Berbahasa untuk Tujuan Beribadah dengan
Berbahasa untuk Tujuan Beribadah
Bahasa ini meliputi seluruh kehidupan manusia yang membolehkan sesebuah masyarakat itu
berkomunikasi bagi mencapai tujuan yang diinginkan sama ada untuk bersosial atau
menyampaikan maklumat antara satu sama lain. Bahasa juga dianggap penting kerana
melalui bahasa juga kita sebagai hamba kepada Tuhan Maha Esa dapat mengaplikasikannya
sebagai satu saluran untuk beribadah kepadaNya. Ibadah adalah satu tanda manusia untuk
mengabdikan dan menghambakan diri kepada Pencipta iaitu Allah S.W.T. Ibadah bukan
sahaja untuk memenuhi tuntutan di dalam rukun Islam sahaja, malah ibadah juga
merangkumi semua perkara baik dengan niat yang baik yang disandarkan semata-mata
kerana Allah S.W.T termasuklah cara manusia berbahasa atau berkomunikasi. Islam sangat
menekankan umatnya supaya sentiasa menjaga lidah yakni dalam percakapan atau berbahasa
sesuai dengan firman Allah, “Tiada satu kata pun yang diucapkan (manusia) melainkan di
depannya (dicatat) oleh Malaikat pengawas yang selalu hadir.” (Surah Qaf ; 18).
Ayat di atas menegaskan setiap orang Muslim harus menjaga lidahnya daripada
berkata-kata perkara yang tidak baik dan sia-sia di dalam tutur bicaranya, kerana apabila
lidah tidak dijaga dengan baik, maka komunikasi tersebut akan membawa kepada dosa dan
merencatkan konsep ibadah yang sempurna kepada Allah S.W.T. Menurut Mohd Rashid Md
Idris (2012:72), komunikasi yang berkesan melibatkan semua bentuk hubungan antara
manusia dengan segala bentuk keperluannya. Terdapat tiga jenis hubungan, iaitu hubungan
manusia dengan Allah S.W.T (hablum minallah), hubungan antara manusia dengan manusia
(hablum minannas) dan hubungan manusia dengan alam sekitar. Hubungan manusia dengan
Sang Pencipta dikenali sebagai komunikasi menegak kerana Allah dilihat sebagai tunjang
kepada segala proses komunikasi yang berlaku. Jenis hubungan ini melibatkan dua perkara
utama iaitu duniawi dan ukhrawi selaras dengan syariat Islam itu sendiri. Hubungan antara
manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam sekitar pula dikenali sebagai
komunikasi secara mendatar. Komunikasi ini melibatkan dua orang individu secara
bersemuka langsung atau berkomunikasi dengan makhluk lain seperti jin, bunian, flora atau
fauna. Komunikasi jenis ini biasanya berlaku tanpa dirancang terlebih dahulu.
Berbahasa sebagai tujuan beribadah berlaku apabila komunikasi yang dilakukan
mempunyai ciri-ciri penyampaian maklumat yang benar, berbahasa untuk saling menegur,
menasihati dan berpesan-pesan dengan kebaikan. Bahasa akan dianggap sebagai ibadah
sekiranya ianya boleh mendatangkan kesan yang positif atau baik kepada diri sendiri atau
orang lain yang merupakan salah satu cara kita untuk mentauhidkan Allah S.W.T. Dalam
berbahasa atau berkomunikasi, kita juga seharusnya menjaga atau menapis setiap bait –bait
perkataan yang keluar daripada mulut kita agar perkara tersebut tidak dikeji dan dibenci oleh
Allah. Antara perbuatan-perbuatan yang dikeji Allah dalam berbahasa ialah mengumpat,
mencela, mengejek, menipu, mengadu domba dan lain-lain. Karya sastera bahasa Melayu
seperti pantun merupakan satu contoh yang terbaik yang memperlihatkan bahasa sebagai
ibadah kepada Allah S.W.T. Pantun di dalam masyarakat Melayu dianggap sebagai satu
khazanah bangsa yang mempunyai nilai yang amat tinggi dalam kalangan masyarakat
Melayu yang penuh dengan nasihat dan pesanan yang mengajak berbuat kebaikan serta
melarang berbuat perkara yang buruk.
Masyarakat Melayu dahulu amat mementingkan adat dan ajaran Islam maka tidak
hairanlah jika unsur-unsur agama dimasukkan ke dalam pantun bagi mengajak manusia untuk
mengenal tuhan dan sebagai dakwah kepada masyarakat Melayu yang lain.. Sebelum
kedatangan Islam, masyarakat Melayu berpegang kepada kepercayaan khurafat seperti
animisme dan dinamisme yang mempercayai setiap perkara mempunyai semangat atau roh
yang memberin kesan baik atau buruk serta mempercayai kuasa roh nenek moyang. Selepas
kedatangan Islam, amalan tauhid iaitu mengesakan Allah S.W.T dan mengakui bahawa tiada
daya kuasa lain selainNya, yang sememangnya menjadi akidah Islam telah membawa
masyarakat Melayu ke arah pembinaan tamadun yang lebih baik sekaligus meninggalkan
segala adat kepercayaan dahulu yang jauh terpesong. Dengan itu, secara tidak langsung
elemen-elemen Islam mula dimasukkan ke dalam penulisan dan karya-karya orang Melayu
terdahulu seperti cerpen, pantun, sajak dan sebagainya mengajak manusia supaya
mentauhidkan Allah.
Pantun dijadikan sebagai salah satu medan untuk menyampaikan nasihat dan
mengajak para pembacanya supaya mengenal Tuhan yang esa melalui bait-bait pantun yang
diciptakan oleh penulis. Di dalam karya agung Pantun Melayu : Bingkisan Permata, terdapat
lebih empat ribu rangkap pantun yang telah dipilih daripada sampel yang besar, iaitu meliputi
sekitar lima belas ribu rangkap yang terdapat dalam lebih lapan puluh sumber merupakan
contoh yang boleh menonjolkan bagaimana kegiatan berbahasa digunakan untuk tujuan
ibadah. Pantun-pantun di dalam karya ini yang mengingatkan manusia supaya beribadah
kepada Allah bagi menjaga hubungan yang murni di antara makhluk dengan Penciptanya.
Sebagai contoh pantun seperti di bawah:
Hendaklah rajin bertanam betik,
Betik rambai banyak faedahnya,
Segala kerja mesti selidik,
Kalau tidak buruk padahnya.
(Bingkisan Permata : 151)
Limau manis dua serangkai,
Lalu dicuri si anak Cina,
Mulut manis jangan dipakai,
Saya sendiri sudah terkena.
(Bingkisan Permata : 163)
Berdasarkan pantun pertama, setiap pekerjaan yang dilakukan, manusia mestilah diteliti agar
tidak mendatangkan mudarat atau dosa kepada pelakunya seperti cara kita berbahasa. Kita
seharusnya memerhatikan setiap tutur kata yang kita bicarakan agar tidak dikeji dan dibenci
oleh Allah. Pantun kedua pula membincangkan tentang orang yang suka bercakap ‘manis
mulut’ iaitu orang yang bercakap perkara yang sia-sia dan tidak membawa sebarang kebaikan
kepada orang lain malah percakapannya turut mempermainkan perasaan orang lain. Keduadua pantun tersebut memberi contoh bahawa teguran dan nasihat boleh dijadikan sebagai
ibadah kepada Allah dengan nasihat yang membawa kebaikan kepada manusia sejagat. Di
dalam karya agung ini juga, terdapat pantun yang menyebut tentang keesaan Allah antaranya
ialah:
Anak ayam turun dua,
Mati seekor tinggallah satu,
Ilahi Rabbi makbulkan doa,
Masuk ke syurga Tuhan Yang Satu,
(Bingkisan Permata : 135)
Anak ayam turun satu,
Mati seekor habislah sudah,
Masuk ke syurga Tuhan Yang Satu,
Mudah-mudahan di perkenan Allah.
(Bingkisan Permata : 135)
Kemampuan dan kebolehan berbahasa ialah nikmat Allah S.W.T yang penting kepada
manusia di mana manusia dilahirkan dengan anugerah akal, naluri, mulut dan pancaindera
lain yang tidak ternilai harganya dan seharusnya kita melahirkan rasa syukur yang tidak
terhingga kepada Allah S.W.T. Manusia sebagai makhluk ciptaan Allah yang istimewa perlu
menggunakan akal mereka untuk memikirkan tentang keesaan dan kebesaran Allah S.W.T.
Hal ini demikian, dengan memikirkan dan menghayati tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T,
manusia itu telah melakukan ibadah kepada Allah S.W.T. majoriti masyarakat di Malaysia
adalah beragama sama ada agama Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan sebagainya. Oleh itu,
jika semua anggota masyarakat yang beragama ini melihat kegiatan berbahasa itu sebagai
suatu ibadah kepada agama yang mereka anuti, maka mereka akan sentiasa mengutamakan
kesejahteraan sejagat.