Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran unt
Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran
Pertama sekali saya ingin nyatakan perasaan yang begitu kesal dan tidak berpuashati terhadap
diri sendiri kerana tidak memberikan tunjuk ajar yang betul kepada anak-anak didik saya. Bagi
saya mereka terlalu bergantung kepada guru untuk memberi bimbingan mereka tidak ingin
mencuba membuat sendiri. Tetapi saya tidak boleh menyalahkan mereka seratus peratus, latar
belakang keluarga yang miskin, kurangnya perhatian daripada ibu bapa serta tidak ada
kemudahan seperti Perpustakaan Awam juga membatasi pembelajaran dan pembacaan
mereka.
Saya pula selalu menjawab ...“itu pun tidak boleh sebut?…kamu ini?… itulah? disuruh belajar
kamu malas…” tanpa memberi tunjuk ajar dan dorongan yang betul serta tidak prihatin kepada
masalah yang dihadapi oleh murid-murid.
Inilah kali pertama saya mengetahui dan mengalami serta membuatnya sendiri kajian tindakan
ini. Oleh itu, banyak rintangan dan cabaran yang terpaksa saya lalui termasuklah menguasai
makna tujuan kajian tindakan ini. Saya membuat keputusan untuk melaksanakan Kajian dengan
bersungguh-sungguh bagi memperbaiki kelemahan pada diri saya serta mempertingkatkan
pembelajaran anak-anak didik saya. Saya telah memulakan kajian dengan beberapa langkah
iaitu membuat pemerhatian, ujian, memeriksa buku tulis, temubual, soal selidik. Kemudian saya
merancang aktiviti serta teknik yang akan saya jalankan iaitu penggunaan warna . Langkahlangkah yang seterusya akan diterangkan di dalam perenggan-perenggan yang berikut.
Sepanjang kajian ini saya telah mendapat kebenaran tentang pentingnya Kajian Tindakan iaitu
mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-amalan rutin dan meningkatkan amalan-amalan
profesional khususnya dalam menguji sendiri dan perkembangkan idea-idea baru mengenai
amalan pemantapan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, guru mempunyai hakmilik
(ownership) dalam memperkenalkan amalan-amalan positif yang efektif.
Fokus Kajian
Kajian yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada kemahiran membaca. Kajian ini adalah
penting bagi murid tahap satu. Sebelum melangkah ke tahap dua murid hendaklah menjadi mahir
membaca pelbagai jenis pola suku kata perkataan mudah terlebih dahulu. Membaca secara
berulang-ulang semasa di sekolah akan berterusan sampai di rumah. Membaca memerlukan
kemahiran serta keyakinan diri. Jika pelajar tidak boleh membaca perkataan dengan betul akan
memberi kesan terhadap penulisan. Mereka akan menggangap Bahasa Melayu subjek yang
susah serta hilang minat untuk terus belajar. Kesannya mereka akan menghadapi banyak
masalah di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu apabila berada di tahap dua.
Berdasarkan ujian diagnostik yang saya dibuat, saya dapati bahawa perkataan berpola suku kata
KVK+KVK menghadapi masalah untuk dikuasai oleh 3 orang murid. Mereka
tidak dapat
menyebut perkataan-perkataan yang diuji dengan lancar dan yakin.
Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mencapai objektif berikut:
i.
Meningkatkan penguasaan kemahiran murid membaca perkataan berpola suku kata
KVK+KVK.
1
ii.
iii.
Keberkesanan penggunaan teknik warna membantu murid meningkatkan penguasaan
kemahiran membaca perkataan berpola suku kata KVK+KVK.
Murid dapat menyatakan persepsi mereka terhadap teknik warna dalam meningkatkan
penguasaan kemahiran membaca perkataan berpola suku kata KVK+KVK.
Persoalan Kajian
i.
ii.
iii.
Apakah penguasaan kemahiran murid membaca perkataan berpola suku kata KVK+KVK
dapat ditingkatkan.
Adakah penggunaan teknik warna berkesan membantu murid meningkatkan penguasaan
kemahiran membaca perkataan berpola suka kata KVK+KVK.
Mengenalpasti apakah persepsi murid terhadap penggunaan warna dalam menguasai

Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 3 orang murid Tahun 3 Mawatik yang terdiri daripada 2 lelaki dan 1
perempuan(yang dikenali sebagai R1, R2 & R3). Murid-murid ini kurang mahir membaca
perkataan berpola suku kata KVK+KVK semasa aktiviti membaca di dalam bilik darjah. Murid
tidak dapat membaca suku kata tertutup dengan lancar malahan ragu-ragu untuk menyebutnya.
Suku kata dibaca dengan suara perlahan. Oleh itu saya menjalankan Program Kajian Tindakan
ini untuk mengatasi masalah tersebut.
Pelaksanaan Tindakan
Tinjauan masalah
Jadual 1: Kaedah Mengutip Data
Langkah Dan
Tarikh
Cara Penilaian
Kumpulan
Sasaran
Tujuan
Langkah 1
9.3.2015
Memeriksa buku
tulis
3 orang murid 3
Mawatik
Mengenal pasti masalah
yang dihadapi oleh murid
Langkah 2
10.3.2015
Ujian membaca
perkataan
3 orang murid 3
Mawatik
Saya menjalankan ujian membaca
perkataan ke atas 3 orang murid
tahun 3 Mawatik yang dikenal pasti,
iaitu membaca 10 perkataan mudah
berpola suku kata KVK+KVK
sebenar
Tujuan adalah untuk mengenal pasti
masalah responden
(Lampiran 1)
Langkah 3
11.3.2015
Soal selidik
i. 3
orang
murid
3
Mawatik
2
Kertas soal selidik diedarkan untuk
mendapatkan
kepastian
pada
masalah yang dihadapi.
ii.
Langkah 4
12-13.3.2015
Pemerhatian
Pemerhati
Guru BM
Guru pengkaji
(Lampiran 2)
Pemerhatian dilakukan sendiiri oleh
saya untuk mengenal pasti masalah
dari segi:
i.
Sikap – ke semua mereka tidak
mahu membaca apabila diminta
oleh guru.
ii.
Tingkahlaku – sebelum kajian
mereka tidak memberi tumpuan
semasa belajar, apabila ditanya
soalan mereka membisu.
iii. Penglibatan
murid
kajian – pasif dan liat.
sebelum
Analisis Tinjauan Masalah
Jadual 2: Analisis Tinjauan Masalah
Langkah Dan
Tarikh
Cara Penilaian
Kumpulan
Sasaran
Masalah telah dikanalpasti
Langkah 1
9.3.2015
Memeriksa buku
tulis
3 orang murid 3
Mawatik
Banyak kesalahan ejaan perkataan,
kerja tidak disiapkan
Langkah 2
10.3.2015
Ujian membaca
perkataan
3 orang murid 3
Mawatik
Setelah membuat ujian pra saya
dapati hanya 2 orang sahaja yang
dapat membaca 3 perkataan dengan
betul, yang selebihnya tidak disebut
atau disebut perlahan dan sebutan
salah
Langkah 3
11.3.2015
Soal selidik
iii. 3
orang
murid
3
Mawatik
i. Hanya 1 orang yang suka mata
pelajaran Bahasa Melayu
iv. Pemerhati
Guru BM
ii. Semua responden tidak suka
membaca dank e pusat sumber.
iii. Semua
3
responden
kurang
dibimbing
dan
pengajaran guru.
tidak
iv. Semua
responden
menyanyi dan bermain.
suka
suka
v. Di dapati percakapan guru terlalu
laju
Langkah 4
12-13.3.2015
Pemerhatian
Guru pengkaji
Pemerhatian dilakukan sendiiri oleh
saya untuk mengenal pasti masalah
dari segi:
vi. Sikap – ke semua mereka tidak
mahu membaca apabila diminta
oleh guru.
vii. Tingkahlaku – sebelum kajian
mereka tidak memberi tumpuan
semasa belajar, apabila ditanya
soalan mereka membisu.
viii. Penglibatan
murid
kajian – pasif dan liat.
sebelum
Tindakan Yang Dijalankan
Tindakan saya jalankan di luar waktu pembelajaran biasa, iaitu pada waktu rehat selama 15 minit
selama seminggu ( 15 minit X 5 hari =75 minit atau 1 jam 15 minit). Bimbingan dilaksanakan di
bilik pemulihan sekolah. Murid akan datang ke bilik bimbingan bertemu dengan saya dan sesi
bimbingan akan dijalankan berdasarkan langkah-langkah berikut. Oleh itu, langkah pertama yang
saya jalankan ialah memberi motivasi kepada murid-murid terbabit. Tindakan seterusnya ialah:
i)
Saya akan mengingatkan murid supaya datang kelas bimbingan di bilik pemulihan pada
waktu rehat.
ii)
Saya juga akan sediakan makanan dan minuman RMT murid tersebut agar tidak ponteng
kelas bimbingan.
iii)
sebelum sesi di mulakan saya telah sediakan lebih awal 25 perkataan untuk dikuasai
semasa sesi bimbingan dibuat.
iv)
Beberapa langkah mudah perlu diikuti seperti jadual di bawah:
4
Jadual 3: langkah-langkah menguasai kemahiran membaca
Langkah 1
Murid-murid akan diberi 5 perkataan berpola suku KVK+KVK
Contoh: cantik, pentas (Lampiran 3)
Langkah 2
Murid-murid dikehendaki mewarna suku kata perkataan
tersebut
Contoh: can / tik, pen / tas
(Lampiran 3)
Langkah 3
Murid-murid mewarnakan setiap suku kata tersebut dengan
warna kesukaan masing-masing
Contoh: can / tik , pen / tas
(Lampiran 3)
Langkah 4
Murid-murid akan melakukan latih tubi bacaan
Contoh: can, can, can / tik ,tik,tik,
Pen, pen, pen / tas, tas, tas
(Lampiran 3)
Langkah 5
Murid-murid meneruskan latih tubi bacaan melalui nyanyian.
(Lampiran 4)
Langkah 6
Guru membuat pemerhatian kepada responden sepanjang
tempoh bimbingan dibuat, sama ada dari segi sikap, keyakinan,
penglibatan, dan minat pada pelajaran.
Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian
Strategi 1 : Aktiviti “membatang suku kata ”
Aktiviti “Membatang suku kata” ini dijalankan pada 16.03.2015 sehingga 20.03.2015. Teknik ini
dilaksanakan selama 5 sesi sepanjang tempoh 1 minggu. Masa sebanyak 5 minit diperuntukkan
bagi setiap sesi. Dalam aktiviti ini murid diberikan 5 perkataan untuk dibatang suku katanya.
Setiap suku kata yang dibatang dengan betul diberi nilai RM0.20 sen. Murid pertama - ketiga
diminta membunyikan suku kata-suku kata yang terhasil daripada perkataan yang diberi.
Refleksi
5
Aktiviti ini membantu murid membatang suku kata dengan betul bagi setiap perkataan. Tanpa
saya sedari murid dapat membentuk perkataan baru selain daripada 5 perkataan yang
bermakna dan betul. Saya dapat melihat kesungguhan mereka untuk belajar melalui teknik ini.
Aktiviti “Membatang suku kata” ini didapati dapat membantu murid menguasai konsep
membatang suku kata dan dapat membaca perkataan dengan betul dan jelas.
Strategi 2 : Aktiviti mewarna suku kata
Aktiviti mewarnakan suku kata ini dijalankan pada 16.03.2015 sehingga 20.03.2015. Teknik ini

Setiap suku kata yang dibatang dengan betul diwarnakan. Murid kedua, ketiga dan pertama

Aktiviti ini memantapkan lagi persepsi murid tentang suku kata. Penggunaan warna juga
membantu murid membaca perkataan dengan lancar dan betul. Gaya bacaan murid juga turut
berubah. Saya dapat melihat minat murid terhadap warna adalah tinggi. Aktiviti mewarna suku
kata ini didapati dapat membantu murid menguasai kemahiran membaca suku kata seterusnya
perkataan dengan baik.
Strategi 3 : Aktiviti Latih tubi suku kata
Aktiviti 3 : Latih tubi penyebutan suku kata Aktiviti ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi
penguasaan murid menyebut suku kata dan membaca perkataan dengan sebutan yang betul.
Latihan ini dijalankan pada16.03.2015 sehingga 20.03.2015. Teknik ini dilaksanakan selama 5
sesi sepanjang tempoh 1 minggu. Masa sebanyak 5 minit diperuntukkan bagi setiap sesi. Dalam
latih tubi penyebutan suku kata, guru menyuruh murid membaca dan menyebut perkataan dalam
kad suku kata yang ditunjukkan oleh guru. Guru akan membetulkan penyebutan murid jika
berlaku kesalahan.
Refleksi
Murid didapati semakin mahir dengan bunyi suku kata selepas melakukan aktiviti ini meskipun
pada peringkat awal terdapat banyak kesalahan penyebutan. Walau bagaimanapun terdapat
masalah gangguan dialek yang menghalang murid menyebut dengan betul. Namun demikian
masalah kesalahan penyebutan ini dapat dikurangkan hasil latihan yang diberikan
Strategi 4 : Aktiviti Nyanyian Suku Kata
Aktiviti nyanyian suku kata ini dijalankan pada 16.03.2015 sehingga 20.03.2015. Teknik ini
dilaksanakan selama 5 sesi sepanjang tempoh 1 minggu. Masa sebanyak 15 minit diperuntukkan
bagi setiap sesi. Dalam aktiviti ini murid diminta menyanyi bunyi suku kata pertama
menggunakan versi lagu tertentu dan terus menyambung nyanyian dengan bunyi suku kata
kedua. Contoh perkataan pantas Pan, pan, pan, pan, pan, pan, pan pan tas....!
Refleksi :
Setelah 1 minggu aktiviti ini dilaksanakan, murid telah menunjukkan kemajuan dalam
penguasaan kemahiran membaca. Aktiviti ini membantu murid mengingat dan memahami konsep
suku kata dalam perkataan.
6
Dapatan Kajian
Penilaian terhadap penguasaan murid dalam membaca dilakukan melalui perbandingan ujian pra
dan ujian pos. Ujian pra telah diadakan pada 10 Mac 2015. Ujian pos pula telah dijalankan pada
20 Mac 2015 selepas perlaksanaan tindakan. Keputusan ujian pra dan ujian pos telah dibuat
perbandingan bagi melihat perubahan pencapaian responden. Cara pengujian dalam ujian pos
adalah sama dengan ujian pra namun menggunakan perkataan yang berbeza. Dalam ujian ini
murid diminta membaca 10 perkataan dua suku kata berdasarkan pola tertutup (KVK+KVK).
Dalam konteks kajian ini ketiga-tiga murid ini suka mewarna berdasarkan sesi temubual kepada
murid semasa mereka menjalani aktiviti mewarna suku kata.
Rumusan Dan Refleksi Kajian
Penilaian Pencapaian Pelajar
Jadual 4: Keputusan Ujian Pra
Nama responden
Jantina
Markah pencapaian
R1
Lelaki
2
R2
Perempuan
2
R3
Lelaki
6
min
3.33
Jadual 5: Keputusan ujian Pos
Nama responden
Jantina
Markah pencapaian
R1
Lelaki
8
R2
Perempuan
9
R3
Lelaki
10
min
9
7
Perbandingan Keputusan Pencapaian Ujian
12
Tahap pencapaian
10
8
6
Praujian
4
Posujian
2
0
R1
R2
R3
Responden Kajian
Graf 1: Menunjukkan Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos
Kelas 3 Mawatik Tahun 2015
Ujian Pra dan Ujian Pos telah dilaksanakan dan saya mendapati perubahan begitu ketara sekali
di mana skor min pencapaian Ujian Pos ( 9 ) lebih tiggi daripada skor min ujian pra ( 3.33).
Peningkatan skor min pencapaian ujian sebanyak 5.67. Ini adalah kerana semasa Ujian Pra
dijalankan murid-murid belum mendapat pendedahan bagaimana menguasai kemahiran
membaca dengan betul. Ujian Pos telah menunjukkan peningkatan kerana mereka telah
mengikuti kaedah pengajaran dan pembelajaran yang betul. Penggunaan kaedah warna pada
suku kata memudahkan lagi pengamatan murid pada suku kata semasa aktiviti membaca
disokong dengan pelbagai aktiviti yang menarik serta disukai oleh murid atau responden
8
Saya mendapati bahawa murid yang dahulunya amat lemah dalam kemahiran membaca telah
menunjukkan perubahan yang ketara hasil daripada aktiviti yang dijalankan. Murid-murid juga
semakin seronok kerana boleh membaca lebih banyak perkataan. Perkara ini membuktikan
bahawa kajian untuk meningkatkan penguasaan murid dalam membaca perkataan berpola
KVK+KVK ini telah berjaya dilaksanakan.
Refleksi Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Keseluruhan
Sepanjang kajian ini banyak pengalaman yang telah saya lalui terutama semasa PdP. Selepas
kajian saya dapat melihat perubahan yang besar pada anak-anak didik saya antaranya:
I. Perubahan Pada Sikap Murid Dan Saya Sendiri
Perubahan sikap dapat dilihat di mana sebelum ini adalah amat susah untuk menarik minat
kerana kebanyakan mereka mempunyai latar belakanng keluarga yang miskin dan kurang
perhatian daripada ibu-bapa serta kurang bahan bacaan tetapi setelah melaksanakan Kajian
Tindakan saya mendapati sikap mereka telah berubah pada setiap bulan daripada pasif kepada
aktif ketika akitiviti dijalankan. Mereka begitu meminati sesi pembelajaran seperti ini sehingga
…….Cikgu …. Minggu depan kami datang lagi di sini kah?
ii. Perubahan Pada Pembelajaran Murid
Saya memang tidak menyangka murid-murid boleh membaca perkataan serta membentuk
perkataan baru berpolakan suku kata KVK+KVK. Mereka juga dapat mengeja dan menulis
perkataan dengan betul. Nampaknya saya telah dapat menerapkan sifat keyakinan di dalam diri
anak didik saya. Keyakinan yang dapat diterapkan melalui aktiviti ini telah membawa kejayaan
keberanian mereka untuk membaca di dalam kelas.
Iii. Perubahan Sikap Ibu-Bapa
Saya begitu kagum bila ada ibu bapa yang mengikuti perkembangan dan terperasan ada
perubahan pada anak-anak mereka. Saya merasa bangga kerana telah dapat menarik perhatian
ibu-bapa sehingga ada yang terharu anak-anak mereka boleh membaca dengan baik apabila
berada di rumah.
Cadangan Untuk Meneruskan Kajian Tindakan
Memandangkan aktiviti yang dijalankan telah dapat meningkatkan penguasaan murid membaca
perkataan dua suku kata, saya bercadang untuk memperluaskan kajian terhadap kemahiran
membaca perkataan tiga suku kata. Saya turut bercadang untuk mengaplikasi kepada murid
pemulihan yang menghadapi masalah yang sama iaitu belum mahir membaca perkataan suku
kata tertutup.
Kesimpulan
Kesemua aktiviti yang dijalankan telah membantu menjayakan kajian tindakan yang saya
jalankan ke atas murid-murid berkenaan. Saya bercadang untuk meneruskan program ini di
samping berkongsi idea bersama guru-guru di pedalaman . Seterusnya saya ingin meningkatkan
penguasaan murid berkenaan dalam pola-pola suku kata yang lebih mencabar seperti
KVK+KV+KVK+KVK (men+ja+lan+kan)
Rujukan
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran
Malaysia.
(1995). Modul Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: PIER – Sub Program 4, BPPP,
KPM.

(2005). Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: BPPPDP, KPM.
Malaysia.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian
Pendidikan
Malaysia. (2008). Manual Kajian Tindakan (3rd ed.). Kuala Lumpur: BPPPDP, KPM.
Roziah Abd Hamid (2005). Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid- murid Tahun 1 Dengan
Latih tubi Menggunakan Suku Kata Dan Gambar Proseding Seminar Penyelidikan
Pendidikan IPBA 2005.
Siti Rosmah Mohamed. Saripah Sarif (2006).Ting-Ting Minda Meningkatkan Kemahiran
Membaca Perkataan Gabungan Suku Kata Terbuka dan Tertutup KV+KVK Dalam
Kalangan Murid Pemulihan Khas. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 Sekolah
Rendah.