Kegiatan Ekonomi di Wilayah British Born

Kegiatan Ekonomi di Wilayah British Borneo Menjelang Abad ke-19

Oleh
Nararossa Peter Ballak* & Mohd Samsudin
Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Emel :nararossapeter@gmail.com*
Abstrak
Kebanyakkan wilayah di Asia Tenggara didatangi oleh kuasa-kuasa Eropah sekitar jangkawaktu
di antara tahun 1800 sehingga 1914. Pembukaan Terusan Suez sehingga tercetusnya Perang
Dunia Pertama menyebabkan banyak perubahan yang berlaku. Sekitar 1860 sehingga 1941,
hampir keseluruhan wilayah di Asia Tenggara didominasi oleh kuasa-kuasa Eropah dengan
membawa agenda politik, ekonomi dan sosial. Di Kepulauan Borneo, persaingan di antara kuasa
Eropah berlaku dalam memperjuangkan agenda tersendiri. Seiring dengan penemuan jalan dari
Barat ke Timur, laluan perdagangan terutamanya di bahagian utara Kepulauan Borneo
mengunjur ke zon perdagangan Kepulauan Sulu serta kekayaan bahan mentah mahupun hasil
hutan menyaksikan persaingan berlaku di antara kuasa Barat untuk menguasai mana-mana
wilayah di Asia Tenggara. Kepulauan Borneo mempunyai potensi menjadi sebuah wilayah yang
penting sebagai pusat entreport di antara Selat Melaka dengan negeri China. Potensi ini telah
dijangka oleh kuasa-kuasa Eropah dengan melihat jaringan perdagangan yang dilakukan
terutamanya dengan Negara China. Oleh itu, kertas ini bertujuan untuk membincangkan

sejauhmanakah faktor ekonomi menyebabkan British bersaing dengan kuasa Eropah lain untuk
bertapak di Kepulauan Borneo menjelang abad ke-19. Persaingan kuasa telah berlaku di antara
British dengan kuasa Eropah yang lain dengan mendukung kepentingan ekonomi melalui sistem
perdagangan bebas untuk mengaut keuntungan dalam mana-mana wilayah di Kepulauan Borneo.
Hasil kajian merumuskan bahawa kuasa-kuasa Eropah Amerika, Sepanyol, Jerman, Belanda dan
British bersaing untuk memperjuangkan agenda ekonomi di Kepulauan Borneo. Persaingan
tersebut akhirnya mendapati bahawa Belanda dan British berjaya menyingkirkan kuasa-kuasa
Eropah yang lain dan bertapak di Kepulauan Borneo untuk mengaut keuntungan hasil bumi.
Belanda bertapak di Kalimantan yang digelar sebagai Dutch Borneo, manakala British bertapak
di Brunei, Borneo Utara dan Sarawak yang digelar sebagai British Borneo.

Kata kunci : Kepulauan Borneo, British Borneo, Kuasa-kuasa Eropah, Ekonomi,
persaingan kuasa, pertapakan

1

1.0 Pengenalan

Dari segi geografi, Pulau Borneo merupakan kepulauan ketiga yang terbesar di dunia.
Kedudukan geografi Pulau Borneo yang terletak di tengah rantau Asia Tenggara berhampiran

dengan Kepulauan Sulu, China, Filipina dan Hong Kong sebelah utara, Kepulauan Sulawesi di
Indonesia di sebelah selatan serta Singapura dan Tanah Melayu di sebelah barat telah menjadikan
ia kawasan yang penting dari segi perkembangan perdagangan.

Di pulau Borneo terdapat

beberapa wilayah iaitu Brunei, Sarawak, Sabah (Borneo Utara dan Labuan) dan Kalimantan.
Wilayah di Borneo dikelilingi oleh laut, teluk-teluk dan disempadani oleh selat-selat
menyediakan kawasan yang terlindung dan sesuai untuk pembangunan dan perkembangan
sesebuah pelabuhan. Keadaan geografi fizikal wilayah di Borneo didominasi oleh kawasan tanah
tinggi yang bergunung-ganang serta saliran sungai-sungai.
“ The island of Borneo extends from 7˚7’ north to 4˚12’ south latitude, and from 108˚45’ to 119˚25’ east
longitude, measuring at its extreme length nine hundred miles, at its greatest breadth seven hundred and in
circumstances three thousand. Situated in the track of the most extensive and valuable commerce,
intersected on all sides with deep and navigable rivers, indented with safe and capacious harbors,
possessing one of the richest soils on the globe, abounding in all necessaries of human life, and boasting
commercial products that have in all ages excited the avarice and stimulated the desire of mankind.”1

Dari segi persempadanan geografi, Gunung Kinabalu merupakan gunung yang tertinggi
di Asia Tenggara dengan mencatatkan ketinggian 4,095 meter dari aras laut. Manakala di

Sarawak pula, Gunung Murud merupakan yang tertinggi di Sarawak dengan ketinggian 2,438
meter dari aras laut. Dengan keadaan geografi fizikal tersebut, wilayah di Borneo sememangnya
bergunung-ganang di kawasan pedalaman hingga ke sebahagian besar kawsan pantai yang
menghasilkan ratusan sungai kecil serta beberapa batang sungai besar yang berperanan sebagai
alat komunikasi penting bagi menghubungkan kawasan pedalaman dan pesisir pantai. Di
Sarawak, Sungai Rajang merupakan sungai terpanjang iaitu 563 km manakala Sungai
Kinabatangan iaitu 560 km sebagai sungai yang terpanjang di Sabah. Pusat-pusat perdagangan
penting terletak di muara-muara sungai utama di wilayah Borneo yang menjadi tumpuan
penguasaan ekonomi misalnya pelabuhan Brunei, Santubong, Banjarmasin dan sebagainya.
Begitu juga, wilayah Borneo berpantaikan Laut China selatan di seberat barat, Laut Jawa di
1 Graham Irwin. Nineteenth-Century Borneo: A Study in Diplomatic Rivalry. Donald Moore Books : Singapore.
1955. Hlm. 1.

2

sebelah selatan, Laut Sulu di sebelah utara dan Laut Sulawesi di sebelah timur. Sifat garis pantai
yang tidak lurus telah menghasilkan telukan yang cukup dalam dan sesuai untuk mendirikan
pelabuhan. Misalnya, Teluk Brunei, Kimanis, Marudu, Gaya dan Paitan yang terdapat di Sabah.
Dalam konteks masyarakat, wilayah-wilayah di Borneo didiami oleh penduduk asal yang
terdiri daripada pelbagai etnik seperti Dayak Laut (Iban), Dayak Darat (Bidayuh), Orang Ulu,

Kedayan, Kejaman, Sekapan, Ukit, Memaloh, Murut, Dusun, Berawan, Rungus, Lun Bawang,
Selakau/Selako dan sebagainya masih tetap dengan kebudayaan asli mereka. Kehidupan pada
masa dahulu berbeza dengan sekarang kerana ada sesetengah masih tinggal di hutan dan
mengamalkan cara hidup berpindah randah mencari makanan dengan melakukan aktiviti
ekonomi seperti bercucuk tanam, menangkap ikan dan mengumpul hasil hutan. Ahli-ahli
etnologi telah membahagikan penduduk di wilayah Borneo lebih daripada 40 etnik. Sungguhpun
begitu, etnik Dayak Laut begitu terkenal dengan suasana melanun dan mengayau kerana
dianggap sebagai suatu pekerjaan pada masa dahulu.
“All the aboriginals of Borneo, whether Dyaks or not, have remained at a very primitive cultural
level. Some are nomadic forest-dwellers, living by fishing and by hunting with blow-pipe and poisoned
dart, others have learnt rudimentary methods of agriculture. A hundred years ago head-hunting was
practically universal among them, and in special circumstances is still liable to recur.”2

Keadaan tersebut menyebabkan James Brooke dan Kapten Keppel telah melakukan
ekspedisi membanteras aktiviti pelanunan di sepanjang sungai Saribas dan Batang Lupar. 3 Bukan
sahaja di Sungai Saribas dan Batang Lupar, di sekitar kawasan perairan wilayah Borneo turut
berlaku aktiviti pelanunan yang didominasi oleh puak Balingingi, Iranun dan Melayu. Ia
dianggap sebagai aktiviti ekonomi di mana mereka telah mencuri dan merompak hasil dagangan
kapal-kapal mahupun perahu-perahu yang berlayar di sekitar perairan wilayah Borneo. Namun
begitu, menjelang abad ke-20, kegiatan pelanunan telah berkurang dan perairan wilayah Borneo

lebih selamat kerana pihak-pihak Eropah yang datang berdagang di wilayah Borneo telah
membanteras kegiatan pelanunan ini.
“After several naval actions against the pirates during the 1840s and 1850s and the acquisition of Labuan,
the Borneo route became safe for the passage of commerce.”4
2 Graham Irwin. Nineteenth-Century Borneo : A Study in Diplomatic Rivalry. Donald Moore Books : Singapore.
1955. Hlm. 3.
3 Henry Keppel. The Expedition to Borneo of H.M.S Dido for The Suppression of Piracy : Volume II. Frank Cass &
Co.Ltd. London. Hlm.52.
4 L.R Wright. The Origins of British Borneo. Hong Kong University Press. Hong Kong. 1970. Hlm.5.

3

Di samping itu, dalam sejarah Borneo, wilayah di Borneo telah menerima beberapa
peresapan kebudayaan dari dunia luar. Bukti-bukti arkeologi yang dijumpai menunjukkan
bahawa berlaku peresapan kebudayaan berlaku semasa kegiatan penjajahan Hindu iaitu secara
langsung di Borneo pada abad yang awal. Misalnya, tempat pengorbanan Brahmin telah
dijumpai di Kutei yang dipercaya wujud sejak 4 masihi. Di Sambas juga menunjukkan wujudnya
pengaruh Hindu di Pantai Barat. Hal ini kerana, semasa kegemilangan Kerajaan Srivijaya di
Sumatera, Borneo Barat menjadi tumpuan oleh pedagang-pedagang yang dalam perjalanan jauh
dari India ke China. Selepas kebangkitan empayar Hindu-Jawa iaitu pada abad ke-12, Pulau

Borneo telah jatuh ke tangan Majapahit. Dengan itu, raja-raja Majapahit telah menerima ufti dari
setiap wilayah yang terdapat di pesisir pantai. Misalnya, Brunei pernah menghantar satu
mangkuk pinang muda sebagai tanda penghormatan kepada kerajaan Majapahit.
Selain itu, perhubungan perdagangan dengan Negara China telah wujud sejak awal iaitu
kira-kira abad ke-3 lagi. Penemuan arkeologi di Delta Sungai Sarawak telah mendedahkan
bahawa kawasan tersebut pernah menjadi pusat perdagangan yang berkembang maju antara
pedagang India dan China dalam jangkawaktu 500 sehingga 1400 tahun. Berdasarkan kitab
sejarah Cina yang dicatatkan dalam tahun 1407 iaitu semasa pemerintahan Dinasti Ming pernah
disebutkan bahawa dalam pelayaran Cheng Ho telah mengunjungi Brunei, Tanjungpura,
Karimata, Belitung, Jawa, Palembang, Pasai dan sebagainya. Hal ini bermakna, Kepulauan
Borneo sememangnya sudah lama terlibat dalam aktiviti perdagangan.5 Pada abad ke-14, hampir
semua bahagian pantai di Borneo adalah di bawah kekuasaan Kerajaan Majapahit. Majapahit
telah menguasai aktiviti perdagangan di Kepulauan Borneo dan menjadi sebuah kuasa yang kuat
sehingga pada abad ke-15 pemerintahan Majapahit memberi pengaruh kepada Kepulauan
Borneo.
Kesultanan Brunei telah melalui zaman kegemilangannya dari abad ke-15 sehingga abad
ke-17 yang mana mereka telah memerintah sebahagian besar utara Borneo. Kegemilangan
Kerajaan Kesultanan Brunei telah menguasai seluruh wilayah Sarawak, Borneo Utara,
5 Kepulauan Borneo turut diketahui oleh ramai pedagang misalnya pedagang Arab menyatakan bahawa Borneo
kaya dengan emas, barang kemas dan rempah. Borneo pernah menjadi sebahagian daripada taklukan empayar Sri

Vijaya yang berpusat di Sumatra sejak abad ke-12 dan telah jatuh ke tangan Majapahit yang menjalankan
pentadbiran berpusat di Jawa pada abad ke-14. Begitu juga, Borneo pernah berhubung dengan kerajaan China
semasa pemerintahan Dinasti Ming (1370 -1430) dan pada abad ke-15, Borneo di bawah kekuasaan empayar Brunei.

4

Kepulauan Sulu dan Filipina sehingga tahun 1840. Namun begitu, Kesultanan Brunei mengalami
zaman kejatuhan pada akhir tahun 1841 sehingga terpaksa menyerah sedikit demi sedikit wilayah
Sarawak khususnya kepada seorang pedagang Inggeris iaitu James Brooke pada tahun 1842. 6 Di
pulau Borneo, terdapat beberapa wilayah yang menjadi rebutan kuasa-kuasa Eropah sekitar abad
ke-18 iaitu Brunei, Sarawak, Sabah (Borneo Utara dan Labuan) dan Kalimantan. Pembahagian
kuasa telah berlaku di antara British dan Dutch yang mana British telah bertapak di tiga wilayah
iaitu Brunei, Sarawak, Sabah (Borneo Utara dan Labuan) yang dikenali sebagai British Borneo
manakala Dutch menduduki Kalimantan yang juga dikenali sebagai Dutch Borneo.
Justeru, dalam makalah ini kawasan kajian yang disentuh adalah mengenai British
Borneo yang mana mereka telah menguasai wilayah Brunei, Borneo Utara dan Sarawak. Pada
abad ke-19, British cenderung untuk melakukan perluasan kuasa atas sebab kedudukan Borneo
yang terletak di jalur perdagangan dan kawasan strategik di utara Borneo iaitu Borneo Utara.
Melalui penguasaan wilayah tersebut, para sarjana Eropah melabelkan ia sebagai British Borneo.
Sebagai kuasa Eropah yang terakhir datang ke Borneo, British terpaksa bersaing dengan Dutch

walaupun pada hakikatnya Dutch mempunyai kuasa dan pengaruh tetapi lemah dalam soal
pentadbiran. Persaingan tersebut kadangkala secara langsung tetapi kerap kali secara tidak
langsung atas dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kedua-dua kuasa ini. Keadaan ini telah
menimbulkan persoalan penting iaitu sejauhmanakah faktor ekonomi menjadi faktor dominan
yang menyebabkan British bertapak di Borneo menjelang abad ke-19 berbanding dengan kuasakuasa Eropah yang lain walaupun mereka merupakan kuasa Eropah yang lewat datang ke
Borneo.

2.0 Kegiatan ekonomi di Wilayah Borneo : Borneo Utara, Brunei dan Sarawak
Sebelum kedatangan kuasa-kuasa Eropah ke Borneo, masyarakatnya sudah menjalankan
kegiatan ekonomi. Kegiatan ekonomi tradisional yang dijalankan adalah berbentuk sara diri yang
melibatkan aktiviti bercucuk tanam, mengutip hasil hutan, menternak dan memburu binatang.
6 Brunei mulai mengalami masalah dalam pentadbiran dan melalui zaman kejatuhan setelah kuasa Sepanyol
melakukan kemusnahan di kawasan pelabuhan Brunei kerana pembesar-pembesar di Brunei berusaha untuk
mempertahankan pentadbiran mereka daripada diambil alih oleh Sepanyol. Mulai dari tahun 1645 selepas peristiwa
tersebut, kerajaan Brunei menghadapi banyak permasalahan dan hal ini telah menjejaskan pentadbiran dan hal ehwal
perdagangan di pelabuhan Brunei dengan pedagang lain.

5

Sejak abad ke-19 lagi, kegiatan ekonomi dikuasai oleh golongan bangsawan dan aristokrat

tempatan yang bukan sahaja menguasai hal ehwal pentadbiran tetapi turut menguasai kegiatan
ekonomi. Penguasaan ekonomi sebelum kedatangan kuasa-kuasa Eropah ini turut didominasi
oleh orang Cina manakala orang Dayak mahupun masyarakat peribumi lain berfungsi sebagai
pemungut hasil hutan dan terlibat dengan aktiviti pertanian yang lain. Bentuk aktiviti ekonomi
yang dilakukan adalah berbentuk sara diri dan komersial. Walaupun bersifat komersial, namun
urusan jual beli hanya dilakukan di antara daerah dan kawasan sekitarnya sahaja.7 Penggunaan
matawang masih belum diperkenalkan kepada penduduk di wilayah Borneo. Namun, selepas
kedatangan kuasa-kuasa Eropah, berlaku transformasi ekonomi dari segi peningkatan kadar
pengeluaran, peningkatan permintaan terhadap komoditi tertentu, pengenalan komoditi import
dan eksport baru, perubahan jalan perdagangan antarabangsa dan monopoli perdagangan. Hal ini
kerana, kuasa-kuasa Eropah memerlukan bahan mentah dan hasil hutan untuk dieksport ke
Eropah. Permintaan yang tinggi di Eropah menyebabkan mereka mencari kawasan dagangan
baru di Timur.
Masyarakat peribumi pula masih meneruskan kegiatan mereka walaupun kedatangan
kuasa-kuasa Eropah campurtangan dalam kegiatan ekonomi mereka. Masyarakat peribumi
misalnya Dayak terkenal sebagai pemungut hasil hutan dengan memungut hasil hutan seperti
damar, gambier, sarang burung, rotan, sisik tenggiling, cengkerang kura-kura dan sebagainya.
Hal ini kerana, masyarakat peribumi lebih arif dengan suasana di hutan dan mengetahui selok
belok hutan. Mereka dianggap penyumbang terbesar kepada hasil hutan lantas terus dikekalkan
oleh kuasa Eropah untuk bekerja sebagai pemungut hasil hutan kerana hasil hutan menjadi

komoditi eksport pada tahun 1870. Brooke menggalakan masyarakat Dayak untuk meneroka dan
mengumpul hasil hutan kerana ia berkait rapat dengan tradisi masyarakat Dayak iaitu “bejalai” di
mana mereka pergi luar daripada kampong mereka untuk mencari ilmu, kekayaan dan
pengalaman. Di Sarawak tradisi “bejalai” dilakukan oleh Saribas Dayak kerana mereka terlibat
dengan aktiviti merompak sekitar perairan Borneo yang turut menyumbang kepada
pembangunan ekonomi di Sarawak. Selain Dayak, Kayan dan Kenyah mereka terlibat dengan
kegiatan memungut hasil hutan dan kegiatan perdagangan. Kayan dan Kenyah telah didedahkan
dengan sistem kewangan seperti matawang, sistem kredit serta berhubung dengan pedagang
7 Kenneth R. Hall. A History of Early Southeast Asia : Maritime Trade and Societal Development 100 – 1500.
Rowman Wittlefield Publisher. USA. 2011. Hlm. 3.

6

daripada luar. Masyarakat Kayan dan Kenyah dilihat lebih terdedah dengan kemajuan dalam
bidang perdagangan jika dibandingkan dengan masyarakat Dayak. Seperti mana masyarakat
Bidayuh mereka agak ketinggalan daripada masyarakat peribumi yang lain kerana menerima
tekanan daripada majikan mereka iaitu masyarakat Melayu. Namun mereka tetap terlibat dalam
kegiatan ekonomi sebagai buruh lombong dan petani. Masyarakat Melanau pula terlibat dalam
perusahaan sago dan diusahakan di sepanjang sungai Igan, Oya dan Mukah.
Di Borneo Utara pula, masyarakat peribumi terlibat dalam penanaman tembakau, getah,

koko dan sebagainya. Pada lewat abad ke-19, tembakau menjadi salah satu komoditi eksport di
Sabah tetapi tidak diusahakan lagi pada abad ke-20 kerana ramai pengusaha tembakau telah
beralih arah untuk mengusahakan getah yang lebih menguntungkan. Perusahaan getah
memberikan impak terhadap masyarakat peribumi iaitu Kadazan Dusun. Mereka terlibat dengan
mengusahakan getah di kebun-kebun kecil. Kebun atau ladang getah banyak dibuka oleh syarikat
persendirian Eropah di kawasan Menggatal, Papar, Beaufort dan Tenom. 8 Selain itu, masyarakat
peribumi juga terlibat dalam kegiatan ekonomi bercucuk tanam dan menangkap ikan. Walaupun
begitu, hasil yang mereka perolehi dijual kepada pedagang-pedagang. Masyarakat Melayu pula,
mereka turut terlibat dalam aktiviti ekonomi seperti menanam padi, getah, koko, gambier dan
sebagainya. Bagi yang mempunyai kedudukan yang tinggi, mereka dilantik memegang jawatan
sebagai pemungut cukai, penghulu, ketua kampong.
Bagi masyarakat Cina, mereka terlibat dalam urusan jual beli, sistem kredit, perbankan
dan menjadi orang perantaraan dalam sistem jual beli. Segala urusan perdagangan dengan
pedagang daripada luar diuruskan oleh orang Cina. Di samping itu, mereka banyak terlibat
melakukan perdagangan di pelabuhan-pelabuhan seperti di pelabuhan Brunei, Kuching dan
sebagainya.9 Oleh kerana mereka banyak terlibat dalam perdagangan di pelabuhan dengan
menguruskan kegiatan import dan eksport, kuasa-kuasa Eropah tertarik untuk melakukan urusan
jual beli dengan mereka. Masyarakat Cina merupakan penyumbang kepada perkembangan
ekonomi di Sarawak melalui sistem cukai semasa zaman Brooke kerana mereka tidak mendapat
hak keistimewaan seperti masyarakat peribumi. Sebagai contoh, mereka menguruskan hal ehwal
proses eksport sago di pelabuhan Kuching yang dihantar ke Singapore. Di Brunei, kuasa Eropah
8 D.S Ranjit Singh. The Making of Sabah 1865 – 1941 : The Dynamics of Indigenous Society. University Malaya
Press. Kuala Lumpur. 1991. Hlm. 240.
9 Bilcher Bala. Thalassocracy : A History of The Medieval Sultanate of Brunei Darussalam. Percetakan CCS
Sdn.Bhd. School of Social Sciences Universiti Malaysia Sabah, Sabah. 2005. Hlm. 105.

7

seperti Sepanyol pula datang ke pelabuhan Brunei kerana tertarik untuk melakukan perdagangan
dengan pedagang Cina yang ada di pelabuhan tersebut. Hal ini kerana, pedagang-pedagang Cina
mempunyai pengalaman dan kecekapan untuk menguruskan hal ehwal perdagangan berbanding
dengan masyarakat lain. Selepas kedatangan kuasa-kuasa Eropah ke wilayah di Borneo, kegiatan
ekonomi telah berubah. Perubahan tersebut menyebabkan munculnya kegiatan ekonomi bersifat
komersial. Hal ini kerana, kuasa-kuasa Eropah ini memperkenalkan beberapa tanaman komersial
seperti getah, tembakau, koko, kopi dan sebagainya untuk dikomersialkan dan dieksport ke
Eropah.10 Sebagai contoh tanaman getah sesuai ditanam di wilayah Borneo seperti di Sarawak
dan Borneo Utara kerana tanah dan iklim yang sesuai. Pengenalan tanaman komersial seperti
getah ini berkait rapat dengan perkembangan revolusi perindustrian yang berlaku di Eropah
menjelang abad ke-19. Kuasa-kuasa Eropah terpaksa bersaing kerana kualiti getah yang terdapat
di Eropah telah jatuh merosot dan menyebabkan mereka berlumba-lumba untuk mendapatkan
bekalan bahan mentah terutamanya getah kerana mendapat permintaan yang tinggi di Eropah.
Melalui syarikat dagangan mahupun persendirian, mereka berusaha untuk mendapatkan
tanah daripada masyarakat peribumi untuk mengusahakan tanaman-tanaman komersial.
Misalnya, Jerman pernah berhasrat untuk membuka ladang tembakau di Sandakan manakala
Dent-von Overback melalui syarikat perdagangan persendirian daripada Amerika mengusahakan
tanaman kopi di Kimanis tetapi tidak berjaya. Hasrat Jerman untuk mewujudkan peluang
ekonomi di Borneo Utara telah mencabar kedudukan British di Borneo Utara kerana Jerman
mempunyai kelebihan dari segi teknologi perkapalan dan pelayaran sehingga mereka mampu
belayar dan menguasai ekonomi Afrika Selatan. Begitu juga, dalam tahun 1836, sekumpulan
ahli perniagaan Amerika di negeri China memutuskan untuk membuka hubungan perdagangan
yang tetap dengan Borneo dengan harapan untuk mendapatkan lada hitam, kopi dan sebagainya.
Sebagai kuasa Eropah yang berjaya bertapak di wilayah Borneo, British menggalakkan
perusahaan tanaman komersial ini dilakukan oleh masyarakat peribumi.
Bagi memastikan kedudukan British tidak tergugat di Borneo, British terpaksa menguasai
wilayah-wilayah di Borneo secara berperingkat dengan menguasai Brunei, Borneo Utara dan
Labuan serta Sarawak. Langkah ini dilakukan untuk mengelakkan pengaruh Jerman bertapak di
10 Owen Rutter. British North Borneo: An Account of Its History, Resources and Natives Tribe. Opus Publication.
Kota Kinabalu. 2008. Hlm. 75.

8

wilayah di Borneo. Dengan pelaksanaan langkah tersebut, Jerman tidak berjaya meluaskan
pengaruhnya di Borneo. Walaupun dilihat sebagai satu kejayaan kepada British, namun British
harus berdepan dan bersaing dengan Dutch. Pada awal persaingan, Dutch dapat dilihat sebagai
kuasa yang berpengaruh kerana mereka berjaya menduduki Kalimantan dengan menubuhkan loji
loji perdagangan di Banjarmasin, Kutai dan sebagainya 11. Pengaruh kekuasaan Dutch
sememangnya bermula dengan lebih awal berbanding dengan British. Namun, kedatangan
British pada abad ke-16 dan seterusnya memulakan perluasan kuasa sekitar abad ke-19 telah
menggugat kepentingan ekonomi Dutch yang ingin memonopoli perdagangan lada.12

3.0 Faktor Ekonomi
Ekonomi merupakan faktor yang dominan yang menyebabkan persaingan dalam kalangan kuasakuasa Eropah untuk bertapak di wilayah Borneo. Pada abad ke-18, kuasa-kuasa Eropah ini mulai
melihat kepentingan Borneo dalam arus perdagangan dunia. Kepentingan dari aspek ekonomi
menuntut kuasa-kuasa Eropah ini bersaing untuk mendapatkan Borneo. Jalinan perdagangan di
antara Borneo dengan pendukung ekonomi yang lain seperti Kepulauan Sulu, Kepulauan Jolo,
Sulawesi dan sekitar perairan Borneo menyebabkan kerancakan hubungan perdagangan
berlaku.13 Zon perdagangan tersebut menjadi kawasan tumpuan perdagangan di Asia Tenggara
sekitar lewat abad ke-18 dan 19 yang menjadi pusat perdagangan yang memperdagangkan segala
jenis hasil dagangan. Tambahan lagi, setiap tahun zon perdagangan ini menerima kunjungan
daripada jong-jong pedagang Cina dan perahu-perahu Bugis serta pedagang-pedagang luar yang
memerlukan bahan dagangan yang terdapat di pelabuhan tersebut. Justeru, penguasaan jalan
perdagangan, penemuan sumber mineral, pengenalan tanaman bersifat komersial dan
pengumpulan hasil hutan menyebabkan British menaungi wilayah Borneo pada abad ke-19 untuk
mengekalkan momentum perdagangan di Asia Tenggara lantas mengelakkan pengaruh kuasa
Eropah lain bertapak di wilayah British Borneo.

11 J Thomas Lindbald. Between Dayak and Dutch : The Economic History of Southeast Kalimantan 1880 – 1942.
Foris Publication. Netherlands. 1988. Hlm.58.
12 K.N Chaudhuri. The Trading World of Asia and The English East India Company 1660 – 1760. Cambridge
University Press. London. 1978. Hlm.313.
13 James Francis Warren. The Global Economy and The Sulu Zone : Connections, Comodities and Culture. UU
University Press. Amsterdam. 2000. Hlm. 21.

9

3.1 Penguasaan Jalan Perdagangan
Seawal abad ke-3, Asia Tenggara merupakan sebahagian daripada laluan maritim yang
menghubungkan Timur dan Barat.14 Rantau Asia Tenggara memainkan peranan penting sebagai
penghubung kegiatan perdagangan di antara Barat dan China yang memendekkan jarak
perjalanan dari Barat ke Timur. Begitu juga, kedudukan Pulau Borneo terletak di tengah-tengah
rantau Asia Tenggara menyebabkan ia dikunjungi oleh pedagang luar terutamanya dari China,
Arab, Eropah dan sebagainya. Proses perlumbaan kuasa-kuasa Eropah di Kepulauan Borneo
bermula sekitar abad ke-16 apabila kedatangan kuasa Portugis dan Sepanyol berlabuh di
pelabuhan Brunei yang menyebabkan perubahan dalam jalinan perdagangan di wilayah Borneo.
Selepas tahun 1860, gerakan perluasan dan persaingan kuasa di antara kuasa Eropah
berlaku untuk mendominasi jalan perdagangan yang menghubungkan Singapore dan China. Hal
ini kerana, British perlu menjaga dan mempertahankan perdagangan Asian Trade.15 Salah satu
sebab mengapa British bertindak dengan agresif adalah perubahan polisi yang mana sebelum ini
menekankan faktor ekonomi yang kini turut menekankan faktor politik. British menerima
galakan daripada syarikat-syarikat perdagangan, pedagang-pedagang kerana khuatir bahawa
terdapat persaingan daripada kuasa-kuasa Eropah yang lain terutamanya di utara Borneo
seterusnya menggugat aktiviti perdagangan yang diusahakan oleh British. Begitu juga, salah satu
kuasa yang turut menggugat kedudukan British adalah Jerman di mana Jerman mempunyai
hasrat untuk menduduki Borneo Utara. Jerman ingin membiayai segala perbelanjaan wilayah
Borneo Utara yang diletakkan di bawah Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBUB). Selain
Jerman, Sepanyol turut menggugat kedudukan British di Borneo Utara berikutan dengan
pendudukan Sepanyol di Kepulauan Sulu.16 Keadaan ini memaksa British untuk menaungi tiga
wilayah di Borneo iaitu Sarawak dan Brunei di bawah perjanjian perlindungan 1888 manakala
Borneo Utara diletakkan di bawah pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBUB) pada

14 Bilcher Bala. Thalassocracy : A History of The Medieval Sultanate of Brunei Darussalam. Percetakan CCS
Sdn.Bhd. School of Social Sciences Universiti Malaysia Sabah, Sabah. 2005. Hlm.97.
15 James Francis Warren. The Global Economy and The Sulu Zone : Connections, Comodities and Culture. UU
University Press. Amsterdam. 2000. Hlm. 18.
16 L.R Wright. The Origins of British Borneo. Hong Kong University Press. Hong Kong. 1970. Hlm.171.

10

tahun 1881.17 Dengan menerapkan polisi tersebut, British meluaskan kuasa hegemoni tanpa
campurtangan kuasa Eropah yang lain di wilayah British Borneo.
Selain itu, peningkatan nilai perdagangan antara China dan British semakin meningkat
dalam pertengahan abad ke-19. Hal ini menunjukkan bahawa, jalan perdagangan yang
menghubung British di Borneo dan China sangat penting bagi memastikan kegiatan perdagangan
berjalan dengan lancar samada dengan China dan pelabuhan-pelabuhan yang lain. Tambahan
lagi, perkara utama yang seringkali mencabar bagi British adalah mengawal laluan perdagangan
tersebut daripada serangan lanun dan musuh semasa peperangan berlaku. Dengan memastikan
kegiatan ekonomi berjalan dengan lancar British perlu mengambil kira aktiviti yang dilakukan
oleh kuasa-kuasa Eropah yang lain sekitar perairan Borneo dan keselamatan jalan perdagangan
yang didominasi oleh mereka.
Kerancakkan kegiatan ekonomi yang berlaku pada lewat abad ke-18 sehingga 19
menyebabkan kuasa-kuasa Eropah bersaing untuk mendapatkan hasil bahan mentah dan hasil
hutan yang terdapat di wilayah Borneo. Kewujudan beberapa pelabuhan yang berstatus entreport
seperti Brunei, Kuching, Jesselton dan sebagainya menyebabkan banyak kapal dagangan,
syarikat perdagangan mahupun pedagang-pedagang Eropah serta sekitar Borneo yang datang
berkunjung untuk berdagang di pelabuhan tersebut.18 Hal ini kerana, pelabuhan-pelabuhan di
wilayah Borneo memperdagangkan hasil seperti sago, lada, rempah, camphor, gutta percha,
getah, sarang burung dan sebagainya. Dengan adanya komoditi seperti ini, kuasa-kuasa Eropah
bersaing mendapatkan bahan-bahan tersebut.
Dengan kedudukan pulau Borneo yang terletak di jalur perdagangan Asia Tenggara
menyebabkan ia dilalui oleh banyak kapal dagang yang terdiri daripada syarikat persendirian,
pedagang-pedagang asing dan daripada kepulauan Melayu. Seawal abad ke-19, jumlah
kedatangan pedagang daripada Eropah, Cina dan sekitar wilayah Asia Tenggara meningkat
daripada sebelumnya. Tuntutan kepada hasil bahan mentah, hasil laut dan hasil hutan
menyebabkan mereka datang berkunjung ke pulau Borneo. Tambahan lagi, hubungan
perdagangan di antara China dengan Borneo mahupun Sulu dan Jolo telah lama berlaku sebelum
17 D.R SarDesai. British Trade and Expansion in Southeast Asia 1830 – 1914. Allied Publishers Private Limited.
India. 1977. Hlm.4.
18 Hanisah Idris. Perkembangan Perdagangan, Perkapalan, dan Pelabuhan di British Borneo 1800 – 1963. Thesis
PHD. Jabatan Pengajian Asia Tenggara. Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Universiti Malaya. Kuala Lumpur.2004.

11

abad ke-18 untuk mendapatkan hasil dagangan seperti camphor, trepang, mutiara, agar-agar,
cangkerang kura-kura, sarang burung dan sebagainya. Barang dagangan tersebut mendapat
permintaan yang tinggi di China dan boleh didapati dalam perjalanan mereka melalui Labuan,
Brunei dan Singapore. Manakala, pedagang daripada China membawa barang dagangan seperti
tekstil, tembikar, gangsa, pakaian dan sebagainya.
Dalam melihat

kepada penguasaan jalan perdagangan, kuasa Eropah yang bersaing adalah

adalah Portugis, Dutch, Sepanyol dan British. Kedatangan country trader ini memberi kesan
kepada hubungan perdagangan di antara Brunei dan China. Hal ini kerana, perdagangan dengan
China menarik perhatian pedagang-pedagang Eropah. Bagi pedagang Eropah, amat penting bagi
mereka untuk menguasai jalan perdagangan yang terletak di sepanjang perairan Borneo dan
Sulu. Dengan menguasai jalan perdagangan tersebut, mereka dapat memonopoli perdagangan
dan menjadi kuasa yang dominan dalam aktiviti perdagangan tersebut. Kuasa Eropah yang
menonjol pada abad ke-19 adalah British yang mana mereka telah datang ke Asia Tenggara
dengan menguasai Burma Tengah, Tanah Melayu, Brunei, Borneo Utara dan Labuan serta
Sarawak.19 Dengan memonopoli jalan perdagangan tersebut, ia menjadikan British sebuah entiti
ekonomi yang kuat sehingga mampu menyingkirkan kuasa-kuasa Eropah yang lain.

3.2 Pengenalan Tanaman Bersifat Komersial
Asas utama dalam polisi British dalam abad ke-19 adalah ekonomi yang berpaksikan
perdagangan dengan China dan keselamatan jalan perdagangan yang akhirnya membentuk
hubungan perdagangan di rantau Asia Tenggara. Walau bagaimanapun, British turut menghadapi
masalah di mana mereka ingin mendapatkan kedudukan yang strategik untuk membina sebuah
pengkalan tentera dan pelabuhan entreport yang mampu mengawal jalan perdagangan melalui
Lautan Hindi, selat Melaka dan Laut China Selatan. Pengawalan jalan perdagangan melalui
Lautan Hindi, Singapore dan China terutama semasa peperangan telah mendapat perhatian utama
oleh British kerana mereka khuatir bahawa kuasa Eropah lain akan menggugat kedudukan
ekonomi mereka di Asia Tenggara.

19 D.R SarDesai. British Trade and Expansion in Southeast Asia 1830 – 1914. Allied Publishers Private Limited.
India. 1977. Hlm.2.

12

Dengan berpaksikan polisi ekonomi yang diterapkan oleh kerajaan, British berupaya
mengawal laluan perdagangan tersebut walaupun seringkali diserang oleh lanun-lanun di
perairan Borneo. Bagi British, serangan lanun dan musuh merupakan cabaran yang harus
dihapuskan oleh mereka untuk memonopoli perdagangan di Borneo. Semasa datang ke Borneo,
perkara utama yang mereka lakukan adalah membolot hasil bahan komoditi yang terdapat di
Borneo. Bahan-bahan komiditi telah menjadi perebutan dalam kalangan kuasa-kuasa Eropah.
Meneliti dua buah wilayah terbesar di British Borneo adalah Borneo Utara dan Sarawak kaya
dengan sumber ekonomi. Hal ini kerana seawal abad 1820-an, Sarawak merupakan pengeksport
utama emas, antimoni, sago manakala Borneo Utara menjadi pengeluar hasil hutan seperti kapur
barus, lilin lebah, sarang burung, mutiara dan sirip ikan yu. 20 Oleh itu, amat perlu bagi British
mengambil peluang ekonomi yang terdapat di dua buah wilayah tersebut dengan menaungi
wilayah tersebut.
Kegiatan pertanian merupakan pekerjaan utama masyarakat peribumi sejak zaman
lampau. Penanaman padi misalnya merupakan salah satu tanaman yang telah diusahakan oleh
penduduk.21 Semasa kedatangan British ke wilayah Borneo, perusahaan padi menjadi semakin
penting kerana ia turut menjadi komoditi eksport ke luar Negara. Walaupun penanaman padi
bukan menjadi penyumbang kepada ekonomi British Borneo, tetapi penting untuk keperluan
penduduk tempatan. Hal ini kerana, wilayah British Borneo terpaksa mengimport padi daripada
luar Negara kerana ramai pengusaha padi beralih arah untuk mengusahakan perusahaan yang
lebih menguntungkan. Kesannya, banyak kawasan sawah padi telah ditinggalkan oleh mereka.
Di samping itu, pengusaha Cina di wilayah Borneo tidak melibatkan diri dalam
perusahaan padi kerana mereka lebih berminat untuk menanam getah, lada, kelapa atau kayu,
minyak dan perusahaan yang mendatangkan keuntungan kepada mereka. Walaupun
pembangunan ekonomi di wilayah British Borneo bergantung kepada keuntungan hasil daripada
perusahaan getah, kayu balak, copra, namun baru-baru ini, minyak dan padi telah mendapat
permintaan yang tinggi. Misalnya, di Sarawak seluas 82,000 ekar untuk penanaman padi. Lokasi
penanaman padi adalah di kawasan yang berpaya dan berdekatan dengan sungai untuk
mendapatkan bekalan air. Pengeluaran padi dan kualitinya bergantung kepada keadaan cuaca dan
20 Hanisah Idris. Perkembangan Perdagangan, Perkapalan, dan Pelabuhan di British Borneo 1800 – 1963. Thesis
PHD. Jabatan Pengajian Asia Tenggara. Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Universiti Malaya. Kuala Lumpur.2004.
21 The Sarawak Gazette. The Residents Monthly Report. 1896 – 1900.

13

penjagaan padi tersebut.22 Di Brunei pula, kebanyakkan padi ditanam berdekatan dengan daerah
Tutong yang terletak berhampiran dengan sungai. Jenis padi yang ditanam di Brunei adalah
hampir sama dengan di Sarawak. Manakala di Sabah pula, seluas 46,000 ekar padi sawah
ditanam di kawasan rendah yang terletak di Sandakan. Kebanyakan 85% pengusaha padi di
Sabah mengusahakan padi sawah. Begitu juga, padi bukit turut diusahakan oleh penduduk
peribumi di Sarawak terutamanya di bahagian pertama, kedua dan ketiga Sarawak. Manakala di
Brunei, ia banyak ditanam berbanding dengan padi sawah. Seterusnya di Sabah, padi bukit
diusahakan di Kota Belud, Ranau, Pensiangan dan Kudat. Oleh kerana padi bukit ditanam
kebanyakan di kawasan pedalaman maka keluasan dan pengeluaran padi tidak dapat dianggarkan
dalam jumlah yang betul. Justeru, jika dikaji dalam ketiga-tiga wilayah ini, kegiatan perusahaan
padi ini diusahakan oleh penduduk peribumi. Hal ini kerana, perusahaan padi sememangnya
sudah sebati dengan kehidupan mereka. Kegiatan perusahaan padi telah menjadi pekerjaan
mereka sebelum kedatangan British lagi.
Selain itu, tanaman getah merupakan tanaman penting yang dieksport ke luar Negara.
Permintaan terhadap getah di Eropah sangat tinggi kerana keperluan revolusi perindustrian. Bagi
penanaman getah, seluas 507, 000 ekar tanah digunakan untuk penanaman getah iaitu seluas
300,000 ekar di Sarawak, 173,000 di Sabah manakala seluas 34,000 ekar di Brunei. 23 Di
Sarawak, 95% getah diusahakan oleh orang persendirian yang kebanyakannya terdapat di
bahagian pertama dan kedua Sarawak. Seterusnya di Sabah, penanaman getah banyak dilakukan
di barat Sabah iaitu kira-kira 75% di mana ladang-ladang terletak di Sandakan dan Tawau di
sebelah timur. Penanaman getah ini telah didominasi oleh orang Cina dan Jawa serta hanya
sebilangan kecil peribumi Sabah dan Sarawak yang terlibat.
Di samping getah, tanaman lada turut mendatangkan pulangan ekonomi yang lumayan.
Lada antara tanaman yang sudah lama diusahakan dan mendapat permintaan tinggi di wilayah
Borneo seawal abad ke-16. Hal ini berikutan dengan kedatangan pedagang Cina berdagang di
pelabuhan Brunei pada tahun 1521 yang merupakan pengusaha tanaman lada. Begitu juga, dalam
tahun 1774, telah dicatatkan bahawa sebanyak 240 tan dikeluarkan dalam setahun oleh
pelabuhan Brunei. Walau bagaimanapun kedatangan East India Company dan kuasa Eropah lain
22 Ooi Keat Gin. Of Free Trade and Native Interests: The Brooke and The Economic Development 1841 – 1941.
Oxford University Press. 1997. Hlm. 96.
23 Y.L.Lee. The Development of Resources in British Borneo and its Impact on Settlement. Sarawak Museum
Journal. Vol.10 : 563 – 589.

14

di perairan Borneo telah menamatkan perdagangan Cina dan meninggalkan kebun lada yang
telah diusahakan. Menjelang 1809, perdagangan lada tidak begitu mendapat sambutan kerana
kebanyakkan pengusaha Cina telah balik ke Negara China dan hanya segelintir penduduk
peribumi di Kimanis, Papar dan Bundu di Sabah yang mempunyai pengetahuan menanam lada
terus mengusahakan tanaman tersebut.24 Itupun semasa jangkawaktu itu, hasil tanaman adalah
sedikit iaitu kira-kira 3,500 tan setahun. Sehingga pada suatu ketika iaitu dalam jangkawaktu
1878 – 1879, British Borneo Exploration Company mengambil alih perusahaan lada tersebut.
Manakala di Sarawak, Brooke berusaha untuk menguruskan pentadbiran dengan lebih
cekap kerana kedudukan ekonomi Sarawak berada pada tahap yang tidak stabil. Brooke telah
merangka pelan strategi untuk menarik minat orang Cina untuk mengusahakan lada di Sarawak
walaupun pada asalnya orang Cina terlibat dalam perlombongan emas dengan Dutch Borneo.
Brooke akhirnya berjaya menarik minat orang Cina dengan membuka ladang lada di Engkelili
dan Sarikei (Rajang) dan menjadikan ia sebagai pusat perusahaan lada. Maka, industri lada
berkembang dan menjadi salah satu komoditi eksport yang penting sehingga tercetusnya Perang
Dunia Kedua.25 Walaupun lada telah menjadi komoditi eksport yang penting, komoditi ini
mengalami persaingan dengan getah. Semasa pendudukan Jepun, perusahaan lada telah terhenti
dan industri ini tidak berkembang. Namun, usaha untuk mengembalikan semula perusahaan lada
tetap dilakukan setelah pendudukan Jepun tamat yang mana pengusaha telah mengusahakan
ladang lada di sekitar bahagian pertama dan kedua Sarawak.
Di samping itu, tanaman kelapa turut diusahakan semasa kedatangan British ke wilayah
Borneo.26 Pada peringkat awal, tanaman kelapa tidak begitu penting kerana ia hanya diusahakan
untuk kegunaan tempatan, tetapi sebahagian besar hasilnya telah dieksport ke luar Negara.
Sarawak dan Brunei menjadi pengeluar kepada perdagangan eksport. Jumlah eksport oleh Brunei
dan Sarawak adalah kira – kira $54, 694. Di Sarawak, seluas 25,000 hingga 50,000 ekar tanah di
sekitar bahagian pertama Sarawak digunakan untuk perusahaan kelapa. Namun, perusahaan
kelapa tetap menjadi produk tempatan yang mendapat permintaan tinggi daripada penduduk
tempatan. Di Sabah, walau bagaimanapun tanaman kelapa merupakan perusahaan yang penting
24 Owen Rutter. British North Borneo : An Account of Its History, Resources and Natives Tribe. Opus Publication.
Kota Kinabalu. 2008. Hlm. 86.
25 Ooi Keat Gin. Of Free Trade and Native Interests: The Brooke and The Economic Development 1841 – 1941.
Oxford University Press. 1997. Hlm. 78.
26 Sarawak Gazette, 1 Februari 1926.

15

selain daripada getah dan kayu balak. Industri kelapa banyak diusahakan di timur Sabah
terutamanya di Sandakan, Lahad Datu dan Tawau. Kebanyakkan pengusaha ini adalah pekebun
kecil dan terdapat kilang beroperasi di Lahad Datu dan Tawau. Selain diusahakan dalam kuantiti
yang sedikit oleh penduduk peribumi, tanaman kelapa turut diusahakan oleh orang Cina. Seluas
50,650 ekar tanah digunakan untuk penanaman kelapa oleh orang Cina. Justeru, tanaman seperti
getah, lada, padi, kelapa telah ditanam dan diusahakan untuk tujuan komersial. Perusahaan
tanaman seperti lada, padi dan kelapa sememangnya sudah diusahakan oleh masyarakat peribumi
sebelum kedatangan kuasa Eropah lagi. Tetapi, perusahaan tersebut tidak diusahakan secara
besar-besaran seperti mana selepas kedatangan British. Berlainan dengan getah, tanaman tersebut
diperkenalkan oleh British untuk dikomersialkan dan dieksport ke luar Negara.

3.3 Pengumpulan Hasil Hutan
Wilayah British Borneo sememangnya kaya dengan pelbagai hasil hutan. Hasil hutan ini
diusahakan oleh penduduk peribumi yang arif dengan selok belok hutan tebal. Di wilayah
Borneo, terdapat pelbagai hasil hutan yang menjadi komoditi eksport iaitu kayu balak. Kayu
balak menjadi komoditi eksport yang penting di Sarawak dan Sabah. 27 Dalam industri kayu ini,
seramai 9,300 pekerja di Sabah manakala 3,500 di Sarawak untuk mengusahakan industri kayu
balak. Manakala di Brunei, permintaan untuk kayu balak juga tinggi dan menyebabkan mereka
terpaksa mengimport daripada Sarawak. Di Sarawak, industri kayu balak bermula lebih awal
daripada di Sabah dan bertumpu di kawasan hutan berpaya yang terletak di sepanjang tepian
sungai kawasan di mana pokok ramin tumbuh. Dalam industri kayu di Sarawak, pengusaha lebih
menumpukan pencarian pokok ramin kerana lebih senang untuk dipotong dan kebanyakkan
pokok ini terletak di kawasan delta Sungai Rajang.
Selain di Sarawak, Borneo Utara merupakan pengeluar terbesar kayu balak semasa
pentadbiran SBUB. Apabila industri tembakau mengalami kemerosotan lewat abad ke-19,
industri kayu mulai diusahakan dan menjadi salah satu komoditi eksport yang mendapat
permintaan tinggi. Industri kayu diusahakan di kawasan Sandakan, Lahad Datu dan Tawau.
Industri kayu ini bermula dalam tahun 1885 apabila Australia yang mempunyai 100,000 ekar
27 Owen Rutter. British North Borneo : An Account of Its History, Resources and Natives Tribe. Opus Publication.
Kota Kinabalu. 2008. Hlm. 91.

16

tanah berhampiran dengan Sandakan ingin mengusahakan gula tetapi akhirnya mengusahakan
kayu balak. Sejak dari itu, industri kayu menjadi industri yang dominan di Sabah. Begitu juga,
sejak 1959, jumlah eksport kayu balak melebihi getah dan kekayaan industri ini menjadikan
Sandakan salah satu pengeluar hasil kayu balak yang terbesar di dunia pada abad ke-20. Jika di
Sarawak, fenomena ekonominya berbeza kerana komoditi eksport seperti minyak, lada, sago dan
hasil hutan yang lain sememangnya melebihi daripada jumlah eksport kayu balak. Semasa
Perang Dunia Kedua, hasil keluaran kayu balak menurun disebabkan oleh peperangan yang turut
memusnahkan sebilangan kawasan hutan. Namun, selepas perang, keadaan menjadi stabil dan
pengeluaran kayu balak dapat diteruskan. Hal ini kerana, kebanyakkan pengusaha dan pekerja di
kem kayu terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran yang rata-ratanya daripada Dayak
Kalimantan dan Filipina. Industri kayu ini turut menyebabkan kawasan-kawasan hutan tebal
diterokai untuk mendapatkan kayu yang bermutu. Hal ini turut memberikan kesan kepada
perubahan landskap dan ekosistem kerana banyak kawasan hutan telah diterokai.
Seterusnya, gambier turut menjadi salah satu komoditi eksport terpenting di Sarawak.
Sekitar tahun 1900, gambier telah mendapat permintaan tinggi daripada pedagang kerana ia
digunakan sebagai bahan perencah dalam makanan oleh orang Cina.28 Selain gambier,
penanaman pokok Tapang dan rotan oleh orang Dayak turut menjadi komoditi eksport yang
digunakan dalam pembuatan perabot, rumah dan sebagainya. Madu lebah salah satu komoditi di
Sarawak turut mendapat permintaan tinggi sejak 1857 dan dipasarkan ke pelabuhan Singapore.
Selain madu, camphor juga merupakan komoditi eksport yang penting di wilayah Borneo. Turut
diakui bahawa camphor daripada Borneo merupakan camphor yang terbaik di dunia. Sago yang
merupakan tanaman tradisional masyarakat peribumi turut menjadi komoditi eksport di Sarawak.
Sago dieksport sebagai pengganti makanan untuk beras terutamanya untuk golongan bawahan di
kepulauan timur. Sago telah menjadi permintaan daripada Cochin-China, Java, Sumatra dan
pulau-pulau kecil di Hindia Timur Belanda. Dalam pada itu, pembukaan Singapore dalam tahun
1819 telah menjadikan sago salah satu bahan komoditi yang penting di pelabuhannya. Sejak
1820, sago telah menjadi komoditi yang mendapat permintaan tinggi daripada Eropah dan
Amerika untuk digunakan dalam industri tekstil.29
28 Henry Carpenter Longhurst. The Borneo Story : The History of the First 100 years of Trading in Far East by The
Borneo Company Limited. Neame Publication. London. 1956. Hlm. 57.
29 Ooi Keat Gin. Of Free Trade and Native Interests: The Brooke and The Economic Development 1841 – 1941.
Oxford University Press. 1997. Hlm. 85.

17

3.4 Penemuan Sumber Bahan Mentah
Hasil bahan mentah memainkan peranan penting dalam sejarah ekonomi dan pembangunan
wilayah British Borneo. Wilayah Sarawak dan Brunei mempunyai kelebihan kerana terdapatnya
bahan mentah iaitu emas dan minyak yang telah diterokai oleh British. Dengan mempunyai hasil
bahan mentah telah memberi keuntungan ekonomi yang menyebabkan perubahan dalam sektor
ekonomi dan landskap. Penemuan hasil bahan mentah seperti emas, antimoni, dan merkuri telah
ditemui di kawasan Bau telah memberikan impak dalam sejarah ekonomi di Sarawak. 30 Hasil
bahan mentah ini dihantar ke Singapore dengan perahu penduduk peribumi kerana pada ketika
itu masih tiada pengangkutan seperti kapal untuk mengangkut hasil bahan mentah.
Penemuan hasil bahan mentah di Sarawak menyebabkan British menaungi wilayah
Borneo kerana dikhuatiri kuasa-kuasa Eropah lain akan menduduki wilayah Borneo. British
dengan agresifnya memulakan langkah dan menyingkirkan kuasa Eropah yang lain seterusnya
menaungi wilayah di Borneo. Walaupun berjaya menakluki Sarawak, Brooke terpaksa
berhadapan dengan pemberontakkan yang dilakukan oleh penduduk Dayak Darat atau Bidayuh
yang bekerja sebagai buruh di lombong antimoni di Bau. 31 Bagi menyelesaikan pemberontakkan
tersebut, Pangeran Muda Hasyim meminta bantuan daripada Brooke dan akhirnya
pemberontakkan berjaya ditamatkan. Bertitik tolak daripada kejadian tersebut, Brooke
memulakan penaklukannya di Sarawak apabila dilantik menjadi Rajah Putih Sarawak oleh
Sultan Brunei kerana berjaya menamatkan pemberontakkan tersebut.
Brooke sebagai Rajah Putih Sarawak yang pertama telah menjadikan hasil bahan mentah
iaitu antimoni sebagai komoditi utama yang dieksport ke luar Negara. Hasil eksport tersebut
digunakan oleh Brooke untuk belanjawan pentadbiran untuk mentadbir Sarawak. Brooke turut
menggalakkan perpindahan pelombong Cina daripada Dutch Borneo untuk mengusahakan
perlombongan di Bau. Pada ketika itu, pelombong Cina menggunakan candu dan bermain judi
telah dikenakan cukai yang turut menyumbang kepada ekonomi Negara. Pengimportan candu
meningkat dalam jangkawaktu ini selari dengan peningkatan dalam jumlah kaum Cina yang
berada di British Borneo. Namun, kedatangan pelombong Cina ke Sarawak mengusahakan
30 Ibid., hlm. 68.
31 Henry Carpenter Longhurst. The Borneo Story : The History of the First 100 years of Trading in Far East by The
Borneo Company Limited. Neame Publication. London. 1956. Hlm. 69.

18

perlombongan di Bau telah mencetuskan pemberontakkan pada tahun 1857. Selepas
pemberontakkan tersebut, Borneo Company Limited mengambil alih perusahaan tersebut pada
tahun 1899 dengan menggunakan peralatan moden.
Sejak 1823, antimoni telah dikenalpasti sebagai hasil bahan mentah yang menjadi
permintaan dan dihantar ke pelabuhan Singapore.32 Sehingga 1885, Sarawak menjadi
penyumbang kepada pengeluaran antimoni yang terbesar. Manakala merkuri pernah mencatatkan
pengeluaran tertinggi di antara tahun 1874 dan 1879 namun setelah 1887 pengeluarannya
berkurangan dan tidak diusahakan lagi. Selain itu, arang batu menjadi komoditi eksport yang
utama pada tahun 1899 sehingga 1920. Perusahaan arang batu diusahakan di Sadong dan
Brooketon. Pengeluaran arang batu di Sadong dalam tahun 1873 sehingga 1931 berjumlah
876,345 tan. Di Brooketon pula, iaitu dalam tahun 1888 sehingga 1924 mencatatkan sejumlah
582,412 tan dieksport. Misalnya dalam bulan Mac tahun 1920, sebanyak 1708 tan telah dieksport
ke luar Negara.33 Di samping itu, penemuan hasil bahan mentah emas telah dijumpai di Bidi dan
Tai Parit, Bau merupakan antara emas yang berkualiti. Emas telah ditemui dan diusahakan oleh
pelombong Cina sebelum kedatangan Brooke dan British.
“There is evidence of gold having been worked at Bau, which is five miles north of Tegora, for years before
the arrival of first Rajah. The Chinese were working it in their individual syndicates, or kongsis, when the
first European set foot in Borneo. And it was these gold workers, it may be remembered, who were
responsible for the rising of 1857.”34

Kawasan Tai Parit, Bau turut mengeluarkan emas sejumlah 496,351 yang menyumbang kepada
ekonomi Sarawak. Jumlah emas yang diusahakan dari tahun 1899 sehingga 1921 adalah 983,225
tan. Perusahaan emas ini dikawal sepenuhnya oleh Borneo Company Limited dan pekerjanya
terdiri daripada pelombong Cina.35
Seterusnya, bahan mentah minyak turut menjadi komoditi eksport utama sejak tahun
1921. Sehingga sekarang minyak masih menjadi keluaran utama di Sarawak dan menyumbang
kepada ekonomi Malaysia. Penemuan bahan mentah minyak telah ditemui di Miri iaitu pada
32 Ooi Keat Gin. Of Free Trade and Native Interests: The Brooke and The Economic Development 1841 – 1941.
Oxford University Press. 1997. Hlm. 90.
33 Sarawak Gazette. 1 March, 1920.
34 Henry Carpenter Longhurst. The Borneo Story : The History of the First 100 years of Trading in Far East by The
Borneo Company Limited. Neame Publication. London. 1956. Hlm. 67.
35 Y.L.Lee. The Development of Resources in British Borneo and its Impact on Settlement. Sarawak Museum
Journal. Vol.10 : 563 – 589.

19

tahun 1910. Pengeluaran minyak telah menurun daripada 200,000 tan kepada 50,000 tan setahun
apabila Perang Dunia Kedua meletus. Dalam pada itu, mereka turut menemui minyak terletak di
Seria, Brunei pada tahun 1929 iaitu kira-kira 30km daripada Bandar Miri. 36 Sehingga sekarang,
industri minyak di Miri dan Brunei menjadi kawasan kedua terbesar di Negara komanwel dan
menyediakan peluang pekerjaan melebihi 6,000 orang. Maka, dengan adanya bahan mentah
minyak yang memberikan keuntungan ekonomi telah memberikan impak kepada pembangunan
sesebuah wilayah terutamanya Brunei yang hanya mempunyai bilangan penduduk yang tidak
ramai sehingga ia menjadi