FALSAFAH PENDIDIKAN GURU Pemikiran dan a

4) Falsafah Pendidikan Guru (FPG): Pemikiran dan amalan dalam profesion keguruan

a) Relevensi Falsafah Pendidikan Guru dengan kurikulum pendidikan guru ke arah
pembentukan pemikiran dan amalan guru Malaysia.
Falsafah pendidikan merupakan salah satu falsafah yang digariskan dalam sistem
pendidikan negara. Falsafah pendidikan merupakan suatu sistem kepercayaan, pegangan
dan prinsip yang membincangkan pelbagai hal mengenai pendidikan dan pengajaran yang
patut dijalankan di sekolah atau bilik darjah. John Dewey dalam bukunya yang bertajuk
“Democracy and Education) menyatakan bahawa falsafah pendidikan adalah mendekati
falsafah hidup yang memberatkan pendidikan. Falsafah pendidikan juga lebih
mementingkan tujuan dan matlamat pendidikan sesebuah masyarakat atau bangsa,
mementingkan peraturan, penyampaian pentaksiran dan pemandangan praktikal ilmu dan
pengalaman yang bersangkutan dengan pendidikan.
Malaysia telah mewujudkan sebuah falsafah pendidikan iaitu Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Namun, Falsafah Pendidikan Guru turut dilahirkan daripada falsafah
tersebut. Hal ini adalah untuk membantu merelisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Falsafah Pendidikan Guru (FPG) merupakan satu panduan bagi merelisasikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. FPG menyatakan bahawa:
”Guru yang berpekerti mulia, berpandangan prograsif dan saintifik, bersedia
menjumjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin
perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik,

prograsif dan berdisiplin”. Kepentingan falsafah
Namun, persoalannya kini adalah, adakah FPG releven dengan kokurikulum pendidikan
guru ke arah pembentukan dan amalan guru Malaysia? Untuk menjawab persoalan
tersebut, kita haruslah melihat kepada matlamat penubuhan Falsafah Pendidikan Guru
(FPG). Pertama sekali, FPG bermatlamat untuk membina guru yang berakhlak mulia,
berilmu kreatif dan berdaya tahan yang boleh mendidik murid-murid dengan cekap dan
berkesan. Guru-guru haruslah mempunyai sahsiah terpuji dan sentiasa menunjukkan
contoh yang terbaik kepada pelajar. Guru-guru juga haruslah mempunyai pengamalan
nilai moral yang tinggi justeru dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan. Melalui
matlamat FPG yang pertama, kita dapat melihat relevensi FPG dalam pembentukan dan
amalan perguruan di Malaysia. Setiap guru haruslah sentiasa menunjukkan sikap dan nilai
nilai yang baik kepada pelajar. Bukan hanya dengan memaparkan perkara positif, guru
juga harus mengamalkan perkara tersebut. FPG dapat menjadi garis panduan kepada
pendidik-pendidik negara dalam mencapai hasrat tersebut.
Seterusnya, Falsafah Pendidikan Guru bermatlamat untuk mengembangkan maktab
perguruan sebagai pusat rujukan dalam bidang keguruan. Maktab perguruan merupakan
salah satu institusi perguruan yang melahirkan banyak guru-guru yang cemerlang. Selain
itu, fokus utama maktab perguruan ditubuhkan adalah untuk menjadi pusat pengembangan
ilmu pendidikan. Maka, melalui FPG, maktab perguruan dapat dijadikan sebagai rujukan
utama dalam bidang pendidikan. Maktab-maktab perguruan ini juga dapat dinaiktaraf

untuk menjadi sebuah Universiti yang memfokuskan graduan guru pada tahap yang lebih
tinggi. Sebagai contoh, Maktab Perguruan Sultan Idris telah dinaiktaraf menjadi Universiti
Pendidikan Sultan Idris dimana graduan guru yang dilahirkan adalah lebih kompeten
berbanding institusi lain.
Falsafah Pendidikan Guru dapat memberi kesan kepada pendidikan guru. Pertama
sekali, guru dapat melengkapkan diri dengan pengetahuan am, pengetahuan dalam mata
pelajaran dan pengetahuan ikhtisas keguruan. Perkara ini dapat dicapai melalui matlamat
FPG yang ketiga iaitu meningkatkan pengetahuan dan kecekapan guru terlatih secara

berkesan. Matlamat ini dilaksanakan melalui latihan-latihan perguruan yang diberikan di
setiap institusi pendidikan dalam negara. Selain itu, latihan yang diberikan dapat
menyemai pemupukan amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan
pelajar.
Kesimpulannya, FPG adalah relevan untuk dilaksanakan. Hal ini kerana bagi
membentuk pemikiran guru dan amalan guru di Malaysia pada tahap tertinggi, FPG
mempunyai garisan yang jelas dalam membantuk mencapai hasrat tersebut. Oleh itu,
setiap individu yang bakal bergelar guru haruslah menghayati dan mengamalkan Falsafah
Pendidikan Guru agar kita mampu meningkatkan tahap pendidikan negara setaraf dengan
negara maju di dunia.


b)Analisis komponen Standard Guru Malaysia ke arah melahirkan guru Malaysia yang
bertaraf dunia
Standard Guru Malaysia ialah pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh
guru (Standard) dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh agensi
dan institut latihan perguruan (Keperluan). Standard Guru Malaysia digubal berdasarkan
rujukan dan penandaarasan standard pendidikan di Malaysia dan standard pendidikan di
beberapa negara maju. Terdapat dua komponen utama yang saing berkait rapat dalam
Standard Guru Malaysia iaitu Standard (S) dan Keperluan (K).
Terdapat dua komponen dalam Standard Guru Malaysia iaitu Standard (S) dan
Keperluan (K). Standard merangkumi tiga aspek iaitu
1. Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan
2. Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman
3. Standard 3: Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran.
Standard 1 ialah Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan. Standard pertama ini
digubal berlandaskan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG), Tatasusila Profesion Keguruan,
nilai murni dalam kurikulum sekolah, nilai utama dalam Perkhidmatan Awam, prinsip utama
Etika Kerja KPM dan Tonggak Dua Belas. Standard 1 mempunyai tiga domain iaitu Domain
Diri, Domain Profesion dan Domain Sosial. Domain Diri merujuk kepada pegangan nilai diri
guru yang sedia ada dan patut dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang
lebih berkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara.

Domain ini memfokuskan nilai kepercayaan kepada Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih
sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat,
semangat sukarela dan efisien.
Domain kedua dalam Standard 1 ialah Domain Profesion. Domain ini merujuk kepada
pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru dalam menjalankan tugasnya
sebagai seorang guru yang profesional. Nilai-nilai yang ditekankan dalam domain ini ialah
kecintaan terhadap profesion, berkerampilan, intergriti, teladan, mengamalkan kerja
sepasukan, proaktif, kreatif dan inovatif.
Domain seterusnya dalam Standard 1 ialah Domain Sosial. Guru berperanan sebagai
agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut
diamalkan oleh guru adalah keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat,
patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar.
Standard 2 merujuk kepada Pengetahuan dan Kefahaman. Guru yang memiliki dan
menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan profesionallisme keguruan, melaksanakan
tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan inovatif. Guru harus
menguasai bidang pengetahuan seperti teras pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran,
keperluan mata pelajaran, kandungan mata pelajaran yang diajar, kandungan ilmu
pendidikan, teknologi maklumayt dan komunikasi, media dan sumber pendidikan dalam
pelaksanaan kokurikulum, strategi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan
banyak lagi aspek lain.

Seterusnya, komponen Standard yang ketiga ialah Kemahiran Pengajaran dan
Pembelajaran. Standard ini memfokuskan kebolehan guru untuk membuat perancangan,
pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum.
Menurut Standard 3, guru harus mempunyai kemahiran menyediakan perancangan
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran dan takwimn dengan mengambil
kira perbezaan kebolehan, pengetahuan sedia ada, serta jangkaan pencapaian murid. Guru
juga harus mahir melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai
pendekatan, kaedah dan teknik serta mengintegrasikan kemahiran berfikir, kemahiran belajar,
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah cara dan kemahiran

mentaksir dan menilai. Selain itu, guru harus mempunyai kemahiran memantau, mentaksir
dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk memperbaik
pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian murid. Akhir sekali, guru harus mempunyai
kemahiran mengurus bilik darjah yang melibatkan pengurusan hubungan kemanusiaan, masa,
ruang dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna dan berkesan.
Komponen seterusnya ialah Keperluan (K). Dalam komponen keperluan, agensi dan
institusi perguruan patut menyediakan keperluan latihan dengan mengambil kira dasar
kerajaan, peruntukan kewangan, pekeliling am dan araha pentadbiran, tuntutan serta
perkembangan semasa.Terdapat lima keperluan penting latihan perguruan yang telah
dikenalpasti bagi memastikan guru mencapai tahap kompetensi iaitu;

1. Keperluan 1: Kelayakan Masuk dan Prosedur Kemasukan Program Latihan
Perguruan
2. Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian
3. Keperluan 3: Kolaborasi
4. Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostruktur
5. Keperluan 5: Jaminan kualiti
Komponen pertama dalam Keperluan ialah kelayakan masuk dan prosedur kemasukan
program latihan perguruan. Untuk memastikan permohonan yang layak sahaja ditawarkan
mengikut program latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut mematuhi
syarat dan prosedur seperti mengiklankan permohonan, menapis semua permohonan dan
memanggil calon yang layak untuk menduduki ujian kelayakan pada tahap yang ditetapkan
untuk menghadiri temu duga, melaksanakan sesi temu duga calon guru, membuat tawaran
kepada guru yang berjaya, mendaftar calon guru berpandukan buku panduan pendaftaran,
menandatangani perjanjian latihan perguruan.
Keperluan seterusnya ialah Latihan, Pentaksiran dan Penilaian. Bagi memenuhi
keperluan ini, agensi dan institut latihan perguruan patut menyediakan perkara seperti
kurikulum latihan, sumber manusia yang berkelayakan dan mencukupi, program terancang
bagi guru pelatih memperoleh pengetahuan dan pengalaman di sekolah dan sumber
pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, institut latihan perguruan harus menyediakan
pentaksiran dan penilaian berdasarkan peraturan peperiksaan dan penilaian yang sedang

berkuatkuasa.
Keperluan ketiga iaitu kolaberasi merujuk kepada permuafakatan yang diwujudkan
oleh agensi dan institut latihan perguruan seperti sekolah, institusi pengajian tinggi dan luar
negara, serta badan bukan kerajaan seperti persatuan, unit beruniform, serta sukan dan
permainan.
Keperluan yang keempat ialah Infrastruktur dan Infostruktur. Bagi menyokong
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menyeronokan,
agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan prasarana dan sumber yang lengkap
dan terkini. Contohnya, kemudahan fizikal yang sesuai dan mencukupi bagi memenuhi
keperluan dan kokurikulum dan kurikulum, pengurusan dan pentadbiran, serta kebajikan
pelajar dan staf berdasarkan spesifikasi standard dan kos yang sedang berkuatkuasa.
Infostruktur yang bersepadu juga harus disediakan untuk menyokong aktiviti pengajaran dan
pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran.
Keperluan kelima ialah jaminan kualiti. Mekanisma jaminan kualiti merupakan aspek
penting bagi memastikan latihan perguruan yang dilaksanakan kekal bermutu tinggi.
Pemantauan, penilaian dan pelaporan perlu dibuat terhadap perkara-perkara berikut bagi
menjamin kualiti latihan perguruan iaitu pemastian jaminan kualiti terhadap Standard dan
Keperluan, penandaarasan latihan perguruan dan pemastian Kod Amalan Jaminan Kualiti
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dijalankan dengan amanah.


Kesimpulannya, kedua-dua komponen ini harus dilaksana bagi melahirkan guru
Malaysia yang bertaraf dunia.

Dokumen yang terkait

Keanekaragaman Makrofauna Tanah Daerah Pertanian Apel Semi Organik dan Pertanian Apel Non Organik Kecamatan Bumiaji Kota Batu sebagai Bahan Ajar Biologi SMA

26 317 36

FREKUENSI KEMUNCULAN TOKOH KARAKTER ANTAGONIS DAN PROTAGONIS PADA SINETRON (Analisis Isi Pada Sinetron Munajah Cinta di RCTI dan Sinetron Cinta Fitri di SCTV)

27 310 2

PENGEMBANGAN TARI SEMUT BERBASIS PENDIDIKAN KARAKTER DI SD MUHAMMADIYAH 8 DAU MALANG

57 502 20

STRATEGI PEMERINTAH DAERAH DALAM MEWUJUDKAN MALANG KOTA LAYAK ANAK (MAKOLA) MELALUI PENYEDIAAN FASILITAS PENDIDIKAN

73 431 39

Analisis Sistem Pengendalian Mutu dan Perencanaan Penugasan Audit pada Kantor Akuntan Publik. (Suatu Studi Kasus pada Kantor Akuntan Publik Jamaludin, Aria, Sukimto dan Rekan)

136 695 18

DOMESTIFIKASI PEREMPUAN DALAM IKLAN Studi Semiotika pada Iklan "Mama Suka", "Mama Lemon", dan "BuKrim"

133 700 21

KONSTRUKSI MEDIA TENTANG KETERLIBATAN POLITISI PARTAI DEMOKRAT ANAS URBANINGRUM PADA KASUS KORUPSI PROYEK PEMBANGUNAN KOMPLEK OLAHRAGA DI BUKIT HAMBALANG (Analisis Wacana Koran Harian Pagi Surya edisi 9-12, 16, 18 dan 23 Februari 2013 )

64 565 20

PENERAPAN MEDIA LITERASI DI KALANGAN JURNALIS KAMPUS (Studi pada Jurnalis Unit Aktivitas Pers Kampus Mahasiswa (UKPM) Kavling 10, Koran Bestari, dan Unit Kegitan Pers Mahasiswa (UKPM) Civitas)

105 442 24

Pencerahan dan Pemberdayaan (Enlightening & Empowering)

0 64 2

KEABSAHAN STATUS PERNIKAHAN SUAMI ATAU ISTRI YANG MURTAD (Studi Komparatif Ulama Klasik dan Kontemporer)

5 102 24