Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Latar Belakang
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang kini dikenali sebagai Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) mula diperkenalkan pada tahun 2011 dengan subjek
yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif. Kurikulum
tersebut

menggabungkan

beberapa

subjek

menjadi

satu.

Selain

itu,


turut

memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.
KSSR diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana
kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat
awal pendidikan mereka. Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan
perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahuntahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur.
Perkataan standard digunakan untuk memastikan semua murid melepasi
standard yang ditetapkan. Selain itu penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu
diukur dengan jelas. Tambahan pula, untuk mengenal pasti strategi penambahbaikan
(assessment for learning), mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran,
serta pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah.
Prinsip
Kurikulum kebangsaan sentiasa dikaji bagi memastikan kurikulum yang holistik
dan sentiasa relevan untuk melahirkan modal insan yang seimbang yang dapat
menangani cabaran semasa dan masa hadapan.
Seiring dengan peredaran masa, KSSR diperkenalkan. Kurikulum ini digubal
berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mana berasaskan daripada prinsip
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) iaitu menekankan kepada pendekatan
bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang dan kualiti pendidikan

yang sama untuk semua murid, dan pendidikan seumur hidup.

Kurikulum KSSR ini tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Selain itu KSSR juga berpandukan kepada teras
kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Pada dasarnya PIPP ingin
membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta
menghayati nilai-nilai murni.
Sebelum KSSR diperkenalkan, Kurikulum Sekolah Rendah mengalami beberapa
transformasi kurikulum. Transformasi kurikulum ialah proses melakukan satu bentuk
perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan yang sedia ada yang
melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa,
kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Kurikulum untuk
sekolah rendah diperkenalkan sejak tahun 1983 lagi iaitu Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR). Kemudian ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) pada tahun 1993 dan melalui proses semakan pada tahun 2003.
Bidang Pelajaran
Melalui KSSR, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang
menggantikan buku teks. Oleh sebab itu, guru-guru masih dalam proses persediaan
dan dilatih untuk KSSR. KSSR diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid
sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

KSSR menggariskan standard kandungan dan standard pembelajaran dalam
bidang pelajaran. Contoh standard kandungan dan standard pembelajaran adalah
seperti yang berikut:
Bahasa Malaysia
STANDARD KANDUNGAN
Mendengar, memahami dan memberi respon terhadap sesuatu arahan, soalan dan
pesanan yang didengar dengan betul.
STANDARD PEMBELAJARAN

Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap
pelbagai soalan bercapah.
Bahasa Inggeris
STANDARD KANDUNGAN
Able to express personal response to literary texts
STANDARD PEMBELAJARAN
Able to respond to:
1) Book covers
2) Pictures in books
3) Characters with guidance
Matematik

STANDARD KANDUNGAN
Menama dan menentukan nilai nombor.
STANDARD PEMBELAJARAN
Menamakan nombor hingga 100:
1) Membilang objek dalam kumpulan.
2) Menamakan nombor bagi kumpulan objek sebagai mewakili kuantiti.
Strategi Pengajaran&Pembelajaran (P&P)
STRATEGI PENGAJARAN

Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan
kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa
serta kemudahan secara optimum. Penggabungan pendekatan dan kaedah serta
bagaimana pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.
Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar muridmurid yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang
berbeza-beza. Contohnya, dalam bilik darjah KSSR yang terdiri daripada kumpulan
lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas, memerlukan pelbagai kaedah
mengajar yang dirancang secara teratur untuk membentuk strategi pengajaran yang
berkesan.
Sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan
pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum. Strategi yang baik akan

menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan
pengajaran dan pembelajaran yang paling maksimum.
Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih
menarik dan interaktif di mana melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta
meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik
dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.
Dalam KSSR begitu menekankan kepada strategi pengajaran dan pembelajaran
(P&P) seperti kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran, pembelajaran
melalui

bermain,

inkuiri

penemuan,

pembelajaran

berasaskan


projek,

serta

pembelajaran luar bilik darjah. Selain itu, mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai
dalam pengajaran dan pembelajaran. Teori kecerdasan pelbagai ini mempunyai
beberapa kelebihan yang tertentu. Antara kelebihan yang boleh dikenal pasti ialah
membantu

murid

memahami

kemampuan

(kecerdasan)

mereka

sendiri


dan

kemampuan orang-orang di sekeliling mereka, memberi tunjuk ajar kepada murid
tentang menggunakan sepenuhnya kekuatan (kecerdasan) dalam diri mereka dan

membaiki kelemahan diri mereka. Seterusnya ialah membina keyakinan diri murid dan
menyediakan kepada murid suatu pembelajaran yang sukar dilupakan dan dengan itu
juga membantu murid untuk belajar dengan lebih baik.
Tambahan

pula,

KSSR

begitu

menekankan

strategi


pengajaran

dan

pembelajaran (P&P) dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Ini
bermaksud, menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berfikrah,
terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan
P&P.
KSSR juga menekankan kepada pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan.
Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan merupakan strategi secara saintifik yang
dibina untuk menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran
hidup dan membuat keputusan. Objektif Kajian Masa Depan ialah supaya murid dapat
berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal-hal masa depan.
Di samping itu, berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan.
Seterusnya, mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan,
membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan.
Di samping itu, KSSR juga menekankan kepada pembelajaran secara
konstruktivisme. Mengikut konstruktivisme, pengetahuan dibina secara aktif oleh
individu yang berfikir. Individu ini tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan

yang disampaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru
dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam
mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya.
Seterusnya ialah dalam KSSR juga pembelajaran secara kontekstual ditekankan.
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi
kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan.
Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands –
on dan minds – on. Begitu juga pembelajaran akses kendiri. Pembelajaran ini
menggunakan kemudahan akses kendiri dan bahan-bahan yang mudah dikendalikan
serta tanpa pengawasan secara langsung oleh guru.

KSSR juga amat menekankan kepada Pembelajaran Masteri. Pembelajaran
Masteri ialah suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memastikan semua
murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran
sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya.

Pendekatan ini memerlukan

peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkualiti.

Akhir sekali dalam kandungan strategi P&P, KSSR menekankan kepada belajar
cara belajar. Pengertian Belajar Cara Belajar ialah proses untuk memperoleh teknik
belajar sama ada bersama guru atau tanpa guru. Objektif Belajar Cara Belajar adalah
untuk menyediakan murid yang berupaya belajar sendiri tanpa guru, membolehkan
murid menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan-rakan dan bahan lain sebagai
sumber pembelajaran. Selain itu, membolehkan murid membuat refleksi dan menilai
tahap pembelajaran sendiri. Di samping itu, membolehkan murid mengaplikasikan
pengetahuan & kemahiran ke situasi lain, sama ada dalam mata pelajaran lain dan
pergaulan.
Penekanan dalam Kurikulum
Realitinya, dalam perkembangan pendidikan yang memberi respon kepada
keperluan masyarakat, kurikulum yang baru ini (KSSR), akan memberi penekanan
kepada aspek bahasa dan komunikasi. Aspek pembinaan kognitif adalah lebih jelas
dalam matematik dan sains. Oleh sebab itu. Kedua-dua subjek ini tidak diberi
penekanan. Ini ditunjukkan dengan pengurangan waktu pembelajaran kedua-dua
subjek ini dalam seminggu, berbanding dalam pelaksanaan KBSR. Pelaksanaan ini
telah pun diwartakan untuk tahap satu bermula 2011.
Alasan yang diberikan adalah untuk meningkatkan aspek komunikasi murid
(kecerdasan sosial) yang selama ini diabaikan dan diberi penekanan yang terlalu
sedikit. Ketidakbolehan murid dalam menguasai 2M, (membaca dan menulis) adalah

sesuatu yang tidak boleh diterima terutama setelah melalui 11 tahun sistem
persekolahan.

Mata pelajaran lain juga berperanan dalam membina kognitif (daya pemikiran
minda) murid, namun tidak bersaintifik dan bersistematik seperti pelajaran matematik
dan sains yang melatih daya pemikiran minda..Kemahiran mengira iaitu yang ketiga
dalam kurikulum KBSR secara praktikalnya tidak mengalami penambahbaikan. Jadi,
suatu keputusan yang ironi apabila dalam KSSR, kemahiran mengira ini ditulis secara
tersurat untuk menguatkan unsur 4M, iaitu membaca, menulis, mengira dan tambahan
‘M’ yang keempat, iaitu menaakul.
Menaakul adalah kemahiran pemikiran aras tinggi dalam memahami sebabakibat. Dalam Taxonomy Bloom sekalipun, kemahiran menaakul berada dalam aras
kesusahan

sederhana.

Kemahiran

ini

juga,

dikategorikan

dalam

kebolehan

menganalisis. Murid seharusnya mampu memahami proses mendapat sesuatu ilmu itu
daripada menerima sesuatu ilmu itu dengan seadanya. Kemahiran ini juga penting
dalam kehidupan seharian seperti untuk membaca situasi yang berlaku di sekeliling kita
agar kita tidak mudah tertipu dan bersedia untuk melakukan perubahan-perubahan
yang diperlukan dalam masyarakat.