Kerja Kursus Sijil Tinggi Pelajaran Mala
DATO’ JAHUBAR SATHIK BIN ABDUL RAZAK: LATAR BELAKANG TOKOH DAN
SUMBANGAN TERHADAP PEMBANGUNAN NEGERI KEDAH DARI TAHUN
1984 HINGGA TAHUN 2000.
1.0 PENGENALAN
Penulis telah menjalankan suatu kajian tentang seorang tokoh yang telah lama terlibat
dengan dunia korporat di Malaysia amnya, dan di negeri Kedah khususnya. Beliau ialah
Dato’ Jahubar Sathik Bin Abdul Razak (Dato’ Sathik) iaitu seorang bekas ahli korporat
yang telah terlibat dengan banyak syarikat besar dalam negara terutamanya yang
melibatkan sektor pembinaan dan hartanah. Dato’ Sathik bukanlah seorang muka baru
dalam dunia korporat di negeri Kedah.
Kajian ini telah difokuskan kepada sejarah penglibatan Dato’ Sathik dalam bidang
korporat dengan melihat kepada kepentingan beliau dari sudut peranan dan
sumbangannya dalam dunia korporat dan pembangunan di negeri Kedah dari tahun 1984
hingga tahun 2000. Penglibatan awal dan peranan beliau sebagai ahli korporat juga turut
dikaji. Sumbangan dan pencapaian beliau yang baik sepanjang tempoh masa tersebut
telah menjadikan beliau begitu dikenali dan disegani ramai pihak.
Kajian juga berkisar tentang keupayaan beliau sebagai ahli korporat yang menggunakan
peluang untuk terlibat dalam pembangunan negeri. Penulis juga telah meninjau dengan
sendiri ke kawasan yang dibangunkan di negeri Kedah hasil daripada idea beliau.
Antara objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji peranan dan penglibatan
awal Dato’ Sathik dalam dunia korporat yang mampu menyumbang kepada kemajuan
negeri Kedah sepanjang tahun 1984 hingga tahun 2000. Selain itu, penulis juga
1
menjalankan kajian ini bagi mengenal pasti sumbangan (idea-idea) beliau dalam proses
pembangunan negeri dan mengetahui pencapaian beliau sepanjang tempoh tersebut.
Foto : Dato’ Jahubar Sathik Bin Abdul Razak
2.0 LATAR BELAKANG DAN PENGLIBATAN AWAL TOKOH
Kajian yang dijalankan oleh penulis adalah kajian yang berkaitan dengan bidang sejarah.
Oleh yang demikian beberapa definisi pertakaan ‘sejarah’ itu sendiri menurut pandangan
beberapa orang tokoh ulung sejarah akan dinyatakan di sini. Antaranya ialah definisi
sejarah daripada Bapa Sejarah Dunia iaitu Herodotus. Beliau telah mensifatkan sejarah
sebagai satu kajian untuk menceritakan suatu perputaran atau kitaran jatuh bangunnya
seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban.
2
Sejarah juga telah didefinisikan oleh R. G. Collingwood, iaitu sejarah ialah sebuah
bentuk penyelidikan tentang hal-hal yang telah dilakukan oleh manusia pada masa
lampau.
Dalam aspek penyelidikan ini, penulis telah memilih untuk mengkaji sejarah tokoh yang
merupakan seorang ahli korporat ternama. Tokoh korporat ialah seseorang yang
melibatkan diri dalam bidang keusahawanan dan dunia berkenaan syarikat. Seterusnya,
perkataan korporat dapat didefiniskan sebagai sesuatu perkara yang berkaitan dengan
syarikat atau perbadanan tertentu pada umumnya. Korporat juga merujuk kepada
syarikat-syarikat besar dan firma-firma terkenal seperti Lembaga Tabung Haji (TH) dan
kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB). Korporat juga bermaksud sesuatu yang
berkaitan dengan bahagian pengurusan utama sesebuah syarikat.1
2.1 Latar Belakang dan Penglibatan Awal Tokoh
Dato’ Sathik telah dilahirkan di negeri Kedah pada tanggal 23 Oktober 1955. Beliau
telah mendapat pendidikan peringkat menengahnya di Kolej Sultan Abdul Hamid di
Alor Setar sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Beliau
mempunyai minat yang amat mendalam terhadap bidang pengurusan perniagaan dan
bidang perakaunan. Oleh yang demikian, beliau telah berjaya melanjutkan pelajaran
beliau di peringkat Master di Ohio University dan memperoleh Master of Business
Administration (MBA).
Dato’ Sathik yang merupakan seorang akauntan professional mempunyai keahlian
beberapa institusi utama baik dalam negara mahupun di luar negara seperti Malaysian
Institute of Accountants, Malaysian Institute of Certified Public Accountants dan juga
merupakan seorang ahli Association of Chartered Certified Accountants (UK). Penulis
3
ingin mengenal pasti sejarah penglibatan awal Dato’ Jahubar Sathik dalam bidang
korporat dan mengkaji peranan serta sumbangan beliau dalam proses ke arah kemajuan
negeri Kedah sama ada secara langsung atau tidak langsung. Penulis juga ingin
mengetahui kejayaan atau pencapaian yang telah dikecapi oleh beliau sepanjang tempoh
tersebut.
Secara umumnya, Dato’ Sathik telah berjaya menyatukan anak-anak syarikat utama yang
merupakan subsidiari atau anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)
seperti syarikat pemaju hartanah Darulaman Realty Sdn Bhd, syarikat pembinaan Kedah
Sato Sdn Bhd, syarikat operasi kuari iaitu Bina & Kuari (K) Sdn Bhd dan Darulaman
Golf Resort Berhad di bawah sebuah syarikat induk yang bernama Kumpulan Bina
Darulaman Berhad (BDB) pada tahun 1995. BDB merupakan sebuah anak syarikat
Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang pertama berjaya disenaraikan dalam
Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).
4
Foto: Sijil MBA Dato’ Sathik dari Ohio University, USA
Foto: Sijil Keahlian Akauntan Professional
Dato’ Sathik
2.2 Jawatan-Jawatan Yang Pernah Disandang
5
Fokus kajian penulis dalam menjalankan kerja kursus ini ialah Dato’ Sathik yang dilihat
berjaya sebagai bekas pengarah urusan kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) dan
bagaimana beliau menggunakan jawatan yang tinggi dan dihornati itu bagi sentiasa
memajukan negeri Kedah. Memulakan kerjayanya sebagai seorang juruaudit di firma
akauntan, Arthur Young & Co. pada tahun 1976, beliau kemudiannya menjadi ketua
akauntan(head office accountant) di Pahang Consolidated Co. Ltd di mana syarikat
perlombongan bijih timah tersebut telah disenaraikan dalam ‘the London and Malaysian
Stock Exchanges’.
Beliau juga pernah bertugas di Bank Bumiputera Malaysia Berhad sebagai pembantu
akauntan selama dua tahun iaitu dari tahun 1980 hingga 1982 sebelum dilantik sebagai
pengarah urusan di Peremba Group of Companies sehingga tahun 1994. Seterusnya
beliau dijemput bertugas di Darulaman Realty Sdn. Bhd. sebagai pengarah eksekutif.
Beliau kemudiannya dilantik menjadi pengarah urusan kumpulan Bina Darulaman
Berhad (BDB) yang pertama setelah syarikat induk itu ditubuhkan.
Pada 1998 hingga 1999 beliau menjawat jawatan Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan
Bertam Properties Sdn. Bhd. Dato’ Sathik juga telah menjadi konsultan pengurusan di
beberapa syarikat dan juga di Putra Capital Berhad sebagai pengarah dan pengerusi
jawatankuasa audit syarikat tersebut sehingga tahun 2007. Akhirnya beliau dijemput
semula oleh kerajaan negeri Kedah di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah
( PKNK) pada tahun 2008 untuk menjawat semula jawatannya sebagai Pengarah Urusan
Kumpulan BDB hasil daripada prestasi kerjaya beliau yang sangat baik. Beliau telah
bersara dari alam pekerjaan dan dunia korporat pada tahun 2013 dan kini tinggal di Kuala
Lumpur bersama isteri dan anak-anak.
6
3.0 PERANAN TOKOH
3.1. Pengasas Syarikat Induk Bina Darulaman Berhad (BDB)
Dato’ Sathik yang merupakan seorang yang terkenal dengan sifat yang sangat komited
dalam menjalankan tugas yang diberi telah diberi kepercayaan oleh pihak kerajaan negeri
Kedah apabila beliau diminta untuk mewujudkan suatu medium atau platform untuk
syarikat disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada tahun 1994.
Beliau yang pada ketika itu merupakan seorang pengarah eksekutif Darulaman Realty
Sdn. Bhd. (sebuah anak syarikat PKNK) telah menyahut arahan PKNK ketika itu dan
mengambil peranan sebagai seorang pemikir korporat. Maka, beliau telah menggunakan
suatu kaedah yang dilihat sangat berkesan untuk mencapai tahap yang diingini kerajaan
negeri pada ketika itu.
Dato’ Sathik telah membuat suatu pembaharuan yang positif apabila beliau bertindak
menggabungkan beberapa buah anak syarikat utama yang berada di bawah Perbadanan
Kemajuan Negeri Kedah atau lebih dikenali sebagai PKNK. Beliau telah menggabungkan
syarikat pemaju hartanah iaitu Darulaman Realty Sdn. Bhd. (DRSB); syarikat pembinaan
iaitu Kedah Sato Sdn. Bhd (KSSB); syarikat operasi kuari iaitu Bina & Kuari (K) Sdn.
Bhd. (BINAK) dan Darulaman Golf Resort Berhad (DGRB) menjadi anak syarikat
kepada sebuah syarikat induk yang diberi nama Kumpulan Bina Darulaman Berhad
(BDB). BDB ditubuhkan secara rasminya pada 7 Februari 1995.2
Justeru, keberanian beliau dalam menyatukan kesemua anak syarikat ini di bawah BDB
telah menyebabkan beliau dilantik oleh ahli lembaga pengarah sebagai pengarah urusan
dan ketua pengarah eksekutif BDB dengan persetujuan PKNK yang memegang sebanyak
55 peratus saham BDB. Buat makluman, BDB merupakan sebuah syarikat pegangan
7
saham. Dengan terhasilnya sebuah syarikat induk yang besar dan kukuh ini melalui buah
fikiran Dato’ Sathik, Kedah dilihat semakin maju pada ketika itu dan dikatakan berada
pada landasan yang betul dalam mencapai kemajuan yang lebih baik pada masa akan
datang.
Menurut beliau, semasa dalam proses penggabungan anak-anak syarikat tersebut, beliau
juga tidak terlepas daripada terpaksa menghadapi pelbagai halangan dan tentangan
daripada sesetengah pihak. Terdapat juga pihak yang berpendapat beliau tidak akan
mampu menguruskan syarikat-syarikat tersebut dengan baik dan cekap kerana usianya
yang masih muda ketika itu dan dilihat sebagai masih baru dalam dunia korporat.
Namun, halangan-halangan dan cabaran sedemikian tidak sedikit pun berjaya
menghentikan beliau daripada terus bergerak ke hadapan. Beliau merupakan seorang
yang berpandangan jauh. Hal ini dapat dibuktikan melalui kata-kata beliau semasa ditemu
bual pada tahun 1996 oleh seorang wartawan daripada majalah Dewan Ekonomi iaitu;
“Saya yakin BDB mampu melakukannya (menghadapi cabaran).
Kini BDB merupakan syarikat hartanah yang terbesar di Kedah
dan BDB akan meluaskan lagi kegiatannya di beberapa buah
negeri lain di Malaysia. Pada suatu hari kelak, usaha ini boleh
meletakkan BDB sebagai salah satu syarikat hartanah yang
paling utama di Malaysia.”3
8
Foto:
Bangunan
BDB, Alor Setar
4.0 SUMBANGAN TOKOH
4.1 Idea Pembinaan Bandar Darulaman
Penulis telah menetapkan bahawa aspek yang dikaji dan dikupas di dalam esei ilmiah ini
adalah dari segi sumbangan beliau kepada syarikat yang sekali gus akan menghasilkan
pulangan yang lumayan kepada negeri Kedah. Hal ini demikian kerana syarikat BDB
merupakan sebuah anak syarikat atau turut dikenali sebagai subsidiari kepada PKNK.
Peningkatan dalam hasil PKNK semestinya akan membawa negeri Kedah ke suatu tahap
yang lebih tinggi dan ke arah kemajuan.
Seperti yang diketahui umum, PKNK atau nama penuhnya iaitu Perbadanan Kemajuan
Negeri Kedah adalah sebuah perbadanan yang ditubuhkan bagi memandu negeri Kedah
ke arah yang lebih baik dari semasa ke semasa. Hal ini demikian akan membawa kepada
keberhasilannya dalam memajukan negeri Kedah. Oleh itu, dengan wujudnya anak-anak
9
syarikat seperti BDB yang berada di bawah pengurusan Dato’ Sathik, pastinya
memudahkan lagi proses mencapai kemajuan tersebut.
Oleh itu penulis ingin mengkaji apakah sumbangan seorang tokoh korporat hebat seperti
Dato’ Sathik dalam membawa kepada kemajuan negeri Kedah. Antara sumbangan yang
dapat dikenal pasti oleh penulis ialah melalui idea pemikiran beliau yang sangat bernas
dan berpandangan jauh. Contohnya, beliau sebagai pengarah urusan telah mencadangkan
suatu usaha pembangunan sebuah bandar baharu di negeri Kedah melalui Darulaman
Realty Sdn. Bhd. di bawah BDB pada tahun 1996. Cadangan ini dikemukakan oleh beliau
dan proses pembinaan kawasan bandar baharu itu telah bermula sebelum tahun 2000 lagi.
Menurut jangkaan beliau pembangunan itu dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2003.
Apabila ditanya berkenaan fungsi dan peranan bandar baharu itu beliau berkata;
“Bandar Darulaman merupakan sebuah bandar satelit kepada Alor Setar
dan akan muncul sebagai sebuah bandar yang lengkap dengan segala
kemudahan , seperti kawasan perumahan, persekolahan dan kawasan
perindustrian. Di samping itu, kami akan menumpukan di kawasan di
Kulim, Kuala Ketil, dan Pulau Langkawi. “3
Sebagai sebuah kawasan petempatan yang baharu, bandar yang diberi nama sebagai
Bandar Darulaman itu mempunyai keluasan lebih kurang 2200 ekar. Bagi memudahkan
pemahaman pembaca, penulis telah menyediakan sebuah pelan induk yang lengkap yang
menunjukkan pembinaan Bandar Darulaman. Pelan ini telah diperoleh daripada Dato’
Sathik sendiri oleh penulis semasa sesi temu bual. Projek pembinaan bandar ini di bawah
pengawasan Dato’ Sathik sendiri telah menjadi salah satu daripada projek-projek utama
Darulaman Realty Sdn. Bhd.4 Pembinaan bandar-bandar yang lain juga telah dijalankan
dengan giat antaranya Kulim, Kuala Ketil dan Langkawi.
10
Foto: Tasik Darulaman, Bandar Darulaman, Jitra
Pada hari ini, Bandar Darulaman sememangnya dilihat telah berjaya mencapai suatu
tahap yang amat membanggakan dengan terbinanya banyak kawasan perumahan elit dan
sederhana serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang selesa. Bandar Darulaman
juga telah menjadi bandar pertama di negeri Kedah yang mempunyai sebuah bangunan
kondominium mewah sebagai kediaman penduduk. Kondominium tersebut dikenali
sebagai Condo 900 dan mempunyai banyak kemudahan untuk penghuninya.
Semua yang telah dinyatakan sememangnya merupakan hasil daripada idea bernas Dato’
Sathik lebih kurang 20 tahun yang lalu. Oleh yang demikian, beliau yang telah banyak
memberi sumbangan terhadap pembangunan negeri Kedah ini khususnya di Bandar
Darulaman selayaknya dipuji dan dihargai.
Menurut Dato’ Sathik, beliau mencadangkan pembinaan sebuah bandar yang baharu di
negeri Kedah di bawah syarikat BDB adalah kerana bagi memenuhi keperluan penduduk
Kedah itu sendiri. Bagi beliau, keadaan persekitaran di negeri Kedah adalah tidak sama
11
seperti di negeri yang lebih terkehadapan seperti Pulau Pinang atau di kawasan seperti
Lembah Klang yang sektor hartanah mengalami pertumbuhan yang begitu pesat. Beliau
berpendapat masih banyak kawasan yang boleh dimajukan di negeri Kedah.
Selain itu, Dato’ Sathik merasakan bahawa negeri ini masih memerlukan banyak kawasan
peumahan, khasnya untuk rumah-rumah jenis kos sederhana. Permintaan untuk rumah
kos sederhana amat memuaskan. Sekiranya harga berpatutan, maka sudah tentu
permintaannya akan lebih bertambah dari sehari ke sehari. Beliau juga yakin terhadap
potensi sektor hartanah di bawah BDB di Kedah semasa beliau memberi idea kepada
kerajaan negeri untuk membangunkan juga bandar-bandar lain seperti Darulaman
Perdana di Sungai Petani, Kedah.5
4.2 Pembinaan Darulaman Golf & Country Club
Sebagai pengasas BDB dan juga selaku pengarah urusan dan pengarah eksekutif anak
syarikatnya iaitu Darulaman Golf Resort Bhd. dan Darulaman Realty Sdn. Bhd., Dato’
Sathik juga telah mengutarakan cadangan pembinaan sebuah pusat rekreasi
ekopelancongan yang pada pandangan beliau berupaya menjadi sebuah faktor tarikan
pelancong ke negeri Kedah. Beliau telah mencadangkan pembinaan Darulaman Golf &
Country Club di Bandar Darulaman, Jitra pada tahun 1996.
Cadangan ini juga telah diterima oleh semua pihak yang berkepentingan termasuk ahliahli lembaga pengarah, pemilik saham syarikat dan juga pihak PKNK dengan mudah. Hal
ini demikian kerana Dato’ Sathik merupakan seorang yang amat dipercayai dan disegani
serta mempunyai status yang hebat dalam kalangan ahli korporat terutamanya di Kedah
disebabkan sifatnya yang berdedikasi dan berpandangan jauh.
12
Hal ini demikian kerana pada masa tersebut Kedah masih lagi merupakan sebuah negeri
yang berada di dalam proses membangun. Maka, Dato’ Sathik telah menggunakan
peluang ini bagi mambantu negeri Kedah untuk lebih mudah mencapai kemajuan itu.
Maka, dengan wujudnya sebuah pusat rekreasi berstatus tinggi seperti Darulaman Golf &
Country Club ini, Kedah dilihat sangat pesat dalam proses pembangunan tersebut.
Menurut Dato’ Sathik, beliau mendapat ilham untuk mencadangkan pembinaan pusat golf
ini disebabkan sektor pelancongan yang begitu pesat di Kedah pada ketika itu, sebagai
contoh kejayaan pameran LIMA yang telah meletakkan Pulau Langkawi sebagai suatu
tempat yang terkenal dan signifikan di peta dunia. Maka bagi beliau, langkah awal yang
perlu diambil oleh BDB sebagai satu syarikat pembinaan utama di negeri ini adalah
dengan mewujudkan Darulaman Golf & Country Club.
Apabila ditanya berkenaan fungsi pusat rekreasi ini diadakan di Kedah, Dato’ Sathik
menyatakan bahawa Darulaman Golf & Country Club (DGCC) ini akan menjadi pusat
transit kepada golongan elit dan atasan yang berkunjung ke Kedah. Beliau juga
merasakan bahawa melalui pembinaan pusat ini, maka akan wujud banyak peluang
pekerjaan bagi penduduk negeri Kedah.
Oleh yang demikian, penulis berpendapat bahawa melalui pembinaan Darulaman Golf &
Country Club ini yang terhasil daripada idea Dato’ Sathik, telah berjaya mendatangkan
kebaikan kepada semua pihak baik golongan elit mahupun golongan pekerja biasa. Hal
ini demikian kerana golongan elit akan dapat menikmati keselesaan menggunakan
kemudahan di DGCC manakala peluang pekerjaan yang banyak dengan penawaran gaji
yang sesuai akan memberi kebaikan kepada golongan pekerja terutamanya golongan
belia yang mencari pekerjaan ketika itu.
13
Penulis telah menyediakan beberapa dokumen syarikat yang diperoleh daripada Dato’
Sathik sendiri yang menunjukkan proses pembelian atau pemilikan semula tanah-tanah di
kawasan Jitra untuk tujuan pembinaan ini. Hal ini dilihat mampu menjadi bukti akan
keberhasilan idea Dato’ Sathik dalam menjadi seorang tokoh yang mempunyai daya
pemikiran yang optimis.
Maka dapatlah penulis menyimpulkan bahawa dengan wujudnya DGCC ini, negeri
Kedah telah berjaya melonjakkan namanya selangkah ke hadapan dalam menuju
kemajuan yang diingini. Semestinya semua ini perlu dikreditkan kepada Dato’ Sathik
sebagai pengarah urusan BDB yang telah mencadangkan idea penubuhan DGCC pada
1996.
Foto: Darulaman Golf & Country Club,
Bandar Darulaman
14
Foto: Dokumen Syarikat DRSB
15
Foto: Dokumen Syarikat DRSB
5.0 KEJAYAAN TOKOH
5.1 Menyenaraikan BDB dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL)
Semasa awal penubuhan syarikat BDB oleh Dato’ Sathik pada 1995, beliau berpendapat
syarikat sektor pembinaan tersebut mampu menjadi sebuah syarikat yang utama di
Malaysia. Oleh itu, projek demi projek dijalankan oleh BDB di bawah pengurusan
cemerlang beliau sehinggalah pada tahun 1994 pihak kerajaan negeri Kedah melalui
PKNK telah meminta beliau untuk berusaha menjadikan BDB sebagai sebuah syarikat
yang mampu tersenarai di dalam BSKL.
Beliau telah berusaha sebaik mungkin sepanjang tempoh itu dan akhirnya pada awal
bulan Februari 1996, kumpulan BDB telah berjaya menjadi satu-satunya ‘governmentlinked company’ di Kedah pada masa itu yang tersenarai dalam BSKL. Hal ini demikian
16
kerana prestasi syarikat semasa di bawah pengurusan Dato’ Sathik amat
memberangsangkan. Syarikat pada ketika itu juga berjaya dalam pelbagai projek yang
dikendalikan oleh Dato’ Sathik dengan penuh dedikasi. Dalam sebuah keratan akhbar
New Straits Times tahun 1996 beliau berkata;
“We’re mindful of the fact that the company will still be substantially owned by the
State Government after the listing (in BSKL). This will work to the company’s
advantage as the State, through PKNK, is looking at expanding the construction and
property development activities as well as diversify into other areas.”6
Kejayaan Dato’ Sathik yang banyak memberi idea bagi kemajuan syarikat telah
membawa kepada kemajuan negeri Kedah dan akhirnya mencapai sebuah kejayaan yang
hebat dan layak dipuji dengan tersenarainya BDB di dalam BSKL.
Foto: Keratan Akhbar NST Februari 1996 semasa penyeneraian BDB di dalam BSKL
6.0 KESIMPULAN
17
Setelah menjalankan kajian ini, penulis boleh membuat satu kesimpulan bahawa kajian
ini mampu menjadi suatu medium yang wajar digunakan bagi memperkenalkan tokoh
sejarah iaitu Dato’ Jahubar Sathik Bin Abdul Razak dengan mengkaji dan mengenal pasti
peranan, sejarah penglibatan awal, sumbangan serta kejayaan yang dikecapi beliau
sepanjang tempoh yang telah ditetapkan. Selain itu, melalui kajian ini juga penulis dapat
mengetahui sejarah hidup tokoh dan menjadikannya sebagai suatu inspirasi bagi penulis
serta pembaca untuk mencapai kejayaan sendiri pada masa hadapan. Penulis juga ingin
mengemukakan cadangan iaitu kajian sebegini harus dijalankan dengan lebih kemas dan
mantap pada masa akan datang oleh pengkaji-pengkaji lain bagi mendapatkan keputusan
yang lebih baik dan jitu.
NOTA HUJUNG
18
1. David L. Scott, Wall Street Words: An A to Z Guide to Investment Terms for Today’s
Investor (New York : Houghton Mifflin Harcourt Publishing Co., 2010).
2. Jahubar Sathik Abdul Razak, “Bina Darulaman Berhad (BDBS.KL).”
http://in.reuters.com/finance/stocks/officerProfile?symbol=BDBS.KL&officerId=1146
073 (diakses pada 1 Mac 2014).
3. Afiq Nuradli, “Personaliti: Yakin Menghadapi Rintangan,” Dewan Ekonomi, bil.2
(1996) : 60-61.
4. Surat Rasmi Jahubar Sathik B. Abdul Razak kepada Tuan Yang DiPertua Majlis
Daerah Kubang Pasu, 18 April 1994, dlm. Fail Darulaman Realty/3/AD.2/MDKP/(31),
Majlis Daerah Kubang Pasu 441/8-516 Jilid 2.
5.
Dato’ Jahubar Sathik Abdul Razak, bekas Pengarah Urusan Bina Darulaman
Berhad, Kedah. Wawancara, 15 Februari 2014.
6. Baidura Ahmad, “Business: Spearheading Kedah’s Development,” New Straits Times
(Kuala Lumpur), 8 Januari 1996. 21
BIBLIOGRAFI
19
Afiq Nuradli, “Personaliti: Yakin Menghadapi Rintangan,” Dewan Ekonomi, bil.2
(1996) : 60-61.
Baidura Ahmad, “Business: Spearheading Kedah’s Development,” New Straits
Times (Kuala Lumpur), 8 Januari 1996.
Dato’ Jahubar Sathik Abdul Razak, bekas ahli korporat dan bekas pengarah urusan
BDB, Alor Setar. Wawancara 15 Februari 2014.
David L. Scott, Wall Street Words: An A to Z Guide to Investment Terms for Today’s
Investor, New York : Houghton Mifflin Harcourt Publishing Co., 2010.
Jahubar Sathik Abdul Razak, “Bina Darulaman Berhad (BDBS.KL).”
http://in.reuters.com/finance/stocks/officerProfile?symbol=BDBS.KL&officer
Id=1146073
Surat Rasmi Jahubar Sathik B. Abdul Razak kepada Tuan Yang DiPertua Majlis
Daerah Kubang Pasu, 18 April 1994, dlm. Fail Darulaman Realty/3/AD.2/MDKP/
(31), Majlis Daerah Kubang Pasu 441/8-516 Jilid 2.
LAMPIRAN
Skrip Temu Bual/ Wawancara Orang Sumber
Nama : Dato’ Jahubar Sathik Bin Abdul Razak
Umur : 55 tahun
20
Alamat: No. 33, Jalan 9/21D,
Taman PKNK,
05350 Alor Setar,
Kedah.
Pada 15 Februari 2014, penulis telah menemu bual tokoh sejarah iaitu Dato’ Jahubar
Sathik di kediaman beliau di Taman PKNK, Alor Setar, Kedah bagi mendapatkan
maklumat secara tepat tentang beliau.
Berikut merupakan temu bual tersebut:
Penulis
:Assalamualaikum, Dato’. Apa khabar?
Tokoh
:Waalaikumusalam, Alhamdulillah baik.
Penulis
:Jika tidak keberatan, saya ingin menemu bual Dato’ untuk mendapatkan
Maklumat bagi menyiapkan kerja kursus saya. Boleh ?
Tokoh
:Apa salahnya. Saya akan membantu apa yang termampu, inshaAllah.
Penulis:Baiklah saya mulakan. Boleh Dato’ beritahu saya mengenai latar
belakang Dato’ ?
Tokoh
:
Baiklah. Saya lahir di Kedah pada tahun 1955 dan mendapat
pendidikan
awal di Kolej Sultan Abdul Hamid, di Alor
Setar. Saya juga telah
melanjutkan pelajaran di
peringkat Master di Ohio University dan
memperoleh Master of Business Administration (MBA). Saya merupakan
seorang akauntan professional mempunyai keahlian beberapa institusi
21
utama baik dalam negara mahupun di luar negara seperti
Malaysian
Institute of Accountants, Malaysian Institute
of Certified Public
Accountants dan juga
merupakan ahli Association of Chartered Certified
Accountants (UK).
Penulis:
Boleh saya tahu kejayaan-kejayaan yang Dato’ telah kecapi sepanjang
bergelar ahli korporat dan sumbangan Dato’ terhadap pembangunan
Tokoh
Kedah?
:
Saya di bawah mandat PKNK telah menyatukan anak-anak
syarikat
seperti Darulaman Realty Sdn. Bhd. dan Kedah
SATO Sdn. Bhd. menjadi
satu syarikat yang sama iaitu
Bina Darulaman Berhad (BDB). Saya juga
telah
mencadangkan pembinaan sebuah bandar satelit di Kedah iaitu
Bandar Darulaman yang terletak di daerah Kubang Pasu. Selain itu,
sewaktu saya menjadi pengarah urusan syarikat BDB, saya telah berjaya
menyenaraikan syarikat itu di Bursa Malaysia atau Kuala Lumpur
Stock
Penulis
Exchange (KLSE).
:Sungguh besar sumbangan Dato’ dalam pembangunan negeri ini. Selain
itu, jika tidak keberatan bolehkah saya mendapatkan salinan sijil-
sijil
Dato’ dan dokumen-dokumen syarikat yang
berkaitan dengan tajuk kerja
Tokoh
kursus saya ini?
:Terima kasih atas pujian anda. Baiklah, saya ada menyediakan beberapa
sijil, keratan-keratan akhbar, dokumen syarikat Darulaman Realty
22
dan
keratan majalah untuk kegunaan kamu. Kamu
bolehlah mendapatkan
Penulis
salinannya.
:Terima kasih atas segala jasa baik Dato’ yang sudi menyediakan
dokumen tersebut dan sudi ditemu bual.
Tokoh
:Sama-sama. Jika ada apa-apa yang tidak lengkap, hubungilah saya.
Penulis
:Baiklah, terima kasih. Selamat tinggal.
Setelah selesai menemu bual, penulis telah menyusun maklumat-maklumat yang
diperoleh daripada Dato’ Sathik.
LAMPIRAN
23
Foto 2: Penulis bersama tokoh di kediaman beliau
24