SEJARAH PEMIKIRAN KE TIMUR KEPENTINGAN K (1)
1
SEJARAH PEMIKIRAN KE TIMUR: KEPENTINGAN KOREA SELATAN
DALAM PEMBANGUNAN SOSIO-EKONOMI MALAYSIA
ABSTRAK
Pembangunan ekonomi Malaysia pada masa kini diwarisi daripada tiga tahap sebelumnya,
dimulakan dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan pesat industri sumber asli dari
pertengahan abad ke-19 sehingga tahun 1914, diikuti tempoh turun naik atau ketidakstabilan
industri sumber asli antara Perang Dunia Pertama dan Kedua dan akhir sekali tahap
penyatuan dan rasionalisasi industri sumber asli bersama dengan kepelbagaian ekonomi
selepas tahun 1945. Walaupun Malaysia merupakan bekas koloni British, kepentingan
ekonomi Korea Selatan telah menyumbang kepada perubahan dasar luar negara dari Dasar
Pro-Barat semasa zaman kolonial dan pasca-kolonial menjadi Dasar Pandang Ke Timur
semasa pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad. Justeru itu permasalahan pokok dalam
kajian ini adalah untuk merungkai kewujudan pemikiran Pandang Ke Timur di Malaysia yang
memfokus kepada Korea Selatan sebelum ia menjadi dasar utama yang dibentuk oleh Tun Dr.
Mahathir Mohamad. Dari segi metodologi yang digunakan, tahap awal penyelidikan ini
adalah dengan mengenalpasti dan mengumpul sumber-sumber primer dan sekunder daripada
perpustakaan-perpustakaan, arkib-arkib dan laporan-laporan daripada pelbagai organisasi
kerajaan. Menyedari kepentingan Korea Selatan terhadap ekonomi Malaysia, pemikiran
Pandang Ke Timur masih dikekalkan semasa era Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak
dan Tun Hussein Onn. Kesinambungan pemikiran Pandang Ke Timur yang diteruskan oleh
tiga tokoh Perdana Menteri ini menyaksikan Korea Selatan muncul sebagai inspirasi dalam
hubungan dagangan Malaysia apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad mengambil alih
kepimpinan negara.
2
Pendahuluan
Kepentingan Korea Selatan dalam pembangunan sosio-ekonomi Malaysia telah disentuh oleh
ramai pengkaji sebelumnya, antara kajian penting ialah dari Kim Woo-Choong (1994), 1 Ann
Wan Seng (2006),2 Yang Seung-Yoon Zaharani Ahmad (2011), 3 Nor Hashimah Jalaluddin
Zaharani Ahmad, (2011)4 Normaliza Abd Rahim, Hazlina Abdul Halim, Roslina
Mamat & Nor Shahila Mansor (2016) 5 dan Uqbah Iqbal (2016).6 Perbezaan kajian ini
dengan dua kajian Uqbah Iqbal (2016) iaitu South Korea’s interest in the Malaysian socioeconomic development. The history of the “Look-To-The-East Idea”(2016) dan Sejarah
Pemikiran Ke Timur: Kepentingan Korea Selatan Dalam Pembangunan Sosio-Ekonomi
Malaysia (2016) ialah kedua-dua kajian tersebut menggunakan artikel akhbar dan fail arkib
yang boleh diakses secara online dari laman web National Library Board, Singapura dan
Arkib Negara Malaysia. Kajian ini memfokuskan kepada kerja lapangan di Arkib Negara
Malaysia dan fail-fail arkib yang digunakan oleh penulis dalam kajian ini tidak pernah
digunakan dalam dua kajian tersebut. Charles R. Frank Jr., Kwang Suk Kim & Larry E.
1
Kim Woo-Choong, Kekayaan Ada di Mana-mana, Selangor: Time’s Books International, 1994.
2 Ann Wan Seng, Rahsia Bisnes Orang Korea, Selangor: PTS Professional Pub, 2006.
3 Yang Seung-Yoon Zaharani Ahmad (penyunting), 50 Tahun Hubungan Malaysia-Korea Selatan, Seoul,
Hankuk University of Foreign Studies Press, 2011.
4 Nor Hashimah Jalaluddin Zaharani Ahmad, Hallyu di Malaysia: Kajian Sosiobudaya dlm. Jurnal
Komunikasi Jilid 27 (2), 2011, hlm. 203-219.
5 Normaliza Abd Rahim, Hazlina Abdul Halim, Roslina Mamat & Nor Shahila Mansor, Wacana Cerita
Rakyat Melayu Dalam Kalangan Pelajar Korea dlm. Jurnal Kemanusiaan 25 (1), 2016, hlm. 12-21.
6 Uqbah Iqbal, South Korea’s interest in the Malaysian socio-economic development. The history of the
“Look-To-The-East Idea”, Munich, GRIN Publishing, 2016. Lih. juga Uqbah Iqbal, Sejarah Pemikiran Ke
Timur: Kepentingan Korea Selatan Dalam Pembangunan Sosio-Ekonomi Malaysia, Munich, BookRix GmbH &
Co. KG., 2016.
3
Westphal (1975),7 Uk Heo (2008),8 Marcus Noland (2011)9 dan Byongwon Bahk & Gi-Wook
Shin (2012)10 membincangkan pertumbuhan ekonomi Korea Selatan yang mengagumkan
dunia selepas Perang Dunia Kedua.
Ulasan Literatur
Ann Wan Seng dalam tulisan Rahsia Bisnes Orang Korea11 menyatakan keterampilan orang
Korea dalam bisnes agak baru jika dibandingkan orang Cina dan Jepun. Walaupun masih
baru tetapi orang Korea berjaya dalam bidang ekonomi sehingga menjadi sebuah negara maju
yang penting. Orang Korea tidak mempunyai sejarah terbilang tetapi ini tidak pernah
menghalang mereka menjadi cemerlang dalam semua lapangan yang diceburinya. Mereka
tidak menggunakan alasan itu termasuk keadaan geografi sebagai penghalang kepada
kemajuan. Sebaliknya semua kesukaran, keterbatasan dan kesempitan dijadikan sebagai
dorongan bagi mencapai kejayaan. Orang Korea adalah bangsa yang unik. Ramai yang tidak
begitu mengenali orang Korea berbanding orang Cina dan Jepun. Kedudukan negaranya yang
jauh ke utara dan tidak banyak maklumat yang dipaparkan berkaitan orang Korea kecuali
pencapaiannya dalam bidang ekonomi menyebabkan banyak rahsia kejayaan mereka tidak
dapat dikongsi bersama-sama dengan bangsa Asia yang lain.
7
Charles R. Frank Jr., Kwang Suk Kim & Larry E. Westphal, Economic Growth in South Korea since
World War II dlm. Charles R. Frank Jr., Kwang Suk Kim & Larry E. Westphal, Foreign Trade Regimes and
Economic Development: South Korea, hlm. 6-24, Cambridge, Massachusetts, National Bureau of Economic
Research, 1975.
8 Uk Heo, The Political Economy of South Korea: Economic Growth, Democratization, and Financial
Crisis, Baltimore, Maryland, University of Maryland School of Law, 2008.
9 Marcus Noland, Korea’s Growth Performance: Past and Future, East-West Center Working Papers, No.
123, November 2011.
10 Byongwon Bahk & Gi-Wook Shin (penyunting), South Korea and the Global Economy in Transition:
Selected Working Papers, Stanford, California, Walter H. Shorenstein Asia-Pacific Research Center Books,
2012.
11 Ann Wan Seng, Rahsia Bisnes Orang Korea, Selangor: PTS Professional Pub, 2006.
4
Penulisan berkaitan Korea adalah kurang dan ini mengakibatkan usaha-usaha bagi
menggali rahsia serta resipi keajaiban ekonomi Korea tidak dapat dilakukan. Rahsia itu
tinggal sebagai rahsia sekiranya ia tidak dibongkar serta didedahkan. Begitu juga dengan
resipi ajaib Korea Selatan dalam membina negara dan bangsa tinggal terperuk sekiranya tidak
dikongsi dengan bangsa lain. Banyak perkara, aspek dan ilmu bagaimana Korea Selatan
menjadi sebuah negara maju boleh dipelajari. Malah, kaedah yang mereka gunakan itu bukan
perkara yang mustahil dan luar biasa. Apa yang diperlukan adalah mengenali hati budi orang
Korea, cara berfikir, strategi dan modus operandi yang digunakan bagi menukar bangsa
konservatif menjadi bangsa paling dinamik serta inovatif. Tanpa mengenali, memahami dan
merasai sendiri degup nadi orang Korea, kita tidak akan berupaya mempelajari apatah lagi
menghayati serta melaksanakan prinsip-prinsip yang digunakan oleh mereka. Oleh itu buku
ini ditulis sebagai pengenalan umum bagi mendekati dan menyelusuri sejarah, perjalanan dan
pencapaian Korea Selatan menjadi sebuah negara kuasa besar ekonomi dunia.
P.J. Drake dalam tulisan Currency, Credit and Commerce: Early Growth in Southeast
Asia12 membincangkan struktur ekonomi Tanah Melayu sebelum tahun 1914 yang merupakan
asas kepada pembangunan ekonomi Malaysia pada hari ini. Sebelum Perang Dunia Pertama,
pertumbuhan eksport Tanah Melayu adalah berasaskan sumber-sumber domestik dan
penawarannya digerakkan oleh peluang pasaran dan keusahawanan. Ini membawa kepada
kepentingan kredit perdagangan jangka pendek, ketersediaan modal dan pelaburan semula
keuntungan. Penggerak awal pembangunan ekonomi Tanah Melayu adalah kerajaan, buruh,
modal dan perusahaan yang tertumpu dalam sumber bahan mentah. Sistem pembayaran
12
P.J. Drake, Currency, Credit and Commerce: Early Growth in Southeast Asia, Hampshire, Ashgate
Publishing Limited, 2004.
5
antarabangsa, mekanisme kewangan dan turun naik kadar pertukaran memainkan peranan
dalam mempengaruhi pelaburan modal di Tanah Melayu. Disebabkan London merupakan
pusat perdagangan antarabangsa pada masa itu, firma-firma saudagar memainkan peranan
sebagai wakil perdagangan British di Tanah Melayu.13
Sistem perhubungan dan pengangkutan merupakan dua aspek penting dalam
perkembangan ekonomi, sosial, pentadbiran dan pertahanan Tanah Melayu. Kedatangan
British telah menambaik kedua-dua sistem ini bagi melicinkan urusan pentadbiran dan
menjaga kepentingan pelaburannya.14 Pembangunan ekonomi Tanah Melayu dilihat amat
bergantung kepada pelaburan asing dan kebebasan pertukaran matawang sangat
dititikberatkan para pelabur asing. Sebelum mencapai kemerdekaan dari British, sistem
kewangan Malaysia adalah sama dengan koloni-koloni lain British. Institusi kewangan
terpenting pada masa itu adalah bank perdagangan, dimonopoli British. Pasaran antara bank
dalam matawang domestik dan pertukaran asing dibangunkan tetapi tidak wujud pasaran
modal jangka panjang. London merupakan repositori simpanan jangka panjang tempatan dan
sumber utama dana jangka panjang untuk pelaburan di Tanah Melayu.
13
Antara beberapa kajian penting mengenai perkara ini ialah G.C. Allen A. Donnithorne, Western Enterprise
in Indonesia and Malaya, London, Allen and Unwin, 1957; K.M. Stahl, The Metropolitan Organization of
British Colonial Trade, London, Faber and Faber, 1951 dan J.J. Puthucheary, Ownership and Control in the
Malayan Economy, Singapore, Donald Moore, 1960.
14 Azharudin Mohamed Dali, Perkembangan Sistem Telekomunikasi di Selangor: Telegraf dan Telefon
1874 - 1896, Kuala Lumpur, Persatuan Sejarah Malaysia, 2001.
6
Sementara tulisan pengkaji-pengkaji sejarah ekonomi Tanah Melayu yang lain seperti
Wong Lin Ken (1965),15 Lim Chong Yah (1967),16 J.C. Jackson (1968),17 Yip Yat Hoong
(1969),18 Kernial Singh Sandhu (1969),19 J.H. Drabble (1973)20 dan A.J. Stockwell (1976)21
hanya mengambil aspek tertentu bidang ekonomi Tanah Melayu, misalnya getah, timah,
penduduk dan ciri-ciri ekonomi yang berbeza tanpa cuba untuk mengaitkannya, kajian ini
membincangkan sejarah ekonomi Tanah Melayu sebelum tahun 1914 secara umum. Kajian
ini mengambil tulisan J.H. Drabble (1974) 22 yang menyimpulkan bahawa kedatangan British
ke Tanah Melayu tidak menentukan corak pembangunan ekonomi yang muncul
kemudiannya. Model ‘vent-for-surplus’ dari Hla Myint23 sesuai menerangkan proses awal
pertumbuhan ekonomi Tanah Melayu.
Myint menunjukkan dua cara bagaimana penduduk Tanah Melayu melibatkan diri ke
dalam ekonomi wang dan upah. Cara pertama adalah dengan membekalkan hasil tani kepada
15 Wong Lin Ken, The economic history of Malaysia: a bibliographical essay dlm. Journal of Economic
History 25, 1965, hlm. 244-262.
16 Lim Chong Yah, Economic Development of Modern Malaya, Kuala Lumpur, Oxford University Press,
1967.
17
J.C. Jackson, Planters and Speculators: Chinese and European agricultural enterprise in Malaya, 17861921, Kuala Lumpur, University of Malaya Press, 1968.
18 Yip Yat Hoong, The Development of the Tin Mining Industry of Malaya, Kuala Lumpur, University of
Malaya Press, 1969.
19 Kernial Singh Sandhu, Indians in Malaya: immigration and settlement, 1786-1957, Cambridge,
Cambridge University Press, 1969.
20 J.H. Drabble, Rubber in Malaya, 1876-1922: the genesis of the industry, Kuala Lumpur, Oxford
University Press, 1973.
21 A.J. Stockwell, The historiography of Malaysia; recent writings in English on the history of the area
since 1874 dlm. Journal of Imperial and Commonwealth History 5, 1976, hlm. 82-110.
22 J.H. Drabble, Some thoughts on the economic development of Malaya under British Administration dlm.
Journal of Southeast Asia Studies 5 (2), 1974, hlm. 199-208.
23 Hla Myint, The Economics of the Developing Countries, London, Hutchison, 1965.
7
pasaran eksport. Cara kedua ialah dengan mendapatkan upah dari lombong dan ladangladang pemilikan asing yang telah menjadi ditubuhkan di negara ini. Dalam analisis Myint,
pengangkutan diperlukan untuk membuka kawasan-kawasan pedalaman di Tanah Melayu,
dan firma asing eksport-import juga diperlukan untuk bertindak sebagai orang tengah antara
penduduk dan pasaran dunia. Aktiviti kerajaan, kegiatan migrasi serta modal dan perusahaan
merupakan tiga kuasa yang memacu pertumbuhan awal ekonomi awal Tanah Melayu.
Campur tangan British di Tanah Melayu memberikan kelebihan kepada mereka yang mahu
meningkatkan tahap ekonomi. Contohnya undang-undang tanah yang baru iaitu sistem Torren
yang telah mempengaruhi corak ekonomi Melayu dan juga pertumbuhan elemen
individualisme. Selain itu juga wujud peluang untuk meminjam wang dari kerajaan. Sistem
komunikasi yang lebih baik juga membantu perkembangan pelbagai jenis aktiviti komersial. 24
Kajian P.J. Drake ini penting kerana ia membantu pengkaji untuk memahami struktur awal
ekonomi Tanah Melayu semasa zaman kolonial British.
Lee Sheng-yi dalam tulisan The Monetary and Banking Development of Singapore and
Malaysia,25 beliau membincangkan mengenai sejarah perkembangan sistem kewangan dan
perbankan di Malaysia dan Singapura, evolusi sistem lembaga matawangnya dan kesan
evolusi ini terhadap kegiatan perdagangan semasa zaman kolonial British. Bank-bank British
adalah perintis perbankan di Tanah Melayu. Perniagaan awal mereka adalah kebanyakannya
dalam pertukaran, pada mulanya emas dengan perak, dan kemudian sterling dengan dolar
tempatan. Sejarah sistem kewangan Tanah Melayu bermula dengan Ordinan Wang Kertas
1899 dan Reformasi Mata Wang 1903-1906,26 yang telah menubuhkan sistem Lembaga Mata
24
Anthony Milner, The Invention of Politics in Colonial Malaya: Contesting Nationalism and the Expansion
of the Public Sphere, Cambridge, Cambridge University Press, 1994, hlm. 117.
25 Lee Sheng-yi, The Monetary and Banking Development of Singapore and Malaysia, Singapore,
Singapore University Press, National University of Singapore, 1974.
26
8
Wang27 dan taraf pertukaran Sterling. Aktiviti utama Lembaga Mata Wang adalah
menguruskan pengagihan keuntungan mata wang, peratusan rizab mata wang, dasar
pelaburan, memudahkan urusan akaun pada tempoh awal, peraturan-peraturan mengenai
bahagian duit syiling atau cecair, dan pergerakan terhad ke atas kadar pertukaran dolar dan
sterling, seperti perbezaan di antara kadar membeli dan menjual bagi Pesuruhjaya British.
Kajian ke atas perdagangan dan pelaburan asing di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19
dan awal abad ke-20 menunjukkan bahawa penubuhan Lembaga Mata Wang tahun 1899 dan
Reformasi Mata Wang tahun 1903-1906, bersama-sama faktor lain telah mengalakkan
perkembangan ekonomi, perdagangan dan pembangunan. Faktor-faktor lain itu ialah
peningkatan permintaan dunia terhadap getah dan bijih timah, kawalan British ke atas
Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang mengeluarkan bijih timah, peningkatan keadaan
buruh, dan polisi tanah lombong British. Selepas Reformasi Mata Wang, pelaburan British
dan negara Eropah lain dalam sektor getah dan bijih timah telah meningkat dengan ketara.
Reformasi Mata Wang berlaku ketika tahap pengembangan industri getah Tanah Melayu, dan
ia menjamin pelabur asing akan kestabilan nilai pelaburan modal mereka dalam sektor getah
dari segi pound sterling.
Perundangan berikutnya seperti Ordinan Mata Wang 1938, dan Perjanjian Mata Wang
Semenanjung Tanah Melayu dan British Borneo tahun 1950 dan 1960 bertujuan membuat
pindaan kepada sistem Lembaga Mata Wang.28 Kajian ini juga memberi perhatian terhadap
Ibid., 1974, hlm. 28-29. Lih. juga Wong Lin Ken, The Malayan Tin Industry to 1914, Tucson, University of
Arizona Press, 1965, hlm. 211-239.
27 Lih. Lee Sheng-yi, The Monetary and Banking Development of Singapore and Malaysia, Singapore,
Singapore University Press, National University of Singapore, 1974, hlm. 29.
28
Ibid., hlm. 27.
9
perkembangan bank-bank asing dan tempatan di Malaysia dan Singapura. Di samping itu,
permasalahan terhadap sektor kewangan dan kadar pertukaran asing juga dibincangkan.
Kajian ini membantu pengkaji untuk memahami dengan lebih mendalam lagi terhadap sistem
kewangan Malaysia dan Singapura yang membentuk struktur ekonomi negara supaya
pelaburan asing dapat dibawa masuk untuk pembangunan negara.
Mahathir bin Mohamad dalam tulisan The Malay Dilemma29 dan Sivamurugan Pandian
dalam tulisan The Malay Dilemma - Pemikiran Awal Tun Dr. Mahathir Mohamad 30 mengupas
permasalahan orang Melayu dari kaca mata Mahathir. Penjajahan British, kehadiran kaum
Cina dan India dan zaman pemerintahan Jepun telah mewujudkan dilema taraf hidup orang
Melayu. Kajian beliau terhadap sistem nilai dan tatasusila orang Melayu cuba menunjukkan
dengan tepat kesalahan-kesalahan asasi yang harus dibetulkan dan disesuaikan supaya
tindakan lain untuk memajukan orang Melayu mempunyai peluang yang lebih baik untuk
berjaya. Dua kajian ini dipilih kerana kewujudan pemikiran Pandang Ke Timur sebelum era
pentadbiran Dr. Mahathir Mohamad adalah berikutan permasalahan orang Melayu pada masa
itu.
Kepentingan Korea Selatan Dalam Sosioekonomi Malaysia
Pelaburan Langsung Asing (FDI) adalah penting dalam pertumbuhan ekonomi dan
pembangunan Malaysia. Ianya telah menyumbang dengan nyata sekali kepada pembangunan
ekonomi di Malaysia. Pelaburan yang dibuat oleh multinasional, terutama dalam industri
elektronik, telah menerajui orientasi eksport negara sejak tahun 70-an. Kebanyakan keluaran
pengilangan dan peningkatan pesat eksport Malaysia telah disumbang oleh aktiviti-aktiviti
29
Mahathir bin Mohamad, The Malay Dilemma, Petaling Jaya, Federal Publications Sdn. Bhd., 1981.
30 Sivamurugan Pandian, The Malay Dilemma - Pemikiran Awal Tun Dr. Mahathir Mohamad dlm.
Malaysia Dari Segi Sejarah 34, 2006, hlm. 75-85.
10
syarikat-syarikat multinasional, anak-anak syarikat dan syarikat sekutu mereka. Kejayaan
Malaysia bukan hanya dalam menarik pelabur-pelabur multinasional ini untuk melabur di
Malaysia, bahkan dalam menyediakan persekitaran yang secukup untuk mereka membesar
dan mempelbagai operasi mereka selaras dengan keperluan pertumbuhan perniagaan mereka.
Malaysia mengadakan Perjanjian Perdagangan dengan Korea Selatan pada tahun 1962.
Objektif utamanya ialah mengukuhkan dan memudahkan hubungan perdagangan antara
kedua-dua negara atas asas tiada diskriminasi. Perjanjian itu memperuntukkan
layanan sebagai negara yang digemari dengan mengambil kira duti
kastam, cukai dan caj lain yang patut, peraturan dan urusan rasmi yang
melibatkan semua import. Peruntukan yang sama juga dimasukkan
berkenaan dengan perkapalan saudagar dan pesawat komersial.31
Menjelang bulan September 1965, kerajaan Malaysia telah menandatangani satu
Perjanjian Kebudayaan dengan kerajaan Korea Selatan. Ia bertujuan mengukuhkan pertalian
persahabatan yang terjalin antara rakyat kedua-dua negara serta mengalakkan dan
mempererat hubungan kedua-dua kerajaan dalam bidang kebudayaan, kesenian, sains dan
teknologi. Antara kaedahnya ialah melakukan pertukaran penuntut, guru, ahli teknologi dan
sebagainya. Pada masa itu terdapat permintaan dari kerajaan Korea Selatan untuk
mendapatkan seorang pensyarah bahasa Melayu bagi ditempatkan di Hankuk Foreign
Language College.32
31
Lih. kertas bertajuk Investment in the Manufacturing Sector from South Korea dlm. fail Kementerian
Perusahaan, Perladangan dan Komuditi No. 10/1/369/2/7, LAPURAN EKONOMI DAN MAKLUMAT PASARAN
- SOUTH KOREA., 21 Oktober 1985 - 26 September 1986.
32
Lih. surat bertarikh 8 September 1965 yang bertajuk Permintaan Kerajaan Republik Korea untok
mendapatkan Pensharah Bahasa Kebangsaan dlm. fail Perbendaharaan Malaysia - Bahagian Pentadbiran No.
(2.20) 442/5/1-2, LECTURER IN MALAY FOR THE REPUBLIC OF KOREA, 12 Jun 1965 - 14 November
1968. Lih. juga surat bertarikh 15 Februari 1966 yang bertajuk Outfit Allowance - National Language Lecturer
for Korea dlm. fail ibid.
11
Sebelum bulan Disember 1981, kerajaan Malaysia telah menghantar sebahagian besar
penuntut-penuntut untuk latihan di luar negara ke institusi-institusi negara-negara Barat
seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat. Ramai di antara penuntut-penuntut itu telah
mengalami perubahan nilai dan cara hidup akibat daripada terdedah kepada pengaruh dan
nilai hidup di Barat yang sangat berbeza itu. Perubahan ini telah menimbulkan kesulitan bagi
mereka untuk menyesuaikan semula diri mereka dengan cara dan nilai masyarakat di
Malaysia apabila pulang ke tanah air. Yang lebih membimbangkan kerajaan ialah ada di
antara mereka yang telah mengubah sikap terhadap kerajaan yang selama ini menanggung
pengajian mereka.33
Ada pula yang mengasingkan diri mereka dari bergaul dengan masyarakat luar hinggakan
mereka tidak dapat dikawal lagi hingga menjadi golongan dakwah yang ekstrem. Adalah
perlu bagi kerajaan mencari jalan untuk menghantar penuntut-penuntutnya ke negara-negara
di mana cara dan nilai hidup tidak akan mempengaruhi penuntut-penuntut secara negatif.
Korea Selatan adalah antara negara di mana kerajaan boleh menghantar penuntutpenuntutnya untuk menerima latihan dalam bidang-bidang kemahiran tertentu seperti
kejuruteraan, penyelia loji-loji dan sebagainya yang diperlukan oleh perusahaan perindustrian
di Malaysia. Latihan-latihan praktikal dalam perusahaan tertentu boleh memberi faedah
untuk menampung keperluan tenaga mahir yang terlatih. Kebanyakan kursus latihan di Korea
Selatan diajar dalam bahasa mereka. Adalah perlu bagi penuntut-penuntut yang dihantar ke
Korea Selatan diberi latihan dalam bahasa Korea.34
33
Lih. surat bertarikh 5 Disember 1981 yang bertajuk Keputusan-keputusan Mesyuarat
Mengenai Rancangan Latihan di Luar Negeri dlm. fail Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional No. KP (PT) 009/1/SK. 1, BIASISWA & LATIHAN
PROGRAM LATIHAN KE JEPUN & KOREA, 9 Disember 1981 - 22 November 1983.
34 Ibid.
12
Dalam usaha menghantar penuntut-penuntut Malaysia ke Korea Selatan, kerajaan tidak
semestinya bergantung kepada bantuan kewangan dari negara itu. Kerajaan perlu juga
membiayai sendiri. Sistem pengajian di institusi-institusi tempatan perlu dikaji dan keperluan
kerajaan perlu disesuaikan secara fleksibel dengan sistem pengajian Korea Selatan. Kerajaan
juga membuat keputusan supaya sebuah institusi untuk mengajar bahasa Korea diwujudkan.
Tugas Kementerian Pelajaran pada masa itu ialah mempercepatkan pembinaan sekolah
mengajar bahasa luar yang sedang dirancang, bahasa Korea dipertimbangkan untuk diajar di
sekolah itu, bertanggungjawab menyediakan rancangan latihan yang lengkap ke Korea
Selatan, menyelaraskan agensi-agensi kerajaan, badan-badan berkanun dan agensi-agensi
swasta yang berkaitan untuk mengetahui keperluan tenaga manusia yang terlatih dalam
bidang-bidang latihan yang boleh diperoleh di Korea Selatan, menyebarkan maklumat
mengenai peluang-peluang latihan di Korea Selatan kepada penuntut-penuntut sebagai
panduan kerjaya untuk mereka apabila rancangan latihan ini berjalan.35
Dari sudut kerjasama di antara Malaysia dengan Korea Selatan dalam bidang perikanan,
Jabatan Perikanan tidak mempunyai kepakaran dan kemahiran yang cukup untuk
menjalankan kajian perikanan laut dalam. Kerajaan Korea Selatan pernah menjalankan kajian
ringkas seumpama ini dalam tahun 1977. Oleh itu bidang kerjasama boleh diwujudkan di
antara Malaysia dan Korea Selatan dalam bidang penyelidikan sumber-sumber perikanan laut
dalam di mana Korea Selatan dapat membantu Malaysia dengan meminjamkan pakarpakarnya untuk berkhidmat dengan Jabatan Perikanan. Korea Selatan juga boleh
menyediakan kemudahan latihan untuk kakitangan Jabatan Perikanan serta perkhidmatan
pakar-pakar dalam bidang pembangunan akuakultur. Malaysia juga dapat mempelajari
35
Ibid.
13
pengalaman dan kesulitan yang dihadapi oleh Korea Selatan dalam melaksanakan projekprojek koperasi dan lain-lain projek untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh
nelayan-nelayan.36 Dari sudut usahasama perikanan, kerajaan Malaysia mahukan bantuan
teknikal misalnya latihan, maklumat teknikal dan sebagainya, bantuan pakar dan tangkapan
ikan untuk pasaran tempatan manakala kerajaan Korea Selatan mahukan pertukaran mata
wang asing dan imbangan politik.37
Pada bulan Mac 1982, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia mengkaji konsep SamuelUndong yang dipratikkan di Korea Selatan mungkin boleh diubahsuai bagi memperkukuhkan
Persatuan Nelayan supaya dapat berdikari dan maju menjadi satu pertubuhan yang berdaya
maju di Malaysia. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia juga bercadang untuk mendapatkan
pakar dari Korea Selatan yang boleh berkhidmat dengan Lembaga itu selama sekurangkurangnya 2 tahun untuk membantu Lembaga itu menjalankan program-program yang
berkaitan khususnya program-program untuk mewujudkan satu organisasi yang berdaya maju
bagi Persatuan Nelayan, mendapatkan bantuan biasiswa bagi pegawai-pegawai Lembaga itu
mengikuti kursus jangka pendek di Korea Selatan khusus dalam bidang yang ada kaitan
dengan Samuel-Undong dan mendapatkan kemudahan bagi membolehkan pemimpinpemimpin nelayan melawat sambil belajar di Korea Selatan untuk melihat sendiri kemajuan
yang telah dicapai di perkampungan nelayan yang telah bergerak mengikut konsep SamuelUndong.38
36 Lih. minit bebas bertarikh 19 Februari 1982 yang bertajuk Kerjasama Di antara Malaysia Dengan
Republik Korea Selatan Dalam Bidang Perikanan dlm. fail Jabatan Perikanan No. PRK. ML.S 9/22,
KERJASAMA PERIKANAN DENGAN KOREA, 13 Januari 1967 - 31 Mei 1982. Lih. juga surat bertarikh 22
Oktober 1981 yang bertajuk Republik Korea/Malaysia Consultative Meeting 1981 dlm. fail ibid. Lih. juga surat
bertarikh 16 September 1980 yang bertajuk Lawatan Resmi Y.B. Datuk Sri Mahathir bin Mohammed MED
Timbalan Perdana Menteri Ke Republik Korea Pada Oktober, 1980 dlm. fail ibid.
37 Lih. kertas bertajuk Minit Mesyuarat Mengenai Cadangan Kerjasama Antara Malaysia Dengan Republik
Korea Selatan Dalam Bidang Perikanan dlm. fail ibid.
38 Lih. surat bertarikh 10 Mac 1982 yang bertajuk Cadangan Kerjasama Dengan Republik Korea Selatan
Dalam Bidang Perikanan dlm. fail ibid.
14
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia juga bercadang untuk mendapatkan pakar-pakar
dalam bidang menternak ikan dan udang dari Korea Selatan, meninjau kemungkinan
mempelawa syarikat-syarikat swasta dari Korea Selatan yang mempunyai kepakaran dan
pengalaman dalam bidang menternak tiram dan rumpai laut untuk menjalankan usahasama di
Malaysia dan mempelawa syarikat-syarikat terkemuka di Korea Selatan yang mempunyai
kepakaran dan pengalaman dalam bidang pemasaran ikan untuk menjalankan kajian
penentuan mewujudkan sistem pasar kering bagi pemasaran ikan, memperkenalkan sistem
pemasaran yang baru bagi menyesuaikan dengan sistem yang dicadangkan, menubuhkan
infrastruktur yang dikehendaki bagi membolehkan sistem tersebut dijalankan, mendapatkan
sumber pembiayaan bagi program tersebut dan mewujudkan sekumpulan kakitangan
pengurusan untuk menjalankan sistem baru itu selama sekurang-kurangnya dua tahun.
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia telah menjalankan kajian sumber komersial dengan
sebuah syarikat swasta Korea Selatan iaitu Hansung Enterprise Limited 39 di perairan Laut
China Selatan pada tahun 1977 dan di perairan Selat Melaka pada tahun 1981 40 untuk
mengkaji sama ada sumber-sumber ikan di kawasan 100 batu dari pantai boleh menampung
satu industri penangkapan ikan laut dalam secara berdaya maju.41
39
Maklumat lebih lanjut mengenai kerjasama ini terdapat dlm. Minit Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia bertarikh 24 Mei 1976 dlm. fail ibid. Lih. juga Catitan Mesyuarat Untuk
Mencapai Satu Persefahaman bagi dikemukakan dalam perundingan dengan rombongan Pegawai-pegawai
Perikanan dan Hansung Enterprise Republik Korea ke Malaysia yang bertarikh 12 November 1975 dlm. fail
ibid.
40
Lih. surat bertarikh 26 November 1981 yang bertajuk Nota Perbincangan Di antara Y.A.B. Dato’ Seri
Dr. Mahathir dan TYT Encik Shin Byong Hyin Timbalan Perdana Menteri Republik Korea Pada 30b. Jun, 1981
dlm. fail ibid. Maklumat lebih lanjut mengenai projek-projek yang dijalankan Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia terdapat dalam surat ini.
41 Lih. surat bertarikh 10 Mac 1982 yang bertajuk Cadangan Kerjasama Dengan Republik Korea Selatan
Dalam Bidang Perikanan dlm. fail ibid.
15
Pada bulan April 1982, Kementerian Pertanian Malaysia memohon bantuan pakar dari
Korea Selatan dalam bidang pengembangan akuakultur.42 Kementerian Pertanian seterusnya
mencadangkan bahawa Korea Selatan menghantar seorang pakar dalam kerja-kerja kajian
sumber ke Malaysia untuk membincangkan secara lebih lanjut dan lebih jelas cadangan dari
kerajaan Korea Selatan dengan pegawai-pegawai Jabatan Perikanan Malaysia mengenai
kajian bersama sumber perikanan di bawah Kerjasama Ekonomi MalaysiaKorea Selatan43 dari bulan Julai hingga September 1982.44
Lawatan rasmi dan ekonomi dari Korea Selatan ke Malaysia mengukuhkan lagi
hubungan antara kedua-dua negara terutama dalam bidang ekonomi, perdagangan dan
sosiobudaya, berkongsi peluang pembangunan dan mempertingkatkan persefahaman dan
persahabatan antara kerajaan dan rakyat kedua-dua negara seperti yang ditunjukkan dalam
lawatan misi ekonomi seramai 11 orang dari Korean Businessmen’s Association pada 2 Mei
1965,45 lawatan pasukan kajian tekstil pada 19 September 1966,46 lawatan rombongan
Pegawai-pegawai Perikanan dan Hansung Enterprise pada 17 November 1975, 47 lawatan misi
42 Lih. surat bertarikh 12 April 1982 yang bertajuk Tawaran Kepakaran oleh Kerajaan Korea Selatan dlm.
fail ibid.
43
Lih. surat bertarikh 12 April 1982 yang bertajuk Joint Survey of Fisheries Resources under Malaysia
-South Korea Economic Cooperation dlm. fail ibid.
44 Lih. surat bertarikh 16 Mac 1982 yang bertajuk Joint-Survey of Fishery Resources under Malaysia South Korea Economic Cooperation dlm. fail ibid.
45 Fail Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri No. (043) 852-3, VISIT OF REPRESENTATIVE KOREAN
BUSINESSMEN'S ASSOCIATION TO MALAYSIA., 25 Mac 1965 - 19 April 1965.
46 Fail Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri No. (043) 852-4, VISIT OF KOREAN TEXTILE SURVEY
TEAM TO MALAYSIA., 16 September 1966 - 27 September 1966.
47
Lih. Catitan Mesyuarat Untuk Mencapai Satu Persefahaman bagi dikemukakan dalam perundingan dengan
rombongan Pegawai-pegawai Perikanan dan Hansung Enterprise Republik Korea ke Malaysia yang bertarikh 12
November 1975 dlm. fail Jabatan Perikanan No. PRK. ML.S 9/22, KERJASAMA PERIKANAN DENGAN
KOREA, 13 Januari 1967 - 31 Mei 1982.
16
perdagangan Korea Selatan diketuai oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
pada 31 Mac 198048 dan lawatan Presiden Chun Doo Hwan pada 29 Jun 1981.49
Pada 1 Julai 1981, melihat peningkatan aktiviti ekonomi antara Malaysia dan Korea
Selatan, kerajaan kedua-dua negara bersetuju menandatangani perjanjian mengelakkan
cukai dua kali dan mengadakan rundingan bagi penyelesaian awal
Perjanjian
Jaminan
Pelaburan
antara
kedua-dua
negara.
Untuk
meningkatkan pertumbuhan perdagangan dan kerjasama perindustrian,
Menteri
Perdagangan
mengadakan
dan
mesyuarat
Industri
kedua-dua
perundingan
dua
negara
hala
akan
berkaitan
kerap
hal-hal
perdagangan dan industri. Mesyuarat perundingan dasar antara pegawaipegawai kanan Malaysia dan Korea Selatan akan diteruskan pada setiap
tahun.50 Menjelang 31 Disember 1978, jumlah pelaburan Korea Selatan dalam syarikatsyarikat pengeluaran yang diluluskan di Malaysia ialah 4,500 Won. Cadangan pelaburan
Korea Selatan dalam syarikat-syarikat bukan pengeluaran yang diluluskan di Malaysia ialah
222.6 juta Won.51
48 Lih. kertas bertajuk FOREIGN INVESTMENT MISSIONS VISITING MALAYSIA bertarikh 17 Mac
1980 dlm. fail Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komuditi No. 10/1/369/2/47, 21 Oktober 1985 - 26
September 1986.
49

KOREA, 13 Januari 1967 - 31 Mei 1982. Lih. juga kertas bertajuk Joint Communique Between His Excellency
Chun Doo Hwan, President of the Republic of Korea and the Hon’ble Dato Hussein Onn, Prime Minister of
Malaysia, Kuala Lumpur, 1st July, 1981 dlm. fail ibid.
50 Ibid.
51 Lih. kertas bertajuk RYT ON M’SIA KOREAN JV PROJECTS APPROVED (AS AT MAR 1980) dlm.
fail Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komuditi No. 10/1/369/2/47, 21 Oktober 1985 - 26 September
1986.
17
Menjelang bulan Jun 1979, Korea Selatan terlibat dalam 14 projek pembinaan di
Malaysia yang bernilai US$123.4 juta. Bidang-bidang kerjasama lain termasuk kerjasama
teknikal dalam program-program pengembangan pertanian, tembakau dan lain-lain. Terdapat
juga kerjasama antara dewan perdagangan dan penubuhan Kelab Perniagaan Korea SelatanASEAN pada bulan April 1978. Kebanyakan pelaburan Korea Selatan di Malaysia adalah
berbentuk usahasama dengan syarikat-syarikat Malaysia. Menjelang bulan Disember 1979,
sejumlah 9 projek dengan kepentingan Korea Selatan telah diluluskan dan hanya 2 syarikat
terlibat dalam pengeluaran iaitu S.K.P. Gelas Sdn. Bhd. dan Malhan Textiles (M) Sdn. Bhd.
Pelaburan Korea Selatan dilakukan dalam pembuatan simen, kaca dan produk kaca,
bahagian dan aksesori kenderaan bermotor seta pintu panel dan
melengkung.52 Dalam hasrat kerajaan Malaysia untuk menjadikan tahun
1980-an dekad industri berasaskan sumber, pemprosesan di Malaysia
dicadangkan untuk eksport ke Korea Selatan berasaskan beberapa produk
yang mengimport negara itu dari Malaysia. Malaysia giat mempromosikan
penubuhan kompleks-kompleks pemprosesan kayu bersepadu dan dalam
konteks ini pihak berkuasa pembangunan5 wilayah (DARA, JENGKA,
KESEDAR, KETENGAH, KEJORA) bersedia untuk bekerjasama dengan para
pelabur Korea Selatan dalam bidang ini.53
Menjelang bulan Februari 1980, Samsung Group of Companies telah menawarkan
tiga projek kepada kerajaan Malaysia untuk usahasama, iaitu pemasangan televisyen di Pulau
Pinang, tiler kuasa di Perak dan Kelantan. Tawaran ini adalah berikutan daripada keputusan
52

53 Lih. kertas bertajuk BRIEF ON SOUTH KOREAN INVESTMENT IN MALAYSIA dlm. fail ibid.
18
kerajaan Malaysia membekalkan petroleum kepada Korea Selatan.54 Menjelang bulan
November 1981, jenis industri yang digalakkan oleh kerajaan Malaysia untuk
pelaburan Korea Selatan adalah berasaskan sumber industri, industri
berat, industri kejuruteraan teknologi tinggi serta industri sokongan. 55
Pelaburan Korea Selatan di Malaysia menjelang bulan Mac 1980 ditunjukkan dalam Jadual 1
manakala nilai perdagangan Malaysia dengan Korea Selatan dari 1973 hingga 1979
ditunjukkan dalam Jadual 2:
Jadual 1
Pelaburan Korea Selatan di Malaysia Menjelang Bulan Mac 198056
Nama Syarikat
Produk
S.K.P. Gelas Sdn. Warna lampu,
Bhd.
Rakan Asing
Kim Dai Sung
chandelier dan
(menyediakan
barangan kaca
pengetahuan
Lokasi
Shah Alam, Selangor
teknikal)
mewah
Tae Yang Woodwork Pintu-pintu panel dan Tae Yang Woodwork Klang, Selangor
Co. (M) Sdn.Bhd.
melengkung
Co. Ltd.
54 Lih. surat bertarikh 2 Mei 1980 yang bertajuk Perbincangan Tahunan Wisma Putra/Kementerian Luar
Negeri Republik Korea dlm. fail ibid.
55
Lih. kertas bertajuk Notes on investment mission to Hong Kong, Japan and Republic of Korea dlm.
fail Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) No. 8000/52 JLD. 4, MALAYSIAN INVESTMENT
PROMOTION MISSION TO HONG KONG, JAPAN AND THE REPULIC OF KOREA, 21 Oktober 1981 - 7
November 1981.
56
Sumber: Lih. kertas bertajuk South Korean Investment in Malaysia as at March, 1980 dlm. fail
Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komuditi No. 10/1/369/2/47, LAPURAN EKONOMI DAN
MAKLUMAT PASARAN - SOUTH KOREA., 21 Oktober 1985 - 26 September 1986. Lih. juga jadual bertajuk
The Republic of Korea Investment in Malaysia as at June, 1981 dlm. fail Lembaga Kemajuan Perindustrian
Malaysia (MIDA) No. 8000/52 S.J., MISSION TO JAPAN, KOREA & HONG KONG 1981
(INDUSTRIAL/MISSION BRIEFS), 4 November 1981 - 18 November 1981.
19
Malhan Textiles (M) Stoking akrilik/nilon
Kyung Duh Co. Ltd.
Zon Perdagangan
Sdn. Bhd.
Bebas Prai, Pulau
Chuan
Pinang
Senawang, Negeri
Electrical Barangan kaca
Industries Sdn. Bhd.
dan kaca
Sembilan
hiasan / mewah
Gelas Kaca, pinggan
Senawang
Tiada data
Tiada data
Senawang, Negeri
mangkuk, hiasan
Sdn.Bhd.
Sembilan
dan kaca hiasan
Perak Halla Cements Simen
Hyundai
Mukim Kampong
Sdn. Bhd.
International
Buaya, Perak
Automotive Products
Cakera klac dan
Incorporated
Pyeong Hwa Clutch Zon Perdagangan
Sdn. Bhd.
tiub klac
Manufacturing
Tecno Prophylactics
Dongkuk
-
Rubber
Industries dan
Sdn. Bhd.
Buncho
Ltd.
Dongkuk
Co. Ltd.
Co. Bebas Prai, Pulau
Pinang
Trading Kawasan
Perindustrian Bakar
Arang, Kedah
jari katil
Crayon Lilin buatan, pastel Dong A Pencil Co. Klang, Selangor
Industrial Co. Ltd.
minyak, krayon, pen, Ltd.
warna air dan pensil
Jadual 2
Nilai Perdagangan Malaysia dengan Korea Selatan (Dalam Juta Ringgit) 57
57
Sumber: Lih. jadual bertajuk MALAYSIA’S TRADE WITH THE REPUBLIC OF KOREA (in million
ringgit) dlm. fail Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komuditi No. 10/1/369/2/47, LAPURAN
EKONOMI DAN MAKLUMAT PASARAN - SOUTH KOREA., 21 Oktober 1985 - 26 September 1986.
20
Tahun
1973
1974
1975
1976
1977
1978
1979
Eksport
164.86
178.67
153.70
241.5
255.0
303.6
118.6
Import
18.04
63.43
35.19
66.4
85.3
133.5
170.2
Jumlah
Imbangan
Peratus Dari
Perdaganga
Perdaganga
Jumlah
n
n
Perdaganga
+ 146.82
+ 115.24
+ 118.51
+ 175.1
+ 167.2
+170.1
- 51.6
n Malaysia
1.38
1.21
1.05
1.33
0.64
1.41
-
182.90
242.10
188.89
307.9
343.0
437.1
288.8
(JanuariNovember)
Jawatankuasa Kerjasama Ekonomi Korea-Malaysia telah dirasmikan
pada 7 Oktober 1980 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr.
Mahathir Mohamad. Kelahiran jawatankuasa ini adalah berdasarkan
perjanjian kerjasama antara Dewan Perniagaan dan Industri Korea dan
Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia yang direka
untuk melaksanakan hubungan perdagangan dan kerjasama ekonomi
yang lebih dekat antara kedua-dua negara. Korea Selatan juga berharap
untuk mengembangkan perdagangan dengan negara-negara anggota
ASEAN apabila membentuk hubungan dengan Malaysia. Pada masa
pembentukan, jawatankuasa itu mempunyai seramai 55 orang ahli dari
Korea Selatan.58
58
Lih. kertas bertajuk Report on the Official Visit of YAB Deputy Prime Minister, Dato’ Seri Dr. Mahathir bin
Mohamad to the Republic of Korea from 5th to 11th October, 1980 dlm. fail ibid.
21
Pada bulan November 1981, Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia, Tengku
Ahmad Rithauddeen menyatakan kerajaan Malaysia amat tertarik dengan langkah
besar yang dilakukan Korea Selatan sejak beberapa tahun yang lalu dan
kini telah berjaya memasuki peringkat sebuah negara perindustrian,
bersedia untuk berkongsi teknologi dan kemahiran dengan negara-negara
seperti Malaysia yang cuba untuk mencapai sekurang-kurangnya untuk
beberapa tahap pembangunan yang sama dengan Korea Selatan. Sektor
pembinaan, perkhidmatan dan pembuatan industri Korea Selatan telah
dapat bersaing di pasaran dunia dan berjaya dengan baik bukan sahaja di
Timur Tengah dan Amerika Syarikat tetapi juga di Malaysia. Ia adalah
testimoni kedinamikan sektor swasta Korea Selatan dan sokongan
daripada kerajaan mereka pastilah menyumbang kepada kejayaan ini.59
Tanpa sebarang sumber asli industri, tetapi hanya diberi kemahiran
dan kesungguhan yang memandu arah kerajaan dan sektor swasta, Korea
Selatan telah mencipta keadaan yang dikongsi dunia bahawa aktiviti
ekonomi dan industri tidak lagi sinonim dengan negara-negara Barat. Bagi
Malaysia dan negara-negara ASEAN yang lain, kejayaan Korea Selatan ini
adalah contoh dan inspirasi. Malaysia mempunyai sumber asli yang
banyak, potensi tenaga dan kuasa bukan sahaja daripada minyak dan gas
tetapi juga dari sumber hidro, ia hanya memerlukan kesungguhan
kerajaan dan rakyat negara ini untuk mencipta keajaiban ekonomi yang
sama
seperti
yang
dicipta
Korea
Selatan.
Pada
masa
itu,
nilai
perdagangan Korea Selatan dengan Malaysia hanya berjumlah 1.9 peratus
59
Lih. kertas bertajuk TALKING POINTS FOR YBM MENTERI bertarikh 16 November 1981 dlm. fail
Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) No. 8000/52 JLD. 10, MISSION TO JAPAN KOREA &
HONGKONG 1981 - FOLLOW-UP, 24 Disember 1981 - 11 Mei 1982.
22
dari keseluruhan perdagangan Malaysia. Dari sudut aktiviti perniagaan,
pada 1976 nilai perdagangan kedua-dua negara berjumlah US$ 152 juta
dan meningkat kepada US$ 500 juta pada 1980. Ia menunjukkan
peningkatan 300 peratus dalam tempoh 4 tahun.
Dengan polisi kerajaan Malaysia untuk mempelbagaikan sumber
pelaburan asing, satu delegasi peringkat tinggi pegawai-pegawai kerajaan
dan dari sektor swasta Malaysia yang berjumlah 30 orang telah
menghantar ke Korea Selatan pada 14 November 1981. Ini merupakan
delegasi perniagaan terbesar dari Malaysia yang pernah ke Korea Selatan.
Sektor swasta Malaysia berminat untuk menjalin usahasama dengan para
pelabur Korea Selatan bukan sahaja dalam sektor pembuatan yang
merupakan fokus utama kerajaan, tetapi juga dalam pembinaan dan
sektor-sektor lain. Banyak negara maju selama ini hanya menggunakan
Malaysia sebagai sumber untuk bahan-bahan mentah seperti getah,
timah, minyak sawit, kayu dan lain-lain. Tengku Ahmad Rithauddeen berharap agar
kerajaan dan ahli-ahli perniagaan Korea Selatan tidak melihat Malaysia dari sudut sama.
Malaysia mahu membangunkan sektor perindustrian dan menawarkan pegangan kepada
Korea Selatan dalam potensi pertumbuhan perindustrian Malaysia yang merupakan salah
sebuah negara yang paling pesat berkembang di dunia.
Penutup
Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Selatan bermula pada 23 Februari 1960.
Sejak lima dekad lepas, ia telah menyaksikan perkembangan perdagangan dua hala,
23
pelaburan, budaya sosio dan hubungan pendidikan. Korea Selatan terus menjadi antara
sumber utama pelaburan asing langsung Malaysia sejak 1980. 60 Walaupun pelaburan dari
Korea Selatan tidak setinggi Jepun, Taiwan, Amerika Syarikat dan Singapura, tetapi
pelaburan Korea Selatan telah naik mendadak dari tahun 1988. Dalam tempoh 1992 hingga
1996 pelaburan Korea Selatan merupakan salah satu daripada enam pelaburan utama di
dalam sektor perkilangan. Sehingga akhir 1996, sebanyak 235 projek yang melibatkan
pelaburan Korea Selatan bernilai RM4.6 bilion telah diluluskan bagi sektor perkilangan.
Kebanyakan daripada pelaburan Korea adalah di dalam sektor keluaran barangan bukan
logam, keluaran elektrikal dan elektronik, kayu dan barangan kayu, barangan getah dan
bahan kimia. Dalam tahun 1996 sahaja, sejumlah 18 projek dengan penyertaan modal dari
Korea Selatan bernilai RM644.3 juta telah diluluskan bagi sektor perkilangan. Projek elektrik
dan elektronik merupakan sebahagian besar yang diluluskan, dengan enam projek bernilai
RM17.3 juta yang melibatkan penyertaan Korea Selatan.61
Dagangan Malaysia dengan Korea Selatan berada pada trend meningkat sejak lima tahun
berturut-turut dari 2004 hingga 2008, meningkat 6.7 peratus setahun daripada US$9.7 bilion
pada 2004 kepada US$15.4 bilion pada 2008.62 Setakat 2012, sejumlah 287 projek telah
dilaksanakan dengan pelaburan RM 7.7 bilion. Projek-projek Korea Selatan di Malaysia
tertumpu kepada produk-produk elektrik dan elektronik, produk mineral bukan metalik,
produk logam asas, produk logam fabrikasi dan kimia dan produk kimia. Sebelum 2011
Korea Selatan adalah rakan dagang keenam terbesar dan pelabur asing ketujuh terbesar di
60
http://www.sinarharian.com.my/memperkukuh-ekonomi-malaysia-korea-selatan-1.69218 (diakses pada 8
Februari 2016).
61 http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=pp=mahathirid=414 (diakses pada 8 Februari 2016).
62
http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=503282 (diakses pada 8 Februari 2016).
24
Malaysia namun pada 2011 muncul kedua terbesar dengan pelaburan diluluskan berjumlah
US$ 1.6 bilion (kira-kira RM 5 bilion).63 Pelaburan Korea Selatan di Malaysia sejak 2009
hingga Mei 2014 melibatan 60 projek berjumlah RM 13 bilion dengan 9,276 pekerjaan
disediakan.64 Sehingga Disember 2014, terdapat sejumlah 337 projek perkilangan Korea
Selatan dilaksanakan di Malaysia yang melibatkan jumlah pelaburan sebanyak US$ 4.6
bilion.65
Malaysia dan Korea Selatan mencatatkan nilai dagangan berjumlah US$10.8 bilion bagi
tempoh Januari hingga Ogos tahun 2015. Jumlah itu menjadikan Malaysia rakan niaga ke-12
terbesar Korea Selatan selain negara pelabur ke-10 terbesar dalam sektor pembuatan di
Malaysia. Eksport Korea Selatan ke Malaysia bernilai US$5.2 bilion antara Januari hingga
Ogos 2015 manakala nilai perdagangan 2014 berjumlah US$18.68 bilion. Eksport utama
Malaysia ke Korea Selatan antaranya ialah gas asli cecair (LNG), petroleum, minyak mentah,
produk elektronik dan elektrik manakala import utama seperti jentera, produk petroleum serta
elektronik dan elektrik.
Tahun 2010 menandakan ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan
diplomatik antara Korea Selatan dan Malaysia. Dalam merayakan dan
memperingati ulang tahun ke-50 ini, Korea Pos dan Pos Malaysia Bhd
63
http://www.sinarharian.com.my/memperkukuh-ekonomi-malaysia-korea-selatan-1.69218 (diakses pada
8 Februari 2016). Lih. juga
http://portaluat.miti.gov.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_93ffed99-c0a8157337023702-bba28c60 (diakses pada 8 Februari 2016). Lih. juga http://n9kini.com/?p=4593 (diakses pada 8
Februari 2016).
64
http://rakyatnews.my/index.php/headlines/bisnes/item/237832-syarikat-korea-jepun-minat-melabur-dimalaysia (diakses pada 8 Februari 2016).
Lih.
juga
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Korporat/20140926/ko_07/Mahu-tarik-industri-teknologitinggi-Korea-Jepun (diakses pada 8 Februari 2016).
65 http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20151124001125 (diakses pada 8 Februari 2016).
25
mengeluarkan setem bersama yang menampilkan harimau kedua-dua
negara, iaitu Harimau Malaya atau dikenali sebagai Harimau Belang dan
Harimau Korea yang lebih dikenali sebagai Harimau Siberia. 66 Menjelang
bulan April 2011, bilangan 500 keluarga Korea Selatan yang menyertai Program Malaysia
Rumah Keduaku dijangka bertambah. Sehingga tempoh itu terdapat 20,000 rakyat Korea
Selatan yang bermastautin di Malaysia serta kira-kira 3,000 pelajar Korea Selatan yang
mengikuti pengajian di Malaysia.67 Mengenai pelancongan, kedatangan rakyat Korea Selatan
ke Malaysia dari bulan Januari hingga April 2015 seramai 149,951 orang, meningkat 12.1
peratus berbanding tempoh sama tahun lepas seramai 133,753 orang. Rakyat Malaysia ke
Korea Selatan antara bulan Januari hingga Ogos 2015 seramai 121,780, susut 8.6 peratus bagi
tempoh yang sama tahun lepas seramai 132,319. Sehingga bulan November 2014 seramai
606 pelajar Malaysia yang menuntut di Korea Selatan mendaftar dengan pejabat kedutaan.68
Korea Selatan seperti China dan Jepun secara beransur-ansur menjadi ketara dalam minda
Malaysia kerana hubungan dua hala ekonomi dan politik. Universiti Malaya merupakan
universiti pertama di Malaysia yang memperkenalkan Pengajian Korea dengan menawarkan
kursus bahasa Korea pada pertengahan 1980-an. Ini diikuti dengan penawaran kursus-kursus
sains sosial yang berkaitan dengan Semenanjung Korea, seperti kursus perniagaan Korea,
sejarah, budaya, ekonomi, hubungan antarabangsa dan dasar luar. Program Pengajian Korea
di Jabatan Pengajian Asia Timur yang menawarkan kurikulum pelbagai disiplin yang
66
http://www.koreapost.go.kr/eng/html/woopyo/2010_03.jsp?contId=e1040101 (diakses pada 2 Ogos 2016).
Lih. juga fail Pos Malaysia Berhad No. B (AE)/AE.298 (.)./12.005.
67
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/antara/9429-hubungan-malaysia-korea-selatan-ditingkatkansecara-menyeluruh.html (diakses pada 8 Februari 2016).
68
http://www.astroawani.com/berita-bisnes/korea-selatan-rakan-niaga-akrab-malaysia-duta-86881
(diakses pada 8 Februari 2016). Lih. juga https://www.bnbbc.my/duta-malaysia-gesa-tingkat-misi-dagang-dikorea-selatan/ (diakses pada 8 Februari 2016). Lih. juga
http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/pm-to-enhance-bilateral-ties-with-visit-to-south-korea
(diakses pada 8 Februari 2016).
26
menyeluruh, kekal satu-satunya seumpamanya di Malaysia.69 Gelombang kedua Dasar
Pandang ke Timur Malaysia diperkenalkan pada tahun 2012, susulan Dasar Pandang ke
Timur pertama yang diperkenal oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad,
bertujuan memperkukuh hubungan politik dan ekonomi dengan negara-negara Asia Timur
iaitu Jepun dan Korea Selatan. Gelombang kedua ini akan menumpukan kepada Program
Transformasi Ekonomi Malaysia dan Ekonomi Kreatif Korea Selatan.70
RUJUKAN
Fail Arkib
Fail Jabatan Perikanan No. PRK. ML.S 9/22. 1982. KERJASAMA PERIKANAN DENGAN
KOREA, 13 Januari 1967 - 31 Mei.
Fail Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri No. (043) 852-3. 1965. VISIT OF
REPRESENTATIVE KOREAN BUSINESSMEN'S ASSOCIATION TO MALAYSIA., 25
Mac 1965 - 19 April.
Fail Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri No. (043) 852-4. 1966. VISIT OF KOREAN
TEXTILE SURVEY TEAM TO MALAYSIA., 16 September 1966 - 27 September.
69
http://cmsad.um.edu.my/index1.php?pfct=deasmodul=PROGRAMMES_OFFERED
Februari 2016).
70
(diakses
pada
8
http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/sawit-keutamaan-malaysia-korea-1.87485 (diakses pada 8
Februari 2016).
27
Fail Kementerian Pendidikan Malaysia - Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional No. KP
(PT) 009/1/SK. 1. 1983. BIASISWA & LATIHAN PROGRAM LATIHAN KE JEPUN &
KOREA, 9 Disember 1981 - 22 November.
Fail Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komuditi No. 10/1/369/2/7. 1986.
LAPURAN EKONOMI DAN MAKLUMAT PASARAN - SOUTH KOREA., 21 Oktober
1985 - 26 September.
Fail Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) No. 8000/52 JLD. 4. 1981.
MALAYSIAN INVESTMENT PROMOTION MISSION TO HONG KONG, JAPAN AND
THE REPULIC OF KOREA, 21 Oktober 1981 - 7 November.
Fail Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) No. 8000/52 S.J.. 1981. MISSION
TO JAPAN, KOREA & HONG KONG 1981 (INDUSTRIAL/MISSION BRIEFS), 4
November 1981 - 18 November.
Fa