Muzik Dan Tarian Negara Malaysia

Muzik Dan Tarian Negara Malaysia
1.0 Pengenalan
Malaysia merupakan negara yang berbilang bangsa rakyatnya. Oleh itu terdapat variasi
kebudayaan di Malaysia hasil campuran pelbagai etnik termasuk kaum majoriti
Malaysia iaitu Melayu,Cina dan India serta Bumiputra Sabah dan Sarawak. Warisan
pelbagai budaya dan bangsa di Malaysia amat jelas dilihat pada kepelbagaian muzik
dan tariannya. Tarian penduduk asli Melayu, Orang Asli dan pelbagai etnik Sabah dan
Sarawak adalah amat eksotik dan mengagumkan. Apabila bangsa Cina, India dan
Portugis mula menetap di Malaysia, tarian tradisional dari tanah air mereka menjadi
sebahagian daripada budaya dan warisan Malaysia.

1.1 Muzik
Gamelan

Perkataan gamelan berasal daripada bahasa jawa “gamel” yang bererti memukul atau
menabuh ,diikuti akhiran ‘an’ yang menjadikannya sebagai kata benda. Sedangkan
gamelan mempunyai erti sebagai satu kesatuan alat muzik yang dimainkan bersama.
Gamelan muncul pada saat budaya luar dari Hindu-Buddha.
Gamelan Pahang diperkenalkan ketika zaman pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam
Shah yang digiatkan oleh Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah.Pada tahun 1915,Tengku
Ampuan Mariam, anakanda kepada Sultan Ahmad Muadzam Shah mempunyai set

gamelan di bawah jagaannya di Pahang dan dibawa ke istana Maziah Terengganu bagi
melatih rakyat Terengganu untuk bermain dan menari gamelan. Berbagai lagu dan
tarian dicipta seperti Lambang Sari, Geliung, Ketam Renjong, Togok, Gagak Seteru,
Lancang Kuning dan sebagainya.

1

Gamelan
Nobat
Nobat merupakan salah satu warisan kesenian Melayu yang masih kekal sehingga kini.
Di Tanah Melayu, Nobat adalah muzik yang berfungsi di istana sebagai seni
persembahan istana Diraja Melayu. Antara negeri-negeri Melayu yang masih
mengekalkan muzik Nobat adalah negeri Perak, Kedah dan Terengganu.
Muzik Nobat adalah sejenis pancaragam Diraja yang hanya dimainkan di istana dan
pemain muziknya pula terdiri daripada orang-orang tertentu sahaja. Kebiasaannya,
pemain Nobat akan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.
Sejak dahulu lagi, Nobat hanya dikenali oleh penduduk sekitar yang tinggal
berhampiran dengan kawasan Nobat dimainkan. Manakala masyarakat luar tidak
banyak mengetahui mengenai muzik Nobat ini.
Nobat mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri. Antaranya ialah Nobat

hanya dimainkan ketika majlis-majllis tertentu di istana seperti adat istiadat pertabalan,
menyambut kelahiran baru di istana dan lain-lain lagi. Disamping itu juga, terdapat
beberapa pantang larang yang perlu diikuti ketika muzik Nobat hendak dimainkan..

Nobat
2

Rebana Ubi
Pada zaman kesultanan Melayu, rentak berirama yang bergetar daripada rebana ubi
besar itu memberikan pelbagai isyarat daripada amaran bahaya kepada pengumuman
perkahwinan. Kemudiannya, ia digunakan sebagai peralatan muzik dalam pelbagai
persembahan sosial.

Rebana Ubi

Kompang
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat
Melayu. Kompang banyak digunakan dalam aktiviti sosial seperti perarakan Hari
Kemerdekaan, upacara formal dan perkahwinan. Biasanya dimainkan dalam kumpulan
besar di mana corak rentak komposit dapat dilakukandengan melapiskan rentak

berbeza.

Kompang

3

Gambus
Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah. Ia mempunyai 12 tali tangsi. Badannya
membujur bulat seakan-akan labu air dengan belakangnya yang melengkung. Lehernya
ialah persambungan dari badannya. Ia dipetik sama seperti bermain gitar. Alat muzik ini
digunakan dalam permainan Ghazal atau tarian Zapin dan untuk mengiringi nyanyian
serta tarian Andai-Andai oleh orang Brunei di Sabah.

Gambus

Sape
Sape adalah alat muzik tradisional masyarakat Orang Ulu atau orang hulu sungai
Sarawak. Sape ialah hasil seni ukiran kayu dengan motif berwarna-warni dan
mempunyai empat utas tali. Pada masa dahulu, tali-tali sape diperbuat daripada rotan
yang diraut halus. Kini, dawai-dawai halus pula digunakan sebagai tali sape kerana

lebih mudah diperolehi dan bunyinya lebih mantap. Diperbuat daripada kayu. Badan
sape berbentuk bujur dan panjang. Bahagian muka sape rata sahaja manakala
bahagian belakang sape pula ditebuk sebagai kotak bunyi. Sape dimainkan dengan
cara meribanya seperti gambus. Pada dahulunya hanya dimainkan semasa upacara
pemulihan dalam rumah panjang,ia menjadi alat hiburan sosial.

Sape
4

DondangSayang
Dondang Sayang merupakan sejenis nyanyian yang sering digunakan oleh masyarakat
dahulu untuk menyampaikan perasaan kasih mereka. Dondang Sayang dinyanyikan
dalam bentuk berbalas pantun yang di sampaikan secara spontan oleh penyanyinya.
Mengikut sejarah, Dondang Sayang muncul pada kurun ke15 Masihi semasa zaman
Kesultanan Melayu Melaka, iaitu semasa zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah,
nyanyian ini digunakan untuk menghiburkan para pedagang yang singgah di Melaka.
Kualiti nyanyian bagi seni ini bergantung kepada kecekapan penyanyinya berjual beli
pantun. Ketua kumpulan ahli muzik bagi Dondang Sayang ini biasanya disandang oleh
pemain biola yang betugas untuk membekalkan melodi kaunter dalam persembahan
mereka.

Alat-alat muzik yang digunakan untuk mengiringi nyanyian Dondang Sayang terdiri
daripada sebuah biola, sebuah gong dan 3 buah rebana yang mana terbahagi kepada
dua, iaitu rebana kompang atau rebana keras.

Alat Muzik Dondang Sayang
5

Gong
Gong adalah sejenis alat muzik idofon berasal dari asia timur selatan.Gong berperanan
sebagai tulang belakang dalam persembahan muzik gamelan.Gong terdiri daripada
pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan
bersama-sama mengikut rentak lagu.

Gong
Gendang
Gendang adalah alat penting dalam memimpin rentak yang rendah atau tinggi.Gong
dianggap alat yang paling sukar untuk dimainkan dan memerlukan kemahiran yang
tinggi didalam permainan kerana tidak mudah untuk diberi notasi.

Gendang


6

1.2 Tarian
Mak Yong Melayu
Mak Yong Melayu berasal daripada patani di selatan Thai. Mak Yong direka untuk
menghiburkan kaum wanita ,ratu dan puteri semasa kaum lelaki pergi berperang.
Mak Yong menggabungkan drama romantik, tarian dan nyanyian opera. Kisah zaman
kegemilangan kerajaan Melayu turut dipersembahkan.

Mak Yong Melayu
Kuda Kepang
Kuda Kepang adalah tarian tradisional yang dibawakan ke negeri Johor oleh imigran
Jawa.Kuda Kepang melakonkan semula kisah peperangan suci Islam yang
berjaya.Penari duduk di atas kuda buatan bergerak kepada rentak alat muzik yang
biasanya terdiri daripada gendang, gong dan angklung.

Kuda Kepang

Zapin

Pengaruh keislaman dalam tarian tradisi Malaysia mungkin paling jelas pada Zapin.
Zapin merupakan suatu tarian popular daripada nengeri Johor. Zapin diperkenalkan
oleh mubaligh Islam daripada Timur Tengah. Tarian asal itu dipersembahkan untuk zikir
ketuhanan Islam untuk menyebarkan maklumat mengenai peradaban Islam.
7

Zapin

Joget
Tarian tradisional Malaysia popular dengan rentak laju dan dipersembahkan oleh
pasangan yang menggabungkan pergerakan pantas tetapi lemah gemalai dengan
sedikit kelucuan . Joget berasal daripada tarian rakyat orang Portugis yang
diperkenalkan di Melaka semasa perdagangan rempah

Joget

Silat
Salah satu tradisi seni mempertahankan diri Melayu paling tua . Silat juga adalah satu
bentuk tarian . Dengan gerakan badan yang berbunga, persembahan silat adalah
mengagumkan dan menarik.


8

Silat
Tarian Singa Cina
Biasanya dipersembahkan semasa perayaan Tahun Baru Cina. Tarian Singa adalah
bertenaga dan menghiburkan. Mengikut lagenda , pada zaman purbakala hanya singa
haiwan yang dapat menghalau haiwan mitos bernama Nian yang mengganas di China
dan menelan manusia pada malam Tahun Baru. Biasanya memerlukan koordinasi
sempurna, kelembutan dan keberanian yang tinggi. Tarian ini sentiasa ditarikan kepada
rentak tagu, gendang Cina, dan dentingan simbal.

Tarian Singa Cina

Tarian Naga
Naga adalah makhluk ajaib yang melambangkan kuasa luar biasa, kebaikan
kesuburan ,kegigihan dan maruah dalam budaya Cina . Biasanya dipersembahkan
untuk menyambut Tahun Baru Cina, Tarian Naga dikatakan memberikan nasib baik dan
keuntungan kepada tahun yang mendatang . Biasanya memerlukan pasukan melebihi
60 orang. Persembahan hebat ini adalah pertunjukan koordinasi, skil dan kelembutan

yang sempurna.

9

Tarian Naga

Bhargra
Bhangra adalah muzik rakyat dan tarian dalam komuniti Sikh. Asalnya tarian menuai , ia
kini menjadi sebahagian persembahan sewaktu keramaian sosial seperti perkahwinan
dan perayaan Tahun Baru . Biasanya menceritakan tema romantik dengan nyanyian
dan tarian yang dijana oleh rentak kuat daripada dhol, gendang dua hala. Bhargra
adalah muzik yang mengasyikkan.

Bhargra
Tarian Pahlawan Sarawak
Tarian Pahlawan adalah tarian tradisi orang Iban Sarawak.Tarian ini biasanya
dijalankan semasa Gawai Kenyalang. Dikatakan antara pemburu kepala yang ditakuti di
Sarawak. Pahlawan puak ini yang berjaya akan diraikan secara tradisinya dalam
perayaan rumit ini. Penari memakai hiasan kepala yang rumit dan memegang perisai
hiasan yang pangjang.


10

Tarian Pahlawan Sarawak

Sumazau
Sumazau adalah tarian orang Kadazan Sabah . Biasanya dijalankan di upacara
keagamaan dan aktiviti sosisl, ia asalnya digunakan untuk memberi penghormatan
kepada roh untuk tuaian padi yang banyak, menghalau hantu jahat dan menyembuh
penyakit . Penari lelaki dan wanita menarikan tarian hipnotik ini dengan pergerakan
lembut dan perlahan seperti aksi burung terbang.

Sumazau

Tarian Buluh
Antara tarian tradisional yang sangat menghiburkan dan popular adalah Tarian Buluh .
Dua batang buluh dipegang secara menegak di atas tanah setinggi buku lali .Ia ditepuk
bersama mengikut rentak gendang , bertempo tinggi dan memerlukan ketangkasan
yang tinggi . Penari perlu melompat di antara batang buluh dan elakkan kaki mereka
terperangkap di antara batang-batang tersebut.


11

Tarian Buluh

Muzik Dan Tarian Negara

12