berperanan memadamkan sejarah sebenar
kedatangan etnik Rohingya di Myanmar pada kurun ke-19 dengan menyatakan
bahawa etnik Rohingya ini hanya wujud di bumi Myanmar setelah tahun 1950 dan
belum pernah wujud sebelum ini. Oleh sebab itu, pemerintah Burma telah menolak
kewarganegaraan etnik Rohingya ini di negara Myanmar. State Law and Order
Restoration Council (SLORC) telah bertindak dengan menyisihkan orang-orang
Rohingya kerana secara majoritinya orang-orang Rohingnya adalah beragama Islam
dan ketika itu pegangan agama Buddha di Burma sangat kuat. Hal ini telah
menyebabkan berlakunya diskriminasi terhadap orang-orang Islam di negara
Burma.
Faktor seterusnya ialah ialah diskriminasi agama Islam oleh penganut agama
Buddha itu sendiri dalam kalangan penduduk di Myanmar. Perkara ini dapat dilihat
apabila masjid-masjid di barat Myanmar tidak pernah diambil perhatian dan tidak
diperbaiki. Mereka tidak pernah ambil peduli tentang nasib kelompok minoriti lain
beragama Buddha mahupun Kristian yang ditekan kerajaan pusat yang sentiasa
didominasi kelompok Burman (Moshe Yegar, 1978). Kedudukan tempat beribadat

bagi umat Islam di sana sangatlah rendah sehinggakan masjid-masjid disana boleh
sewenang-wenangnya digantikan dengan pagoda Buddha. Segala aktiviti
perkahwinan dan pergerakan umat Islam disana telah dihadkan. Umat Islam disana
juga dipaksa untuk keluar dari agama Islam dan menganut agama Buddha. Sangat
menyedihkan lagi ialah wanita-wanita Islam disana tidak dibenarkan sama sekali
memakai hijab dan ramai wanita-wanita Islam disana juga turut ditindas,
didiskriminasi, dirogol dengan sesuka hati dan sebagainya. Hal ini menunjukan
bahawa hak asasi kaum wanita Islam disana tidak dijaga dan boleh dilakukan
dengan sesuka hati serta dianggap sebagai hamba. Umat Islam Rohingya
merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan
selebihnya adalah penduduk yang menganut agama Buddha. Negara Myanmar
mempunyai kapasiti penduduk seramai 57 juta dan terdapat sebanyak 173 etnik
disana. Masyarakat Rohingya yang beragama Islam merupakan masyarakat kedua
terbesar di Myanmar selepas agama Buddha.
Faktor yang keempat pula ialah melalui pengenalan undang-undang “Citizenship
Law” di Myanmar. Melalui undang-undang ini ia telah membawa kepada penyisihan
etnik terutamanya etnik Rohingya. Semasa tahun 1982 pemerintah Junta ketika itu

telah memperkenalkan undang-undang yang dikenali sebagai “Citizenship Law
(1982)”. Undang-undang ini berperanan besar dalam menafikan segala hak asasi

dan hak kewarganegaraan terhadap etnik Rohingya yang tinggal di Myanmar.
Dalam undang-undang ini ia telah menyatakan bahawa hanya sebanyak 135 etnik
sahaja diiktiraf oleh kerajaan Myanmar sebagai warganegara disana. Undangundang ini telah dilaksanakan di Myanmar selama 50 tahun sejak dari tahun 1962
lagi khususnya di bawah pemerintahan Junta sendiri. Kesannya tentera Rohingya
telah disisihkan dan dipulaukan serta tidak dilayan dengan adil oleh kerajaan
Myanmar itu sendiri. Mereka juga sering dikenakan tindakan-tindakan yang
langsung tidak berperikemanusiaan dan tidak masuk akal oleh kerajaan Myanmar
sendiri.
Faktor yang kelima ialah sikap segelintir masyarakat dunia yang tidak
mempedulikan kesengsaraan dan keperitan yang dialami oleh etnik Rohingya itu
sendiri. Ini kerana keganasan memerlukan media sebagai saluran maklumat yang
mahu disampaikan pada khalayak sasaran (Dafrizal, Faridah Ibrahim, Chang Peng
Kee, Fauziah Ahmad , 2013). Negara jiran seperti Bangladesh bertindak menolak
semula kemasukan pelarian Rohingya dalam negara mereka. Tindakan yang
dilakukan oleh Bangladesh ini tidak wajar kerana sebahagian daripada penduduk
etnik Rohingya ini merupakan bekas warganegara Bangladesh itu sendiri suatu
ketika dahulu sebelum mereka berhijrah ke Myanmar yang disebabkan oleh
kepadatan penduduk yang sangat tinggi di Bangladesh. Di samping itu, mereka juga
tidak mengakui bahawa penduduk Rohingya ini merupakan bangsa serumpun
dengan mereka dan ini merupakan pemulauan yang sangat kejam dan tidak

berperikemanusiaan. Dasar Bangladesh ini telah mendapat kecaman daripada
masyarakat antarabangsa terutamanya masyarakat Malaysia sendiri yang
menganggap penduduk Bangladesh ini sebagai mudah lupa daratan serta asal-usul
mereka. Negara Bangladesh turut bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan
terhadap penduduk Rohingya dengan menghantar semula pelarian Rohingya
tersebut pulang ke Myanmar. Hal ini telah menyebabkan kesukaran kepada
pelarian-pelarian Rohingya itu sendiri kerana mereka akan terus ditindas semula
oleh junta Burma di Myanmar. Tindakan Bangladesh ini juga tidak disokong dan
ditentang oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kerana dianggap sebagai
tidak berperikemanusian.

4.0 Kesan-kesan konflik etnik Rohingya di Myanmar
Isu keganasan dan penghapusan etnik Rohingya yang berlaku di Myanmar bukan
sahaja memberikan kesan kepada negara Myanmar malah Malaysia juga turut
terkena segala kesan yang berlaku. Kesan ini berlaku tidak kira samada melibatkan
masyarakat mahupun negara kita sendiri. Walaupun isu ini tidak berlaku di negara
ini namun kesannya amat besar kepada masyarakat dan negara Malaysia. Kesan-

kesannya melibatkan bidang ekonomi, sosial, pendidikan dan politik di negara kita
ini.

4.1 Terhadap politik
Kesan pertama yang berlaku melibatkan sistem politik di Malaysia ialah hubungan
kerajaan Malaysia dengan negara-negara ASEAN akan bertambah kukuh dan erat.
Hal ini berlaku kerana semasa isu keganasan dan penghapusan etnik Rohingya di
Myanmar ini berlaku, kerajaan Malaysia akan kerap menyertai persidangan antara
negara-negara ASEAN untuk membahaskan segala cadangan-cadangan untuk
menangani dan seterusnya menghentikan isu daripada terus berlaku. Melalui
persidangan-persidangan yang disertai oleh menteri-menteri daripada kerajaan
Malaysia dengan secara tidak langsung ia dapat mengukuhkan lagi jalinan
hubungan dengan menteri-menteri dari negara ASEAN yang lain dan seterusnya
akan membawa kepada kestabilan negara Malaysia.
Kesan yang kedua ialah sistem politik dan undang-undang yang dikenakan terhadap
warga asing akan berubah. Hal ini berlaku kerana di Malaysia telah berlakunya
kebanjiran pelarian etnik Rohingya di samping kebanjiran pendatang-pendatang
asing daripada negara-negara lain seperti Indonesia, Bangladesh dan lain-lain lagi.
Golongan Rohingya telah berada di Malaysia melebihi 15 tahun sekiranya
mengambil kira akhir tahun 1980-an sebagai jangka waktu terawal bagi Rohingya
tiba di Malaysia (Tan Pok Suan, 2006). Masyarakat Rohingya mengaggap bahawa
negara Malaysia merupakan lokasi yang selamat bagi mereka untuk mencari
perlindungan, tempat tinggal, sumber makanan dan keselamatan untuk
meneruskan kehidupan. Para pelarian ini akan menggunakan kad pelarian UNCHR
untuk mereka menjalani kehidupan di Malaysia ini. Dengan adanya kad pelarian
UNCHR ini mereka dibenarkan untuk bekerja di negara ini dan pihak majikan telah
mengambil kesempatan ini untuk mengambil mereka kerana kos pembayaran gaji
bagi warga asing adalah lebih murah daripada warga tempatan. Namun begitu
terdapat juga laporan daripada media massa mengatakan bahawa kebanyakan
pelarian-pelarian Rohingya di Malaysia ini lebih cenderung untuk menjadi pengemis
di jalanan berbanding bekerja dalam sektor buruh.
Seterusnya, melalui isu ini juga akan wujudnya kekeruhan hubungan antara dua
agama iaitu agama Islam dan agama Buddha. Hal ini akan menjejaskan sistem
politik di Malaysia ini kerana penduduk di Malaysia ini secara majorotinya menganut
agama Islam dan diikuti oleh agama Buddha. Kekejaman penganut agama Buddha
di Myanmar berkemungkinan besar akan memberikan tanggapan yang negatif
kepada umat Islam di Malaysia ini. Keganasan dan peperangan yang berlaku antara
orang Islam Rohingya dan penganut Buddha di Myanmar menyebabkan sebahagian
besar orang Islam di Myanmar kehilangan tempat tinggal mereka. Perkara ini akan
mendatangkan tanggapan yang negatif kepada penganut agama Buddha. Walaupun

berbeza kaum, namun atas nama agama Islam, umat Islam telah mengutuk
sekeras-kerasnya tindakan kejam penganut agama Buddha terhadap etnik Muslim.
Melalui tindakan ini ia juga akan mendatangkan kesan yang buruk kepada kaum
Melayu yang majoritinya beragama Islam dan kaum Cina yang majoritinya
beragama Buddha. Tidak mustahil jika pergaduhan dan perbalahan antara orang
Melayu dengan orang Cina berlaku disebabkan atas dasar keagamaan.

4.2 Terhadap pendidikan
Kesan pertama ialah tidak mustahil jika suatu hari nanti tajuk yang berkaitan
dengan isu keganasan dan penghapusan etnik Rohingya ini akan wujud dalam
sistem pendidikan di Malaysia terutamanya dalam subjek sejarah. Tajuk ini mungkin
akan diwujudkan kerana untuk memberikan pengajaran dan iktibar kepada muridmurid tentang pentingnya persefahaman masyarakat yang berbeza agama dalam
sesebuah negara. Murid-murid juga akan didedahkan dengan kekejaman yang
berlaku di sana dan murid-murid pada ketika itu akan mengeluarkan pandangan
dan persepsi masing-masing terhadap isu yang berlaku tersebut. Guru-guru pula
akan menerapkan perasaan bantu-membantu dalam diri murid-murid.
Kesan yang kedua ialah para pelajar akan didedahkan dan dikaitkan dengan isu
keganasan dan penghapusan etnik dalam sistem pembelajaran mereka pada masa
kini. Perkara ini boleh diwujudkan dalam mana-mana subjek melalui sistem
pembelajaran yang diamalkan kini. Hal ini juga dapat menimbulkan rasa empti
dalam diri murid itu sendiri serta nilai-nilai kemanusiaan yang dapat mewujudkan
perasaan kasih sayang. Hal ini ia akan menggalakkan mereka untuk menderma dan
memberi sunbangan kepada mangsa-mangsa di Rohingya tersebut.

5.0 Cadangan dan peranan Malaysia terhadap konflik etnik Rohingya di
Myanmar
Isu di Rohingya ini sememangnya sangat serius dan Malaysia perlulah mengambil
berat tentang masalah yang dihadapi di Rohingya ini. Hal ini kerana Malaysia
merupakan salah sebuah negara jiran yang tinggal berdekatan dengan negara
Myanmar. Selain itu negara Malaysia merupakan salah sebuah negara di Asia
Tenggara yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi. Oleh yang demikian,
penduduk Malaysia yang sebahagian besarnya menganuti agama Islam ini
seharusnya membantu masyarakat Myanmar atas dasar nama Islam tersebut. Jadi
apa gunanya jika saudara seislam kita yang hidup disana dalam keadaan sengsara
sebaliknya kita di Malaysia ini yang hidup dalam keadaan aman dan damai tidak
menghulurkan bantuan kepada mereka disana. Terdapat beberapa cadangan dan
peranan Malaysia sebagai negara jiran untuk mengatasi isu penghapusan etnik di
Rohingya ini.

Cadangan pertama yang boleh dilakukan oleh negara kita ini ialah kerajaan
Malaysia haruslah menyuarakan permasalahan yang serius ini di persidanganpersidangan antarabangsa dan Asia. Antara persidangan yang boleh disertai oleh
Malaysia ialah persidangan seperti OIC, PBB, WHO, ASEAN dan sebagainya supaya
permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat Rohingya ini dapat diselesaikan
dengan secepat mungkin. Dunia baru hari ini sedang bergelut dengan penghidupan
baru, satu dunia yang mana negara-negara mengenalpasti tanggungjawab bersama
untuk memupuk kebebasan dan keadilan seta negara yang kuat menghormati hakhak negara yang lemah (Kassim B. Thukiman, Prof. Madya Dr. Durrishah Bt. Idrus,
2004). Oleh itu pemimpin-pemimpin Malaysia yang menyertai persidangan ini tidak
sepatutnya berasa malu dan takut untuk menyuarakan serta membangkitkan terus
isu penghapusan etnik Rohingya di Myanmar semasa persidangan itu berlangsung.
Seterusnya negara Malaysia juga perlu mengambil beberapa inisiatif yang sistematk
dan berterusan kepada masyarakat Rohingya di Myanmar ini supaya dengan
inisiatif yang berterusan ini dapat membantu sedikit sebanyak masyarakat
Rohingya ini untuk mendapatkan kewarganegaraan mereka sendiri kerana selama
ini mereka hanya menjalani kehidupan disana sebagai pelarian.
Cadangan yang seterusnya ialah negara Malaysia perlulah memberikan
sedikit sebanyak sumbangan kepada masyarakat Rohingya di Myanmar agar
melalui sumbangan ini ia dapat mengurangkan penyeksaan masyarakat Rohingya
disana. Antara sumbangan yang boleh diberikan oleh rakyat Malaysia kepada
masyarakat Rohingya ialah samada dalam bentuk material mahupun dalam bentuk
semangat. Kutipan sumbangan ini boleh dilaksanakan oleh agensi-agensi yang telah
mendapat pengiktirafan oleh pihak kerajaan supaya tidak timbulnya isu penipuan
semasa aktiviti kutipan ini dijalankan. Agensi-agensi yang terlibat itu boleh
menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan sumbangan daripada pelbagai
masyarakat di Malaysia ini. Antara kaedahnya ialah mereka boleh mengutip
sumbangan ini semasa sesuatu majlis yang dilakukan secara besar-besaran atau
kecil-kecilan samada seperti majlis makan malam, majlis penutupan atau
pembukaan sesuatu program dan sebagainya. Aktiviti kutipan sumbangan ini juga
boleh dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti yang kita anjurkan terutamanya
melibatkan masyarakat luar itu sendiri. Antaranya ialah melalui konsert amal, jualan
baju amal, pameran tentang kehidupan masyarakat Rohingya dan lain-lain lagi.
Kutipan derma ini juga boleh dijalankan oleh pihak bank itu sendiri dengan
mengemukakan nombor akaun yang ditetapkan khusus hanya untuk aktiviti derma
kemanusiaan Rohingya sahaja. Bank-bank swasta di seluruh Malaysia juga boleh
melaksanakannya selain dapat mempromosikan perkhidmatan sesebuah bank
tersebut.
Cadangan dan peranan ketiga ialah negara Malaysia perlulah bersikap terbuka
dengan membenarkan pelarian-pelarian Rohingya ini untuk tinggal di Malaysia ini
secara sementara sehingga krisis ini selesai. Walaupun Malaysia ini secara amnya
telah dibanjiri dengan warga-warga asing namun pihak kerajaan boleh menetapkan

kuota kepada pelarian-pelarian ini untuk tinggal di Malaysia ini. Selain itu Malaysia
juga boleh bersepakat dengan negara jiran yang lain dalam menetapkan jumlah
pelarian-pelarian Rohingya di negara masing-masing. Dengan kaedah ini secara
tidak langsung dapat membantu masyarakat Rohingya ini sedikit sebanyak.
Kemudian, masyarakat dunia termasuklah masyarakat Malaysia juga perlu
menggesa kerajaan Junta di Burma supaya menghentikan penindasan dan
kekejaman terhadap masyarakat Rohingya ini. Perkara ini perlu dilaksanakan
dengan secepat mungkin supaya jumlah korban masyarakat Rohingya ini tidak
berterusan meningkat dari hari ke hari. Selain itu masyarakat di negara Malaysia
perlulah mencadangkan supaya aktiviti penyiasatan perlulah dilaksanakan secara
menyeluruh bagi menentukan kedudukan sebenar masyarakat Rohingya di
Myanmar.
Cadangan dan peranan yang kelima ialah kerajaan Malaysia perlulah kerap
menyertai Association of South East Asian Nation (ASEAN) untuk bersuara dan
meminta kerajaan Junta supaya menghentikan penyeksaan masyarakat Rohingya di
Myanmar. Hal ini kerana Myanmar juga merupakan salah sebuah negara yang
menganggotai ASEAN ini dan perlu diambil berat dan diberikan bantuan kepada
mereka. Selain itu kerajaan Junta juga perlulah menyiasat kembali undang-undang
yang telah digubal khususnya Citizenship Law (1982) dan dimansuhkannya supaya
kesengsaraan yang dialami oleh masyarakat Rohingya ini boleh berakhir. Dengan
penggubalan dan pemansuhan undang-undang ini juga ia dapat membantu
masyarakat Rohingya untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan yang mereka
inginkan selama ini.

6.0 Rumusan
Kesimpulannya, masyarakat Rohingya merupakan salah satu etnik yang menjadi
mangsa kepada penindasan dan penghapusan etnik secara beramai-ramai di
negara mereka sendiri. Hal ini berlaku kerana masyarakat Buddha di Myanmar
menganggap bahawa etnik Rohingya ini merupakan sebuah etnik yang wujud dan
akan memberikan ancaman yang besar kepada penduduk-penduduk Myanmar yang
lain. Namun pada hakikatnya masyarakat Rohingya ini bukanlan satu ancaman
kepada penduduk-penduduk Myanmar yang lain seperti yang disangkakan tetapi
mereka ini hanyalah satu bangsa yang ingin mencari tempat yang sesuai untuk
mereka mendapatkan tempat tinggal dan perlindungan serta hak-hak asasi mereka
dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Isu penindasan ini semakin hari
semakin berlarutan kerana orang-orang Buddha di Myanmar sendiri tidak menerima
orang-orang Islam di sana. Hal ini berlaku kerana penduduk Myanmar merasakan
bahawa diri mereka mungkin diancam samada dari segi fizikal dan budaya yang
menyebabkan mereka ini bertindak dengan kejam terhadap masyarakat Rohingya di
Myanmar ini demi menjaga keselamatan dan kepentigan masing-masing.

Masalah ini juga berlaku secara berlarutan sehingga kini kerana masyarakat dunia
itu sendiri yang tidak menganggap isu ini sebagai isu yang serius bagi mereka. Hal
ini berlaku kerana wujudnya sikap mementingkan diri sendiri dalam diri mereka
serta sikap ketidakperihatinan terhadap masalah yang berlaku di negara Myanmar
tersebut. Selain itu mereka juga menganggap bahawa permasalahan ini juga tidak
membawakan apa-apa kesan kepada diri mereka kerana isu ini tidak melibatkan
samada diri mereka sendiri mahupun ahli keluarga mereka. Kemudian pertubuhanpertubuhan di dunia seperti ASEAN, OIC dan PBB tidak memainkan peranan mereka
dalam membendung isu keganasan dan penghapusan etnik yang berlaku di
Myanmar sejak dari dahulu lagi. Namun begitu terdapat juga golongan-golongan
yang berpendapat bahawa pertubuhan-pertubuhan ini telahpun menjalankan
peranan mereka tetapi tidak berjaya kerana mendapat tentangan yang kuat
terutamanya daripada kerajaan Burma itu sendiri. Anggota-anggota ASEAN juga
sepatutnya meneliti dengan lebih serius terhadap setiap masalah yang dihadapi
oleh anggota-anggota ASEAN itu sendiri bukan sahaja terhadap memperkasakan
ekonomi sahaja tetapi dari soal kemanusiaan juga.
Kesan daripada isu keganasan dan penghapusan etnik dari segi politik di Malaysia
ialah hubungan antara Malaysia dengan negara-negara ASEAN yang lain yang
menjadi lebih kukuh. Hal ini berlaku kerana negara Malaysia sering terlibat dalam
persidangan dalam negara-negara di Asia Tenggara ini. Kemudian sistem politik dan
undang-undang yang dikenakan terhadap warga asing akan berubah. Hal ini berlaku
kerana di Malaysia terdapat lambakan warga asing termasuklah daripada negaranegara Asia Tenggara yang lain. Kesan terhadap pendidikan pula ialah tidak
mustahil pada suatu hari nanti jika tajuk yang berkaitan dengan Rohingya ini akan
dimasukkan ke dalam silibus matapelajaran sejarah.
Jika isu ini tidak diselesaikan dengan segera, tidak mustahil bahawa etnik di
Rohingya ini akan lenyap dari muka bumi ini serta ia juga turut menggugat
kedudukan umat Islam di seluruh dunia. Oleh itu semua pihak sepatutnya
mengambil peranan dan menjelaskan isu penindasan dan penghapusan etnik
kepada dunia supaya semua masyarakat dunia kini mengetahui akan kekejaman
yang dilakukan oleh kerajaan Junta di Burma itu sendiri. Kerajaan Malaysia
terutamanya perlu mengambil berat terhadap isu ini kerana masyarat di Rohingya
itu secara majoritinya adalah umat Islam sendiri. Jadi sebagai saudara sesama Islam
kita perlulah mengambil berat dan mengambil bahagian terhadap isu yang berlaku
terhadap masyarakat Rohingya di Myanmar tersebut. Kemudian rakyat Malaysia
juga perlu bersikap pemurah dengan senantiasa menghulurkan bantuan dan
sumbangan kepada penduduk Rohingya. Dengan secara tidak langsung melalui cara
ini ia dapat menurangkan sedikit penderitaan yang dialami oleh masyarakat
Rohingya ketika ini. Kemudian kerajaan Malaysia juga perlu memberikan ruang dan
peluang kepada para pelarian Rohingya ini dengan memberikan tempat tinggal
mereka dan tempat perlindungan kepada mereka. Masyarakat di dunia juga

perlulah menggesa kerajaan Junta agar menghentikan segala penindasan yang
dilakukan terhadap masyarakat Rohingya di Myanmar.
Secara keseluruhannya semua pihak di seluruh dunia ini perlu bersikap prihatin
terhadap kesengsaraan yang dialami oleh masyarakat Rohingya di Myanmar ini.
Oleh itu, pelbagai inisiatif perlu dilakukan untuk mengatasi segala isu keganasan
dan penghapusan etnik di Myanmar itu sendiri.

7.0 Rujukan
Abu Talib Ahmad. (2008). Konflik Dunia Abad Ke-20. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
Dafrizal, Faridah Ibrahim, Chang Peng Kee, Fauziah Ahmad . (2013). Latar Belakang.
Trend Pemberitaan Isu Keganasan Dalam Akhbar Perdana Malaysia Dan Indonesia,
3.
Kaliammal Shumugam. (2006). Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.
"Bosnia: Pencabulan Hak Asasi Manusia dan Politik Antarabangsa", Latihan Ilmiah,
25.
Kassim B. Thukiman, Prof. Madya Dr. Durrishah Bt. Idrus. (2004). Isu Keganasan
Antarabangsa. Keganasan Antarabangsa: Suatu Tinjauan Awal, 3.
Moshe Yegar. (1978). The Muslim Of Burma. Feer, 97.
Prof. Datuk Abdul Halim Sidek, Dr. Yohan Kurniawan, Prof. Dr. Hishamuddin Bin Md.
(2012). Kaum Rohingya. Penganiayaan Dan Pencabulan Hak Asasi Masyarakat
Rohingya, 3.
Tan Pok Suan. (2006). Penemuan Kajian. Kehidupan Rohingya di Malaysia:
Perjuangan Dalam Ketidakpastian Hidup, 3-4.