sejarah Islam asia id. docx

1.0

Pendahuluan.
Pelbagai persoalan dan teori yang dibuat telah menghasilkan pelbagai jenis
pendapat dan sesetengah pendapat sarjana ada yang bertelagah antara satu sama lain
dan ada juga yang mendukung di antara satu dengan yang

lain. Hal ini demikian

kerana teori yang dikemukakan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing.
Apabila berlakunya kekurangan dari segi catatan, bahan rujukan dan bukti-bukti yang
sahih maka ahli sejarawan tidak dapat membentuk satu kata sepakat dalam soal ini.
Mencari kebenaran sesuatu teori ini bukan sahaja melibatkan persoalan berkaitan
masa, tempat dan bagaimana proses itu berlaku yang menjadi kontroversi, malah
melibatkan persoalan dari mana Islam itu datang. Ada ahli sejarah memberikan
pendapat mereka dengan menyatakan bahawa Islam ini datang dari Tanah Arab, India
dan ramai juga sejarawan yang mengeluarkan pendapat bahawa Islam ini datang dari
China. Hubungan orang Cina dengan bangsa Arab telah lama terjalin sebelum
perkembangan agama Islam.1
Namun dari segi geografi, Asia Tenggara terletak di pertengahan laluan
perdagangan Barat dan Timur. Pelabuhan-pelabuhan di Asia Tenggara seperti Melaka

dan Aceh merupakan tempat tumpuan golongan saudagar Islam yang berdagang.
Sejak awal abad Masihi sudah ada rute-rute pelayaran dan perdagangan antara
kepulauan Indonesia dengan berbagai-bagai daerah di daratan Asia Tenggara. 2Hal ini
mungkin penduduk di tempat tersebut menjadi tarikan bagi mereka untuk bertumpu di
kawasan tersebut. Hubungan negara-negara di Asia Tenggara seperti Melaka, Jawa
dan Aceh telah lama terjalin semenjak awal kedatangan Islam melalui kegiatan
perdagangan dan diplomatik. Wilayah barat Nusantara dan sekitar Melaka sejak masa
kuno merupakan wilayah yang menjadi titik perhatian, terutama kerana hasil bumi
yang dijual di sana menarik para pedagang, dan menjadi daerah lintasan penting
antara Cina dan India.3 Oleh itu, dalam masa berdagang, saudagar Islam sekali gus
menyebarkan agama Islam ke Asia Tenggara.

2.0

Teori Kedatangan Islam dari China ke Asia Tenggara.

1 Ann Wan Seng. 2007. Rahsia Kegemilangan Islam di China. La Khauf Marketing. Selangor. Hlmn 13
2 Marwati Djoened Poesponegoro, Nugroho Notosusanto. 1984. Sejarah Nasional Indonesia ii. Balai Pustaka.
Jakarta. Hlmn: 2
3 Dr. Badri Yatim, M.A. 1993. Sejarah Peradaban Islam. Lembaga Studi Islam dan Kemasyarakatan.(LSIK).

Jakarta. Hlmn: 191

1

Agama Islam dipercayai telah sampai ke negara China sejak lebih 1400 tahun
yang lalu.4 Pendakwahan ini dilakukan oleh beberapa orang sahabat Nabi Muhammad
dari Mekah ke Madinah untuk bergerak ke China bagi menyebarkan agama Islam atau
melakukan dakwah seperti mana yang disuruh untuk umatnya. Walaupun tidak
mempunyai catatan tarikh yang sahih berkaitan dengan kedatangan Islam ke China,
tetapi rekod dinasti Tang telah menjelaskan bahawa hubungan diplomatik telah
terjalin antara pemerintah China dengan pemerintah Khulafa’ al-Rasyidin iaitu
Sayidina Usman bin Affan. Rekod telah mencatatkan bagaimana awal pemerintahan
dinasti Tang yang telah berlakunya ramai orang asing ke China yang berasal dari
Madinah, Annam dan Kemboja.
Di bawah pemerintahan dinasti Tang berlakunya perkembangan pesat agama
Islam di China. Hal ini demikian kerana China merupakan pusat perdagangan dan
kegiatan ekonomi dunia sekali gus berhubung dengan dunia luar seperti Arab untuk
berniaga. Apabila berlakunya kemasukan para pedagang Arab ke China, maka
berlakulah perkembangan pesat penyebaran Islam di sana. Peniaga Arab mengunjungi
Khan Fo, Canton dan Guang Zhou sebagai pusat perniagaan mereka. “Pernah

dilaporkan bahawa pedagang-pedagang asing yang terdapat di pelabuhan-pelabuhan
China dalam zaman Dinasti Sung sebahagian besarnya adalah Arab, dan mereka ini
adalah orang asing yang terkaya.”5
Penduduk Islam di China juga turut melakukan aktiviti perdagangan dan
perniagaan. Oleh itu, tidak hairan jika mereka telah memperkembangkan perniagaan
mereka ke Asia Tenggara. Pada umumnya telah di hujah kan bahawa menjelang
permulaan abad kesembilan, saudagar-saudagar dan pelaut-pelaut Arab, China dan
India telah mulai menguasai perdagangan ‘Nanhai’ Perdagangan Asia Tenggara. 6
China sememangnya telah lama menjalankan aktiviti perdagangan ke Asia Tenggara.
Oleh itu, tidak hairan jika negara-negara di Asia Tenggara menjalinkan hubungan
diplomatik dengan China akibat kerjasama perdagangannya dengan negara di Asia
Tenggara.

4 Ann Wan Seng. 2007. Rahsia Kegemilangan Islam di China. La Khauf Marketing. Selangor. Hlmn: 1
5 G.R. Tibbetts. 1957. “Early Muslim Traders in South-East Asia,’ JMBRASS, vol xxx, Bah 1, No 177. Hlmn:
2
6 Wang Gungwu. “The Nanhai Trade: A Study of the Early History of Chinese trade in the south China Sea,”
JMBRAS, vol m.s. xxxi, Part 2, No. 182, Hlmn: 107.

2


Banyak bukti yang mengaitkan Islam di Nusantara disebarkan dari China oleh
saudagar Islam yang menetap di sana. Menurut Hirth dan Rockhill, “kerana usaha
pedagang-pedagang Arab di Canton atau Tsuan-Chou itu yang menyebabkan
bermulanya hubungan di antara negeri China dengan Borneo”7 . Namun, ada juga
beberapa ahli sejarah Arab yang mengutarakan pendapat mereka begitu juga dengan
ahli sejarah tempatan yang menyokong teori kedatangan Islam adalah dibawa dari
China. Seperti yang diketengahkan oleh Masdudi, beliau menyatakan bahawa ramai
orang Islam yang tinggal di Canton melarikan diri ke Asia Tenggara apabila
berlakunya pemberontakan di Selatan China pada tahun 877. Kemungkinan Islam
tersebar ke Asia Tenggara kesan dari perpindahan tersebut oleh saudagar Islam.
Menurut Misbaha pula, dalam bukunya Pustaka Suci Islam, Islam dibawa ke
Pantai Timur Tanah Melayu oleh ahli-ahli peniaga dan panglima-panglima Islam di
China. Ini disebabkan kawasan tersebut menjadi laluan kapal-kapal China yang
berlayar ke Lautan Hindi. Pendapat ini diperkuatkan dengan jumpaan batu Bersurat di
Sungai Teresat Terengganu bertarikh 1303 yang mencatatkan peraturan undangundang kekeluargaan dan hukuman terhadap penzina. Dipercayai juga ada
kemungkinan orang-orang Islam pernah membuat penempatan awal di Kemboja,
Gerisek, Pasai, Kuala Berang dan Sulu.
Ungkapan “kedatangan Islam” sebenarnya boleh ditafsirkan dengan berbagaibagai-bagai makna. Ia mungkin bererti kedatangan pedagang-pedagang Islam atau
ketibaan mubaligh-mubaligh Islam malah mungkin mereka bertujuan untuk

mengembara ke sesuatu kawasan yang berbeza atau mencari suatu penempatan yang
baru. Pengembara-pengembara Islam mungkin berjaya untuk mendirikan penempatanpenempatan untuk mereka sendiri dan mungkin pula gagal untuk mempengaruhi
penduduknya untuk memeluk agama Islam.8Sejarah Dinasti Sung juga telah menyebut
kedatangan Islam di Nusantara ialah pada abad kesepuluh pada tahun 922. Satu
perwakilan Raja Jawa telah membuat lawatan ke China dengan memakai pakaian
Arab. Ini jelas menunjukkan bahawa orang Islam Asia Tenggara berhubung dengan
Islam di China.

7 Dipetik dalam nota kaki 79 dalam buku Fatemi. op, cit. Hlmn: 67
8 Cesar Adib Majul. 1988. Islam di Filipina. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ampang, Selangor. Hlmn: 51

3

3.0

Cara-cara Islam tersebar di Asia Tenggara.
3.1

Melalui Perdagangan.
Dipercayai masyarakat Melayu di Nusantara telah lama mempunyai

hubungan perdagangan dengan China. Hubungan pertama antara penduduk di
Nusantara dengan Islam ialah melalui hubungan perdagangan. Sejarah Dinasti
Sung ada mencatatkan tentang ketibaan Islam di Tanah Melayu pada tahun
977. Saudagar-saudagar Islam telah menjalankan perniagaan dengan Tanah
Melayu melalui pantai laut China. Selaras dengan perkembangan Islam,
dengan utara Sumatera sebagai titik tolaknya, terdapat satu lagi pergerakan
yang wujud sama ada lebih awal ataupun serentak dengan peluasan ini di
bahagian timur Tanah Melayu.9 Walaupun pedagang-pedagang Islam telah
dialu-alukan sekali lagi untuk berdagang dengan China menjelang bahagian
kedua abad kesepuluh, tetapi Kalah telah mengekalkan kepentingannya
sebagai sebuah jajahan perdagangan orang Arab dan saudagar-saudagar Islam
yang lain10 seperti Islam dari China dan India.
China zaman Dinasti Ming mencapai kemajuan yang pesat dalam
aktiviti perdagangan dan pedagang-pedagang Islam China telah menguasai
sebahagian besar aktiviti perdagangan tersebut.

Mereka menjalankan

perdagangan dengan negara-negara besar dan kecil termasuk negara-negara di
Asia Tenggara. Ada di antara mereka yang mendirikan koloni-koloni di

pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara. Mereka

inilah

yang dipercayai

bertanggungjawab menyebarkan agama Islam kepada penduduk tempatan.
Phan Rang, Patani dan Terengganu merupakan negeri yang terletak di kawasan
laluan perdagangan dari China dan Hainan ke penghujung selatan Tanah
Melayu.
Seperti mana yang telah diketahui bahawa sebelum peristiwa tahun
878, memang sudah wujud penempatan-penempatan saudagar Islam yang kaya
9 Cesar Adib Majul. 1988. Islam di Filipina. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ampang, Selangor. Hlmn: 60.
10 G.R. Tibbetts. 1957. “Early Muslim Traders in South-East Asia,’ JMBRASS, vol xxx, Bah 1, No 177.
Hlmn: 21. Kebanyakan sarjana mengenali Kalah sebagai Kedah sekarang ini, Prof. S. Pateni merujuknya
sebagai Kelang.

4

di Canton dan Hainan.11 Namun, selepas tahun 878, saudagar Islam telah

melarikan diri ke kawasan Asia Tenggara berhampiran dengan tempat untuk
mereka menimba kekayaan sebelumnya. Dinasti Sung telah menggalakkan
para saudagar Islam untuk kembali berdagang semula ke China dan
menyediakan pelabuhan utama bukan lagi Canton seperti yang sebelumnya.
Ini menyebabkan saudagar Islam dari China giat melakukan aktiviti
perdagangan ke tempat lain selain Arab iaitu Asia Tenggara dalam kuantiti
yang sangat banyak.
Akibat dari aktiviti perdagangan yang dijalankan oleh mereka, maka
saudagar Islam mulai berselerak ke seluruh Asia Tenggara sehingga ada yang
mendirikan penempatan di Asia Tenggara. Oleh itu, wajar untuk menyatakan
bahawa suatu proses pengislaman telah bermula di kawasan pantai Timur
Tanah Melayu kira-kira seawal abad ketiga belas. Ia boleh juga di andaikan
sama atau sezaman dengan proses yang berlaku di bahagia utara Sumatera.
Seperti yang diketengahkan oleh Tome Pires, beliau menyatakan bahawa;
Melaka adalah sebuah kota yang didirikan untuk perdagangan,
lebih sempurna daripada mana-mana kota raya di dunia…Dengan
kepentingannya seperti itu dan dengan kekayaannya yang melimpah,
yang tidak akan berkurang, jika ditadbirkan dengan sederhana dan
disenangi, Melaka seharusnya dibekalkan, dilindungi, dipuji dan
digemari, dan bukan dicuaikan; kerana Melaka dikelilingi oleh orang

Islam yang tidak boleh menjadi sahabat dengan kita kecuali Melaka
kuat dan orang Moor itu tidak setia dengan kita kecuali dengan
kekerasan, kerana mereka sentiasa berhati-hati, dan apabila mereka
melihat sahaja mana-mana bahagian yang terdedah mereka akan
menyerbu. Oleh sebab telah diketahui betapa untungnya Melaka
daripada segi kepentingan keduniaan, apalagi daripada segi
kerohanian kerana Mohammad telah disekat dan tidak boleh bergerak
lebih jauh, dan melarikan diri seberapa yang boleh. Dan biarlah orang
memihak ke suatu pihak, sedangkan perdagangan memihak kepada

11 Cesar Adib Majul. 1988. Islam di Filipina. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ampang, Selangor. Hlmn: 61

5

agama kita; dan yang sebenarnya Mohammad akan dimusnahkan, dan
tidak dapat dielakkan dia akan dimusnahkan.12
Di sini jelas menyatakan bahawa Islam ini disebarkan melalui
perdagangan. Para saudagar Islam yang menjalankan aktiviti
perniagaan turut ke Asia Tenggara dan menjalankan aktiviti perniagaan
seperti biasa. Apabila diberi kemudahan tempat tinggal di Asia

Tenggara oleh orang tempatan, maka ada juga saudagar Islam ini
terpikat dengan wanita tempatan lalu mengahwini mereka. Di sini, jelas
menunjukkan saudagar yang menetap di Asia Tenggara sudah pasti
akan menyebarkan agama Islam kepada penduduk sekitarnya.
3.2

Hubungan Diplomatik.
Menurut catatan sejarah, pada kurun kelima belas, Melaka telah
membuat hubungan diplomatik dengan China. Melaka pertama kalinya
menerima utusan dari China pada tahun 1404. Pada tahun-tahun berikutnya,
Melaka menerima lagi beberapa utusan. Begitu juga beberapa utusan Melaka
dihantar ke China sebagai membuat lawatan balas. Melaka mengadakan
hubungan baik dengan China bagi melindungi negara tersebut dari ancaman
Siam. Pada awal perhubungan ini, China telah menghantar Laksamana Cheng
Ho yang beragama Islam menjalin hubungan persahabatan dengan tujuan
untuk melindungi negara-negara di Asia Tenggara dari ancaman Siam.
Berdasarkan berita Tome Pires (1512-1515), dalam Suma Oriental-nya dapat
diketahui bahawa daerah-daerah di bahagian pesisir Sumatera Utara dan timur
Selat Melaka iaitu dari Aceh sampai Palembang sudah banyak terdapat
masyarakat dan kerajaan-kerajaan Islam.13Akan tetapi, menurut berita itu,

daerah-daerah yang belum Islam juga masih banyak, iaitu Palembang dan
daerah-daerah pedalaman.14
Dasar perlindungan China terhadap negara-negara di Asia Tenggara di
samping untuk tujuan politik juga turut untuk menyebarkan Islam. Melihat
makam-makam Muslim yang terdapat di situs-situs Majapahit, diketahui

12 Written in Malaccan and India in 1512-1515. 1944. The Suma Oriental of Toe Pires: Account of the East
from the Red Sea to Japan. London. Vol II. Hlmn: 286
13 Dr. Badri Yatim, M.A. 1993. Sejarah Peradaban Islam. Lembaga Studi Islam dan Kemasyarakatan.(LSIK).
Jakarta. Hlmn: 197
14 Tjandrasasmita, Uka (Ed.). 1984. Sejarah Nasional Indonesia III. PN Balai Pustaka. Jakarta. Hlmn: 125

6

bahawa Islam sudah hadir di ibu kota Majapahit sejak kerajaan itu mencapai
puncaknya.15 Perkembangan Islam di Jawa bersamaan waktunya dengan
melemahkan posisi yang diduduki oleh raja Majapahit pada masa tersebut. Di
bawah pimpinan spiritual Sunan Kudus, meskipun bukan yang tertua dari Wali
Songo, Demak akhirnya berhasil menggantikan Majapahit sebagai kraton
pusat.16 Selain itu di bahagian Semenanjung Tanah Melayu, dasar perlindungan
yang diberikan kepada Melaka secara tidak langsung menjamin ajaran Islam
dapat disebarkan dengan selamat.
Suatu babak yang agak menarik dalam pengislaman Tanah Melayu
dengan terdiri nya Melaka pada sekitar tahun 1400 dan pengislaman
pemerintah pada sekitar tahun 1414. Parameswara telah mengahwini seorang
puteri Majapahit sebelumnya. Selepas beliau melakukan pelbagai siri
pengembaraan, akhirnya beliau menetap di perkampungan nelayan yang
akhirnya berkembang menjadi sebuah pusat perdagangan yang agung dan
dikenali di peringkat antarabangsa. Apabila Melaka menjadi pusat tumpuan
perdagangan maka ramai pedagang yang datang termasuklah pedagang dari
China yang beragama Islam. Sehingga itu, hubungan pemerintah Melaka dan
China mulai terjalin. Usaha-usaha penyebaran Islam oleh saudagar Islam di
China ke Kepulauan Melayu termasuklah Johor, Kedah, Kampar dan
sebagainya dapat dijalankan dengan selamat melalui perlindungan yang
diberikan oleh China kepada Melaka.
3.3

Kegiatan Dakwah.
Menurut catatan China, pedagang-pedagang Islam China yang berulang
alik ke Arab, Parsi dan India telah mendirikan Penempatan mereka di beberapa
kawasan pinggir pantai di Nusantara. Antaranya ialah Kedah dan Palembang.
Selaras dengan perkembangan Islam, dengan utara Sumatera sebagai titik
tolaknya, terdapat satu lagi pergerakan yang wujud sama ada lebih awal
ataupun serentak dengan peluasan ini di bahagian timur Tanah Melayu. 17 Ini

15 Robson, S. O. 1981. “Java at The Crossroads: Aspects of Javanese Culture History in the 14th and 15th
Centuries” dalam Bijdragen. Deel 137. Hlmn:272
16 Taufik Abdullah. “Islam dan Pembentukan Tradisi di Asia Tenggara”, dalam Taufik Abdullah dan Sharon
Siddique (Ed.) 1989. Tradisi Kebangkitan Islam di Asia Tenggara. LP3ES. Jakarta. Hlmn: 73
17 Cesar Adib Majul. 1988. Islam di Filipina. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ampang, Selangor. Hlmn: 60.

7

dapat dibuktikan dengan apa yang dijumpai di Kuala Berang Terengganu di
mana penemuan Batu Bersurat di sana.
Selain dari menjalankan urusan perniagaan, saudagar Islam dari China
juga menjadi pendakwah secara sukarelawan bagi membantu mengembangkan
ajaran Islam. Pada tarikh 1303, Batu Bersurat Terengganu telah dibina, ini
menunjukkan bahawa walaupun pemerintah di Terengganu belum memeluk
Islam tetapi, sekurang-kurangnya di Tanah Melayu telah wujud penempatan
Islam atau dagangan yang penting. Apa yang penting mengenai hal ini ialah
bahawa di Patani, yang terletak berhampiran, pengislaman telah bermula
sebelum pemelukan Melaka lagi iaitu sebelum permulaan abad kelima belas.18
Batu Bersurat Terengganu ditemui di Kuala Berang pada tahun 1303M
manakala pada tahun 1953, di Kampung Permatang Pasir, Pulau Tambun,
Pekan, Pahang telah menemui sepasang batu nisan yang mempunyai tulisan
al-Quran dan kalimah Arab yang bertarikh 1028M telah menunjukkan bahawa
bukti Islam datang dari China. Penemuan tersebut jelas membuktikan bahawa
agama Islam sampai ke pantai timur Semenanjung Tanah Arab sebelum abad
ke-13 dan telah dibawa oleh golongan mubaligh Islam dari China melalui Laut
China Selatan ke Phang Rang, Indochina dan ke Pekan, Pahang. Selain itu,
seni bina di China dengan seni bina pada masjid-masjid di Nusantara seperti di
Kelantan, Melaka dan Pulau Jawa didapati sama. Masjid adalah monument
yang penting di mana akan menjadi salah satu bukti kedatangan dan
penyebaran Islam.
Phan Rang yang berada berhadapan dengan dua buah kerajaan Patani
dan Terengganu yang menghadap ke Laut China terletak di selatan Campa
purba yang berada di Indochina. Dalam dua buah kerajaan tersebut, telah
dijumpai dua buah batu bersurat yang bertarikh pada tahun 1039 dan yang satu
dianggarkan telah terpahat dalam tahun 1025 dan 1035. Kedua-dua batu
tersebut mempunyai bukti bahawa penempatan Islam telah pun wujud di
kawasan Asia Tenggara kerana kehidupan sosial dan keagamaannya amat
teratur dari penyelidikan. Sangatlah menarik perhatian bahawa akibat dari
penubuhan penempatan orang Islam di Kalah itu, lebih banyak lagi
18 Ini adalah pandangan Emmanuel de Eredia. Fatemi, op. cit. Hlmn: 67

8

penempatan

didirikan

di

kawasan-kawasan

yang

berhampiran,

dan

berhubungan yang mesra lebih terjalin di antara orang-orang Islam asing
dengan penduduk bumiputera.19
Ramai pedagang Islam ini merupakan saudagar-saudagar kaya dan
mereka dihormati oleh penduduk tempatan. Dengan kelebihan yang ada pada
mereka, mereka dapat mempengaruhi penduduk setempat sama ada menerima
dakwah dan ajaran Islam secara terus ataupun mereka menerima Islam setelah
berkahwin dengan pedagang-pedagang Islam. Apabila urusan perkahwinan
berlaku, sudah pasti isteri akan mengikut suami. Maka, dengan itu, penganut
agama Islam akan bercambah dan menjadi lebih banyak. Status pedagang yang
dipandang tinggi akan turut menari minat penduduk tempatan untuk memeluk
Islam. Hal ini demikian kerana, para pedagang Islam mempunyai sikap yang
baik dan disenangi membuatkan mereka dihormati oleh penduduk tempatan.
3.4

Penghijrahan orang-orang Islam di China kerana pemberontakan di
Canton.
Canton merupakan pelabuhan di China yang pesat berkembang melalui
kegiatan perdagangan. Saudagar-saudagar Arab, Parsi dan India sering
menjalankan perniagaan di pelabuhan tersebut. Dipercayai pada suatu masa
terdapat kira-kira 120,000 orang pedagang Islam di Canton. Pada tahun 877,
satu pemberontakan besar berlaku di Canton. Apabila perdagangan Arab
dengan China mulai merosot, maka China mencari pasaran lain agar
mengekalkan peningkatan ekonomi negara.
Pada tahun 878, pemimpin pemberontak Huang Ch’ao telah
menyingkirkan Canton dan membunuh ramai orang Muslim. Hal ini telah
menyebabkan ramai saudagar asing terutama Muslim melarikan diri dari China
dan beralih ke Kalah atau Kedah yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu.
Hasil dari pelarian beramai-ramai oleh orang Islam dari China ke Kalah, maka
mereka pun membina penempatan di sana. Dari Kalah, setengah-setengah
pedagang ini singgah bertujuan untuk berniaga ke tempat berhampiran seperti
Palembang di bahagian timur Sumatera. Sambil itu, mereka akan menyebarkan
Islam di destinasi tersebut.

19 Cesar Adib Majul. 1988. Islam di Filipina. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ampang, Selangor. Hlmn: 55

9

Ini menyebabkan ramai penduduk Muslim di Canton lari meninggalkan
daerah tersebut dan dipercayai ada yang sampai ke Nusantara dan mendirikan
penempatan baru di situ. Tetapi apa yang penting diperkatakan sejak selepas
pelarian secara beramai-ramai dari Khanfu ialah terdiri nya penempatanpenempatan seperti perdagangan yang mulai berkembang. Mengikut Tibbetts:
“Penduduk di penempatan ini, selain daripada tindakan
sebagai ejen bagi pedagang di tempat sendiri, mereka juga berminat
dalam perdagangan tempatan, terutama sekali dalam perdagangan di
antara negeri China dengan berbagai-bagai-bagai pelabuhan di Asia
Tenggara…Perdagangan tempatan inilah yang menjadi sebab kepada
kelambatan penembusan perdagangan ke Asia Tenggara, hanya
sampai sejauh bahagian Timur Jawa menjelang abad kesebelas.”20
Mungkin disebabkan oleh perdagangan tempatan ini Borneo telah
dikenali oleh para pedagang Islam. Terdapat maklumat yang mengatakan
bahawa pada tahun 977, Pu-Ni21 telah pun mengirimkan seorang duta ke
China. Sebelumnya, pada tahun yang sama, seorang saudagar bernama P’u
Lu’hsieh tiba ke muara sungai Pu-Ni dari China.22
Kedah dan Pelambang merupakan dua buah kawasan yang menjadi
tumpuan penempatan mereka. Golongan yang berhijrah ini membawa
bersama-sama agama Islam yang mereka anuti dan disebarkan kemudian
kepada masyarakat Melayu di situ dan kawasan sekitarnya. Berdasarkan data
kaji purba dan huraian sejarah China dan orang Islam, dapatlah disimpulkan
bahawa selain daripada pelabuhan-pelabuhan China, sudah memang terdapat
sebuah perkampungan orang Islam asing di pantai barat Sumatera sejak awal
tahun 674 lagi.23
Tetapi menjelang selepas tahun 878 atau sekitar tahun tersebut,
beberapa tempat yang jelas dapat didefinisikan sebagai penempatan mulai
20 G.R. Tibbetts. 1957. “Early Muslim Traders in South-East Asia,’ JMBRASS, vol xxx, Bah 1, No 177.
Hlmn: 43
21 Dikenali sebagai Brunei, atau Borneo, atau pantai barat Borneo yang bertentangan dengan kepulauan
Karimata.
22 Cf. Tibbetts, op.cit. Hlmn: 36 dan , S.Q.Fatemi. 1963. Islam Comes to Malaysia. Singapore. Hlmn: 67-68.
23 W. P. Groeneveldt. 1877. Notes on The Malay Archipelago and Malacca. Chinese Sources. Batavia. Hlmn:
14

10

memunculkan diri. Di kawasan tersebut, penempatan orang Islam berkembang
pesat di Kalah dan tidak lama selepas itu, wujud penempatan di pantai barat
Sumatera, begitu juga dengan Champa pada akhir abad kesepuluh. Selain itu,
orang Islam juga mulai menempatkan diri di kawasan Leran ( Jawa Timur)
dalam tahun 1082 dan di Terengganu pada tahun 1303. Ini membuktikan
bahawa sesetengah orang Islam telah datang dan tinggal di situ dan tidak
semestinya berlaku pengislaman di tempat tersebut.

4.0

Kesimpulan.
Perkembangan Islam yang pada umumnya berlaku secara aman di Tanah
Melayu dan setengah-setengahnya kelihatan seperti tidak bertolak ansur, beberapa
peristiwa yang di luar dugaan pula berlaku.24 Islam di Nusantara yang disebarkan dari

24 Cesar Adib Majul. 1988. Islam di Filipina. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ampang, Selangor. Hlmn: 62

11

China oleh saudagar Islam di sana. Ini berdasarkan dari beberapa bukti seperti
wujudnya hubungan perdagangan orang-orang Melayu dengan China semenjak abad
kesembilan lagi, Batu Bersurat di Terengganu serta terdapatnya unsur-unsur seni ukir
dan seni bina China pada binaan Masjid di beberapa buah negara di Nusantara dan
sebagainya. Islam telah tersebar dari China oleh Muslim di sana ke Nusantara melalui
perdagangan, penaklukan, hubungan diplomatik dan kegiatan dakwah. Walaupun
proses Islamisasi di Nusantara pada tahap awalnya agak lambat dan perlahan kerana
Islam hanya disebarkan melalui kegiatan perdagangan sahaja. Apabila tertubuhnya
beberapa empayar dan kerajaan Islam seperti di Melaka, Aceh dan Demak yang
memainkan peranan secara langsung telah menyebabkan Islam berkembang dengan
berkesan dan begitu pesat khususnya pada abad kelima belas hingga ketujuh belas.
Hasil dari kegiatan-kegiatan ini, Islam telah bertapak dengan kukuh di beberapa buah
negara seperti Melaka dan Aceh pada abad kelima belas dan keenam belas. Agama
Islam telah berjaya mempengaruhi sebahagian besar penduduk Nusantara walaupun
agama Hindu lebih awal bertapak di rantau itu. Islam telah membawa tamadun yang
tinggi dan serba lengkap yang meliputi semua aspek dalam kehidupan. Peranan
masyarakat Islam dari China banyak membantu dalam menyebarkan Islam ke Asia
Tenggara.

Bibliografi.
Ann Wan Seng. 2007. Rahsia Kegemilangan Islam di China. La
Khauf Marketing. Selangor.
Cesar Adib Majul. 1988. Islam di Filipina. Dewan Bahasa dan Pustaka.

12

Ampang, Selangor.
Cf. Tibbetts, op.cit. Hlmn: 36 dan , S.Q.Fatemi. 1963. Islam Comes to
Malaysia. Singapore.
Dr. Badri Yatim, M.A. 1993. Sejarah Peradaban Islam. Lembaga
Studi Islam dan Kemasyarakatan.(LSIK). Jakarta.
G.R. Tibbetts. 1957. “Early Muslim Traders in South-East Asia,’ JMBRASS,
vol xxx, Bah 1, No 177.
Marwati Djoened Poesponegoro, Nugroho Notosusanto. 1984. Sejarah Nasional
Indonesia ii. Balai Pustaka. Jakarta.
Robson, S. O. 1981. “Java at The Crossroads: Aspects of Javanese Culture History
in the 14th and 15th Centuries” dalam Bijdragen. Deel 137.
Taufik Abdullah. “Islam dan Pembentukan Tradisi di Asia Tenggara”, dalam
Taufik Abdullah dan Sharon Siddique (Ed.) 1989. Tradisi Kebangkitan
Islam di Asia Tenggara. LP3ES. Jakarta.
Tjandrasasmita, Uka (Ed.). 1984. Sejarah Nasional Indonesia III. PN Balai
Pustaka. Jakarta.
W. P. Groeneveldt. 1877. Notes on The Malay Archipelago and Malacca.
Chinese Sources. Batavia.
Wang Gungwu. “The Nanhai Trade: A Study of the Early History of Chinese
trade in the south China Sea,” JMBRAS, vol m.s. xxxi, Part 2, No. 182.
Written in Malaccan and India in 1512-1515. 1944. The Suma Oriental of Toe Pires:
Account of the East from the Red Sea to Japan. London. Vol II.

13