PROGRAM SOKONGAN UNTUK SEKOLAH LEMAH BAI

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Tugasan MOCC Individu
GGGC6033 Isu-Isu Pendidikan Set1
Pensyarah : Encik Jamalul Lail bin Abdul Wahab

PROGRAM SOKONGAN UNTUK SEKOLAH LEMAH , BAIK DAN SANGAT BAIK
SERTA CADANGAN MENGURANGAKAN JURANG PENCAPAIAN SEKOLAH
BANDAR DAN LUAR BANDAR
Asni Nor Rizwan bin Abdul Rani P89276
asni7322@gmail.com
24 May 2017

1. Bagaimanakah menyediakan sokongan khusus kepada sekolah dengan tahap prestasi
berlainan? Apakah jenis program yang paling berkesan untuk sekolah lemah, baik, sangat
baik?
PENGENALAN
Tidak dapat dinafikan, Malaysia masih mengamalkan klasifikasi sekolah secara dimana
pengukuran utamanya adalah berdasarkan pencapaian akademiknya walaupun di beberapa negara
maju seperti Finland (www.thedailyriff.com), mereka melangkah ke arah sekolah dan kelas tanpa
klasifikasi pencapaian, tanpa peperiksaan di peringkat sekolah, rendah tanpa persaingan dan lebih

menekankan kemahiran yang kritikal di duni dunia sebenar.
Sebelum Malaysia juga mengarah kepada sistem

tersebut, situasi masakini memerlukan

pendekatan berbeza dari segi program dan sokongan kepada sekolah lemah, baik dan sangat baik
PROGRAM UNTUK SEKOLAH LEMAH
Sokongan Kepada Guru di Sekolah Lemah
Dari sudut sokongan kepada guru, mereka haruslah di beri latihan pembangunan profesional yang
menjurus kepada mengajar pelajar kurang berkebolehan. Ianya disokong oleh Fischer G. (2002)
yang menyatakan di era ini, aktiviti seseorang ahli profesional amat memerlukan pengetahuan
terkini dimana latihan adalah sebahagian dari keperluan yang penting . Sebagai contoh,
menghantar guru-guru terpilih untuk program train the trainer ke Singapura atau Finland yang
mempunyai antara sistem pendidikan terbaik dan belajar secara khusus bagaimana mereka
menangani pelajar-pelajar berpestasi rendah tersebut dan bukannya kursus yang sama dengan guru
sekolah yang baik. Kumpulan teras ini seterusnya akan mengajar kembali kepada guru-guru di
Malaysia.
Sokongan Kurikulum Sekolah Lemah
Dari Segi kurikulum, kurikulum khas atau intervensi haruslah dilakukan untuk sekolah dengan
pelajar berprestasi rendah sebagaimana di lakukan oleh Singapura (Charlie Wilson,2013). Di

Malaysia program seumpama itu seperti Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) ada
menunjukkan keberkesanan tetapi usaha ini tidak harus terhenti selepas mereka mengusai LINUS
kerana kejayaannya bukan penentu keberhasilan murid tersebut kerana di abad ke 21, ianya lebih

dari itu. Sebagai contoh, peningkatan dari sudut kognitif, saikomotor dan kreativiti harus juga
dipupuk, elemen yang penting dalam membudayakan innovasi di kalangan masyarakat.
Di sekolah jenis lemah, guru harus lebih dekat dengan pelajar-pelajar dan memerlukan bimbingan
yang berterusan. Kaedah pencarian ilmu kendiri seperti kaedah konstruktif mungkin kurang sesuai
kerana ia memerlukan kemahiran mengumpul, menapis dan mengurus informasi yang jika di
biarkan pelajar lemah melakukanya, mereka akan hilang punca atau tersasar dari objektif
pembelajaran yang sebenar dan jangkamasa pembelajaran akan menjadi terlalu panjang. Ia di
kuatkan lagi dengan artikel oleh Roberts C. (2017) di laman classroom.synonym.com
Sekolah Lemah Dan Kemudahan Infrastruktur
Kemudahan infastruktur yang lebih baik dari segi impaknya dan bukan dari segi kecanggihannya,
harus diberikan kepada sekolah berprestasi rendah seperti kelas dengan bilangan pelajar yang
kecil, makmal komputer lebih baik, alat bantuan mengajar yang lebih bersesuaian. Harus di
ingatkan, penyediaan infrastruktur ini bukan hanya secara terikut-ikut atau secara amnya sama
dengan sekolah berlainan prestasi tetapi haruslah menjurus kepada perkara yang hendak
ditingkatkan. Misalnya tiada gunanya jika di beri makmal KBAT yang hebat jika pelajar masih
tidak dapat menguasai LINUS. Sebagai contoh, sebuah artikel muka depan majalah Educational

Leadership keluaran Oktober 2009, walau di Amerika Syarikat sekali pun, sebuah sekolah Mount
Vernon High School di Alexandria, Virginia mempunyai masalah mendesak liputan komunikasi
telefon mudah alih, guru-guru mereka telah di bekalkan dengan walkie talkie, suatu teknologi
komunikasi cara lama tapi memberi impak yang besar kepada sekolah ini. Inilah perkara yang
dilakukan di Singapura, sebagai suatu contoh sistem pendidikan antara yang terbaik di dunia
(Charlie Wilson,2013). Jesteru itu, semsaa KPM membuat tender pembelian peralatan baru,
penilaian harus di buat apakah keperluan memdesak sesuatu sekolah tersebut dan bukannya
sekadar memberi sesuatu yang canggih tapi berakhir di sudut bilik guru besar kerana risau berlaku
kerosakan.
Sokongan Kepada Murid di Sekolah Lemah
Dari segi sokongan kepada murid, kerajaan boleh memberi insentif kepada pelajar cemerlang
lepasan SPM yang sedang menunggu keputusan atau belum di tawarkan ke mana-mana institusi
untuk bertindak sebagai mentor kepada pelajar-pelajar yang masih belajar di sekolah berprestasi

rendah. Ini mewujudkan suatu simbiosis di mana pelajar yang sedang menunggu SPM boleh
memperkayakan resume nya kerana mempunyai pengalaman selepas sokolah yang boleh di
anggap sebagai pengalaman di dunia sebenar manakala dari segi pelajar lemah pula, pengajaran
dari abang-abang dan kakak-kakak dari generasi yang hampir sama memberi pendekatan baru
dalam memperbaiki pencapaian pelajaran mereka. Ia diakui sendiri oleh Briggs S. (2013) dari
laman kolej terbuka Australia opencolleges.edu.au dan Pelopor Stack Overflow, Jeff Atwood,

sebuah laman web Q&A yang begitu popular di kalangan pengaturcara komputer berkata mengajar
rakan seangkatan adalah antara cara terbaik menguasai sesuatu ilmu.
SOKONGAN DAN PROGRAM UNTUK SEKOLAH BAIK
Sebagai sekolah yang mewakili majoriti pencapaian pelajar-pelajar di Malaysia, pencapaian
agenda aspirasi sistem dan murid haruslah lebih di tekankan di sekolah kategori ini supaya aspirasi
ini akan memberikan kesan yang meluas. Keupayaan intektual dan fizikal pelajar di sekolah ini
membenarkan resapan aspirasi berjalan dengan lebih berkesan. Ini bukan bermakna sekolah
berprestasi tinggi dan rendah di lupakan tetapi jika sumber menjadi isu, pendekatan perbelanjaan
secara terpilih ini akan memberi impak yang lebih besar. Sekolah dari kategori lain boeh diberikan
intervensi yang lebih terpilih berdasarkan perincian isu-isu yang lebih kritial dengan keperluan
mereka demi mengoptimumkan keberhasilan dengan sumber yang terbatas.
Latihan pembangunan profesional Pentadbir Dan Guru Sekolah Baik
Latihan pembangunan profesional boleh diberikan kepada sekumpulan guru terpilih menjurus
kepada penanbahbaikan kepada pelajar di sekolah baik. Ini selaras dengan anjakan ke 8 iaitu
transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 berdasarkan lima aspasi sistem dan enam aspirasi murid yang
menjadi teras kepada pembangunan profesional yang ingin di capai.

Kurikulum Dengan Elemen Pembelajaran Konstruktif Di Sekolah Baik
Dari segi kurikulum, ianya boleh di olah supaya memasukkan elemen pembelajaran konstruktif

iaitu pelajar aktif dalam proses memahami dan pembinaan pengetahuan. Jika di kaji kaedah
Montessori dari sumber montessori-nw.org, ia menekankan eksplorasi inteleketual bergandingan
dengan rakan-rakan demi mendapatkan jawapan yang di lontarkan oleh guru. Kebaikan sistem ini
harus di terapkan secara terpilih, walaupun tidak secara menyeluruh ke dalam sistem Kementerian
Pendidikan dimana Pelajar-pelajar di galakkan belajar untuk mendapatkan ilmu dari pelbagai
sumber melalui kembara ilmu dan bukannya hanya dari buku teks. Jika di perhalusi, Laporan
Tahunan KPM 2015 ada menyatakan usaha ke arah in seperti komponen Out-of-Class dalam
menyokong peningkatan keberhasilan murid dalam Bahasa Inggeris melalui aktiviti ko-kurikulum,
maka ianya harus juga diperkembangkan ke mata pelajaran kritikal yang lain.
Dari segi infrastruktur pula, peruntukan ke sekolah baik sebagai sekolah arus perdana haruslah
lebih menyokong agenda aspirasi sistem dan murid. Misalnya, dalam merealisasikan aspirasi
murid kemahiran dwi-bahasa, makmal bahasa inggeris yang berkualti haruslah di adakan. Ini
bukan bermakna sekolah lain prestasi tidak memerlukanya, tetapi dengan cabaran kewangan
semasa di ambang 2020 ini, rata-rata pelajar berprestasi tinggi lebih mudah mempelajari bahasa
inggeris tanpa intervensi yang begitu intensif, Keutamaan harus di berikan kepada inisiatif yang
memberikan impak yang tertinggi sebelum memperluaskannya bila kewangan mengizinkan.
Kaedah memperuntukkan infrastruktur ini juga harus di kembangkan untuk mencapai komponenkomponen lain dalam aspirasi sistem dan murid. Untuk sekolah berprestasi selain dari ini, kerajaan
harus mengenalpasti infrastruktur yang lebih kritikal yang menjurus kepada keupayaan pelajarpelajar di sekolah berkenaan.

SOKONGAN DAN PROGRAM UNTUK SEKOLAH SANGAT BAIK (SEKOLAH

BERPRESTASI TINGGI, SBT)
Mandat Automomi
Sekolah sangat baik diberi mandat atau autonimi untuk memilih yang sesuai dari segi penawaran
kurikulum dan kaedah pengajaran. Pemilihan dan penempatan semula guru juga boleh dilakukan.
Untuk mengelak ketidakbijaksanaan dalam automoni dari segi peruntukan, ia akan dipantau
berdasarkan garis panduan kewangan dan langkah pembetulan akan di lakukan jika ia tersasar dari
garis panduan tersebut. Ini adalah berdasarkan kepada Pelan Hala Tuju Program Transformasi
Kerajaan 2010)
Intensif Kewangan Sekolah Berprestasi Tinggi
Jika di lihat pada Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan 2010, sebanyak RM700,000
diberikan kepada sekolah berprestasi tinggi (SBT), di tambah pula RM1000 dan RM700 untuk
warga kerja sekolah menengah dan rendah. Namun, sekolah dari prestasi lain jangan dilupakan
tetapi biarlah setimpal dengan cabaran yag di tangani oleh sesuatu sekolah tersebut.
Pembangunan Modal Insan
Pembangunan Modal Insan Pelbagai Pilihan juga perlu ditekan. Untuk meningkatkan
profesionalisme guru dan kepimpinan, pelbagai program dan kursus pembangunan harus di
sediakan termasuk pemberian cuti sabatikal supaya mereka mudah untuk melanjutkan peringkat
yang lebih tinggi. KPM juga perlu meningkatkan bekerjasama dengan sekolah sekolah di luar
negeri untuk meningkatkan program pertukaran pelajar dan belajar sesuatu dalam pembangunan
modal insan. Untuk mengurangkan kos, kaedah e-learning dan pendidikan jarak jauh juga boleh

di ambil perhatian di mana ianya semakin baik dari segi keberkesanan berbanding masa lampau.
Contoh yang paling dekat adalah Massive Open Online Course (MOOC) UKM sendiri di
openlearning.com

Kurikulum Dan Ko-Kurikulum Sekolah Berprestasi Tinggi
Dari sudut kurikulum pula, penguasaan matapelajaran kritikal yang baik dari pelajar golongan ini
tidak memerlukan intervensi khas tetapi untuk membuat pembelajaran lebih menarik, peratusan
penggunaan KBAT mungkin boleh di tingkatkan supaya lebih mencabar minda. Adakan juga
kursus kursus elektif seperti kursus robotik dan pengaturcaraan dan tawarkan kepada pengajar
bebas bertauliah dan mempunyai pengetahuan industri untuk mengajar subjek tersebut. Di laman
theconversation.com yang membincangkan isu-isu dari komuniti akademik dan penyelidikan,
sebuah aktikel An Education For The 21st Century Means Teaching Coding In Schools terbitan
2015 menekankan kepentingan pengaturcaraan komputer.
Dari segi ko-kurikum pula, insentif boleh di berikan kepada pakar bidang dan pemain industri
yang masih berkhidmat atau yang telah bersara tetapi ingin menabur bakti boleh menjadi mentor
untuk sama-sama mencurah ilmu dan sebagai pembimbing kepada pelajat-pelajar. Pembelajaran
juga boleh di jalankan melalui e-learning untuk topik-topik

yang sesuai dengan situasi di


Malaysia.
Program Khas Kepada Pelajar Cemerlang
Pada 7 tahun yang lalu , Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan 2010 ada menyatakan
dimana pelajar cemerlang boleh, dengan persetujuan ibubapa memilih untuk memendekkan
tempoh waktu pembelajaran. Sebagai contoh, pelajar cemerlang boleh menghabiskan 50% sukatan
pelajaran tahun 2 semasa berada di tahun 1 tetapi di masa kini, ianya memerlukan pendekatan
yang lebih menyeluruh dan bukan sekadar program akselerasi tempoh pembelajaran.
Pelajar berprestasi tinggi memerlukan sesuatu yang lebih dari pelajar biasa. Program-program nya
juga haruslah menjurus kepada tahap intelektualiti mereka. Sebagai contoh, Blackburn High
School, Australia mewujudkan High Achievers’ Program (HAP) . Suatu yang menariknya ialah
ia bukan suatu program akselerasi atau memendekkan tempoh waktu pengajaran dan pembelajaran
tetapi lebih kepada bagaimana keupayaan luarbiasa seseorang boleh di manfaatkan untuk bekalan
hidup di masa akan datang dan dunia sebenar seperti lebih memupuk kreativiti, innovasi, sifat
kolaboratif , berdikari dan berintigrasi. Perkara ini sebenarnya lebih penting dari berapa pantasnya
seseorang boleh menghabiskan dunia akademik tetapi tidak berkualti secara holistiknya, sebagai
contoh integriti yang makin meruncing dewasa ini.

Sokongan Guru Di Sekolah Berprestasi Tinggi
Dari sudut sokongan kepada guru, sekolah yang sangat baik mempunyai pelajar-pelajar yang
mempunyai taraf intelektual yang secara relatifnya lebih baik, jadi guru-gurunya pula perlu

meningkatkan intelektualiti mereka ke suatu aras yang lebih tinggi . Program memperkasakan
KBAT di kalangan guru di sekolah jenis ini harus diberi penekanan kerana kebolehanan pelajarpelajar dalam menghayati KBAT di sekolah sangat baik tidak boleh di pandang ringan. Dalam
Laporan Tahunan KPM 2015, walaupun perbagai usaha dilakukan untuk meningkatkan KBAT di
kalangan guru secara amnya seperti Pusat Kecemerlangan KBAT di IPG terpilih, penekanan yang
lebih harus di berikan kepada guru-guru di sekolah sangat baik dengan tambahan modul yang lebih
mencabar.
Di dunia tanpa sempadan ini, progam sekolah berkembar juga boleh diwujudkan secar maya di
mana sekolah dari luar negeri boleh di hubungkan dengan seoklah di negara ini secara dalam talian
menggunakan teknologi ICt seperti video converencing, media sosial dan mesyuarat atas talian.
Dengan ini, warga sekolah dapat bertukar tukar pengalaman untuk memperbaiki pencapaian
sekolah masing-masing. Misalnya, British Council ada menyediakan program sekolah berkembar
Partner With a School di schoolsonline.britishcouncil.org yang boleh di ambil manfaatnya.

2.Bagaimanakah mengurangkan jurang pencapaian sekolah bandar dan luar bandar?
JURANG PENCAPAIAN SEKOLAH BANDAR DAN LUAR BANDAR
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, sasaran salah satu keberhasilan
utama adalah mengurang jurang pencapaiantara bandar dan luar bandar sebanyak 25%. Menurut
laporan tahunan PPPM untuk 2015, setelah melalui gelombang 1 (2013-2015), terdapat
pengurangan jurang antara bandar dan luar bandar sebanyak 31.6% berdasarkan pencapaian UPSR
manakala sekolah yang berprestasi rendah yang berada pada band 6 dan 7 di seluruh negara telah

berjaya dikurangkan daripada 139 pada tahun 2014 kepada 95 pada tahun 2015
KAEDAH-KAEDAH MENANGANI JURANG PENCAPAIAN
Penguatkuasaan Pendidikan Wajib
Menurut undang-undang Malaysia Akta 550, Akta Pendidikan 1996,

“pendidikan wajib’

bermaksud pendidikan rendah yang ditetapkan menjadi pendidikan wajib di bawah subseksyen
29A(1) yang memperuntukkan menteri boleh menetapkannya sebagai wajib.
Subseksyen 29A (2) menyatakan warganegara Malaysia yang mempuyai anak berumur 6 tahun
pada 1 Januari wajib memasukan anak mereka ke sekolah rendah sepanjang enam tahun.
Ibu bapa yang melanggar subseksyen 29A (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila
disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Penguatkuasan akta 550 adalah suatu cara untuk mengurangkan tahap risiko keciciran pelajar dari
sistem pendidikan kerana ibubapa, terutamanya dari luar bandar akan berasa bersalah jika anak
mereka tidak ke sekolah, seterusnya boleh menjadi faktor mengurangkan jurang pencapaian
sekolah bandar dan luar bandar.
Memperluaskan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Di Sekolah Menengah Harian
Pelajar-pelajar yang kurang menyerlah dalam akademik mempunyai pilihan untuk memilih MPV

kerana menurut Margaret S.(2016) , ia adalah suatu jalan untuk menempatkan pelajar-pelajar yang
bermasalah dalam akademik dan tingkah laku dan mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk

tercicir. Walaupun mentaliti vokasional sebagai “kelas dua” semakin terhakis, ia tetap berguna
kerana pada kebiasaannya pelajar yang

tidak meminati akademik mempunyai lebih

kecenderungan kepada pembelajaran yang melibatkan praktikal seperti MPV. Kecenderungan ini
boleh miningkatkan pencaipan kepada sekolah yang kurang menyerlah yang kebanyakanya
terdapat di luar bandar dan seterusnya merapatkan jurang pencapaian dengan sekolah bandar.
Memperbanyakkan Program Motivasi Untuk Pelajar
Pelajar akan lebih bermotivasi jika guru menanamkan mentaliti bahawa penguasaan sesuatu
pembelajaran adalah lebih bermakna dari bersaing dengan pelajar lain (Nicholls,1984). Strategi
motivasi harusnya mengambil kira pendekatan ini dimana jika pelajar bermotivasi, minat mereka
terhadap pendidikan akan meningkat. Hasilnya, keputusan mereka akan lebih cemerlang, keciciran
akan berkurangan dan seterusnya merapatkan jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar
bandar.
Kerjasama Antara Pihak Sekolah, Ibubapa dan Komuniti
Suatu kajian telah dijalankan oleh Erlendsdottir G. (2010) mendapati penglibatan ibubapa di
sekolah ada memberi impak postif terhadap pencaipan pelajar-pelajar. Persatuan Ibubapa dan Guru
harus diperkasakan dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan komuniti haruslah diadakan. Ibu bapa
boleh memberi input kepada guru mengenai keadaan anak mereka yang sebenar yang tidak
diketahui guru dan akan mengambil faktor tersebut untuk menyesuaikan dengan keadaan
seseorang pelajar. Hari terbuka sekolah dengan penglibatan agensi kerajaan dan swasta yang
dipromosi adalah satu cara mendekatkan komuniti kepada sekolah. Program-program seperti
pemeriksaan kesihatan percuma, demonstrasi polis, bomba dan sessi Zhumba sebagai pencetus
minat boleh di adakan sambil secara berstrategi mengadakan pameran atau bicara mengenai
keadaan pelajar-pelajar dan sekolah demi untuk menambahkan lagi minat komuniti dalam
bekerjasama dengan pihak sekolah.
Memperkenalkan Pentaksiran Dan Penilaian Yang Sesuai
Pentaksiran dan penilaian adalah suatu cara untuk menilai pencapaian pelajar-pelajar tetapi ia
haruslah disesuaikan dengan keadaan pelajar. Menurut kajian yang di jalankan oleh Jeremiah G.
(2014), pentaksiran dan penilaian standard adalah tidak berapa tepat. Sistem pendidikan haruslah
mengambil kira keadaan sesuatu komuniti dan ia haruslah di refleksikan juga kepada cara pelajar-

pelajar dalam sesuatu komuniti itu di taksik atau dinilai. Sebagai contoh yang agak ekstrem,
menghafal A hingga Z adalah pencapaian yang besar bagi seorang pelajar tahun 1 di sekolah orang
asli berbanding dengan seorang pelajar di ibu kota, jadi pencapaian hafalan A hingga Z boleh di
klasifikasikan sebagai kejayaan besar bagi pelajar orang asli pedalaman tersebut.
Menyediakan Sistem Penyampaian Alternatif Yang Menilai Emotional Quotient (EQ) Dan
Kebolehan Pelajar.
Kebolehan penyampaian guru yang dapat menilai EQ pelajar akan membuahkan hasil yang lebih
baik dalam kebekersanan pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana guru yang kenal emosi
dirinya dan pelajarnya dapat mempergunakanya dalam mencuit hati pelajar supaya lebih
bersungguh-sungguh dalam pembelajaran dan merapatkan perhubungan . Ia di sokong oleh kajian
Morton C.L (2014) yang mendapati kemahiran EQ boleh meningkat suasana pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, seorang pelajar pada kebiasaanya dapat mengingati A
hingga Z apabila memasuki darjah 1 tetapi tidak dengan adik Salungun Anak Kamik. Disebabkan
seorang guru berpengetahuan dalam EQ, dengan melihat komunikasi bukan verbal seorang pelajar
orang asli, guru tersebut akan berasa kesihan dengan pelajar tersebut dan tidak memarahinya,
sebaliknya mengajarnya dengan kaedah yang lebih sesuai.
Keadah EQ lebih menambah perasaan empati kepada pelajar kerana rata-rata pelajar luar bandar
kurang keyakinan untuk menyatakan masalah mereka dan kemahiran saikologi guru-guru haruslah
mendahului dalam proses mengesan permasalahan pelajar-pelajar tersebut.
KESIMPULAN
Perbagai langkah telah dilakukan untuk memberi sokongan dan program yang sesuai kepada
sekolah dari pelbagai kategori pencapaian. Selain dari langkah yang di lakukan oleh pihak KPM
sendiri, cadangan-cadangan yang sesuai berdasarkan kepada kejayaan -kejayaan dari inisiatif yang
di lakukan di seluruh dunia juga telah diutarakan.
Dari sudut merapatkan jurang pencapaian sekolah bandar dan luar bandar, walaupun terdapat
keberhasilan dalam tindakan yang dilakukan oleh KPM, cadangan-cadangan penambahbaikan
telah dibincangkan yang boleh dilaksanakan demi mencapai aspirasi sistem dan murid seperti
yang dinyatakan dalam Pelan Undang-undang Malaysia Akta 550, Akta Pendidikan 1996.

Rujukan
Blackburn

High

School,

Australia.

High

Achievers’

Program

(HAP).

www.blackburnhs.vic.edu.au/curriculum/high-achievers-program/ [24 April 2017]

The Conversation. 2015. An Education For The 21st Century Means Teaching Coding In Schools.
http://theconversation.com/an-education-for-the-21st-century-means-teaching-coding-in-schools42046 [28 April 2017]

Briggs S. 2013. How Peer Teaching Improves Student Learning and 10 Ways To Encourage It.
http://opencolleges.edu.au

[1 Mei 2017]

Wilson C. 2013. Supporting Teachers Key To Singapore’s success. OSBA Journal: 46-48.
www.ohioschoolboards.org/sites/default/files/062013JournalSingapore.pdf [23 April 2017]

British Council. Partner With a School. schoolsonline.britishcouncil.org [24 Mei2017]

Erlendsdottir G. 2010. Effects of Parental Involvement in Education. School Of Education,
University

Of

Iceland

http://skemman.is/stream/get/1946/6925/18121/1/MEd_thesis-

Gu%C3%B0laug.pdf [11 Mei 2017]

Jeff Atwood. Startup Quote. http://startupquote.com/post/2163563107

[23 Mei 2017]

Jeremiah G. (2014), Measuring Student Achievement: A Study Of Standardized Testing & Its
Effect On Student Learning. http://my.jessup.edu/.../wp.../39/.../Gawthrop_Jeremiah_Final.pdf
[22 April 2017]
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2015. Laporan Tahunan KPM 2015

Universiti Kebangsaan Malaysia. 2017. Massive Open Online Course (MOOC) UKM
http://openlearning.com

[3 Mei 2017]

Montessori Northwest. What is montessori education. https://montessori-nw.org/what-ismontessori-education/ [22 Mei 2017]

Morton C.L .2014. Exploring Teacher Emotional Intelligence And Its Impact On School Climate.
Department Of Educational Leadership College Of Education Kansas State University Manhattan,
Kansas

Mount Vernon High School di Alexandria, Virginia Educational Leadership Oktober 2009

Fischer G. 2000. Lifelong Learning :More Than Training. Center for LifeLong Learning & Design
(L3D)Department of Computer Science and Institute of Cognitive ScienceUniversity of Colorado,
Boulder

Nicholls, J. G. (1984). Achievement motivation: Conceptions of ability, subjective experience,
task choice, and performance. Psychological Review, 91, 328-346.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2010. Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan 2010

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2015. Laporan Tahunan KPM 2015

Roberts

C.

2017.

Advantages

&

Disadvantages

http://classroom.synonym.com [21 April 2017]

of

Constructivism

in

Teaching

Margaret S. 2016. The Divide Between Vocational and Academic Education. Journal of the
Canadian Association for Curriculum Studies (JCACS).14(2), 43-52 2016
The

Finland

Phenomenon:

Inside

the

World's

Most

Surprising

School

System

http://www.thedailyriff.com/articles/the-finland-phenomenon-inside-the-worlds-most-surprisingschool-system-588.php [25 April 2017]
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.