Zakat di perbankan Islam dalam membantu

Zakat Di Perbankan Islam Dalam Membantu
Masyarakat.
Nur Azuwa Binti Mohd Amin
Syafiqizzat Bin Idris
Mohd Nor Khairil Redzuan Bin
Mohd Ridzuan Bin Naemat
Nik Fauzy Bin Nik Othman@
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK
Pengurusan Zakat merupakan salah satu proses yang boleh menjadi rukun dalam membangunan sesebuah
masyarakat dan negara. Oleh kerana itu, semua institusi sosial boleh dipertanggungjawabkan secara langsung
dalam menjayakannya termasuklah institusi perbankan. Institusi perbankan juga boleh dikategorikan sebagai
salah satu watak utama di dalam institusi ekonomi Negara yang juga turut mempunyai peranan dalam
pembangunan ekonomi dalam sesebuah masyarakat dengan melaksanakan peranan tersendiri dalam
membantu masyarakat khususnya di Malaysia. Sumbangan tersebut adalah berlaku dalam bentuk secara tidak
langsung iaitu sebagai institusi yang menyediakan proses didikan bagi masyarakat untuk memahami secara
praktikal tentang nilai-nilai yang dituntut oleh Islam dalam kutipan dan pengurusan zakat.

PENGENALAN IBADAH ZAKAT

Zakat merupakan rukun Islam yang ketiga. Ia telah difardukan mulai tahun kedua
hijrah Rasulullah SAW. Dari segi bahasa, zakat diertikan sebagai '"tumbuh" dan
"bertambah". Ianya juga bererti berkat, bersih, baik, suci dan subur. Menurut istilah
syarak pula diertikan sebagai mengeluarkan kadar harta yang tertentu dan diberikan
kepada golongan yang tertentu mengikut syarat - syarat yang tertentu yang telah
ditetapkan oleh syarak.
DALIL

Maksudnya:"Ambillah sedekah (zakat) dari sebahagian harta benda mereka untuk membersih
(batin dari sifat kikir) dan mensucikan mereka (daripada perasaan sombong dan
doalah untuk mereka sesungguhnya doa pada hari itu memberikan ketenteraman
untuk mereka dan Allah Maha Mendengar Lagi Mengetahui.) "
(Surah At-Taubah: Ayat 103)

Oleh kerana ini adalah suatu hukum yang disyarakkan oleh Allah SWT dan
sememangnya hukum Allah SWT itu telah pun diketahui kita yang ianya adil,
lengkap dan indah, maka tidak semua yang diwajibkan untuk menunaikannya.
Namun begitu, berikut adalah merupakan syarat–syarat yang telah ditentukan bagi
mereka yang tergolong ke dalam golongan yang diwajibkan mengikut ketentuannya:


SYARAT WAJIB ZAKAT
 Islam
Zakat yang diwajibkan ke atas orang Islam.
 Merdeka
Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali Zakat Fitrah. Walau bagaimanapun
tidak timbul masalah hamba abdi masa kini tetapi syarat merdeka masih lagi
dikekalkan sebagai satu syarat wajib.
 Sempurna Milik
Milik sempurna bermaksud harta simpanan tersebut dimiliki dan dikawal
sempurnanya oleh masa kini tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan
sebagai satu syarat wajib.
 Cukup Nisab
Nisab adalah paras nilai minimum yang menentukan samada wajib atau tidak
sesuatu harta dikeluarkan zakat. Pada ketika ini di Malaysia, nisab ditentukan
berdasarkan nilai emas bersamaan dengan 85 gram iaitu bergantung kepada
harga emas semasa.
 Cukup Haul
Genap setahun harta itu disimpan iaitu 345 hari tahun Hijrah dan 365 hari
bagi tahun Masehi.


Selain itu, sebagai salah satu daripada Rukun Islam, hukum untuk melaksanakan
tanggungjawab zakat ini adalah sangat besar di mana mereka yang gagal
melaksanakannya akan mendapat balasan azab samaada di dunia dan akhirat dan
sebaliknya pula bagi mereka yang menurutinya seperti yang telah dijanjikan oleh
Allah SWT. Perihal ini adalah sangat jelas dan dinyatakan di dalam ayat yang berikut
iaitu Surah al-Fussilat, yang menceritakan tentang ancaman Allah terhadap
golongan orang-orang yang musyrik. Ayat yang berkaitan ini juga turut menerangkan
tentang ciri-ciri orang musyrik, di antaranya ialah tidak menunaikan zakat dan tidak
mempercayai akan adanya hari akhirat.

“Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia
seperti kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalahTuhan yang
Satu; maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus (yang
membawa kepada mencapai keredhaanNya), serta pohonlah kepadaNya
mengampuni (dosa -dosa kamu yang telah lalu). Dan ingatlah, kecelakaan
besar bagi orang-orang yang mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain),
iaituorang-orang yang tidak memberi zakat (untuk membersihkan jiwa dan
hartanya) dan mereka pula kufur ingkar akan adanya hari akhirat.”
(al-Fussilat: 6-7)


Kepentingan zakat terhadap orang Islam adalah sangat jelas daripada apa yang
telah dinyatakan di dalam hadis-hadis sebelum ini bahawa dibenarkan memerangi
orang-orang Islam yang mendirikan solat tetapi tidak menunaikan zakat. Rasulullah
SAW sendiri juga pernah menyebutkan bahawa sesiapa yang mendirikan solat tetapi
tidak menunaikan zakat, maka solatnya itu adalah sia-sia. Sepertimana pula di
zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq beliau telah menggunakan
paksaan ke atas golongan mereka yang enggan membayar zakat kepada kerajaan.
Dengan ini secara ringkasnya, zakat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT adalah
merupakan matlamat utama yang bercirikan sebagai satu bentuk jaminan
keselamatan sosial bagi golongan mereka yang miskin dan memerlukan serta asset
utama dalam membangunkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang melalui agihan
semula kekayaan dalam masyarakat dan yang mana juga sebagai satu bentuk
penyucian dan pembangunan spiritual (Pathmawati Hj Ibrahim, 2008).
Zakat merupakan sesuatu yang mudah falsafahnya iaitu ianya adalah
merupakan satu perkongsian. Mengambil harta dari golongan kaya dan berada
untuk diberikan kepada yang miskin, melarat dan kurang berkeupayaan serta
mereka yang memerlukan. Peranan Zakat juga dapat menggambarkan
keseimbangan sosial di dalam Islam. Semakin kaya sesebuah masyarakat itu maka
akan semakin meningkatlah juga kutipan zakat. Semakin meningkat kutipan zakat
maka semakin terbelalah golongan asnaf-asnaf zakat. Inilah yang merupakan

kecantiknya hukum dan syariat zakat ini, sehinggakan di dalam lipatan sejarah ia
amat berkesan semasa perlaksanaannya pada zaman pemerintahan Rasulullah
SAW. Sifat-sifat mulia seperti belas ihsan, prihatin dan suka bersedekah adalah
elemen-elemen dalam zakat seperti yang telah telah difardukan. Maka, oleh kerana
ia sememangnya satu amalan mulia yang tidak bercanggah langsung dengan fitrah
manusia, tidak pernah terdengar sedikit pun bantahan suara serta pengingkarian
kewajipannya dan ianya diangkat oleh Allah SWT sebagai amalan wajib. Bahkan
pada zaman itu, zakat telah pun menjadi satu sumber utama pendapatan negara
Madinah Al-Munawwarah dalam menjana pembangunan ummahnya.

PERANAN ZAKAT DALAM EKONOMI UMMAH
Kewajipan menunaikan zakat merupakan suatu tanggungjawab yang membawa
keberkatan dan memberi kesan yang berterusan bukan sahaja kepada mereka yang
mengeluarkannya, tetapi juga mereka yang menerimanya. Pelaksanaan zakat
memberi kesan bukan sahaja kepada individu, malah juga kesan kepada seluruh
lapisan masyarakat. Ia turut berperanan dalam mempertingkatkan kebajikan
masyarakat dan membantu meningkatkan kegiatan ekonomi. Zakat juga dilihat
mampu mengikis rasa sombong golongan kaya dan mengelakkan golongan fakir
miskin dari meminta-minta. Secara dasarnya harta yang diperoleh golongan kaya
sebenarnya terdapat sebahagian hak golongan fakir dan menjadi kewajipan

golongan kaya untuk menunaikan hak tersebut.
Allah SWT telah mewajibkan zakat sebagai salah satu jaminan kepada
masyarakat terutama kepada golongan yang amat memerlukan bagi meningkatkan
pertumbuhan ekonomi yang seimbang melalui agihan semula kekayaan dalam
masyarakat dan sebagai satu bentuk penyucian dan pembangunan kerohanian
setiap Muslim. Zakat juga bertindak sebagai satu mekanisma yang penting kepada
sesebuah negara Islam bagi menjamin kemaslahatan rakyat seluruhnya. Zakat juga
mempunyai keupayaan dan kekuatan bagi membasmi kemiskinan dan menjamin
keseimbangan jurang antara golongan kaya dan miskin melalui mekanisma agihan
semula kekayaan dalam masyarakat.
Zakat boleh dikategorikan sebagai suatu pendapatan yang tetap dan menjadi
kewajipan untuk sentiasa dilaksanakan oleh sesebuah negara Islam dan ianya tidak
akan terhenti (berterusan). Oleh itu, negara Islam dapat menggunakan sumber zakat
bagi membina kekuatan ekonomi, sosial, pendidikan dan akhirnya dapat membina
kekuatan Umat Islam secara tidak langsung membina kesatuan Ummah yang jitu.
Masalah membasmi kemiskinan merupakan tujuan utama sistem zakat dalam
Islam melalui penyediaan saraan hidup dan modal yang mencukupi bagi golongan
yang tidak berkemampuan. Saraan hidup daripada zakat ini diperuntukkan kepada
golongan yang tidak mampu bekerja dengan sebab-sebab cacat anggota atau
sebagainya.

Bantuan dari segi modal pula diperuntukkan kepada golongan yang mampu
bekerja tetapi tidak mempunyai modal untuk menjalankan pekerjaan. Kedua-dua
peruntukkan ini diberi dengan kadar yang mencukupi sesuai dengan keadaan
ekonomi, masa, tempat dan keperluan fakir miskin itu.
Saraan hidup ini hendaklah mencukupi untuk makan, minum, pakaian, tempat
tinggal, pelajaran dan kesihatan. Manakala modal pula hendaklah mencukupi kadar
modal sesuatu projek yang hendak dijalankan. Pemberian saraan hidup dan modal
serta tujuan-tujuan lain adalah dengan kadar mencukupi. Kadar mencukupi untuk
saraan hidup yang diambil kira daripada lima keperluan asas hendaklah diberi
selama mana di yang diperlukan dan difikirkan sesuai oleh golongan tersebut
walaupun untuk sepanjang hidupnya atau dengan cara bulanan dan sebagainya.
Selain dari alat membasmi kemiskinan, zakat juga merupakan alat untuk
memerangi masalah riba yang dilaknat oleh Allah ke atas pihak-pihak yang terlibat
dalam proses perlaksanaan riba. Dengan penyediaan modal bererti tertutuplah pintu
sistem pinjaman yang dikenakan riba. Modal daripada zakat boleh diberikan kepada
fakir miskin yang berhajat untuk membuka sesuatu pekerjaan yang termampu
olehnya, samaada sebagai pemberian tunai atau sebagai pinjaman tanpa faedah.

ZAKAT DALAM PERBANKAN


Zakat sebagai rukun Islam perlu dimartabatkan bagi memantapkan sosio-ekonomi
ummah. Dalam konteks ekonomi, zakat merupakan elemen penting dalam usaha
membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf sosio-ekonomi sesebuah ummah.
Oleh itu, penerokaan berterusan perlu dilakukan bagi mempelbagaikan sumbersumber baru dalam menambah dana zakat untuk kepentingan ummah. Zakat
perniagaan adalah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan
sama ada berasaskan perkhidmatan, produk, pertanian dan sebagainya. Justeru,
perniagaan yang disabdakan oleh Baginda Rasulullah SAW sebagai 9/10 daripada
sumber rezeki dari aktiviti ekonomi, sudah pasti akan memberi sumbangan besar
dalam meningkatkan dana zakat negara. Institusi perbankan Islam dan konvensional
berasaskan syariah antara lain menawarkan produk deposit Al-Wadiah dan AlMudharabah yang banyak dilanggani oleh umat Islam. Namun, masih terdapat
sebahagian mereka yang melanggan produk atau kemudahan tersebut sangsi sama
ada kewajipan berzakat mereka telah tertunai berikutan daripada penggunaan
produk yang ditawarkan oleh institusi berkenaan.
Ramai yang tidak sedari bahawa, sebenarnya kewajipan berzakat mereka
telahpun tertunai apabila mereka menggunakan produk-produk yang berasakan
syariah itu. Ini adalah kerana setiap institusi tersebut telah diwajibkan bagi mereka
untuk melaksana pengiraan zakat dalam segala aspek perniagaan mereka dan
kategori Zakat Perniagaan Bagi Institusi Perbankan diguna pakai bagi sistem
Perbankan Islam di Malaysia ini.


ZAKAT PERNIAGAAN BAGI INSTITUSI PERBANKAN

Firman Allah S.W.T:

Mafhumnya:
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan
seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyunghayang kerana
sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan:

“Bahawa Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah
menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa
yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti
(dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum
pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada
Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah
ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
(Surah Al-Baqarah, 2: Ayat 275)

Dalam erti kata lain, definisi Perbankan Islam merujuk kepada sistem perbankan
yang berdasarkan kepada undang-undang Islam (syariah), iaitu berasaskan kepada

fiqh muamalat yang berasal dari sumber hukum yang utama iaitu Al-Quran dan AsSunnah dan sumber undang-undang Islam sekunder yang lain seperti kesepakatan
pendapat oleh ulama mujtahid tentang sesuatu hukum syariah (ijma’). Dalam erti
kata lain, perbankan Islam merujuk kepada perbankan yang bebas dari unsur riba,
penipuan (gharar) dan judi (maysir).

Pengharaman riba telah dinyatakan dengan jelas oleh Allah SWT dalam Al-Quran
menerusi surah Al-Baqarah ayat 275 :

“Allah telah menghalalkan berjual beli dan mengharamkan riba...”
(Al-Baqarah 2 : Ayat 275)

SYARAT-SYARAT ZAKAT PERNIAGAAN BAGI INSTITUSI PERBANKAN
Berasaskan FAS 9 AAOIFI, syarat-syarat zakat perniagaan untuk institusi perbankan
Islam adalah seperti berikut:
i. Hak Milik Tidak Bersyarat (Unencumbered Possession)
Pemilik mesti berkuasa untuk melupuskan aset milikannya. Sesuatu aset
yang tidak diketahui di mana ia berada atau tidak dapat dilupuskannya maka
tiada zakat ke atas aset itu. Begitu juga tiada zakat ke atas dana awam, dana
wakaf untuk tujuan kebajikan, dana badan kebajikan kerana dana-dana ini
tidak mempunyai pemilik yang khusus dan/atau perbelanjaannya adalah

untuk manfaat masyarakat. Bagaimanapun, bagi dana wakaf yang khusus

untuk ahli keluarga tertentu, ianya adalah tertakluk kepada zakat. Syarat ini
merujuk kepada Aset Hak Milik Sempurna. Namun huraian dalam FAS 9 tidak
menghuraikan persoalan Aset Hak Milik Sempurna. Perkara ini penting
diperincikan atau diambil kira bagi maksud penaksiran zakat kerana dalam
penyediaan penyata kewangan, item-item dalam akaun tidak membezakan
aset milik “sempurna” dan aset milik “tidak sempurna”. Perakaunan aset
hanya berasaskan syarat milik sahaja. Dalam penaksiran Malaysia, perkara
ini dihuraikan dan hanya aset semasa yang milik sempurna akan tertakluk
kepada taksiran zakat. Begitu juga dalam liabiliti semasa, terdapat item akaun
yang merujuk kepada item-item milik sempurna yang menjadi sumber dalam
perniagaan maka tidak wajar ditolak dari aset semasa. Adapun untuk institusi
kewangan, akaun-akaun simpanan berasaskan Al-Wadiahadalah tidak
memenuhi syarat milik sempurna kepada bank. Begitu juga dengan skim
kredit jangka panjang atau berjangka, ia tidak memenuhi syarat milik
sempurna. Hanya wang atau kutipan kredit dalam tahun taksiran sahaja yang
milik sempurna. Selebihnya akan dikutip dalam tempoh-tempoh yang
berkenaan.
ii. Berkembang (Growth In Real Terms Or By Estimation).
Berkembang (Al-Nama’) secara sebenar adalah seperti ternakan yang
membiak. Manakala berkembang secara anggaran adalah mengikut potensi
atau penilaian bersamaan nilai tunai, termasuk emas dan perak. Aset tersebut
akan menjadi modal perniagaan untuk menjana keuntungan. Maka
berkembang adalah merujuk kepada aktiviti perniagaan yang InsyaAllah
membawa elemen keuntungan. Adapun aset tetap yang juga berpotensi untuk
berkembang tidak tertakluk kepada taksiran zakat. Aset tetap yang boleh
menjana hasil adalah sebagai Al-Mustaghallatdi mana elemen hasil tunai
sahaja akan diambil kira dalam penaksiran zakat. Aset tetap adalah sebagai
alat membantu perniagaan. Berhubung dengan aset bagi tujuan pelaburan
(seperti anak syarikat atau pegangan saham), ia juga diillatkan seperti
AlMustaghallat. Zakat bagi nilai pelaburan anak syarikat atau pegangan
saham ini pula akan ditaksirkan pada anak syarikat berkenaan. Adapun
pelaburan yang ditransaksi pada akhir haul menggunakan aset tunai akan
ditaksirkan zakat.

iii. Nisab
Nisab untuk emas ialah nilai 85 gm sementara untuk perak ialah 595 gm.
Barangan lain adalah bersamaan dengan nilai emas. Untuk ternakan,
pertanian dan hasil kulturakebunan (horticulture), setiap kategori mempunyai
nisab tersendiri mengikut Shar’ah. Nisab perniagaan perbankan adalah juga
bersamaan nilai semasa emas 85 gm.
iv. Haul
Haul berasaskan tahun Qamariah (lunar/Hijriah) bermula pada hari
perniagaan dilaksanakan. Untuk taksiran zakat, yang penting ialah melihat

kepada baki dana di akhir haul dan bukannya nilai-nilai tahun perniagaan.
Sekiranya menggunakan tahun Shamsiah (solar masehi), maka pelarasan
kadar dibuat bagi menampung (compensate) perbezaan hari. Kadar zakat
ialah 2.5775. Ini diputuskan dalam Konferens Zakah.

Ulasan Haul Dan Kadar Zakat
Haul ini adalah asas tempoh untuk dibuat taksiran. Kadar zakat yang
diperakui di Malaysia masih 2.5% walaupun haul adalah berasaskan tahun
Shamsiah kerana kadar itu dinyatakan dalam hadis. Bagi perniagaan, haulnya
bermula dengan mulanya perniagaan untuk tempoh satu tahun yang diguna pakai
berasaskan nilai-nilai item yang terdapat pada akhir haul. Nilai-nilai akhir tahun
Shamsiah ini mungkin bertambah/lebih tinggi atau berkurang/lebih rendah
berbanding dengan tahun Qamariah. Maka nilai ini yang mungkin berbeza dan
bukannya kadar zakat 2.5%. Seperkara lagi yang tidak dibincangkan dalam hal haul
ini ialah mengenai penggunaan tunai perniagaan pada akhir haul untuk pembelian
aset tetap, pelaburan jangka panjang, derma-derma dan seumpamanya yang boleh
menyebabkan nilai zakat berkurangan. Kiranya ada, maka perlu dicampurkan
semula nilai-nilai penggunaan tunai itu untuk ditaksirkan zakatnya. Selain empat
syarat utama di atas, terdapat hal-hal lain yang digariskan dalam FAS 9 seperti
berikut:

Kaedah Fuqaha / Kaedah Aset Bersih (Net Assets Method)

ASAS ZAKAT =

(Aset-aset tertakluk kepada zakat) – (liabiliti yang perlu dibayar
pada akhir tahun seperti dalam Kunci KiraKira + ekuiti akaun
pelaburan tak terhad + kepentingan minoriti + ekuiti milik
Kerajaan + ekuiti dana wakaf + ekuiti milik badan kebajikan +
ekuiti organisasi bukan motif keuntungan tetapi tidak termasuk
yang dimiliki individu)

Aset-aset tertakluk kepada zakat adalah termasuk tunai dan bersamaan tunai,
penghutang bersih, aset dagangan (inventori, sekuriti boleh pasar, “real estate” dan
sebagainya), aset pembiayaan (untuk Mudharabah, Musharaka, Salam, Istisna’a
dan sebagainya). Aplikasi kaedah ini memerlukan penilaian terhadap komoditi asetaset pada harga pasaran yang terdapat dalam Kunci Kira-Kira dan mengambil kira
apa-apa yang wajar dicampurkan atau ditolakkan dari asas zakat.

Kaedah Dana Pelaburan Bersih (Net Invested Funds Method)

ASAS ZAKAT =

(Modal berbayar + rezab + peruntukan tidak ditolak dari asset +
keuntungan terkumpul + keuntungan bersih +liabiliti yang tidak
akan matang dalam tahun berakhir dalam Kunci KiraKira) –
(aset tetap bersih + pelaburan bukan untuk perdagangan
(seperti bangunan untuk sewaan) + kerugian terkumpul)

*Kaedah ini digunakan oleh sesetengah organisasi Kerajaan dalam penaksiran
zakat.
ULASAN
Kedua-dua kaedah ini berbeza pendekatannya tetapi memberikan jawapan yang
sama.Kaedah-kaedah ini masih berasaskan kepada penyata kewangan yang
disediakan berpandukan standardstandard perakaunan konvensional.

PERBANKAN ISLAM DAN TANGGUNGJAWAB ZAKAT

Di zaman kini, sistem perbankan Islam adalah merupakan salah satu alternatif
kepada umat Islam dalam pengurusan kewangan berasaskan prinsip syariah.
Semenjak ianya diperkenalkan sehingga ke hari ini, sambutan di kalangan
masyarakat Islam dan bukan Islam terhadap produk-produk yang ditawarkan begitu
memberansangkan. Maka dengan situasi yang berlaku ini, ianya dapat mencetus
kesedaran masyarakat dan pemilik institusi berkenaan mengenai kesedaran
menunaikan kewajipan zakat bagi menambahkan lagi keberkatan rezeki yang
diperolehi. Justeru itu, prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah pemotongan dan kutipan
zakat di institusi perbankan islam dapat diamalkan dan memenuhi kehendak pihak
yang berkepentingan terutamanya bagi tujuan memberikan kefahaman mengenai
kaedah-kaedah taksiran dan pengiraan zakat yang selaras dan standard di kalangan
mereka (pemilik perbankan).
Institusi perbankan adalah antara salah satu institusi perniagaan yang mudah
terdedah kepada unsur-unsur syubhah dan bercanggah dengan prinsip-prinsip
syariah. Justeru itu, tanggungjawab menunaikan zakat terutama di dalam bidang
perniagaan yang melibatkan institusi perbankan haruslah dibuat secara teliti, telus

dan penuh berhati-hati. Ia amat penting bagi mengelakkan sumber-sumber yang
tidak layak dan benar apatah lagi sumber yang haram termasuk di dalam kiraan dan
taksiran zakat.

(Orang-Orang beriman sifatnya) Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan
mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang
serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari
melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah
kesudahan Segala urusan.
(Surah Al-Hajj, 22: Ayat 41)

Zakat perniagaan di institusi kewangan dan perbankan di negara Malaysia kini telah
diterima dan dikenal pasti sebagai salah satu sumber baru yang mampu
memberikan sumbangan yang besar kepada dana zakat. Pengenalan produk-produk
baru sistem kewangan berteraskan prinsip-prinsip syariah semakin hari semakin
berjaya menarik minat bukan sahaja masyarakat Islam bahkan juga bukan Islam
untuk melanggan produk-produk berkenaan. Masyarakat Islam yang melanggan dan
menggunakan produk-produk berkenaan sudah semestinya merasa suatu kepuasan
dapat bermuamalat dengan produk yang menepati hukum syariah manakala institusi
perbankan seharusnya berbangga dapat menyumbang kepada peningkatan tahap
sosio-ekonomi ummah melalui pembayaran zakat.
Di masa kini, minat dan sambutan masyarakat Islam dan bukan Islam serta
keprihatinan pihak yang berkepentingan dalam institusi kewangan dan perbankan
terhadap tanggungjawab dan tuntutan syariah telah menghasilkan respon yang amat
positif dalam menunaikan kewajipan zakat perniagaan. Seruan tuntutan agar
menunaikan kewajipan zakat ke atas institusi kewangan dan perbankan Islam telah
menjadi desakan besar kepada pemilik dan pengendali sistem kewangan dan
perbankan berasaskan syariah. Desakan ini telah disahut secara positif dan penuh
tanggungjawab oleh pihak-pihak yang berkenaan. Mereka telah berusaha gigih
membuat penyelidikan bagi memperkenalkan kaedah-kaedah yang diguna pakai
untuk membuat taksiran dan pengiraan zakat di institusi masing-masing. Kesannya,
wujud pendekatan dan kaedah-kaedah yang pelbagai dalam membuat pengiraan
zakat. Justeru itu, kehadiran badan-badan yang bertanggungjawab seperti Jabatan
Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) berusaha dalam mengambil inisiatif untuk
merapatkan jurang perbezaan dalam kaedah pengiraan zakat di institusi kewangan
dan perbankan Islam berkenaan. Seterusnya panduan kaedah yang seragam untuk
diguna pakai oleh semua pihak yang bertanggungjawab di institusi berkaitan
telahpun diperkenalkan oleh pihak yang terbabit.

Contoh keratan akhbar berkenaan zakat perbankan islam yang membuktikan
Peningkatan pembayaran Zakat sebanyak 29.7% tanda pencapaian cemerlang
kewangan Bank Islam :
KUALA LUMPUR, Selasa, [31 Mei 2011] - Bank Islam Malaysia Berhad (“Bank Islam”) menyerahkan
Zakat perniagaan berjumlah lebih RM11.5 juta bagitempoh kewangan berakhir 2010 kepada
pengelola-pengelola Zakat negeri-negeri, di satu majlis penyerahan cek yang telah diadakan di ibu
kota hari ini.
Cek Zakat berkenaan telah diserahkan oleh Pengarah Urusan Bank Islam, Y.Bhg. Dato’ Sri Zukri
Samat kepada 14 orang wakil Majlis Agama Islam dan Pusat Zakat negeri-negeri, dan disaksikan
oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Y.B. Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Haji Jamil Khir Haji
Baharom. Dato’ Sri Zukri Samat berkata, “Jumlah deposit pelanggan berkembang sebanyak RM1.7
bilion kepada RM26.9 bilion untuk tempoh kewangan sehingga Disember 2010 berbanding dengan
RM25.2 bilion untuk tempoh kewangan sehingga Jun 2009”. Secara keseluruhannya, jumlah Zakat
Bank Islam bagi tahun kewangan berakhir 2010 menokok 29.7% ke RM11,588,188 berbanding
dengan RM8,935,004 pada tahun kewangan 2009, tambah beliau.
Selain memperuntukkan dana Zakat kepada golongan asnaf, sejumlah dana Zakat Bank Islam yang
dikembalikan juga telah digunakan bagi tujuan-tujuan kebajikan lain seperti membiayai pembinaan
masjid, surau dan tempat tinggal untuk mereka yang kurang bernasib baik.
Tahun 2010 telah menyaksikan usaha Bank Islam dalam membantu untuk membenteras kemiskinan
di negara ini dengan pembiayaan dana Zakat sebanyak lebih daripada RM1 juta kepada keluargakeluarga miskin. Melalui projek tanggungjawab korporat terbesarnya iaitu “Projek Bantuan Rumah”,
Bank Islam telah membina dan membaik pulih 40 buah rumah untuk golongan miskin, khususnya
golongan tua dan cacat di mana sebanyak RM751,500 telah disumbangkan ke negeri Kedah untuk
membina 20 rumah baru dan membaik pulih 10 rumah lain di daerah-daerah Pokok Sena, Yan, Baling
dan Kulim. Selebihnya pula telah disalurkan, mengikut keperluan, ke negeri-negeri lain seperti Sabah
dan Sarawak. Dengan pelaksanaan secara berperingkat, projek ini telah membantu ramai orang di
Kelantan dan Terengganu pada tahun-tahun sebelumnya. Program ini akan diteruskan dan akan
dilaksanakan pada tahun ini di negeri Pahang.
Tahun ini juga akan menyaksikan Bank Islam menyumbang kepada perkembangan minda generasi
muda. Sebagai pembuka jalan kepada perkembangan praktis kewangan Islam di Malaysia, Bank
Islam telah mengambil inisiatif dalam memperkembangkan ilmu dan kajian dalam bidang Perbankan
dan Kewangan Islam melalui penubuhan “Kerusi Perbankan dan Kewangan Islam Bank Islam”
bersama beberapa buah pusat pengajian tinggi yang terpilih. Di bawah inisiatif ini, dana Zakat akan
diperuntukkan untuk melantik ahli-ahli pakar kewangan Islam untuk menerajui kerusi tersebut. Di
samping itu, ahli-ahli pakar ini juga akan bertanggungjawab dalam memperkembangkan pengetahuan
para pelajar pusat pengajian tinggi tentang aspek-aspek sistem kewangan Islam dalam memastikan
sistem kewangan Islam terus berkembang dan diterima oleh masyarakat umum.
Selain itu, Bank Islam turut memperuntukkan dana Zakat sebanyak RM400,000 untuk membaik pulih
beberapa buah masjid yang amat memerlukan disamping menghulurkan sumbangan kepada badanbadan bukan kerajaan (NGO) untuk menjalankan aktiviti serta program dakwah dan pembangunan
ummah.

PEMBANGUNAN EKONOMI MELALUI AGIHAN ZAKAT

Islam menekankan penubuhan sebuah masyarakat yang adil, berperikemanusiaan
dan bersatu padu. Oleh itu, Islam mencadangkan institusi zakat sebagai satu
mekanisme yang menyelamatkan manusia dari kelaparan, menjamin keadilan sosioekonomi dalam masyarakat serta menyediakan satu suasana yang membolehkan
manusia memelihara kehormatan dan melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah
S.W.T.
Secara ringkasnya, zakat telah ditetapkan oleh Allah S.W.T dengan matlamat utama
sebagai satu bentuk jaminan keselamatan sosial bagi mereka yang miskin dan
memerlukan, membangunkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang melalui agihan

semula kekayaan dalam masyarakat, dan juga sebagai satu bentuk penyucian dan
pembangunan spiritual.

AGIHAN ZAKAT
Lapan golongan asnaf yang layak menerima agihan zakat adalah seperti berikut:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Fakir
Miskin
Amil
Mualaf
Hamba (Riqab)
Orang yang berhutang (Gharimin)
Fi Sabili-llah
Musafir
Secara umum, jenis-jenis bantuan zakat boleh dibahagikan kepada 6 kategori utama
yang dilihat dari pelbagai aspek sosio-ekonomi masyarakat:
i. Bantuan penggunaan semasa (untuk makanan dan sara hidup)
ii. Bantuan perubatan
iii. Bantuan pendidikan
iv. Bantuan keusahawanan
v. Bantuan keagamaan
vi. Bantuan kecemasan

IMPLIKASI AGIHAN ZAKAT TERHADAP PENINGKATAN SOSIOEKONOMI
UMMAH
(a) Zakat dan Agihan Pendapatan dan Kekayaan
Zakat dilaksanakan untuk mengatasi masalah ketakseimbangan agihan
pendapatan dan mengelakkan daripada berlakunya penumpuan harta dalam
kalangan golongan tertentu sahaja dalam masyarakat.
Sebagai contoh, kesan zakat terhadap agihan pendapatan dalam kalangan
pengeluar padi telah dikaji oleh Ismail Salleh dan Rogayah Ngah yang mengkaji
kesan zakat terhadap agihan pendapatan di empat buah negeri di Malaysia iaitu
Perak, Kedah, Kelantan dan Terengganu pada tahun 1978.

Dengan menggunakan indeks Gini-Coefficient bagi mengukur ketakseimbangan
agihan pendapatan, perbezaan sebelum dan selepas agihan zakat diukur
menggunakan ‘indeks penurunan’. Indeks ini akan menentukan sumbangan agihan
zakat terhadap agihan pendapatan samada positif atau negatif. Hasil kajian mereka
mendapati zakat yang dipungut di Malaysia mampu memperbaiki agihan
pendapatan kasar dalam kalangan para pengeluar padi.
(b) Zakat dan Pembasmian Kemiskinan
Objektif sosio-ekonomi yang utama bagi zakat ialah membasmi kemiskinan dalam
kalangan masyarakat Islam. Islam menganggap kemiskinan sebagai satu masalah
yang serius di mana ia merupakan salah satu punca berlakunya jenayah dalam
masyarakat.
Ataul-Haq melihat bahawa zakat boleh berperanan untuk meningkatkan taraf hidup,
pendapatan dan seterusnya membasmi kemiskinan serta mengurangkan jurang
agihan pendapatan melalui kesan pengganda dari zakat. Projek-projek yang dibiayai
menggunakan dana zakat dalam bidang pendidikan, kesihatan, kebajikan sosial, dan
lain-lain akan meningkatkan produktiviti golongan miskin dengan memenuhi
keperluan asas mereka.

PELAN TINDAKAN PIHAK AGENSI / INSTITUSI ZAKAT
(a) Meningkatkan Kepercayaan dan Keyakinan Orang Ramai Terhadap
Program Agihan Zakat
Kepercayaan dan keyakinan para pembayar zakat terhadap institusi zakat ini perlu
dipertingkatkan. Kajian perlu dilakukan untuk mengkaji dalam kalangan para
pembayar zakat tersebut mengenai berapa peratuskah daripada mereka merupakan
pembayar baru dan berapa peratuskah pembayar zakat yang kekal dalam industri.
Oleh yang demikian, para pembayar zakat akan yakin terhadap institusi zakat ini
apabila mereka dapat melihat dan mengetahui ke manakah wang zakat mereka
diagihkan. Dalam erti kata lain, untuk meningkatkan kutipan, agihan perlulah jelas
dan diyakini.
(b) Memperluaskan Promosi Agihan
Pihak institusi zakat perlu memperluaskan promosi berkaitan bentuk-bentuk agihan
zakat yang boleh diperoleh oleh para asnaf. Sebagai contoh, memberi bantuan
pendidikan berbentuk biasiswa untuk para pelajar Universiti, mengiklankan di dalam
akhbar-akhbar perdana seperti yang dilakukan oleh para penaja yang lain dengan
meletakkan syarat dengan jelas beserta program pembangunan usahawan yang
dijalankan.
Ini akan menyebarkan maklumat dengan lebih luas dan membolehkan mereka yang
benar-benar berminat dan layak turut memohon.Secara tidak langsung, para
pembayar zakat akan dapat melihat bahawa wang zakat yang mereka keluarkan

digunakan dengan sepenuhnya. Hal ini juga akan meningkatkan keyakinan mereka
untuk terus membayar zakat melalui institusi zakat.
(c) Mengkaji Semula Bentuk dan Jumlah Agihan Zakat Yang Diberi
Bentuk bantuan yang diberi kepada para penerima agihan zakat perlulah mengambil
kira keperluan jangka pendek dan jangka panjang. Bagi keperluan jangka pendek,
perlu diberikan bantuan penggunaan semasa untuk makanan dan sara hidup serta
bantuan untuk membolehkan para penerima asnaf khususnya dari asnaf fakir dan
miskin untuk mempunyai sumber pendapatan pada masa akan datang.
Bantuan yang diberikan ini hendaklah mampu memenuhi keperluan asas mereka
bagi membolehkan mereka menumpukan perhatian untuk projek ekonomi jangka
panjang. Apabila projek ekonomi mereka mengeluarkan hasil, maka bantuan jangka
pendek tersebut (penggunaan semasa) sudah boleh dihentikan, dan mereka tidak
akan bergantung kepada zakat lagi sebaliknya sudah boleh membayar zakat.
d) Mengadakan Kerjasama Dengan Agensi-Agensi Kerajaan Yang Berkaitan
Projek-projek pembangunan ekonomi/usahawan yang diceburi oleh asnaf meliputi
pelbagai bidang termasuklah bidang ternakan, pertanian, perikanan, peruncitan, IKS
dan sebagainya. Peranan insitusi zakat ialah mengadakan kerjasama dengan
agensi-agensi kerajaan yang berkaitan seperti Lembaga Pertubuhan Peladang untuk
program pertanian, FAMA untuk pemasaran, LKIM untuk perikanan, MEDEC untuk
pembangunan usahawan dan IKS. Ini bertujuan untuk memastikan mereka
mendapat nasihat yang betul dari pihak yang tepat dan memastikan kejayaan
perusahaan mereka.
e) Meningkatkan Bilangan Pembayar Zakat
Institusi-institusi zakat perlu berusaha meningkatkan bilangan pembayar zakat.
Kajian pada tahun 1999 mendapati hanya 40% daripada mereka yang layak telah
membayar zakat. Laporan PPZ Wilayah 2005 melaporkan, dari keseluruhan
penduduk Islam di Malaysia, hanya seramai 4.1 juta sahaja yang membayar zakat.
Bilangan ini perlu ditingkatkan kerana ia berkadar terus dengan jumlah kutipan
zakat.
KESIMPULAN
Zakat sekiranya dilaksanakan dengan berkesan bukan hanya akan meningkatkan
aspek rohani masyarakat malahan akan meningkatkan tahap sosio-ekonomi
ummah. Keberkesanannya bergantung kepada kerjasama dan tindakan bersepadu
semua pihak yang terbabit, iaitu pihak institusi zakat, pihak kerajaan dan pihak asnaf
zakat sendiri.

RUJUKAN
[1] Patmawati Ibrahim. (2008). Pembangunan Ekonomi Melalui Agihan Zakat:
Tinjauan Empirikal. Jurnal Syariah, 16 (2), 223-244