Melayu Islam Beraja di Negara Brunei Dar

Kedudukan Melayu Didalam Melayu Islam Beraja

Di dalam meniti arus kemodenan dunia, Negara Brunei Darussalam masih tetap
mengamalkan satu falsafah yang menjadi tunggak pegangan negara, iaitu falsafah Melayu Islam
Beraja. Falsafah ini secara rasminya telah diisytiharkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam pada 27 Rabiulawal
1404 Hijrah bersamaan dengan 1 Januari 1984 Masehi, seperti yang terkandung dalam Titah
Perisytiharan Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam:
“…Negara Brunei Darussalam adalah dan dengan izin serta limpah kurnia Allah
Subhanahu wa Ta’ala akan untuk selama-lamanya kekal menjadi sebuah Negara Melayu
Islam Beraja yang merdeka, berdaulat dan demokratik, bersendikan kepada ajaran-ajaran
ugama Islam menurut Ahli Sunnah wal Jama’ah…”
Apabila falsafah Melayu Islam Beraja ini diperkenalkan dan diisytiharkan ia dijadikan
sebagai matlamat, amalan, dasar, prinsip, pegangan, landasan dalam berfikir, bertindak, menilai
dan merancang keseluruhan hidup berbangsa, bernegara dan berugama. Titah pemahsyuran
kemerdekaan menggambarkan dengan jelas akan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadi
sebuah Negara Melayu, Islam dan Beraja. Oleh itu, dengan dokongan dan sokongan padu
seluruh rakyat dan penduduk, Negara akan dapat mengekalkan kekuasaan pemerintahan dan
politik bangsa Melayu dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara. Dengan
itu, terbuktilah bahawa Melayu Islam Beraja teras kearah mencapai matlamat Negara Brunei

Darussalam.
Melayu didalam konsep Melayu Islam Beraja boleh diterapkan dalam tiga perkara
berbeza. Pertama sebagai bangsa melayu yang masih mengamalkan adat-adat serta nilai-nilai
tradisi atau kebudayaan melayu yang mempunyai unsur-unsur kebaikan dan menguntungkan.
Kedua didalam istilah ‘Melayu Brunei’ pula bermaksud tujuh puak seperti dalam perlembagaan
Negara Brunei 1959 iaitu Belait, Bisaya, Brunei, Dusun, Kedayan, Murut dan Tutong. Dan
termasuklah orang Melayu yang sudah berjanji setia (menjadi rakyat Sultan) di negara ini. Orang
lain hanya akan diterima menjadi rakyat secara berdaftar dan penuangan yang ditentukan oleh
1

syarat-syarat tertentu antaranya tempoh bermastautin selama 25 tahun di Brunei dan diuji secara
lisan atau tulisan oleh Lembaga Bahasa yang berpuas hati bahawa orang luar itu mempunyai
darjah pengetahuan bahasa Melayu nya dianggap baik dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu
dengan fasih serta berkelakuan baik. Dan ketiga, Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara
yang termaktub dalam Perlembagaan 1959.Orang Melayu telah lama bernegarakan Brunei
Darussalam, malah merekalah yang menjadi pengasas,penegak dan pejuang yang telah
menentukan keagungan dan keselamatan negara. Sistem pemerintahan Melayu iaitu Beraja telah
diamalkan sejak berkurun-kurun lamanya. Nilai dan norma kebudayaan melayu sebagai
sandaran. Kedatangan Islam bukan saja merubah bentuk dan nilai kebudayaan Melayu malah
kebanyakan orang Melayu telah mengubah kepercayaan mereka dan memeluk Islam.

Perlembagaan Negeri Brunei 1959 bukan saja mengiktiraf kedudukan bangsa Melayu sebagai
pewaris sah bumi Darussalam ini malah tiga identity penting dan utama majority bangsa Melayu
telah diangkat pada kedudukan yang tinggi dalam system politik dan social negara ini iaitu:
1.) Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi.
2.) Islam menjadi ugama rasmi negara.
3.) Sultan diletakkan sebagai kuasa pemerintah tertinggi negara.
Tamsilnya, Titah Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam sempena menyambut ulangtahun Hari Keputeraan Baginda
Yang Ke-44 pada hari Sabtu 21 Julai 1990 yang berbunyi:
“Maka dalam hubungan inilah, Beta baru-baru ini telah memperkenankan penubuhan
sebuah badan peringkat nasional, Konsep Melayu Islam Beraja. Konsep ini sebenarnya
bukanlah baru,tetapi sudah lahir semenjak beberapa abad lagi. Ianya tidak lebih dari
menunjukkan bentuk dan curak sebuah Kerajaan Brunei Darussalam yang tulin: Kerajaan
Melayu Islam yang Bersultan atau Beraja. Dan sebagai sifatnya sebuah Kerajaan Islam,
maka ia adalah yang terbaik dan yang terunggul serta paling adil untuk semua lapisan rakyat
dan penduduk di negara ini, sama ada mereka itu berugama Islam atau pun tidak”.
Dari tiga rangkai kata: “Melayu Islam Beraja,terdapat unsur atau nilai-nilai yang positif
untuk ketahanan negara, umpamanya dari Melayu itu,ialah bahasanya. Siapapun tidak boleh
menyangkal, bahawa Bahasa Melayu itu adalah satu-satunya alat perpaduan kita yang paling
2


efektif. Tanpa bahasa ini, kita tentunya tidak akan dikenali sebagai satu bangsa yang berdaulat
lagi mempunyai identiti.”
Seterusnya, dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali
Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien,Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
sempena sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pada hari Isnin 1
Oktober 1990 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1411 yang berbunyi:
“Sebagaimana Beta difahamkan, bahawa tema sambutan kita pada tahun ini ialah “sentiasa
Mendukung Konsep Melayu Islam Beraja.” Beta berharap,tema ini bukan saja untuk ditulis
dan diucapkan,tetapi yang lebih penting ialah untuk dihayati dan disempurnakan.
Sebagai bangsa Melayu, kewajipan kita ialah memelayukan segala tingkah laku dan
perangai kita, penuh dengan sopan santun, hormat menghormati, kasih saying terhadap kanakkanak,belas kasihan kepada orang-orang lemah dan orang-orang tua. Kemudian dari sifat-sifat
kemelayuan Brunei itu tergambar atau terpapar pula pada pakaiannya,pada cara bergaulnya,cara
berfikir dan bertindaknya. Jangan kita lebih-lebihkan memakai cara orang, bergaul cara orang,
berfikir dan bertindak cara orang. Kerana keempat-empat unsur ini,apabila sudah melebihi cara
orang itu,nanti Brunei bukan lagi Brunei. Inilah yang kita tidak mahu.”
Dengan itu, terbuktilah bahawa dengan adanya ‘Melayu’ dalam konsep Melayu Islam
Beraja sangat

berguna kepada Negara Brunei Darussalam kerana sesungguhnya tidak


lengkaplah Melayu Islam Beraja jika tidak ada Melayu.Sebaliknya ianya akan di namakan Islam
Beraja saja. Tanpa Melayu tidak lengkap lah konsep Negara Brunei Darussalam yang
berkonsepkan Negara Melayu Islam dan Beraja.
Demi memelihara sifat dan sikap ketulenan Melayu, perlu diambil langkah yang tepat
dan segera, umpamanya langkah mempertinggi maklumat, memperluas ilmu supaya dengan
maklumat dan ilmu yang baik itulah baru kita dapat memilih mana yang baik dan membuang
mana yang buruk dan melepaskan diri daripada perangkap yang terpasang. Kita perlu
mengembangkan ‘budaya tinggi ilmu’ dan membuang ‘budaya jahil’. Ini kerana budaya tinggi
ilmu akan membuka jalan kebenaran dan cahaya kearah kemajuan, sedangkan ‘budaya jahil’
akan membuahkan segala macam fitnah dan kemunduran semata-mata. Inilah sifat yang patut
3

ada pada bangsa Melayu alam zaman sekarang, dengan tujuan supaya mereka menjadi tuan yang
sebenarnya dan berkualiti, ada harga diri dan pemandai.
Melayu mempunyai dua pengertian iaitu identiti kebangsaan pada kumpulan masyarakat
yang dominan dan identiti bahasa. Puak jati bangsa Melayu yang dimaksudkan itu ialah tujuh
puak jati Brunei yang disebut dalam undang-undang iaitu Melayu Brunei, Melayu Belait, Melayu
Bisaya, Melayu Dusun, Melayu Kedayan, Melayu Murut dan Melayu Tutong. Takrif Melayu
dalam falsafah Melayu Islam Beraja bukanlah bermaksud untuk memalayukan orang yang bukan

berbangsa Melayu; tetapi mereka dikehendaki mengetahui dan menghormati budaya Melayu
Brunei dan bagi mereka yang sudah menjadi rakyat Brunei mereka hendaklah menghayati dan
menyesuaikan diri dengan budaya tersebut.
Manakala, bahasa Melayu merupakan identiti yang lebih mengikat dan konkrit yang
menggambarkan budaya orang Melayu Brunei. Penyampaian dalam bahasa Melayu dirasakan
lebih mendekatkan perasaan dan minda orang Melayu daripada penyampaian dalam bahasa
asing. Walaupun system pendidikan di Negara Brunei Darussalam menggunakan system
dwibahasa, iaitu Melayu dan Inggeris, namun pemakaian bahasa Inggeris itu hendaklah hanya
sebagai bahasa bagi maksud ilmu pengetahuan dan hubungan antarabangsa. Pengetahuan bahasa
Melayu yang baik (serta kebudayaan Brunei) adalah juga menjadi syarat utama untuk
mendapatkan taraf kerakyatan Negara Brunei Darussalam.
Dalam memperkuatkan lagi erti kemelayuan Melayu Islam Beraja itu, ketuanan Melayu
mestilah merupakan satu susunan tenaga yang aktif bukan kerana banyak bilangannya sahaja
akan tetapi juga nilainya seperti nilai bangsa, bahasa, ilmu, ekonomi, harga diri dan sikap serta
pandangan masa hadapan. Tanpa nilai ini, status ‘kemelayuan’ – walaupun melalui kuat kuasa
undang-undang – akan tidak beerti dan akan tetap merugikan. Bangsa Melayu Brunei perlu
berusaha untuk meningkatkan nilai luhur budaya Melayu, mengelokkan lagi adat, memperkaya
dan mempertinggikan taraf resam Melayu, termasuk adat istiadat diraja, dengan tidak mengubah
keasliannya serta menghidupkan kembali tulisan jawi dan pengukirannya. Dalam erti kata lain,
Negara Brunei Darussalam adalah sebuah Negara Melayu yang dipandu oleh ajaran Islam dan

dipimpin oleh Sultan yang mengamalkan niai luhur kebudayaan Melayu yang dominan dalam
kebudayaan kebangsaan mempunyai unsur kebaikan dan kelebihan, yang menjadikan nilai luhur
kebudayaan Melayu itu sebagai asas pada pembinaan sebuah anggota keluarga, masyarakat,
4

bangsa dan Negara termasuk nilai mengenai pemikiran, pertuturan, pentadbiran dan sebagainya
hendaklah terus dipertahankan sehingga terbentuk satu bangsa Brunei yang dinamik,
kemasyarakatan yang kukuh, bermuzakarah, bijaksana dalam membuat keputusan, menjiwai dan
peka kepada kemajuan dan pembangunan dengan berlandaskan ajaran Islam.
Seterusnya, bagi kelanjutan hidup bangsa orang Melayu Brunei yang dihormati dan
bermaruah ada bebrapa perkara yang perlu diperhatikan iaitu kemelayuan Brunei hendaklah
menjadi budaya yang diamalkan, ia tergambar dalam akhlak, pakaian, cara bergaul, cara berfikir
dan cara bertindak. Selain itu, mengukuhkan lagi kedudukan ekonomi orang Melayu Brunei.
Seperti dalam petikan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seperti berikut :
“Sebagai bangsa Melayu, kewajipan kita ialah memelayukan segala tingkah laku dan
perangai kita, penuh dengan sopan santun, hormat-menghormati, kasih sayang terhadap
kanak-kanak, belas kasihan terhadap orang-orang lemah dan orang-orang tua. Kemudian
daripada sifat-sifat kemelayuan Brunei it, tergambar atau terpapar pula pada pakaiannya,
pada cara bergaulnya, cara berfikir dan bertindaknya. Jangan kita lebih-lebihkan memakai

cara orang bergaul, cara berfikir dan bertindak cara orang. Kerana keempat-empat unsur ini,
apabila sudah melebihi cara orang itu, nanti Brunei bukan lagi Brunei. Inilah yang kita tidak
mahu”.

5