NOTA 1 SENARAI SEMAK SEMUA

NOTA 1
SENARAI SEMAK SEMUA
1. Diri sendiri. (maksud saya kenalah hadiri temuduga tu)
2. Pakaian yang bersesuaian. (Semua tahu kan?)
3. Blazer (bagi saya WAJIB! Kalau orang lain pakai, tak kan kita tak pakai? Saya pun pinjam
pengawas punya. Haha. Ada cakap yg 2 butang, ada cakap 3 butang.)
4. Nametag (sebaiknya yang besar tu – 7.5cm x 2.5cm)
5. Sijil ikut senarai semak (dalam laman web SPP)
6. Sahkan salinan tu. (Sebaiknya pengetua sekolah sahaja.)
7. RPH (Wajib)
8. Ilmu (anda dah bayar saya, jadi yakin dengan nota ini sebagai satu usaha kita.)
9. Restu mak ayah.
10. Doa dan tawakal. Insya Allah.. Kejayaan milik kita.

ANTARA SOALAN POPULAR
1) Kenalkan diri (ready juga dalam BI)
Nama saya … Saya berumur 25 tahun dan berasal dari Kuantan, Pahang. Saya
merupakan graduan UPSI dengan mengambil jurusan … (terus cerita kekuatan,
kelebihan diri, pengalaman. Tak perlu benda2 tak penting seperti makanan
kegemaran semua tu. Ok?
2) Kenapa suka jadi cikgu?

- Minat
- sudah mencuba pelbagai kerja tetapi tidak mendapat kepuasan seperti menjadi guru.
- ini contoh saja.. Anda mesti ada jawapan lain kan?
3) Kenapa cikgu KH? Kenapa bukan cikgu Sejarah?
-Jwapan ini hanya ada pada anda. Saya tak tahu.. Fikir kenapa anda suka jadi
cikgu itu.

1

4) Apa yang kamu mampu tawarkan kepada sekolah?
- Cerita kelebihan di universiti dulu.
- Contoh : Semasa di university dulu saya aktif dengan pidato dan jika ditawarkan
jawatan ini, saya akan mencungkil bakat pelajar saya yang berpotensi dalam pidato ini.
5) Ceritakan tentang peribadi kamu/kekuatan diri kamu?
-Mampu berdikari dan bekerjasama dalam satu organisasi
- Mampu berkomunikasi dengan baik dalam BM dan BI
- Mempunyai kelebihan memberi tunjuk ajar.
- yang lain fikir sendiri. Mana saya tau peribadi anda.Hahaha
6) Pengalaman ketika praktikum?
- Saya tak tahu pengalaman anda.

7) Kamu datang untuk temuduga apa?
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41
8) Anda sudah bersedia untuk ditempatkan di pedalaman?
Jawapannya mesti kedengaran positif. "Apabila saya menyertai bidang ini, saya
sebenarnya sudah bersedia sejak awal lagi. Jika itu keputusan yang terbaik buat saya,
saya akan mendidik anak-anak murid dengan seberapa baik."
9) Kelemahan diri yang ingin diperbaiki.
- Cuba fikirkan, mana ada orang perfect kan melainkan saya. Haha
10) Anda sudah berkahwin, bagaimana kalau ditakdirkan kami tempatkan anda jauh
dari suami?
Sejak dari awal lagi, saya sudah maklum dengan perkara ini. Namun demikian, menteri
pendidikan sendiri sudah memberi kenyataan di akhbar bahawa kementerian sentiasa
mengambil kira kebajikan guru2 yang sudah berkahwin dan permohonan pertukaran lebih
mudah dilakukan atas faktor kemanusian.

SOALAN2 YANG PERNAH DITANYA
2

1. Gunung tertinggi di Malaysia?
- Gunung Kinabalu (4095m)

2. Cara kira BMI?
- (BMI = Berat (kg) / [Tinggi(m) x Tinggi (m)]
* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan
* 20 hingga 24.9, anda terdiri dari berat badan yang normal
* 25 hingga 29.9, berat badan anda mulai berlebihan
* 30 dan keatas, anda adalah obesiti
3. AGONG
- Pertama - Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (dari N9
sejak 1957)
- Agong sekarang - Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam
Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah (dari kedah sejak 2011)
3. Mata wang
– Malaysia – RM, Indon – Rupiah, Brunei – Dolar Brunei Darusslam, Thailand – Baht,
Myanmar – Kyat, Laos – New Kip, Kemboja – Riel , Singapura – Dolar Singapura, Vietnam –
Dong, Filipina – Peso, Timor Leste – Dolar US.
4. Cara tingkat kecemerlangan sekolah
- Meningkatkan keupayaan guru dari segi pemantauan dan penilaian. (kursus, seminar dll)
- memaksimumkan penggunaan kemudahan yang disediakan. (ICT dll)
- mementingkan nilai bukan hanya akademik dan kokurikulum sahaja.
- penglibatan komuniti ibu bapa

- sokongan berkualiti dari semua pihak.
- (fikir saja apa2 yang berkaitan.)
5. Majlis raja2 bersidang berapa kali setahun?
- Majlis ini bersidang sebanyak tiga atau empat kali setahun, selama tiga hari. Raja-raja dan Yang
di -Pertua Negeri diiringi oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri. Persidangan dipengerusikan
oleh raja yang terkanan dan setiausahanya ialah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
6. Bil sekolah?
- Rendah
7,746
- Menengah 2,355
-Jumlah
10,101
7. Bilangan Murid
- Prasekolah 192,183
3

- Rendah
- Menengah
- Jumlah


2,740,992
2,285,446
5,218,621

8. Bilangan Guru
- Rendah
241,068
- Menengah 178,872
- Jumlah
419,940
9. Nisbah guru dan murid sekarang?
- Murid (tak termasuk prasekolah) bahagi guru
- 5026438 bahagi 419940 = 11.9
- 1 : 11
- (betul la kan saya kira?? )
10. Cara atasi masalah buli?
- Pendidikan Agama atau moral (terapkan dalam diri pelajar)
- Peranan Media (tidak menayangkan program yang berunsurkan jenayah dalam masyarakat.)
- Penguatkuasaan Peraturan (supaya para pelajar lebih patuh dan akur dengan peraturan yang
ditetapkan.)

- Poster (Poster-poster berkenaan kes buli perlu disebarkan secara meluas agar kefahaman
masyarakat tentang masalah ini meningkat.)
- Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan (memperbanyakkan aktiviti-aktiviti yang dapat memberi
penjelasan secara mendalam tentang isu ini ke dalam masyarakat.)
11. Murid lebih cenderung untuk belajar di pusat tuisyen, adakah anda sudi menjadi guru
tuisyen?Mengapa?
- Maaf, saya tak tahu pekeliling bagi atau tidak tapi ini jawapan yang saya google.
- ikut JPN masing2.
- Guru yang mengajar tuisyen tanpa kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri dan beroperasi di pusat
yang tidak berdaftar, boleh dikenakan tindakan tatatertib termasuk diberhentikan kerja.
- maknanya kalau berdaftar boleh la kan? Kan3x? Hehe..
12. Apakah punca guru stress?
- Bebanan tugas perkeranian.
- akses dalam talian yang lemah.
- masalah disiplin pelajar.
13.Cara atasi stres guru.
- Komitmen sosial (Apabila berhadapan dengan stress, guru memerlukan sokongan daripada
orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting.)
4


- Kehidupan fizikal (Seseorang guru harus tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress
terutamanya menjelang peperiksaan pelajar dan pertukaran pentadbiran di sekolah.Pengetahuan
dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh membantu guru menangani stress.)
- Intelek (Guru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang serupa
dengan mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani stress (Gold Yvonne dan
A. Roth Robert, 1993).
14. Nyatakan perbezaan antara interpersonal dengan intrapersonal
- Interpersonal membawa maksud komunikasi dua arah. Intrapersonal lebih membawa maksud
komunikasi satu arah, (monolog dalaman diri seseorang).
- Contoh Inter (cara komunikasi dengan orang seperti gerak tubuh, memek muka dll)
- Contoh Intra (kawalan emosi, psikologi dll)
15. Apakah peranan seorang Ketua Panitia di sekolah
- Menguruskan fail panitia.
- menyelaras dan menyemak persediaan kertas soalan dan skema.
- menyediakan laporan analisis peperiksaan.
- merancang dan menyelaras program peningkatan prestasi
- bantu pentakbir menjalankan tugas berkaitan kurikulum.
16. Saiz nametag
- hitam putih 7.5cm x 2.5cm.
17. Kenapa pakai nametag?

- terdapat dalam pekeliling.
- jika tidak silap mula zaman Mahathir. Selain nametag, punch kad juga idea tun dari
usaha pandang ke Timur – Jepun
18. Beza blazer lelaki dan perempuan
- lelaki butang sebelah kanan, perempuan butang sebelah kiri.
- ini saya tak faham sangat. Hehe.. tapi bolehlah sekadar pegetahuan.
19. Apa kebudayaan negeri anda?
- contoh seperti di Johor terkenal dengan tarian Zapin.
20. Lagu negaraku?
- Asal lagu kebesaran negeri Perak. (Lagu Terang Bulan)
21. Bendera Malaysia (Jalur Gemilang)
- 14 jalur merah dan putih. 13 buah negeri dan 1 wilayah persekutuan
- anak bulan maksud agama Islam
- dicipta oleh seorang arkitek kerajaan bernama En. Mohamad bin Hamzah
5

- mula guna 26 Mei 1950
- Pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40, Perdana Menteri,
Tun Mahathir bin Mohamad telah mengistiyarkan nama bendera Malaysia sebagai Jalur
Gemilang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

22. Kepentingan RPH
- Menentukan serta memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai.
- Meningkatkan keyakinan diri guru sebelum masuk mengajar.
-Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa yang diperuntukkan.
- Menentukan strategi atau aktiviti yang terbaik bagi menyampaikan isi pelajaran yang
bersesuaian dengan murid demi membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan
pengetahuan ke arah yang dikehendaki.
- Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai.
23. Mana paling penting dalam RPH
- Contoh kita cakap induksi set. Dapat tarik perhatian pelajar, supaya pelajar lebih berminat,
menimbulkan ras aingin tahu pelajar dll.
- pilih je yang mana nak dan mudah samada fasa dalam pengajaran, penutup dll.
24. Kepentingan refleksi dalam pengajaran
• membuat penilaian kendiri
• berfikir secara analitik, kritis dan kreatif
• menganalisis perkara-perkara penting proses bekerja dan hasil kerja
• melihat alternatif-alternatif dalam membuat keputusan
• mencari jalan penyelesaian berasaskan ciri-ciri spiritual, moral, nilai & estetika
• mengubah tingkahlaku
25. Sedikit sejarah Malaysia

- Merdeka (31 0GOS 1957)
- Penubuhan Malaysia + gabung dengan Borneo (16 Sept 1963)
- Portugis merupakan penjajah Barat yang pertama menjajah negara ini, iaitu di Melaka pada
1511, di ikuti dengan Belanda pada 1641 dan Inggeris pada 1824. Negara kita juga pernah
dijajah oleh Siam pada 1821-1909 dan Jepun pada 1942-1945.

26. Aspek keselamatan yang perlu ada di sekolah
- Data cara pelajar ke sekolah.
- Pelan kawasan berisiko sekita sekolah
- Pelajar mematuhi tatacara pergi dan balik sekolah
- Sistem kwalan lalu lintas di dalam dan di luar sekolah
6

- Sistem kawalan keluar masuk sekolah ( Buku Rekod Pelawat , Buku
Kebenaran Membawa Pelajar Keluar dan lain-lain )
- Nombor-nombor telefon semua pihak yang berkaitan semasa krisis dipamerkan dengan jelas di
tempat yang sesuai.
- Peraturan dan arahan keselamatan dipamerkan dengan jelas ditempat yang sesuai.
- Kerjasama anatara pihak polis ,pengawal keselamatan sekolah , sukarelawan sebelum,semasa
dan selepas waktu persekolahan.

24.
Apa itu kelas kondusif? Apakah yang perlu ada pada setiap guru untuk menjadikan
kelas tersebut kondusif?
Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil
bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran ini mempunyai
keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar. Iklim yang dapat
memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya yang dapat mewujudkan motif dalam
diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajara. Hal ini melibatkan
pendekatan pengajaran, corak komunikasi, kemahiran guru dalam mengurus, mengawal murid
dan aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah serta personaliti guru itu sendiri. Dalam persekitaran
ini, murid menyedari kelebihan sikap berdikari, mempunyai perasaan bertanggungjawab dan
kesepunyaan terhadap pembelajarannya.
25.
Berapa kapasiti penduduk Malaysia? Nisbah lelaki : perempuan? Kenapa nisbah
seperti itu? Dimanakah untuk kita merujuk kapasiti penduduk di Malaysia?
- 29,964,680
- tahun 2013 lelaki lebih ramai dari wanita.
- Nisbah 106 : 100
- Jabatan Perangkaan Malaysia
26. Maksud teknologi
- Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses
untuk menyelesaikan masalah manusia.
- Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai
tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang
dikehendaki.
- Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi
di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan
masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.
27. Beza ujian sumatif dan formatif

7

Ujian Formatif – Satu jenis ujian formal atau tak formal untuk mengesan tahap penguasaan dan
kemajuan murid di dalam kelas. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak
terhad dan tidak luas.
Ujian Sumatif - Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada
akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid.
Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan dibina secara
luas dan melibatkan kesemua kemahiran.
28. Kenapa pakai blazer?
- Ada orang pernah ditanya macam ni. Cuba jawab macam ni..
- Saya sedar iklim di Malaysia tidak sesuai untuk sentiasa pakai blazer setiap masa. Hari ini saya
datang dengan blazer sebab pakaian ini saya rasa sesuai digunakan waktu majlis formal seperti
temuduga ini. Melalui pakaian ini turut melambangkan profesional saya sebagai seorang guru.
29. Berapa oran guru bersara tiap tahun?
- Maaf sebab soalan ini saya dah cari tapi tak jumpa. Berubah2 sejak persaraan naik dari
58 ke 60. Saya tak tau nak amek data tu kat mana.
30. Intipati Belanjawan 2014
- Ia bertemakan “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana
Janji”, Bajet 2014 merupakan bajet pertama selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) sekali lagi
diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.
i. Kadar BRIM dinaikkan
Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan
RM3,000 dan ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650
Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000
sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300
BR1M 3.0 diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga
RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

ii. Subsidi Gula di mansuhkan
iii. Bonus setengah bulan gaji
Kakitangan Awam Terima Bonus Setengah Bulan Gaji, Minimum RM500,persara RM250
Kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji, minimum RM500
Pesara, kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250
8

Akan dibayar pada awal Januari 2014
iv. Bantuan Persekolahan RM100 Diteruskan
Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah tetap diteruskan
v. Kadar Baucar Buku Diteruskan
Baucar Buku RM 250 bagi setiap pelajar pra – universiti dan Institut Pengajian Tinggi di
Malaysia diteruskan.

9