Senarai Tugas Guru Penolong Kanan Pendid

Senarai Tugas Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
Pengurusan dan Pentadbiran PKP
-

-

Menyediakan takwim PKP
Menyediakan senarai tugas guru sepanjang tahun
Menghadiri mesyuarat pengurusan kurikulum dan kewangan sekolah dan menghadiri mesyuarat di
Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran dan NGO’s
Menetapkan tarikh mesyuarat bersama Pentadbir
Menentukan program dan hala tuju murid Pendidikan Khas dengan perbincangan guru-guru mengenai :
~Bilangan subjek
~Program (Pra/Vokasional/Inklusif)
~Bilangan kelas
~Aktiviti ko-kurikulum
Memastikan guru menghadiri kursus yang ditetapkan oleh Jabatan dan Kementerian
Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja guru
Membantu dalam Laporan Penilaian Prestasi Guru Pendidikan Khas & PPM
Menjalankan semakan stok/inventori peralatan
Mewujudkan hubungan yang baik dengan pentadbir dan semua warga sekolah


Kurikulum
-

Menentukan dan menyemak rancangan pelajaran harian dan tahunan
Membantu dan membimbing guru dalam penyediaan alatan dan pengajaran dalam kelas
Mengajar subjek tertentu
Mewujudkan pusat sumber dan memantau perkembangannya
Melakukan pencerapan guru dan semakan buku tulis murid
Membantu dalam merancang dan menyelaras hal berkaitan dengan ujian dan peperiksaan
Memastikan dalam penyediaan laporan kurikulum
Menyusun jadual waktu kelas dan menyediakan jadual waktu gantian
Menyelaras program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah atau Jabatan Pelajaran

Jadual waktu PKP
-

Merancang jadual waktu kelas dan persendirian serta PPM mengikut kesesuaian opsyen dan keperluan
Mengedarkan jadual waktu kepada guru
Membuat jadual induk bersama jawatankuasa jadual

Memastikan jadual ditampal di papan kenyataan

Kewangan PKP
-

Menyediakan anggaran peruntukan kewangan (PCG) di awal tahun
Menyediakan penyata perbelanjaan setiap 3 bulan sekali
Menutup akaun pendapatan dan perbelanjaan di akhir tahun
Dapatkan kelulusan Guru Besar dalam setiap pembelian alatan/bahan/penyelenggaraan
Berbincang dengan guru mata pelajaran akan keperluan barangan/peralatan yang perlu dibeli dalam tahun
semasa
Menyemak keselarasan dan baki akaun dengan pejabat
Memastikan setiap perbelanjaan mengikut prosedur yang ditetapkan

Hal Ehwal Murid
-

Menetapkan peraturan PKP bersama guru disiplin
Memantau perkhidmatan berikut dengan kerjasama guru:
~Bimbingan dan Kaunseling

~Kesihatan
~Biasiswa/kebajikan
~Keselamatan
~Biro Pendidikan Khas

Ko-kurikulum
-

Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat dengan setiap guru penasihat pada setiap awal tahun bagi
merangka dan menyediakan jadual rancangan aktiviti tahunan setiap gerakerja
Meneliti aktiviti yang dirancangkan oleh setiap gerakerja ko-kurikulum dan memastikan rancangan tersebut
dilaksanakan
Mengumpul laporan aktiviti tahunan dan buku aktiviti ko-kurikulum
Memastikan buku rekod kegiatan ko-kurikulum diisi oleh guru-guru penasihat dan disahkan
Menyemak borang kelulusan rombongan/lawatan yang dianjurkan
Menyelaras aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan Jabatan Pelajaran
Memastikan laporan dibentangkan pada mesyuarat guru
Memastikan aktiviti luar/dalaman didokumentasikan