Medan Penulisan Ilmiah Faktor Pendorong

KANDUNGAN
Kertas Kerja

Halaman

1. Medan penulisan ilmiah: Faktor pendorong dan langkah-Iangkah
Ahmad Fauzi Abdul Hamid

1-8

2. Choosing a topic and organising the research
Nur' Ainy Mohamad Ali

9 -12

3. Matching appropriate analysis to data collected
Yen SiewHwa

13 -17

4. Computer algebra system as a tool in research

Mohamad Faisal Abdul Karim

18 - 24

5. Kemalangan jalan raya dan hubungannya dengan sikap pengguna
jalan raya: Kajian kes di Melaka
Lim Aik Kuan & Wan Rozali Wan Hussin

25 -34

6. Pemonitoran kandungan logam berat dan kesan beberapa faktor
persekitaran yang mempengaruhi keupayaan biolonggokan pad a
Sargassum stolonifolium (phang & Yoshida, 1977)
Omar Ahmad & Misni Surif

35 -43

7. Perbandingan penggunaan komponen teknologi sidang video antara
jantina, peringkat pengajian dan aliran pendidikan dalam proses
pembelajaran yang berlaku di PPPJJ, USM

Siti Hajar Halili, Shukri Sulaiman & Mohd Razha Abd Rashid

44 - 53

8. Perang dan perlanunan di Sarawak pada era penjajahan abad ke-19
Law Sze Yung & Mohd Isa Othman

54 - 63

9. Peta animasi dan interaksi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
geografi Sekolah Menengah Atas
Arumugam Raman & Habibah Hj. Lateh

64 -72

10. Politik pendidikan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)
1962-2002: Satu kajian tentang perkembangan SMPC di Ipoh, Perak
Pay See Tiang, Wan Asna Wan Mohd Nor & K. Ramanathan

73 - 85


11. Radikalisme Melayu Perak 1945-1955
Hj. Ishak Saat & Ahmad Jelani Halimi

86 - 96

12. The provision and quality of local public bus services in Penang
Lee Kok Chai & Wan Rozali Wan Hussin

97.;.104

Prosiding Kolokium Siswazah 2005

MEDAN PENULISAN ILMIAH: FAKTOR PENDORONG DAN
LANGKAH-LANGKAH
Ahmad Fauzi Abdul Hamid

Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang

afauzi@usm.my

PENGENALAN: MENGAPA MENULlS?

.

セNQL@

セヲ@

Satu perkara yang mesti ada dalam pertimbangan seorang yang bergelar ilmuan atau
sarjana ialah penghasilan karya. Persetujuan untuk menjadi seorang pelajar pasca-ijazah
merupakan titik permulaan dalam menelusuri karier sebagai seorang sarjana. Seorang
ilmuan tidak akan menjadi berguna kepada masyarakat sekiranya i1munya tidak dapat
dimanfaatkan untuk tatapan umum. Tamadun manusia tidak akan bertambah maju
dengan hanya tersimpannya ilmu dalam kotak pemikiran seseorang. cendekiawan. Jika
sekadar mengharapkan kuliah kepada pelajarnya, penyebaran idenya tetap terbatas, dan
mung kin berakhir seta kat jawapan peperiksaan. Maka penulisan menjadi medium paling
berkesan bagi seseorang sarjana menyampaikan buah fikirannya untuk dibaca, dinilai,
dibahas, dianalisa dan dibuahkan hasil sam.aada dalam bentuk prod uk yang tangible

(boleh dilihat dan disentuh seperti ciptaan teknologi) mahupun yang lebih abstrak yang
mungkin lebih banyak kesanhya dalam mengubah kehidupan manusia (contohnya teori
sains sosial yang akhirnya dijadikan dasar sesuatu keputusan negara).
Hasil karya umum yang baik, pad a hemat saya, perlu memenuhi sebahagian besar
daripada tujuan berkarya, yakni untuk menyampaikan maklumat atau i1mu, untuk
mempengaruhi atau memujuk pembaca, untuk mendidik, dan untuk rnenghibur manusia.
Maksud karya umum di sini ialah tulisan yang disasarkan kepada pembaca dalam
kalangan orang awam, seperti novel, cerpen, sajak, dan rencana akhbar. Karya khusus
pula, seperti makalah akademik dan kertas kerja penyelidikan, perlu dimotivasikan oleh
cita-cita yang mernbara untuk berkongsi ilmu pengetahuan dengan ilmuan yang sarna
bidang dengannya. Sesebuah penemuan atau ide b