Malaysia Mengalami Tren Mobiliti Pendudu

PERSIDANGAN GEOGRAFI DAN ALAM SEKITAR KALI KE-6 (2017)
Mohd Fadzil Abdul Rashid, Rshood M. Khraif, dan Asharaf Abdul Salam; Malaysia Mengalami Tren
Mobiliti Penduduk Yang Masih Tinggi: Kenapa Metropolitan Kuala Lumpur Menjadi Tumpuan?

Malaysia Mengalami Tren Mobiliti Penduduk Yang Masih Tinggi:
Kenapa Metropolitan Kuala Lumpur Menjadi Tumpuan?
1

Mohd Fadzil Abdul Rashid
2
Rshood M. Khraif
3
Asharaf Abdul Salam
1Universiti Teknologi MARA, Kampus Seri Iskandar, Perak, Malaysia
2,3Center for Population Studies, King Saud University, Riyadh, Saudi Arabia
abrfazil@gmail.com

ABSTRAK
Malaysia mengalami kadar mobiliti penduduk yang masih tinggi kerana faktor urbanisasi yang
menggalakkan perubahan ke atas ekonomi, sosial dan teknologi moden serta persekitaran.
Corak mobiliti sama ada dalam bentuk harian mahupun migrasi tidak terhad kepada golongan

tertentu sahaja, malahan melibatkan semua peringkat umur dan gender serta dari pelbagai
latarbelakang sosio-ekonomi. Phenomena mobiliti penduduk ini telah memberikan impak yang
positif kepada pembangunan bandar. Sebaliknya, ianya juga turut menimbulkan kesan negatif
terutamanya apabila sektor bandar tidak berupaya untuk memenuhi kehendak daripada
mobiliti tersebut. Kertas kerja ini memfokuskan kepada senario dan tren mobiliti khusus
kepada migrasi penduduk di Malaysia. Ianya cuba meneliti kenapa Metropolitan Kuala Lumpur
kekal menjadi tumpuan utama migrasi di masa kini sedangkan banyak bandar-bandar baharu
sama ada di Selangor mahupun di seluruh negara. Metodologi kajian melibatkan kaedah
sorotan literatur dan analisis terhadap data-data migrasi daripada bancian pelbagai tahun
(1980, 1991, 2000, dan 2010), berasaskan teknik Model Komponen Berganda dan disokong
oleh olahan semula terhadap penemuan-penemuan daripada kajian terdahulu. Kertas kerja
ini mengakhiri dengan rumusan penutup berkisarkan kepada kepentingan memahami corak
dan kehendak migrasi dalam proses menentukan intensiti pembangunan yang lebih lestari
dan sejahtera di masa depan.
Kata Kunci: Mobiliti, Migrasi, Kuala Lumpur, Model Komponen Berganda, Urbanisasi,
Perubahan sosial
PENGENALAN
Senario dan tren mobiliti semasa penduduk di dunia menunjukkan belum ada tanda-tanda
kestabilan, malahan sedang rancak terutama di bandar-bandar besar di negara-negara
sedang membangun (UNDP, 2009) seperti China, Malaysia, Indonesia dan negara-negara di

Asia Barat seperti Arab Saudi, Kuwait, dan Bahrain. Kemajuan di dalam bidang teknologi
terutama menerusi teknologi pengangkutan moden serta telekomunikasi dan maklumat telah
mencetuskan paradigma baharu di dalam isu mobiliti (Sheller and Urry, 2006), di mana
teknologi ini berupaya menyingkatkan masa perjalalanan dan menyampaikan pelbagai berita
dari pelbagai dimensi seperti pelancongan, perniagaan dan pekerjaan, ekonomi dan
kemiskinan, politik dan peperangan dan seumpamanya secara lebih dekat dan pantas
sehingga menjadikan realiti kehidupan di dunia dekat dengan masyarakat, dan seterusnya
mengangkat isu mobiliti ke suatu tahap yang meluas dan diminati. Pada hari ini, isu mobiliti
ini tidak hanya terhad kepada pengkajian di dalam bidang demografi, kajian migrasi dan
perancangan bandar malahan dari antropologi, kajian kebudayaan, geografi, kajian sains dan
teknologi, pelancongan, kajian pengangkutan dan perniagaan, sosiologi dan psykologi
(Sheller and Urry, 2006; Berry, 2001).
Secara umum, konsep mobiliti adalah lebih meluas dan ianya agak berbeza dengan migrasi
walaupun terminologi mobiliti diguna pakai untuk membincangkan migrasi seperti oleh UNDP

PERSIDANGAN GEOGRAFI DAN ALAM SEKITAR KALI KE-6 (2017)
Mohd Fadzil Abdul Rashid, Rshood M. Khraif, dan Asharaf Abdul Salam; Malaysia Mengalami Tren
Mobiliti Penduduk Yang Masih Tinggi: Kenapa Metropolitan Kuala Lumpur Menjadi Tumpuan?
(2009). Willis (2010) menegaskan bahawa mobiliti tidak terhad hanya kepada perubahan
tempat kediaman tetapi termasuk juga pergerakan harian penduduk untuk ke sekolah, tempat

kerja, pasaraya, akses kepada kemudahan dan rekreasi dan pelancongan. Wujudnya
perbezaan di antara mobiliti dan migrasi adalah dari segi jarak, masa dan tujuan pergerakan,
di mana mobiliti selalunya dalam jangkamasa yang singkat dan berulang-ulang serta
tujuannya tidak melibatkan perpindahan tempat kediaman. Sementara itu, migrasi melibatkan
perubahan tempat kediaman merentasi lokaliti (sempadan geografi) sama ada dipaksa
mahupun suka rela Plane and Rogerson, 1994). Selain itu, kajian terhadap mobiliti dan migrasi
mempunyai kelebihan tersendiri serta memberikan hasil dan implikasi yang tidak sama (Willis,
2010). Mobiliti boleh menunjukkan realiti pergerakan manusia secara ‘real time’ yang
mengambarkan cara hidup atau corak kehidupan manusia yang berinteraksi dengan sistem
bandar dan keperluan mereka terhadap insfrastruktur bandar seperti sekolah, pejabat, pusat
komersil yang seterusnya memberikan implikasi kepada pengurusan trafik, pengawalan
penyakit berjangkit, pengurusan pencemaran udara, penyediaan kenderaan awam dan
perancangan fizikal serta sosial bandar secara menyeluruh. Manakala migrasi pula
mempunyai implikasi yang lebih besar terutama dari segi pertambahan bilangan penduduk,
persediaan sektor bandar untuk menerima migran terutama dari segi peluang-peluang
ekonomi, perumahan, pendidikan dan kemudahan-kemudahan sokongan bandar yang lain
selari dengan keperluan pertumbuhan penduduk asal bandar dan migran. Kajian terhadap
mobiliti penduduk berasaskan teknologi ‘smart phone’ sedang berkembang terutama di
negara-negara maju dan penduduk yang ramai seperti Jiang et al., (2015) suatu kajian
mobiliti penduduk di Singapura dan terkini Zhao et al., (2016) yang membawa

perbincangan cara perolehan data dan mobiliti penduduk berasaskan kajian di bandar
New York.
Kertas kerja ini tidak mencuba untuk melebarkan perbincangan mengenai mobiliti punduduk,
tetapi istilah mobiliti di sini adalah merujuk kepada migrasi, sesuai dengan kesediaan data
semasa berasaskan kepada bancian dan konteks perbincangan yang cuba mengaitkan
migrasi dan urbanisasi atau pembandaran serta interaksi manusia dengan sistem bandar
secara keseluruhan. Secara spesifik, kertas kerja ini mencuba untuk memperhalusi hubungan
migrasi dengan peluang-peluang ekonomi seperti industri dan perkhidmatan serta teknologi
dan persekitaran sosial dengan memfokuskan aliran dinamik migrasi di Metropolitan Kuala
Lumpur. Selain itu, fungsi migrasi sebagai agen urbanisasi dan perubahan demografi serta
perubahan sosial turut akan dibincangkan pada bahagian berikutnya ini.
MIGRASI DAN SISTEM BANDAR
Mohd Fadzil dan Ishak (2011) telah mengemukakan secara umum konsep hubungan
langsung di antara migrasi dan pertumbuhan bandar dalam konteks urbanisasi (Rajah 1).
Pada awal proses urbanisasi, sumbangan migrasi terutamanya migrasi luar bandar ke bandar
terhadap pertumbuhan bandar adalah ketara, dan sumbangan migrasi semakin ketara
sehingga di peringkat kepesatan urbanisasi yang dimonopoli untuk migrasi luar bandar ke
bandar dan bandar ke bandar. Bagaimanapun, situasi ini jelas berlaku di negara-negara
membangun dan jarang pula berlaku di negara-negara maju kerana negara-negara ini telah
mengalami proses keseimbangan di dalam pertumbuhan bandar dan urbanisasi sehingga

kadar pertumbuhan bandar mencapai peratusan zero. Konsep tersebut adalah diasaskan
kepada tren migrasi dan urbanisasi di negara-negara di wilayah ESCAP (Economic and Social
Commission for Asia-Pacific) yang terdiri daripada negara maju, negara membangun dan
negara kurang membangun (Gubhaju et al., 2001; Pacione, 2001, Skeldon, 1998).
Bahagian ini mencuba untuk melihat bukan sekadar saiz dan taburan penyerakan migrasi di
bandar tetapi memberi fokus kepada interaksi migrasi terhadap sistem bandar secara
keseluruhan. Ini termasuklah interaksi migrasi terhadap peluang-peluang ekonomi dan
pekerjaan, perumahan, kemudahan dan perkhidmatan bandar yang efisien.

PERSIDANGAN GEOGRAFI DAN ALAM SEKITAR KALI KE-6 (2017)
Mohd Fadzil Abdul Rashid, Rshood M. Khraif, dan Asharaf Abdul Salam; Malaysia Mengalami Tren
Mobiliti Penduduk Yang Masih Tinggi: Kenapa Metropolitan Kuala Lumpur Menjadi Tumpuan?

High level of
urbanisation

Volume of people

Volume of people


Internal Migration and
natural increase

Near zero
Intermediate level
of urbanisation

Intermediate- Urban
growth
rapid
rate
Rapid

An early level of
urbanisation
Urban Population
Internal migration
Internal migration in situation rapid urban growth

Figure 1: Sumbangan relatif migrasi terhadap pertumbuhan bandar mengikut kadar urbanisasi

Sumber: Ubahsuai semula daripada Mohd Fadzil dan Ishak (2011)

Ibrahim (1998) mengklasifikasikan sistem bandar kepada 3 skop/ sistem iaitu aktiviti seperti
perumahan, perindustrian, pengkomersilan, perniagaan; pembangunan fizikal; dan alam
sekitar yang secara langsung mempengaruhi corak guna tanah bandar. Di dalam sistem
bandar ini, adalah tidak boleh dinafikan bahawa migrasi mempengaruhi kesemua dimensi
sistem bandar kerana migrasi merupakan tingkah laku manusia yang berinteraksi secara
langsung dengan bandar dan aktiviti di dalam bandar. Brezis (2016), sebagai contoh,
menegaskan bahawa belajar merupakan suatu bentuk tingkah laku migrasi awal yang
berinteraksi aktiviti pendidikan di bandar dan seterusnya mendorong keputusan memilih
tempat pekerjaan di tempat di mana mereka belajar, sama ada dalaman mahupun luar
negara. Sebahagian besar teori migrasi khususnya teori klasik seperti Ravenstein, Todaro
mengaitkan migrasi sebagai penghantaran tenaga buruh ke bandar untuk sektor-sektor
industri dan seterusnya memberansangkan pertumbuhan bandar kerana jumlah migrasi yang
ramai yang meningkatkan permintaan terhadap perumahan, infrastruktur dan perkhidmatan
asas bandar. Situasi ini menarik bidang psykologi yang turut memberikan tumpuan terhadap
kajian migrasi dari segi adaptasi budaya baharu dan hubungan di antara kumpulan
masyarakat/ etnik (Berry, 2001), selain bidang-bidang lain yang mewarnai kepelbagaian
dalam kajian migrasi seperti antropologi, sosiologi, ekonomi, sains politik, demografi,
sains perancangan wilayah/ perancangan bandar (Berry, 2001; Willis, 2010). Keadaan


ini tidak lain kerana pengisian atau interaksi migrasi terhadap sistem bandar yang
menimbulkan berbagai-bagai isu di bandar sama ada positif mahupun negatif yang
tidak lari dari skop urbanisasi dan perubahan demografi serta sosial penduduk.

Kajian oleh Abdelatti, Elhadary & Babiker (2017); Abou-Korin dan Al-Shihri (2015); Khraif,
et al., (2015; 2016) sebagai contoh, menegaskan bahawa negara-negara di dunia Arab seperti
Arab Saudi, Bahrian dan Arab Bersatu Emerates telah mengalami proses urbanisasi yang
pesat berikutan sumbangan daripada migrasi terutamanya immigran yang memasuki negaranegara tersebut sebagai sumber tenaga kerja. Mereka adalah terdiri dari pelbagai
latarbelakang pekerjaan dan tempat asal, bidang profesional sehingga buruh rendah, dan dari
negara-negara Arab seperti Egypt, Sudan mahupun negera lain dari India, Pakistan,
Bangladesh serta tidak terkecuali darip negara-negara di Asean seperti Indonesia, Philipina
dan Malaysia. Migrasi tersebut seterusnya memberikan kesan yang signifikan terhadap
perubahan demografi seperti gender, struktur umur penduduk dan perubahan sosial serta
cara hidup hasil daripada urbanism dan proses asimilasi. Ini adalah kesinambungan daripada
Guest (1994) yang menegaskan tiadanya kemajuan dan proses urbanisasi bagi sesebuah
negara melainkan dengan adanya sumbangan yang signifikan oleh migrasi. UNDP (2009)

PERSIDANGAN GEOGRAFI DAN ALAM SEKITAR KALI KE-6 (2017)
Mohd Fadzil Abdul Rashid, Rshood M. Khraif, dan Asharaf Abdul Salam; Malaysia Mengalami Tren

Mobiliti Penduduk Yang Masih Tinggi: Kenapa Metropolitan Kuala Lumpur Menjadi Tumpuan?
menegaskan bahawa migrasi boleh meningkatkan keupayaan manusia untuk memenuhi
hasrat mereka untuk mencapai kehidupan lebih sejahtera, dan nilai yang tertinggi (ultimate
outcome) daripada migrasi adalah memiliki atau menduduki kediaman di kawasan yang
disukai. Sehubungan itu, migrasi turut menjadi asas kepada pengubalan polisi-polisi kerajaan
khususnya berkaitan dengan pembangunan bandar (Obudho, 1994; Willis, 2010; Mohd Fadzil
& Ishak, 2014) sama ada untuk menerima atau mengawal migrasi dan untuk memastikan
pembangunan bandar memenuhi kehendak penduduk bandar termasuk migran. Sistem
hukou di China adalah contoh yang jelas kepada situasi ini (rujuk Dang, 2003).
Berasaskan kepada perbincangan di atas mengenai interaksi migrasi dengan sistem bandar
maka bolehlah dirumuskan konsep migrasi sebagai agen urbanisasi dan perubahan sosial
masyarakat seperti diilustrasikan di Rajah 2.
Government
Policy

Urban Grwoth

Urbanisation
Migration
Behaviour


Demographic
Transition
Technology
Rajah 2: Ilustrasi konsep migrasi sebagai agen pertumbuhan bandar, urbanisasi dan
perubahan sosial
Sumber: Penulis (2017)

Rajah 2 mencuba untuk menjelaskan peranan migrasi sebagai agen kepada proses
pertumbuhan bandar dan urbanisasi, dan seterusnya menyumbang kepada proses peralihan
demografi. Ianya berlaku secara timbal balik berikutan tingkah laku migrasi adalah dinamik
yang bertindak balas terhadap segala perubahan di dalam sistem bandar. Terdapat 4 elemen
utama yang mendorong keputusan migrasi: keinginan individu ataupun isi rumah, teknologi,
polisi kerajaan dan faktor keputusan pemilihan-destinasi migrasi. Keinginan individu
mendorong potensi migran untuk menentukan pemilihan-destinasi migrasi terutama
berasaskan kepada faktor spatial-ekonomi-sosial (Mohd Fadzil et al., (2014) seperti tempat
pekerjaan, kediaman, kos hidup dan peluang-peluang perkhidmatan bandar. Polisi kerajaan
dan teknologi pula menjadi penimbang balik terhadap keputusan migrasi. Di zaman
globalisasi ini keputusan migrasi lebih terbuka dan mudah, tidak kira migrasi dalaman
mahupun antarabangsa. Malahan migrasi antarabangsa telah mendominasi di sesebuah

negara kerana faktor polisi kerajaan yang membuka peluang sebagai sumber tenaga dan
dengan kemudahan teknologi terkini seperti pehubungan dan teknologi komunikasi dan
maklumat yang memudahkan proses migrasi.
Konsep yang cuba diperkenalkan ini amat penting terutama bagi tujuan penggubalan dasar
atau polisi untuk menerima migrasi dan menangani pelbagai masalah bandar yang berkaitan
dengan migrasi. Migrasi adalah suatu elemen bandar yang tidak boleh disekat. Maka,
meraikan migran sebagai ‘key players’ di dalam sektor bandar adalah dilihat sebagai langkah
yang lebih baik kerana migran mempunyai pengetahuan, kemahiran dan motivasi bekerja
yang kompetatif yang seharusnya dimanfaat oleh sektor bandar. Mohd Fadzil (2016)

PERSIDANGAN GEOGRAFI DAN ALAM SEKITAR KALI KE-6 (2017)
Mohd Fadzil Abdul Rashid, Rshood M. Khraif, dan Asharaf Abdul Salam; Malaysia Mengalami Tren
Mobiliti Penduduk Yang Masih Tinggi: Kenapa Metropolitan Kuala Lumpur Menjadi Tumpuan?
menegaskan perkara ini sesuai dengan hasrat konsep bandar mapan dan kesejahteraan
masyarakat.
Keunikan dan kedinamikan pada tingkah laku migrasi ini dan cara interaksinya dengan sistem
bandar di Metropolitan Kuala Lumpur akan cuba diteliti berasaskan data bancian.
METODOLOGI
Data
Penelitian ini melibatkan data migrasi antara negeri (dalam tempoh 5 tahun) yang diterbit
berasaskan kepada Banci Penduduk dan Perumahan, Malaysia bagi tahun 1980, 1991, 2000
dan 2010. Tahun 1980, kesemua aliran keluar masuk migrasi antara negeri diambil kira
kecuali Sabah dan Sarawak. Tahun 1991, 2000 dan 2010, Sabah dan Sawarak turut diambil
kira, tetapi Wilayah Persekutuan Labuan (W.P. Labuan) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya
(W.P. Putrajaya) dikecualikan pada tahun 2000 dan 2010. Pengecualian data-data migrasi
daripada negeri/ wilayah tersebut tidak menjejaskan kualiti penemuan keseluruhan kajian
kerana pertama, jumlah migrasi yang hanya sedikit dari negeri/ wilayah tersebut dan kedua,
fokus penelitian ini adalah bertumpu kepada interaksi/ tingkah laku/ aliran migrasi keluar
masuk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (W.P. Persekutuan Kuala Lumpur) atau selepas
ini menggunakan nama Metropolitan Kuala lumpur.
Kaedah Analisis dan Penumpuan Penelitian
Kaedah Multiplicative Component Model (MCM) telah digunakan bagi analisis tren dan
interaksi migrasi. MCM adalah satu kaedah yang bertujuan untuk mengukur tahap interaksi
migrasi di antara dua atau lebih kawasan yang dikenali sebagai origin dan destinasi migrasi.
Mohd Fadzil and Ishak (2011) dan Mohd Fadzil et al., (2012, 2016) telah mengguna pakai
model ini bagi analisis interaksi migrasi masing-masing di antara kawasan Wilayah Lembah
Klang, negeri Perak dan kawasan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Raymer dan Roger
(2005) memformulasikan model ini berasaskan kepada empat komponen: (a) komponen
aliran keseluruhan yang mewakili jumlah keseluruhan migrasi; (b) komponen aliran migrasi
tempat asal (origin) mewakili ukuran relatif penolakan dari setiap bandar/wilayah; (c)
komponen aliran destinasi, mewakili ukuran relatif penarikan ke setiap bandar/wilayah; dan
(d) komponen aliran interaksi dua hala (origin-destination interaction) di antara kawasan
bandar/ wilayah (tetapi tidak mewakili keseluruhan aliran migrasi). Lihat Jadual 1.
Jadual 1: Formula MCM berasaskan 4 komponen utama
Sistem Migrasi
Formula
nij = T*Oi*Dj*ODij
Model Komponen Berganda

…1

Pecahan 4 Komponen:
Jumlah keseluruhan (a)
Komponen origin (b)
Komponen destinasi (c)
Komponen interaksi origin-destinasi (d)

…2
…3
…4
…5

T
Oi
Dj
ODij = nij/( T*Oi*Dj)

di mana, nij ialah jumlah aliran migrasi asal dari bandar/ wilayah ‘i’ ke ‘j’, T ialah jumlah
keseluruhan migran (Contohnya, n++), Oi ialah proporsi jumlah migran yang keluar dari bandar/
wilayah ‘i’ (Contohnya, ni+/n++), Dj ialah proporsi jumlah yang masuk ke bandar/ wilayah j.
(Contohnya, n+j/n++) dan ODij pula ialah tahap interaksi di antara bandar/ wilayah ‘i’ dan ‘j’ yang
ditentukan dengan nij/ (T*Oi*Dj) ataupun nisbah jumlah migrasi asal (observed flows) dengan
jumlah jangkaan migrasi (expected fows). Penerangan yang lebih khusus terhadap keempatempat komponen ini akan dimuatkan lagi pada perbincangan di bahagian penemuan nanti
bagi memastikan kefahaman yang lebih jelas.

PERSIDANGAN GEOGRAFI DAN ALAM SEKITAR KALI KE-6 (2017)
Mohd Fadzil Abdul Rashid, Rshood M. Khraif, dan Asharaf Abdul Salam; Malaysia Mengalami Tren
Mobiliti Penduduk Yang Masih Tinggi: Kenapa Metropolitan Kuala Lumpur Menjadi Tumpuan?
Komponen ODij akan menjadi tumpuan penelitian pada kertas kerja ini, iaitu bagi mengukur
interaksi migrasi di Metropolitan Kuala Lumpur dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Nilai
nisbah yang tinggi iaitu melebihi 0.5 adalah menunjukkan tahap interaksi tinggi dan sebaliknya
bagi nilai nisbah 0.5 dan ke bawah. Penemuan daripada 3 komponen lain dalam MCM turut
dibincangkan secara sistematik bagi memastikan interpretasi dan rumusan yang lebih
menyeluruh. Selain itu, ulasan rumusan terhadap penemuan turut diperkukuhkan oleh
sokongan perbincangan berasaskan kepada penemuan-penemuan kajian lepas, dan ianya
akan dimuatkan pada bahagian Rumusan dan Perbincangan.
Metropolitan Kuala Lumpur
Metropolitan Kuala Lumpur merupakan Ibu Negara kepada Malaysia, terletak di tengahtengah Negeri Selangor dan Wilayah Lembah Klang (Rajah 3) dengan berkeluasan 243km2.
Projek mega Malaysia seperti KLIA, Putrajaya dan Cyberjaya yang menjadi sebahagian
daripada proses desentralisasi adalah tidak jauh dari Metropolitan Kuala Lumpur. Walaupun
telah mencapai status tepu pembangunan dengan 100% kadar urbanisasi, penduduk di
Metropolitan terus bertambah dari tahun ke setahun dengan kadar 2.4 setahun seperti
dicatatkan pada 2015, tetapi telah menurun kepada 0.5 tahun 2016. Jumlah penduduk
semasa berasaskan kepada data daripada Jabatan Statistik Malaysia tahun 2016 adalah
menghampiri 1.8 juta. Metropolitan Kuala Lumpur mempunyai 6 pusat tumpuan
pembangunan yang dikenali sebagai Zon Strategik iaitu Zon Teras/ Pusat Bandar, SentulMenjalara, Wangs Maju-Maluri, Damansara-Penchala, Bukit Jalil-Seputeh dan Bandar Tun
Razak-Sungai Besi yang menjadi ‘catalyst’ pembangunan.

Rajah 3: Kedudukan Metropolitan Kuala Lumpur serta pusat pertumbuhan di sekelilingnya
Sumber: Kuala Lumpur Structure Plan 2020, diakses pada 14 Ogos 2017 di
http://www.dbkl.gov.my/pskl2020/english/index.htm

PERSIDANGAN GEOGRAFI DAN ALAM SEKITAR KALI KE-6 (2017)
Mohd Fadzil Abdul Rashid, Rshood M. Khraif, dan Asharaf Abdul Salam; Malaysia Mengalami Tren
Mobiliti Penduduk Yang Masih Tinggi: Kenapa Metropolitan Kuala Lumpur Menjadi Tumpuan?
Metropolitan Kuala Lumpur menawarkan pekerjaan di dalam pelbagai perkhidmatan ekonomi
moden (iaitu >80%) (Jadual 2) adalah jauh lebih tinggi berbanding di peringkat nasional (49%),
telah menjadikan ia sebagai sebuah metropolis yang berdaya saing di dalam mahupun di
peringkat global.
Jadual 2: Sektor dan jenis pekerjaan di Metropolitan Kuala Lumpur dan Malaysia

Sumber: Kuala Lumpur Structure Plan 2020, diakses pada 14 Ogos 2017 di
http://www.dbkl.gov.my/pskl2020/english/index.htm

Jadual 2 menunjukkan sektor bidang pekerjaan tertinggi adalah dari sektor kewangan,
insuran, hartanah & perniagaan sebanyak 24.2%, diikuti dengan pemborongan, perdagangan
runcit, restauran dan perhotelan (17.2%) dan perkhidmatan kerajaan (16.1%), yang lebih
tinggi dari peringkat nasional secara keseluruhan. Metropolitan Kuala Lumpur telah
diindekkan di peringkat global dalam kategori ‘Finance, Invessment & Business
Environement; dan telah tersenarai dalam 10 ke atas bandar di dunia sebagai penanda aras
dari segi bandar berkembang (Jadual 3). Selain itu, tahap kompetatif Kuala Lumpur dilihat
sangat kukuh dari aspek destinasi pelancong luar yang telah menyaingi bandar-bandar
pelancongan tersohor di dunai seperti Bangkok, New York, Paris dan Dubai (Rajah 4). Ini
adalah antara kelebihan Metropolis Kuala Lumpur yang menjadinya ia sebagai sebuah sistem
bandar yang berupaya menarik migrasi.

PERSIDANGAN GEOGRAFI DAN ALAM SEKITAR KALI KE-6 (2017)
Mohd Fadzil Abdul Rashid, Rshood M. Khraif, dan Asharaf Abdul Salam; Malaysia Mengalami Tren
Mobiliti Penduduk Yang Masih Tinggi: Kenapa Metropolitan Kuala Lumpur Menjadi Tumpuan?
Jadual 3: Kedudukan dalam penanda aras bandar dunia berkembang

Sumber: Moonen and Clark (2013).

Rajah 2: Perbandingan jumlah pelancong asing
Sumber: Moonen and Clark (2013).

ANALISIS DAN PENEMUAN
Keputusan analisis migrasi antara negeri bagi tahun 1980, 1991, 2000 dan 2010 berasaskan
kepada MCM adalah ditunjukkan pada Jadual 4a, 4b, 4c, dan 4d. Secara keseluruhannya,
jumlah migrasi keseluruhan (T) adalah menunjukkan tren yang menurun iaitu dari 1.5 juta
migran pada tahun 1980 menurun kepada 900 ribu pada tahun 2010. Situasi ini dipengaruhi
oleh proses urbanisasi dan peralihan demografi yang dialami oleh Malaysia, di mana seperti
perbincangan di atas, semakin tinggi tahap urbanisasi, jumlah migrasi akan mulai menurun
sehingga menuju kestabilan. Keadaan ini sudahpun dialami oleh negara-negara maju yang
mencapai tahap urbanisasi yang tinggi serta peralihan demografi yang lengkap seperti Jepun,
New Zealand, Singapura dan seumpamanya mengalami pertumbuhan penduduk yang rendah
kerana tiada lagi sumbangan yang besar daripada migrasi. Walaupun tren migrasi tersebut
menurun, jumlah tersebut masih lagi tinggi dan memberikan sumbangan yang besar terhadap
pertumbuhan penduduk di bandar.
Pada tahun 1980, menunjukkan W.P. Kuala Lumpur adalah kawasan yang menerima migrasi
yang kedua tertinggi selepas Selangor iaitu masing-masing peratusan (D) 20.44% dan
22.21%. Diikuti oleh Pahang tetapi dengan peratusan yang jauh lebih rendah berbanding W.P.
Kuala Lumpur dan Selangor iaitu hanya 13.35%. Pada tempoh ini, peratusan (O) terutama
bagi ketiga-tiga kawasan tersebut adalah lebih rendah berbanding dengan peratusan (D) iaitu

PERSIDANGAN GEOGRAFI DAN ALAM SEKITAR KALI KE-6 (2017)
Mohd Fadzil Abdul Rashid, Rshood M. Khraif, dan Asharaf Abdul Salam; Malaysia Mengalami Tren
Mobiliti Penduduk Yang Masih Tinggi: Kenapa Metropolitan Kuala Lumpur Menjadi Tumpuan?
masing-masing 13.00%, 10.64% dan 5.12% dan ini menunjukkan berlakunya migrasi bersih
masuk. Bagi penelitian terhadap tahap interaksi migrasi (OD) setiap negeri dengan W.P.
Kuala Lumpur, didapati bahawa hampir keseluruhan negeri mempunyai interaksi yang kuat
(nilai OD>0.5) dengan W.P. Kuala Lumpur khususnya Selangor=2.33 merupakan negeri
tertinggi menghantar migrasi ke W.P. Kuala Lumpur. Nilai DO pula menunjukkan aliran migrasi
keluar dari W.P. Kuala Lumpur, di mana hampir kesemua negeri juga menerima migrasi
daripada W.P. Kuala Lumpur, kecuali Pahang, Perlis, Pulau Pinang dan Terengganu.
Jadual 4a: Data matrik migrasi antara negeri dalam tempoh 5 tahun, 1980
Origin (Place of
Usual Residence 5
Years Ago)

Destination (Place of Current Usual Residence)
Johor

Kedah

Kelantan

Melaka

Negeri
Sembilan

Pahang

Perak

Perlis

Pulau
Pinang

Selangor

Terengganu

W.P. Kuala Total (Out)
Lumpur

%

A. Observed Flows
Johor
Kedah
Kelantan
Melaka
Negeri Sembilan
Pahang
Perak
Perlis
Pulau Pinang
Selangor
Terengganu
W.P. Kuala Lumpur
Total (In)
%
Destination
Origin
B. Expected Flows
Johor
Kedah
Kelantan
Melaka
Negeri Sembilan
Pahang
Perak
Perlis
Pulau Pinang
Selangor
Terengganu
W.P. Kuala Lumpur
Dj
%

3,275
7,484
5,180
22,662
16,073
9,020
18,233
514
6,376
10,831
4,818

2,737
984
1,758
2,017
20,510
7,163
26,746
2,830
974

3,087
3,466
1,193
1,824
5,237
4,743
274
2,175
1,894
7,496

14,035
1,366
1,566
10,672
1,919
4,090
186
1,391
3,768
629

12,286

5,114

3,629

5,042

113,477
7.79

74,108
5.09

35,018
2.40

44,664
3.07

Johor

0.63
0.75
2.87
1.82
1.55
0.84
0.35
0.75
0.90
1.25
0.83
0.08
7.79

Kedah

0.52
0.60
0.19
0.30
0.53
1.44
7.38
4.85
0.36
0.39
0.53
0.05
5.09

Kelantan

1.04
0.95
0.49
0.67
2.92
0.70
0.60
0.83
0.51
6.32
0.79
0.02
2.40

Melaka

3.71
0.29
0.57
3.07
0.84
0.48
0.32
0.42
0.79
0.42
0.86
0.03
3.07

14,901
2,518
2,508
17,331
6,548
8,039
276
2,167
14,147
877
10,013

20,331
21,092
27,148
8,720
13,973
35,736
2,883
7,949
22,335
22,420
11,908

9,565
29,740
3,958
3,457
5,504
7,961

416
12,668
498
171
246
283
2,373

1,887
23,402
18,640
2,183

2,347
486
144

16,029

657

79,325 194,495
122,326
20,289
5.44
13.35
8.39
1.39
Level of Spatial Interaction (OD ij)
Negeri
Sembilan
2.22
0.30
0.52
3.14
1.61
0.53
0.27
0.37
1.68
0.33
0.96
0.05
5.44

Pahang

1.23
1.04
2.28
0.64
0.92
0.96
1.13
0.55
1.08
3.40
0.47
0.13
13.35

Perak

0.92
2.33
0.53
0.41
0.58
1.27
1.18
2.57
1.43
0.53
1.00
0.08
8.39

Perlis

0.24
5.99
0.40
0.12
0.16
0.27
0.61
1.55
0.23
0.21
0.25
0.01
1.39

3,671
42,583
2,038
1,687
2,443
2,536
37,401
2,565
4,141
708
6,309
106,082
7.28
Pulau
Pinang
0.41
3.85
0.31
0.23
0.30
0.47
1.83
1.85
0.37
0.20
0.45
0.07
7.28

24,436
13,601
8,442
19,910
28,278
14,243
75,540
1,425
15,940

2,920
1,201
24,211
658
1,278
7,065
3,226
148
850
1,999

4,469
117,343

2,340

323,627
22.21

45,896
3.15

Selangor

0.89
0.40
0.43
0.88
1.12
0.86
1.21
0.34
0.66
0.41
2.77
0.22
22.21

Terengganu
0.75
0.25
8.61
0.21
0.36
3.01
0.37
0.25
0.25
0.41
0.39
0.03
3.15

26,798
16,139
10,951
24,736
31,510
17,744
70,395
1,756
19,195
73,971
4,640
297,835
20.44
W.P. Kuala
Lumpur
1.06
0.52
0.60
1.19
1.36
1.16
1.23
0.45
0.87
2.33
0.46
0.20
20.44

123,435
151,858
89,237
101,509
113,559
74,573
280,286
19,077
108,538
155,042
49,358

8.47
10.42
6.12
6.97
7.79
5.12
19.24
1.31
7.45
10.64
3.39

190,670
1,457,142

13.09
100.00

Oi

0.08
0.10
0.06
0.07
0.08
0.05
0.19
0.01
0.07
0.11
0.03
0.13
1,457,142

Sumber: Malaysia (1983). Population and Housing Census of Malaysia 1980. General Report of the
Population Census. Volume 2. Putrajaya: Department of Statistics Malaysia dan perhitungan analisis
interaksi spatial (O-D) berasaskan MCM.

Pada tahun 1991, W.P. Kuala Lumpur masih lagi menerima migrasi yang kedua tertinggi
selepas Selangor, dan diikuti Johor dengan masing-masing peratusan (D) 13.21%, 25.63%
dan 10.17%. Pada tempoh ini, jumlah peratusan migrasi ke Selangor jauh menyaingi negerinegeri lain. W.P. Kuala Lumpur sudah mulai mengalami migrasi bersih keluar (-3.65%). Nilai
OD menunjukkan kesemua negeri menghantar migrasi yang tinggi ke W.P. Kuala Lumpur,
kecuali Perlis. Selangor masih sebagai negeri penghantar migrasi tertinggi ke W.P. Kuala
Lumpur dengan nilai 3.17. Manakala nilai DO menunjukkan interaksi migrasi W.P. Kuala
Lumpur dengan negeri-negeri lain juga berlaku secara menyeluruh kecuali Perlis dan Pulau
Pinang yang mendapat nilai DO di bawah 0.5. Selangor menjadi kawasan tumpuan migrasi
utama dari W.P. Kuala Lumpur (2.24), diikuti Perak (0.91), Sarawak, Negeri Sembilan dan
Melaka dengan nilai antara 0.82-0.85. Situasi ini menunjukkan aliran migrasi masuk ke W.P.
Kuala Lumpur adalah lebih mudah difahami berbanding dengan aliran migrasi keluar. Ini
menunjukkan kedinamikan aliran migrasi yang dicetuskan oleh pelbagai faktor tanpa boleh
dihalang oleh jarak, sempadan dan geografi.

%

8.47
10.42
6.12
6.97
7.79
5.12
19.24
1.31
7.45
10.64
3.39
13.09
100.00

PERSIDANGAN GEOGRAFI DAN ALAM SEKITAR KALI KE-6 (2017)
Mohd Fadzil Abdul Rashid, Rshood M. Khraif, dan Asharaf Abdul Salam; Malaysia Mengalami Tren
Mobiliti Penduduk Yang Masih Tinggi: Kenapa Metropolitan Kuala Lumpur Menjadi Tumpuan?
Jadual 4b: Data matrik migrasi antara negeri dalam tempoh 5 tahun, 1991
Origin (Place of
Usual Residence 5
Years Ago)

Destination (Place of Current Usual Residence)
Johor

Kedah

Kelantan

Melaka

Negeri
Sembilan

Pahang

Perak

Perlis

Pulau
Pinang

Sabah

Sarawak

Selangor

Terengganu

W.P.
Kuala
Lumpur

Total (Out)

%

A. Observed Flows
Johor
Kedah
Kelantan
Melaka
Negeri Sembilan
Pahang
Perak
Perlis
Pulau Pinang
Sabah
Sarawak
Selangor
Terengganu
W.P. Kuala Lumpur
Total (In)
%
Destination
Origin
B. Expected Flows
Johor
Kedah
Kelantan
Melaka
Negeri Sembilan
Pahang
Perak
Perlis
Pulau Pinang
Sabah
Sarawak
Selangor
Terengganu
W.P. Kuala Lumpur
Dj
%

4,394
7,295
8,409
10,793
10,209
12,742
17,812
898
4,879
3,153
5,442
13,437
5,049
14,685
114,803
10.17

Johor

0.00
0.81
1.16
2.01
1.56
1.47
1.10
0.50
0.73
1.15
1.56
0.99
1.17
0.76
0.10
10.17

3,542
1,953
2,509
4,683
15,411
5,997
22,775
2,206
3,237
6,488
2,041
7,534
82,770
7.33

Kedah

0.63
0.00
0.68
0.50
0.53
0.75
1.31
4.67
4.71
1.12
1.29
0.66
0.66
0.54
0.07
7.33

4,252
2,561
1237
1,646
7,398
4,309
380
1895
944
1,563
3,797
8,071
4,769
42,822
3.79

Kelantan

1.17
0.77
0.00
0.62
0.68
2.28
0.71
0.57
0.76
0.92
1.20
0.75
5.03
0.66
0.04
3.79

8,496
1,487
1,735
6,034
2,844
3,108
281
1,025
1,217
1,320
5,099
859
5,362
38,867
3.44

Melaka

2.58
0.49
0.70
0.00
2.73
0.97
0.56
0.47
0.45
1.31
1.12
1.10
0.59
0.82
0.03
3.44

9,835
2,960
2,753
8,590
6,226
5,413
500
1,452
1,559
2,370
10,290
1,371
8,613
61,932
5.49

Negeri
Sembilan
1.88
0.61
0.70
2.97
0.00
1.33
0.62
0.52
0.40
1.06
1.26
1.40
0.59
0.82
0.05
5.49

10,157
4,978
10,818
2,470
4,378

7,880
12,064
4,925
3,081
4,214
8,220

1023
6,878
889
1025
671
873
2,561

3,055
22,316
2,682
1,172
1,298
2,402
19,712
2,208

11,027
890
1,702
2,045
10,181
1528
1,260
2,622
644
971
2,646
3,364
484
917
9,172
15,475
1451
4,696
7,758
2,523
421
1,142
7,931
13,850
1,593
5,379
75,530
90,101
20041
67,950
6.69
7.98
1.78
6.02
Level of Spatial Interaction (ODij)
Pahang

1.59
0.84
2.26
0.70
1.02
0.00
1.03
0.76
0.46
0.70
1.15
1.02
2.74
0.62
0.07
6.69

Perak

1.03
1.71
0.86
0.73
0.82
1.20
0.00
1.22
1.93
1.22
1.23
1.45
0.75
0.91
0.08
7.98

Perlis

0.60
4.39
0.70
1.09
0.59
0.58
0.90
0.00
1.30
1.35
0.79
0.61
0.56
0.47
0.02
1.78

Pulau
Pinang
0.53
4.21
0.62
0.37
0.34
0.47
2.05
2.09
0.00
0.60
0.44
0.58
0.45
0.47
0.06
6.02

4,530
1,658
1,107
1134
1658
1,654
3,398
1187
1119
3,712
2,308
646
3,340
27,451
2.43

Sabah

1.95
0.77
0.64
0.88
1.06
0.80
0.87
2.79
0.70
0.00
4.44
0.71
0.63
0.72
0.02
2.43

3,365
2,543
1,655
1689
1,173
2,605
2,803
232
1070
5,688
2,359
1454
4,454
31,090
2.76

Sarawak

1.28
1.05
0.84
1.16
0.66
1.11
0.64
0.48
0.59
7.67
0.00
0.64
1.25
0.85
0.03
2.76

22,569
14,217
14,843
11,989
19,800
19,414
48,815
1,839
10,545
3,807
4,602
7,452
109,334
289,226
25.63

Selangor

0.92
0.63
0.81
0.89
1.20
0.89
1.19
0.41
0.62
0.55
0.52
0.00
0.69
2.24
0.26
25.63

3,228
1,468
10,272
878
1,631
7,094
2,549
279
1000
513
1,007
3,388
3,436
36,743
3.26

Terengganu
1.04
0.51
4.41
0.51
0.78
2.55
0.49
0.49
0.47
0.59
0.90
0.78
0.00
0.55
0.03
3.26

12,649
7,703
7,833
6,739
8,946
9,304
22,873
1,122
6,420
2,325
3,678
56,045
3,467
149,104
13.21

95,433
88,128
71,463
52,750
64,167
85,459
159,791
17,515
65,934
26,909
34,342
134,005
42,254
190,280
1,128,430

100.00

W.P.
Kuala
Lumpur
1.00
0.66
0.83
0.97
1.06
0.82
1.08
0.48
0.74
0.65
0.81
3.17
0.62
0.00
0.13
13.21

8.46
7.81
6.33
4.67
5.69
7.57
14.16
1.55
5.84
2.38
3.04
11.88
3.74
16.86

Oi

0.08
0.08
0.06
0.05
0.06
0.08
0.14
0.02
0.06
0.02
0.03
0.12
0.04
0.17
1,128,430

Sumber: Malaysia (1995). Population and Housing Census of Malaysia 1991. General Report of the
Population Census. Volume 2. Putrajaya: Department of Statistics, Malaysia dan perhitungan analisis
interaksi spatial (O-D) berasaskan MCM.

Senario yang hampir sama berlaku pada tempoh tahun 2000 (rujuk Jadual 4c), di mana
kesemua negeri menghantar migrasi yang tinggi ke W.P. Kuala Lumpur sehingga ia berada
dalam ranking kawasan ketiga tertinggi menerima peratusan migrasi iaitu 10.17% selepas
Selangor (32.95%) dan Johor (10.28%). Walaupun Selangor jauh meninggalkan W.P. Kuala
Lumpur, situasi tersebut tetap menunjukkan keunikan W.P. Kuala Lumpur sebagai kawasan
tumpuan migrasi, kerana sebagai sebuah bandar metropolis yang sibuk, sesak dengan
masalah trafik, kos hidup yang tinggi dan kesukaran mendapatkan kediaman yang dimampui.
Senario ini menunjukkan bahawa aktiviti atau perkhidmatan bandar yang ditawarkan oleh
W.P. Kuala Lumpur berupaya menarik migrasi masuk. Selain itu, keadaan ini mengukuhkan
kebenaran tentang hubungan langsung migrasi dengan urbanisasi dan perkembangan
ekonomi/ aitiviti bandar (Mohd Fadzil dan Ishak, 2011; Mohd Fadzil et al., 2016) dan
seterusnya ia menjadi agen kepada kepesatan urbanisasi dan perubahan nilai urbanism.
Merujuk kepada Jadual 4c lagi, nilai DO menunjukkan jumlah aliran migrasi keluar dari W.P.
Kuala Lumpur agak seimbang ke semua negeri, dan Selangor masih kekal sebagai negeri
yang menerima migrasi tertinggi dengan peratusan menurun berbanding tahun 1990 iaitu 2.24
kepada 1.99 tahun 2000.

%

8.46
7.81
6.33
4.67
5.69
7.57
14.16
1.55
5.84
2.38
3.04
11.88
3.74
16.86
100.00

PERSIDANGAN GEOGRAFI DAN ALAM SEKITAR KALI KE-6 (2017)
Mohd Fadzil Abdul Rashid, Rshood M. Khraif, dan Asharaf Abdul Salam; Malaysia Mengalami Tren
Mobiliti Penduduk Yang Masih Tinggi: Kenapa Metropolitan Kuala Lumpur Menjadi Tumpuan?
Jadual 4c: Data matrik migrasi antara negeri dalam tempoh 5 tahun, 2000
Origin (Place of
Usual Residence 5
Years Ago)

Destination (Place of Current Usual Residence)
Johor

Kedah

Kelantan

Melaka

Negeri
Sembilan

Pahang

Perak

Perlis

Pulau
Pinang

Sabah

Sarawak

Selangor

Terengganu

W.P.
Kuala
Lumpur

Total (Out)

10,213
6,409
7,977
3,897
5,628
7,269
14,323
861
4,414
4,103
5,264
32,145
3,545

88,028
82,640
87,876
37,681
51,212
75,755
116,396
13,609
51,741
41,640
42,584
107,117
46,473
200,164
1,042,916

%

A. Observed Flows
Johor
Kedah
Kelantan
Melaka
Negeri Sembilan
Pahang
Perak
Perlis
Pulau Pinang
Sabah
Sarawak
Selangor
Terengganu
W.P. Kuala Lumpur
Total (In)
%
Destination
Origin
B. Expected Flows
Johor
Kedah
Kelantan
Melaka
Negeri Sembilan
Pahang
Perak
Perlis
Pulau Pinang
Sabah
Sarawak
Selangor
Terengganu
W.P. Kuala Lumpur
Dj
%

3,938
6,500
12,134
7,640
8,161
10,769
14,960
867
4,050
5,478
7,372
11,369
6,609
11,267
107,176
10.28

Johor

0.00
0.77
1.34
1.97
1.55
1.38
1.25
0.62
0.76
1.28
1.68
1.03
1.38
0.55
0.10
10.28

4,486
1,343
2,069
3,482
10,154
3,916
17,051
2,305
1,865
6,108
2,212
6,462
65,391
6.27

Kedah

0.71
0.00
0.81
0.57
0.64
0.73
1.39
4.59
5.26
0.88
0.70
0.91
0.76
0.51
0.06
6.27

2,730
2,086
758
1,100
4,674
2,756
327
851
538
1,068
3,088
4,839
3,358
28,173
2.70

Kelantan

1.15
0.93
0.00
0.74
0.80
2.28
0.88
0.89
0.61
0.48
0.93
1.07
3.85
0.62
0.03
2.70

8,820
1,912
2,173
5,261
2,862
2,890
266
1,134
1,291
1,519
5,290
1,630
5,565
40,613
3.89

Melaka

2.57
0.59
0.63
0.00
2.64
0.97
0.64
0.50
0.56
0.80
0.92
1.27
0.90
0.71
0.04
3.89

9,241
7,871
4,565
5,297
5,677
5,119
472
1,448
2,319
3,040
16,021
2,477
10,291
73,838
7.08

Negeri
Sembilan

1.48
1.35
0.73
1.99
0.00
1.06
0.62
0.49
0.40
0.79
1.01
2.11
0.75
0.73
0.07
7.08

7,871
3,546
8,680
1,891
3,667

6,481
8,700
5,264
2,062
2,856
5,705

476
3,334
687
173
296
447
1,438

3,050
21,153
4,982
1,134
1,049
2,024
11,859
2,022

5,901
389
1,127
1,842
6,736
943
2,110
2,628
214
1,662
2,821
2,648
698
1,557
8,005
12,485
777
4,278
7,500
2,195
311
1,657
7,032
10,881
907
4,944
61,255
69,768
10701
61,371
5.87
6.69
1.03
5.88
Level of Spatial Interaction (ODij)
Pahang

1.52
0.73
1.68
0.85
1.22
0.00
0.86
0.49
0.61
0.86
1.13
1.27
2.75
0.60
0.06
5.87

Perak

1.10
1.57
0.90
0.82
0.83
1.13
0.00
1.24
1.95
0.94
0.93
1.74
0.71
0.81
0.07
6.69

Perlis

0.53
3.93
0.76
0.45
0.56
0.58
1.20
0.00
1.78
0.50
1.60
0.71
0.65
0.44
0.01
1.03

Pulau
Pinang

0.59
4.35
0.96
0.51
0.35
0.45
1.73
2.52
0.00
0.68
0.62
0.68
0.61
0.42
0.06
5.88

2,067
2,195
1,819
904
858
1,422
2,383
155
749
3,786
2,215
843
2,448
21,844
2.09

Sabah

1.12
1.27
0.99
1.15
0.80
0.90
0.98
0.54
0.69
0.00
4.24
0.99
0.87
0.58
0.02
2.09

1,818
1,043
1,415
904
1,301
1,665
1,414
583
528
3,842
1,529
616
2,175
18,833
1.81

Sarawak

1.14
0.70
0.89
1.33
1.41
1.22
0.67
2.37
0.57
5.11
0.00
0.79
0.73
0.60
0.02
1.81

27,393
16,351
25,838
10,614
17,898
23,520
41,278
2,411
11,074
14,060
9,706
12,039
131,423
343,605
32.95

Selangor

0.94
0.60
0.89
0.85
1.06
0.94
1.08
0.54
0.65
1.02
0.69
0.00
0.79
1.99
0.33
32.95

3,930
1,540
7,856
1,064
1,068
6,239
1,921
213
921
1,090
1,240
3,807
3,411
34,300
3.29

Terengganu

1.36
0.57
2.72
0.86
0.63
2.50
0.50
0.48
0.54
0.80
0.89
1.08
0.00
0.52
0.03
3.29

106,048
10.17
W.P.
Kuala
Lumpur
1.14
0.76
0.89
1.02
1.08
0.94
1.21
0.62
0.84
0.97
1.22
2.95
0.75
0.00
0.10
10.17

Sumber: Malaysia (2004). Population and Housing Census of Malaysia 2000. Migration and Population
Distribution. Putrajaya: Department of Statistics, Malaysia dan perhitungan analisis interaksi spatial (OD) berasaskan MCM.

Tahun 2010 (rujuk Jadual 4d) juga menunjukkan senario yang sama dengan tahun 2000. W.P.
Kuala Lumpur kekal sebagai kawasan ketiga tertinggi menerima migrasi iaitu 7.66% selepas
Selangor (36.57%) dan Kedah (9.07%). Pada tempoh ini, didapati peratusan migrasi bersih
keluar bagi W.P. Kuala Lumpur menurun berbanding tahun 2000 iaitu 9.02% kepada 8.99%
tahun 2010. Keadaan ini menunjukkan bahawa wujudnya faktor timbang-tara di dalam
keputusan migrasi khususnya migrasi bandar ke bandar. Migrasi tidak lagi dilihat sebagai
faktor penolak daripada kawasan origin tetapi ia bersifat suatu keputusan yang berobjektif
untuk mencapai kepuasan serta kebahagian dalam kehidupan (Katiman et al., 2010; Mohd
Fadzil, 2013; Clemens et al., 2014; Mohd Fadzil, 2017) sama ada untuk diri sendiri mahupun
keluarga (Dustmann, et al., 2011). Selangor masih kekal sebagai kawasan tumpuan utama
migrasi keluar dari W.P. Kuala Lumpur kerana faktor lokasi dan kemudahan mendapatkan
kediaman yang lebih senang di Selangor terutamanya di bandar-bandar baharu yang
bersempadan dengan kawasan W.P. Kuala Lumpur. Penawaran harga perumahan adalah
mahal di W.P. Kuala Lumpur dan jenis perumahan adalah strata. Migrasi bandar-bandar
selalunya hanya melibatkan perpindahan kediaman tetapi tidak bertukar tempat pekerjaan
(Mohd Fadzil, 2017) dan keadaan ini berlaku di W.P. Kuala Lumpur dan Selangor.

8.44
7.92
8.43
3.61
4.91
7.26
11.16
1.30
4.96
3.99
4.08
10.27
4.46
19.19
100.00

Oi

0.08
0.08
0.08
0.04
0.05
0.07
0.11
0.01
0.05
0.04
0.04
0.10
0.04
0.19
1,042,916

%

8.44
7.92
8.43
3.61
4.91
7.26
11.16
1.30
4.96
3.99
4.08
10.27
4.46
19.19
100.00

PERSIDANGAN GEOGRAFI DAN ALAM SEKITAR KALI KE-6 (2017)
Mohd Fadzil Abdul Rashid, Rshood M. Khraif, dan Asharaf Abdul Salam; Malaysia Mengalami Tren
Mobiliti Penduduk Yang Masih Tinggi: Kenapa Metropolitan Kuala Lumpur Menjadi Tumpuan?
Jadual 4d: Data matrik migrasi antara negeri dalam tempoh 5 tahun, 2010
Origin (Place of
Usual Residence 5
Years Ago)

Destination (Place of Current Usual Residence)
Johor

Kedah

Kelantan

Melaka

Negeri
Sembilan

Pahang

Perak

Perlis

Pulau
Pinang

Sabah

Sarawak

Selangor

Terengganu

W.P.
Kuala
Lumpur

Total (Out)

%

A. Observed Flows
Johor
Kedah
Kelantan
Melaka
Negeri Sembilan
Pahang
Perak
Perlis
Pulau Pinang
Sabah
Sarawak
Selangor
Terengganu
W.P. Kuala Lumpur
Total (In)
%
Destination
Origin
B. Expected Flows
Johor
Kedah
Kelantan
Melaka
Negeri Sembilan
Pahang
Perak
Perlis
Pulau Pinang
Sabah
Sarawak
Selangor
Terengganu
W.P. Kuala Lumpur
Dj
%

5,378
2,462
3,639
3,784
3,475
3,966
4,722
284
1,357
2,317
2,777
6,189
2,001
4,898
41,871
4.62

Johor

0.00
0.74
1.09
2.59
1.66
1.44
1.06
0.48
0.55
1.25
1.96
1.25
1.01
0.70
0.05
4.62

6,891
1,860
2,450
4,062
12,059
4,051
22,072
2,043
1,863
9,995
2,782
6,778
82,284
9.07

Kedah

0.65
0.00
1.05
0.65
0.60
0.75
1.37
3.49
4.51
0.56
0.67
1.03
0.71
0.49
0.09
9.07

4,256
2,476
834
1,349
4,791
2,733
354
1313
1399
974
6,057
5,337
4,366
36,239
3.99

Kelantan

1.17
0.87
0.00
0.66
0.75
2.01
0.71
0.69
0.61
0.87
0.80
1.42
3.11
0.72
0.04
3.99

8,092
1,439
1,369
4,664
1,746
1,684
234
689
694
797
5,624
912
3,329
31,273
3.45

Melaka

2.58
0.58
0.55
0.00
2.99
0.85
0.50
0.53
0.37
0.50
0.75
1.53
0.62
0.64
0.03
3.45

6,973
2,077
2,363
3,545
3,592
2,545
1024
839
3,861
1,458
8,179
1,346
5,573
43,375
4.78
Negeri
Sembilan
1.60
0.61
0.68
2.34
0.00
1.26
0.55
1.68
0.33
2.01
1.00
1.60
0.65
0.77
0.05
4.78

7,845
3,056
7,957
1,698
3,145

5,950
7,897
4,928
1,621
2,626
4,133

1055
6,213
2189
342
470
617
2,280

3,668
19,035
4,439
1,085
1,233
2,131
12,574
1,685

4,976
354
1,052
1,584
6,461
2103
1,631
2,585
280
1,517
1,348
1,987
324
1,364
10,802
13,960
2298
5,855
8,658
1,993
893
2,075
5,748
7,549
1191
4,576
58,802
62,742
20255
61,237
6.48
6.92
2.23
6.75
Level of Spatial Interaction (ODij)
Pahang

1.33
0.66
1.70
0.83
1.07
0.00
0.79
0.43
0.45
0.63
0.68
1.56
3.11
0.59
0.06
6.48

Perak

0.95
1.59
0.98
0.74
0.84
1.00
0.00
1.19
1.73
0.93
0.94
1.89
0.67
0.72
0.07
6.92

Perlis

0.52
3.89
1.35
0.48
0.46
0.46
1.05
0.00
1.75
0.31
0.47
0.96
0.93
0.35
0.02
2.23

Pulau
Pinang
0.60
3.94
0.91
0.51
0.40
0.53
1.92
1.95
0.00
0.56
0.66
0.81
0.72
0.45
0.07
6.75

2,068
1,160
1,595
687
852
973
2,750
186
736
3,968
3,028
680
2267
20,950
2.31

Sabah

0.98
0.70
0.95
0.94
0.81
0.71
1.23
0.63
0.59
0.00
5.61
1.23
0.69
0.65
0.02
2.31

2,186
1,284
1,646
743
1,083
1,201
1,583
227
497
4,234
2,279
788
2242
19,993
2.20

Sarawak

1.09
0.81
1.03
1.06
1.08
0.91
0.74
0.81
0.42
4.77
0.00
0.97
0.83
0.67
0.02
2.20

33,955
19,671
25,769
12,177
20,037
23,854
39,930
2,686
13,147
16,502
10,073
13,543
100,379
331,723
36.57

Selangor

1.02
0.75
0.97
1.05
1.21
1.09
1.13
0.57
0.67
1.12
0.90
0.00
0.86
1.82
0.37
36.57

3,124
1,481
5,903
705
875
4,833
1,637
207
746
635
559
4,165
2,089
26,959
2.97
Terengganu
1.16
0.70
2.75
0.75
0.65
2.72
0.57
0.54
0.47
0.53
0.61
1.31
0.00
0.47
0.03
2.97

6,463
3,365
3,672
2,596
3,044
3,832
7,473
438
2374
2,550
3,141
28,535
1,972
69,455
7.66
W.P.
Kuala
Lumpur
0.93
0.61
0.66
1.07
0.88
0.84
1.01
0.45
0.58
0.83
1.34
3.48
0.60
0.00
0.08
7.66

Sumber: Malaysia (2014). Population and Housing Census of Malaysia 2010. Migration and Population
Distribution. Putrajaya: Department of Statistics, Malaysia dan perhitungan analisis interaksi spatial (OD) berasaskan MCM.

RUMUSAN DAN PERBINCANGAN
Kertas kerja ini telah membincangkan keputusan analisis tren dan interaksi migrasi
berasaskan kepada MCM yang mana W.P. Kuala Lumpur merupakan antara kawasan yang
menjadi tumpuan destinasi migrasi masuk utama. Dari ranking kedua pada tahun 1980,
berubah hanya ke rangking ketiga pada tahun 2000 dan kekal berada di ranking tersebut pada
tahun 2010. Selangor menerima migrasi masuk yang tertinggi dan kedudukannya kekal
sehingga 2010, malahan, peratusan migrasi masuk ke negeri ini menunjukkan tren bertambah
dari 22.21% tahun 1980 kepda 36.57% tahun 2010. Negeri-negeri maju yang lain seperti
Johor, Pulau Pinang, dan Perak tidak dapat menyaingi kekuatan tarikan migrasi yang wujud
di W.P. Kuala Lumpur. Keadaan ini menimbulkan persoalan kenapa W.P. Kuala Lumpur
menjadi tumpuan migrasi masuk utama?. Persoalan ini tidak mengambil kira senario migrasi
keluar dari W.P. Kuala Lumpur yang melebihi migrasi masuk kerana ia disebabkan oleh faktorfaktor selepas migrasi yang lebih agak jelas seperti dibincangkan oleh Mohd Fadzil (2017)
dan Mohd Fadzil et al., (2014) iaitu berkaitan dengan keputusan pemilihan-destinasi migrasi
bandar-bandar yang dipengaruhi oleh faktor spatial-ekonomi seperti untuk memiliki kediaman
yang dimampui di kawasan baharu tetapi masih dekat dengan tempat bekerja. Lihat juga
perbincangan oleh Mohd Fadzil dan Ishak (2007a; 2007b).
Kembali kepada persoalan di atas, beberapa perkara yang boleh dilihat sebagai faktor tarikan
utama migrasi masuk ke W.P. Kuala Lumpur. Mohd Fadzil (2017) menjelaskan bahawa pada
tahun 1980an, tarikah migrasi masuk ke W.P. Kuala Lumpur adalah banyak dipengaruhi oleh
faktor penolakan migrasi di luar bandar seperti kurang peluang pekerjaan, kesempitan hidup

91,013
71,616
72,360
31,677
45,303
59,731
96,946
12,782
53,918
40,248
30,633
106,966
42,980
150,985
907,158

10.03
7.89
7.98
3.49
4.99
6.58
10.69
1.41
5.94
4.44
3.38
11.79
4.74
16.64
100.00

Oi

0.10
0.08
0.08
0.03
0.05
0.07
0.11
0.01
0.06
0.04
0.03
0.12
0.05
0.17
907,158

%

10.03
7.89
7.98
3.49
4.99
6.58
10.69
1.41
5.94
4.44
3.38
11.79
4.74
16.64
100.00

PERSIDANGAN GEOGRAFI DAN ALAM SEKITAR KALI KE-6 (2017)
Mohd Fadzil Abdul Rashid, Rshood M. Khraif, dan Asharaf Abdul Salam; Malaysia Mengalami Tren
Mobiliti Penduduk Yang Masih Tinggi: Kenapa Metropolitan Kuala Lumpur Menjadi Tumpuan?
dan ingin meningkatkan pendapatan isi rumah, dan kesannya mendorong penduduk
bertumpu ke W.P. Kuala Lumpur yang menawarkan peluang pekerjaan, ekonomi dan
kemudahan yang lebih baik. Bagaimanapun, keadaan ini telah berubah dari masa ke semasa
selari dengan tahap urbanisasi. Sejak tahun 2000 sehingga kini, tingkah laku migrasi telah
didominasikan oleh corak migrasi bandar ke bandar. Ini menunjukkan bahawa faktor-faktor
migrasi bukan lagi berkisar kepada faktor penolakan tetapi dipengaruhi oleh faktor-faktor
keputusan pemilihan-destinasi migrasi berasaskan kepada dorongan untuk mencapai
keselesaan dan kepuasan dalam hidup (Mohd Fadzil, 2017; Mohd Fadzil et al., 2014; Ballas,
2013; Biagi et al., 2006). Jadi, Metropolitan Kuala Lumpur yang menawarkan pelbagai
peluang ekonomi moden berasaskan kewangan, insuran/ takatul, hartanah, borongan dan
perdagangan runcit seperti peralatan IT, pakaian berasaskan online, perhotelan serta
pelbagai jenis pekerjaan di sektor kerajaan (rujuk Jadual 2), adalah memenuhi kehendak
golongan muda untuk berhijrah ke sana (Mohd Fadzil, 2017). Mereka ini tidak mempunyai
masalah yang besar dari segi tempat tinggal kerana boleh menyewa bilik dan mendiami rumah
bujang beramai-ramai (Mohd Fadzil, 2017). Selain itu, sektor kerajaan ada juga menawarkan
perumahan awam sebagai rumah transit bagi golongan yang baharu ingin menceburi bidang
pekerjaan di bandar. Golongan muda ini tidak menimbulkan kerumitan dan permasalahan
yang besar kepada sektor bandar kerana mereka berpendidikan tinggi, berkemahiran dan
mempunyai motivasi yang tinggi untuk membina kehidupan walaupun dalam persekitaran
bandar yang mencabar. Tidak kurang daripada mereka adalah merupakan graduan-graduan
universiti yang menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi di sekitar atau di sempadan
W.P. Kuala Lumpur. Maka, Metropolis Kuala Lumpur adalah kawasan strategik untuk mereka
mendapatkan pekerjaan pertama. Berikutan itu, kadar penggangguran di Metropolitan Kuala
Lumpur adalah lebih rendah iaitu 3.3% berbanding 3.4% di peringkat nasional (Jabatan
Statistik, Malaysia, 2016). Situasi kemasukan migran ini dijangkakan akan berterusan di masa
hadapan dengan corak migrasi yang lebih unik dan dinamik seiring dengan kemajuan di dalam
teknologi pengangkutan dan komunikasi dan serta maklumat.
Tidak boleh dinafikan juga, selain daripada faktor-faktor tarikan yang ditawarkan di
Metropolitan Kuala Lumpur, faktor-faktor ketidakseimbangan dalam agihan aktiviti ekonomi
dan pekerjaan di Malaysia turut menjadi sebab yang signifikan berlakunya pertumpuan
migrasi di bandar-bandar besar khususnya di Metropolitan Kuala Lumpur. Perkara ini dapat
dilihat berasaskan interaksi migrasi pada Jadual 4c dan 4d, di mana negeri-negeri yang
mempunyai penawaran pekerjaan seperti sektor industri pembuatan, automatif, dan elektronik
telah menjadi destinasi migrasi yang agak tinggi seperti di Johor, Pulau Pinang, Pahang,
Kedah dan Perak. Seperti perbincangan di sorotan literatur di atas, migrasi menjadi agen
kepada proses urbanisasi yang lebih pesat kepada kawasan destinasi dan sekaligus
membawa kepada perubahan struktur demografi, ekonomi, dan cara hidup. Setelah mencapai
kestabilan dari segi kewangan dan status hidup, mereka ini yang masih umur belia akan keluar
dari W.P. Kuala Lumpur untuk mencari kualiti kehidupan yang lebih baik menerusi pemilihan
rumah sendiri dan berada di kawasan-kawasan persekitaran perumahan yang lebih sejahtera
dengan kemudahan sosial lebih terjamin. Situasi ini antara penyumbang utama kepada
migrasi bersih keluar yang tinggi di W.P. Kuala Lumpur. Tingkah laku migrasi keluar masuk
ini tidak dapat dielakkan kerana migrasi adalah suatu keputusan yang unik untuk mencapai
keselesaan dan kepuasan dalam kehidupan.
Sehubungan itu, adalah menjadi peranan sektor bandar untuk membuat perancangan yang
lebih teliti terhadap golongan migran ini terutama dari segi rumah sewa, rumah mampu milik
dan infrastrutur serta perkhidmatan bandar yang lebih efesien. Ianya berlaku secara
berterusan dan semakin dinamik dengan karektor dan kehendak migranyang semakin
berbeza dari masa ke semasa. Kemajuan di dalam teknologi pengangkutan awam akan
banyak menangani permasalahan yang ditimbulkan oleh migran khususnya kesesakan trafik
dan penawaran perumahan di bandar. Dalam hal ini, konsep ‘smart growth’ didapati seiring
dengan keperluan migran untuk mencapai keselesaan dan kualiti hi