sertifikat pelatihan penulisan proposal penelitian hibah. doc

1.0 PENGENALAN
Pendidikan pemulihan merupakan satu tunjang pendidikan yang penting dalam
membantu murid-murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran 3M. Dipetik daripada
Kementerian Pendidikan Malaysia,Jabatan Pendidikan Khas (1999) dalam Buku Panduan
Perlaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas melaporkan bahawa ”berdasarkan
laporan penyelidikan menunjukkan antara sepuluh hingga lima belas peratus dalam
kalangan murid-murid sekolah masih menghadapi masalah kegagalan menguasai 3M
khususnya kemahiran asas pembacaan”. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pentingya
peranan pendidikan pemulihan dalam membantu murid-murid yang tercicir dalam arus
pendidikan pada masa kini. Menurut Sharifah (1979) Pengajaran pemulihan ialah
pengajaran melalui pendekatan dan kaedah yang khusus untuk murid-murid yang terlalu
lemah.

Oleh sebab itu, guru haruslah bersifat terbuka dan lebih kreatif dalam menyampaikan
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas seiring dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Negara menggariskan bahawa pendidikan berperanan untuk melahirkan insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Penyampaian pengajaran yang kreatif daripada guru merupakan aspek mandatori
yang wajib dikuasai oleh semua guru-guru agar murid dapat merasai pelbagai aneka
pengajaran yang menyeronokkan di dalam mahupun di luar kelas. Suasana pembelajaran

juga sangat mempengaruhi faktor belajar murid di dalam kelas. Isu ini akan berlanjutan
sekiranya guru tidak mengambil inisiatif dalam memperbaiki mutu dan kualiti pengajaran

1

di dalam kelas. Hal seperti inilah yang menyebabkan masih terdapat murid yang tidak
dapat menguasai kemahiran asas 3M biarpun banyak program pendidikan telah
dilaksanakan. Dale (1969), menyatakan bahawa pengajaran dapat ditingkatkan dengan
berkesan bila dibantu dengan media yang membolehkan pengalaman dalam ingatan.
Penglibatan melalui pengalaman merupakan cara yang paling berkesan dalam
pembelajaran.

Menyedari akan kepentingan unsur kreativiti dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ini, penyelidik telah menjadikan unsur bahan media 3 dimensi sebagai
unsur ransangan dalam penyampaian ilmu. Penyelidik mengaplikasikan kaedah kad “pop
up” dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca KV+KV. Kaedah kad “pop
up” ini merupakan teknik menggunakan ransangan bahan 3 dimensi untuk meningkatkan
keupayaan membaca suku kata KV+KV. Teknik ini mengandungi unsur media sebagai
medium penyampaian ilmu yang lebih menarik dan kreatif. Unsur media yang kreatif
akan memberikan kesan pembelajaran yang bermakna kepada belajar khususnya pada

pelajar-pelajar yang masih lemah dalam penguasaan kemahiran 3M.

Menurut Abdul Rahman Abdul Rashid (1995), penggunaan bahan bantu mengajar
yang sesuai dan menarik dalam proses pengajaran asas bacaan dalam kelas pemulihan
adalah penting kerana ia dapat mempertingkatkan kejayaan pembelajaran, lebih-lebih lagi
untuk mata pelajaran pengajaran Bahasa Malaysia. Hal ini bermakna guru perlulah
bertindak kearah proaktif dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di
kelas dengan pengajaran yang lebih berpusatkan murid dan bahan. Pengajaran guru

2

tidaklah seharusnya berfokuskan kepada aktiviti kognitif sahaja tetapi ia haruslah juga
tertumpu pada fokus-fokus yang lain. Keseluruhan aspek ini tidak kurang pentingnya
dalam menjana individu murid yang seimbang dan menyeluruh.

Cadangan aplikasi kaedah kad “pop up” ini telah disesuaikan dengan masalah murid
yang masih lemah dalam penguasaan kemahiran membaca suku kata KV+KV. Oleh
sebab itu, pengkaji akan menjalankan kaedah ini sebagai intervensi dalam meningkatkan
kemahiran membaca suku kata KV+KV dan hal ini disokong oleh Munirah dan Pajuzi
(2010) yang menyatakan bahawa seorang murid akan lebih memahami dan mengingati isi

pelajaran melalui bahan sokongan. Justeru, penggunaan bahan sokongan seperti kad “pop
up” ini akan membantu murid dalam menguasai kemahiran membaca suku kata KV+KV
dengan lebih baik.

Kesimpulannya, penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran ini dapat
memberikan impak yang positif serta menyeronokkan dalam pengalaman pembelajaran
murid-murid. Sehubungan dengan itu, hasil pemerhatian daripada praktikum fasa 1 dan
fasa 2, penyelidik telah dapat mengenalpasti aspek masalah murid dan menjadikannya
sebagai landasan dalam penyelidikan pada praktikum fasa 3.

1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu
Bersandarkan daripada pengalaman semasa praktikum fasa 1 dan 2, saya telah
mengenalpasti suatu masalah yang sering dihadapi oleh segelintir murid pemulihan.
Masalah yang dihadapi oleh murid ialah masih belum menguasai kemahiran membaca

3

suku kata KV+KV. Daripada pemerhatian lalu, murid tidak dapat mengeja dan
membunyikan dengan betul perkataan KV+KV ini seperti perkataan buku,bata,laci dan
lain-lain lagi. Hal ini menyebabkan murid yang belum menguasai kemahiran ini akan

sukar untuk membaca buku, soalan peperiksaan,arahan dan lain-lain lagi yang akan
mengakibatkan rekod prestasi mereka merosot.

Saya seterusnya melakukan temu bual bersama beberapa orang murid pemulihan
bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai kemahiran ini. Terdapat beberapa orang
murid pemulihan memberikan respon bahawa membaca suku kata KV+KV adalah sangat
sukar bagi mereka. Sebagai tindakan susulan, saya telah menjalankan satu pemerhatian
tidak langsung terhadap sesi pengajaran guru di kelas pemulihan bagi kemahiran
membaca suku kata KV+KV. Daripada hasil pemerhatian, didapati guru menggunakan
kaedah konvensional iaitu kaedah chalk and talk. Daripada pemerhatian tersebut, didapati
murid kurang memberi perhatian terhadap pengajaran guru dan tidak menunjukkan minat
mereka. Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa penyampaian pengajaran guru di kelas tidak
berjaya menarik perhatian murid-murid yang menyebabkan murid berasa bosan dan tidak
bersemangat untuk mengikuti sesi PdP di kelas. Murid berkelakuan sambil lewa dan tidak
memberikan perhatian kepada guru yang mengajar di hadapan kelas. Oleh sebab itu, pada
akhir PdP, terdapat segelintir murid yang tidak dapat menyiapkan lembaran kerja yang
diedarkan oleh guru. Menurut Abdul Ghani, Abd. Rahman, dan Abdul Rashid (2007)
menyatakan bahawa kaedah pengajaran semata-mata belum tentu dapat menghasilkan
pengajaran yang berkualiti. Justeru itu, saya merasakan bahawa kaedah konvensional
yang digunakan oleh guru dalam penyampaian PdP adalah kurang sesuai digunakan pada


4

murid-murid pemulihan.

Menyedari akan isu ini, saya akan menjalankan satu kajian yang akan membantu
murid menguasai masalah dalam penguasaan topik ini secara khusus. Saya akan
menhubungkaitkan pelbagai elemen pengajaran yang kreatif, mudah dan berkesan dalam
membantu murid pemulihan menguasai kemahiran membaca suku kata KV+KV dengan
lebih baik. Kesemua aspek ini telah membantu penyelidik dalam menghasilkan satu
kaedah alternatif yang lebih berkesan kepada murid-murid.

Di samping itu, berdasarkan refleksi yang lalu, penyampaian set induksi yang
berkesan juga dapat membantu menarik minat murid dalam mengikuti pembelajaran di
dalam bilik darjah. Guru seharusnya tidak mengambil mudah kepentingan penyampaian
set induksi kerana melalui set induksi, murid sendiri dapat menilai sejauh mana kualiti
pengajaran guru di dalam kelas. Penyampaian set induksi yang terlalu cepat dan secara
terus menerus akan menyebabkan murid tidak bersemangat mengikuti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Permulaan pengajaran dan pembelajaran juga boleh
diselitkan unsur-unsur humor yang membantu meningkatkan repo antara murid-guru dan

hasilnya murid akan memberikan tumpuan pada pengajaran guru. Menurut Abdul Ghani,
Abd. Rahman, dan Abdul Rashid (2007) menyatakan penggunaan humor dalam
pengajaran dan pembelajaran dapat memperbaiki suasana di dalam bilik darjah. Ini
menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan serta menarik perhatian pelajar.
Ringkasnya, unsur humor di dalam bilik darjah juga merupakan satu nilai tambah yang
boleh diterapkan di dalam penyampaian pengajaran terutamanya di dalam set induksi.

5

Kesimpulannya, hasil daripada refleksi pengalaman praktikum yang lalu, apa yang
dapat saya simpulkan di sini bahawa guru merupakan tunjang utama dalam memacu
kadar peningkatan proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna di dalam kelas.
Pelbagai aspek perlulah diambil kira dan dirancang oleh guru sebelum memulakan proses
PdP di dalam bilik darjah. Menurut N.S. Rajendran (2001), proses pengajaran dan
pembelajaran dipengaruhi oleh beberapa pembolehubah dan satu amalan pengajaran dan
pembelajaran yang berjaya dalam satu bilik darjah tidak semestinya akan juga berjaya
dalam bilik darjah yang lain. Ini kerana, bilik darjah yang satu lagi tetap berbeza daripada
bilik darjah yang sebelumnya dari aspek kesediaan guru, tahap pencapaian murid, bahan
sumber pengajaran dan pembelajaran yang digunakan serta waktu mengajar.


Justeru itu, pengetahuan dan penguasaan dalam aspek-aspek pedagogi di kalangan
golongan guru pastinya akan dapat membantu mereka dalam menjayakan proses
pengajaran dan pembelajaran yang dirancangkan seterusnya dapat mencapai objektif
pengajaran yang telah digariskan.

1.3 Refleksi nilai pendidikan
Sebagai seorang bakal guru, kemahiran penyampaian pengajaran ataupun kemahiran
pedagogi merupakan aspek teras yang perlu dikuasai secara kreatif dan inovatif. Guru
digesa untuk melaksanakan dan menjalankan pelbagai inovasi yang khususnya dapat
membantu kecemerlangan murid-murid. Hal ini disokong oleh Farhanah (2011) yang

6

menyatakan sistem pendidikan kini menggesa kaum guru menyelitkan unsur kreativiti
dalam penyampaian ilmu. Antara unsur kreativiti yang boleh diterapkan oleh guru dalam
penyampaian pengajaran ialah dengan menggunakan bahan bantu yang sesuai dan dapat
memacu kadar perkembangan kognitif murid terutamanya bagi murid-murid pemulihan.
Perubahan ini sangat penting kerana pendidikan sebelum ini tidak begitu memfokuskan
penggunaan bahan bantu sebagai agenda utama dalam penyampaian pengajaran dan
pembelajaran. Malahan, aspek pendidikan kita sebelum ini lebih bercorakkan

pembelajaran berpusatkan guru semata-mata. Oleh itu, perubahan dan penambahbaikan
telah dilaksanakan dalam nilai pengajaran guru yang lebih berpusatkan murid dan juga
bahan. Hal ini disokong oleh pernyataan Mann (1970), menyatakan bahawa guru yang
efektif dapat mengukuhkan ingatan pelajarnya terhadap sesuatu topik menerusi bahan
yang menarik dan kepelbagaian kaedah pengajaran yang dinamik. Merujuk kepada
pernyataan tersebut, jelaslah membuktikan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar
yang pelbagai adalah aspek teras dalam membentuk pemikiran murid yang lebih terbuka
dan tidak tertumpu pada satu fokus sahaja. Guru yang baik adalah individu guru yang
mempunyai kemahiran untuk mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman bermakna
murid dalam membentuk nilai kognitif yang konkrit dalam individu murid itu sendiri.

Sehubungan dengan itu, merujuk kepada isu dan permasalahan di dalam pengalaman
praktikum yang lalu, saya telah memilih untuk mengintegrasikan unsur-unsur kreativiti di
dalam proses pengajaran dengan penggunaan kaedah kad “pop up”. “Pop” dalam kamus
dewan bermaksud tindakan menarik atau mengeluarkan data yang disimpan pada
kedudukan atas tindan atur cara. Oleh itu, kad “pop up” membawa maksud satu kaedah

7

mengeluarkan data daripada keadaan yang tersembunyi secara menaik. Menurut Mok

(2008) pengalaman optimum belajar murid merangkumi tiga kriteria penting iaitu
pembelajaran melalui pengalaman langsung, penglibatan secara aktif dan kebebasan
belajar berdasarkan gaya belajar, berfikir dan minat murid. Kriteria-kriteria ini
terkandung di dalam bahan bantu kad “pop up” itu sendiri di mana hasil pengalaman
langsung pembelajaran dan juga penglibatan murid secara aktif secara langsung dapat
diterapkan dengan berkesan. Di samping itu, Menurut Silberman (2009), pembelajaran
memerlukan penglibatan mental dan perbuatan pelajar itu sendiri. Penglibatan mental ini
adalah penglibatan murid secara aktif bukan sahaja melalui soalan guru kepada murid,
malah ia merangkumi daripada aspek perbuatan dan penglibatan di dalam aktiviti yang
dijalankan oleh guru di dalam kelas. Dalam masa yang sama, peranan penyampaian
pengajaran guru sangat penting untuk meraih penglibatan murid yang positif di dalam
bilik darjah.

Hal ini kerana, guru perlulah menggunakan sepenuhnya pembelajaran berpusatkan
murid dan bahan untuk membantu murid menguasai kemahiran membaca suku kata
KV+KV. Tambahan lagi, menurut Ee (1997) menyatakan bahawa keseronokan dan
kepuasan dalam pengalaman akan merangsang murid untuk berusaha ke arah pencapaian
yang lebih tinggi. Hal ini membuktikan bahawa penggunaan kad “pop up” ini secara
langsung dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada muridmurid dan mampu mendorong murid dalam mencapai kemahiran pembelajaran yang
lebih tinggi.


8

Kesimpulannya, minat merupakan elemen yang sangat penting dalam proses PdP
.Oleh itu, minat mendorong murid untuk lebih bermotivasi dalam melibatkan diri dalam
aktivti pembelajaran dan guru haruslah mampu membina satu langkah pengajaran yang
dapat memupuk minat murid secara langsung dan bukannya hanya dengan berbekalkan
strategi chalk and talk dalam penyampaian pengajaran di kelas.

2.0 FOKUS PENYELIDIKAN
2.1 Pengenalan
Fokus penyelidikan yang dipilih oleh pengkaji adalah berlandaskan isu dan masalah
yang dihadapi oleh murid berdasarkan pengalaman praktikum yang lalu. Pelbagai aspek
telah dikenalpasti daripada dapatan maklumat serta pemerhatian yang dijalankan secara
langsung mahupun tidak langsung. Fokus penyelidikan ini perlulah dinyatakan dengan
jelas dan secara terus agar memudahkan pengkaji membuat perancangan intervensi serta
tindakan susulan yang berkaitan dengan isu permasalahan yang dihadapi oleh murid.

Sehubungan


dengan

aspek

berikut,

penyelidik

telah

memfokuskan

fokus

penyelidikan terhadap peningkatan kemahiran membaca suku kata KV+KV dengan
menggunakan kaedah kad “pop up”. Di dalam kajian ini, penyelidik akan memfokuskan
bagaimana penggunaan kaedah kad “pop up” ini mampu membantu murid pemulihan
secara khusunya meningkatkan kemahiran penguasaan membaca suku kata KV+KV.

9

2.2 Isu dan Pernyataan Masalah Penyelidikan
Kaedah pengajaran konvensional seperti kaedah chalk and talk telah dibuktikan
kurang sesuai dalam membina pemahaman kognitif murid yang kukuh terutamanya
dalam kalangan murid pemulihan. Hal ini kerana maklumat yang disampaikan oleh guru
kepada murid akan hanya berada di memori jangka pendek pelajar. Masalah yang
dihadapi oleh penyelidik ialah terdapat sebilangan kecil murid pemulihan yang masih
belum boleh menguasai kemahiran membaca suku kata KV+KV. Di samping itu, murid
juga kurang menunjukkan minat dalam topik ini. Oleh sebab itu, penyelidik cuba
melakukan intervensi yang sesuai kerana hal ini tidak seharusnya dipandang ringan oleh
semua guru. Jika isu ini berlanjutan, berkemungkinan besar murid akan terus tercicir
dalam aliran pendidikan di sekolah kerana tidak mampu membaca arahan soalan dan juga
tidak mampu mengutarakan pendapat dengan sempurna. Menurut Tang (2005), strategi
dan pendekatan tertentu boleh digunakan untuk membantu kita mengingat maklumat
yang banyak dan mengurangkan lupaan.

Lantaran daripada isu tersebut, penyelidik akan menggunakan dan mengaplikasikan
kaedah kad “pop up” dalam mengatasi masalah murid yang masih belum menguasai
kemahiran membaca suku kata KV+KV. Tambahan pula, menurut Shahabudin, Mahani
dan Ramlah (2003) menyatakan pelajar biasanya menunjukkan prestasi pencapaian yang
tinggi dalam subjek yang mereka minati sebab mereka dapat mengingati faktanya dengan
lebih baik dan penahanan maklumat tentang fakta itu juga lebih lama. Oleh sebab itu,

10

pengkaji juga mengaitkan unsur bahan bantu yang boleh menarik minat murid secara
langsung dalam pembelajaran kerana murid akan lebih faham jika memberi tumpuan
pada pengajaran guru yang kreatif dan inovatif. Lantaran itu, kajian ini berfokuskan
kepada penggunaan kad “pop up” dalam membantu memperbaiki nilai pengajaran guru
dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca suku kata KV+KV.

2.3 Tinjauan Literatur Masa Lalu
Penyelidikan terhadap penggunaan bahan bantu yang berasaskan 3 dimensi telah
banyak dijalankan oleh para penyelidik. Berdasarkan daripada tinjauan literatur yang
dilakukan, penyelidik mendapati bahawa bahan bantu mengajar yang berasaskan media 3
dimensi ini mampu membantu murid untuk mengenal, memahami dan meningkatkan
pengetahuan mereka mengenai sesuatu konsep pembelajaran yang dijalankan di dalam
bilik darjah.

Mohd. Azhar dan Othman (2006), mencadangkan agar para pendidik pada peringkat
prasekolah menekankan pengetahuan dan aplikasi kreativiti dalam pelbagai aspek
pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan hujah tersebut, guru adalah prospek
yang memainkan peranan penting dalam mengembangkan potensi kritis dan kreatif di
dalam bilik darjah. Hal ini dapat dilaksanakan dengan penggunaan bahan bantu mengajar
yang pelbagai serta berfungsi untuk menarik minat pelajar di samping menyampaikan
ilmu baharu kepada murid itu sendiri. Hal ini akan dapat menyuburkan budaya kreativiti
dan penguasaan unsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kognitif murid.

11

Tambahan lagi, menurut Christoper Wu Lei Wang (2012) menyatakan penggunaan
visual adalah merupakan salah satu strategi yang amat berkesan bagi membantu dan
meningkatkan proses pembelajaran. Penggunaan visual ini merangkumi pelbagai aspek
visual yang bergerak mahupun tidak bergerak. Peningkatan proses PdP boleh
ditingkatkan melalui teknik visual kerana murid lebih dapat memahami proses
pemahaman sesuatu konsep dengan lebih baik. Di samping itu, penggunaan visual ini
juga boleh dikaitkan dengan konsep 3 dimensi di mana menurut Poh (2000) menyatakan
bahawa alat bantu mengajar 3D ataupun Media Tiga Dimensi merupakan alat sebenar
atau perwakilannya. Konsep integrasi visual 3 dimensi ini sangat penting dalam
membantu murid dalam penguasaan kemahiran pembelajaran di samping memupuk minat
belajar dan berfikir dalam kalangan murid itu sendiri. Oleh sebab itu, penyelidikan ini
berfokuskan kepada penggunaan kaedah kad “pop up” yang menghubungkaitkan elemen
visual dan juga 3 dimensi dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca suku
kata KV+KV.

Nancy Bluemel dan Rhonda Harris Taylor (2012) menyatakan bahawa buku “pop
up” adalah buku yang melibatkan pergerakan dan interaksi melalui penggunaan kertas
yang mempunyai mekanisme seperti lipatan, gulungan, luncuran dan berpusing. Hal ini
membuktikan bahawa penggunaan kad mahupun buku “pop up ini adalah bahan bantu
mengajar yang mempunyai pelbagai mekanisme khusus untuk mengukuhkan pemahaman
murid dalam sesuatu konsep pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui daripada
mekanisme seperti ini, sesuatu penyampaian pengajaran akan menjadi lebih bermakna
kepada murid-murid di samping menarik minat mereka untuk mengikuti pengajaran guru

12

di dalam kelas. Tambahan pula, menurut Nancy Bluemel dan Rhonda Harris Taylor
(2012) menyatakan bahawa buku bergerak (movable books) ini mempunyai pelbagai
kejutan. Hal ini menjelaskan bahawa penggunaan kad “pop up” ini secara tidak langsung
memberikan elemen kejutan kepada murid-murid kerana murid lebih cenderung untuk
meneroka perkara-perkara baharu di dalam pembelajaran mereka. Oleh sebab itu,
penggunaan kad “pop up” ini dapat memacu nilai inkuiri penemuan dalam kalangan
individu murid itu sendiri.

Penyelidikan Syafiqa dan Hisham (2013) yang bertajuk “Penggunaan Buku Nombor
3D Dalam meningkatkan kemahiran menulis nombor bulat murid slow learner”.
Penyelidikan ini memfokuskan aspek membantu meningkatkan kemahiran murid slow
learner ini dalam menulis nombor bulat 0-9 dan juga memperbaiki kekemasan dalam
menulis nombor. Hasil daripada penyelidikan ini, setelah murid menggunakan Buku
Nombor 3D ini, mereka dapat menulis nombor dengan baik dan sama-sama dapat mengikuti
PdP yang diajar oleh penyelidik bersama rakan-rakan mereka yang lain. Berdasarkan
pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik, dapat diperhatikan skor tingkah laku responden
mengalami peratusan penurunan yang tinggi selepas penggunaan Buku Nombor 3D. Merujuk
kepada penyelidikan tersebut, hal ini bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh

penyelidik di mana penggunaan kad “pop up” ini dapat membantu murid dalam
meningkatkan penguasaan kemahiran membaca suku kata KV+KV dengan elemenelemen yang mampu menarik minat murid.

Keberkesanan kaedah “pop up” dalam pembelajaran juga dibuktikan melalui
penyelidikan Nor Nashirah dan Li Funn Phung (2013). Dapatan kajian daripada
13

penyelidikan ini mendapati bahawa penggunaan realiti tambahan buku “pop up” mampu
untuk meningkatkan motivasi mempelajari Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar
sekolah rendah jenis kebangsaan. Dalam kajian ini, penggunaan realiti tambahan buku
“pop up” ini mampu membawa pelajar ke arah pemikiran yang lebih terbuka
berlandaskan persekitaran sekeliling mereka. Tambahan pula, dengan penggunaan grafik
serta animasi-animasi bergerak, pengalaman pembelajaran yang bermakna dapat dipupuk
dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Secara kesimpulannya, dalam penyelidikan ini,
membuktikan bahawa penggunaan kaedah realiti tambahan buku “pop up” ini dapat
motivasi melalui perhatian di dalam kelas, keyakinan dan juga kepuasan daripada proses
PdP di dalam bilik darjah.

Penggunaan kaedah “pop up” ini juga terbukti berkesan dalam meransang pelajar
dalam menguasai sesuatu konsep pembelajaran. Hal ini dibuktikan melalui penyelidikan
daripada indonesia iaitu Chabibbah (2014) dalam penyelidikan beliau yang bertajuk
“buku pop up alfabet untuk siswa taman kanak-kanak.” Hasil penyelidikan beliau
mendapati bahawa dengan penerapan penggunaan buku “pop up” alfabet ini menjadikan
pelajar lebih mudah memahami isi pembelajaran dan membantu guru menyampaikan isi
pengajaran yang lebih teratur dan tersusun kepada murid. Murid dapat menguasai abjad
dengan lebih mudah kerana guru menggunakan pelbagai animasi yang merangkumi
contoh-contoh yang sesuai bagi setiap abjad. Tambahan lagi, minat murid semakin
meningkat dan murid lebih seronok mempelajari setiap abjad. Lantaran itu, penggunaan
buku “pop up’” ini terbukti dapat memberikan ransangan positif kepada perkembangan
dan minat murid itu sendiri.

14

Hal ini dikukuhkan lagi melalui satu penyelidikan oleh Aulia, Nurrina dan Roh Dinia
(2014) dalam penyelidikan mereka yang bertajuk “Fun Story Pop Up.” dalam
pengajaraan penceritaan bertemakan pendekatan tematik. Penyelidik mensasarkan
bahawa penyelidikan ini dijadikan salah satu alternatif pengajaran yang dapat membentuk
sahsia dan emosi murid dalam penyampaian nilai-nilai murni melalui penceritaan
berdasarkan teknik tematik. Hasil daripada penyelidikan ini mendapati bahawa murid
berfikir pada tahap enaktif. Hal ini menyebabkan penyelidik telah memasukkan elemen
bahan maujud dan konkrit dalam meningkatkan pembelajaran murid secara aktif dalam
situasi yang nyata. Kaedah “fun story pop up” ini digunakan khusus untuk
mengembangkan potensi pembelajaran aktif murid di dalam bilik darjah. Pengajaran
melalui teknik tematik melalui penceritaan ini juga dapat membangunkan karekter murid
yang positif dari pelbagai aspek seperti sahsiah, emosi dan kognitif. Di samping itu, ia
juga dapat memupuk minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran guru di dalam
kelas.

15

Jadual 2.1 : Ringkasan Penyelidikan-penyelidikan lepas berkaitan penggunaan teknik
“pop up” dalam penyelidik.
BIL.
1.

2..

PENYELIDIK
Syafiqa dan

BAHAN
Penggunaan Buku

HASIL PENYELIDIKAN
Meningkatkan kemahiran murid

Hisham (2013)

Nombor 3D Dalam

slow learner dalam menulis

meningkatkan

nombor bulat 0-9 dan juga

kemahiran menulis

memperbaiki kekemasan dalam

nombor bulat murid

menulis nombor

Nur Nashirah &

slow learner.
Penggunaan realiti

Meningkatkan motivasi melalui

Li Funn Phung

tambahan buku “pop

perhatian di dalam kelas,

(2013)

up” mampu untuk

keyakinan dan juga kepuasan

meningkatkan motivasi

daripada proses PdP di dalam bilik

mempelajari Bahasa

darjah. Murid dapat menguasai

Inggeris dalam

bahasa Inggeris dengan lebih baik.

kalangan pelajar
sekolah rendah jenis
3.

4.

Chabibbah

kebangsaan.
Buku pop up alfabet

Membantu murid dalam

(2014)

untuk siswa taman

penguasaan kemahiran mengenal

kanak-kanak.

abjad dan meningkatkan minat

Aulia, Nurrina

Fun Story Pop Up

murid terhadap pengajaran guru.
Mengembangkan potensi

dan Roh Dinia

dalam pengajaraan

pembelajaran aktif murid di dalam

(2014)

penceritaan bertemakan

bilik darjah. Di samping ia dapat

16

pendekatan tematik

membangunkan karekter murid
yang positif dari pelbagai aspek
seperti sahsiah, emosi dan kognitif.

3.0 OBJEKTIF DAN PERSOALAN PENYELIDIKAN
Bahagian ini merangkumi tiga komponen penting dalam penyelidikan. Antara komponen
yang terdapat dalam penyelidikan ialah tujuan penyelidikan, objektif penyelidikan dan
juga persoalan penyelidikan.

3.1 Tujuan penyelidikan
Penyelidikan ini bertujuan untuk membantu meningkatkan penguasaan membaca suku
kata KV+KV menggunakan kaedah kad “pop up”.

3.2 Objektif penyelidikan
Berdasarkan tujuan penyelidikan secara khusus, objektif penyelidikan adalah untuk ;
i. Mengenal pasti tahap penguasaan murid pemulihan tahun 2 dalam kemahiran
membaca suku kata KV+KV.
ii. Membantu meningkatkan penguasaan membaca suku kata KV+KV murid
pemulihan tahun 2 dengan menggunakan kaedah kad “Pop-up”.
iii. Mengkaji keberkesanan tahap penguasaan membaca suku kata KV+KV murid
pemulihan tahun 2 dengan menggunakan kaedah kad "Pop-up".

3.3 Persoalan kajian

17

Berdasarkan objektif penyelidikan di atas, persoalan penyelidikan adalah;
i. Apakah tahap penguasaan murid pemulihan tahun 2 dalam kemahiran membaca
suku kata KV+KV?

ii. Adakah keupayaan murid pemulihan tahun 2 dalam penguasaan membaca suku
kata

KV+KV dapat ditingkatkan melalui penggunaan kad “Pop-up”?
iii. Adakah keberkesanan tahap penguasaan membaca suku kata KV+KV murid
pemulihan tahun 2 dapat ditingkatkan dengan menggunakan kaedah kad "Pop-up"?

4.0 METADOLOGI KAJIAN
4.1 Pengenalan
Bahagian ini membincangkan mengenai kumpulan sasaran , reka bentuk penyelidikan,
pelan tindakan dan perlaksanaan tindakan serta kaedah pengumpulan data dan cara
menganalisis data.

4.2 Kumpulan Sasaran
Dalam penyelidikan yang dijalankan, kumpulan sasaran yang sesuai adalah terdiri
daripada 2 orang murid Pemulihan Sekolah Rendah di sebuah sekolah di daerah Tawau
sebagai responden. Pemilihan responden ini adalah berdasarkan masalah yang dapat
dikenalpasti daripada pemerhatian dan kolaborasi di antara penyeildik dengan guru
pemulihan. Masalah yang dapat dikenalpasti ialah lemah penguasaan dalam membaca
suku kata KV+KV. Penyelidik telah membuat satu konklusi daripada pengalaman
praktikum fasa 1 dan fasa 2 sebelum ini dan menjadikannya sebagai landasan untuk

18

mengenal pasti sasaran kajian pada praktikum fasa 3.

Pemilihan kumpulan sasaran adalah dengan menggunakan teknik purposive
sampling (persampelan bertujuan) untuk menentukan kumpulan yang sesuai. Menurut
Menurut Robson (1998) sampel bertujuan membenarkan penyelidik untuk mengenalpasti
keperluan utama kajian yang dijalankan. Hal ini kerana kumpulan sasaran hanya akan
ditetakan berdasarkan tujuan penyelidikan dan ianya tidak bercanggah dari aspek yang
telah ditetapkan. Tambahan pula, menurut Seidler (1974) Persampelan bertujuan yang
lebih realistik daripada persampelan rawak dari segi masa, tenaga dan kos yang
diperlukan dalam mencari pemberi maklumat. Oleh sebab itu, pemilihan kumpulan
sasaran dalam penyelidikan ini menggunakan teknik persampelan bertujuan atas faktorfaktor yang telah dikemukakan. Hal ini juga disokong oleh Bernard (2002) Persampelan
bertujuan apabila digunakan dengan betul adalah lebih cekap daripada pensampelan
rawak dalam keadaan bidang praktikal.

4.3 Reka Bentuk Kajian
Prosedur penyelidikan yang dilaksanakan oleh penyelidik adalah berdasarkan Model
Kurt Lewin (1946) dan Liadlaw (1992). Model ini dipilih kerana bersesuaian dan
penyelidik telah mengenalpasti masalah dalam refleksi PdP lalu. Model ini terdiri
daripada lima peringkat dalam satu gelungan seperti dalam rajah 4.1.

19

MENGENAL PASTI MASALAH
-Masalah murid dalam pengajaran
dan pembelajaran
PERANCANGAN

REFLEKSI

-Mengenalpasti pendekatan,
strategi, kaedah dan teknik iaitu
penggunaan teknik kad "Pop-up"
sebagai bahan p&p

-Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan
penggunaan kaedah kad "Pop-up" dalam
p&p
-Membuat cadangan penambahbaikan

TINDAKAN ATAU IMPLEMENTASI
MELIHAT KESAN
TINDAKAN

1. Menggunakan kaedah kad "Pop-up" dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran

- Menganalisis hasil
dapatan kajian

2. Ujian Pencapaian Murid
3. Soal Selidik

Rajah 4.1 : Perlaksanaan Prosedur Tindakan Mengikut Model Kurt Lewin 1946 dan
Liawdaw 1992
Rajah di atas menunjukkan Model Reka Bentuk Penyelidikan Kurt Lewin 1946 dan
Liawdaw 1992. Model ini terdiri daripada 5 peringkat iaitu mengenal pasti masalah,
perancangan, tindakan atau implementasi, kesan tindakan dan refleksi. Setiap peringkat
akan dibincangan dan dikaitkan dengan penyelidikan yang dijalankan.

4.3.1 Mengenalpasti Aspek Amalan
Sebelum penyelidikan dilaksanakan, penyelidik telah membuat sesi perbincangan dengan
20

guru pemulihan bagi kumpulan sasaran, guru pembimbing dan pihak sekolah untuk
meminta kebenaran menjalankan penyelidikan. Penyelidik menerangkan beberapa
maklumat penting mengenai penyelidikan yang bakal dijalankan. Setelah kebenaran
diluluskan, penyelidik memilih beberapa orang murid untuk menjalankan penyelidikan.
Penyelidik juga mengumpulkan maklumat berkenaan prestasi murid dalam kelas tersebut.
Penyelidik seterusnya mengenalpasti isu atau masalah yang dihadapi oleh murid.
Penyelidik mendapati terdapat beberapa orang murid pemulihan yang tidak dapat
menguasai kemahiran membaca suku kata KV+KV dengan betul.

4.3.2 Perancangan
Penyelidik seterusnya membuat perancangan dengan menentukan teknik pengajaran yang
sesuai bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah dan isu yang dihadapi oleh
murid. Teknik yang dipilih ialah nyanyian iaitu kaedah kad “pop-up” yang digunakan
untuk membantu murid pemulihan dalam menguasai kemahiran membaca suku kata
KV+KV. Data penyelidikan dihuraikan secara penulisan deskriptif iaitu secara statistik
dan huraian. Penyelidikan menggunakan ujian (pra dan pasca) dan borang soal selidik
sebagai instrumen penyelidikan.

4.3.3 Tindakan atau Implementasi
Selepas penyelidik membuat perancangan bagi menyelesaikan masalah yang timbul,
penyelidik seterusnya mengambil tindakan atau implementasi. Pertama sekali penyelidik
mula membina kad ‘pop-up’ yang mengandungi contoh-contoh perkataan KV+KV yang
sesuai. Selepas itu, semasa proses pengajaran dan pembelajaran penyelidik menggunakan

21

kaedah konvensional iaitu kaedah ‘talk dan chalk’ yang menjadi cara biasa yang
dilakukan oleh guru. Setelah itu, soalan ujian pra diagihkan kepada responden dan
mereka diarahkan menjawab selama 30 minit.

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya, intervensi dijalankan dengan
mengaplikasikan kaedah kad ‘pop-up’dalam sesi pembelajaran bagi kemahiran yang
sama. Penyelidik akan memaparkan kepada responden kad ‘pop-up’ ini dan guru
membimbing responden untuk mengeja beberapa contoh perkataan KV+KV berdasarkan
kad ‘pop-up’ yang telah disediakan. Setelah murid selesai mengeja kesemua perkataan
KV+KV berdasarkan kad ‘pop-up’ tersebut, guru akan meminta murid untuk membaca
perkataan KV+KV berdasarkan kad ‘pop-up’ tanpa bimbingan daripada guru. Intervensi
ini akan dilaksanakan oleh guru dalam masa satu minggu. Selepas sesi intervensi
dijalankan, penyelidik melakukan ujian pasca kepada responden. Kemudian, guru akan
menandakan senarai semak bagi menilai tahap penguasaan murid dalam kemahiran
membaca suku kata KV+KV. Selepas itu, guru akan mengadakan sesi temu bual separa
berstruktur bersama responden untuk menilai tahap keberkesanan penggunaan kaedah
kad ‘pop-up’ dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca suku kata KV+KV.

4.3.4 Kesan Tindakan
Selepas seminggu pelaksanakan kaedah kad ‘pop-up’ dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, penyelidik akan menggunakan ujian (pasca) dan borang soal selidik diberi
kepada responden. Melalui kedua-dua instrumen di atas, data dianalisis secara deskriptif
bagi melihat sejauh mana keberkesanan kaedah kad ‘pop-up’ dalam proses pembelajaran

22

murid.

Jadual 4.1 : Objektif, Persoalan dan Instrumen Penyelidikan
Objektif
Mengenal pasti
penguasaan murid
pemulihan tahun 2
dalam kemahiran
membaca suku kata
KV+KV

Persoalan
Apakah tahap
penguasaan murid
pemulihan tahun 2
dalam kemahiran
membaca suku kata
KV+KV?

Instrumen
-Ujian Diagnostik

Membantu
meningkatkan
penguasaan
membaca suku kata
KV+KV murid
pemulihan tahun 2
dengan
menggunakan
kaedah kad “Popup”.

Adakah keupayaan
murid pemulihan
tahun 2 dalam
penguasaan
membaca suku kata
KV+KV dapat
ditingkatkan melalui
penggunaan kad
“Pop-up”?

-Ujian Pra

-Senarai semak

Senarai semak akan
ditanda oleh guru
bagi menilai tahap
penguasaan murid.

Mengkaji
keberkesanan tahap
penguasaan
membaca suku kata
KV+KV murid
pemulihan tahun 2
dengan
menggunakan
kaedah kad "Popup".

Adakah
keberkesanan tahap
penguasaan
membaca suku kata
KV+KV murid
pemulihan tahun 2
dapat ditingkatkan
dengan
menggunakan
kaedah kad "Popup"?

-Ujian Pasca

Ujian Pasca
diberikan kepada
murid selepas
intervensi dilakukan
selama 1 minggu
bagi mendapatkan
hasil perbandingan
dua ujian tersebut.

-Temu Bual Separa
Berstruktur

Temu bual separa
berstruktur
digunakan untuk
menilai tahap
keberkesanan
penggunaan kaedah
kad ‘pop-up’ dalam
meningkatkan
penguasaan

23

Catatan
Ujian diagnostik
diberikan kepada
responden bagi
mengetahui tahap
penguasaan murid
pemulihan dalam
kemahiran membaca
suku kata KV+KV.
Ujian Pra diberikan
kepada murid dalam
penggunaan teknik
konvensional.

kemahiran membaca
suku kata KV+KV

4.3.5 Refleksi
Setelah melaksanakan penyelidikan dan analisis dapatan penyelidikan, penyelidik
membuat refleksi secara keseluruhan mengenai keberkesanan teknik yang dilaksanakan.
Penyelidik akan menghuraikan tentang kelebihan dan kekurangan teknik yang
dilaksanakan dan membuat refeksi berkenaan cadangan tindakan selanjutnya dan
cadangan penambahbaikan.

4.4 Pelan Tindakan dan Perlaksanaan Pelan Tindakan
Penyelidikan ini akan dilaksanakan semasa penyelidik menjalani Praktikum III di sebuah
sekolah bert di Tawau, Sabah.Tempoh penyelidikan adalah selama 10 minggu.Pelan tindakan
penyelidik kaedah kad ‘pop-up’ telah diringkaskan dalam jadual 4.2
Jadual 4.2: Pelan Tindakan kaedah kad ‘pop-up’
Minggu
Minggu 1

Langkah
L1
L2

Minggu 2

L1
L2
L1
L2

Minggu 3

Minggu 4

L1
L2

Tindakan
-Penyelidik membuat tinjauan masalah penyelidikan.
-Penyelidik berjumpa dengan guru Mata Pelajaran untuk menganalisis
markah ujian responden yang lepas
-Penyelidik mengenalpasti responden penyelidikan.
-Penyelidik membina kad ‘pop-up’ untuk perkataan KV+KV
Penyelidik menjalankan ujian diagnostik.
-Penyelidik mengajar mengajar kemahiran membaca KV+KV menggunakan
kaedah konvensional
-Penyelidik menjalankan ujian pra
-Penyelidik menjalankan intervensi pertama
-Penyelidik meminta murid membaca perkataan KV+KV menggunakan kad

24

Minggu 1

L1
L2

Minggu 2
Minggu 3

L1
L1
L2
L1
L2
L1
L2
L1

Minggu 4
Minggu 1
Minggu 2

‘pop-up’ dengan bimbingan guru .
-Penyelidik menjalankan intervensi kedua
-Penyelidik meminta murid membaca perkataan KV+KV menggunakan kad
‘pop-up’ tanpa bimbingan guru .
-Penyelidik menjalankan intervensi ketiga
-Penyelidik melakukan ujian pasca
-Penyelidik melakukan senarai semak.
-Penyelidik menjalankan pengumpulan data daripada instrumen yang
digunakan
-Refleksi dan Penilaian
-Penambahbaikan penyelidikan
-Laporan penyelidikan

4.5 Kaedah Pengumpulan Data
Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah kaedah kuantitatif dalam mengumpul
data penyelidikan. Data yang telah dikumpul akan dianalisis secara deskriptif. Instrumen
bagi penyelidikan yang dijalankan terdiri daripada ujian (pra dan pasca), senarai semak
dan juga temu bual separa berstruktur.

4.5.1 Ujian
Ujian Pra dan Pasca bertujuan untuk membuat perbandingan tentang pencapaian murid
sebelum (ujian pra) dan selepas (ujian pasca) bagi sesuatu rawatan atau intervensi yang
dijalankan. Ujian ini juga mengenalpasti tahap penguasaan murid kemahiran membaca
suku kata KV+KV. Ujian ini mengandungi 6 set soalan.

4.5.2 Senarai semak
Senarai semak bertujuan untuk menilai tahap penguasaan murid penguasaan kemahiran
membaca suku kata KV+KV selepas intervensi dijalankan. Penyelidik akan
menggunakan borang senarai semak yang diadaptasi dan diubahsuai dari Rosnijah
(2011). Soalan ini terdiri daripada 7 item soalan tertutup yang menggunakan jawapan
„Ya‟ atau „Tidak‟. Instrumen ini akan dianalisi secara deskriptif bagi mencari peratus

25

serta dipersembahkan menggunakan perisian Microsoft Office Excel.

4.5.3 Temubual separa berstruktur
Temubual jenis ini adalah gabungan antara temubual tidak berstruktur dan berstruktur.
Soalan-soalan yang disediakan dan ditujukan kepada responden adalah terbit daripada
temubual tidak berstruktur yang telah dijalankan sebelum ini. Pengkaji ingin mengetahui
dengan lebih mendalam tentang sesuatu perkara dengan berdasarkan soalan yang
disediakan. Temu bual separa berstruktur digunakan dalam kajian ini untuk menilai tahap
keberkesanan penggunaan kaedah kad ‘pop-up’ dalam meningkatkan penguasaan kemahiran
membaca suku kata KV+KV

4.6 Cara Menganalisis Data Penyelidikan
Dalam penyelidikan ini, penyelidik akan menggunakan analisis diskriptif untuk
menganalisis data yang diperoleh daripada data yang telah diperoleh melalui kedua-dua
instrumen yang telah digunakan. Hasil daripada data yang telah dikutip akan dianalisis
menggunakan analisis deskriptif iaitu melibatkan pengiraan dari segi kekerapan dan
peratusan. Penyelidik menggunakan gred pemarkahan yang telah diadaptasi dari Majlis
Peperiksaan Malaysia bagi memudahkan penyelidik menginterpretasikan data yang
diperolehi.

4.6.1 Ujian Pra dan Pasca
Ujian Pra dijalankan oleh penyelidik selepas pengajaran kemahiran membaca suku kata
KV+KV menggunakkan teknik konvensional. Ujian ini mengandungi soalan yang
berkaitan dengan kemahiran membaca suku kata KV+KV yang terdiri daripada 6 set
26

soalan. Manakala ujian Pasca dijalankan selepas intervensi. Ujian ini mengandungi 6 set
soalan berkaitan kemahiran yang sama dalam ujian Pra. Peratus pencapaian kedua-dua
ujian ini akan dibandingkan berdasarkan pengiraan min ujian bagi menilai pencapaian
responden sama ada meningkat atau tidak. Jadual 4.3 menunjukkan Kategori Pemarkahan
Ujian Pra dan Pasca yang menjadi rujukan penyelidik.
Jadual 4.3 : Kategori Pemarkahan ujian pra dan pasca
Pencapaian
Cemerlang

Gred
A

Markah (%)
80-100

Kepujian

B

60-79

Baik

C

40-59

Lulus

D

20-39

Gagal

E

0-19

Sumber: Universiti Putra Malaysia
4.6.2 Senarai semak
Borang senarai semak digunakan untuk menilai tahap penguasaan murid penguasaan
kemahiran membaca suku kata KV+KV selepas intervensi dijalankan. Instrumen ini akan
dianalisi secara deskriptif bagi mencari peratus serta dipersembahkan menggunakan
perisian Microsoft Office Excel. Nilai peratus yang tinggi atau rendah dapat
menunjukkan tahap penguasaan murid dalam penggunaan kaedah kad ‘pop-up’ bagi
penguasaan kemahiran membaca suku kata KV+KV.

4.6.3 Temubual separa berstruktur
Temu bual separa berstruktur digunakan dalam kajian ini untuk menilai tahap keberkesanan
penggunaan kaedah kad ‘pop-up’ dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca suku
kata KV+KV. Instrumen ini akan dianalisis secara deskriptif bagi menunjukkan tahap

27

keberkesanan intervensi kaedah kad ‘pop-up’ dalam meningkatkan penguasaan kemahiran
membaca suku kata KV+KV dalam kalangan responden selepas intervensi dijalankan.

28