TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA MPU 3123 SEME

k

TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (MPU 3123)
SEMESTER MEI 2014
TUGASAN KAJIAN
JANGGUT DAN TUDUNG KEPALA DALAM TRADISI BERAGAMA
DI MALAYSIA
PENSYARAH: En. Muhammad Yusri Yusof Al-Sayburiyy
No.
1
2
3
4
5
6

Nama Ahli Kumpulan

Nombor ID

Program


Muhammad Azamuddin bin Zulkarnain

18773

Petroleum Geoscience

Luqman Sharoff bin Zainol Abidin

19814

Petroleum Geoscience

Ammar Rusyaidi bin Rosli

19787

Petroleum Geoscience

Mohd Atiq Azizan bin Ependi


20302

Petroleum Geoscience

Sahathevan a/l Mohana Sundaram

20351

Petroleum Geoscience

Muhammad Aiman Amiz bin Abdul Mutalib

20358

Petroleum Geoscience

Tarikh Diterima: __________________

Jumlah Markah: _______ / 30


1.

Pengenalan dan sorotan kajian lepas (6m)

2.

Isi dan latar belakang tajuk serta teori-teori (6m)

3.

Dapatan dan analisis soal selidik (10m)

4.

Kesimpulan (3m)

5.

Aspek teknikal, bibliografi, lampiran, ketepatan masa, format (5m)


PENGHARGAAN
Dalam usaha menyediakan projek penyelidikan ini kami ingin berterima kasih kepada
En.Muhammad Yusri Yusuf Al-Sayburiyy sebagai pensyarah yang telah banyak memberi
bimbingan dan idea kepada kami terutamanya dalam proses perancangan dalam menyiapkan
projek ini. Kami juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan kursus Petroleum Geosains atas
bantuan dan rujukan yang telah diberikan. Akhir sekali, ribuan terima kasih kepada semua rakan
seperjuangan yang telah bertungkus lumus dan bertitik peluh dalam menyediakan projek ini.

BAB 1:

PENGENALAN
______________________________________________________________________________
1.1 LATAR BELAKANG
Adat dan budaya tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia merupakan suatu
amalan yang diamalkan oleh nenek moyang pada suatu ketika dahulu dan ditinggalkan menjadi
suatu warisan secara turun temurun. Adat dan budaya tradisional ini dilaksanakan selaras
dengan nilai-nilai agama yang dianut. Namun adat dan budaya tradisional ini kadang kadang
bertembung dan bercanggah dengan nilai-nilai moden kini. Ini kerana ianya diamalkan mengikut
cara yang salah atau terlalu taksub dengan kepercayaan-kepercayaan karut atau pantang larang

tertentu. Oleh itu, adalah penting suatu kajian dilakukan bagi mengenalpasti sejauh manakah
percanggahan yang berlaku untuk mengelakkan berlakunya pencemaran terhadap amalanamalan yang berkaitan dengan agama. Dalam kajian ini, kami hanya akan mengkaji amalan
pemakaian tudung dan menyimpan janggut dalam beberapa agama di Malaysia dan bagaimana
ia telah diterima oleh generasi kini.

1.2 DEFINISI

Tudung- Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tudung merupakan kain untuk menutup
kepala, aurat (Dalam Islam bagi perempuan).
Dalam Islam, tudung atau kerudung merupakan pakaian yang digunakan untuk menutup
bahagian kepala seorang wanita. Bertudung adalah perintah Allah kepada setiap wanita Islam.
Setelah seseorang wanita memeluk Islam maka wajib baginya bertudung sebagai sebahagian
dari menutup aurat. Sementara kerudung sendiri di dalam al-Qur'an disebut dengan istilah
khumur, sebagaimana terdapat pada surah An-Nuur ayat 31: "Hendaklah mereka menutupkan
khumur (kerudung-nya) ke dadanya."
Janggut- Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, janggut merupakan seluruh rambut di wajah
yang tumbuh di seluruh dagu dan di bawah dua tulang dagu, di atas kedua belah pipi dan di
kedua pelipis semua itu dinamakan janggut kecuali misai (kumis).

1.3 OBJEKTIF KAJIAN


Secara umumnya, setiap kajian mempunyai tujuannya yang tersendiri. Begitu juga dengan kajian
yang telah dijalankan oleh kami, iaitu konsep pemakaian tudung kepala dan konsep janggut
dalam tradisi beragama di Malaysia. Melalui kajian ini, terdapat tiga objektif yang boleh kita
jadikan panduan semasa membuat kajian ini. Objektif pertama kajian adalah untuk mengetahui
tradisi agama Islam, Sikh, Hindu dan Kristian di Malaysia dalam konsep pemakaian tudung
kepala dan konsep amalan berjanggut serta mengenalpasti tuntutan-tuntutan agama atau bukti
yang menggariskan perihal tersebut.
Selain itu, kajian ini adalah untuk membuat perbandingan dan rumusan secara holistik
mengenai perspektif pemakaian tudung kepala dan amalan berjanggut dalam tradisi beragama
di Malaysia. Hal ini kerana, masyarakat Malaysia yang majmuk juga mempunyai berbagai-bagai
pegangan agama mempunyai tahap pengetahuan tersendiri dan mungkin berbeza secara rawak
mengenai tuntutan pemakaian tudung dan berjanggut dalam tradisi agama masing-masing.
Dalam pada itu, kajian ini juga menitik beratkan konsep versus realiti mengenai pemakaian
tudung kepala dan pengamalan berjanggut dalam setiap agama yang akan dibincangkan. Pada
zaman era globalisasi kini, keadaan realiti semasa amat bercanggah dengan konsep yang
berasaskan tuntutan agama, malah konsep tudung kepala dan janggut ini semakin dipandang
alpa oleh generasi muda. Oleh itu, penerapan ilmu mengenai konsep-konsep ini perlu diambil
berat dan diketahui oleh setiap lapisan masyarakat yang berbilang agama sebagai suatu
pengetahuan umum.


1.4 PERMASALAHAN KAJIAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk dan terdiri daripada
berbagai-bagai anutan agama. Kita mungkin mengenali antara sesama agama tetapi hanyalah
dari segi luaran dan fizikal, namun tidak secara lebih mendalam. Perasaan individualisme masih
lagi menebal di dalam diri setiap masyarakat walaupun kita hidup dalam negara yang terdiri
daripada berbilang kaum.
Tambahan pula, kita telah didedahkan dengan sejarah tamadun-tamadun yang ada di dalam
Malaysia melalui pelbagai kaedah seperti media massa, pembelajaran, majalah, kajian dan juga
isu-isu semasa. Namun, perkara ini telah di pandang remeh oleh masyarakat Malaysia. Ini akan
mewujudkan jurang di antara setiap kaum.
Perbezaan agama dan bahasa dan budaya akn mempersulitkan lagi jurang hubungan antara
kaum. Lantaran itu, setiap kaum terus menyuntik semangat perkaumannnya yang menebal
untuk mempertahankan agama, bahasa dan kebudayaannya, Impaknya akan menyebabkan
setiap anggota kumpulan kaum lebih mengutamakan anggota dari kaum yang sama dalam
memilih sahabat, mendapatkan pekerjaan dan natijah akhirnya akan mewujudkan polarasi
kaum atau etnik. Lebih mencabar lagi apabila setiap kumpulan etnik menjadikan fahaman
etnosentrisme sebagai pegangan dalam masyarakatnya. Di mana budaya dan nilai etnik sendiri
lebih baik, tinggi dan mulia daripada budaya dan nilai etnik yang lain (Esa, Sansalu, & Tarming,

2012). Sebagai contoh, kita dapat melihat apabila berada di mana –mana , perasaan ingin
berada dalam kaum tersendiri masih lagi kukuh. Hanya segelintir kelompok etnik yang tidak
mengamalkan sifat perkauman.
Tidak terkecuali juga sikap stereotaip yang ditanggapi negatif yang telah lama bersarang dalam
kotak pemikiran seseorang. Kesannya menyebabkan tidak tanduk seseorang itu sering kali
bersifat bias dan berat sebelah. Sikap ini akan membawa kesan negative dan tidak membantu
dalam mewujudkan keharmonian sesama kaum.

Melalui permasalahan di atas telah terbentuknya kajian terhadap budaya dan kepercayaan
masyarakat di Malaysia. Kajian ini lebih mengklasifikasikan kepada pandangan dan pengetahuan
para pelajar Universiti Teknologi Petronas terhadap konsep pemakaian tudung dan amalan
berjanggut dalam pelbagai agama di Malaysia dan juga bagi mengukur sejauh mana
pemahaman mereka terhadap konsep ini.

1.5 METODOLOGI KAJIAN
Metodologi kajian yang digunakan adalah mengedar borang soal selidik atas talian (online)
kepada beberapa orang pelajar di UTP yang merangkumi pelbagai bangsa dan juga agama
secara rawak. Jumlah borang soal selidik yang telah dijawab adalah sebanyak 62 respon. Borang
soal selidik yang disediakan mengandungi 16 pertanyaan berkenaan isu atau pendapat dan
pengetahuan mereka yang dikaitkan dengan tajuk kajian kami. Borang tersebut dilengkapi

dengan 5 skala-Likert bagi setiap persoalan yang terdiri daripada sangat setuju, setuju, tidak
pasti, tidak setuju dan sangat tidak setuju.
Melalui penerimaan jawapan daripada peredaran borang, kami akan dapat memperolehi
pandangan mereka serta pengetahuan mereka terhadap konsep pemakaian tudung kepala dan
amalan berjanggut dalam tradisi beragama di Malaysia. Kemudian, analisis dapat dilakukan
untuk mendapat peratusan bagi setiap pertanyaan yang dikemukakan. Peratusan tersebut akan
digunakan untuk menilai segala pengetahuan dan reaksi kami semua sebagai pelajar UTP di
dalam topik kajian ini. Secara tidak langsungnya, borang soal selidik inilah yang akan menjadi
sumber bagi mendapatkan pendapat yang luas daripada pelajar-pelajar UTP.
Selain pengagihan boring soal selidik, kami juga menggunakan kaedah sesi temu bual
(dipersembahkan melalui persembahan ‘slide’). Temu bual yang dilakukan adalah kepada
pelajar-pelajar UTP dan juga kepada seorang penjual buku Islamik di kawasan Pocket D, UTP.
Soalan-soalan yang dikemukakan kepada mereka berkait rapat dengan tajuk kajian yang kami
lakukan. Bagi sesi temu bual tersebut, kami telah merakam video agar dapat kami menyimpan
rekod. Tujuan rakaman itu juga adalah untuk menganalisa informasi-informasi penting yang
dapat diekstrakkan ke dalam kajian ini.

BAB 2:
LITERATURE REVIEW (SOROTAN KAJIAN)
______________________________________________________________________________


2.1 PEMAKAIAN TUDUNG DALAM AGAMA ISLAM: KONSEP VS REALITI SEMASA

Antara isu yang sering menarik perhatian dan menjadi salah faham serta serangan golongan anti
Islam adalah berhubung dengan isu wanita. Isunya pelbagai tetapi temanya sering sama
berkaitan dengan penindasan, diskriminasi, keganasan, ketidakadilan dan tiada kebebasan yang
diberikan kepada wanita Islam dalam menjalankan kehidupan mereka.
Sejarah Tudung
Sejarah pemakaian tudung kepala ini sebenarnya bermula berkurun lamanya sebelum
kedatangan Islam. Sejarah Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung kepala diamalkan
oleh rahib wanita mereka. Dengan kedatangan Islam wanita diperintahkan Allah untuk
melabuhkan tudung kepala mereka menutupi belahan dada. Menurut hadis yang diriwayatkan
Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di
Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta
tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung
dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan.
Petanda keimanan mereka terserlah dengan sikap Sami’na Wa’ato’na (Kami mendengar dan
kami taat) terhadap apa jua perintah dan ketetapan Allah tanpa perlu melihat rasional dan
hikmah yang terselindung di sebalik perintah tersebut, (K.H Husein Muhammad, 2004)
Dengan berlalunya masa, kemerosotan iman dan penghayatannya berlaku di kalangan umat

Islam. Penjajah pemikiran dan sekutunya bertungkus-lumus menjauhkan umat Islam daripada
ajaran Islam yang sebenar. Antara usaha mereka adalah menanggalkan tudung dari kepala
wanita Islam. Mereka berjaya meyakinkan wanita bahawa untuk maju, mereka harus mengikut

budaya Barat dan bebas daripada penindasan agama melalui cara berpakaian. Cara hidup
sekular dan propaganda pembebasan wanita pun dimainkan.
Shah Iran pada tahun 1936 misalnya memulakan polisi membuka tudung wanita dan memaksa
mereka berpakaian cara Barat. Pemandu teksi akan dikenakan denda sekiranya membawa
wanita bertudung dan polis disuruh mencabut tudung wanita yang berjalan di jalanraya. Malah
arahan diberikan supaya tudung wanita ini dikoyakkan sekiranya mereka memakainya di
khalayak umum. Di Malaysia sendiri sebelum tahun 1970-an, amat jarang wanita memakai
tudung kecuali mereka di pedalaman dengan fesyen menampakkan jambul.
Dengan bermulanya era kebangkitan Islam zaman 1970-an dan 1980-an, wanita kembali kepada
penghayatan Islam yang sebenar. Mereka menyedari kewajiban menutup aurat dan dengan
kesedaran dan kerelaan sendiri mereka mula memakai tudung. ‘Tudung dakwah’ adalah sinonim
dengan cara pemakaian tudung yang betul mengikut syariat selari dengan golongan dakwah
yang mengamalkannya.
Lama-kelamaan amalan ini meresap ke dalam masyarakat sehingga menjadi semacam
kewajiban yang tersirat dan dijadikan sebahagian pakaian seragam sekolah. Akibatnya, kian
ramai yang mengenakan tudung hanya kerana terpaksa, sebagai pakaian seragam ataupun
kerana mengikut perkembangan fesyen semasa dan bukannya bersandarkan kefahaman dan
kesedaran untuk mengamalkan syariat Allah. Tidak sedikit yang mencemari kesucian tudung
yang dipakai dengan terlibat dalam pelbagai kelakuan yang tidak bermoral lagi sumbang.
Namun, fenomena ini juga tidak bertahan lama. Idea-idea asing atas nama pembebasan wanita
dan perjuangan menuntut hak wanita mula bertapak di Malaysia, kali ini dalam bentuk
pemikiran Islam Liberal yang mempersoalkan hal tudung ini. Menggunakan platform kebebasan
individu utnuk mengamalkan agama dan hak asasi manusia, mereka mempersoal dan
menimbulkan kekeliruan yang bukan sedikit dalam masyarakat.

REALITI SEMASA- Beberapa peristiwa mutakhir di Malaysia menunjukkan keruncingan kemelut
tudung ini. Antaranya:


Pengetua SMK Abdullah Munshi di Pulau Pinang, melarang pelajarnya yang berumur 15
hingga 18 tahun daripada mewakili sekolah dalam perlawanan bola jaring peringkat
negeri kerana membuka tudung semasa bermain [News Straits Times 23 Mac 2006];



Di Pahang, seorang guru di sebuah sekolah aliran agama, Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Teluk Sentang telah menggunting tudung labuh pelajarnya seramai
65 orang kerana tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh mereka [Utusan
Malaysia bertarikh 25 Februari 2006];



Seorang pegawai Akaun, Habsah Jaafar dibuang kerja kerana majikanny, Hotel
Renaissance tidak membenarkan beliau memakai tudung semasa bekerja [Utusan
Malaysia 27 Februari 2006];



Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Omar Bakri semasa bertugas pernah memeranjatkan
banyak pihak dengan kenyataannya mewajibkan polis wanita wanita memakai tudung
semasa bertugas dengan alasan keseragaman [News Straits Times 22 Mac 2006]; Namun
isu ini diredakan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia
yang menyatakan bahawa pemakaian tudung hanyalah pilihan, bukan wajib, kecuali
untuk perbarisan rasmi, di mana mereka perlu mengikuti peraturan [Mingguan Malaysia
26 Mac 2006];

Sebelum ini, isu pemakaian tudung pelajar MRSM dan Universiti Islam Antarabangsa telah pun
mencetuskan kontroversi. Antara hujah mereka yang menentang penguatkusaan tudung
sebagai pakaian seragam samada di sekolah mahupun dalam pasukan beragam adalah kerana ia
kononnya mencabuli kebebasan individu dan menurut mereka terdapat khilaf ulama berhubung
bentuk pakaian wanita Islam khususnya dalam pentafsiran Surah An Nur ayat 31. Mereka
mahukan ayat ini ditafsir semula mengikut citarasa dan kehendak nafsu mereka. Sedangkan
jumhur ulama sebenarnya sudah sepakat berhubung dengan maksud ayat ini dan meletakkan
garis panduan cara berpakaian bagi wanita dan lelaki menurut syariat.

Di peringkat antarabangsa pula, isu tudung bagi wanita Islam terus mencetuskan kontroversi.
Kes Ahli Parlimen terkemuka Turki, Merve Safa Kavakci daripada Parti Kebaikan Turki yang
dipecat kerana bertudung, Shabina Begum, 17 tahun di London dan empat pelajar Singapura
yang dinafikan persekolahan juga kerana bertudung, terus menjadi antara kes sekularisme vs
Islam yang akan tersimpan dalam lipatan sejarah.
Selain itu, tindakan Perancis mengharamkan pemakaian tudung di sekolah awam telah
mencetuskan demonstrasi besar-besaran di Eropah menentang tindakan yang tidak bertamadun
ini. Ribuan wanita turun membanjiri jalan raya London membawa sepanduk menegaskan
bahawa hijab adalah satu kewajiban dan menjadi pilihan wanita Islam untuk mengamalkan
ajaran agama mereka. Hijab juga melambangkan kebebasan, bukan penindasan terhadap kaum
wanita. Dengan berhijab, wanita menuntut supaya mereka dinilai dan dilihat atas dasar
keimanan dan kebijaksanaan serta budi pekerti dan bukan hanya bahan tontonan objek seks
semata-mata.
Tudung dan Syariat
Isu tudung tidak seharusnya menjadi polemik dalam masyarakat. Ia bukan soal etika berpakaian.
Bagi Muslim, menutup aurat adalah perintah agama yang wajib dilaksanakan. Orang yang
menggunakan ayat Allah dalam permulaan ayat 256 Surah Al Baqarah yang bermaksud “Tiada
paksaan dalam agama…” sebagai sandaran tidak boleh menguatkuasakan perintah bertudung
telah melakukan kebatilan dalam agama. Memang benar tiada paksaan dalam menganut agama
Islam. Namun, setelah yakin Islam adalah ajaran hidup yang benar, semua umat Islam tidak
terkecuali daripada menjalankan peritah Allah secara keseluruhannya sebagaimana firman Allah
dalam surah yang sama pada ayat awal dari surah Al Baqarah ayat 208 yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan
janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagi kamu.
Peri hal kewajiban menutup aurat telah dijelaskan secara terperinci oleh Allah dalam surah An
Nur ayat 31 bermaksud:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan
mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan
janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan
hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan
janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka (Danial
Zainal Abidin, 2007).
Cara Menutup Aurat – Panduan Syariat
Al Quran dan As Sunnah tidak memperincikan bentuk atau warna hijab atau tudung (sebahagian
makna dari hijab), mahupun pakaian yang harus digunakan oleh wanita Muslim. namun, ulama
memberikan garis panduan cara berpakaian mengikut landasan syariat. Antaranya ialah:
1. Tiada bentuk atau fesyen tertentu bagi pakaian wanita Islam;
2. Pakaian mestilah menutup seluruh anggota aurat dengan sempurna;
3. Pakaian mestilah longgar dan tidak nipis supaya tidak menonjolkan susuk tubuh;
4. Tidak dengan tujuan untuk bermegah seperti memakai pakaian yang melampau
mahalnya, fesyen dan warna yang ketara sehingga membezakannya dengan orang lain
dan menarik perhatian;
5. Tidak terlampau zuhud dengan memakai pakaian yang terlalu lusuh sehingga
menimbulkan ujub dalam diri,
6. Tidak menyerupai pakaian lelaki

2.2 KONSEP PEMAKAIAN TUDUNG WANITA WUJUD DALAM SEMUA AGAMA

Kebangkitan agama yang terjadi ekoran meletusnya revolusi Syiah di Iran pada tahun 1979 telah
membawa beberapa perubahan dalam kehidupan agama masyarakat Islam di seluruh dunia.
Salah satu perubahan itu ialah sebilangan besar kaum wanita Islam kembali kepada amalan
memakai tudung atau hijab. Bagaimanapun, isu ini sukar dibincangkan secara ilmu terutama
pada waktu sekarang dan sesiapa yang cuba menggeledahnya boleh dituduh macam-macam
termasuk dicap menentang hukum Allah. Bukan tiada ulama pragmatis yang mengetahui
tentang kedudukan sebenar mengenai tudung ini, tetapi mereka tidak mahu bercakap tentang
perkara tersebut.
Ketika ulama dogmatis menjadikan hukum memakai tudung sebagai kewajipan yang tidak boleh
bertolak ansur dan sesetengah pergerakan agama menjadikannya sebagai agenda perjuangan,
ulama pragmatis pula memandangnya sebagai kecil dan remeh (K.H Husein Muhammad, 2004).
Pada pandangan ulama golongan kedua ini, perkara seperti itu tidak ada faedah dan tidak patut
diberi perhatian, tetapi yang patut diberi perhatian ialah soalan pembangunan umat yang
menyeluruh termasuk pendidikan, politik, ekonomi dan lain-lain.
Sepintas lalu agak logik juga mendengar ulama pragmatis di negara-negara Arab berhujah pada
tahun 80-an. Bagaimanapun, jika diteliti betul-betul perkara kecil dan remeh inilah yang
membawa banyak masalah kepada orang ramai jika ulama tidak sanggup memberi penjelasan
dengan sebaik-baiknya. Ini kerana perkara kecil dan remeh ini boleh menjadi perkara besar yang
berbahaya. Dalam kehidupan harian kita terdapat banyak perkara kecil dan remeh yang boleh
mengganggu dan mengancam kita.
Sebagai contoh sebiji atau beberapa biji pasir yang termasuk dalam kasut kita dianggap perkara
terlalu remeh dan kecil, tetapi ia boleh menyebabkan kita kehilangan imbangan, apatah lagi jika
kita berada dalam keadaan tidak boleh menanggalkan kasut untuk membuang pasir itu.

Hasil daripada kehilangan imbangan itu mencetuskan perkara yang lebih berbahaya iaitu
kemarahan. Jika kemarahan itu pula melanda diri kita, mungkin kita tidak akan berlaku adil
terhadap diri sendiri dan orang lain.
Dalam kehidupan kita di rumah, di tempat kerja dan di sekeliling kita selalu ada masalah seperti
ada sebiji atau beberapa biji pasir dalam kasut ini. Sesetengah orang mungkin lebih sakit dan
menderita apabila berhadapan dengan perkara-perkara kecil kerana tidak pandai mencari jalan
keluar daripada masalah itu. Tetapi sebenarnya manusia yang hilang pertimbangan tidak dapat
membezakan antara masalah kecil dan masalah besar. Pada manusia seperti ini masalah kecil
adalah masalah besar. Dengan itu tidak wajar membiarkan perkara remeh dan kecil itu menjadi
masalah besar dan dalam kes tudung ini jika dibiarkan tanpa penjelasan sebaik-baiknya ia boleh
menyebabkan orang mengecap wanita yang tidak bertudung sebagai kurang Islam ataupun
terus mengecapnya tidak Islam dan kafir.
Terdapat sejenis tudung dipanggil wimple dipakai oleh wanita Kristian di atas kepala dan di
sekitar leher, pipi dan dagu. Ia biasanya diperbuat daripada linen putih atau sutera yang bagus.
Ia digunakan dengan membingkaikan muka dan menudung leher dan bahagian dada.
Sekurang-kurang pada penghujung abad ke-12 sehingga permulaan abad ke-14, pemakaian
tudung begitu ketara di seluruh Eropah pada zaman pertengahan. Kini pakaian itu masih
kelihatan dipakai semula oleh sesetengah wanita Barat yang kuat beragama di selatan Eropah
dan pulau-pulau di Laut Mediterranean. Begitu juga ada sejenis fesyen tudung digunakan di
kalangan wanita Kristian kini dikenali sebagai hajab iaitu hijab atau tudung. Dikatakan pakaian
itu diterima oleh wanita Barat pada zaman pertengahan dulu dengan meniru pakaian wanita
Islam di Asia Barat. Para pejuang Kristian yang melancarkan perang Salib dulu yang membawa
fesyen itu ke Barat.
Dalam Injil pula disebut (1st Corinthians 11:5 E6): ``Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa
atau sembahyang dengan kepala yang tidak bertudung, menghina kepalanya, sebab ia sama
dengan perempuan yang dicukur rambutnya. Sebab jika perempuan tidak mahu menudung
kepalanya, maka haruslah ia juga menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah
penghinaan kalau rambutnya digunting atau dicukur, maka haruslah ia menudung

kepalanya.''Jika merujuk kepada zaman Roman, kita juga boleh mendapati tudung menjadi
pakaian wanita di kalangan orang Roman.
Mohammad Ali El-Zahiri dalam Huquq al-Mar'ah Wa Ghairiha menulis: ``Kaum wanita Roman
bekerja di rumah. Sedangkan para suami dan bapa mereka pula ikut serta dalam peperangan.
Selain kerja dalam rumah, kaum wanita Roman juga melaksanakan kerja menenun... mereka
sangat keterlaluan dalam mengenakan pakaian tudung.''
Sebagai contoh seorang bidan tidak akan keluar dari rumah kecuali menutup lingkup dirinya dan
tidak kelihatan kecuali muka yang berpurdah tebal. Sedangkan pakaiannya pula labuh sehingga
mencecah buku lali. Di atas pakaian itu pula terdapat jubah (menutupi badan) dan tidak boleh
ternampak sedikit pun bentuk liuk tubuhnya.
Di kalangan penganut Hindu pula terdapat juga amalan memakai tudung. Sejenis tudung wanita
Hindu dikenali sebagai parda dan ia adalah purdah yang dipakai wanita Islam di Asia Barat.
Bagaimanapun, pakaian tradisi wanita India secara keseluruhannya adalah hampir sama dengan
pakaian wanita Islam. Ini barangkali disebabkan India pada masa lalu pernah diperintah oleh
beberapa kerajaan Islam.
Banyak lagi agama dan budaya lain yang mewajibkan atau sekurang-kurangnya menggalakkan
kaum wanita memakai tudung. Tetapi penulis percaya apa yang telah dibincangkan di atas
adalah mencukupi untuk menjadi hujah bahawa tudung merupakan fenomena agama dan
budaya sedunia kerana ia wujud dalam kebanyakan agama dan budaya.

2.3 PERBANDINGAN DASTAR DALAM AGAMA SIKH DENGAN PEMAKAIAN SERBAN DALAM
AGAMA ISLAM
Serban dalam konteks Malaysia merupakan satu istilah yang cukup sinonim dengan agama Islam
dan agama Sikh. Kedua-dua agama ini menjadikan pemakaian serban sebagai salah satu amalan
yang mempunyai tujuan dan falsafahnya yang tersendiri. Dalam agama Sikh, pemakaian serban
atau dalam bahasa Punjabi ia dipanggil dastar, dianggap satu kemestian yang perlu dilaksanakan
untuk membuktikan kepatuhan dan keyakinan mereka kepada ajaran Guru serta kitab suci
mereka. Dalam Islam pula, serban merupakan pakaian Rasulullah s.a.w. dan umat Islam
digalakkan untuk memakainya. Walaupun secara umumnya, terdapat persamaan antara serban
dan dastar, namun ia berbeza dari segi pemakaian, bentuk, ukuran serta warnanya (Aman
Daima Md Zain, 2012).

BAB 3:
LANDASAN TEORI
___________________________________________________________________

3.1 LANDASAN TEORI UNTUK TUDUNG KEPALA BERDASARKAN AGAMA ISLAM
(UNTUK KAUM WANITA)
1.Menurut al-Quran
Ayat terpenting yang menetapkan kewajiban berhijab pada kaum wanita yang akan kita bahas
adalah ayat ke-31 surat an-Nur dan ayat ke-59 surat al-Ahzab. Allah swt dalam surat an-Nur ayat
ke 31 berfirman:

(Wahai Rasulullah) Dan katakanlah kepada kaum wanita yang beriman agar mereka menahan
pandangan mereka dan menjaga kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan
perhiasan mereka kecuali sesuatu yang (biasa) tampak darinya. Hendaknya mereka
menutupkan kerudung mereka ke dada mereka (sehingga dada mereka tertutupi), janganlah
menampakkan perhiasan mereka kecuali untuk suami-suami mereka, atau ayah dari suamisuami mereka atau putra-putra mereka, atau anak laki-laki dari suami-suami mereka, atau

saudara-saudara laki-laki mereka, anak laki-laki dari saudara-saudara laki-laki mereka, atau
anak laki-laki dari saudara-saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita mereka atau
budak-budak mereka atau laki-laki (pembantu di rumah) yang tidak memiliki syahwat atau
anak kecil yang tidak paham terhadap aurat wanita. Dan janganlah kalian mengeraskan
langkah kaki kalian sehingga diketahui perhiasan yang tertutupi (gelang kaki). Wahai orangorang yang beriman bertaubatlah kalian semua kepada Allah swt supaya kalian termasuk
orang-orang yang beruntung.

Para ahli tafsir menyebutkan bahwa sebab turunnya ayat ini adalah sebuah kisah yang dinukil
dari Imam Muhammad Baqir a.s. Beliau bersabda: “Pada satu hari, di kota Madinah ada seorang
wanita cantik yang sedang berjalan dengan mengikatkan kerudungnya ke telinganya (yang
menjadi kebiasaan wanita pada saat itu) sehingga tampak leher dan dadanya. Seorang laki-laki
dari golongan Anshar berpapasan dengannya, karena kecantikan wanita tersebut dia terpesona
dan tidak peduli akan keadaan sekelilingnya, dia telah mabuk akan kemolekan wanita tersebut.
Sang wanita memasuki gang sempit, sedang pandangan laki-laki tersebut terus membuntutinya
sampai tak terasa dia terbentur sebuah benda keras dan tajam sejenis tulang atau kayu yang
menjorok dari tembok sehingga kepala dan dadanya mengucurkan darah segar yang melumuri
pakaiannya.Dalam keadaan seperti itu dia datang menghadap Rasulullah saw dan menuturkan
semua yang terjadi. Pada saat itulah, malaikat Jibril a.s. datang membawa ayat ini.”

Daripada ayat di atas kita dapat menyimpulkan beberapa perkara penting, antaranya:
 Hendaknya kaum wanita menutup pandangan mereka dari pandangan yang penuh
syahwat kepada laki-laki bukan muhrim.

 Wajib bagi kaum wanita menutupi auratnya dari laki-laki bukan muhrim.

 Wajib bagi kaum wanita menutupi badan dan perhiasan mereka.

 Diperbolehkan bagi kaum wanita untuk menampakkan badan dan perhiasan mereka di
hadapan para muhrimnya.

2. Menurut Hadis
Banyak hadis-hadis atau riwayat-riwayat yang membahas tentang hijab, oleh karenanya perlu
kita pilah-pilah dan kelompokkan riwayat-riwayat tersebut dalam beberapa kategori.
a. Hadis tidak diwajibkannya menutup wajah dan telapak tangan
 Mas’adah bin Ziyad menukil dari Imam Ja'far Shadiq a.s. ketika beliau ditanya tentang
perhiasan yang boleh untuk ditampakkan, Imam menjawab:”Wajah dan telapak
tangan.”

 Ali bin Ja'far ditanya tentang batasan seorang laki-laki dapat melihat wanita non
muhrim, Imam menjawab: “Wajah, telapak tangan dan pergelangan tangan.”

 Dalam hadis lain juga disebutkan bahwa pada suatu hari Jabir bin Abdullah bersama
Rasulullah menuju rumah putrinya Sayyidah Fathimah. Sesampainya di pintu rumah,
Rasulullah mengucapkan salam dan meminta izin kepada putrinya untuk masuk sambil
memberitahukan bahwa dia bersama Jabir bin Abdullah. Sayyidah Fathimah meminta
beliau untuk menunggu sebentar karena pada waktu itu beliau belum menutup
rambutnya. Setelah Sayyidah Fathimah menutup rambutnya, Rasulullah dan Jabir
masuk ke rumah Sayyidah Fathimah. Rasulullah melihat wajah putrinya pucat dan
kekuning-kuningan, kemudian bertanya mengapa hal ini terjadi. Sayyidah Fathimah

menjawab bahawa wajah pucatnya kerana rasa lapar yang menderanya. Mendengar hal
itu Rasulullah langsung berdoa kepada Allah agar menghilangkan rasa lapar yang
diderita oleh putrinya.

Daripada hadis di atas kita dapat mengambil dua kesimpulan:
1. Sayyidah Fathimah tidak menutup wajahnya di hadapan laki-laki bukan muhrim.
2. Tidak wajib menutup wajah di hadapan laki-laki bukan muhrim.

b. Hadis tentang diwajibkannya berhijab di hadapan Yahudi dan Nasrani
 Imam Shadiq a.s. bersabda: “Tidak dibenarkan seorang wanita muslim menampakkan
auratnya di hadapan wanita Yahudi dan Nasrani, karena mereka akan menceritakan ciriciri jasmaninya kepada suami-suami mereka.”

c. Hadis tentang ciri-ciri dan waktu hijab
 Imam Shadiq a.s. bersabda: “Bukan termasuk maslahat jika wanita memakai kerudung
dan baju yang tipis.”

 Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib bersabda: “Selamat bagi kalian yang memakai baju
yang tebal, karena sebenarnya orang yang memakai baju yang tipis maka imannya pun
tipis.”

 Imam Shadiq a.s. bersabda: “Cukuplah sebagai tolok ukur kehinaan seseorang ketika dia
memakai baju yang menyebabkan kemasyhurannya.”
 Imam Shadiq bersabda: “Rasulullah Saw selalu melarang laki-laki untuk menyerupai
wanita dan melarang wanita untuk menyerupai laki-laki dalam segi berpakaian.”

d. Hadis tentang balasan bagi mereka yang tidak berhijab
 Rasulullah saw bersabda: “Wanita yang di neraka menggantungkan dirinya dengan
rambutnya adalah wanita yang tidak menutup rambutnya di hadapan selain
muhrim.”[27]

 Rasulullah saw bersabda: “Dua golongan penghuni Jahanam belum pernah aku lihat.
Kelompok yang disiksa dengan sebuah pecut (menyerupai ekor sapi). Kedua para wanita
yang berbusana namun telanjang (mereka yang mengenakan baju tipis dan
transparan)...”[28]

 Dengan melihat dan memperhatikan beberapa hadis di atas, maka jelaslah bagi kita
bahwa Allah swt telah mewajibkan hijab bagi wanita muslimah.

(UNTUK KAUM LELAKI)
1. Pandangan Ulama’ Terhadap Serban dan Kopiah
Firman Allah Taala dalam Surah Al-A’raf ayat 31
“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada setiap kali kamu
ke tempat ibadah ( atau mengerjakan sembahyang ) dan makanlah serta minumlah, dan
jangan pula kamu melampau-lampau; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang
yang melampaui batas”. Menurut Imam al-Mawardi, maksud berhias di dalam sembahyang
ialah memakai secantik-cantik pakaian. Manakala menurut pendapat Imam Abu Hayyan,
zahir ayat di atas menunjukkan bahawa berhias dengan secantik-secantik pakaian
(termasuklah memakai songkok dan berserban) bukan sahaja dituntut di dalam
sembahyang bahkan di luar waktu sembahyang (setiap masa dan ketika) . Menurut Sheikh
Mahmud Syaltut, ketika memberi jawapan kepada soalan berhubung dengan sembahyang
tanpa serban, kopiah atau songkok di kepala, beliau berpendapat tidaklah menjadi syarat
sah sembahyang dengan menutup kepala atau tidak dan tidak pula disyaratkan jikalau
untuk menutup kepala mesti dengan penutup khas. Walaupun begitu, bagi seseorang Islam
eloklah dia bersembahyang dengan memakai serban, kopiah atau songkok dengan syarat
tidak menutup dahi ketika sujud. At- Tarmizi dan Muslim meriwayatkan daripada Ja’far bin
‘Amrin bin Huraith, daripada bapanya katanya:
Maksud: “Aku melihat Rasulullah SAW di yang memakai serban hitam di mana Baginda
melabuhkan kedua hujungnya di antara dua bahunya”.
Berkata pengarang kitab Al-Mishbah : Hassan bin Ali dan Ibnu Zubair pernah memakai
serban hitam ketika berkhutbah dan begitu juga Anas, Muawiyah, Ammar dan lain-lain
lagi. Dan adalah Sa’id bin Musayyib memakai serban hitam pada hari raya puasa dan
haji. Berdasarkan yang demikian, sebahagian ulama berpendapat tidak perlu
mengkhususkan dirinya dengan memakai serban hitam sama ada hari Jumaat atau harihari yang lain.

Berkata Imam Nawawi : “Memakai warna putih adalah lebih utama. Dan serban putih
adalah lebih sesuai sebagai perhiasan para ulama’ pada zaman ini”.Sheikh Muhammad
Rasyid Reda pernah ditanya adakah memakai serban itu sunnah rasulullah SAW dan
adakah orang yang memakai serban itu mendapat pahala. Untuk menjawab soalan itu,
beliau memberikan jawapan berikut :

”Telah tersabit dalam hadith bahawa Nabi SAW terkadang :
1. memakai serban di atas kopiah, dan inilah sering berlaku
2. memakai serban tanpa kopiah
3. memakai kopiah tanpa serban

2. Pandangan Ulama’ Terhadap Songkok

Songkok harus dipakai kerana tidak bertentangan dengan Islam dan ia merupakan
pakaian kebiasaan yang dipakai oleh masyarakat Melayu terutama semasa solat dan
dipakaikan bersama Baju Melayu. Asasnya kerana ia berkonsepkan sebagai penutup
kepala. Perbuatan menutup kepala bagi lelaki adalah Sunnah Nabi berdasarkan mafhum
hujah berikut:
Menurut Imam As-Sayuti yang diringkaskan dari buku ”Al-Hawi”nya (2:111-112) :
Berdasarkan keterangan lalu, Nabi Muhammad SAW pernah memakai kopiah putih dan
begitu juga Anas bin Malik RA. Dipadankan juga daripadanya bahawa sekiranya serban
atau kopiah tidak ada, Nabi SAW tidak akan membiarkan kepala Baginda yang mulia

terdedah begitu sahaja, akan tetapi Baginda akan membalutnya sehingga sampai ke
dahi”.

Berdasarkan pendapat Imam Sayuti di atas, pemakaian songkok adalah diharuskan sebagai
satu konsep menutup kepala sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang tidak
akan membiarkan kepala Baginda yang mulia terdedah begitu sahaja tanpa penutup kepala.
Berdasarkan kepada hujah Imam Sayuti sebelum ini berkenaan dengan maksud Qalansuah
(bahawa ianya adalah lebih menyerupai sesuatu yang diperbuat dari jenis kain kapas dan
bulu), songkok juga boleh dikategorikan sebagai Qalansuah.

3.2 LANDASAN TEORI UNTUK JANGGUT BERDASARKAN AGAMA ISLAM

 Hukum penyimpanan janggut merupakan sunnah nabi, tapi hukum ini berbeza bagi
setiap mazhab yang wujud. Berikut dibawakan hukum menyimpan janggut mengikut
empat mazhab yang mashyur. (Rumusan al-Qaradawi dalam Fiqh Thaharah)

 Dr. Yusuf Qaradawi, iaitu hukumnya sunat mu'akkad dan mencukurnya tanpa keperluan
ialah makruh.

3.3 LANDASAN TEORI UNTUK TUDUNG KEPALA BERDASARKAN AGAMA SIKH

Sejarah pemakaian serban ini dapat dilihat melalui pemahaman terhadap pengenalan 5
artikel keimanan (5 Articles of faith) yang telah diperkenalkan oleh Guru Sikh yang
kesepuluh, iaitu Guru Gobind Singh pada hari perayaan Vaisakhi pada 1699 (Aman
Daima Md Zain, 2012).

 Sebab utama pemakaian serban dalam agama Sikh adalah:
 untuk memelihara rambut,
 memperkenalkan konsep kesamaan (equality)
 dan untuk memelihara atau mengekalkan identiti seorang penganut Sikh.

Bagi wanita pula, mereka juga boleh memakai serban atau memilih untuk memakai
selendang tradisional. Selain itu, wanita Sikh juga boleh memakai serban di bawah
selendangnya.

Pengamalan ini berkait rapat dengan prinsip 5 K, Kesh (rambut yang dibiar panjang dan
tidak dipotong), Kangha (sikat kecil yang dibuat daripada kayu), Kara ( gelang besi),
Kacchera ( seluar pendek) dan Kirpan (pedang kecil). Signifikan Kesh sebagai salah satu
artikel keimanan. Rambut sesorang merupakan sebahagian daripada ciptaan Tuhan.
Jadi, perbuatan membiarkannya panjang dan tidak dipotong menunjukkan bahawa
seseorang rela menerima kurniaan Tuhan sepertimana yang telah dijadikan.

3.4 LANDASAN TEORI UNTUK JANGGUT BERDASARKAN AGAMA SIKH

Apabila seseorang penganut Sikh memohon amrit, iaitu menjadi anggota Persaudaraan
Khalsa, mereka diminta untuk tidak boleh memotong atau mencukur sebarang rambut di
mana-mana bahagian badannya. Yakni, adalah dilarang untuk memotong atau mencukur
rambut dari mereka bayi lagi sehinggalah mereka dewasa sebab mana-mana rambut atau
bulu di anggota badan adalah anugerah tuhan. Hal ini kerana atas kepercayaan mereka
bahawa ,emotong rambut kepala dapat memusnahkan tenaga dari Chakra Sahasrara
(Crown Chakra) dan memotong rambut badan dapat merosakkan aura yang terdapat di
sekeliling badan mereka. Oleh itu mereka perlu menyimpan rambut yang panjang dan
menjaganya dengan teliti dipercayai sebuah amal ibadat untuk Tuhan mereka. Rambut,
janggut dan dastar akan menjadi sebuah simbol untuk membezakan di antara penganut
agama Sikh dengan penganut agama lain. Tambahan lagi, rambut dan janggut adalah simbol
ketaatan kepada Tuhan dan Guru mereka di dalam agama Sikh. Rambut kepala dan badan
yang tebal dapat memberi kekuatan dan mengurangkan kepanasan badan. Menyimpan dan
menjaga rambut kepala yang panjang juga dipercayai dapat mendidik seseorang menjadi
seorang yang lebih bersopan dan bertanggungjawab.

3.5 LANDASAN TEORI UNTUK TUDUNG KEPALA BERDASARKAN AGAMA KRISTIAN

Telah dinyatakan di dalam kitab Bible bahawa pemakaian tudung ini adalah wajib bagi setiap
wanita Kristian terutama sewaktu upacara keagamaan.

 Kitab Bible 1 Korintus,Bab 11 :
1) 11:5

Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa atau bernubuat dengan kepala yang

tidak bertudung, menghina kepalanya, sebab ia sama dengan perempuan yang
dicukur rambutnya.
2) 11:6 Sebab jika perempuan tidak mau menudungi kepalanya, maka haruslah ia juga
menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan, bahwa
rambutnya digunting atau dicukur, maka haruslah ia menudungi kepalanya.
3) 11:10 Sebab itu, perempuan harus memakai tanda wibawa di kepalanya oleh
karena para malaikat. Tudung bagi seorang perempuan bukan sekadar hiasan
mencantikkan wajah dan penampilan. Sebenarnya ia adalah lebih daripada itu, iaitu
tudung adalah tanda kewibawaannya. Sekiranya wanita kristian memakai tudung, ini
menunjukkan tahap kewibawaan mereka terhadap agama mereka sendiri.

3.6 LANDASAN TEORI UNTUK JANGGUT BERDASARKAN AGAMA KRISTIAN
Kini, ahli-ahli masyarakat agama Katolik, terutamanya mereka yang berasal dari
Franciscan, gunakan janggut sebagai tanda kerjaya mereka. Sejarah menunjukkan gereja
Katholik ada masanya membenarkan ada masanya melarang penyimpanan bulu muka
dalam kalangan ulama. Sebahagian besar Roman atau Latin-upacara ulama adalah
bercukur licin. Walaupun kebanyakan orang Kristian Protestan menganggap janggut
sebagai perkara pilihan, ada yang telah menjadi peneraju dalam fesyen secara terbuka
menggalakkan pertumbuhan sebagai “tabiat yang paling semula jadi, kitab, jantan dan
bermanfaat” atau dengan mengharamkan bercukur sama sekali, seperti dalam kes
beberapa Gereja Presbyterian.

3.7 LANDASAN TEORI UNTUK TUDUNG KEPALA BERDASARKAN AGAMA HINDU
Hinduism, juga dikenali sebagai Dharma Vaidika ialah satu agama atau falsafah yang
berasal dari benua India dan kawasan sekeliling yang berhampiran. Agama ini adalah
agama tertua yang diketahui di dunia, dan tidak dapat mengenal pasti pengasas-

pengasasnya, atau dimana wujudnya agama tersebut atau bandar suci yang utama masih
lagi menjadi tanda soal. Kitab pertama agama ini ialah Veda dan dengan berlangsung
masa, banyak kitab yang lain juga termuncul.
Istilah Hinduisme merangkumi berbagai-bagai aliran fikiran dan taifah, serta upacaraupacara amal yang amat berbeza. Banyak penganut Hindu yang dipengaruhi oleh
falsafah Advaita bersembahyang kepada berbagai-bagai dewa, dan menganggap dewadewi ini sebagai penjelmaan-penjelmaan untuk satu Roh Kosmo monistik yang agung,
Brahman, sedangkan banyak penganut yang lain menumpukan kepada satu konsep
mufrad untuk Brahman, umpamanya Vaishnavisme, Saivisme dan Syaktisme. Hinduisme
ialah agama yang ketiga terbesar di dunia. Perihal mengenai pemakaian tudung kepala
dalam agama Hindu adalah seperti berikut:


Tiada sebarang nas yang menyuruh penganut agama Hindu untuk menutup kepala atau
memakai tudung kepala.



Namun begitu, sebarang pakaian yang sopan dan menutupi hampir kesuluruhan badan
dianggap paling baik.



Wanita Hindu mungkin memakai tudung atau selendang, tetapi ia bukanlah sebahagian
dari ketetapan etika pakaian oleh agama. Hal yang sama juga berlaku dalam kalangan
lelaki Hindu, di mana cara berpakaian mereka berbeza mengikut budaya masing-masing.



Terdapat sesebuah kuil yang menyembah dewa yang bujang sepanjang hidup. Oleh itu
perempuan dikehendaki menutup kepala dengan selendang supaya rambut tidak gugur
di kawasan kuil tersebut.

3.8 LANDASAN TEORI UNTUK JANGGUT BERDASARKAN AGAMA HINDU
Teks purba mengenai janggut bergantung kepada Deva dan ajaran yang lain, yang
berbeza-beza. Ramai Sadhus, Yogi, atau pengamal Yoga menyimpan janggut, dan
mewakili semua keadaan hidup. Pertapa Shaivite umumnya mempunyai janggut, kerana
mereka tidak dibenarkan untuk memiliki apa-apa, termasuk pisau cukur sendiri. Lelaki
Vaishnava pula sering bercukur licin sebagai tanda kebersihan. Tok-tok sami juga banyak
menyimpan janggut kerana dua sebab. Satu, kerana mereka tidak mementingkan
penampilan mereka. Selain itu, mereka tidak ingin membunuh sel-sel rambut yang hidup
dan menggangap ia sebagai sebahagian diri mereka yang penting. Ada juga penganut
agama Hindu yang menyimpan janggut semasa berkabung sebagai tanda penghormatan
kepada orang yang meninggal.
KONSEP VS REALITI: PEMAKAIAN TUDUNG KEPALA DAN JANGGUT DALAM AGAMA HINDU
(TUDUNG)
 Memakai selendang bukan disebabkan oleh agama tetapi budaya.


Sesetengah penganut agama Hindu yang berada dalam kelompok konservatif di India
atau di mana-mana sahaja menutup kepala mereka dengan selendang tetapi komuniti
Hindu yang lain tidak mengamalkan perkara itu.



Misalnya, seorang yang beragama Hindu di perkampungan kecil di Rajasthan akan
menutup kepala atau rambut dengan kain menutup kepala, tetapi seseorang yang
beragama Hindu di Malaysia atau Bombay tidak memakai kain menutup kepala. Malah,

dalam perkahwinan juga bukanlah satu kewajipan untuk wanita memakai tudung kepala,
sekali lagi menekankan pengaruh budaya sekalipun ianya diamalkan.



(Janggut)
Manakala konsep janggut di dalam agama Hindu tidak menyatakan apa-apa tuntutan
mengenai perihal penyimpanan janggut.



Janggut yang disimpan kebanyakan adalah disebabkan gaya yang mengikut peredaran
semasa dan tiada halangan atau paksaan dalam menyimpan janggut dalam agama
Hindu.

BAB 4:
HASIL DAPATAN KAJIAN
___________________________________________________________________

Kajian soal selidik bagi tajuk “Janggut dan Tudung Kepala dalam Tradisi Beragama di
Malaysia” dijalankan ke atas 62 responden yang terdiri daripada 56 orang beragama Islam, 3
orang beragama Hindu, 2 orang beragama Kristian dan 1 orang beragama Buddha. 62
responden ini terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan agama dan mereka merupakan
pelajar UTP itu sendiri.
Berikut merupakan hasil soal selidik :
No.

Pernyataan
1

2

3
4

5
6

Saya tahu sedikit sebanyak
tentang hukum mempunyai
janggut dalam Tradisi
Beragama di Malaysia.
Penyimpanan janggut bagi
orang Sikh membuktikan
kepatuhan mereka kepada
guru dan kitab suci
Agama Buddha tidak
menetapkan sebarang hukum
untuk menyimpan janggut
Janggut yang dimiliki
melambangkan kealiman
sesorang lelaki dalam agama.
Lelaki Muslim digalakkan
menyimpan janggut
Janggut adalah sebahgian dari
fesyen bagi orang Kristian

7

Lelaki berjanggut kelihatan
kurang kemas dan pengotor

8

Saya tahu sedikit sebanyak
tentang hukum memakai
tudung dalam Tradisi
Beragama di Malaysia.

Sangat
tidak
setuju

Tidak
setuju

Tidak
pasti

Setuju

Sangat
setuju

4

2

23

24

9

1

5

28

15

13

1

6

35

8

12

14

10

17

16

5

1

0

4

13

44

5

7

39

3

8

21

27

6

4

4

1

1

5

24

31

9
10

11

12
13

Pemakaian tudung bagi wanita
Adalah wajib bagi setiap
agama di Malaysia
Agama Islam sahaja yang
mewajibkan pemakaian
tudung bagi wanita.
Tudung hanyalah digunakan
sebagai penutup kepala untuk
mengelakkan diri dari cuaca
yang tidak menentu.
Wanita Kristian hanya
memakai tudung ketika
upacara keagamaan sahaja.
Tiada halangan untuk wanita
beragama Buddha bertudung.

14

Tudung hendaklah dipakai
dengan menutup beberapa
bahagian kepala sahaja.

15

Pemakaian tudung dalam
kalangan wanita Hindu adalah
sebahagian dari budaya
Tudung dipakai oleh wanita
Sikh hanyalah untuk tujuan
perkhahwinan sahaja

16

25

12

15

2

8

6

4

5

14

33

48

8

5

1

0

2

6

30

19

5

2

2

22

22

14

39

15

4

3

1

3

12

35

10

2

4

10

42

2

4

Secara kesuluruhannya 24 orang bersetuju bahawa mereka mempunyai pengetahuan dalam
hukum mempunyai janggut dalam Tradisi Beragama di Malaysia. Namun, 28 orang tidak
pasti bahawa penyimpanan janggut bagi lelaki beragama Sikh membuktikan kepatuhan
mereka kepada guru dan kitab suci. Selain itu, 35 orang dan 17 orang tidak pasti akan
kenyataan bahawa agama Buddha tidak menetapkan sebarang hukum untuk menyimpan
janggut dan janggut yang dimiliki melambangkan kealiman sesorang lelaki dalam agama. 44
orang dari mereka sangat bersetuju lelaki muslim digalakkan menyimpan janggut manakala
39 orang tidak pasti janggut hanyalah dianggap sebahagian dari fesyen bagi penganut

Kristian. Pelajar UTP kebanyakannya tidak bersetuju apabila orang yang berjanggut ini
dikatakan kurang kemas dan pengotor kerana 27 orang telah tidak bersetuju dalam hal ini.
Secara keseluruhannya, ramai di antara pelajar tidak mengetahui hukum ataupun konsep
tentang tudung kepala dan janggut dalam agama yang lain secara mendalam. Maka usaha
penerapan dalam unsur pelajaran dan pengetahuan perlu diambil berat dan diambil
tindakan. Antara usaha kerajaan dalam penerapan unsur boleh dilihat melalui pengwujudan
subjek TITAS (Tamadun Islam dan Tamadun Asia) dan juga Hubungan Etnik (Ethnics
Relationship) di IPTA dan IPTS.

BAB 5:
RUMUSAN
___________________________________________________________________
Melalui kajian yang telah kami lakukan ini, kami dapat memperoleh pelbagai pengetahuan
tentang konsep pemakaian tudung kepala dan amalan berjanggut dalam agama Islam, Sikh,
Kristian dan Hindu. Terutamanya mengenai tuntutan, dan persoalan kewajipan mengenai
konsep-konsep tersebut. Kami juga dapat menganalisa sedikit sebanyak tentang sejauh
mana pengetahuan pelajar-pelajar UTP terhadap konsep tudung kepala dan janggut dalam
agama masing-masing dan dan juga agama lain.

Pada pendapat kami, pemakaian tudung kepala mahupun janggut bukanlah sesuatu yang asing
di Malaysia. Semua pihak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk mempertahankan
tradisi pemakaian tudung dan janggut agama masing-masing kerana ada sebab kenapa ada
suruhan untuk berbuat demikian. Tuntutan atau konsep tudung kepala dan amalan berjanggut
perlu dilihat sebagai suatu cara untuk melengkapkan diri sebagai penganut agama yang bukan
hanya pada nama, tetapi turut menjadikan suruhan atau perintah agama sebagai amalan.

Di Malaysia, kami mempunyai pelbagai etnik, bangsa dan juga agama. Adalah penting bagi
kita semua untuk memahami antara satu sama lain agar kita dapat mengukuhkan lagi
hubungan sesama rakyat. Kita juga seharusnya bermesra dengan semua kalangan rakyat
tanpa mengira bangsa. Dengan cara inilah kita akan dapat mewujudkan semangat kekitaan
yang seharusnya dicapai dari dahulu lagi. Sepanjang kajian ini dilakukan, kami dapat
menjawab pertanyaan yang diragu-ragukan dan tidak pernah dikemukakan. Dalam kata lain,
kami bersyukur kerana mendapat penjelasan yang lebih mendalam.

Bibliograf
Esa, M. S., Sansalu, D., & Tarming, B. A. (2012). Hubungan Etnik: Kelansungan Pembinaan
Negara Bangsa. Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
NOR, M. S. (1993). Masyarakat dan Perubahan. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM).
Danial Zainal Abidin (2007), Quran Saintifik, Selangor: PTS Millennia Sdn Bhd.
K.H Husein Muhammad (2004), Fiqh Wanita: Pandangan Ulama’ Terhadap Wacana Agama &
Gender, Kuala Lumpur: Sisters In Islam.
Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka.

News Straits Times, 23 Mac 2006
Utusan Malaysia, 25 Februari 2006
Utusan Malaysia, 27 Februari 2006
News Straits Times, 22 Mac 2006
Aman Daima Md Zain (2012). JURNAL ISLAM dan Masyarakat Kontemporari Jilid 5:
Perbandingan Antara Dastar Dalam Agama Sikh dan Serban dalam Agama Islam, 37-43.
http://www.scribd.com/doc/47295054/SEJARAH-AGAMA-SIKH-1
http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2008/02/080-pandangan-syariat-berkenaan.html
http://eprints.utm.my/11656/1/Aurat_Wanita_Muslim_Menurut_Perspektif_Islam__Peneri
maan.pdf
http://mofas.wordpress.com/2009/12/14/pemahaman-konsep-pemakaian-tudung/
http://peribadirasulullah.wordpress.com/2009/10/08/konsep-tauhid-sebenar-dalam-islamkristian-dan-hindu/

LAMPIRAN
CONTOH BORANG SOAL SELIDIK ATAS TALIAN (ONLINE)
Janggut dan Tudung Kepala dalam Tradisi Beragama di Malaysia
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Kami merupakan pelajar-pelajar dari Universiti
Teknologi PETRONAS yang sedang mengambil matapelajaran TITAS bagi semester ini. Kami
sedang menjalankan kajian bertajuk "Janggut dan Tudung Kepala dalam Tradisi Beragama di
Malaysia" Justeru, kami memohon jasa baik pihak Tuan dan Puan untuk menjawab soalan di
bawah dengan sejujurnya. Segala maklumat yang diberi adalah sulit.
* Required
Jantina *
o

Lelaki

o
Agama *

Perempuan

o

Islam

o

Hindu

o

Kristian

o

Buddha

o

Sikh

o
Umur *

Other:

o

18 - 25 tahun

o

26 - 45 tahun

o

46 tahun ke atas

o
Other:
Saya tahu sedikit sebanyak tentang hukum mempunyai janggut dalam Tradisi Beragama di
Malaysia. *
1

2

3

4

5

Sangat Tidak Setuju

Sangat Setuju

Penyimpanan janggut bagi lelaki beragama Sikh membuktikan kepatu