04 Modul Pengajaran Sains Tahun 1 (versi Bahasa Malaysia)
DRAF
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
Modul
Teras Tema:
Dunia Sains dan Teknologi
Tahun 1
(2)
(3)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
MODUL PENGAJARAN
TERAS TEMA
DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
Terbitan
Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum
(4)
(5)
KANDUNGAN
Muka surat
1. Kandungan iii
2. Pendahuluan 1
3. Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang 1
4. Kurikulum Modular Berasaskan Standard 1
5. Modul Sains 2
6. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran 4
7. Pentaksiran 5
8. Sains Hayat
8.1 Hidup atau Bukan Hidup 8.2 Kita Serupa Tapi Tidak Sama 8.3 Siapa Saya?
8.4 Yang Mana Satu? 8.5 Siapakah kita?
8.6 Apa Yang Saya Ada? 8.7 Tidak Semuanya Sama 8.8 Betapa Istimewanya Saya
6 16 35 53 68 73 80 87 9. Sains Fizikal
9.1 Deria Penglihatan Kita 9.2 Dunia Warna
9.3 Bentuk Di Sekeliling Ku 9.4 Bagaimana Saiznya 9.5 Saya Seorang Jurubina 9.6 Eh, Ada Bau!
9.7 Apa Rasanya?
88 95 106 117 132 141 150
(6)
1
1. Pendahuluan
Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat holistik, Standard Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dibangunkan bagi memastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan membebankan selaras dengan pemantapan kurikulum sebagai fokus utama teras kedua Plan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.
2. Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang
Organisasi Kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi
membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketrampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:
1. Komunikasi
2. Kerohanian, Sikap dan Nilai
3. Kemanusiaan
4. Literasi Sains dan Teknologi 5. Fizikal dan Estetika
6. Ketrampilan Diri
Setiap tunjang terdiri daripada elemen-elemen mata pelajaran tertentu yang mana ada di antara mata pelajaran tersebut diajar sebagai satu mata pelajaran dan ada yang digabungkan beberapa mata pelajaran dan dipersembahkan dalam bentuk tema.
3. Kurikulum Modular Berasaskan Standard
Kurikulum Sekolah Rendah digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Standard kandungan dan standard pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid. Komposisi Kurikulum Tahap 1 menekankan kepada penguasaan 3 M iaitu Menulis,
(7)
2
Mendengar, dan Mengira serta Menakul. Pada masa yang sama, kemahiran asas ICT, Perkembangan fizikal, kognitif, penguasaan kemahiran generik, Perkembangan sosioemosi, sahsiah, sikap dan nilai diterapkan melalui pengajaran dan pembelajaran.
3.1 Standard Kandungan:
Pernyataan tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
3.2 Standard Pembelajaran
Standard pembelajaran merupakan hasil pembelajaran yang boleh diukur dan mesti dikuasai oleh murid. Objektif perlakuan ini mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran saintifik, kemahiran berfikir, sikap saintifik dan nilai murni yang sesuai dengan Standard Kandungan yang dinyatakan. Penulisan Standard Pembelajaran juga menunjukkan kedalaman dan skop bagi hasil pembelajaran yang perlu dicapai.
4. Modul Teras Tema bagi mata pelajaran Sains
Terdapat dua dokumen yang disediakan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains dalam kurikulum transformasi ini iaitu:
INSAN SEIMBANG
• Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri
• Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi
• Penggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi secara verbal dan non verbal dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil.
Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum
• Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran saintifik dan sikap saintifik menerusi inkuiri.
• Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik untuk menyelesaikan masalah.
• Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi seperti alat, cara, teknik dan proses untuk memudahkanmelaksanakan sesuatu dalam kehidupan seharian.
• Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan & alam sekitar setempat, negara & global
• Penghayatan semangat patriotisme & perpaduan
• Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap & nilai
(8)
3
4.1 Modul Pengajaran Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
Satu modul pengajaran telah disediakan untuk membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu Dunia Sains dan Teknologi. Modul ini mengandungi beberapa unit di mana setiap unit mengandungi gabungan beberapa standard pembelajaran. Setiap unit dalam modul pengajaran mempunyai masa yang dicadangkan. Cadangan masa ini bukanlah sesuatu yang wajib dipatuhi kerana guru boleh mengadaptasikan cadangan aktiviti yang terdapat di dalam unit yang disediakan dengan mengambil kira kebolehan dan persekitaran murid. Contoh yang terdapat dalam modul ini hanya meliputi sebahagian daripada keseluruhan standard sains yang ditetapkan bagi murid Tahun 1.
Modul ini disediakan dengan menggunakan pendekatan masteri di samping menggabungjalinkan pendekatan-pendekatan pedagogi lain yang sesuai. Penerapan elemen ICT, keusahawanan serta kreativiti dan inovasi disisipkan di mana yang sesuai dalam modul ini bagi membimbing guru dalam melaksanakannya. Modul ini menyediakan aktiviti untuk murid yang berpencapaian tinggi melalui aktiviti pengayaan dan murid yang lemah melalui aktiviti pemulihan
supaya semua murid dapat mencapai Standard
Pembelajaran yang telah ditetapkan.
Penilaian yang disediakan bagi sesuatu unit dalam modul ini adalah bersifat diagnostik bagi membolehkan guru mengesan kefahaman murid. Guru mestilah menggunakan maklum balas daripada diagnostik ini bagi melaksanakan
tindakan susulan samada aktiviti pemulihan atau
pengayaan. Aktiviti dan lembaran aktiviti yang disediakan untuk pengayaan dan pemulihan disediakan mengikut tahap kebolehan murid bagi mencapai standard pembelajaran yang sama bagi unit tersebut. Sekiranya 80% daripada murid di kelas tersebut telah menguasai standard pembelajaran, guru bolehlah beralih kepada unit yang baru. Diharapkan pendekatan masteri ini akan mengurangkan bilangan murid yang tercicir.
Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dalam modul ini telah mengambil kira amalan terbaik bagi membantu murid mencapai standard pembelajaran yang ditentukan di sampingkan menyediakan suasana learning is fun semasa
(9)
4
pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, cadangan aktiviti yang terdapat di dalam modul ini bukanlah
sesuatu yang muktamad. Guru digalakkan untuk
mengubahsuaikan modul yang bersesuaian dengan murid serta peralatan yang terdapat di sekeliling mereka. Guru juga digalakan untuk membina modul p&p yang bersesuaian dengan murid mereka. Dengan ini, guru berpeluang mengembangkan kreativiti mereka sendiri.
Penulisan modul ini mengambil kira aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif, supaya mereka dapat berfikir secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif. Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan merupakan aktiviti yang dapat membentuk pemikiran murid.
4.2 Modul Pembelajaran Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi
Selain daripada Modul Pengajaran, Modul Pembelajaran juga disediakan. Modul Pembelajaran ini mengandungi lembaran kerja untuk kegunaan murid. Di samping itu terdapat penerangan ringkas mengenai topik yang dipelajari bagi membantu murid menjawab soalan-soalan lembaran kerja yang disediakan. Lembaran Kerja yang disediakan
mempunyai aras kesukaran yang berbeza. Guru
seharusnya dapat memanfaatkan Lembaran Kerja yang disediakan bagi menangani kebolehan murid yang pelbagai di dalam kelas yang sama. Aktiviti murid dan modul pengajaran dan pembelajaran yang disediakan adalah saling melengkapi bagi mencapai standard kandungan dan standard pembelajaran yang dihasratkan.
5. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran
Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains ini guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.
Inkuiri Konstruktivisme Pembelajaran konstektual Pembelajaran interaktif Pembelajaran koperatif Perbincangan
(10)
5 Simulasi Projek Kajian lapangan Pembelajaran Masteri Kecerdasan pelbagai Penyelesaian masalah
Pelaksanaan pendekatan pengajarandan pembelajaran yang dijalankan haruslah dipelbagaikan bagi mengekalkan minat murid. Penentuan kaedah pengajaran dan pembelajaran haruslah berdasarkan kepada kandungan kurikulum, kebolehan dan kepelbagaian jenis kecerdasan murid serta sumber dan prasarana yang ada.
6. Pentaksiran
Pentaksiran haruslah dilaksanakan apabila sesuatu unit itu telah selesai dijalankan. Pentaksiran berasaskan sekolah bentuk formatif di mana guru boleh menggunakan hasil murid seperti lembaran kerja, folio murid dan secara lisan untuk membuat pentaksiran. Pentaksiran juga boleh berbentuk lisan di mana murid dapat menunjuk atau memberi penerangan bagaimana mereka menyediakan hasil kerja. Guru seharusnya mengambil kira untuk membuat pentaksiran bukan hanya pada hasil akhir tetapi juga semasa proses pembelajaran itu berlaku. Guru boleh menggunakan hasil pentaksiran ini untuk tindakan seterusnya seperti merancang pengajaran dan pembelajaran serta menyediakan bahan yang sesuai.
(11)
6
Tajuk: HIDUP ATAU BUKAN HIDUP?
Ringkasan Di dalam tajuk ini, murid diperkenalkan dengan benda hidup dan benda bukan hidup.Murid-murid dapat mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup.
Kandungan Standard:
Sains Hayat
1.1 Memahami cirri benda hidup dan benda bukan hidup.
Standard pembelajaran:
1.1 .1 Mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup. 1.1.3 Menjelaskan pemerhatian secara lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
Tempoh masa: 4 waktu
Sumber: 1. Kad gambar
2. Kad imbasan – benda hidup, benda bukan hidup. 3. Lembaran Kerja1 - Penilaian
4. Lembaran kerja 2 - Penilaian 5. Lembaran kerja 3 - Pemulihan 6. Lembaran kerja 4 - Pemulihan 7. Lembaran kerja 5 - Pengayaan 8. Lembaran kerja 6 - Pengayaan
Aktiviti: 1. Guru membimbing murid menamakan semua benda di sekeliling berdasarkan pemerhatian dan pengetahuan sedia ada. Aktiviti kajian lapangan (luar bilik darjah)
1.1 Menama dan menyenaraikan benda-benda yang terdapat di kawasan kajian.
1.2 Murid memilih dan melakar satu benda berdasarkan pemerhatian mereka.
2. Kembali ke bilik darjah
2.1 Guru menampal 2 contoh gambar bagi benda hidup dan 2 contoh gambar benda bukan hidup di dalam ruangan yang disediakan pada papan tulis.(Guru belum memperkenalkan/menyebut benda hidup dan benda bukan hidup)
2.2 Murid menampal hasil lakaran ke dalam ruangan yang disediakan itu. Guru membimbing murid sambil
menanya
i. Kenapa saya kumpulkan gambar – gambar ini? ii. Apakah yang sama dalam gambar ini?
iii. Apakah beza pada gambar ini? 2.3 Murid menerangkan kenapa lakaran mereka
(12)
7
2.4 Pembetulan/pengelasan semula akan dibuat selepas perbincangan.(Guru membimbing murid mengenal pasti kriteria yang digunakan untuk pengelasan) 3. Guru memperkenalkan istilah benda hidup dan benda
bukan hidup dengan menggunakan kad imbasan. 3.1 Murid menampal kad imbasan ke ruangan
pengelasan yang telah dibuat.
4. Pengelasan benda hidup dan benda bukan hidup
4.1 Guru membekalkan kotak/sampul yang mengandungi gambar/model kepada kumpulan murid.
4.2 Murid mengelaskan gambar-gambar mengikut kumpulan benda hidup dan benda bukan hidup. 4.3 Pembentangan hasil kerja kumpulan.
Penilaian: Menyiapkan Lembaran Kerja 1 dan 2.
Aktiviti Pemulihan:
Guru membimbing murid untuk menguasai unit pembelajaran dengan menggunakan teknik yang bersesuaian.
Murid menyiapkan lembaran kerja 3 dan 4.
Aktiviti Pengayaan:
(13)
8
!
"
(14)
9
#
$
%
1
&
!
$ '(
(15)
10
%
)
&
!
$ *
(16)
11
(17)
12
%
3B
&
!
$ '+
(18)
13
&
!
$ ,
%
4
(19)
14
!
-&
!
$ '+
%
,
(20)
15
%
6
"
&
!
$ .
(21)
Kita Serupa Tapi Tidak Sama
16
Tajuk: Kita Serupa Tidapi Tak Sama
Ringkasan: Dalam tajuk ini, murid akan mempelajari bahagian tubuh dan fungsi bahagian tubuh manusia termasuk persamaan dan perbezaan bahagian tubuh mereka dengan rakan-rakan.Ada yang berambut kerinting dan ada yang berambut lurus.Ada yang boleh menggulung lidah.
Standard Kandungan:
Sains Hayat
2.1 Memahami bahagian dan fungsi tubuh manusia. 2.2 Menghargai bahagian tubuh kita.
Standard Pembelajaran
2.1.1 Mengenalpasti bahagian tubuh manusia iaitu mata, telinga, hidung, mulut, lidah, tangan, kaki.
2.1.2 Menceritakan tentang fungsi dan kepentingan bahagian-bahagian. tubuh manusia.
2.1.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
2.2.1 Menghormati dan menerima keadaan diri seseorang.
Tempoh Masa: 2 waktu
Sumber: 1. Gambar jenis rambut yang berbeza
2. Lembaran Kerja 1 - Penilaian 3. Lembaran Kerja 2 - Penilaian. 4. Lembaran Kerja 3 - Pemulihan 5. Lembaran Kerja 4 - Pengayaan. 6. Lembaran Kerja 5 - Pengayaan.
Aktiviti: Aktiviti 1
1. Guru membimbing murid menyanyikan lagu “Kalau rasa Gembira” (lampiran 1)
2. Guru mengedarkan sampul yang mengandungi gambar bahagian muka kepada kumpulan. ( Lampiran 2)
3. Murid menampal bahagian-bahagian muka pada lakaran muka.
4. Guru membimbing murid mengenali bahagian-bahagian tubuh yang lain. ( Lampiran 3 )
Aktiviti 2
1. Guru meminta dua orang murid ke hadapan.(Nota Guru: pastikan murid itu mempunyai perbezaan sifat fizikal yang ketara)
(22)
Kita Serupa Tapi Tidak Sama
17
2. Guru meminta murid untuk memerhati persamaan dan perbezaan di antara keduanya. (Cth:Apakah persamaan yang mereka ada? Apakah pula perbezaan yang antara mereka?)
3. Guru menunjukkan gambar jenis rambut.(iaitu: kerinting dan lurus). (Lampiran 1)
4. Guru meminta murid mengenal pasti jenis rambut masing-masing berdasarkan gambar yang diberi.
5. Guru meminta murid yang mempunyai jenis rambut yang sama berkumpul mengikut gambar yang disediakan.
6. Ulangi aktiviti di atas dengan melihat perbezaan pada kebolehan menggulung lidah.
7. Guru membimbing murid mensyukuri dan membuat rumusan tentang kepentingan persamaan dan perbezaan antara manusia. ( Cth:Mengapa manusia berbeza-beza? Apa yang akan berlaku jika semua manusia sama?)
Penilaian: 1. Murid menyiapkan Lembaran Kerja 1 dan 2
Aktiviti Pemulihan:
1. Murid menyiapkan Lembaran Kerja 3.
Aktiviti Pengayaan:
1. Murid menyiapkan Lembaran Kerja 4 dan 5.
http://www.nps.k12.nj.us/vailsburg/VMS%20Human%20Genetics/traits.ht m).
Nota : Sumber dari Internet
(23)
Kita Serupa Tapi Tidak Sama
(24)
Kita Serupa Tapi Tidak Sama
(25)
Kita Serupa Tapi Tidak Sama
(26)
Kita Serupa Tapi Tidak Sama
(27)
Kita Serupa Tapi Tidak Sama
(28)
Kita Serupa Tapi Tidak Sama
(29)
Kita Serupa Tapi Tidak Sama
(30)
Kita Serupa Tapi Tidak Sama
(31)
Kita Serupa Tapi Tidak Sama
(32)
Kita Serupa Tapi Tidak Sama
(33)
Kita Serupa Tapi Tidak Sama
(34)
Kita Serupa Tapi Tidak Sama
29
(35)
Kita Serupa Tapi Tidak Sama
30
(36)
Kita Serupa Tapi Tidak Sama
(37)
Kita Serupa Tapi Tidak Sama
(38)
Kita Serupa Tapi Tidak Sama
33
!
"
(39)
Kita Serupa Tapi Tidak Sama 34
#
http://www.nps.k12.nj.us/vailsburg/VMS%20Human%20Genetics/traits.htm).$
% $
#
"$
&
'
'
$'
'
'
('
'
&'
'
'
!'
'
(40)
35
Topik: Siapa saya?
Ringkasan: Murid akan didedahkan dengan pelbagai jenis haiwan di
persekitaran mereka seperti ikan, kucing, burung, kura-kura, arnab, ular, katak, rama-rama, belalang, semut, lembu, ayam, lalat, siput babi
Standard Kandungan:
Sains Hayat
3.1 Menganalisis haiwan dan bahagian tubuh haiwan.
Standard Pembelajaran:
3.1.1 Mengenal pasti haiwan yang terdapat di sekeliling seperti kucing, ikan, burung, ular, katak, lipas, siput dan rama-rama. 3.1.5 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
Tempoh masa: 2 waktu
Sumber: 1. Sampul surat berisi gambar-gambar haiwan. 2. Model dan kotak hitam
3. Lembaran kerja 1 (Penilaian) 4. Lembaran kerja 2 (Penilaian). 5. Lembaran kerja 3 (Pemulihan) 6. Lembaran kerja 4 (Pengayaan)
Aktiviti: Aktiviti 1
1. Guru menunjukkan sebuah kotak hitam yang diisi dengan model atau gambar haiwan.
2. Guru meminta murid menyoal beberapa soalan untuk
mendapatkan maklumat berkaitan haiwan yang ada di dalam kotak tersebut.
3. Guru membantu murid dengan memberikan jawapan 'ya' atau 'tidak' untuk setiap soalan yang dikemukakan oleh murid.
4. Guru meminta murid meneka haiwan tersebut.
5. Guru menunjukkan haiwan yang ada di dalam kotak hitam tersebut.
6. Guru mengesahkan jawapan murid dengan menunjukkan gambar atau model haiwan tersebut
(41)
36 Aktiviti 2
1. Guru mengedarkan beberapa sampul surat berisi sekurang-kurangnya 2 keping gambar haiwan kepada setiap
kumpulan.( Lampiran 1)
2. Guru meminta murid menamakan dan mengeja nama haiwan tersebut secara berkumpulan.
3. Guru meminta kumpulan memperkenalkan haiwan-haiwan tersebut kepada rakan-rakan sekelas yang lain.
4. Guru mengadakan perbincangan dengan murid-murid berkaitan haiwan-haiwan tersebut.
Aktiviti 3
1. Guru meminta murid-murid menyatakan kepentingan haiwan-haiwan tersebut. Cth: Apakah yang akan berlaku jika tiada haiwan ini? Cth: Ayam
Pentaksiran: Guru meminta murid-murid menjawab soalan dalam Lembaran Kerja 1 dan 2
Aktiviti pemulihan:
Guru mengulangi proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai.
Murid menyiapkan lembaran kerja 3.
Aktiviti pengayaan
(42)
(43)
(44)
(45)
(46)
(47)
(48)
(49)
(50)
(51)
(52)
47
•
•
•
•
•
(53)
48
!
"
(54)
49
% &
& '
(
(55)
50
l l t b r n g r m - r m
k t k b l l n g k c n g
y m l p s k n r n b
l m b s p b i
k r - u r u a
'
(56)
51
a
k n
b
k n l
l
r a - a
r
-
b
s g
a
k
s t b
t
l l
# $
(57)
52
# $
'
) '
(58)
53
Tajuk: YANG MANA SATU?
Ringkasan: Murid akan mengenalpasti, membanding dan membezakan bahagian-bahagian badan haiwan.
Standard Kandungan:
Sains Hayat
3.1 Menganalisis haiwan dan bahagian tubuh haiwan.
Standard
Pembelajaran: 3.1.2 Mengenal pasti bahagian-bahagian tubuh haiwan iaitu mata, mulut, telinga, paruh, sayap, kaki, ekor, sirip, sisik, bulu, tanduk, sesungut dan cengkerang
3.1.3 Membanding dan membezakan bahagian tubuh satu haiwan dengan bahagian tubuh haiwan-haiwan yang lain.
3.1.4 Mengitlakkan bahawa ada haiwan yang mempunyai ciri yang sama dan berbeza.
3.1.5 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
Tempoh masa: 8 waktu
Sumber: 1. Sampul surat berisi gambar haiwan. 2. Lembaran kerja 1 (Penilaian)
3. Lembaran kerja 2 (Penilaian). 4. Lembaran kerja 3 (Penilaian) 5. Lembaran kerja 4 (Pemulihan) 6. Lembaran kerja 5 (Pemulihan) 7. Lembaran kerja 6 (Pengayaan)
Aktiviti: Aktiviti 1
1. Guru menunjukkan sekeping gambar haiwan yang tidak lengkap ataupun haiwan yang mempunyai sifat-sifat tambahan yang lain.
2. Guru meminta murid meneka haiwan tersebut. (Lampiran 1 - gambar arnab tanpa ekor dan telinga).
3. Guru meminta murid meneka haiwan tersebut (Lampiran 2 - gambar ikan tanpa ekor, mata dan sirip)
4. Guru membimbing murid untuk merumuskan kepentingan haiwan mempunyai bahagian-bahagian tubuh yang lengkap.
(59)
54 Aktiviti 2.
1. Guru mengedarkan sampul surat berisi gambar 2 jenis haiwan yang ditandakan dengan anak panah pada bahagian-bahagian tertentu pada haiwan tersebut. ( Lampiran 3) 2. Guru meminta murid melabelkan bahagian-bahagian yang
ditandakan.
3. Guru meminta murid-murid membuat perbandingan di antara 2 jenis haiwan tersebut.
4. Guru mejalankan perbincangan dengan murid-murid mengenai bahagian-bahagian badan haiwan yang telah dilabelkan.
Aktiviti 3
1. Guru meminta pendapat murid-murid mengenai kepentingan bahagian-bahagian badan haiwan tersebut.
Cth: Apakah yang akan berlaku jika siput babi tiada cengkerang?
Pentaksiran: Guru meminta murid menjawab soalan dalam Lembaran Kerja 1,2 dan 3
Aktiviti pemulihan:
Guru mengulangi proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang sesuai. Murid menyiapkan lembaran kerja 4 dan 5.
Aktiviti pengayaan
(60)
(61)
(62)
(63)
(64)
(65)
(66)
(67)
(68)
(69)
64
(70)
65
" "
"
" "
"
" "
#
(71)
66
"
#
$
"
"
"
(72)
67
%
& !
'
!
(
)
•
•
•
•
•
•
(73)
Serupakah kita?
68
Tajuk: SERUPAKAH KITA?
Ringkasan: Murid boleh mengenal pasti persamaan dan perbezaan bahagian-bahagian tubuh pada satu haiwan berbanding bahagian-bahagian tubuh haiwan yang lain serta dapat membuat kesimpulan bahawa terdapat haiwan yang mempunyai ciri yang sama dan berbeza.
Standard Kandungan:
Sains Hayat
3.1 Menganalisis haiwan dan bahagian tubuh haiwan.
Standard Pembelajaran:
3.1.3 Membanding dan membezakan bahagian tubuh satu haiwan dengan bahagian tubuh haiwan-haiwan yang lain.
3.1.4 Mengitlak bahawa ada haiwan yang mempunyai mempunyai ciri yang sama dan berbeza.
.
Tempoh masa: 3 waktu
Sumber: 1. Slaid gambar haiwan 2. Kad gambar haiwan 3. Lembaran Kerja
Aktiviti:
1. Guru menayangkan slaid power point atau kad gambar satu haiwan dan bersoaljawab dengan murid tentang bahagian-bahagian tubuh pada haiwan tersebut.
2. Guru menayangkan dua jenis haiwan satu persatu dan bersoaljawab dengan murid. Hasil maklum balas daripada murid dicatatkan pada borang pengurusan grafik yang telah disediakan pada kertas majong.
Contoh soalan:
1. Apakah nama haiwan ini?
Kucing
2. Namakan bahagian-bahagian tubuh yang terdapat pada seekor kucing.
Ekor, kaki, mata, mulut. misai, ekor Nota:
1. Sambil bersoaljawab dengan murid guru menandakan respon murid pada borang pengurusan grafik yang dipamerkan di hadapan kelas.
(74)
Serupakah kita?
69
Contoh borang pengurusan grafik pada kertas majong.
3. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil . 4. Guru mengedarkan dua jenis gambar jenis haiwan kepada
setiap kumpulan.
5. Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan bahagian-bahagian tubuh yang terdapat gambar haiwan yang diberikan.
6. Murid merekodkan dapatan dalam borang pengurusan grafik (Lembaran Kerja 1) yang diedarkan kepada setiap kumpulan. 7. Guru memantau maklumat yang direkodkan oleh setiap
kumpulan dan meminta murid dalam setiap kumpulan menceritakan dapatan mereka.
8. Guru membimbing murid dalam setiap kumpulan untuk
membuat kesimpulan bahawa terdapat haiwan yang mempunyai ciri yang sama dan ada yang berbeza.
Guru menerapkan nilai mensyukuri nikmat kurniaan Tuhan dan cara memelihara dan memulihara haiwan.
Bahagian- bahagian Tubuh haiwan
Kaki / /
Ekor / /
Mata / /
Hidung /
Sayap /
Paruh /
Bulu / /
Mulut /
(75)
Serupakah kita?
70
Pentaksiran: 1. Murid menjawab Lembaran Kerja 1(Penilaian secara kumpulan)
Aktiviti pemulihan:
1. Murid menjawab Lembaran Kerja 1 dengan bimbingan guru
Aktiviti
(76)
Serupakah kita?
71
!
"
#
!
(77)
Serupakah kita?
72
!
"
#
!
(78)
Apa yang saya ada?
73
Tajuk: APA YANG SAYA ADA?
Ringkasan: Murid diperkenalkan kepada jenis-jenis tumbuhan dan bahagian-bahagian tumbuhan.
Standard Kandungan:
SAINS HAYAT
4.1 Menganalisis tumbuhan dan bahagian tumbuhan.
Standard Pembelajaran:
4.1.1 Mengenal pasti tumbuhan yang terdapat di sekeliling seperti rumput, paku-pakis, pokok mangga, pokok kelapa, pokok bunga raya, pokok nanas, pokok keembong, pokok bunga ros, pokok orkid dan pokok pisang.
4.1.2 Mengenal pasti bahagian-bahagian tumbuhan iaitu pucuk, daun, bunga, buah, dahan, batang dan akar dengan memerhati tumbuhan sebenar. .
4.1.3 Membanding dan membezakan bahagian satu tumbuhan dengan tumbuhan-tumbuhan yang lain melalui penyiasatan.
4.1.4 Mengitlakkan bahawa ada tumbuhan yang mempunyai ciri yang sama dan ada ciri yang berbeza.
4.1.5 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
Tempoh masa: 4 waktu
Sumber: 1. Kertas A4 kosong
2. Lembaran Kerja 1 - Penilaian 3. Lembaran Kerja 2 - Penilaian 4. Lembaran kerja 3 - Pengayaan 5. Nota
6. Kad perkataan
Aktiviti:
Aktiviti 1
1. Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil yang mengandungi tidak lebih dari 4 orang.
2. Murid diminta melukis dan menamakan satu tumbuhan yang mereka kenali yang terdapat di kawasan persekitaran sekolah. 3. Murid membuat pembentangan mengenai lakaran mereka di
hadapan kelas.
Aktiviti 2
1. Guru meminta murid melabelkan bahagian-bahagian pokok dengan mengikat kad perkataan pada bahagian-bahagian yang betul.
2. Guru membimbing murid membaca nama dan bahagian-bahagian tumbuhan yang dipilih. (nota)
(79)
Apa yang saya ada?
74
Aktiviti 3
3. Guru meminta murid membanding dan membezakan ciri-ciri fizikal tumbuhan yang telah dilakar oleh murid.
a) Guru memilih 2 lakaran murid dan tampal di papan tulis. b) Guru menyoal murid tentang dua lakaran yang
dipamerkan.
c) Guru menyoal apa yang sama dan berbeza.
Penilaian:
1. Meminta murid mengeja nama tumbuh-tumbuhan yang ditulis di papan tulis.
2. Murid-murid diminta menyiapkan lembaran kerja 1 dan 2.
Aktiviti pemulihan:
Guru mengulangi proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah pengajaran yang berbeza.
Aktiviti pengayaan
(80)
Apa yang saya ada?
75 pokok bunga
mawar
pokok keembung
paku -pakis pokok
bunga raya
(81)
Apa yang saya ada?
(82)
Apa yang saya ada?
(83)
Apa yang saya ada?
(84)
Apa yang saya ada?
79
•
•
•
•
•
daun
batang bunga
buah
(85)
Tidak Semuanya Sama
80
Tajuk: TIDAK SEMUANYA SAMA
Ringkasan: Murid boleh mengenal pasti persamaan dan perbezaan bahagian-bahagian yang terdapat pada satu tumbuhan berbanding tumbuhan yang lain serta dapat membuat kesimpulan bahawa terdapat
tumbuhan yang mempunyai ciri yang sama dan berbeza.
Standard Kandungan:
Sains Hayat
4.1 Menganalisis tumbuhan dan bahagian tumbuhan 4.3 Menghargai pelbagai tumbuhan di sekeliling kita
Standard Pembelajaran:
4.1.3 Membanding dan membezakan bahagian satu tumbuhan dengan tumbuhan-tumbuhan yang lain melalui penyiasatan. 4.1.4 Mengitlak bahawa ada tumbuhan yang mempunyai ciri yang
sama dan ada ciri yang berbeza.
4.3.1 Meramalkan secara lisan keadaan di muka bumi jika hanya terdapat satu jenis tumbuhan sahaja.
Tempoh masa: 3 waktu
Sumber: 1. Slaid gambar tumbuhan 2. Kad gambar tumbuhan 3. Lembaran kerja 4. Tumbuhan sebenar
Aktiviti:
1. Guru menayangkan slaid power point atau kad gambar tumbuhan dan bersoaljawab dengan murid tentang bahagian-bahagian pada tumbuhan tersebut.
2. Guru menayangkan tiga jenis tumbuhan satu persatu dan
bersoaljawab dengan murid. Hasil maklum balas daripada murid dicatatkan pada borang pengurusan grafik yang telah disediakan pada kertas majong.
Contoh soalan:
1. Apakah nama tumbuhan ini?
Pokok bunga raya
2. Namakan bahagian-bahagian yang terdapat pada tumbuhan ini.
Batang, daun, bunga, pucuk
3. Bagaimanakah keadaan batang pokok bunga raya?
Batang berkayu
4. Apakah warna bunga raya? Merah
5. Apakah warna daun bunga raya?
(86)
Tidak Semuanya Sama
81
Nota: Soalan diulang untuk jenis tumbuhan yang lain. Contoh borang pengurusan grafik pada kertas majong.
3. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil . 4. Guru mengedarkan tiga jenis tumbuhan kepada setiap
kumpulan.
5. Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti
persamaan dan perbezaan bahagian-bahagian tumbuihan yang terdapat pada tumbuhan yang diberikan.
6. Murid merekodkan dapatan dalam borang pengurusan grafik (Lembaran Kerja 1) yang diedarkan kepada setiap kumpulan. 7. Guru memantau maklumat yang direkodkan oleh setiap
kumpulan dan meminta murid dalam setiap kumpulan menceritakan dapatan mereka.
8. Guru membimbing murid dalam setiap kumpulan untuk membuat kesimpulan bahawa terdapat tumbuhan yang mempunyai ciri yang sama dan ada yang berbeza.
9. Guru menerapkan nilai mensyukuri nikmat kurniaan Tuhan dan cara memelihara dan memulihara tumbuh-tumbuhan.
10. Akhir sekali guru mengemukakan soalan untuk mendapatkan pandangan murid.
Soalan: Bagaimanakah keadaan di muka Bumi jika terdapat hanya satu jenis tumbuhan sahaja?
Bahagian- bahagian tumbuhan Batang berkayu / Batang tidak berkayu / / Berbunga / / Tidak berbunga / Berbuah / Tidak berbuah / /
(87)
Tidak Semuanya Sama
82
Pentaksiran: 1. Murid menjawab Lembaran Kerja 1(Penilaian secara kumpulan)
Aktiviti pemulihan:
1. Murid menjawab Lembaran Kerja 2 dengan bimbingan guru
Aktiviti
pengayaan 1. Murid menjawab Lembaran Kerja 3 2. Murid menjawab Lembaran Kerja 4
(88)
Tidak Semuanya Sama
(89)
Tidak Semuanya Sama
(90)
Tidak Semuanya Sama
(91)
Tidak Semuanya Sama
86
(92)
Betapa istimewanya saya!
Modul Teras Tema: Dunia Sains dan Teknologi 87
Tajuk: Betapa istimewanya saya!
Ringkasan: Murid membuat produk daripada bahagian-bahagian tumbuhan.
Standard Kandungan:
SAINS HAYAT
4.2 Mencipta produk daripada bahagian – bahagian tumbuhan.
Standard Pembelajaran:
4.2.1. Mereka bentuk produk seperti penanda buku,potpori, kolaj dan kraftangan seperti tikar, topi, penyapu, bakul, ketupat dengan menggunakan bahagian-bahagian tumbuhan. 4.2.2. Menceritakan tentang hasil ciptaan secara lisan.
Tempoh masa: 3 waktu
Sumber: 1. Bunga dan daun 2. Surat khabar 3. Buku tebal 4. Kad manila
Aktiviti:
Aktiviti 1
1. Murid mengumpul bunga dan daun dari kawasan persekitaran sekolah.
2. Murid menyusun bunga dan daun di antara kepingan surat khabar dan memastikan bunga dan daun itu tidak bersentuhan antara satu sama lain.
3. Murid menutup bunga dan daun itu dengan surat khabar dan meletakkan sebuah buku yang tebal di atasnya.
4. Biarkan selama seminggu.
Aktiviti 2
1. Murid menampal bunga dan daun kering di atas kepingan keras 2. Murid mempamerkan hasil projek di hadapan kelas.
3. Hasil projek boleh dijadikan penanda buku.
4. Murid menjual hasil kerja untuk mengutip dana kelas.
5. Guru meminta murid memberi cadangan penambahbaikan hasil kerja mereka.
Pentaksiran: 1. Mempamerkan hasil kerja/projek.
Aktiviti pemulihan: Aktiviti pengayaan
(93)
88
Tajuk: DERIA PENGLIHATAN KITA
Ringkasan: Dalam topik ini, murid akan mengenalpasti bahagian anggota badan yang berhubungkait dengan deria penglihatan, kepentingan deria penglihatan dan mensyukuri anugerah Tuhan tersebut.
Standard Kandungan :
Sains Fizikal
5.1 Mengaplikasikan pengetahuan tentang pelbagai warna.
Standard Pembelajaran:
5.1.1 Mengenal pasti bahagian tubuh manusia yang berkaitan dengan deria penglihatan.
5.1.3 Menaakul kepentingan warna dalam kehidupan secara lisan.
Tempoh masa: 2 waktu
Sumber:
1. Lampiran 1 (Kad Ujian Mata) 2. Lampiran 2 (10 gambar objek) 3. Kain penutup mata
4. Lembaran Kerja 1 (Menghargai mata)
5. Lembaran Kerja 2 (Cantuman gambar mata)
6. Lembaran Kerja 3 (Padankan mata mengikut haiwan) 7. MS PowerPoint (Slaid 10 gambar objek)
Aktiviti: 1. Guru menunjukkan kad pengujian mata di hadapan kelas (Lampiran 1). Murid-murid dikehendaki menutup sebelah mata menggunakan tapak tangan dan menyebut huruf-huruf yang ditunjukkan oleh guru.
2. Guru menyoal sama ada abjad yang ditunjukkan adalah jelas atau tidak. 3. Murid diminta menyatakan apakah deria yang diperlukan untuk
menjalankan aktiviti tersebut.
4. Guru menerangkan mata merupakan salah satu daripada deria yang dimiliki oleh manusia.
5. Guru memaparkan 10 gambar di skrin dengan menggunakan LCD (Lampiran 2 / Slaid powerpoint ). Murid diberi 1 minit untuk mengingati gambar yang dipaparkan .
6. Setelah paparan tersebut dipadamkan, murid dikehendaki menyebut seberapa banyak objek yang telah dilihat.
7. Guru mengaitkan objek yang dilihat dengan deria penglihatan (contoh objek-objek yang dilihat adalah dengan menggunakan deria penglihatan dan bukannya organ deria yang lain)
8. Guru memanggil dua orang murid kehadapan dan menutup mata salah seorang daripada mereka dengan menggunakan sehelai kain.
9. Guru memberi arahan dan meminta murid yang berkenaan mengikuti arahan tersebut. (contoh: bergerak ke arah meja guru, mengambil sebuah buku yang terdapat pada meja yang berhampiran)
(94)
89
10. Murid yang lain dikehendaki membuat penilaian dan perbandingan berdasarkan tingkah laku aktiviti yang dijalankan.
11. Dua orang murid yang berkenaan dikehendaki untuk menceritakan pengalaman yang dilalui hasil daripada aktiviti yang dijalankan.
12. Guru menjelaskan tentang kepentingan deria penglihatan dalam kehidupan seharian. Murid dikehendaki mensyukuri dan menghargai anugerah yang dikurniakan oleh Tuhan.
13. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid (Lembaran Kerja 1). Murid dikehendaki melengkapkan helaian yang diberikan berdasarkan jawapan yang disediakan
Penilaian: Lembaran Kerja 1
Aktiviti Pemulihan:
Murid diberikan gambar cantuman dan ejaan mata (Lembaran Kerja 2) . Murid dikehendaki menggunting dan mencantumkan cantuman tersebut supaya menjadi gambar dan ejaan mata yang lengkap .
Aktiviti Pengayaan:
Murid diberikan helaian (Lembaran Kerja 3). Murid dikehendaki memadankan gambar mata yang sesuai dengan haiwan yang betul.
(95)
90
• Murid dikehendaki menutup sebelah mata dengan menggunakan tapak
tangan.
• Murid diminta memerhati dan menyebut huruf-huruf yang ditunjukkan
(96)
91
• Guru memaparkan 10 objek di hadapan kelas.
• Murid diberikan masa selama 1 minit untuk memerhatikan dan
mengingat objek tersebut.
• Murid dikehendaki menyebut objek-objek tersebut setelah paparan
(97)
92
• Lukiskan gambar mata pada tempat yang betul. • Lengkapkan penyataan di bawah
(98)
(99)
94
•
(100)
95
Tajuk: DUNIA WARNA
Ringkasan: Dalam topik ini, murid akan mengenalpasti pelbagai warna iaitu biru, merah, hijau, kuning, putih, hitam, ungu, perang dan jingga.
Standard Kandungan:
Sains Fizikal
5.1 Mengaplikasikan pengetahuan tentang pelbagai warna.
Standard Pembelajaran:
5.1.2 Mengenal pasti warna iaitu hitam, putih, biru, merah, hijau, kuning, ungu dan jingga
5.1.3 Menaakul kepentingan warna dalam kehidupan secara lisan
5.1.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
Tempoh masa:
2 waktu
Sumber: 1. Jalur Gemilang
2. Kad warna (biru, merah, kuning, putih) 3. Lampiran 1
4. Lembaran Kerja 1 (Penilaian) 5. Lembaran Kerja 2 (Penilaian) 6. Lembaran Kerja 3 (Pemulihan) 7. Lembaran Kerja 4 (Pengayaan) 8. Lembaran Kerja 5 (Pengayaan) 9. LCD
10. MS PowerPoint/Lampiran 3 (Warna-warna berbeza)
Aktiviti: 1. Guru menunjukkan Jalur Gemilang dan murid menyatakan warna-warna yang terdapat pada jalur gemilang.
2. Guru membahagikan murid kepada kumpulan dan setiap
kumpulan dibekalkan dengan satu kad berwarna
berdasarkan warna-warna yang terdapat pada jalur gemilang (biru, merah, kuning, putih).
3. Guru membawa murid keluar dari kelas. (contoh: ke tempat letak kereta atau tapak perhimpunan).
4. Murid memerhatikan objek di sekeliling yang mempunyai warna yang sama mengikut kumpulan masing-masing (contoh kenderaan, tiang, pasu, bangunan sekolah dan sebagainya).
5. Murid menyenaraikan dan menamakan objek yang dilihat dengan warna kumpulan.
6. Guru menjelaskan bahawa objek-objek di sekeliling mempunyai warna-warna tertentu.
(1)
V
!
"
"
0
#
$ %
(2)
(#
*#
.#
/#
'#
1#
2#
3#
4
# $
#
(3)
5
#
(4)
#
&
(
(5)
+
#
(6)