BUKU SKRAP SEJARAH TAHUN sumber

BUKU SKRAP SEJARAH TAHUN 4 SRIMDE

TAJUK:

ABU AYUB AL – ANSARI

NAMA: AMIR AHMAD ZAHIRUDDIN BIN ABDUL ZAHIR
KELAS: 4 IHSAN
NAMA GURU: CIKGU NOOR NASRIAH

1

PENGHARGAAN
Alhamdullilah, saya berterima kasih kepada ibu dan ayah saya kerana membantu saya
untuk membuat buku skrap ini. Tujuan saya membuat buku skrap ini kerana saya ingin
memberi ilmu kepada murid - murid lain supaya mereka mengenali sejarah tokoh islam
yang bernama ABU AYUB AL – ANSARI.

2

Isi Kandungan

Bil
.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Kandungan
Penghargaan
Hijrah Rasulullah s.a.w
Pengaruh Didikan Rasulullah s.a.w
Penulis Wahyu
Persiapan Perang Badar
Perang Badar
Balas Dendam

Perang Uhud
Penutup

Mukasurat
2
4
5
9
10
11
20
21
27

Hijrah Rasulullah S.A.W

3

Abu Ayub Al-Ansari ialah orang yang paling dipercayai oleh Nabi Muhammad
s.a.w kerana beliau selalu mentuntuti apa yang nabi minta. Nama sebenar Abu Ayub AlAnsari ialah Khalid Bin Zaid. Beliau berasal dari Yathrib yang dikenali selagi Madinah AlMunawwarah pada ketika ini.

Ketika hijrah Rasulullah s.a.w ke kota madinah, rumah Abu Ayub Al-Ansari telah
dipilih oleh unta Rasulullah sebagai tempat persinggahan baginda. Abu Ayub Al-Ansari
amat gembira dengan pemilihan tersebut dan menjemput baginda kerumahnya.
Sepanjang Rasulullah s.a. Berada di rumahnya, Abu Ayub Al-Ansari amat
menjaga tetamu istimewa itu.
Ketika pembinaan masjid pertama di Kota Madinah uang dilakukan secara
bergotong royong, Abu Ayub Al-Ansari amat bermurah hati menyediakan makanan
kepada para sahabat yang seharian berpenat lelah membanting tulang. Kemurahan
hatinya itu sudah cukup dikenali oleh penduduk Madinah.
Selepas

siap

pembinaan

masjid

yang

dinamakan


Masjid

Nabawi

itu,

berpindahlah Rasulullah s.a.w ke rumah baginda yang juga dibina berhampiran
kawasan masjid itu.
Perpindahan Rasulullah s.a.w selepas 7 bulan menjadi tetamu Abu Ayub AlAnsari menyedihkan Abu Ayub. Walaupun baginda berpindah ke masjid dan menjadi
jirannya, namun dia berasa seperti kehilangan permata yang berharga.
Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Ayub menjadi sahabat akrab yang menyayangi
dan mengasihi antara satu sama lain. Keakraban mereka itu membuatkan Nabi
Muhammad s.a.w sentiasa menganggap rumah Abu Ayub sebagai rumahnya sendiri.

Pengaruh Didikan Rasulullah s.a.w
4

Abdullah bin Abbas menceritakan suatu hari Abu Bakar keluar di siang hari.
Umar al-Khattab melihat Abu Bakar as-Siddiq, kemudian ia bertanya, “Apa yang

menyebabkan kamu keluar pada waktu panas terik begini?”
“Tidak ada alasan lain yang membuatku keluar (rumah), kecuali aku merasa sangat
lapar”, jawab Abu Bakar. Umar membalas, “Aku pun demikian demi Allah tidak ada
alasan lain yang membuatku keluar kecuali itu.”
Dalam pada itu, mereka bertemu Nabi Muhammad s.a.w dan baginda terus
bertanya tujuan mereka. Mereka menjelaskan kepada Nabi Muhammad s.a.w tujuan
mereka ketika iti. Llau baginda berkata “Demi Allah nyawa saya juga berada di tanganNya, kelaparan juga yang membuat saya keluar dari rumah. Mari bersama saya.”
Nabi Muhammad s.a.w tahu kemana tempat yang muda mereka tuju. Baginda
membawa kedua-dua sahabatnya ke rumah Abu Ayyub Al-Ansari. Salam diberi. Ummu
Ayub membuka pintu lantas menyambut tetamu –tetamu itu.
“Selamat datang wahai Rasulullah dan siapa sahaja yang bersamanya,” kata
isteri Abu Ayub.
“Dimana Abu Ayub?” Nabi Muhammad s.a.w bertanya seolah-olah seperti
saudara rapat yang memahami satu sama lain.
Abu Ayub sedang bekerja di kebun tamar berhampiran rumahya lantas bergegas
pulang rumah apabila mendengar suara Nabi Muhammad s.a.w dan sahabatsahabatnya yang sudah berada di dalam rumah.
“Selamat dating Rasulullah juga keoada Abu Bakar dan Umar.” Abu Ayub
mengalu-alukan Nabi Muhammad s.a.w dengan ucapan penuh kemesraan dan
kereleaan hati menyambut jirannya yang mulia itu.
“Ini bukan masa yang biasa Tuan selalu ke mari,” sapanya kepada Nabi

Muhammad s.a.w.
5

Sebenarnya Abu Ayub selalu menyediakan sedikit makanan untuk Nabi
Muhammad s.a.w. Sekiranya baginda tidak datang mengambilnya pada masa –masa
yang ditetapkan, dia akan menghantarnya kepada keluarga baginda.
“Kamu benar, wahai Abu Ayub. Kami keluar dalam cuaca panas terik begini
kerana lapar lalu kami bertiga dating kemari.” Nabi Muhammad s.a.w menerangkan
tujuan kedatangan mereka bertiga.
Abu Ayub lantas ke kebun tamarnya lalu memotong serumpun tamar, yang
bercampur

antara

tamar

yang

masak


dan

separuh

masak.

Kemudian

dia

menghidangkan kepada tetamu yang mulia itu.
“Saya tidak mahu kamu mengambil yang ini, tidakkah kamu mengambil yang
masak sahaja?” Tanya Nabi Muhammad s.a.w. Maksudnya baginda tidak mahu Abu
Ayub mengambil semuanya termasuk yang sepruh masak.
“Makanlah kedua-dua tamar yang masak dan separuh masak. Saya akan
menyembelih seekor ternakan bagi dijamu,” katanya dengan ikhlas.
“Sekiranya kamu menyembelih, jangan menyembelih ternakan yang sedang
mengeluarkan susu,” pesan Nabi Muhammad s.a.w.
Abu Ayub akur. Dia menyembelih kambing yang muda. Separuhnya dimasak dan
separuh lagi dipanggang. Makanan itu pun dihidang di hadapan Nabi Muhammad s.a.w

dan sahabat sahabatnya.
Nabi Muhammad s.a.w mengambil sepotong daging dan meletakkannya di
dalam roti lalu berkata kepada Abu Ayub, “Bawakan ini kepada Fatimah, dia sudah
beberapa hari tidak merasa makanan sebegini,” Abu Ayub akur.
Selepas makan dan berasa puas, Nabi Muhammad s.a.w lantas berkata “Roti,
daging, burs dan rutab…”

6

Tiba-tiba Nabi Muhammad s.a.w menangis sehingga mengalir air matanya.
“Ini adalah rahmat daripada Allah yang akan ditanya ke atas kamu pada hari akhirat
nanti. Sekiranya rezeki sebegini dating kepadamu, letakkan tangan kamu padanya dan
bacalah bismillah dan selepas kamu habis sebutlah ‘alhamdulillah hilazi huwa ashbana
wa an-‘ama alaina’. Inilah yang terbaik.”
Abu Ayub berasa terharu bercampur gembira mendengar ucapan Nabi
Muhammad s.a.w itu, Sudah menjadi kebiasaan bagi Nabi Muhammad s.a.w, apabila
orang berbuat baik kepadanya, baginda segera membalasnya dengan yang lebih baik.
Lalu diajaknya Abu Ayub dating kerumahnya, Tetapi, Abu Ayub tidak mendengar ajakan
baginda kepadanya.
Lalu


Umar

al-Khattab

berkata,

“Rasulullah

menyuruhmu

dating

esok

kerumahnya.”
“Ya, saya akan patuhi setiap perintah Rasulullah,” kata Abu Ayub.
Keesokkan harinya, Abu Ayub dating sendirian ke rumah Anbi Muhmmad s.a.w.
Kedatangannya itu disambut oleh baginda dengan penuh mesra. Selesai menjamu
selesai menjamu selera, Abu Ayub mahu beransur pulang.

Kemudian, nabi Muhammad s.a.w memberi Abu Ayub seorang gadi kecil bagi
dijadikan pembantu rumah.
“Peliharalah anak ini dengan bauj, wahai Abu Ayub! Selam dia ditangan kami,
saya lihat anak ini baik.”
Abu Ayub pulang ke rumahnya dengan membawa seorang gadis kecil, Ummu
Ayub segera menyambut kepulangan suaminya itu.
“Siapa pula gadis kecil ini?” Tanya Ummu Ayub sambil mengusap rambut anak
kecil itu.
“Anak ini untuk kita. Rasulullah memberinya kepada kita,” jawab Abu Ayub.

7

Sambil mengusap anak kecil itu, Ummu Ayub berkata lembut, “Bersyukurlah
dengan pemberian Rasulullah. Kita mesti menjaga anak kecil ini lebih daripada sekadar
pemberian.”
“Benar katamu. Rasulullah berpesan supaya kita bersikap baik kepada anak ini,”
kata Abu Ayub.
“Bagaimana selayaknya sikap kita kepada anak ini, supaya pesan baginda
terlaksana?” Tanya Ummu Ayub.
“Demi


Allah!

Saya

tidak

melihat

sikap

yang

lebih

baik

melainkan

memerdekakannya,” jawab Abu Ayub.
“Sekiranya begitu, kita memerdekakan dia,” kata Ummu Ayub, bersetuju
membebaskan si cilik tadi.
Begitulah mulianya hati Abu Ayub.

Penulis Wahyu
8

Pada suatu hari, Abu Ayub Al-Ansari dipanggil oleh Nabi Muhammad s.a.w
supaya datang menemuinya. Dia di galaskan dengan tugas yang belum pernah
dilakukannya. Baginda membaca wahyu yang diturunkan kepadanya manakala Abu
Ayub diminta menulisnya.
Mulai hari itu, Abu ayub Al-Ansari menjadi penulis wahyu kepada Nabi
Muhammad s.a.w. Apabila wahyu diturunkan, baginda secara runtin memanggil para
penulis yang ditugaskan supaya mencatat ayat Quran.
Apabila nabi Muhammad s.a.w memanggil Abu Ayub Al-Ansari, dia membawa
tinta dan alat tuli, lalu ditulis pbatu, kulit binatang, pelepah tamar dan apa sahaja yang
dapat ditulis di atasnya. Abu Ayub mula mengumpul pelepah, pelepah tamar dan kulit
ternakannya sebagai persediaan apabila dipanggil oleh Nabi Muhammad s.a.w. Dia
sentiasa bersiap sedia.
“Dan sesiapa menulis ayatku, selain Quran, lalu ia hendaklah dihapuskan,” kata
Nabi Muhammad s.a.w. Baginda mahu supaya Quran ditulis pada halaman kertas yang
sama supaya tidak bercampur aduk serta mengelirukan.
Di Masjid Nabawi, ramai di antara sahabat yang tidak tahu menulis, tetapi
mereka selalu datang dengan membawa sekeping kulit dan mneyerahkan kulit kepada
sesiapa yang diminta Nabi Muhammad s.a.w. bagi menulis Quran.

Persiapan Perang Badar

9

Berita persiapan angkatan perang Abu Jahal dan pengikutnya di sampaikan
kepada Nabi Muhammad s.a.w. Para sahabat mula merasa bimbang kerana bimbang
Madinah akan diserang oleh orang Quraisy.
Umar al-Khattab mecadangkan mereka juga perlu bersiap sedia. Justeru itu, alBara’ bin Ma’rur menyatakan kesediaan orang Ansar untuk mengajar taktik perang
kepada sahabat-sahabat Muhajirin.
Mulai hari itu, Abu Ayub bersama kaum lelaki Ansar mengajar orang Muhajirin
teknik-teknik bertempur di medan perang. Mereka sama-sama berlatih tanpa jemu.
Sementara itu, dalam membina pasukan perang, Saad bin Abu Waqas dan
Uthman bin Affan adalah antara orang berharta yang mendermakan sebahagian harta
mereka bagi membeli kelengkapan perang. Semua penduduk berganding bahu
menyediakan peralatan perang seperti tombak, pedang dan ada yang menggunakan
pelepah tamar sebagai senjata.
Para sahabat bijak menyimpan rahsia persediaan mereka dariapda pengetahuan
orang Yahudi yang berusaha mengetahui pergerakan mereka.
Semangat Abu Ayub pula berkobar-kobar. Dia berusaha mengajak kaum lelaki
tidak kira tua atu muda supaya turut serta. Sikapnya itu berlainan sekali ketika berlaku
pertempuran Bani Aus dengan Kazraj dahulu.

Perang Badar
10

Perang Badar merupakan perang pertama yang dilalui oleh umat Islam di
Madinah. Ia merupakan isyarat betapa mulianya umat Islam yang berpegang teguh
pada tali agama Allah. Kemenangan besar kaum muslimin tidak terletak pada jumlah
tentera yang ikut serta tetapi terkandung dalam kekuatan iman yang tertanam
disanubari mereka. Dengan Keyakinan mereka pada Allah yang sangat kukuh itu, Allah
telah

menurunkan

bantuan

ibarat

air

yang

mengalir

menuju

lembah

yang

curam. Tidak ada sesiapa yang dapat menahan betapa besarnya pertolongan Allah
terhadap umat yang senantiasa menjalankan perintahnya dan menjauhi larangannya.
Serangan yang dilakukan oleh Abdullah Ibn Jahshin terhadap angkatan
perdagangan kaum Quraisy pada bulan Rejab yang diharamkan berperang telah
dianggap oleh mereka sebagai tamparan dan cabaran hebat kepada mereka. Kaum
Quraisy merasakan kematian Al-Hadhrami seharusnya dibela dan memusnahkan
semua pihak yang bersangkutan dengan pembunuhan itu. Rasulullah sememangnya
menyedari pihak Quraisy pasti akan menuntut bela. Baginda telah membuat
persediaan yang lebih awal.
Pada bulan Ramadhan tahun 2 Hijriah, Rasulullah bersama 313 orang tentera
telah keluar dari Madinah untuk menyekat angkatan perdagangan kaum Quraisy yang
pulang dari negeri Syria (Syam) dalam usaha mereka hendak melemahkan persiapan
tentera Quraisy Makkah untuk menyerang Madinah.
Abu Sufyan yang mengetuai angkatan perdagangan tersebut telah menyedari
tindakan Rasulullah itu lalu beliau telah menghantar utusannya yang bernama Dham
Dham bin Amr Al-Ghifari meminta bantuan dari Makkah.
Di Makkah pula, 3 hari sebelum Dham Dham sampai, Atiqah Binte Abdul
Muthalib telah bermimpi sesuatu yang sungguh menakutkan. Atiqah telah bermimpi
melihat seorang musafir datang dengan mengendarai unta. Ia berdiri diatas tanah
lapang. Kemudian, lelaki tersebut berteriak dengan suara yang amat kuat.
“Ketahuilah wahai keluarga Ghudar, berangkatlah kalian kepada tempat-tempat
kematian kalian dalam masa 3 hari.”
11

Atiqah melihat manusia berkumpul dekat musafir tersebut kemudian ia masuk
dalam masjid diikuti orang ramai dan berdiri ia diatas untanya didepan Ka’bah dan
dilaungkan lagi perkataan yang sama. Lelaki itu kemudian berdiri dihadapan Abu Qais
dan diulangi ucapannya buat kali ketiga. Musafir itu kemudian mengambil batu besar
dan melemparkannya. Batu itu jatuh bergolek. Ketika batu itu tiba dibawah gunung, ia
pecah berkeping-keping. Tidak sebuah rumah pun yang ada di Makkah terlepas dari
dimasuki pecahan batu besar tersebut.
Mimpi Atiqah itu walaupun diminta supaya dirahsiakan, telah tersebar luas di
Kota Makkah hingga kepengetahuan Abu Jahal. Tetapi Abu Jahal dengan sikap
bongkak dan sombongnya tidak memperdulikan mimpi itu malah diperlecehkan
olehnya.
Al-Abbas bin Abdul Muthalib, orang pertama yang mengetahui tentang mimpi
Atiqah

telah

mendengar

saudaranya

di

ejek

oleh Abu

Jahal. Beliau

ingin

mempertahankan saudaranya lalu keluar untuk mencari Abu jahal. Pada ketika beliau
terjumpa Abu Jahal, Dham Dham, iaitu utusan dari Abu Sufyan telah sampai ke Makkah
dengan membawa berita Abu Sufyan meminta bantuan.
Ketika itu juga Makkah menjadi kecoh dengan berita ini. Ramai pembesarpembesar Quraisy merasa marah dengan tindakan Muhammad. Mereka lalu
mengumpulkan orang untuk keluar membantu Abu Sufyan. Tidak ada seorang lelaki
pun yang ingin ketinggalan dalam peperangan ini. Ada diantara mereka yang tidak
dapat ikut tetapi mengutus orang suruhan mereka untuk ikut serta.
Sebelum berlaku peperangan di Badar, Nabi Muhammad S.A.W telah
mengutuskan Talhah Bin Ubaidullah dan Said bin Zaid untuk mengumpul maklumat
tentang kabilah Abu Sufyan. Mereka mengumpulkan maklumat yang perlu dan kembali
ke Madinah untuk menyampaikan pada Rasul. Baginda bergerak bersama-sama para
pengikutnya. Baginda menuju ke Badar tetapi terlebih dahulu Baginda mengutus Ali bin
Abu Talib, Zubir bin Al-Awwam dan Saad Bin Abi Waqqas bersama beberapa orang lain

12

ke Badar mengumpulkan maklumat terbaru tentang orang Quraisy serta musuh
mereka.
Maklumat yang diperolehi daripada dua orang budak lelaki yang telah
mendedahkan tentang tempat persinggahan orang Quraisy. Apabila Rasulullah
bertanya berapa ekor binatang yang disembelih untuk makanan mereka setiap hari,
kanak-kanak itu menjawab 9 atau 10 eokr. Dengan kebijaksanaan Rasulullah, Beliau
dapat mengagak jumlah tentera musuh ada 900 hingga 1000 orang tentera.
Dengan maklumat yang diperolehi itu, Rasulullah pada waktu itu merasa
khawatir kalau-kalau nanti setelah kejadian tenteranya bertempur dengan tentera
Quraisy lalu dari tenteranya ada yang mengundur diri. Nabi Muhammad S.A.W juga
ingat bahwa asal mulanya berangkat dari Madinah adalah hendak mengejar
seperangkatan unta yang memuatkan perdagangan kaum Quraisy yang di ketuai oleh
Abu Sufyan, sedangkan mereka telah lepas jalan ke Makkah. Rasulullah bimbang jika
ada diantara tenteranya yang tidak suka bertempur dengan tentera Quraisy dan ada
yang berperasaan angkatan unta yang dikejar telah terlepas jalan. Pasukan tentera
Quraisy begitu besar berlipat ganda. Alat perang Quraisy lebih lengkap dan mereka
serba kekurangan.
Dengan kebijaksanaan sebagai seorang Nabi dan pesuruh Allah, maka Nabi
Muhammad s.a.w mengadakan permusyawaratan bersama pahlawan-pahlawan
tenteranya meminta pendapat mereka. Pada mulanya, mereka berkata bahwa mereka
keluar hanya untuk perdagangan Quraisy dan bukan untuk berperang. Ketika itu
Rasulullah amat merasa susah hati dan berubah wajahnya. Apabila Abu Bakar r.a
melihat keadaan ini, lalu beliau berkata:
“Ya Rasulullah, lebih baik kita bertempur dengan musuh!”. Diikuti pula dengan
Umar r.a. Kemudian seorang sahabat Miqdad Bin Al-Aswad lalu berdiri dan berkata :
“Ya Rasulullah, teruskanlah pada barang apa yang Allah telah perintahkan pada
Tuan! Maka kita serta Tuan. Demi Allah, kita tidak akan berkata kepada Tuan seperti
perkataan kaum Bani Israil kepada Nabi Musa pada zaman dahulu. “Pergilah engkau
13

bersama Tuhanmu, maka berperanglah engkau berdua. Kita sesungguhnya akan
duduk termenung saja.”. Akan tetapi berkata kita pada Tuan sekarang “Pergilah Tuan
bersama

Tuhan

Tuan!

Dan

berperanglah

Tuan

bersama

Tuhan

Tuan. Kita

sesungguhnya berserta Tuan dan Tuhan Tuan. Kita ikut berperang. Demi Allah, jikalau
Tuan berjalan dengan kita sampai kedesa Barkul Ghamad, nescaya kita berjuang
bersama Tuan daripada yang lainnya. Kita akan berperang dari sebelah kanan Tuan
dan di antara hadapan Tuan dan belakang Tuan.
Ketika itu Rasulullah juga ingin kepastian dari kaum Anshar. Melihat keadaan itu,
Sa’ad Bin Muaz lalu berdiri dan berkata dengan kata-kata yang memberi keyakinan
pada Rasulullah sama seperti kaum Muhajirin. Di ikuti pula oleh suara-suara pahlawan
yang lain.
Setelah mendengar kata-kata daripada sahabat dan tenteranya yang sungguh
meyakinkan, bercahayalah muka Nabi seraya tertampak kegirangannya. Pada saat itu
juga Allah menurunkan wahyunya yang tercatat di Surah Al-Anfal ayat 5-7 yang ertinya :
“Sebagai Tuhanmu (Muhammad) mengeluarkan akan kamu dari rumahmu yang
benar. Dan bahawasanya sebahagian dari orang-orang yang beriman itu sungguh
benci. Mereka membantah kamu dalam urusan kebenaran (berperang) sesudah
terang-benderang, seolah-olah mereka digiring akan salah satu dari dua (golongan
Al’Ier dan golongan An Nafier), bahawasanya ia bagimu, dan kamu mengharapkan
yang tidak berkekuatan senjata adalah bagi kamu, dan Allah berkehendak akan
menyatakan kebenaran dengan semua sabdanya, dan memutuskan kekalahan orangorang yang tidak percaya”
(Al-Quran Surat Al-Anfal Ayat 5-7)

Setelah itu, nabi S.A.W lalu bersabda pada seluruh tenteranya:
14

“Berjalanlah kamu dan bergiranglah kerana sesungguhnya Allah telah memberi
janji kepadaku salah satu daripada dua golongan (yaitu Al-Ier dan An-Nafier). Demi
Allah, sungguh aku seakan-akan sekarang ini melihat tempat kebinasaan kaum
Quraisy,”
Mendengar perintah Rasulullah s.a.w yang sedemikian itu, segenap kaum
muslimin memulakan perjalanan dengan tulus ikhlas dan berangkatlah mereka menuju
ketempat yang dituju oleh Nabi. Mereka selalu ta’at dan patuh kepada perintah Nabi
dengan melupakan segala sesuatu yang menjadi kepentingan diri mereka sendiri.
Dipihak Quraisy pula ada beberapa kucar kacir yang terjadi sehingga beberapa
kaum yang berjalan berpatah balik ke Makkah.
Rasulullah tidak henti-henti memanjatkan do’a kepada Allah memohon
pertolongan. Untuk menebalkan iman tenteranya dan meneguhkan semangat
barisannya, Rasulullah menghadapkan mukanya kepada sekalian tenteranya sambil
memohon kepada Allah yang ertinya :
“Ya Allah! Hamba memohon kepada Engkau akan janji dan perjanjian
Engkau. Ya Allah! Jika Engkau berkehendak (mengalahkan pada hamba), tidak akan
Engkau disembah lagi.”
Diriwayatkan diwaktu itu, Nabi s.a.w berulang-ulang memohon kepada Allah
sehingga Abu Bakar r.a yang senantiasa berada disisinya telah memegang selendang
dan bahu Nabi sambil berkata “ Teruslah berdoa kerana Allah pasti memenuhi janjiNya
kepadamu.”
Selanjutnya, sebagai kebiasaan bangsa Arab, sebelum berperang maka diantara
pahlawan-pahlawannya lebih dulu harus bertanding dan beradu kekuatan dengan
pahlawan musuh. Dipihak kaum Quraisy, 3 pahlawan yang keluar adalah 1. Utbah Bin
Rabi’ah, 2. Syaibah Bin Rabi’ah dan 3. Walid Bin Utbah. Dan dari tentera Islam ialah 1.
‘Auf bin Al-Harits, 2. Mu’adz bin Harts dan 3. Abdullah bin Rawahah.

15

Mereka bertiga adalah dari kaum Anshar. Tetapi kerana kesombongan kaum
Quraisy yang merasakan bangsanya lebih baik, tidak mahu menerima kaum Anshar,
malah meminta Rasulullah mengeluarkan 3 orang pahlawan dari kaum Quraisy
sendiri.
Maka Rasulullah mengeluarkan Hamzah Bin Abdul Muthalib, Ali Bin Abi Thalib
dan ‘Ubadah Bin Al-Harits. Mereka berenam beradu tenaga sehingga akhirnya tentera
Quraisy jatuh ketiga-tiganya dan tentera Islam hanya ‘Ubaidah Bin Al-Harits yang
syahid. Ini adalah petanda bahwa kaum Quraisy akan tewas.
Setelah itu pertempuran terus berlaku. Tentera Islam yang seramai 313 orang
berlawan mati-matian untuk menewaskan tentera Quraisy. Rasulullah senantiasa
mengamati gerak-geri tentera Islam. Dengan sebentar waktu, berpuluh-puluh tentera
musyrikin menghembuskan nafasnya, melayang jiwanya meninggalkan badannya
bergelimpangan diatas tanah bermandikan darah. Tentera Islam senantiasa menyebut
“Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!”.
Rasulullah pula tidak henti-henti memanjatkan do’a pada Allah memohon
kemenangan tentera Islam. Ada seketika dengan tidak ada sebab apapun, Rasulullah
telah jatuh dengan mendadak sebagai orang pengsan. Tubuhnya gementar dan
kedinginan bagaikan orang ketakutan. Tetapi tidak berapa minit, Beliau bangun dengan
tegak lalu bersabda kepada Abu Bakar r.a. yang senantiasa berada disisinya, yang
ertinya :
“Gembiralah oleh mu wahai Abu Bakar. Telah datang pertolongan dari Allah
kepadamu. Ini Malaikat Jibril sampai memegang kendari kuda yang ia tuntun atas
kedua gigi sarinya berdebu.”
Rasulullah memberi semangat kepada tenteranya dengan sabdanya yang
membawa maksud dan jaminan bahwa tentera Islam yang turut serta diperang Badar
dijamin masuk syurga.

16

Mendengar ini, tentera Islam semakin berkobar-kobar semangatnya. Anu Ayub
Al-Ansari juga berperang dengan gagah berani. Tanpa disedarinya, dia bersama 10
orang sahabatnya dikelilingi ramai tentera musuh. Tidak semudah itu mereka menyerah
kalah. Mereka terus bertempur.
Ramai pembesar-pembesar Quraisy yang terkorban dan pada akhirnya, mereka
bubar dan melarikan diri. 70 orang kaum Quraisy terbunuh dan 70 yang lain
tertawan. Manakala tentera Islam pula hanya 14 yang syahid (6 dari Muhajirin dan 8
dari Anshar). Tentera Islam mendapat kemenangan dari sebab keteguhan dan
ketabahan hati mereka.
Sepanjang malam sehingga waktu pengebumian keesokan harinya mereka
tercium bau wangi yang belum pernah dihidu. Selepas mengebumikan jenazah-jenazah
tentera islam yang gugur syahid dan bangkai-bangkai tentera musyrikin dilempar dan
dikuburkan di dalam sebuah perigi/sumur di Badar, Nabi Muhammad s.a.w bersama
pasukannya bersiap bagi berangkat pulang ke Madinah.
“Bau wangi apakah yang kami hidu sejak semalam hingga pagi ini?” Tanya Abu
Ayub Al-Ansari.
“Itu bau wangi pejuang yang syahid,” jawab Nabi Muhammad s.a.w.
Kemenangan ini disambut dengan riang gembira oleh orang yang tidak mengikut
peperangan, iaitu kaum perempuan, kanak-kanak dan beberapa orang lelaki yang
diberi tugas mengawal Madinah dalam masa pemergian tentera Islam ke Badar itu.
Madinah pula, Rasulullah memikirkan bagaimana cara yang patut dilakukan
keatas orang tawanan perang. Rasulullah juga berpesan pada orang ramai supaya
bersikap baik dan belas kasihan kepada orang tawanan. Sehingga ada kaum muslimin
yang memberikan satu-satunya roti yang ada kepada orang tawanan. Sehingga orang
tawanan merasa segan dengan kebaikan yang ditunjukkan.

17

Rasulullah kemudian berbincang dengan orang Islam tentang nasib tawanan
Badar. Ada yang menyatakan dibunuh saja kerana mereka telah engkar dengan Allah
dan mengusir kaum Muhajirin dari Makkah.
Ada pula yang lebih lembut hatinya dan disuruh lepaskan saja dengan harapan
mudah-mudahan mereka akan insaf dan tertarik dengan Islam. Setelah lama
berbincang, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk melepaskan mereka dengan
mengenakan

tebusan

sekadar

yang

sepatutnya

mengikut

keadaan

masing-

masing. Setinggi empat ribu dirham dan serendah satu ribu dirham.
Bagi yang miskin tetapi ada pengetahuan membaca dan menulis dikehendaki
supaya mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam. Mereka semua dibebaskan
apabila tebusan telah dibayar atau kanak-kanak itu telah pandai.
Hikmah didalam peperangan Badar
Peperangan Badar ini amat besar ertinya bagi agama Islam. Andai kata tentera
Islam kalah dalam peperangan ini maka tamatlah riwayat orang-orang Islam malah
agama Islam itu sendiri.
Kemenangan ini juga menguatkan lagi kedudukan Islam di Madinah dan
menambahkan keyakinan bahwa mereka adalah pihak yang benar. Mereka telah mula
disegani dan ditakuti oleh kabilah-kabilah Arab lain dan digeruni oleh orang Yahudi dan
Munafiqin Madinah.
Sebaliknya pengaruh orang Quraisy Makkah mula lemah dan merosot. Orang
yang ditawan oleh tenters Islam pula, apabila mereka balike ke Makkah setelah
dilepaskan telah menceritakan kepada sahabat-sahabat dan keluarga tentang kebaikan
orang Islam. Cerita ini dengan tidak secara langsung telah memberi pertolongan yang
besar kepada perkembangan agama Islam di Makkah.
Mereka yang selalunya menerima layanan buruk dari orang Quraisy secara diam
telah berhijrah ke Madinah dan memeluk agama Islam. Dengan ini tentera Islam
bertambah dari masa ke masa. Perang Badar telah memperkuatkan lagi kepercayaan
18

orang Islam kepada nabi Muhammad s.a.w. dan ajaran Islam. Mereka sanggup
berkorban jiwa untuk kepentingan baginda dan agama Islam

Balas dendam
Kemenangan umat Islam dalam perang badar tidak disenangi oleh Bani
Qainuqa. Mereka mula bersikap agresif kepada orang Islam. Mereka juga sering
19

mengejek kamum Muslimin dan merendahkan kemenangan mereka dalam Perang
Badar dengan mengatakan jika bertarung dengan mereka umat Islam akan lebih mudah
kalah kerana mereka mahir berperang.
Tidak cukup dengan ejekan dan cabaran, orang Bani Qainuqa berani
menggangu kaum wanita Islam yang pergi ke pasar sehingga terjadinya satu kejadian
yang memalukan serta berlaku pergaduhan.
Ekoran dari kejadian itu, Nabi Muhammad s.a.w mengusir Bani Qainuqa dari
MAdinah tanpa membawa harta selain anak sahaja kerana telah melanggar Piagam
Madinah.
Di Makkah pula Abu Sufian telah merancang untuk membalas dendam dengan
mengumpulkan lebih kurang 200 pengikutnya. Beliau merancang untuk memerangi
orang Islam di Madinah secara sembunyi.
Abu Sufian mengutuskan satu kumpulan kecil bagi menyerang satu kawasan
bernama al-A’rid. Disitu, mereka memotong pagar dan membakar kebun tamar serta
membunuh dua orang penduduk yang terdiri daripada kaum Ansar.
Kejadian itu telah menaikkan kemarahan kaum Ansar. Mereka bersama-sama
Nabi Muhammad s.a.w mempersiapkan pasukan bagi memburu Abu Sufian dan
rombongannya. Abu Ayub al-Ansari turut serta dengan menunggang untanya. Namun
Abu Sufian berjaya meloloskan diri.

Perang Uhud

20

Kerana Abu Jahal sudah meninggal, maka Abu Sufianlah yang diangkat menjadi
Panglima Perang, yang akan memimpin tentera tiga ribu orang jumlahnya. Di antara
ketua pasukan mereka yang ternama ialah Safwan, anak dari Umaiyah bin Khalaf yang
telah menyeksa Bilal, dan 'Ikrirnah anak Abu Jahal. Selain itu, ikut serta pula memimpin
tentera, seorang yang gagah berani, iaitu Khalid Ibnul-Walid. Kaum perempuan dengan
dikepalai oleh Hindun (isteri Abu Sufian), dikerahkan untuk menghibur dan menguatkan
semangat perang bagi tentera yang ramai itu, mereka turut ke medan perang memukul
genderang.
Kerana musuh terlalu ramai, maka Nabi berniat akan bertahan dan menanti
musuh dalam kota Madinah. Tetapi suara ramai, berdasarkan siasat perang
menghendaki agar musuh diserang di medan perang. Nabi tunduk kepada keputusan
orang ramai ini, sekalipun dalam hatinya terasa kurang tepat. Dalam hal yang tiada
turun wahyu, Nabi selalu berbincang dengan orang ramai, dan keputusan mereka pasti
dijalankan dengan tawakkal, ertinya berserah kepada Tuhan.
Nabi lalu masuk ke dalam rumah memakai pakaian besinya dan mengambil
pedangnya. Baru Nabi keluar, ramai di antara sahabat yang telah mengusulkan untuk
menyerang tadi, mencabut usul mereka kembali, kerana ternyata kepada mereka
pendirian Nabi semulalah yang benar. Tetapi keputusan itu rupanya tidak dapat diubah
lagi, kerana Nabi berkata: "Tidak, Kalau seorang Nabi telah memakai baju perangnya,
dia tidak akan membukanya kembali sebelum perang selesai."
Tentera Islam hanya berjumlah seribu orang. Semuanya berjalan kaki, hanya dua
orang saja berkuda. Ramai pula di antara mereka itu orang tua dan anak anak yang di
bawah umur.
Sebelum matahari terbenam, mereka bertolak menuju ke bukit Uhud.
Sesampainya di pinggir kota Madinah, tiba tiba enam ratus orang Yahudi, kawan kawan
dari Abdullah bin Ubay, menyatakan hendak turut bertempur bersama sama dengan

21

Nabi. Tapi Nabi sudah tahu akan maksud mereka yang tidak jujur, maka ditolaknya
tawaran itu dengan berkata: "Cukup banyak pertolongan dari Tuhan."
Kerana penolakan ini, Abdullah bin Ubay malu, marah, lalu berusaha
menakutkan kaum Muslimin, agar mereka jangan turut berperang tiga ratus orang kaum
Muslimin dapat dihasut, sehingga kembali pulang ke Madinah dan mereka inilah yang
dinamakan kaum Munafik. Maka tinggallah Nabi dengan tujuh ratus orang tentera saja
menghadapi musuh yang jumlahnya empat kali ganda itu.
Tanpa diketahui musuh, sampailah kaum Muslimin di bukit Uhud di waktu dinihari.
Segera Nabi mengatur siasat perang. Bukit itu digunakan sebagai pelindung dari
belakang, sedang dari sebelah kiri, dilindungi oleh bukit Ainain. Lima puluh orang
diserahkan Nabi menjaga celah bukit dari belakang dikepalai oleh Ibnuz-Zubair, dengan
perintah bahawa mereka tidak boleh meninggalkan tempat itu, sekalipun apa juga yang
akan terjadi.
Tiba tiba kedengaranlah sorak gemuruh musuh dari bawah lembah. Mereka
sudah melihat akan tentera Islam. Segera mereka bergerak maju, menyerang dengan
formasi berbentuk bulan sabit, dipimpin oleh Khalid Ibnul-Walid sayap kanannya dan
Ikrimah bin Abu Jahal sayap kirinya.
Seorang musuh berunta maju sampai tiga kali menentang tentera Islam. Pada
kali ketiga, maka melompatlah Zubair sebagai harimau ke punggung unta itu. Musuh
tadi dibantingkannya ke tanah, lalu dibedah dadanya oleh Zubair dengan pisau. Abu
Dujanah setelah meminjam pedang Nabi sendiri, lalu menyerbu ke tengah tengah
musuh yang ramai itu. Pertempuran hebat segera berkobar dengan dahsyat.
Arta pemegang panji panji musuh, gugur oleh Hamzah. Sibak yang
menggantikan Arta segera berhadapan dengan Zubair. Setelah Sibak tewas menyusul
Jubair bin Mut'im menghadapi Hamzah, untuk membalas dendam kerana Hamzah telah
dapat menewaskan pamannya di medan perang Badar. Jubair takut berhadapan
22

dengan Hamzah. Hanya diperintahkan hambanya Wahsyi, bangsa Habsyi, dengan
perjanjian apabila budak ini dapat menewaskan Hamzah dia akan dimerdekakan.
Dengan menyeludup di balik belukar dari belakang Hamzah, dengan
memgunakan tombak, Hamzah dapat ditikamnya sehingga syahid di saat itu juga.
Hamzah adalah pemegang panji panji Islam di kala syahidnya itu. Panji panji itu
segera diambil oleh Mus'ab bin 'Umair. la ini pun tewas di hadapan Nabi sendiri. Ali
tampil menggantikannya. Sebagai kilat Ali dapat menetak leher musuhnya yang
memegang panji panji itu. Pergolakan hebat berkisar di sekitar panji panji musuh yang
sudah rebah ke tanah. Berpuluh puluh musuh tewas di sekitar panji panji itu, bersama
dengan panji panjinya. Barisan musuh mulai kucar kacir.
Melihat musuh lari tunggang langgang, tentera yang lima puluh orang yang
diserahi menjaga celah bukit itu, lupa kepada kewajibannya. Mereka turut mengejar
musuh yang lari meninggalkan tempat pertahanan mereka, kerana mengharapkan harta
rampasan yang banyak, kepunyaan musuh yang lari itu. Dengan suara yang keras
sampai serak, Ibnuz-Zubair menyuruh mereka kembali, tapi tidak di endahkan.
Melihat tempat pertahanan yang strategik itu telah kosong tentera musuh yang
lari dengan dipimpin oleh Khalid Ibnul-Walid itu, segera mengarah ke tempat
pertahanan yang kosong itu. Dengan melalui celah bukit itu mereka menyerang tentera
Islam dari belakang. Ibnuz-Zubair yang tetap bertahan seorang diri di situ, tewas diinjak
oleh kuda kenderaan Khalid sendiri. Panji panji Quraisy yang sudah jatuh itu berkibar
kembali dipegang oleh seorang perempuan Makkah, 'Umarah binti 'Alkamah namanya.
Tentera Islam menjadi kacau bilau. Sebahagian telah lari pulang ke Madinah,
Usman bin 'Affan sendiri terbawa juga. Para sahabat bergelimpangan ke bumi menemui
ajalnya. Anak panah dan batu tidak putus putus menghujani tentera Islam yang
berkumpul di sekitar Nabi tiba tiba Nabi dilontar oleh batu, sehingga luka parah dan

23

patah giginya. Baju besi yang kena batu, pecah dan pecahannya menembus ke pipi
Nabi. Abu Usman mencabut besi itu dari daging Nabi sehingga giginya pun patah pula.
Nabi terjatuh ke sebuah lubang yang agak dalam sehingga hilang dari
pandangan orang ramai. Pasukan Quraisy lalu berteriak mengatakan, bahawa
Muhammad sudah tewas. Ali dan Talhah segera menolong dan mengeluarkan Nabi dari
dalam lubang itu. Umar, Abu Bakar dan Ali pun serentak menyerbu ke tengah tengah
musuh sebagai singa yang lapar layaknya. Maka tinggallah Nabi dilindungi oleh Abu
Dujanah dan Abu Talhah saja. Badan Abu Dujanah penuh luka untuk menangkis segala
serangan yang ditujukan kepada Nabi, sehingga kerana luka dan keletihan, dia pun
meninggal. Seorang perempuan Ansar melihat Nabi tinggal seorang diri, lalu menyerbu
ke muka menikam setiap musuh yang menuju ke arah Nabi, sehingga perempuan itu
pun tewas pula. Perempuan itu Ummu 'Umarah namanya.
Dalam pada itu, suara musuh yang mengatakan Nabi sudah tewas itu, segera
menjalar di medan pertempuran. Mendengar itu, Ali, Umar dan Abu Bakar bukan main
terperanjatnya, sehingga semangat pertempurannya menjadi tergoda kerananya.
Melihat itu Anas bin Nadhir berkata kepada mereka.
"Kenapa kamu kecewa? Kalau betul Nabi sudah wafat, apa gunanya hidup ini
bagimu? Ayuh! Mari kita bunuh musuh seramai mungkin sampai kita syahid pula
sebagai Nabi sendiri!"
Sebagai teladan, dia segera melompat menerkam musuh. Dia rebah penuh
dengan luka-luka sehingga tidak dapat dikenal lagi rupanya. Badan, muka dan jari
jarinya putus kena pedang musuh. Hanya saudara perempuannya saja yang dapat
mengenal dia dalam keadaan yang demikian itu. Ali, Umar dan Abu Bakar menyusul
berjuang mati matian menetak musuh dengan pedangnya. Semangat tentera Islam
hidup kembali.

24

Tiba tiba terdengar Ka'ab bin Malik berteriak mengatakan Nabi masih hidup
segar bugar, malah beliau pun sedang berjuang mati matian. Dari segala penjuru,
tentera Islam menyerbu menyusur ke tempat Nabi berada. Nabi yang sedang terkepung
dari segala penjuru, dapat mereka bela, sehingga terlepas dari bahaya besar. Mereka
lalu merebut kembali celah bukit yang strategik dikuasai musuh itu. Dengan direbutnya
tempat itu, musuh dikepung ditengah tengah. Perlawanan musuh dapat dipatahkan dan
akhirnya lari menyusup dilereng bukit Uhud, dimana terjadi pertempuran maju mundur
beberapa hari lamanya. Kerana sudah keletihan dan banyak korban, mereka lalu
pulang ke Makkah kembali.
Dalam pertempuran itu, ummat Islam menderita kerugian yang lebih besar, tujuh
puluh orang tewas. Sedang di pihak musuh hanya dua puluh tiga orang saja yang
tewas. Sungguh mahal harganya strateji yang ditetapkan Nabi kerana dengan
melengahkan strateji itu dan harus membayar dengan tujuh puluh orang korban dan
Nabi sendiri pun dapat luka dan hampir saja menjadi korban.
Kerugian besar itu menimbulkan keinsafan yang lebih dalam kepada tentera
Islam, keinsafan bahawa perintah Nabi jangan sampai dilanggar dan diabaikan. Dengan
keinsafan inilah mereka meneruskan perang mereka di hari hari yang berikutnya,
sehingga mendapat kemenangan yang gilang gemilang.
Sehabis perang Uhud itu kekejaman musuh semakin bertambah juga. Jenazah
jenazah tentera Islam yang bergelimpangan di medan perang, mereka koyak koyak dan
hinakan. Dengan ramainya korban orang orang Islam dan sedikitnya korban di pihak
mereka, mereka sama sama menyombongkan diri kerana mengira bahawa tentera
Islam akan dapat dibinasakan semuanya. Yahudi Madinah mulai ingin bersahabat
dengan bangsa Quraisy untuk menyerang orang Islam, melanggar janji yang sudah
mereka tandatangani di hadapan Nabi sendiri. Kaum munafik (yang bergabung dengan
orang Islam, kerana takut dan lain alasan, bukan kerana keinsafan), makin terang
terang mengkhianati kaum Islam.

25

Guru guru Islam yang dikirim Nabi ke desa desa di pedalaman Arab tujuh puluh
orang jumlahnya, hampir seluruhnya dibunuh oleh golongan Yahudi dan kaum munafik
itu. Hal ini sangat menyedihkan Nabi Muhammad s.a.w

26

Penutup
Abu Ayub al-Ansari terlibat dalam peperangan menentang kerajaan Rom
Byzantine sejak mula perjuangan hinggalah ke zaman pemerintahan Muawiyah. Dalam
ekspedisi Khalifah Muawiyah untuk menakluk kota Constantinople, beliau yang sudah
tua meninggal dunia akibat jatuh sakit. Beliaulah yang diisyaratkan oleh baginda dalam
hadisnya yang bermaksud:
"Seorang lelaki yang soleh akan syahid dan akan dikuburkan di bawah kubu kota
Constantinople"
Ketika hayat baginda, Nabi Muhammad s.a.w telah meriwayatkan bahawa
"Constantinople bakal jatuh ke tangan orang Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja,
tenteranya adalah sebaik-baik tentera dan rakyatnya adalah sebaik-baik rakyat."
Setelah ditanya mengenai wasiat beliau mahu dikebumikan di bawah kubu kota
Constantinople, Abu Ayub menjelaskan bahawa beliau mahu mendengar derapan kuda
sebaik-baik raja yang memimpin sebaik-baik tentera ketika mereka bergerak masuk ke
dalam Constantinople.
Turki Uthmaniyyah mengangkat beliau sebagai idola dalam usaha pembebasan
kota Constantinople ketika zaman pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih.
Abu Ayub Al Ansari adalah seorang sahabat dari kaum Ansar. Sewaktu
Rasulullah berhijrah ke Madinah dahulu, di rumah Abu Ayublah Nabi tinggal. Abu Ayub
turut serta dalam operasi tentera Islam untuk membebaskan Konstantinople. Ketika itu
umur beliau sudah mencecah 81 tahun. Meskipun tua, tapi Abu Ayub tetap berkeras
untuk berangkat kerana dia berharap untuk merebut janji Rasulullah SAW sebagaimana
tersebut dalam Hadis baginda: “Konstantinople akan jatuh ke tangan seorang ketua
yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik.”
Tiba di Konstantinople tentera Islam bergabung, pasukan dari Mesir diketuai oleh
Uqbah bin Amir dan dari Syam pula diketuai oleh Fudalah bin Ubaid r.a. Barisan tentera
27

Rom amat besar sekali dengan kelengkapan perang yang jauh lebih hebat. Tentera
Islam pun berbaris untuk menghadapi mereka. Tiba-tiba seorang lelaki dari kalangan
tentera Islam telah merempuh masuk ke dalam barisan tentera Rom. Melihat
tindakannya itu, tentera-tentera Islam pun berteriak kepadanya: “Maha Suci Allah! Dia
mencampakkan dirinya ke dalam kebinasaan.”
Mendengar kata-kata mereka itu, Abu Ayub Al Ansari segera tampil lalu berkata,
“Wahai manusia! Sesungguhnya kamu mentakwilkan ayat ini dengan takwil yang
seumpama itu. Kami lebih mengetahui mengenai ayat sesungguhnya ia telah
diturunkan kepada kami golongan Ansar. Tatkala Allah menguatkan agama-Nya dan
bertambah ramailah pengikutnya, kami telah berkata sesama kami secara rahsia dari
pengetahuan Rasulullah SAW: “Sesungguhnya harta-harta kita telah terbiar, adalah
elok kita tinggal di sana dan memperbaiki apa yang telah kehilangan dan kerugian
terhadap harta-harta tersebut.”
Oleh yang demikian, Allah SWT mewahyukan ayat Al Quran untuk membidas
kerungsingan kami itu.
Allah SWT berfirman: “Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah dan
janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” (Al Baqarah: 195)
Ada pun kebinasaan itu adalah tinggal bersama kaum keluarga di mana kami
telah berkeinginan untuk melakukannya, demi untuk memperbaiki harta benda kami.
Maka kami telah diperintahkan untuk keluar berghuzwah (berperang). Demikianlah
pendirian Abu Ayub, sebab itulah dia gigih berjuang walaupun umurnya sudah lanjut.
Dalam peperangan membebaskan Konstantinopel itu, berjatuhanlah para
syuhada bagai kembang-kembang seri yang gugur di Taman Syurgawi. Pada hari itu
bermati-matian Abu Ayub bertempur dari terbit matahari sampai tenggelam. Akhirnya
Abu Ayub jatuh sakit. Terbaring lesu tanpa boleh bergerak-gerak lagi. Tentera-tentera
Islam datang melawatnya.

28

Setiap yang datang, akan mendoakan: “Ya Allah, afiatkan ia dan sembuhkanlah
ia.”
Mendengar doa itu, Abu Ayub menoleh kepada mereka dan berkata, “Jangan
doakan begitu. Tapi ucapkanlah, ya Allah, kalau ajalnya sudah dekat, ampunilah dan
berilah ia rahmat. Akan tetapi sekiranya ajalnya masih belum tiba, afiatkan ia dan
sembuhkanlah segera dan berilah ia ganjaran.”
Ketika sakitnya semakin memberat, Abu Ayub pun berwasiat agar jasadnya
disemadikan di benteng Kota Konstantinopel. Semasa kematiannya peperangan masih
bergelora. Jenazah Sahabat yang mulia itu dibawa ke benteng Konstantinopel untuk
disemadikan. Ternyata beliau bukanlah orang yang dijanjikan Tuhan untuk menawan
kota Konstantinople itu.
Namun begitu, pahala untuk beliau tetap diganjari Tuhan kerana cuba untuk
membuktikan Hadis Nabi s.a.w. Itulah yang menjadi pemangkin untuk Abu Ayub
berjihad berhabis-habisan di kota itu.
Setelah 600 tahun berlalu, Muhammad Al Fateh berjaya membebaskan kota itu
pada tahun 1463. Beliaulah yang menepati Hadis Nabi SAW tersebut. Abu Ayub Al
Ansari adalah salah seorang yang cuba membuktikan kebenaran Hadis Nabi itu. Ini
diikuti pula dengan Muhammad Al Fateh yang mana beliaulah pemimpin yang dijanjikan
Tuhan.

29