Mekanisme Penggunaan Matawang Satu Sorot
Islamic Economics and Finance Research Group,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi 43600, Selangor, Malaysia
Fax: 603-89215789
http://www.ukm.my/ekonis
E-mail: [email protected]
Working Paper in Islamic Economics and Finance No. 0815
Mekanisme Penggunaan Matawang: Satu Sorotan Sejarah
Salmy Edawati Yaacob
Sanep Ahmad
Wan Kamal Mujani
Rohimi Shapiee
Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi, 43600 Selangor, D.E.
Malaysia
e-mail: [email protected]
This Draft June 2008
2
ABSTRAK
Sejarah telah merekodkan pelbagai mekanisma penggunaan mata wang bermula dengan
matawang logam emas dan perak, kemudian kepada wang bersandarkan emas dan
akhirnya penggunaan wang fiat tanpa sandaran. Sejarah juga telah mencatatkan bahawa
pelbagai keadaan ekonomi telah berlaku, sama ada dengan keadaan ekonomi yang
setabil, melambong, meleset, malap dan gawat mengikut jangkamsa tertentu.
Memandangkan keadaan ekonomi tersebut dijangkakan mempunyai kaitan dengan
mekanisma matawang yang digunakan, maka kajian ini cuba meneliti dari aspek bukti
sejarah sejauhmanakah hubungkait diantara mekanisma matawang yang digunakan
dengan keadaan ekonomi sesuatu masa tertentu? Penilaian akan dilihat bermula dari
penggunaan matawang logam di zaman sebelum Islam dan awal Islam sehingga
penggunaan wang fiat masa kini. Kajian mendapati bahawa mekanisma matawang yang
digunakan mempunyai hubungan dengan keadaan ekonomi. Dari aspek kestabilan
ekonomi boleh disimpulkan bahawa era pengguaan matawang logam emas dan perak
merupakan zaman ekonomi paling setabil, diikuti oleh zaman penggunaan fiat
bersandarkan emas, dan akhirnya era penggunaan wang fiat. Kajian juga menyimpulkan
bahawa era penggunaan wang fiat merupakan era ekonomi paling bermasalah. Implikasi
penting kajian ini ialah untuk menjamin kestabilan ekonomi dunia, manusia harus
kembali kepada matawang asli emas dan perak atau pun sekurang-kurangnya kembali
kepada penggunaan matawang fiat bersandarkan emas. Penggunaan wang fiat yang
berterusan berkemungkinan besar akan mengundang dunia kepada kemusnahan ekonomi.
3
PENDAHULUAN
Asal usul wang telah wujud sejak zman sebelum masihi lagi. Keupayaan wang
membebaskan manusia dari kerumitan sistem barter sudah pasti membawa kepada
pengunaan wang sebaik sahaja barang yang diterima umum muncul. Sistem barter sangat
membuang masa dan usaha. Oleh kerana ketidakpuasan manusia terhadap sistem tukar
barang, maka satu sistem pertukaran yang menggunakan satu ‘benda’ sebagai perantaraan
telah dicipta (Roger Le Roy Miller et al 1993). Wang digunakan sebagai perantaraan
dalam proses pertukaran barangan. Wang lazimnya dirujuk sebagai kuasa beli umum
yang menekan kepada kebebasan pilihan yang boleh dilakukan oleh wang. Oleh itu, wang
dapat berfungsi dengan baik jika ia dapat mengekalkan kestabilan kuasa beli yang relatif.
Sejarah telah membuktikan bahawa mekanisme penggunaan matawang telah mengalami
beberapa perubahan. Sejak tahun 800 S.M (Wickliffe B. Vennnard 1969) sehingga ke
hari ini kita dapat menyaksikan hampir lima bentuk mekanisme besar yang telah
digunakan iaitu penggunaan logam emas dan perak sebagai matawang, matawang
berasaskan 'gold standard', sistem Bretton Woods dan sistem matawang terapung yang
diamalkan pada masa kini.
LOGAM EMAS DAN PERAK SEBAGAI MATAWANG
Logam emas telah diketaui umum penggunaannya sebagai matawang dalam sejarah awal
matawang, namun ia bukanlah logam terawal yang digunapakai oleh manusia sebagai
wang. Perak dan gangsa adalah yang lebih awal digunakan walaupun agak sukar dicari
gali dan dibentuk (Pierre Villar 1976). Manakala, penggunaan syiling emas sebagai
matawang dapat dikesan bermula pada tahun 570-546 S.M di Lidya1 ketika pemerintahan
Raja Croesus (Ahmad Hasan 1999). Pengaruh matawang kerajaan Lidya telah berterusan
setelah berlakunya penguasaan Parsi di negara tersebut. Kewujudan unit-unit matawang
ini menunjukkan bahawa Lidya telah mempunyai peradabannya yang tersendiri dari
aspek perkembangan pemikiran dan ekonomi. Manakala pada tahun 406 S.M, kerajaan
Greek pula mula menempa matawang logam emas dan perak dan telah digunakan oleh
masyarakat Marcedonia sehingga Babylon. Penggunaan syiling emas dan perak ini
berterusan sehingga zaman pemerintahan Alexander The Great pada abad ke-4 S.M.
Walaubagaimanapun, bermula pada abad ke-3 S.M, pemerintahan Greek telah
menggunakan logam perak secara berleluasa dan matawang emas tidak lagi ditempa
(Anwar Zainal Abidin 2002).
Pada abad ke-2 S.M, orang Rom telah memperkenalkan matawang syiling denarius.
Manakala pada tahun 46 S.M syiling denarius emas pula telah ditempa di Rom sewaktu
pemerintahan Caesar. Bermula dari itulah, matawang Roman terdiri daripada syilingsyiling denarius emas, perak dan gangsa. (Anwar Zainal Abidin 2002). Pada tahun 395
M, Empayar Rom telah berpecah Rom Barat yang berpusat di Rom dan Rom Timur
berpusat di Konstantinople. Seterusnya pada tahun 476 M, kerajaan Rom Barat telah
1
Lydia adalah satu kawasan di Asia Kecil barat, Ibukota lamanya adalah kota Sardis. Namun, pada era
kegemilangannya, kerajaan Lydia meliputi seluruh Anatolia barat.
4
mengalami kejatuhan dan ini telah memberi peluang kepada perkembangan Rom Timur
yang dikenali sebagai Empayar Byzantine dan berpusat di Kontantinople. Rentetan dari
itu, Empayar Btzantine telah muncul sebagai sebuah empayar yang terulung dan hebat
dari aspek politik dan ekonominya. Perkembangan ini memberi kesan kepada matawang
Rom ketika itu. Syiling emas solidus yang diperkenalkan oleh Maharaja Konstantinople
telah menjadi matawang rasmi kerajaan di sekitar Eropah serta beberapa wilayah lain.
(Jacob E. Safra 2002). Matawang ini bagaimanapun lebih dikenali sebagai denarius di
kalangan masyarakat Rom. Kehebatan dan kekuatan kerajaan Byzantine ketika itu telah
membantu kepada tersebarnya matawang emas denarius ke beberapa wilayah sekitarnya
melalui aktiviti perdagangan serantau.
Kerajaan Parsi mula menempa matawang sendiri pada tahun 546 S.M apabila wilayah
mereka telah dikuasai oleh Kerajaan Lydia. Matawang yang ditempa berbentuk empat
segi sebelum ia berubah kepada bentuk bulat (Ahmad Hassan 1999). Syiling emas yang
ditempa oleh masayarakat Parsi dikenali sebagai daric dan syiling perak siglos. Walau
bagaimanapun, selepas zaman Alaxender The Great pengaruh Greek Yunani telah
mendorong masyarakat Parsi untuk menempa matawang perak yang dikenali sebagai
drachm. Drachm terus digunakan walaupun Parsi dikuasai oleh kerajaan Sasan dan turut
digunakan di Mesir, Syria, Afrika Utara, Iran, Iraq dan kawasan yang sekitarnya.
PENGGUNAAN DINAR EMAS
Perkataan dinar menurut Kamus Dewan membawa maksud mata wang emas (Syeikh
Othman bin Syeikh Salim, et al 2000). Ia merupakan mata wang terawal yang digunakan
oleh orang Arab Mekah dan Madinah pada abad keenam dan ketujuh Masihi. Mata wang2
ini merupakan syiling emas dan perak yang telah dikeluarkan dan diguna di wilayahwilayah Empayar Byzantium dan Empayar Sasan. Gambarajah 3.1 (a) menunjukkan
syiling-syiling emas terawal yang digunakan di Mekah sebelum kedatangan Islam.
Gambarajah 3.1 (a): Syiling Emas Terawal Di Mekah
Aureus
Rome 161
Denar, syiling emas Roman yang
pertama diperkenalkan pada tahun 211
2
Mata wang emas Byzantium yang dipanggil
solidus digunakan pada tahun 527 sehingga 565
Mata wang emas Byzantium yang dipanggil solidus dan mata wang perak Sasan yang dipanggil drachm
terus digunapakai walaupun setelah pemerintahan Islam bangkit di Madinah. Orang Arab sebelum Islam
mengenali syiling emas Byzantium sebagai Dinar (daripada perkataan denarius Roman) dan syiling perak
Sasan sebagai dirham. Panggilan-panggilan ini kekal selepas Islam. Orang Islam juga terus menggunakan
syiling gangsa tempatan Byzantium. Lihat Amat @ Anwar Hj. Zainal Abidin (2002), op. cit, h. 1-5.
5
Sumber: Hakimi Ibrahim (2004), “History of The Gold Dinar And Its Philosophy”,
(Kertas Kerja Bengkel Dinar Emas di UKM, pada 30 Julai 2002)
Mengikut sejarah Islam, Rasulullah s.a.w tidak pernah cuba menempa mata wang yang
baru bagi kegunaan negara Islam, malah sebaliknya baginda memperakukan penggunaan
mata wang yang sedia ada tanpa sebarang perubahan. Keadaan sedemikian berterusan
sehingga ke zaman Khalifah Abu Bakr dan sebahagian daripada zaman Khalifah ‘Umar
al-Khattab. Akan tetapi, ‘Umar dilaporkan telah menempa syiling perak (dirham)
mengikut acuan Sasan.3 Khalifah ‘Umar juga memperkenalkan piawaian menurut berat
yang dikenali sebagai Piawaian Khalifah ‘Umar Al-Khattab r.a.4 Piawaian tersebut
menentukan 10 dirham bersamaan dengan 7 dinar. Setiap dinar mestilah mempunyai 4.25
gram emas dan setiap dirham pula mengandungi 3 gram perak. Manakala pada zaman
Khalifah ‘Uthman al-‘Affan pula sedikit perubahan dibuat pada syiling dirham acuan
Sasan iaitu dengan menambahkan perkataan ‘Allahu Akbar’5. Gambarajah 3.1(b)
menunjukkan bentuk syiling perak (dirham) mengikut acuan Sasan.
Gambarajah 3.1(b): Syiling Perak (Dirham) Mengikut Acuan Sasan
Dirham Pertama Mengikut Acuan
Sassan dari Yazdgard III
652 – 660 (Khalifah ‘Uthman)
Syiling ini terdapat ukiran“Bismillahi”
Syiling Perak Sasan (Asal)
590 – 627

Kemuncak usaha menempa mata wang dengan jatidiri Islami yang tersendiri berlaku
pada zaman Khalifah ‘Abd al-Malik bin Marwan.6 Usaha-usaha mengubah mata wang
tidak hanya terbatas kepada menambah perkataan atau ungkapan yang bersifat Islami,
malah meliputi tindakan menghilangkan lambang-lambang tidak Islami dan dalam
3
Iaitu dengan sedikit perubahan dengan memasukan ungkapan al-Hamdulillah/Muhammad Rasulullah/La
ila ha illallahuwahdah’ pada mata wang yang baru ditempa di samping mengekalkan gambar maharaja
Sasan di bahagian hadapan dan tempat penyembahan api di bahagian belakang.
4
Piawaian Umar :
1 ‘uqiyyah = 40 dirham
1 dirham = 6 daniq
1 dinar
= 20 qirath
1 dinar
= 1 misqal
10 dirham = 7 dinar
Lihat Adel Allouche (1994), Mamluk Economics, Salt Lake City: University of Utah Press
5
Amat @ Anwar Hj. Zainal Abidin (2002)
6
Abdul Malik bin Marwan memerintah dari tahun 65 Hijrah sehingga 86 Hijrah. Lihat Amat @
Anwar Hj. Zainal Abidin (2002)
6
sesetengah hal menggantikannya dengan lambang-lambang lain. Sejak tahun 72 Hijrah
umpamanya, teraan salib yang terdapat pada mahkota atau topi besi maharaja Byzantium
dalam dinar telah dibuang. Begitu juga teraan salib yang lain, sama ada pada bahagian
hadapan atau belakang syiling. Gambarajah 3.1(c) menunjukkan bentuk dinar emas yang
digunakan pada kurun ke-8 sehingga kurun ke-11.
Gambarajah 3.1(c): Dinar Emas Yang Digunakan Dalam Kurun ke-8 sehingga
kurun ke-11
Dinar Emas pada tahun 1041-1051
Dinar Emas pada zaman pemerintahan Khalifah Hisyam
Ibn `Abdul Malik pada tahun 723

Secara umumnya penggunaan syiling emas dan perak sebagai mata wang umat Islam
berterusan sehinggalah berakhirnya kerajaan Islam di Turki. Dinar dan dirham telah
digunakan dalam urusan perniagaan, menabung dan juga untuk membayar zakat.
Gambarajah 3.1(d) menunjukkan bentuk dinar emas yang terakhir telah digunakan oleh
umat Islam pada zaman Khalifah ‘Uthmaniah, Turki.
Gambarajah 3.1(d): Dinar Emas Terakhir Umat Islam
Turki 1923
Zaman Kejatuhan
Khalifah ‘Uthmaniah
7

Umat Islam mestilah menggunakan emas dan perak sebagai piawai mata wang mereka
dan bukannya mata wang palsu yang kini berleluasa. Mata wang-mata wang itu terikat
dengan dolar Amerika dan membantu penguasaan dan kawalan Amerika. Salah satu tugas
negara Islam ialah mewujudkan mata wang yang bersandarkan kepada emas dan perak
sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan khalifah-khalifah selepasnya.
Imam Malik r.a. telah menjelaskan bahawa wang ialah apa-apa barangan yang lazimnya
diterima pakai sebagai bahan tukaran. Menurut sejarah Islam tiada barangan yang boleh
dipaksa menjadi wang kerana manusia bebas menggunakan apa sahaja barangan sebagai
tukaran. Wang kertas seperti dolar Amerika sebenarnya bukan barangan lazim yang
ketara malahan nilainya dipaksa oleh kuasa pasaran. Barangan lainpun dinilai mengikut
berat kertas dan bukan menurut nilai nombor yang tertera di atasnya (Hakimi Ibrahim
1999).
Islam telah menetapkan hukum syarak berkenaan dengan emas dan perak dan
mengkategorikan kedua-duanya sebagai mata wang, harga untuk pelbagai barangan dan
upah/gaji untuk kerja yang dilakukan. Islam mengharamkan pembolotan/penyorokan
emas dan perak serta menetapkan undang-undang yang tetap dan tidak berubah. Islam
menetapkan zakat ke atas emas dan perak serta menetapkan struktur cukai ke atas dinar
emas dan dirham perak. Begitu juga apabila Islam menetapkan diyat atau bayaran kerana
menyebabkan kematian, Islam menetapkan bahawa pembayaran itu berdasarkan kepada
mata wang yang ditetapkan jumlahnya dalam emas iaitu seribu dinar dan jumlah dalam
perak ialah dua belas ribu dirham. Apabila Islam menetapkan hukuman kerana mencuri
iaitu memotong tangan pencuri, ia menetapkan jumlah minimum untuk menjatuhkan
hukuman potong tangan ialah jumlah yang dicuri melebihi satu per empat dinar emas
atau tiga dirham perak. Begitu juga apabila Islam menetapkan peraturan-peraturan
tentang pertukaran yang melibatkan mata wang, ia mentakrifkannya dalam bentuk emas
dan perak (Ibrahim Sallehudin 1998).
SISTEM MATAWANG BERASASKAN PIAWAIAN EMAS PENUH (GOLD
STANDARD) (1880-1914)
Secara umumnya, sesebuah negara dikatakan melaksanakan sistem piawaian emas penuh
apabila ia menggunakan emas sebagai sandaran nilai kepada matawang. (Marcello de
Cecco 1974). Sistem ini mula diperkenalkan di England di bawah Akta Lord Liverpool
pada tahun 1816 (Maria Cristina Marcuzzo 1986) sewaktu pemerintahan Sir Isaac
Newton (Mark Duckenfield 2004). Walaubagaimanapun, kebanyakan negara mula
mengamalkan sistem ini dari tahun 1880-1914 (Mansor Jusoh & Hamzaid Yahya 1990).
Melalui sistem ini, setiap negara menetapkan nilai matawang masing-masing dalam
sebutan emas. Sebagai contoh; Amerika Syarikat menetapkan AS$1.00 = 23.22 grain
emas tulen dan United Kingdom menetapkan ₤1.00 = 113.0016 grain emas tulen. Tiap-
8
tiap negara mesti bersedia membeli atau menjual emas pada harga yang telah ditetapkan
itu. Oleh sebab nilai setiap matawang dalam sebutan emas adalah tetap, maka kadar
pertukaran antara matawang itu juga tetap. Misalnya, nilai emas dolar Amerika Syarikat
ialah AS$1.00 = 23.22 grain emas dan nilai emas paun sterling ialah ₤1.00 = 113.0016
grain emas, maka kadar pertukaran antara dolar dan paun sterling ialah AS$1.00 =
₤0.205 (23.22/113.0016) atau ₤1.00 = AS$4.866 (113.0016/23.22). Kadar pertukaran
yang diperolehi itu dikenali sebagai pariti min. (Mansor Jusoh & Hamzaid Yahya 1990).
Pada tahun 1717 sehingga 1816, pound sterling antara 1,719 grains (111.39 gram) bagi
nilai perak manakala bagi emas pula bersamaan 113 grains (7.32 gram). Bermula tahun
1816 sehingga penggantungan nilai yang boleh diubah pada tahun 1931, satu pound
sterling sentiasa tetap pada nilai 113 grains (Maria Cristina Marcuzzo 1986).
Namun begitu standard ini sebenarnya tidak mencakupi seluruh dunia. Hanya
sekumpulan besar negara Eropah yang menggunakan standard emas dan mengekalkan
pertukaran tetap. Kadar pertukaran negara kurang maju menjadi pengeluar bahan utama
lain di luar empayar British terutamanya Amerika Latin yang mengalami turun naik nilai
dengan besarnya dalam tempoh itu. Dalam sistem piawai emas penuh, sistem operasinya
mesti memenuhi syarat yang berikut: (Chua Yee Yen, et al 1989).
i)
ii)
iii)
iv)
Emas mestilah wang sah dalam negara-negara yang terlibat.
Semua bentuk wang sah terutamanya mata wang negara-negara tersebut mesti
bebas dan dapat ditukar dengan emas di bank pusat, bank negara tersebut.
Pemilik emas mesti mempunyai kemudahan bagi ketulan-ketulan emasnya dibuat
duit oleh kilang wang negara atau jika mereka mempunyai syiling, mereka boleh
menukarkannya kepada jongkong emas dengan mudah.
Semua bentuk impot dan ekspot emas tidak boleh dihadkan.
Dalam sistem piawai emas penuh, setiap negara menggunakan wang yang sama, iaitu
emas dan mempunyai beberapa jenis piawai emas penuh, antaranya ialah piawai syiling
emas dan piawai jongkong emas. Kerajaan akan membuat syiling emas pada piawai yang
rasmi dan memperuntukkan sebahagiannya sebagai seigniorage7 untuk membiayai kos
7
Seignorage merupakan satu bayaran yang cukup tinggi untuk menghasilkan untung kepada kerajaan
melalui kerja melebur atau menukar bulion kepada duit syiling. Pada masa sekarang signiorage merupakan
keuntungan yang diperoleh oleh Bank Pusat hasil daripada penciptaan wang kertas. Dengan perkataan lain
signiorage adalah keuntungan yang diperoleh oleh kerajaan melalui usaha untuk menandakan duit syiling
yang lebih tinggi daripada kos logam atau mencetak wang kertas dengan nilai muka yang lebih tinggi
daripada kos mencetaknya. Perkataan seigniorage juga dieja dengan seigneurage atau seigneuriage.
Dalam sistem feudal, kuasa untuk mencetak syiling terletak di bawah kuasa raja ataupun seigneur. Maka,
bahagian pendapatan raja inilah yang dikenali sebagai seigniorage iaitu untuk kegunaan raja sendiri. Kadar
seigniorage berubah dari semasa ke semasa. Seigniorage boleh dianggap sebagai satu aliran tahunan yang
berkait dengan pengeluaran wang bersih (net money issued), ataupun sebagai nilai kini untuk semua
keuntungan kini dan juga jangkaan daripada usaha mengeluarkan wang. Keuntungan yang diperoleh
daripada seigniorage ini bergantung kepada keupayaan untuk menarik orang ramai memegang jumlah
wang yang dicetak. Makin banyak jumlah wang yang dipegang oleh orang ramai, maka makin banyak
seigniorage diperolehi. Kerajaan yang menerbitkan wang sah (legal tender) pasti memperoleh seigniorage
kerana wang kertas itu mesti dipegang oleh rakyatnya, walaupun pemegangan wang kertas itu tidak
menghasilkan pulangan. Lihat Chua Yee Yen, et al (1989)
9
membuat syiling. Emas digunakan dalam urusniaga tempatan serta di peringkat
antarabangsa. Dengan itu, jumlah emas yang terhad dalam peredaran telah menyekat
perkembangan perdagangan. Masalah defisit atau lebihan dalam imbangan pembayaran
akan mengakibatkan aliran emas terganggu dan akan menyebabkan turun naik harga
eksport dan harga import.
Sistem piawai emas penuh tidak dapat dikekalkan kerana simpanan emas hanya
meningkat (hasil daripada perlombongan) dengan amat perlahan dan menyekat
perkembangan perdagangan antarabangsa yang semakin maju. Tempoh piawaian emas
adalah singkat kerana sistem ini runtuh pada tahun 1914 akibat perang dunia yang
pertama dan harga emas pada masa itu adalah sebanyak AS$20.67 seauns (Chua Yee
Yen, et al 1989). Zaman ini telah memperlihatkan pergerakan kewangan dunia yang
stabil dan harmoni selama 25 tahun (Edward M Bernstein 1965) dan seringkali disebut
sebagai zaman keagungan piawaian emas (Miltiades Chacholiades 1973) atau era
keemasan (Wan Mansor Wan Mahmmod 1983) kerana didakwa dapat menstabilkan
harga dan mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi serta membangunkan perdagangan
dunia. Oleh itu, tidak hairanlah ramai intelektual hari ini memandang era keemasan
sebagai zaman kegemilangan tukaran asing dengan penuh nostalgia. Selepas berakhirnya
era keemasan, seluruh dunia mengalami perubahan yang besar dalam penggunaan mata
wang. Mata wang dunia tidak lagi berpaksikan atas satu piawaian yang sama, malah
setiap negara menempa mata wang sendiri dengan piawaian berbeza mengikut kerajaan
masing-masing (Brendan Brown 1978).
Rajah 1.1 di bawah menunjukkan pergerakan nilai emas bermula tahun 1833 sehingga
1998.
Rajah 1.1 Pergerakan nilai emas bermula tahun 1833 sehingga 1998
Sumber: http://www.kitco.com. 23 April 2008
10
Rajah di atas menunjukkan pergerakan nilai emas bermula tahun 1833 sehingga 1998.
Jika diamati, pergerakan nilai emas agak stabil sehingga tahun 1971-1980. Bermula tahun
1971 sehingga awal 80-an berlaku kenaikan harga emas yang mendadak kerana
berlakunya pemansuhan emas dalam sistem kewangan dunia. Sehingga hari ini nilai emas
tetap ada kenaikan dan penurunan namun, ia masih lagi stabil kerana perubahan tersebut
amat kecil dan tidak berlaku secara mendadak.
SISTEM PIAWAIAN EMAS DENGAN WANG KERTAS
Oleh kerana sistem piawai emas penuh telah menyekat perkembangan perdagangan
maka, wang kertas telah digunakan bersama-sama dengan emas bermula pada tahun 1926
(Chua Yee Yen, et al 1989). Ia berlaku dalam tempoh Perang Dunia Pertama sehingga
tahun 1944. Pada ketika itu wang kertas boleh ditebus dengan emas pada kadar yang
telah ditetapkan. Sistem piawai emas dengan wang kertas telah mewujudkan pertukaran
dua hala antara emas dengan mata wang di antara negara pada nisbah yang telah
ditetapkan. Sebarang wang sah, yang dikeluarkan adalah bergantung kepada jumlah
simpanan emas dalam negara. Pengeluaran wang kertas dihadkan kepada rizab emas yang
ada. Walau bagaimanapun, kerajaan boleh mengeluarkan wang kertas lebih banyak
daripada jumlah simpanan emasnya kerana kebiasaanya penebusan dengan emas tidak
dilakukan dengan jumlah yang sepenuhnya.
Negara yang mengalami defisit dalam imbangan perdagangan akan menghadapi masalah
aliran keluar emas. Jumlah penawaran wang bergantung kepada simpanan emas dalam
negeri. Apabila kuantiti emas dikurangkan, maka penawaran wang menjadi kurang dan
harga akan jatuh. Sebaliknya jika simpanan emas bertambah, penawaran wang mesti
ditambah dan harga dalam negeri akan meningkat. Sistem piawai emas dengan wang
kertas dilaksanakan sehingga tahun 1933 di Amerika Syarikat (Chua Yee Yen, et al
1989).
SISTEM BRETTON WOODS
Sistem piawaian emas ini juga gagal dipertahankam apabila berlakunya zaman
kemelesetan besar antara tahun 1929-1933. Bermula zaman kemelesetan sehingga tahun
1944, kawalan terhadap pertukaran asing sangat ketat. Ini ditambah pula dengan keadaan
ekonomi dunia yang kacau bilau selepas perang dan mendorong beberapa buah negara
terutamanya negara-negara besar seperti Amerika Syarikat dan Britain mengambil
inisiatif untuk mewujudkan sistem kewangan yang bebas dan pelbagai hala (Miltiades
Chacholiades 1973).
Perwakilan dari 44 buah negara bukan komunis di seluruh dunia telah mengadakan satu
persidangan di Bretton Woods, New Hampshire pada tahun 1944 untuk melakukan
reformasi terhadap sistem kewangan antarabangsa. Hasil daripada persidangan tersebut
tercetuslah sistem Bretton Woods dan ianya digunakan bermula dari tahun 1944 sehingga
tahun 1971 iaitu selama 27 tahun. Tempoh itu dikenali sebagai Era Bretton Woods
(Miltiades Chacholiades 1973).
11
Persidangan di Bretton Woods juga telah membawa kepada tertubuhnya tiga buah
institusi utama iaitu IMF,8 IBRD9 dan GATT.10 IMF cuba mengadakan sistem kadar
pertukaran asing yang baru bagi menggantikan sistem yang berasaskan emas. Oleh itu,
semua ahli IMF mengisytiharkan nilai emas terhadap mata wang masing-masing.
Kemudian nilai emas relatif antara negara-negara dikira sebagai kadar pertukaran wang
negara-negara berkenaan. Setiap negara juga bersetuju untuk campur tangan dalam
pasaran tukaran asing bagi mengekalkan kadar tukaran negaranya di pasaran bebas sama
ada untuk dinilai semula atau diturunkan nilai bagi mata wang masing-masing (Othman
Yong 1993).
Secara prinsipnya, sistem Bretton Woods masih mengekalkan emas sebagai nilai asas
mata wang dan atas kadar tukaran tetap. Ia juga dikenali sebagai sistem pancangan boleh
ubah (Miltiades Chacholiades 1973). Dalam sistem ini sesebuah negara akan menetapkan
nilai mata wangnya pada emas atau pada dolar Amerika Syarikat pada satu kadar yang
disebut nilai tara.11 Nilai emas yang ditetapkan adalah pada harga AS$35 seauns yang
menjadi asas nilai sesuatu mata wang. Dolar Amerika Syarikat bebas ditukar dengan
emas apabila dituntut. Jika negara yang menetapkan mata wangnya pada dolar AS ingin
mendapatkan emas, negara itu harus menukarkan mata wangnya 12 kepada dolar AS
terlebih dahulu (Chua Yee Yen, et al 1989).
Setiap mata wang juga dibenarkan berubah mengikut kadar tukarannya pada tahap 1%
daripada nilai pariti masing-masing. Satu pembaharuan dalam sistem Bretton Woods
8
International Monetary Fund atau Tabung Kewangan Antarabangsa merupakan sebuah badan yang
utama berhubung dengan mata wang, dasar imbangan pembayaran dan penyelarasan antarabangsa. IMF
diperkenalkan untuk mengumpul dan memperuntukan rizab sebagai menunaikan Perkara Perjanjian
Breeton Woods. Negara-negara anggota hendaklah memajukan kerjasama dalam bidang kewangan
antarabangsa, memudahkan pertumbuhan perdagangan, memajukan kestabilan kadar pertukaran,
memperkenalkan sistem pembayaran antarabangsa pelbagai dan menghapuskan had-had pertukaran dan
memperuntukan sumber secara mencukupi. Lihat Haraldur Johannson (1997), The Colmination and
Collapse of The Breeton Woods Sistem, 1959-1971 (1973), Iceland: Akrafjall, h. 86-98.
9
International Bank of Reconstruction And Development atau dikenali juga sebagai Bank Dunia,
merupakan sebuah organisasi yang saling berkait dengan IMF. Secara automatik semua anggota IMF akan
menjadi anggota IBRD. Objektif IBRD ialah untuk memudahkan pelaburan modal antarabangsa dalam
kegiatan ekonomi. Di samping itu juga, IBRD bertanggungjawab memberi pinjaman jangka panjang dan
pertengahan kepada negara-negara ahli. Mengikut sistem kuota IBRD, semua anggota mesti
menyumbangkan sebanyak US$10 bilion sebagai modal untuk IBRD. Lihat Chu Yee Yen (1989), op.cit, h.
60.
10
General Agreement on Tariffs And Trade atau Persetujuan Am Tarif dan Perdagangan. GATT berfungsi
sebagai pengganti kepada Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa atau ringkasnya ITO (International Trade
Organisation). GATT bertugas untuk mengatatasi masalah dalam perdagangan dan pembayaran
antarabangsa. Lihat Chu Yee Yen (1989), op.cit, h. 60-61.
11
Nilai tara atau par value bermaksud nilai yang ditetapkan secara arbitrari pada masa mata wang
diterbitkan, lihat Ismail Ibrahim et.al (1996), op. cit, h 106.
12
Jumlah wang kertas yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dihadkan oleh jumlah stok emas dalam
pemegangan. Pihak yang mengeluarkan wang kertas mesti mempertimbangkan kemungkinan tuntutan
penebusan dan ini secara automatik menjadi had supaya tidak mengeluarkan wang kertas dengan
berlebihan. Walau bagaimanapun tiada jaminan bahawa perubahan penawaran wang yang automatik ini
berkait dengan perubahan yang diperlukan, oleh itu ia sering terdedah kepada masalah inflasi dan masalah
pelarasan. Lihat Chua Yee Yen, et al (1989), op.cit, h. 107.
12
ialah selain emas, negara-negara ahli juga dibenarkan memegang mata wang lain yang
diterima oleh masyarakat antarabangsa sebagai media pertukaran dan rizab. Mata wang
dolar AS merupakan mata wang yang mendapat kepercayaan kerana Amerika Syarikat
telah membuat akuan dan berjanji untuk sedia membeli dan menjual emas pada bila-bila
masa. Oleh yang demikian, kedudukan dolar AS menjadi semakin penting dalam sistem
kewangan antarabangsa.
Perjanjian Bretton Woods pada tahun 1944 telah mewujudkan piawai pertukaran emas
yang telah diamalkan sehingga tahun 1968. Selepas tahun 1968, sistem piawai
pertukaran emas telah digantikan dengan sistem pertukaran dolar, wang kertas tidak lagi
dibenarkan untuk ditebus dengan emas. Oleh itu, berakhirlah sistem piawai emas. Walau
bagaimanapun, sistem ini masih merupakan sistem kadar tetap.13 Presiden Amerika
Syarikat iaitu Presiden Richard Nixon14 sejak tahun 1971 lagi telah memutuskan kaitan
emas dengan dolar kerana kekalahan Amerika di Perang Vietnam memerlukan
penciptaan dolar tanpa terbatas dengan simpanan emas. Amerika Syarikat perlu
'mencetak' wang dan bukannya 'mencari' wang untuk menampung kos peperangan
tersebut. (Hakimi Ibrahim 1999).
Kesimpulannya, perjanjian Bretton Woods telah memberi sumbangan kepada ekonomi
dunia, khususnya melalui IMF dan IBRD. Sistem Bretton Woods yang diamalkan selepas
perjanjian tersebut menentukan tempoh selama lima tahun untuk mencapai keamanan dan
kestabilan ekonomi dunia. Namun begitu, sistem ini gagal untuk membentuk satu
mekanisme yang dapat menyelaraskan keseimbangan ekonomi. Kerjasama yang
sepenuhnya antara negara-negara anggota tidak wujud kerana masing-masing bersikap
lebih mementingkan diri sendiri. Sistem Bretton Woods telah berakhir sepenuhnya pada
tahun 1973 selepas mensyuarat Smithsoniam yang ditandatangani pada tahun 1972 dan
bersetuju menggantikannya dengan sistem pertukaran terapung.
SISTEM MATAWANG APUNGAN (WANG KERTAS)
Sistem Bretton Woods telah berjalan dengan baik sehingga pada tahun 1971 apabila
Amerika Syarikat mengalami defisit dalam imbangan pembayarannya. Kemusnahan
sistem tukaran tetap melambangkan manifestasi Amerika mengekang defisit imbangan
pembayarannya yang semakin besar.
Ketidakseimbangan tuntutan bayaran dengan simpanan emas yang ada menyebabkan
Amerika Syarikat mengalami kemerosotan besar dalam rizab emasnya, iaitu daripada
13
Fixed Rate iaitu kadar faedah bagi sesuatu pinjaman yang tidak berubah walaupun kadar pasaran
berubah. Lihat Ismail Ibrahim et al (1996), op. cit, h. 74.
14
Richard Milhous Nixon (9 Januari 1913 – 22 April 1994) ialah Wakil Presiden Amerika Syarikat ke-36
(1953 - 1961) dan Presiden Amerika Syarikat ke-37 (1969 - 1974). Ia merupakan presiden Amerika
Syarikat pertama yang mengundurkan diri dari khidmatnya. Pengundurannya datang sebagai tanggapan
pada skandal yang disebut Skandal Watergate. Ia mengumumkan berakhirnya Perang Vietnam yang telah
menelan korban ribuan tentara pada 23 Januari 1973. Pengumuman itu secara tidak langsung menjadi
pengakuan Amerika bahawa mereka kalah perang di kancah Asia Tenggara
13
sebanyak AS$18.0 bilion pada tahun 1960 menjadi sebanyak AS$11.0 bilion pada tahun
1970. Jumlah ini akan menjadi lebih besar sekiranya dimasukkan segala tuntutan jangka
pendek yang perlu dilunaskan oleh Amerika Syarikat. Oleh yang demikian, tidak
hairanlah apabila semakin banyak negara yang meragui bahawa nilai pariti emas dolar
Amerika Syarikat seperti yang ditetapkan pada awal sistem Bretton Woods tidak dapat
dipertahankan (Haji Mohidin Yahya 1994).
Pada 18 Disember 1971, negara-negara industri utama yang terdiri daripada kumpulan 10
iaitu Belgium, Kanada, Prancis, Jerman, Itali, Amerika Syarikat, Jepun, Belanda, Sweden
dan United Kingdom (Miltiades Chacholiades 1973) telah bersetuju membuat satu
perjanjian yang dinamakan Perjanjian Smithsonian15 bagi meredakan sementara keadaan
di pasaran tukaran asing. Dalam perjanjian tersebut, Amerika Syarikat bersetuju
menurunkan nilai dolar dengan syarat Jerman, Jepun dan Prancis bersetuju untuk
menaikkan nilai mata wang masing-masing. Amerika Syarikat bersetuju menaikkan nilai
emas daripada AS$35 seauns kepada AS$38 seauns yang mana sama dengan penurunan
dolar AS sebanyak 7.9%. Dengan perkembangan terakhir, dolar AS ternyata tidak
berupaya menjadi mata wang rizab tunggal bagi seluruh dunia walaupun ia masih
mengekalkan statusnya sebagai mata wang antarabangsa.
Oleh itu, negara Eropah seperti Jerman, Itali dan Prancis telah memutuskan untuk
mengapungkan mata wang masing-masing di pasaran tukaran mata wang asing (Haji
Mohidin Yahya 1994).
Bulan Februari pada tahun 1973, penurunan nilai terpaksa dilakukan sekali lagi sebanyak
10%, tetapi keadaan tidak berubah dan akhirnya pada bulan Mac 1973, pasaran tukaran
15
Perjanjian ini diadakan di Smithsonian Intitution, Wanshinton DC, Amerika Syarikat pada Disember
1971. Perjanjian ini dibuat setelah sistem pertukaran emas yang menggunakan dolar AS yang telah
diamalkan selama 27 tahun tidak lagi dapat berfungsi dengan lancar. Kelemahannya ternyata dan
keyakinan dunia terhadap kekukuhan dolar AS telah tergugat. Maka, perjanjian ini bertujuannya untuk
mengubah semula struktur sistem kadar pertukaran antarabangsa. Kerajaan Amerika Syarikat digesa supaya
menurunkan nilai mata wangnya secara rasmi. Sistem pertukaran tetap sistem Breeton Wood telah
dihapuskan supaya dolar AS yang dinilai berlebihan boleh susut nilai berbanding mata wang negara lain
yang dinilai lebih rendah daripada sepatutnya. Walau bagaimanapun, dolar AS masih merupakan mata
wang utama bagi maksud campur tangan dan mata wang lain masih berpancang padanya (tetapi pada kadar
yang baru). Jeda perubahan yang dibenarkan bagi setiap mata wang berbanding dengan dolar AS telah
berubah daripada 2% kepada 4.5%. Ini bermakna terdapat satu jeda perubahan sebanyak 9%. Namun
demikian, untuk mencapai integrasi kewangan, sebanyak enam buah negara anggota EEC (Perancis, Itali,
Belgium, Luxembourg, Belanda dan Jerman Barat) telah bersetuju menghadkan jeda perubahan mata wang
masing-masing kepada 4.5% pada Mac 1972. persetujuan ini dikenali sebagai ‘ular EEC dalam terowong
Smithsonian’ dan dikuatkuasakan sehingga Mac 1973. Mengikut Perjanjian Smithsonian, terdapat empat
ketegori dalam struktur pertukaran yang baru itu. Pertama, sesetengah negara (United Kingdom, Perancis)
telah menetapkan kadar tara rasmi yang sedia ada. Nilai mata wang negara ini telah bertambah sama
banyak dengan jumlah penurunan nilai dolar AS. Ketegori kedua terdiri daripada Jerman Barat, Jepun,
Belgium dan Belanda yang bersetuju menaikkan nilai mata wang masing-masing dengan rasmi sebagai
penambahan kepada penurunan nilai dolar Amerika Syarikat. Pertambahan nilai mata wang negara tersebut
berbanding dengan dolar Amerika Syarikat adalah melebihi penurunan nilai mata wang dolar Amerika
Syarikat. Ketiga, Sweden dan Itali dengan secara rasminya menurunkan nilai mata wang sebanyak 1%,
iaitu bertambah nilai berbanding dengan dolar AS sebanyak 7.5%. Manakala, Kanada membenarkan mata
wangnya berubah-ubah dalam pasaran pertukaran. Lihat Chua Yee Yen (1989), op.cit, h. 90-91.
14
asing terpaksa ditutup untuk beberapa minggu apabila keadaan tidak dapat dikawal.
Apabila ia dibuka kembali, kadar pertukaran dibenarkan terapung dan dengan sendirinya
menamatkan sistem Bretton Woods. Sistem kadar pertukaran terapung dengan rasminya
dibenarkan oleh satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Jamaica pada tahun
1976 dan pada masa yang sama emas tidak lagi mempunyai nilai rasmi. Emas hanya
dijual dan dibeli oleh bank pusat pada harga pasaran.
Sistem kadar pertukaran terapung beroperasi apabila pihak berkuasa kewangan biasanya
bank pusat sesebuah negara tidak dipertanggungjawabkan untuk memastikan nilai
pertukaran berada dalam satu had atau lingkungan yang telah ditetapkan. Dengan kata
lain, sistem kadar pertukaran ini sama ada naik atau turun berdasarkan faktor-faktor
penawaran dan permintaan terhadap sesuatu mata wang dalam pasaran. Seperti juga
barang komoditi, apabila sesuatu mata wang melebihi penawaran di pasaran wang
antarabangsa maka nilai mata wang tersebut akan turun. Jadi, secara amnya sistem
pertukaran terapung akan menjadi lebih mudah berubah daripada sistem kadar pertukaran
tetap, disebabkan faktor permintaan dan penawaran mata wang yang tidak menentu dan
tanpa campur tangan daripada pihak berkuasa kewangan (Wan Mansor Wan Mahmmod
1983).
Oleh itu, bermula tahun 1973 sehingga ke hari ini sistem kewangan dunia menggunakan
sistem matawang terapung. Matawang tanpa sandaran akan mudah dispekulasi dan
dimanipulasi oleh kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat.
Ketidakstabilan dan susut nilai matawang kertas dapat dilihat apabila dolar Amerika
Syarikat (USD) telah kehilangan 95% daripada nilainya sejak 1913. Wang kertas akan
sentiasa susut nilai kerana berlaku percetakan dan pengeluaran tanpa had. Keadaan ini
mula terasa pada tahun 1933 apabila rakyat Amerika tidak dapat menukar dolar kepada
emas pada nilai USD20 dengan satu auns emas, walhal nilai ini telah ditetapkan oleh
Amerika Syarikat sendiri pada masa itu. Perkara yang sama juga berlaku pada tahun 1971
apabila masyarakat luar dari Amerika Syarikat tidak dapat menebus emas dengan nilai
USD35 per auns emas. Seterusnya, jika dibandingkan dengan tahun 2008, susut nilai
dolar Amerika lebih jelas dengan nilai USD1034 per auns emas (http://www.kitco.com).
Maka, tidak hairanlah apabila berlakunya krisis matawang Asia yang teruk pada tahun
1997 ekoran lambakan dolar Amerika Syarikat ke atas matawang negara-negara Asia
yang mengakibatkan ringgit Malaysia susut nilai sebanyak 65 peratus dan pada waktu
yang sama rupiah Indonesia susut nilai sebanyak 620 peratus (Zuhaimy Ismail 2004).
Contoh yang jelas berkaitan susut nilai matawang ini dapat dirasai apabila pada tahun 80an nasi lemak boleh dibeli dengan nilai 30 sen untuk sebungkus dan 10 sen untuk segelas
air sirap. Nilai ringgit dikatakan susut apabila sekarang (tahun 2008) nasi lemak boleh
didapati dengan nilai RM1.50 sebungkus dan RM1 untuk segelas air sirap. Oleh itu, isu
kenaikan harga minyak dan gula yang mendadak dalam tahun 2007 serta isu kenaikan
harga beras dunia sehingga 100% (Utusan Malaysia 2008) pada April 2008 juga
sebenarnya mempunyai hubungkait dengan ketidakstabilan nilai matawang hari ini.
15
SEJARAH INFLASI DUNIA
Wang sebenar iaitu wang yang tulen nilainya merupakan satu-satunya cara untuk
menghapuskan inflasi. Inflasi16 bermaksud kenaikan tingkat harga umum secara
berterusan di sesebuah negara dalam tempoh masa tertentu (Peter L. Bernstein 1968) .
Sejarah inflasi dunia menyaksikan bahawa terdapat perbezaan yang ketara sewaktu dunia
mengamalkan penggunaan matawang emas/perak atau bersandarkan piawaian emas
dengan penggunaan matawang kertas. Gambarajah 8.1 menunjukkan pergerakan inflasi
bermula tahun 1914 sehingga tahun 2008.
Gambarajah ini menunjukkan pada tahun 1920-1930 inflasi hanya 0.8% merupakan
paling rendah dalam sejarah dunia kerana pada tahun 1880-1930 adalah era piawaian
emas penuh. Manakala pada tahun 1917-1921, 1941-1950, 1970-1985 antara tahun-tahun
yang mengalami inflasi tinggi tercatat disebabkan perang dunia pertama (1914-1918),
perang dunia kedua (1940-1945) dan perang Vietnam (1965-1975). Pembubaran ikatan
emas dengan dolar pada tahun 1971 juga memberi kesan kepada inflasi dunia17 (Yap
Chan Ling 1979). Pada zaman kemelesetan ekonomi pada tahun 1920-1929 menunjukkan
inflasi negetif sehingga mencapai -1.94%.
16
Ia ditakrifkan juga sebagai kenaikan tingkat harga umum ekoran ketidakseimbangan antara pergerakan
barangan dan pergerakan wang lihat (Michael Jefferson et.al 1977).
17
Menurut pendapat Mazhab Neo-Keynes, inflasi sebelum perang dunia adalah akibat kenaikan penawaran
wang . Inflasi pada tahun 1896-1964 adalah berhubung dengan perkembangan wang yang disebabkan oleh
penemuan emas. Penemuan ini telah menguatkan insentif menaikkan penawaran wang dan melemahkan
halangan ke atas perkembangan wang. Selain itu, pembubaran Bretton Woods juga telah mengundang
inflasi dunia kerana rentetatan dari itu IMF telah memperbesarkan cadangan penawaran dunia
antarabangasa dengan memperkenalkan SDR (Special Drawing Rights). Sistem IMF melemahkan halangan
imbangan pembayaran kepada inflasi lihat Yap Chan Ling (1979).
16
Gambarajah 8.1: Purata Tahunan Inflasi Mengikut Abad
Sumber: www.InflationData.com, 05 Ogos 2008
Jadual 8.2: DataTahunan Inflasi Tahun 1914-1936
YEAR
JAN
FEB
MAR
APR
MAY
JUN
JUL
AUG
SEP
OCT
NOV
DEC
AVE
1936
1.47%
0.73%
0.00%
-0.72%
-0.72%
0.73%
1.46%
2.19%
2.19%
2.19%
1.45%
1.45%
1.04%
1935
3.03%
3.01%
3.01%
3.76%
3.76%
2.24%
2.24%
2.24%
0.74%
1.48%
2.22%
2.99%
2.56%
1934
2.33%
4.72%
5.56%
5.56%
5.56%
5.51%
2.29%
1.52%
3.03%
2.27%
2.27%
1.52%
3.51%
1933
-9.79%
-9.93%
10.00%
-9.35%
-8.03%
-6.62%
-3.68%
-2.22%
-1.49%
-0.75%
0.00%
0.76%
-5.09%
10.06% 10.19% 10.26% 10.32%
10.46%
-9.93%
-9.93%
10.60%
10.67%
10.74%
10.20%
10.27%
10.30%
1932
1931
-7.02%
-7.65% -7.69%
-8.82%
-9.47%
10.12%
-9.04%
-8.48%
-9.64%
-9.70%
10.37%
-9.32%
-8.94%
1930
0.00%
-0.58% -0.59%
0.59%
-0.59%
-1.75%
-4.05%
-4.62%
-4.05%
-4.62%
-5.20%
-6.40%
-2.66%
1929
-1.16%
0.00%
-0.58%
-1.17%
-1.16%
0.00%
1.17%
1.17%
0.00%
0.58%
0.58%
0.58%
0.00%
1928
-1.14%
-1.72% -1.16%
-1.16%
-1.15%
-2.84%
-1.16%
-0.58%
0.00%
-1.15%
-0.58%
-1.16%
-1.15%
1927
-2.23%
-2.79% -2.81%
-3.35%
-2.25%
-0.56%
-1.14%
-1.15%
-1.14%
-1.14%
-2.26%
-2.26%
-1.92%
1926
3.47%
4.07%
2.89%
4.07%
2.89%
1.14%
-1.13%
-1.69%
-1.13%
-0.56%
-1.67%
-1.12%
0.94%
1925
0.00%
0.00%
1.17%
1.18%
1.76%
2.94%
3.51%
4.12%
3.51%
2.91%
4.65%
3.47%
2.44%
2.38%
1.79%
-0.58%
-0.58%
-0.58%
-0.58%
-0.58%
1924
2.98%
0.59%
0.59%
0.00%
0.00%
0.45%
17
1923
-0.59%
-0.59%
0.60%
1.20%
1.20%
1.80%
2.38%
3.01%
3.61%
3.59%
2.98%
2.37%
1.80%
1922 -11.05%
-8.15%
-8.74%
-7.73%
-5.65%
-5.11%
-5.08%
-6.21%
-5.14%
-4.57%
-3.45%
-2.31%
-6.10%
1921
-1.55%
-5.64%
-7.11% -10.84% -14.08% -15.79% -14.90% -12.81% -12.50% -12.06% -12.12% -10.82% -10.85%
1920
16.97% 20.37% 20.12%
21.56%
21.89%
23.67%
19.54%
14.69%
12.36%
9.94%
7.03%
2.65%
15.90%
1919
17.86% 14.89% 17.14%
17.61%
16.55%
14.97%
15.23%
14.94%
13.38%
13.13%
13.50%
14.55%
15.31%
1918
19.66% 17.50% 16.67%
12.70%
13.28%
13.08%
17.97%
18.46%
18.05%
18.52%
20.74%
20.44%
17.26%
1917
12.50% 15.38% 14.29%
18.87%
19.63%
20.37%
18.52%
19.27%
19.82%
19.47%
17.39%
18.10%
17.80%
1916
2.97%
4.00%
6.06%
6.00%
5.94%
6.93%
6.93%
7.92%
9.90%
10.78%
11.65%
12.62%
7.64%
1915
1.00%
1.01%
0.00%
2.04%
2.02%
2.02%
1.00%
-0.98%
-0.98%
0.99%
0.98%
1.98%
0.92%
1914
2.04%
1.02%
1.02%
0.00%
2.06%
1.02%
1.01%
3.03%
2.00%
1.00%
0.99%
1.00%
1.35%
Jadual 8.3: DataTahunan Inflasi dari Tahun 1997-2008
YEAR JAN
FEB MAR APR MAY JUN
JUL
2008 4.28% 4.03% 3.98% 3.94% 4.18% 5.02%
AUG
SEP
OCT
NOV
DEC
AVE
2007 2.08% 2.42% 2.78% 2.57% 2.69% 2.69% 2.36% 1.97% 2.76% 3.54% 4.31% 4.08% 2.85%
2006 3.99% 3.60% 3.36% 3.55% 4.17% 4.32% 4.15% 3.82% 2.06% 1.31% 1.97% 2.54% 3.24%
2005 2.97% 3.01% 3.15% 3.51% 2.80% 2.53% 3.17% 3.64% 4.69% 4.35% 3.46% 3.42% 3.39%
2004 1.93% 1.69% 1.74% 2.29% 3.05% 3.27% 2.99% 2.65% 2.54% 3.19% 3.52% 3.26% 2.68%
2003 2.60% 2.98% 3.02% 2.22% 2.06% 2.11% 2.11% 2.16% 2.32% 2.04% 1.77% 1.88% 2.27%
2002 1.14% 1.14% 1.48% 1.64% 1.18% 1.07% 1.46% 1.80% 1.51% 2.03% 2.20% 2.38% 1.59%
2001 3.73% 3.53% 2.92% 3.27% 3.62% 3.25% 2.72% 2.72% 2.65% 2.13% 1.90% 1.55% 2.83%
2000 2.74% 3.22% 3.76% 3.07% 3.19% 3.73% 3.66% 3.41% 3.45% 3.45% 3.45% 3.39% 3.38%
1999 1.67% 1.61% 1.73% 2.28% 2.09% 1.96% 2.14% 2.26% 2.63% 2.56% 2.62% 2.68% 2.19%
1998 1.57% 1.44% 1.37% 1.44% 1.69% 1.68% 1.68% 1.62% 1.49% 1.49% 1.55% 1.61% 1.55%
1997 3.04% 3.03% 2.76% 2.50% 2.23% 2.30% 2.23% 2.23% 2.15% 2.08% 1.83% 1.70% 2.34%

18
KRONOLOGI PENGGUNAAN MATAWANG
TAHUN
570-546 S.M
MATAWANG
Syiling emas dan perak
546 S.M
Syiling emas daric dan
syiling perak siglos.
406 S.M
Syiling emas dan perak
Abad ke 3 S.M
Syiling perak
Abad ke 2 S.M
Denarius perak
286 S.M
Syiling denarius emas
476 M
Syiling emas solidus
233 M
1087 M
1101 M
1640-1700
Syiling emas dan perak
Syiling emas pertama
Syiling perak pertama
Goldsmith atau sistem
tukang emas
1717-1914
Gold Standard
Kerajaan Lydia mula menempa syiling
emas dan perak
Matawang Parsi yang ditempa berbentuk
empat segi sebelum ia berubah kepada
bentuk bulat Selepas zaman Alaxender
The Great pengaruh Greek Yunani telah
mendorong masyarakat Parsi untuk
menempa matawang perak yang dikenali
sebagai drachm
Kerajaan
Greek
mula
menempa
matawang logam emas dan perak dan
telah digunakan oleh masyarakat
Marcedonia
sehingga
Babylon.
Penggunaan syiling emas dan perak ini
berterusan
sehingga
zaman
pemerintahan Alexander The Great pada
abad ke-4 S.M
Pemerintah Greek telah menggunakan
logam perak secara berleluasa dan
matawang emas tidak lagi ditempa
Rom telah memperkenlkan matawang
syiling denarius.
Syiling ini telah ditempa di Rom
sewaktu pemerintahan Julius Caesar
Syiling emas solidus yang diperkenalkan
oleh Maharaja Konstantinople telah
menjadi matawang rasmi kerajaan di
sekitar Eropah serta beberapa wilayah
lain (masyarakat Rom mengenalinya
sebagai dinarius)
Telah digunakan di Scotland
Ditempa di England
Ditempa di England
Tukang emas menjaga dan menyimpan
emas orang ramai dan ia mengeluarkan
sijil atau resit yang mewakili simpanan
emas tersebut.
Piawaian emas penuh
19
1926-1944
1944-1971
1973-2008
Gold Standard
Bretton Woods
Sistem Matawang
Terapung
Piawaian emas dengan wang kertas
KESIMPULAN
Sebagai rumusanya, sejarah penggunaan matawang dunia dapat disaksikan dengan lima
peringkat perubahan yang besar iaitu bermula dengan logam emas dan perak (570 S.M –
1700) sebagai matawang, piawaian emas penuh (1717-1914) , piawaian emas & wang
kertas dan sistem Bretton Woods (1926-1971) dan sekarang sistem apungan matawang
yang bermula tahun 1973 sehingga ke hari ini (2008).
Sejarah menjelaskan bahawa sistem matawang yang menggunakan logam emas dan perak
adalah paling lama pernah diamalkan oleh umat manusia iaitu melebuhi 2000 tahun.
Manakala sistem yang berasakan piawaian matawang pernah bertahan lebih 150 tahun.
Sepanjang tempoh ini sistem ekonomi dan kewangan dunia dalam keadaan stabil dan
tenang (Edward M Bernstein 1965).
Justeru, kajian mendapati bahawa mekanisma matawang yang digunakan mempunyai
hubungan dengan keadaan ekonomi. Dari aspek kesetabilan ekonomi boleh disimpulkan
bahawa era pengguaan matawang logam emas dan perak merupakan zaman ekonomi
paling setabil, diikuti oleh zaman penggunaan wang kertas bersandarkan emas, dan
akhirnya era penggunaan wang kertas. Implikasi penting kajian ini ialah untuk menjamin
kestabilan ekonomi dunia, manusia harus kembali kepada matawang asli emas dan perak
atau pun sekurang-kurangnya kembali kepada penggunaan matawang kertas
bersandarkan emas. Penggunaan wang kertas yang berterusan berkemungkinan besar
akan mengundang dunia kepada kemusnahan ekonomi.
RUJUKAN
Ahmed Kameel Mydin Meera (2002), The Islamic Gold Dinar. Kuala Lumpur: Pelanduk
Publications (M) Sdn Bhd.
Alaxander Del Mar (1968), A History of Money in Ancient Countries. New York: Burt
Franklin
Amat @ Anwar Haji Zainal Abidin (2002), 'Sejarah Penggunaan Matawang Dinar' dalam
Seminar Dinar Pringkat Kebangsaan, anjuran Universiti Sains Islam Malaysia,
16 Mac 2002 di Kuala Lumpur.
20
Armand Van Dormael (1978), Bretton Woods: Birth of a Monetary Sistem, London: The
Macmillan Press Ltd
Ahmad Hassan (1999), al-Awraq al-Nuqdiyyah fi al-Iqtisad al-Islami: Qimatuha wa
ahkamih. Lubnan: Dar al-Fikri.
Adel Allouche (1994), Mamluk Economics, Salt Lake City: University of Utah Press
Brendan Brown (1978), Money Hard and Soft : On The International Currency Markets,
Great Bitain: The Macmillan Press LTD, h.126.
Dennis O. Flynn and Arturo Giraldez (1997), Metals Monies in an Emerging Global
Economy. Great Britain: Variorum
Edward M. Bernstein (1965), 'Alternatives to Gold-Proposals for a News Reserve Assets'
in Gold and World Monetary Problems: National Industrial Conference Board 610, 1965.
Hakimi Ibrahim, ‘Mata wang Islam – Bila lagi?’, Utusan Malaysia, 22 Januari 1999.
Haraldur Johannson (1997), The Colmination and Collapse of The Breeton Woods
Sistem, 1959-1971 (1973), Iceland: Akrafjall
Hans F. Sennholz (1975), Gold is Money. London: Greenwood Press
Ibrahim Sallehudin, “Ekonomi Islam Piawai (Standard) Emas”, Koleksi Diskusi Isnet,
Julai 1998
Ismail Ibrahim et.al (1996), Kamus Kewangan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Hakimi Ibrahim (2004), “History of The Gold Dinar And Its Philosophy”, (Paper Work
on Gold Dinar Workshop at Universiti Kebangsaan Malaysia, July 30, 2002)
Lien Sheng Yang (1971), Money and Credit in China, Second Edition. London: Harvard
University Press.
Maqrizi, Taqi al-Din Ahmad al- (1364-1442 H)(1957), Ighathah al-‘Ummah bi Kasyfi alGhummah, Kaherah: Matba`ah Lil-Jannah
Mansor Jusoh and Hamzaid Yahya (1990), Ekonomi Kewangan Antarabangsa. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
21
Marcello de Cecco (1974), Money and Empire: The International Gold Standard, 18901914. London: Basil Blackwell
Maria Cristina Marcuzzo dan Annalisa Rosseli (1986), Ricardo and The Gold Srandard,
Joan Hall (translate), London:Macmillan Academic and Professional Ltd
Mark Duckenfield (2004), The Monetary History of Gold: A Documentary History, 16601999, London: Pickering & Chatto
Miltiades Chacholiades (1973), The Pure Theory of International Trade, London;
Chicago; Macmillan: Aldine Publication Co, h. 28
Michael Jefferson et.al (1977), A Platform Book: Inflation. London: John Calder
(Publishers) Ltd
Peter L. Bernstein (1968), Money, Banking And Gold, cet. 2, New York: Random House
Muhammad Abdul Mun'im Jammal (1997), Ensiklopedia Ekonomi Islam, Jilid 2. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Nathan Lewis (2007), Gold: The Once and Future Money. America: John Wiley & Sons,
Inc.
Othman Yong (1993), Pasaran dan Institusi Kewangan di Malaysia: Teori dan Amalan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 210
Pirre Vilar (1976), A History of Gold and Money 1450-1920, Barcelona: NLB
R.G Hawtrey, The Gold Standard in Theory and Practice (1948), 5th Edition. London:
Longmans, Green and Co.
Robert W. Boyle (1987), Gold: History and Genesis of Deposits, New York: Van
Nostrand Reinhold
Roger LeRoy Miller et al (1993), Modern Money and Banking, New York: Meggraw-Hill
Company.
Syekh Othman bin Syekh Salim, et al (2000), Kamus Dewan, edisi ketiga,
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala
Syeikh Haji Mohd Idris ‘Abd al-Ra‘uf al-Marbawi (1990), Kamus Idris al-Marbawi, juz.
1, Kuala Lumpur: Dar al-Fikir
Tamim Bayoumi, Barry Eichengreen and Mark P. Taylor (1996), Modern Perspectives
on The Gold Standard. New York: Cambridge University Press.
22
Umar Ibrahim Vadillo (2002), The Return of The Islamic Gold Dinar. South Africa:
Madinah Press
Wan Mansor Wan Mahmmod (1983), Urusniaga Pertukaran Mata wang Asing, Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka
Wicklife B. Vennard (1969), Chronological History of Money Since Babylon, Clackamas,
DR: Emossary Publications
Yap Chan Ling (1979), Te