KAEDAH INGGERIS MENGENEPIKAN UNDANG UNDA

SUBJEK

(PPPG 1133) SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA
TAJUK

HURAIAN PENDEKATAN INGGERIS DALAM
MENGENEPIKAN PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG
TEMPATAN DI TANAH MELAYU
NAMA PELAJAR

MOHD REZUAN BIN MD NAWAWI (GB 02509)
MOHD AL ALIUDIN ATAL BIN HISYAMUDDIN (GB02502)
ABDUL RAZALI BIN ABDULLAH SANI (GB02467)

NAMA PENSYARAH

PROF. DR NASRAN BIN MOHAMMAD
PROF. MADYA DR. ZAINI NASOHAH
PUSAT PENGAJIAN

PBJJ UKM KOTA KINABALU


PENGENALAN

Pada abad-abad Tahun Masihi, terdapat perhubungan di antara penduduk-penduduk Tanah
Melayu dengan benua-benua kecil India. Hasil dari perhubungan itu, wujud beberapa buah
kerajaan India di Tanah Melayu dan pulau-pulau besar yang kini menjadi sebahagian
Indonesia. Tamadun India pula telah memperkenalkan agama Hindu dan Buddha di
Kepulauan Melayu, dan Kerajaan Langkasuka di Utara Tanah Melayu merupakan pengaruh
Buddha yang kuat pada zaman itu. Kesan peninggalan sejarah keagungan empayar ini telah
ditemui di Lembah Bujang, Kedah dan di beberapa tempat di Negeri itu dan juga Perak.
Banyak peralihan kuasa-kuasa besar pada ketika itu, menjadikan banyak peraturan dan
undang-undang telah dimulakan di Tanah Melayu pada abad-abad Tahun Masihi ini
sehinggalah kemunculan beberapa kerajaan-kerajaan Awal di Tanah Melayu.
Kerajaan-kerajaan awal atau boleh dikenali dengan Kerajaan Melayu Tua wujud di
Kepulauan Melayu adalah antaranya, Kerajaan Chih-Tu di Kelantan, Kerajaan Tan-Tan Di
Terengganu, Kerajaan Loh Yueh Di Selatan Tanah Melayu, Kerajaan Kedah Tua Di Kedah,
Kerajaan Gangga Negara Di Perak. Sistem pemerintahan kerajaan-kerajaan awal ini atau
Kerajaan Melayu Tua ini adalah merupakan system pemerintahan yang tersusun seperti mana
dibuktikan oleh kerajaan Tun Suun dan Chih-Tu. Sistem kerajaan ini adalah bermiripkan
sistem pemerintahan di India. Ini disebabkan pengaruh-pengaruh India yang dibawa oleh

saudagar-saudagar India yang berdagang di Tanah Melayu. Mereka juga yang menyebarkan
fahaman ajaran Agama Hindu dan Buddha di Kepulauan Melayu seterusnya mengamalkan
peraturan dan undang-undang yang ada dalam agama Hindu dan Buddha. (Malaysia kita,
2000)
Kebangkitan Empayar Melayu Melaka juga bermula daripada sebuah perkampungan
kecil, Melaka muncul sebagai pusat perdagangan yang terkenal di gugusan Kepulauan
Melayu. Kegemilangan Melaka banyak bergantung kepada faktor lokasinya yang strategik.
Pelabuhan Melaka terletak pada laluan perdagangan antara China menjadikan Melaka tempat
persinggahan bagi mendapatkan bekalan makanan dan minuman. Dalam masa yang singkat
Melaka menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting di Asia Tenggara. Berasaskan sistem
pentadbiran pemerintahan kerajaan Srivijaya di Palembang, Sultan Melaka Berjaya
mewujudkan pentadbiran yang tersusun dan cekap. Sebelum di takluk oleh Penjajah Portugis

iaitu Alfonso de Albuquerque, Melaka mengamalkan sistem undang-undang tersendiri
selepas kehadiran islam yang di bawa oleh pedagang islam di Melaka sehingga Sultan dan
Pemerintah Melaka memeluk Agama Islam. Antara perundangan yang telah dibuat awal di
semasa era pemerintahan Melaka ialah Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka,
Undang-Undang Darat, Risalah Hukum Kanun. Bagi pengamalan setempat yang memeluk
Islam terdapat juga Hukum Perkahwinan Islam, Hukum Perdagangan dan Syahadat.
Ini jelas membuktikan bahawa pemakaian undang-undang tempatan di Melaka telah

wujud sebelum penaklukan Portugis, Belanda dan Inggeris akhirnya kepada pembawaan
undang-undang British setelah mereka membuat perluasan jajahan ke Tanah Melayu dan
pemakaian undang-undang mengikut asal Negara yang menjajah.
Bingkisan utama juga adalah apabila penjajahan Barat ke Tanah Melayu yang
dianggarkan pada abad 16 Masihi iaitu dengan penawanan Portugis terhadap Kota Melaka
pada tahun 1511. Bermula pada zaman ini, semakin ramai penjajah Barat hadir dan
bertandang ke Tanah Melayu yang pada mulanya hanya untuk mengaut hasil bumi seterusnya
untuk menguasai Tanah Melayu dengan menjadikan sebagai kawasan jajahan serta menurut
kepada undang-undang yang ada pada negara penjajah masing-masing. Namun,
perkembangan ini berubah, khususnya dengan kedatangan penjajah Inggeris yang tidak
sahaja berminat untuk menguasai bahan-bahan mentah, tetapi turut campur tangan dalam hal
ehwal politik di negeri-negeri Melayu. Ini kerana penguasaan politik dianggap sebagai
kelebihan (advantage) yang dapat menawarkan peluang yang lebih kepada mereka untuk
mencapai matlamat bagi menguasai ekonomi di Tanah Melayu. Penguasaan politik oleh
penjajah Inggeris bermula dengan campur tangan mereka dalam hal-ehwal pentadbiran di
Tanah Melayu, yang diikuti dengan pengenalan dasar-dasar penting, seperti "Sistem Residen"
dan "Dasar Pecah dan Perintah" (Divide and Rule Policy). Dalam hal ini, pendapat lain
menganggap bahawa dasar-dasar pentadbiran yang diperkenalkan oleh penjajah Barat sebagai
dasar-dasar yang bersifat "Deislamization", lantaran ia dengan jelas meminggirkan peranan
dan kepentingan Islam (Al Attas 1978: 98).


KAEDAH INGGERIS MENGENEPIKAN UNDANG SEDIA ADA

Inggeris merupakan pengaruh dan kuasa asing yang terakhir bertapak di Negeri-Negeri
Melayu. Pengaruh Inggeris dan campur tangan mereka dalam hal ehwal pentadbiran Negeri
Negeri Melayu telah membawa kepada kebangkitan semangat nasionalisme di kalangan
penduduk tempatan. Namun kehadiran Inggeris di Semenanjung Tanah Melayu selama
hampir 100 tahun telah banyak mengubah kedudukan Negara ini sehingga membawa kepada
kemerdekaannya pada tahun 1957. Seperti juga Portugis, Belanda dan Sepanyol, kehadiran
Inggeris di Kepulauan Melayu adalah menyertai perlumbaan dalam monopoli perdagangan di
Asia Tenggara dan seterusnya meluaskan kuasa mereka di Negeri-Negeri Melayu.
Penubuhan Kompeni Hindia Timur Inggeris pada tahun 1600 telah memberikan laluan
kepada pihak Inggeris untuk cuba mengusai perdagangan di Selat Melaka. Pada tahun 1669
sehingga ke tahun 1676, Kompeni Hindia Timur Inggeris telah membeli bijih timah di Kedah
menerusi pedagang-pedagang negeri. Pedagang-pedagang negeri ini adalah saudagar Inggeris
yang telah menetap di Timur. Pedagang ini menggunakan Madras dan Benggala sebagai
pusat operasi mereka. Mereka belayar ke gugusan Kepulauan Melayu untuk berdagang. Pada
tahun 1737, Kompeni Hindia Timur Inggeris ini telah membeli bijih timah dari Johor dan
Terengganu, pada tahun 1765 dari Riau dan pada Tahun 1797 Inggeris membeli bijih timah
dari Linggi dan Kuala Selangor. Pihak Inggeris mengukuhkan kedudukan mereka di Selat

Melaka apabila kedudukan dan kekuatan Belanda di Melaka morosot.
Dengan kata lain, pendekatan Inggeris dalam mengenepikan undang-undang tempatan
yang pertamanya adalah dengan menguasai hasil bumi Tanah Melayu iaitu bijih timah dan
emas. Pemonopolian bijih timah ini adalah berdasarkan permintaan yang tinggi di Negara
Negara Barat dan jualan yang membolehkan mereka menjana pendapatan yang tinggi
seterusnya menjadikan mereka sebagai jutawan-jutawan bijih timah di Tanah Melayu.

Dalam beberapa siri penjajahan demi penjajahan terhadap tanah Melayu, boleh
dikatakan hampir kesemua peraturan, undang-undang adat dan berkaitan dengan undang
undang tempatan telah dipinggirkan oleh semua penjajah. Bermula daripada Portugis,
Belanda, sehinggalah Inggeris. Ini menjadikan Tanah Melayu itu sinonim dengan peraturanperaturan yang dibawa oleh penjajah barat sehinggalah ke peringkat tertinggi iaitu
mahkamah. Di mahkamah, kes-kes sivil yang merubah corak hidup orang melayu menjadi
lebih peka kepada keadaan semasa. Ini sepertilah pencabulan undang-undang Islam oleh
hakim sendiri terhadap kes wasiat di dalam kes in the Goods of Abdullah (1835) 2 Ky. Ect.8.
dalam kes tersebut Hakim Malkui R. telah memutuskan bahawa seorang Islam boleh melalui
wasiat menukar seluruh hartanya dan pemindahan milik itu sah pro tonto walaupun
bertentangan dengan hukum syarak Islam. (Sistem Undang-Undang di Malaysia, Pusat
Kembangan Pendidikan UKM Bangi, 2006).
Mengambil kira bahawasanya tidak ada badan undang-undang yang sah untuk
dikuatkuasakan di setiap negeri yang dijajah. Inggeris mengambil pendekatan yang mudah

dengan memperkenalkan Piagam-piagam Diraja yang memberi asas kepada pembentukan
system kahakiman. Tiga piagam diraja yang diperkenalkan iaitu piagam pertama telah
diberikan kepada Pulau Pinang pada 1807. Piagam kedua pula kepada Negeri-negeri selat
pada tahun 1826 apabila Melaka dan Singapura bergabung di bawah negeri Pulau Pinang di
bawah pentadbiran Pejabat Kolonial. Sementara piagam ketiga diberikan kepada Syarikat
Hindia Timur dalam tahun 1855, yang juga memberikan kuasa yang sama kepada Mahkamah
Keadilan di Negeri-negeri Selat.
Undang-undang Inggeris biasanya akan digunakan mengikut kesesuaian tempatan,
contohnya kepada kes Choa Choon lwn. Spottiswoode (1869) 1 Ky.216) telah dipersetujui
bahawa undang-undang Inggeris tidak boleh dibawa secara keseluruhan oleh kerana beberapa
alasan yang munasabah. Ini kerana Undang-undang England yang terdapat di tanah jajahan
itu di dalam perlaksanaan undang-undang tersebut keatas berbagai bangsa asing yang tinggal
di sana, dan timbul daripada keperluan untuk mengelakkan berlakunya penindasan dan
ketidakadilan kepada bangsa asing yang dijajah.

Mengambil perkembangan Undang-undang Inggeris di Melaka pula. Melaka secara
keseluruhannya memang terkenal dengan undang-undang tempatan yang sedia ada. Namun
penjajahan demi penjajahan berlaku di Melaka bermula daripada Portugis sehingga kepada
akhirnya iaitu Inggeris, pemakaian undang-undang sering bertukar-tukar dan akhirnya
pemakaian undang undang Inggeris di bawah jajahan England di perkenalkan melalui piagam

kedua apabila Melaka dan Singapura bergabung di bawah Pulau Pinang pada tahun 1826
menjadi Negeri-negeri Selat. Umumnya setelah menduduki Melaka pada tahun 1795, British
terpaksa mengambalikan Melaka kepada Belanda dalam tahun 1818. Dalam tempoh
peralihan tersebut, Inggeris memberikan perhatian yang khusus dalam menyusun semula
pentadbiran Melaka. Pegawai yang memerintah diberikan kuasa untuk membetulkan semula
acara Majlis Keadilan, tetapi pada prinsipnya tidak ada perubahan yang dibuat.
Pendudukan Belanda di tanah Melaka pada tahun 1818 yang hanya berkuatkuasa
sementara waktu itu langsung tidak memberikan impak kepada sebarang perubahan. Ini
menjadikan Melaka hanya seperti penjajahan yang sama seperti Inggeris. Hanya apabila pada
tahun 1826 Inggeris mengambil alih Melaka kembali secara tetap Perjanjian Inggeris-Belanda
pada tahun 1824, perancangan untuk mengadakan pentadbiran undang-undang yang tetap dan
apabila menjadi sebahagian negeri negeri selat suatu Piagam Keadilan Diraja meluaskan
kelulusan Mahkamah Keadilan Pulau Prince Of Wales ke Melaka dan Singapura iaitu
Undang-undang Inggeris terpakai di negeri tersebut. Antara undang-undang yang digunakan
semasa penyerahan tersebut ialah Undang-undang Adat, Undang-undang Islam, Undangundang Penduduk tempatan yang bukan melayu dan Undang-undang Belanda yang tertentu.
Apabila Melaka dan Singapura bergabung di bawah Pulau Pinang menjadikan negerinegeri Selat, Piagam Keadilan Diraja kedua diperluaskan kepada negeri-negeri tersebut, maka
dengan itu secara automatiknya Mahkamah Keadilan telah pun didirikan. Ini adalah satu cara
lagi bagaimana Inggeris mengenepikan undang-undang tempatan yang ada dengan meluaskan
Mahkamah Keadilan kepada orang tempatan. Contoh lain yang boleh diberikan ialah kajian
kes R. lawan William (1858) (3 ky 16), Hakim Maxwell R dalam kes yang sama menyatakan

bahawa undang-undang yang diperkenalkan oleh Piagam Kedua ke Melaka adalah
diperkenalkan juga dalam tiap-tiap bahagian Tanah-tanah jajahan itu. Undang-Undang
Inggeris yang diperkenalkan ke Melaka pada tahun 1826 adalah juga menjadi undang-undang
di Pulau Pinang.

Dalam erti kata lain, setiap undang-undang yang ada di Pulau Pinang juga merupakan
undang-undang yang ada sama seperti di Melaka dan Singapura. Setiap perundangan yang
asalnya daripada Pulau Pinang merupakan juga undang-undang yang digunapakai oleh
Mahkamah Keadilan di Melaka dan Singapura. Kelicikan Inggeris dalam memperaktikkan
undang-undang ini dalam mengenepikan undang-undang tempatan adalah amat luar biasa.
Mereka memperkenalkan setiap inci undang-undang baru untuk mengenepikan undangundang tempatan bagi membolehkan perluasan kuasa serta pemonopolian terhadap tanah
jajahan itu menjadi kenyataan. Ini sama seperti juga negeri-negeri di Tanah Melayu yang lain.
Begitu juga keadaan yang sama di Singapura. Singapura yang pada sebelum itu
dikenali dengan nama Temasik, telah ditubuhkan kerajaannya oleh seorang putera raja yang
berasal daripada Palembang. Temasik pada mulanya adalah sebuah pelabuhan yang maju
kerana logistiknya terletak ditengah-tengah laluan India dan China. Ini menjadikan Temasik
antara pelabuhan yang gemar disinggahi oleh para pedagang. Umumnya, oleh kerana
Kerajaan Temasik didirikan oleh putera raja yang berasal daripada Palembang, sudah tentu
adat dan peraturan Hindu itu terpakai oleh kerajaan Temasik sendiri. Ini berlarutan sehingga
pembukaan semula oleh Inggeris iaitu Stamford Raffles dalam pada tahun 1819. Perlantikan

pegawai pertama yang menjadi Ketua Majistret juga dilakukan oleh beliau. Oleh kerana pada
peringkat awal Singapura tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan peraturan-peraturan
dan pentadbiran keadilan, Stamford memerintahkan agar pegawai pertama tersebut untuk
mentadbir secara adil dan mentadbir mengikut kebijaksanaannya sendiri.
Hasil daripada itu, setelah penggabungan Singapura kepada Pulau Pinang menjadi
Negeri-negeri Selat barulah Piagam Keadilan Diraja diperkenalkan di Singapura dan barulah
peraturan serta undang-undang itu berjalan dan dilaksanakan pada tahun 1826. Dalam piagam
ini menyatakan juga bahawa Piagam Keadilan Diraja 1826 telah pun meluaskan kuasa
mahkamah mahkamah Keadilan Prince Of Wales Island ke Singapura. Dengan erti kata lain,
undang-undang yang dilaksanakan di Pulau Pinang, Melaka adalah sama dilaksanakan di
Singapura juga.

Sebelum kemasukan undang-undang Inggeris ke negeri-negeri Melayu Bersekutu, negerinegeri ini mengamalkan undang-undang tersendiri seperti Adat Pepatih di daerah daerah
Negeri Sembilan dan Adat Temenggung di negeri-negeri lain. Sebahagian besar undangundang ini tidak bertulis. Ini memudahkan Inggeris untuk melakukan perluasan Kuasa
melalui undang-undang dengan memperkenalkan Enakmen Undang-undang Sivil 1937 yang
secara rasminya diperkenalkan dinegeri Melayu Bersekutu. Dan Enakmen ini kemudian
diperluaskan lagi ke negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu pada tahun 1951 melalui Ordinan
Undang-Undang Sivil (Perluasan). Seperti di Negeri Sembilan yang mengamalkan Adat
Pepatih bertambah rumit akibat penggubalan Enakmen Pemegang Tanah Adat yang bertujuan
menyekat urusniaga yang berhubung dengan tanah pusaka yang membezakan di antara tanah

adat dan bukan adat.
Melalui pemilikan tanah juga Inggeris mengubah undang undang sedia ada agar
undang undang Inggeris dapat digunapakai. Pemakaian undang-undang Inggeris di Negeri
Selat bermula di Pulau Pinang apabila Syarikat Hindia Timur Inggeris memajak Pulau Pinang
daripada Sultan Kedah. Pulau Pinang sebelum itu merupakan wilayah negeri Kedah yang
diperintah oleh sultan yang beragama Islam. Pulau Pinang diserahkan dengan cara sewaan
kepada Inggeris pada tahun 1791 dan bukanlah satu wilayah yang diduduki. Inggeris
menggunakan alasan Pulau Pinang tidak didiami orang dan bukan milik sesiapa sebagai
justifikasi untuk mengguna pakai undang-undang yang dibawa oleh mereka ke atas pulau itu,
walau pun hakikatnya Inggeris sendiri memajak Pulau Pinang daripada Sultan Kedah.
Inggeris seolah-olah telah menafikan hak Sultan Kedah dan undang-undang Kedah ke atas
Pulau Pinang.
Jika di Pulau Pinang, Inggeris menggunakan alasan bahawa pulau tersebut tidak
berpenghuni bagi membolehkan mereka mengguna pakai undang-undang yang dibawa oleh
Inggeris, namun di Melaka, situasinya jauh berbeza. Sebelum penjajahan Portugis dan
Belanda pada abad ke-16 dan ke-17, Melaka merupakan sebuah Negara Islam yang berdaulat
di bawah pemerintahan sultannya sendiri. Apabila Inggeris mengambil alih Melaka dari pihak
Belanda di bawah perjanjian Inggeris Belanda pada tahun 1824, negeri Melaka pada masa itu
telah pun mempunyai undang-undang tempatannya (lex loci) yang tersendiri. Undang-undang
yang wujud adalah adunan adat Melayu dan undang-undang Islam manakala pemilikan tanah

Belanda hanya dikuatkuasakan dalam kawasan bandar Melaka sahaja.

Walau bagaimana pun, pemakaian undang-undang tanah adat Melayu dan Islam di
Melaka berakhir pada tahun 1861 apabila pentadbir Inggeris yang memerintah negeri tersebut
meluluskan undang-undang baru yang memperuntukkan bahawa semua tanah dalam negeri
Melaka yang belum dilupuskan adalah diisytiharkan menjadi milik pemerintah sebagaimana
undang-undang tanah Inggeris yang dipakai di England pada masa itu (Salleh Buang, 2007).
Pulau Pinang dan Melaka pada peringkat awal menerima pakai undang-undang tanah yang
dikenali sebagai Sistem Surat ikatan Inggeris. Namun bagi tujuan penyeragaman undang
undang tanah di semenanjung Tanah Melayu, undang-undang baru yang digubal
membolehkan dua negeri ini kemudiannya turut menerima pakai sistem undang-undang tanah
berasaskan kepada sistem Torrens.
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB) terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri
Sembilan dan Pahang. Keempat-empat negeri ini merupakan negeri yang merdeka dan
berdaulat di bawah pemerintahan sultannya masing-masing. Sultan Pahang ialah pemerintah
yang mempunyai kuasa perundangan dan eksekutif secara mutlak, terhad hanya kepada
sekatan-sekatan yang ditentukannya sendiri. Baginda mempunyai kuasa penuh dan hanya
baginda sendiri yang akan menentukan sekatan terhadap kuasa baginda. Undang-undang
yang dipakai bagi orang Islam di Selangor,Perak dan Pahang adalah undang-undang Islam,
manakala di Negeri Sembilan terdapat undang-undang adat dipakai dibeberapa daerah
tertentu.
Namun sebagaimana nasib undang undang Islam dan adat di negeri-negeri selat,
sistem ini akhirnya dimansuhkan dan digantikan dengan sisten Torrens selepas kedatangan
pentadbir Inggeris di Negeri Melayu Bersekut. Undang-undang Torrens yang pertama
dilaksanakan di Selangor ialah Peraturan Pendaftaran Hak Milik 1891, yang kemudiannya
dijadikan contoh bagi penggubalan undang-undang yang sama di negeri negeri lain dalam
Negeri Melayu Bersekutu.
Pengaruh Inggeris di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NMTB) iaitu negeri
Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Johor datang kemudian berbanding Negeri Melayu
Bersekutu. Negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis pada ketika itu berada di bawah
pengaruh Siam. Namun begitu, Inggeris akhirnya berjaya meluaskan pengaruhnya di negeri-

negeri ini selepas berlakunya Perjanjian Bangkok pada tahun 1909 antara kerajaan Inggeris
dengan kerajaan Siam (SallehBuang, 2007).
Antara kesan perjanjian ini ialah Inggeris menempatkan seorang penasihat atau Residen
Inggeris disetiap negeri berkenaan. Johor merupakan negeri yang terakhir jatuh ke tangan
Inggeris. Kesan kepada pendudukan Inggeris ke atas negeri-negeri ini, Inggeris telah
memperkenalkan undang-undang tanah berasaskan kepada sistem Torrens yang perlu
diterima pakai di seluruh Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Pada hakikatnya, walau pun undang-undang pentadbiran tanah yang diamalkan di
Malaysia pada hari ini adalah bermodelkan sistem yang dibawa dari Australia Selatan iaitu
system Torrens, namun pengaruh undang-undang Islam dan adat Melayu masih lagi wujud
dan diiktiraf pemakaiannya dalam hal-hal tertentu. Perkara ini dapat dilihat melalui
penggubalan beberapa jenis undang-undang bagi mengawal, mengatur dan mentadbir hal-hal
berkaitan hartanah. Namun demikian, Kanun Tanah Negara 1965 merupakan undang-undang
utama yang telah digubal bagi penyeragaman undang-undang tanah di negeri-negeri di
Semenanjung Malaysia (tidak termasuk Sabah dan Sarawak). Walau pun menjadi undangundang utama mengenai tanah di Malaysia, namun ianya tidak boleh menyentuh apa-apa
pelaksanaan lampau atau apa-apa perkara yang dibuat mengenai tanah di bawah mana-mana
undang undang tanah dan peruntukan-peruntukan undang-undang lain yang diluluskan
sebelum berkuat kuasanya kanun ini.
Kanun Tanah Negara 1965 juga tidak boleh menyentuh beberapa peruntukan undangundang yang sedang berkuatkuasa pada masa itu sama ada berkaitan dengan adat, rizab
Melayu atau pegangan Melayu, perlombongan, tanah kesultanan, wakaf atau baitul mal,
Enakmen Penempatan Terengganu 1356, Ordinan Penempatan Tanah Kelantan 1955, Akta
Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 dan mana-mana undang-undang yang
mengecualikan membayar hasil tanah. Seksyen 4 (2) Kanun Tanah Negara 1965,
memperuntukkan bahawa sekiranya peruntukan undang-undang berkaitan perkara yang
disenaraikan di atas berlawanan dengan peruntukan yang terdapat dalam Kanun Tanah
Negara 1965, maka undang-undang itu hendaklah dipakai dan peruntukkan di dalam Kanun
Tanah Negara 1965 terbatal setakat mana ia berlawanan. Peruntukan ini jelas menunjukkan
bahawa walau pun penggubalan Kanun Tanah Negara 1965 adalah berasaskan sistem Torrens,

namun sekiranya terdapat peruntukan yang berlawanan dengan undang-undang berkaitan
perkara yang disebut dalam seksyen 4(2) Kanun Tanah Negara 1965, maka

peruntukan itu akan dipakai dan prinsip Torrens di dalam Kanun Tanah Negara 1965 akan
ditolak. Oleh itu, secara jelasnya Kanun Tanah Negara 1965 melalui peruntukannya memberi
ruang kepada pemakaian prinsip undang-undang lain di samping sistem Torrens.
Di Malaysia, undang-undang adat berkaitan harta boleh dibahagikan kepada dua
kumpulan iaitu undang-undang adat Perpatih dan undang-undang adat Temenggong.Adat
Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan khususnya di daerah-daerah Rembau, Kuala Pilah,
Tampin, Jelebu dan Seremban serta beberapa daerah di Melaka seperti Naning dan Alor
Gajah.Manakala Adat Temenggong pula diamalkan di negeri Perlis, Kedah, Perak,
Selangor,Johor, Terengganu dan Kelantan.
Menurut konsep am adat Perpatih, setiap ahli waris tidak mempunyai hak milik atas
harta peninggalan atau harta pusaka tetapi hanya mempunyai hak pakai. Prinsip adat Perpatih
mengenai pewarisan ialah susur-galur adat berpusat kepada perempuan. Tanah hanya boleh
dipunyai oleh perempuan sahaja.Semasa penjajahan di Negeri Sembilan pada 1895, Inggeris
telah memperkenalkan sistem pendaftaran hak milik iaitu sistem Torrens. Dengan kewujudan
sistem ini, hak pemilikan tanah yang telah diusahakan dan nama perempuan yang
mengusahakan itu didaftarkan sebagai pemiliknya. Sistem pemilikan tanah adat ini
kemudiannya

dikukuhkan

dengan

penggubalan

Enakmen

Pegangan

Adat

(The

CustomaryTenure Enactment) pada tahun 1909. Enakmen ini telah dipinda sebanyak dua kali
iaitu pada tahun 1926 dan tahun 1930. Kewujudan enakmen tanah adat tersebut, pegawaipegawai kerajaan di pejabat daerah tempatan dalam peranannya sebagai pemungut hasil tanah
diberi kuasa untuk menjaga bahawa tanah pusaka adat pada masa pemindahan dan
penjualannya hendaklah mengikut batas-batas yang ditetapkan dalam undang-undang adat.
Menurut enakmen pemegangan adat, terdapat dua jenis tanah iaitu tanah pusaka adat
(customary land) dan harta carian atau perolehan (acquired property). Kedua-dua jenis tanah
ini hendaklah didaftarkan di pejabat tanah daerah dimana kedua-dua jenis harta ini tertakluk
kepada adat Perpatih.

Berbeza dengan adat Perpatih, adat Temenggong pula merupakan satu sistem undangundang adat yang berbentuk patrilineal. Undang-undang adat ini telah diubah suai oleh
undang undang Islam di dalam semua bidang seperti perkahwinan, pewarisan, hartanah,
jenayah dan sebagainya. Mengikut adat Temenggong, pewarisan harta sebenar (real property)
atau hartanah tertakluk kepada prinsip undang-undang syarak yang telah diubahsuai oleh
adat, tetapi jualan tanah di antara dua pihak yang masih hidup dari suku adat yang berlainan
tidak diatur kecuali melalui Kanun Tanah Negara 1965. Undang-undang Islam yang
diamalkan adalah bercampur aduk dengan undang-undang adat Melayu. Malah dalam
beberapa kes tertentu undang-undang adat Melayu itulah yang dikatakan undang-undang
Islam.
Umpamanya mengenai harta sepencarian dan harta syarikat yang dianggap sama
pengertiannya seperti yang dilaporkan oleh E.N Taylor, seorang bekas hakim dan pengkaji
sejarah Melayu. Peraturan mengenai harta sepencarian berasal daripada adat Melayu.
Menurut adat Temenggong harta yang diperolehi semasa perkahwinan pada amnya disebut
dengan istilah harta sepencarian. Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama oleh
suami isteri dalam masa perkahwinan. Di dalam kes Hajjah Lijah bt Jamal melawan Fatimah
bt Mat Diah (1950), Hakim Briggs memutuskan, harta sepencarian ialah harta yang
diperolehi samasa perkahwinan antara suami isteri hasil daripada sumber-sumber mereka
berdua atau hasil daripada usaha mereka bersama. Harta sepencarian mengikut adat
Temenggong adalah sama dengan istilah harta carian suami isteri dalam sistem adat Perpatih,
iaitu harta yang diperolehi semasa perkahwinan atas usaha bersama. Pengertian ini
didasarkan kepada pendapat Jawatankuasa Kadi Besar dan Kadi Pahang dalam tahun 1930
dan Kadi Larut serta Majlis Mesyuarat Negeri Perak tahun 1907.
Kesemua jawatankuasa ini mengatakan bahawa peraturan harta sepencarian adalah
peraturan adat dan ia pada hakikatnya adalah peraturan cari bahagi mengikut adat Perpatih.
Peraturan pembahagian harta sepencarian yang diamalkan dalam adat Melayu ini telah pun
diiktiraf oleh Undang-undang Keluarga di Malaysia pada hari ini setelah dikanunkan dengan
peruntukan khas yang terdapat disetiap negeri. Pengertian harta sepencarian juga dengan
jelasnya diperuntukkan dalam tafsiran yang terkandung dalam Akta Undang-undang Keluarga
dan Enakmen.Sebagai contoh, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah
Persekutuan 1984) yang mentafsirkan harta sepencarian sebagai ‘harta yang diperoleh

bersama-sama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuat kuasa mengikut syarat-syarat
yang ditentukan oleh hukum syarak’.

KESIMPULAN
Tidak dapat dinafikan bahawa kedatangan penjajah Inggeris / British dan campur tangannya
di Tanah Melayu adalah bertujuan untuk menguasai ekonomi, politik, pentadbiran dan
undang-undang di negara ini. Penjajah Inggeris menduduki Pulau Pinang dalam tahun 1786,
Singapura 1819 dan Melaka pada tahun 1824.
Setelah itu, dengan perjanjian bahawa Sultan bersetuju menerima seorang Residen
British yang akan menasihati Sultan dalam semua perkara berhubung dengan pemerintahan
kecuali dalam hal yang berkaitan dengan agama dan adat orang-orang Melayu, nasihat
Residen British ini mestilah diikuti oleh Sultan. Perjanjian pertama yang dilakukan ialah
Perjanjian Pangkor pada 1874 di antara Sultan Perak iaitu Raja Abdullah ibni Sultan Ja’afar
Mua’azzam Shah dan pembesar-pembesar Melayu di Perak bagi satu pihak dan kuasa British
yang diwakili oleh Sir Andrew Clarke bagi pihak yang kedua.
Penjajah Inggeris memasuki negeri Perak mulai 20 Januari 1874, negeri Selangor
mulai Ogos 1874, menyatukan kesembilan negeri di dalam satu persekutuan pada tahun 1895
di bawah pemerintahan Yang Di Pertuan Besar dan seorang Residen Inggeris sebagai
penasihat di Negeri Sembilan, dan dalam tahun 1888 di negeri Pahang.
Penjajah Inggeris kemudiannya bertindak campur tangan di negeri-negeri Kedah,
Perlis, Kelantan dan Terengganu melalui Perjanjian Bangkok pada 9 Julai 1909. Melalui
perjanjian tersebut, Kerajaan Siam memindahkan segala hak kekuasaannya ke atas keempatempat buah negeri itu kepada Inggeris, sementara Pattani diserahkan kepada Siam. Dalam
tahun 1914 negeri Johor pula menerima Penasihat Inggeris. Dengan yang demikian
sempurnalah sudah seluruh Tanah Melayu, selain Pattani, dijajahi oleh Inggeris.
Menurut pakar undang-undang, penjajah Inggeris mengenepikan undang-undang
Islam dan adat Melayu dan menggantikannya dengan undang-undang Inggeris di Tanah
Melayu (yang telah dijajah itu) adalah dengan dua cara, iaitu pertamanya dengan
mengadakan undang-undang yang memerlukan undang-undang Inggeris itu diikuti dan yang
keduanya dengan mengadakan mahkamah diketuai oleh hakim-hakim yang dapat mentadbir
dan ada kalanya memasukkan undang-undang Inggeris.

RUJUKAN

Malaysia Kita, Panduan dan Rujukan Untuk Peperiksaan Kerajaan, 2000.

Al Attas, SMN, 1990. Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Bandung:
Penerbit Mizan.

Undang undang Am Malaysia Jilid 2, Lembaga Penyelidikan Undang-undang, 2000

Rabi’ah binti Muhammad. 2015. Islam Dan Adat Melayu Dalam Undang-Undang
Torrens Di Malaysia . Bangi : Kolej Ugama Islam Selangor.

Salleh Buang (2007), Malaysian Torrens System, Second Edition, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.

Dokumen yang terkait

AKIBAT HUKUM PENOLAKAN WARISAN OLEH AHLI WARIS MENURUT KITAB UNDANG - UNDANG HUKUM PERDATA

7 73 16

PENERAPAN PASAL 28 AYAT (1) UNDANG – UNDANG NOMOR 22 TAHUN 2009 TENTANG LALU LINTAS DAN ANGKUTAN JALAN MENGENAI KERUSAKAN DAN GANGGUAN FUNGSI JALAN (STUDI DI POLRES MALANG KOTA)

0 23 25

HAK – HAK PEKERJA YANG MENGALAMI KECELAKAAN KERJA DI P.O. BOROBUDUR INDAH BERDASARKAN UNDANG – UNDANG NOMOR 13 TAHUN 2003 TENTANG KETENAGAKERJAAN

0 4 17

INJAUAN YURIDIS TERHADAP KEPEMILIKAN TANAH SECARA ABSENTEE SETELAH BERLAKUNYA UNDANG - UNDANG NOMOR 5 TAHUN 1960 DI KOTA MALANG

1 25 16

KAJIAN YURIDIS TERHADAP SEORANG WALI YANG MELAKUKAN PENGAMBILAN HARTA WARIS ANAK DIBAWAH PERWALIANNYA MENURUT KITAB UNDANG UNDANG HUKUM PERDATA

1 28 17

UNDANG UNDANG REPUBLIK INDONESIA NOMOR 9 TAHUN 2015 TENTANG PERUBAHAN KEDUA ATAS UNDANG UNDANG NOMOR 23 TAHUN 2014 TENTANG PEMERINTAHAN DAERAH

0 5 14

ANALISIS KEBIJAKAN FORMULASI SANKSI PIDANA BAGI PEMAKAI DAN PENGEDAR NARKOTIKA MENURUT UNDANG-UNDANG NOMOR 35 TAHUN 2009 TENTANG NARKOTIKA DIBANDINGKAN DENGAN UNDANG UNDANG NOMOR 22 TAHUN 1997

0 10 15

PRAKTIK OLIGOPSONI SEBAGAI PERJANJIAN YANG DILARANG DALAM UNDANG - UNDANG NOMOR 5 TAHUN 1999 (Studi pada Pemasaran Hasil Perikanan Tambak Udang di Provinsi Lampung)

0 8 50

PENGARUH UNDANG - UNDANG NOMOR 23 TAHUN 2002 TENTANG PERLINDUNGAN ANAK TERHADAP POLA - DIDIK GURU DI SMP NEGERI 1 PADANGRATU KABUPATEN LAMPUNG TENGAH TAHUN 2013

0 9 74

ANALISIS PERBANDINGAN PENYIDIKAN ANAK YANG MELAKUKAN TINDAK PIDANA BERDASARKAN UNDANG UNDANG NOMOR 3 TAHUN 1997 TENTANG PENGADILAN ANAK DAN UNDANG UNDANG NOMOR 11 TAHUN 2012 TENTANG SISTEM PERADILAN PIDANA ANAK

0 7 42