Tahap Kerelevanan Konsep Negara Bangsa

PENGENALAN
Pada era globalisasi ini, persoalan negara bangsa sering menjadi perbualan dan
topik utama sarjana serta pengkaji untuk mengetahui tahap kerelevenan konsep ini.
Secara amnya, negara bangsa ialah satu konsep atau bentuk kenegaraan yang
memperoleh pengesahan politiknya dengan menjadi sebuah entiti berdaulat bagi satusatu bangsa membentuk sebuah wilayah yang berdaulat.
Namun, peranan negara pada hari ini sering dipersoalkan apabila munculnya
gelombang globalisasi yang tidak dapat dielakkan akibat perkembangan teknologi.
Hal ini demikian kerana perkembangan teknologi yang memudahkan pelbagai urusan
seperti perkongsian maklumat, perbankan atas talian, urusan jual beli saham telah
mewujudkan dunia tanpa sempadan atau dikenali sebagai “boarderless world”.
Keadaan ini telah menyebabkan tahap pergantungan yang tinggi di antara negaranegara kerana globalisasi telah menyebabkan pasaran-pasaran menembus masuk ke
dalam setiap negara dan hal ini tidak dapat elakkan. Pada masa yang sama, terdapat
pendapat yang mengatakan bahawa globalisasi ini telah menyebabkan negara bangsa
kehilangan identiti dan nilai-nilai tradisonal yang dibina oleh para nasionalis dahulu
kerana masyarakat telah bertukar menjadi masyarakat modern yang hidup dalam dunia
tanpa sempadan ini. Terdapat pelbagai pendapat dari sarjana yang mengatakan
gelombang globalisasi ini memberikan pelbagai manfaat kepada dunia kerana ianya
memudahkan urusan. Namun, terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa
globalisasi memberi pelbagai kesan negatif kepada dunia terutamanya dari aspek
peranan negara dan mengatakan bahawa peranan negara adalah tidak lagi releven pada
hari ini. Bagi golongan pro-negara bangsa, mereka mengatakan bahawa walaupun

peranan negara telah dikecilkan oleh globalisasi, namun konsep negara adalah masih
relevan hingga ke hari ini kerana terdapat beberapa tanggungjawab yang hanya
mampu dijalankan oleh negara atau unit politik untuk memastikan warganya terus
dalam keadaan yang selamat dan sejahtera.

Definisi Negara
Negara atau state berasal dari perkataan Latin iaitu natio yang bermaksud
warga atau bangsa. Negara secara umumnya adalah sekelompok manusia yang tinggal
di sesuatu wilayah dan mempunyai persamaan seperti bahasa, budaya, adat dan lainlain. Menurut K. Ramanathan (1992) dalam bukunya Konsep Asas Sains Politik,
negara didefinisikan sebagai sekumpulan manusia yang menduduki sesebuah wilayah
yang tetap di bawah penyelenggaraan sebuah kerajaan dan tidak tertakluk kepada
kuasa luar. Pada masa yang sama, menurut Djokosoetono iaitu seorang sarjana
Indonesia, negara adalah suatu organisasi manusia atau kumpulan manusia yang
berada dalam pemerintahan yang sama (Aim Abdul Karim, 2006). Secara amnya,
negara dibentuk oleh sekelompok manusia yang mempunyai identiti etnik yang sama
dan bersetuju untuk diperintah oleh sebuah organisasi atau unit politik yang sah dan
berdaulat. Negara bertanggungjawab untuk menjalankan pemerintahnya demi menjaga
kebajikan rakyat termasuklah dari aspek politik, ekonomi, sosial dan keselamatan.
Terdapat beberapa ciri yang membentuk sebuah negara menjadi institusi
politik yang berdaulat dan diiktiraf. Antaranya ialah tanah air iaitu lokasi negara

negara tersebut. Faktor geografi ini amat penting didalam pembentukan sesebuah
negara dimana negara yang terletak dilokasi yang strategik serta mempunyai sumber
mentah yang banyak akan memberikan kelebihan kepada negara tersebut terutamanya
dari aspek ekonomi dan pembangunan negara. Ciri yang seterusnya ialah rakyat iaitu
negara yang berdaulat haruslah mempunyai rakyat yang bersatu padu yang menjadi
tulang belakang kepada pemerintahan negara dan sokongan rakyat terhadap proses
pembuatan polisi negara memainkan peranan yang penting dalam memastikan
kelangsungan negara tersebut. Pada masa yang sama, negara yang berdaulat haruslah
mempunyai sebuah kerajaan yang menjalankan fungsi-fungsi pentadbiran seperti
eksekutif, legislatif dan judisiari yang bertujuan untuk menjaga kebajikan rakyat.
Seterusnya, ciri negara yang terakhir ialah kedaulatan iaitu setiap negara mestilah
mempunyai sempadan yang diiktiraf untuk melindungi kepentingan nasionalnya
daripada diancam oleh negara lain. Ciri kedaulatan negara juga diperkukuhkan dengan
wujudnya perlembangaan dan undang-undang untuk memastikan pentadbiran negara
berada dalam keadaan yang lancar.

Definisi Bangsa
Bangsa atau nation membawa erti satu identiti nasional dan budaya yang
dikongsi bersama oleh sekumpulan manusia di sesuatu wilayah. Menurut Otto Bauer
(2000), bangsa didefinisikan sebagai suatu menyatuan karakter atau tingkah laku yang

timbul daripada nasib yang sama. Nasib yang sama ini biasanya dikongsi oleh
masyarakat sesebuah negara yang pernah dijajah dan ditindas dan mereka bersatu
membentuk sebuah bangsa untuk melawan penjajahan seperti yang berlaku di
Indonesia. Pada masa yang sama, menurut Ernest Renan (2010) dalam karyanya What
Is Nation?, beliau mengatakan bangsa adalah sekelompok manusia yang memiliki
kehendak untuk

bersatu sehingga merasa dirinya adalah satu. Selain itu, tokoh

nasionalis Indonesia iaitu Sukarno menjelaskan bahawa bangsa adalah sekumpulan
manusia yang memiliki ciri-ciri tertentu dan juga mempunyai rasa cintakan negara.
Secara amnya, bangsa adalah sekumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai
etnik dan latar belakang dan seterusnya membentuk sebuah bangsa yang berkongsi
satu identiti dan matlamat yang sama untuk menjadikan negara sebuah institusi politik
yang lebih hebat dan sejahtera.
Konsep bangsa ini adalah selari dengan konsep penyatuan nasional atau
integrasi nasional yang merupakan sebuah proses pembentukan bangsa baharu dan
bersatu yang berasaskan masyarakat terdahulu dimana mereka mempunyai perbezaan
budaya dan pepecahan politik yang panjang (McAllister, 1973). Proses pembentukan
bangsa baharu ini sering dikaitkan dengan nasionalisme dimana para nasionalis

berusaha meningkatkan semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat yang
berbilang etnik dan seterusnya membentuk sebuah bangsa baharu yang mempunyai
satu perjuangkan yang sama. Kewujudan sebuah bangsa yang mempunyai satu identiti
dan matlamat yang sama adalah merupakan salah satu kekuatan negara. Hal ini
demikian kerana negara tersebut telah mempunyai rakyat yang bersatu padu dan akan
membentuk kesejahteraan politik. Pada masa yang sama, pihak negara atau institusi
politik akan lebih mudah untuk melaksanakan dasar-dasar kerajaan kerana mempunyai
warga yang sentiasa menyokongnya.

Negara Bangsa
Istilah negara bangsa sering digunakan oleh golongan saintis sosial untuk
memberi erti perpaduan yang wujud dalam sesebuah negara yang mempunyai bangsa
yang berkongsi identiti dan matlamat yang sama. Negara bangsa ini wujud apabila
rakyat negara yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama bersatu padu
membentuk sebuah bangsa yang berkongsi identiti dan matlamat yang sama. Di
negara yang pernah dijajah seperti Indonesia, konsep negara bangsa menjadi fokus
utama fahaman nasionalisme untuk memperoleh sokongan rakyat dan pada masa yang
sama memperjuangkan kemerdekaan. Dapat nyatakan bahawa negara bangsa merujuk
kepada anggota semua kaum yang mempunyai perasaan sebangsa dengan nama
kolektif yang sama serta berkongsi wilayah, ekonomi, budaya dan nasib masa depan

yang sama. (Abdul Rahman, 2006). Konsep negara bangsa telah menjadikan negara
yang merupakan sebuah unit politik dan bangsa yang merujuk warganya telah menjadi
sama membentuk sebuah identiti nasional.
Menurut Abdul Rahman Embong (2015) didalam Negara Bangsa: Proses dan
Perbahasan, terdapat empat langkah dalam proses pembinaan negara bangsa antaranya
ialah perlu mewujudkan sebuah doktrin pembangunan yang menganjurkan konsep
satu nasion. Kepelbagaian etnik dalam sesebuah negara adalah satu kelebihan dalam
pembentukan negara bangsa kerana masyarakat dapat mempelajari dan mengenal
dengan lebih mendalam tentang etnik lain dan hal ini akan mewujudkan
persefahaman. Dalam proses pembentukan negara bangsa, bangsa tidak boleh dilihat
sebagai ras atau kaum tetapi sebagai sebuah komuniti yang terbentuk dalam sejarah
dan mempunyai ciri-ciri kesinambungan dan hal ini akan membentuk perpaduan
dalam kepelbagaian. Pada masa yang sama, menjadikan bahasa rasmi sebagai identiti
merupakan langkah seterusnya dalam proses pembinaan negara

bangsa. Sebagai

contoh, Sukarno telah menjadikan bahasa Indonesia sebagai bahasa rasmi dalam
falsafah Pancasila yang bertujuan untuk membentuk negara bangsa Indonesia. Bahasa
merupakan salah satu komponen yang terpenting dalam pembinaan negara bangsa

kerana bahasa dapat dijadikan sebagai alat penyatuan masyarakat. Bahasa sebuah alat
pemikiran dan perhubungan sosial serta alat pembinaan budaya dan tamadun. Melalui
bahasa, komunikasi dan interaksi akan menjadi mudah dan akan mewujudkan
kefahaman dalam kalangan anggota masyarakat. Walaupun bahasa ibunda dijadikan

sebagai bahasa rasmi, namun anggota masyarakat haruslah menguasai bahasa Inggeris
yang merupakan bahasa global untuk memastikan negara bangsa sentiasa terpelihara
walaupun dilanda arus globalisasi. Seterusnya langkah dalam pembinaan negara
bangsa ialah idea “one nation” atau satu bangsa harus subur dalam imaginasi warga
tanpa mengira kaum yang mewujudkan sifat toleransi dan saling menghormati dalam
kalangan anggota masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama. Hal ini
demikian kerana apabila idea “one nation” ini subur dalam imaginasi setiap warga,
mereka akan merasa bahawa mereka adalah satu bangsa yang berkongsi satu tanah air,
identiti dan matlamat yang sama walaupun terdiri daripada latar belakang yang
berbeza. Selain itu, konsep “civic nation” iaitu idealogi membentuk sebuah nasion
yang tidak berasaskan mana-mana kaum merupakan langkah terakhir dalam proses
pembinaan negara bangsa. Konsep “civic nation” ini amat penting untuk memastikan
setiap anggota masyarakat mempunyai hak sama rata dan untuk mengelakkan
berlakunya diskriminasi kaum. Namun, langkah-langkah pembinaan negara bangsa ini
merupakan antara cabaran yang dihadapi institusi politik untuk membentuk sebuah

negara bangsa kerana masih wujud negara yang mengamalkan diskriminasi
perlindungan untuk melindungi hak istimewa etnik majoriti.
Walaupun terdapat cabaran dalam membentuk sebuah negara bangsa namum
ianya tidak mustahil kerana terdapat beberapa negara di dunia ini yang telah berjaya
membentuk sebuah negara bangsa. Sebagai contoh, bangsa Indonesia terbentuk
terlebih dahulu dalam perjuangan kemerdekaan melalui Sumpah Pemuda dan
Pancasila. Pembentukan bangsa Indonesia ini merupakan cita-cita Sukarno iaitu
Presiden Indonesia yang pertama untuk mewujudkan sebuah bangsa yang berkongsi
satu identiti dan perjuangan. Konsep “civic nation” dalam proses pembentukan negara
bangsa Indonesia dapat dilihat melalui falsafah Pancasila di mana menekankan prinisp
persatuan Indonesia yang mengiktiraf setiap warga yang terdiri daripada pelbagai
etnik dan agama sebagai bangsa Indonesia. Pada masa yang sama, melalui konsep
“civic nation” ini warga yang berbilang etnik ini akan berkongsi sebuah identiti
nasional bermaksud tanda-tanda atau ciri yang wujud dalam sesuatu kelompok
masyarakat atau negara yang membezakan ia daripada masyarakat yang lain
(Ashmore, Jussim, Wilder, 2001). Bangsa Indonesia membentuk sebuah identiti
nasional melalui Bahasa Indonesia sebagai bahasa penyatuan, merah putih sebagai

bendera negara, Indonesia Raya sebagai lagu kebangsaan, Garuda sebagai lambang,
“Bhinneka Tunggal Ika” yang bermaksud berbeza tetap menjadi satu sebagai

semboyan kebangsaan, Pancasila sebagai dasar negara, UDD 1945 sebagai
perlembagaan, Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI) yang mendaulatkan
rakyat, konsepsi wawasan Nusantara dan kebudayaan nasional. Terbentuknya sebuah
negara bangsa seperti di Indonesia merupakan salah satu kekuatan kerajaan kerana
mempunyai warga yang bersatu padu dan sentiasa menyokong dasar kerajaan untuk
mencapai matlamat mereka.

Definisi Globalisasi
Menurut Malcolm Waters (1995), globalisasi adalah satu sistem antarabangsa
yg berteraskan pasaran yg mempengaruhi ekonomi dan sosial penduduk dunia. Hal ini
telah menyebabkan berlakunya hubungan merentasi sempadan dan menandakan satu
pertumbuhan pertukaran serta saling bergantungan dalam kalangan negara. Selain itu,
Abdul Rahman Embong (2015) mendefinisikan globalisasi sebagai suatu proses saling
hubungan, keterkaitan dan kebergantungan yang berlaku secara berterusan dan dalam
jangka yang panjang iaitu antara sesama manusia daripada pelbagai bangsa di dunia
yang merentasi sempadan negara masing-masing untuk menjangkau ke wilayah lain
yang lebih jauh. Kebolehan untuk merentasi sempadan negara yang dikenali sebagai
“borderless world” atau dunia tanpa sempadan ini dilakukan melalui kemajuan
teknologi yang semakin meningkat dari saban hari. Dengan adanya jaringan internet,
maklumat dapat dikongsi kepada seluruh penduduk dunia hanya melalui hujung jari

dan hal ini telah memudahkan urusan pertukaran maklumat di peringkat global. Pada
masa yang sama, kebanyakan orang mengaitkan istilah globalisasi dengan perubahan
sosial kontemporer, pengunduran negara, penghapusan budaya-budaya traditional dan
ketibaan zaman pasca-modern (Scholte, 2000).
Era globalisasi ini telah memperlihatkan kelahiran aktor-aktor bukan negara
seperti persyarikatan multinasional (MNC) yang setiap hari semakin berkembang
akibat daripada proses globalisasi ini. Kewujudan dunia tanpa sempadan ini telah
memudahkan persyarikatan multinasional untuk meluaskan aktiviti perniagaan mereka
merentasi benua dan mencari lokasi perniagaan yang meminimumkan kos

pengeluaran. Kelahiran persyarikatan multinasional ini seperti cendawan tumbuh
selepas hujan kerana globalisasi berperanan sebagai satu sistem antarabangsa yang
berteraskan pasaran yang mempengaruhi ekonomi dan sosial penduduk dunia. Sistem
antarabangsa ini juga dikenali sebagai liberalisasi ekonomi yang menekankan konsep
“free trade” atau perdagangan bebas di mana persyarikatan multinasional ini
digalakkan untuk melabur di negara asing terutamanya di benua Asia kerana
mempunyai sumber bahan mentah yang banyak dan kos pengeluaran yang rendah.
Konsep “free trade” ini dilaksanakan melalui ASEAN Free Trade Area (AFTA) yang
membolehkan barangan negara anggota ASEAN untuk menembusi pasaran negara
anggota tanpa sekatan, tariff dan cukai.

Pada masa yang sama, globalisasi telah menyebabkan pengaliran maklumat
yang pantas dan tanpa sempadan, memudahkan pemindahan modal wang khususnya
wang panas menurut naluri pasaran serta meningkatkan pengaliran manusia melalui
sektor pelancongan dan juga migrasi transnasional. Hal ini telah mencairkan dan
melemahkan kawalan negara bangsa keatas peranan-peranannya (Abdul Rahman
Embong, 2015). Kesannya, persekitaran dunia tanpa sempadan pada hari ini telah
menolak pembatasan yang diletakkan kerajaan seperti untuk membina satu ekonomi
dunia yang terbuka. Pembatasan yang diletakkan negara seperti dasar ekonomi
tertutup atau mengenakan syarat yang ketat untuk kemasukan pelabur asing menjadi
semakin tidak releven akibat daripada proses globalisasi yang melanda ini yang telah
melahirkan sebuah ekonomi dunia yang terbuka. Hal ini secara tidak langsung telah
mengurangkan peranan negara bangsa dimana pihak pentadbiran negara tidak dapat
melaksanakan dasar-dasar mereka secara sesuka hati atau atas kepentingan sendiri
kerana persekitaran dunia telah berubah kepada persekitaran yang berteraskan
ekonomi bebas. Situasi ini seolah-olah menyebabkan negara bangsa berada dalam
keadaan tersepit kerana terdapat pelbagai faktor lain yang mempengaruhi dalam
proses pembuatan keputusan negara tersebut. Namun, sesetengah individu telah
mengaitkan globalisasi dengan kemajuan, kemakmuran dan keaman. Terdapat juga
individu menggambarkan globalisasi sebagai bencana dan kehancuran terutamanya
dalam aspek peranan negara bangsa. Oleh hal yang demikian, era globalisasi ini telah

membangkitkan persoalan adakah konsep negara bangsa masih relevan pada hari ini?

Pendapat Tahap Kerelevanan Konsep Negara Bangsa Dalam Proses Globalisasi
Pada hari ini, proses globalisasi yang berlaku di seluruh dunia telah
membangkitkan persoalan tentang tahap kerelevenan negara bangsa dalam kalangan
sarjana dan juga pengkaji sains sosial. Malcom Waters (1995) menjelaskan bahawa
globalisasi

menjadi

suatu

ancaman

bagi

negara

kerana

memperlemahkan

dominasinya. Hal ini demikian kerana globalisasi telah melahirkan aktor baru iaitu
aktor bukan kerajaan seperti persyarikatan multinasional (MNC) sepeti Royal Dutch
Shell dan Apple, international governmental organization (IGO) seperti World Bank
dan, United Nation, manakala non-governmental organization (NGO) seperti
Greenpeace dan World Wildlife Fund (WWF). Aktor-aktor bukan negara ini
mempunyai

pengaruh

yang

lebih

besar

dalam

memperkembangkan

dan

mempromosikan isu-isu dalam agenda antarabangsa dalam era globalisasi ini. Pada
masa yang sama, aktor bukan negara ini juga memainkan peranan dalam proses
pembuatan dasar sesuatu negara kerana kelompok ini telah menjadi sebuah organisasi
politik yang besar berbanding negara.
Dalam membincangkan peranan aktor-aktor transnasional ini, aktor seperti
persyarikatan multinasional (MNC) telah melemahkan peranan negara bangsa melalui
aktiviti pelaburan dalam sesebuah negara. Kemasukan persyarikatan multinasional
yang melabur dalam sesebuah negara telah mewujudkan “trickle down” iaitu titisan
kekayaan yang merupakan istilah dalam ekonomi untuk menjelaskan faedah yang
diperolehi oleh negara dan setiap lapisan masyarakat melalui kemasukan pelabur asing
(McCracken, 1990). Konsep “trickle down” ini berlaku apabila persyarikatan
multinasional yang datang melabur akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada
rakyat tempatan, membina infrastruktur seperti jalan raya dan perumahan staff dan hal
ini akan memberi manfaat kepada negara dan juga penduduk. Oleh itu, negara
terpaksa akur kepada kehendak persyarikatan multinasional dalam menggubal dasar
awam demi untuk menjaga kepentingan bersama. Pada masa yang sama, kemunculan
organisasi antara kerajaan (IGO) seperti World Bank dan The International Monetary
Fund (IMF) telah memaksa negara tunduk kepada organisasi politik yang lebih besar
ini dalam aspek ekonomi (Waters, 1995). Hal ini demikian kerana organisasi seperti
ini menjalankan fungsi untuk memastikan nilai matawang dunia sentiasa stabli dalam
pasaran yang terbuka ini. Oleh itu, negara tidak boleh melaksanakan sesuatu dasar

atau tindakan yang berlawanan dengan organisasi antara kerajaan ini. Selain itu, aktor
seperti non governmental organization (NGO) seperti Greepeace menjalankan
hubungan secara transnasional dimana organisasi ini mempunyai partisipan dari
pelbagai masyarakat yang merentasi sempadan dimana golongan ini sering mendesak
negara melaksanakan dasar mengikut kepentingan mereka.