KEMASYARAKATAN EMAS 1. SEMINAR MENGARUSP

PROGRAM IKIM 2014 PUSAT KAJIAN EKONOMI DAN KEMASYARAKATAN (EMAS)

1. SEMINAR “MENGARUSPERDANAKAN WAQAF DALAM DASAR EKONOMI NEGARA” Penyelaras / Coordinator : En. Mohamad Azhar Hashim, Felo/ Fellow

Tarikh/ Date : 25 Februari/ February 2014

Era globalisasi yang mencorakkan ekonomi dunia pada abad ke-21 ini memberi cabaran yang hebat kepada umat Islam. Kerakusan globalisasi yang bernaung di bawah sistem ekonomi Kapitalisme telah menerobos sempadan negara-negara di dunia ini dengan tujuan penguasaan ekonomi dan seterusnya meminggirkan penguasaan rakyat tempatan. Negara dan ekonomi umat Islam tidak terkecuali bahkan menjadi tumpuan utama kerakusan kapitalisme. Namun begitu, umat Islam mempunyai senjata ampuh untuk mempertahan hak ekonomi mereka iaitu melalui “Waqaf”.

Objektif:

1.Memberi pemahaman dan kesedaran tentang dasar pembangunan ekonomi Negara; 2.Membincangkan keperluan untuk meletakkan “waqaf” sebagai satu dasar arus agenda pembangunan ekonomi Negara; dan 3.Membincangkan mengenai keadah-kaedah waqaf yang sedang dilaksanakan di negara ini.

SEMINAR ON “MAINSTREAMING THE ROLE OF WAQF IN THE FORMULATION OF NATIONAL ECONOMIC POLICY”

The era of globalisation is shaping the world in this 21st century and poses an enormous challenge to Muslims in the country. Under the auspices of the capitalist system, globalisation has penetrated the economic frontiers of many nations across the world with the aim of economic domination and marginalising the people. Muslims in Malaysia are not spared of such a global development. Nevertheless, they have been bestowed with a powerful weapon to defend their economic r ights, namely "waqf".

Objectives:

1. To provide understanding and awareness on the national economic development policy;

2. To discuss the need to position "waqf" as one of the mainstream policies in the national economic development agenda; and

3. To discuss the various methods of “waqf” that are being implemented in the country.

PROGRAM IKIM 2014 PUSAT KAJIAN EKONOMI DAN KEMASYARAKATAN (EMAS)

2. SEMINAR “PENDIDIKAN ANAK-ANAK ISTIMEWA DALAM ISLAM” Penyelaras : En. Khairul Azhar Idris, Felo/ Fellow

Tarikh/ Date : 11-12 Mac/ March 2014

Anak-anak istimewa adalah anugerah yang diamanahkan Allah kepada ibubapa dan perlu dilaksanakan sebaiknya. Justeru, aspek pendidikan dan penjagaan terhadap kebajikan mereka adalah amat penting dan tidak wajar untuk diabaikan. Peningkatan kesedaran dan aplikasi pendidikan anak-anak istimewa, terutamanya yang mengalami masalah pembelajaran perlu seiring dan sejajar dengan tahap perkembangan dan keperluan diri mereka agar mereka dapat terus menjalani kehidupan secara berdikari, bijaksana dan menurut tuntutan Syariat Islam. Namun, perbezaan dan kekurangan dari segi keupayaan dan kebolehan mereka, menjadikan keperluan dan kaedah pembelajaran mereka amat berbeza daripada anak-anak yang normal. Lebih menyedihkan ialah apabila keperluan pendidikan untuk mereka tidak wujud dan masih lagi terabai serta berada di bawah dari penanda aras yang standard keperluan pendidikan mereka. Justeru, seminar ini diadakan bagi memperihalkan keperluan pendidikan anak-anak ini sebagaimana yang dituntut dalam Islam. Ia akan menyentuh beberapa topik dan isu berkaitan seperti pendekatan al-Qur'an dan Sirah Nabi dalam mendidik anak-anak istimewa, kaedah psikologi pendidikan dan kesihatan mental anak-anak istimewa, model pembangunan pendidikan anak-anak istimewa menurut al-Qur'an, pelan pembangunan strategik pendidikan khas, pendidikan dan kerjaya anak-anak istimewa, serta prasarana pendidikan dan institusi penyelidikan pendidikan khas untuk anak-anak istimewa dan berkeperluan khas.Seminar ini disasarkan kepada pegawai kerajaan, ibubapa dan guru pendidikan khas, serta wakil pertubuhan bukan kerajaan yang berkaitan. Cadangan adalah untuk mendapatkan kerjasama dari Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta pertubuhan bukan kerajaan seperti Yayasan Pertubuhan al-Qur'an bagi Anak Isitimewa (Yayasan FAQEH).

Objektif :

1.Memupuk kesedaran masyarakat berhubung tuntutan mewujudkan suasana dan kemudahan yang baik untuk anak-anak istimewa dan berkeperluan khas; 2.Meningkatkan keupayaan masyarakat untuk merangka dasar dan matlamat pendidikan khas bagi anak-anak istimewa yang lebih murni dan bersepadu; dan 3.Mendidik masyarakat untuk memenuhi keperluan pendidikan anak-anak istimewa menurut pendekatan al-Qur'an dan al-Sunnah.

SEMINAR ON “EDUCATION OF SPECIAL CHILDREN IN ISLAM”

Islam views that all children are special gifts from Allah be they normal or challenged. Regardless of who they are, children need care and nurture to sustain their excellent development. Unfortunately for the special children, those needs are lacking and they are left behind in terms of standard care and well-managed welfare, especially in education, training and career. Therefore, the seminar is conducted to educate people to be aware of children with special needs in education, training and career, as well as in religious responsibilities, according to their level of capability.

Objectives :

1.To instil awareness in society to provide adequate and good learning infrastructure for special children. 2.To educate people in establishing relevant, well-integrated and evidence-based special education related policies. 3.To enrich people with the resourcefulness of Islamic teachings as a guidance for special education learning and training.

PROGRAM IKIM 2014 PUSAT KAJIAN EKONOMI DAN KEMASYARAKATAN (EMAS)

3. SEMINAR “KEWANGAN ISLAM DAN SUMBANGANNYAKEPADA KEKUATAN EKONOMI UMMAH : PENILAIAN TERHADAP UMAT ISLAM DI MALAYSIA” Penyelaras/ Coordinator :En. Mohamad Azhar Hashim, Felo/ Fellow

En. Muhammad Hisyam Mohamad, Felo / Fellow Pn. Nur Syahidah binti Abdul Jalil, Pegawai Penyelidik/ Research Officer Tarikh/ Date :6-7 Mei/ May 2014

Dianggarkan pada 2012 nilai aset kewangan Islam global mencecah kira-kira USD1.3 trilion atau kira-kira RM4.1 trilion. Perkembangan pesat aset kewangan Islam dari semasa ke semasa ini antara lain didorong oleh faktor kepercayaan kepada sistem, tarikan kepada pemegang aset dalam kalangan individu Islam yang kaya dan juga sebagai alternatif kepada sistem konvensional yang sedia ada. Namun begitu, satu persoalan dibangkitkan mengenai keupayaan sistem kewangan Islam untuk membantu kekuatan ekonomi umat Islam dan mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan. Di Malaysia, rata-rata umat Islam masih jauh terkebelakang dari segi ekonomi walaupun terdapat pelbagai pilihan sistem kewangan yang berlandaskan Islam. Masalah “pengecualian kewangan” (financial exclusion) telah dikenalpasti sebagai salah satu punca kepada isu ini. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa rangkuman kewangan (financial inclusion) yang baik bukan sahaja membantu kepada kepesatan pertumbuhan ekonomi bahkan juga dapat membantu merapatkan jurang pendapatan dan menangani masalah kemiskinan di sesebuah negara. Rangkuman kewangan ialah satu usaha yang dinaungi oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), dan merupakan salah satu inisiatif utama Bank Negara Malaysia yang terkandung dalam Pelan Sektor Kewangan 2011-2020. Antara matlamat rangkuman kewangan adalah untuk membantu mewujudkan sebuah sistem ekonomi yang bermoral dan beretika, sekali gus sejajar dengan ajaran Islam.

Objektif:

1.Menilai sejauh mana kewangan Islam telah memperkasa ekonomi umat Islam, khususnya di Malaysia; 2.Membincangkan tentang agenda rangkuman kewangan ( financial inclusion ), dari perspektif kewangan Islam; dan 3.Membincangkan isu maqasid al-syariah dalam keseimbangan konsep keuntungan dengan kebajikan dalam amalan sistem kewangan Islam yang sedia ada.

SEMINAR ON “ISLAMIC FINANCE AND ITS CONTRIBUTIONS IN EMPOWERING THE ECONOMIC WELL-BEING OF THE UMMAH: AN ASSESSMENT ON THE MALAYSIAN MUSLIM UMMAH”

A 2012 estimate of the global Islamic finance reached about US$1.3 trillion or approximately RM4.1 trillion. The rapid development of Islamic finance assets over the years, among others, have been supported by several factors, including trust, attraction to the assets of wealthy Muslim individuals, as well as an alternative to existing conventional system. However, questions have been raised on its capability in strengthening the economic well-being of the Muslim Ummah and alleviating them from poverty. In Malaysia, for instance, many Muslims still lag far behind, despite the various options offered by Islamic finance. Financial exclusion has been identified as one of the factors that has direct correlation with this predicament. On the other hand, research indicates that improved financial inclusion—an effort under the auspices of the United Nations (UN), and one of the key initiatives under Bank Negara Malaysia's (BNM) Financial Sector Blueprint 2011-2020—in a country is likely to not only accelerate economic growth, but also reduce income inequality and poverty. Among others, the objective of the financial inclusion agenda is to help achieve a moral and ethical economy, hence aligning it to Islamic teachings.

Objectives:

1. To study the impact of Islamic finance on the economic well-being of the Muslim Ummah in Malaysai;

2. To discuss the financial inclusion agenda from an Islamic finance perspective; and

3. To discuss Maqasid al-Shariah in balancing the concept of profitability and welfare in existing Islamic finance practices.

PROGRAM IKIM 2014 PUSAT KAJIAN EKONOMI DAN KEMASYARAKATAN (EMAS)

. 4 SEMINAR “BEBAN HUTANG ISI RUMAH: PUNCA DAN PENYELESAIAN” Penyelaras/ Coordinator : Cik Nor Hartini Binti Saari, Pegawai Penyelidik Kanan/ Senior Research Officer Tarikh/ Date : 17-18 Jun/ June 2014

Amalan berhutang merupakan satu fenomena yang sukar dihindari oleh umat Islam masa kini. Boleh dikatakan hampir separuh daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk membayar hutang. Pola hutang isi rumah yang meningkat setiap tahun menjadikan negara kita juara dalam membuat hutang. Ini terbukti apabila nisbah hutang isi rumah di negara ini mencecah 140 peratus. Kadar tersebut jauh mengatasi negara jiran Singapura (105 peratus), Thailand (53 peratus) dan Indonesia (38 peratus). Kebanyakan mereka dikenal pasti berhutang apabila mula memasuki pasaran kerja sewaktu pertengahan usia 20-an. Kemudian, mereka dibelenggu kemelut hutang apabila usia menjangkau 30-an. Keadaan ini amat membimbangkan apabila mereka yang berada dalam usia belia dan produktif sewajarnya menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan sosioekonomi ini, akan tetapi terpaksa berhadapan dengan isu berhutang. Persoalannya mengapa hutang isi rumah di negara kita masih tinggi? Apakah benar kemudahan daripada institusi kewangan yang sedia ada menggalakkan umat Islam terus berhutang? Dan apakah ada jalan penyelesaiannya untuk mengurangi jumlah hutang agar masyarakat kita tidak dibelenggu dengan hutang yang melampau.

Objektif:

1.Meninjau dan menjelaskan sejauhmana senario semasa umat Islam yang masih berhutang; 2.Mengenal pasti punca-punca beban hutang isi rumah; 3.Mengenal pasti cabaran-cabaran semasa dan akan datang berkenaan hutang dalam melahirkan individu yang boleh

mengurus hutang dengan baik; dan 4.Mencadangkan beberapa jalan penyelesaian dalam mengurangi hutang yang tinggi.

SEMINAR ON “HOUSEHOLD DEBT BURDEN: CAUSES AND SOLUTIONS”

The practice of loan taking is a phenomenon hardly easy to avoid among Muslims of late. Nearly half of the household income is used to pay off debts. The pattern of the annual increase of household debts has made our nation a champion as loan takers. This is proven with the ratio of household debt in the country reaching 140 per cent. This rate far exceeds that of neighbouring Singapore (105 per cent), Thailand (53 per cent) and Indonesia (38 per cent). Most of the loan takers are identified as those who have just entered the job market in their mid-20s. Eventually, even in their 30s, the debt crisis will still plague them. Such a situation is indeed worrying when those in their youth and at their most productive should be contributing to the socioeconomic development and progress, instead are compelled to confront loan issues. Why is the household debt of our country high? Is it true that existing facilities from financial institutions encourage Muslims to continue taking loans? Are solutions available to reduce loans to ease the society from extreme debt?

Objectives:

1.To review and clarify the extent of the current scenario of Muslims in debt; 2.To indentify causes of household debt burden; 3.To identify the current and future challenges on debts in producing individuals who are able to manage debt well; and 4.To give several recommendations on solutions in reducing the high level of debt.

PROGRAM IKIM 2014 PUSAT KAJIAN EKONOMI DAN KEMASYARAKATAN (EMAS)

5. PERSIDANGAN MEJA BULAT “MEMBINA KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM” Penyelaras/ Coordinator : Dr. Mohd Farid Mohd Shahran, Felo Kanan/ / Senior Fellow Tarikh/ Date : 9 September 2014

Salah satu misi penting dalam Pelan Pembangunan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang dilancarkan Kerajaan baru-baru ini ialah keperluan menyemai cara berfikir aras tinggi ( higher order thinking skills ) di kalangan pelajar. Cadangan ini sudah pasti akan memberikan cabaran kepada guru pendidikan Islam yang berperanan mengajar subjek-subjek yang selalunya dikaitkan dengan pendekatan tekstual dan kurang berfikir. Persidangan ini akan mengupas isu-isu yang berkaitan dengan kemahiran ini dan mengetengah cadangan-cadangan bagi memperkukuhkan usaha berkaitan dengannya.

Objektif:

1.Membahaskan isu-isu yang berkaitan dengan cadangan membina kemahiran berfikir aras tinggi; 2.Mengetengahkan pandangan Islam berkaitan teknik dan asas berfikir yang sebenar; dan 3.Mengemukan cadangan-cadangan konstruktif bagi memperkukuhkan cadangan ini.

ROUND TABLE DISCUSSION ON “BUILDING A HIGHER ORDER THINKING SKILLS IN THE TEACHING AND LEARNING OF ISLAMIC EDUCATION”

One of the important missions in the recently launched New Malaysia Education Blueprint 2013-2025 is to develop the higher order thinking skills among students. This initiative will pose as a new challenge for teachers of Islamic education whose role is to teach subjects commonly linked with the textual approach and less of the analytical method. The round table discussion aims at elaborating issues related to such an initiative and come up with constructive suggestions relevant to the mission.

Objectives:

1.To discuss issues related to the proposal of developing higher order thinking skills; 2.To put forward Islamic perspectives related to the techniques and principles of thinking; and 3.To produce constructive proposals to empower such an initiative.

PROGRAM IKIM 2014 PUSAT KAJIAN EKONOMI DAN KEMASYARAKATAN (EMAS)

6. SEMINAR “REALITI MASYARAKAT MENUA : PUNCA DAN CABARANNYA DI MALAYSIA” Penyelaras/ Coordinator : Pn. Nur Syahidah binti Abdul Jalil, Pegawai Penyelidik/ Research Officer Tarikh/ Date : 14-15 Oktober/ October 2014

Pada 2012, bilangan warga emas mencakupi 7.7 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) juga telah meramalkan Malaysia bakal menjadi negara menua menjelang 2030 bila mana 15 peratus daripada penduduknya adalah terdiri daripada warga tua. Selain itu kesuburan jumlah menurun daripada 2.3 , pada 2007 seterusnya 2.1 pada 2011. Kadar ini telah pun mencapai paras penggantian iaitu secara puratanya bagi setiap wanita pada umur reproduktif (15-49 tahun) mempunyai 2 orang anak sahaja bagi menggantikan ibu bapa mereka. Fenomena kepada tren populasi yang menurun dan peningkatan masyarakat tua ini turut berlaku di negara-negara maju apabila tahap kesihatan rakyat meningkat. Selain itu kemerosotan pertumbuhan populasi boleh membawa kepada pengabaian penjagaan warga tua dan generasi muda memilih untuk tidak mempunyai anak mahupun keluarga disebabkan faktor kemodenan yang menekan individu untuk menjadi materialistik dan individualistik. Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan membangun sekiranya gejala yang tidak sihat ini dibiarkan akan membawa kepada penyimpangan cara hidup yang berlandaskan agama, meruntuhkan institusi kekeluargaan apabila berkeluarga dianggap beban, menghilangkan sokongan emosi sesama manusia dan mengurangkan sumber daya ekonomi yang kukuh bagi membangunkan negara.

Objektif :

1.Mengenalpasti punca-punca kepada kemerosotan pertumbuhan penduduk terutama dalam kalangan umat Islam; 2.Mengkaji kesan peningkatan warga tua dan kemorosotan pertumbuhan populasi terhadap ketahanan ekonomi Negara; 3.Mencadangkan langkah-langkah memperkasa institusi keluarga sebagai benteng kekukuhan pembangunan ekonomi dan

sosial negara.

SEMINAR ON “REALITIES OF AN AGING SOCIETY: CAUSES AND CHALLENGES IN MALAYSIA”

The number of senior citizens accounted 7.7 per cent of the total Malaysian population in 2012. In addition, the United Nations has forecasted Malaysia to become an aging nation by 2030 where 15 per cent of the population is made up of the elderly. In ​​ the mean time, total fertility rate declined from 2.3 in 2007 to 2.1 in 2011. The rate has reached the replacement level of 2.1 whereby on average, a woman in the reproductive age (15-49 years) has two children each to replace their parents. The declining population trend and increase in the elderly also occur in other developed countries. These are due to the expansion in health facilities. Declining population growth may lead people to abandon the elderly and choose to be neither with children nor family since modernity turns them to be materialistic and individualistic. In the context of Malaysia as an Islamic state and developing country, such an unhealthy phenomenon will lead to distortions in life, undermine the family institution, eliminate emotional support and reduce the economic resources to develop the nation's resilience.

Objectives:

1.To identify the causes of decline in population growth, especially among Muslims; 2.To study the effects of increasing elderly population and the declining trend of population growth towards the country's

economic resilience; and 3.To recommend measures to strengthen the family institution as a bastion of economic and social development.

PROGRAM IKIM 2014 PUSAT KAJIAN SAINS DAN ALAM SEKITAR

1. SEMINAR “MANUSIA DAN TEKNOLOGI” Penyelaras/ Coordinator :En. Nor Azaruddin Husni bin Haji Nuruddin, Felo Kanan/ Senior Fellow Tarikh/ Date : 22-23 April 2014

Seminar ini membincangkan hubungan antara manusia dan teknologi. Akibat daripada perkembangan sains dan teknologi, manusia amat bergantung kepadanya. Tanpa sains dan teknologi, manusia tidak dapat hidup dengan sempurna. Kini, proses transformasi manusia dan teknologi oleh saintis sedang berlaku tanpa dapat dikawal. Di manakah limit transformasi itu serta banyak lagi persoalannya yang akan dikupas. Seminar ini juga akan membincangkan beberapa persoalan futuristik manusia dan teknologi. Objektif seminar ini adalah bertujuan untuk:

Objektif :

1. Membincangkan pro dan kontra hubungan antara manusia dan teknologi;

2. Membincangkan gaya hidup manusia akan datang akan ditentukan oleh saintis dan sejauh manakah limitasi penciptaan teknologi ini serta bagaimana peranan agama; dan

3. Membincangkan persoalan futuristik manusia dan teknologi, dan ramalan untuk generasi akan datang.

SEMINAR ON “MAN AND TECHNOLOGY”

This seminar will discuss on the relationship between man and technology. As a result of development in science and technology, man has to depend on them, without which, man will not be able to lead a complete life. Currently, the on-going human transformation process and technology by scientists is uncontrollable. Among the questions to be discussed are transformation limits as well as futuristic issues of humans and technology.

Objectives :

1. To discuss the pros and cons of the relationship between man and technology; 2.To discuss the notion that man's future lifestyle will be determined by scientists and the limitations of technological creations as well as the roles of religion in such an issue; and 3.To discuss the futuristic issues of man and technology and the predictions of the future generations.

PROGRAM IKIM 2014 PUSAT KAJIAN SAINS DAN ALAM SEKITAR

2. SEMINAR SEHARI “DARIPADA MALNUTRISI KEPADA OBESITI: MERENTASI REALITI SOSIAL DAN TABIAT MAKAN MASYARAKAT MALAYSIA” Penyelaras/ Coordinator : Pn. Norkumala binti Awang, Pegawai Penyelidik Kanan/ Senior Research Officer Tarikh/ Date : 15 Mei/ May 2014

Obesiti telah menjadi satu masalah kesihatan awam yang global. Jika dahulu, malnutrisi menjadi satu masalah kesihatan tetapi kini masyarakat lebih terdedah dengan risiko obesiti. Hari ini ramai yang yang menganggap obesiti hanyalah masalah kosmetik bukannya masalah kesihatan. Tambahan pula, peningkatan kos sara hidup dan kekangan waktu menggugat lagi tahap kepedulian masyarakat untuk mendapatkan makanan yang sihat dan berzat. Seolah-olah budaya pemakanan yang sihat mempunyai kos tinggi yang perlu dibayar untuk mengatasi risiko obesiti. Justeru, seminar ini mempunyai matlamat:

. 1 Meninjau trend pemakanan terkini dan kesannya kepada kesihatan masyarakat; . 2 Membincangkan faktor-faktor untuk membudayakan pemakanan sihat dan mengorak langkah ke arah penyelesaian

sebagai usaha mengatasi masalah ini; dan . 3 Meninjau apakah pemakanan sihat itu lebih mahal (melibatkan kos yang tinggi) seterusnya merumus dan merangka budaya pemakanan sihat dalam kemampuan individu.

ONE-DAY SEMINAR ON “FROM MALNUTRITION TO OBESITY: CROSSING SOCIAL REALITIES AND EATING HABITS OF MALAYSIAN SOCIETIES”

Obesity has become a public health problem globally. If malnutrition was a health problem once, societies are now more exposed to risks of obesity. Nowadays, many regard obesity as merely a cosmetics problem rather than one of health. Moreover, the increasing cost of living and time constraints affect the level of concern for people to attain healthy and nutritious food. It appears that the culture of nutrition comes at a high cost one has to fork out to overcome the risks of obesity. Thus, the seminar aims to:

. 1 Survey the latest nutrition trend and its effects on the health of the society; . 2 Discuss factors to instil healthy nutrition habits and seek solutions to overcome the problem; and, . 3 Survey if the cost of healthy nutrition is higher, and henceforth, summarise and design the culture of healthy nutrition

within the capacity of individuals.

PROGRAM IKIM 2014 PUSAT KAJIAN SAINS DAN ALAM SEKITAR

3. PERSIDANGAN MEJA BULAT "UMAT ISLAM DAN ILMU KAJI OTAK (NEUROSAINS): ANTARA TUNTUTAN DAN KEWASPADAAN" Penyelaras/ Coordinator : Dr. Mohd. Zaidi bin Ismail, Felo Kanan/Pengarah/ Senior Fellow/Director Tarikh/ Date : 12 Jun/ June 2014

Neurosains, ilmu kaji otak dan saraf, adalah suatu cabang sains semasa yang giat berkembang. Dalam perkembangannya itu, selain sejumlah dapatan dan penemuan, turut terhasil beberapa tafsiran dan teori, sebahagiannya memberi kesan ke atas usul dan pegangan yang dinyatakan dalam Agama. Dalam pada itu, terdapat juga kerangka dan tatacara amalannya yang memerlukan penelitian lanjut dari sudut Ilmu Akhlak. Meskipun cabang ini mendapat perhatian besar di Barat, sebagaimana yang jelas tergambar pada The Brain Initiative yang diisytiharkan oleh President AS pada April 2013, masyarakat Islam malangnya seakan-akan tidak mengetahui atau mempedulikannya. Persidangan Meja Bulat ini justeru dianjurkan untuk:

1. Mendedahkan Umat Islam di Malaysia kepada neurosains dan keperluan untuk menguasai serta menerajuinya;

2. Meninjau kebaikan dan keburukan yang telah dan boleh terhasil daripada kemajuan dalam neurosains; dan

3. Menjejaki isu-isu dan lapangan-lapangan dalam neurosains yang dapat menimbulkan ketegangan dan kekeliruan agamawi dan akhlaki.

ROUND TABLE DISCUSSION ON "MUSLIMS AND NEUROSCIENCE: IN BETWEEN RELIGIOUS OBLIGATION AND CAUTION”

Neuroscience is a branch of contemporary science that is fast developing. Along its development, apart from numerous findings and discoveries, there have also been interpretations and theories, some of which have bearings on religious principles and positions. Its practical framework and procedures also need further ethical scrutiny and analysis. Unfortunately, despite its getting great attention in the West, as exemplified by the Brain Initiative officially announced by the U.S. President sometime in April 2013, Muslims seem to be unaware of, or unconcerned with it. This roundtable discussion is hence aimed at:

1. Eexposing Malaysian Muslims to neuroscience and the need to master it and guide its development;

2. Overviewing its benefits and harms; as well as

3. Identifying issues and domains in it which may give rise to ethico-religious tensions and confusions.

PROGRAM IKIM 2014 PUSAT KAJIAN SAINS DAN ALAM SEKITAR

4. SEMINAR “BIODIVERSITI DAN KONSERVASI: KRISIS DAN CABARAN PELESTARIAN MASA HADAPAN” Penyelaras/ Coordinator : Cik Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin, Pegawai Penyelidik Kanan/ Senior Research Officer Tarikh/ Date : 27-28 Ogos/ August 2014

Biodiversiti merupakan aspek penting yang perlu dititikberatkan dalam merencana pembangunan mapan sesebuah negara. Namun demikian, realiti semasa menyaksikan kelangsungan sumber biodiversiti kian merosot dari hari ke hari. Justeru, aspek pengurusan, pemeliharaan dan pemuliharaan sumber biodiversiti secara mapan dan lestari perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh semua pihak agar kelangsungannya terus dapat dipertahankan. Oleh yang demikian, seminar ini dianjurkan bagi:

1.Membahaskan krisis, cabaran dan prospek dalam usaha pemuliharaan dan pelestarian sumber biodiversiti di Malaysia;

. 2. Membincangkan aspek pemuliharaan biodiversiti dengan memberi tumpuan kepada tiga perkara asas iaitu kepelbagaian genetik, spesies dan ekosistem;

3.Membincangkan tentang keperluan kerjasama yang berterusan antara pihak-pihak berkepentingan dalam aspek pemuliharaan biodiversiti negara; dan

. 4. Menyarankan amalan pemuliharaan biodiversiti yang berkesan menurut perspektif Islam demi kesejahteraan alam sekitar seluruhnya.

SEMINAR ON “BIODIVERSITY AND CONSERVATION: CRISES AND CHALLENGES OF FUTURE SUSTAINABILITY”

Biodiversity is important in establishing the steady development of a nation. Yet, current realities show the depletion of biodiversity from day to day. Thus, management, preservation and conservation of biodiversity resources in a sustainable way should be given due attention by all quarters to ensure of its continuity. Hence, the seminar is organised to :

1.Debate on the crises, challenges and prospects in conservation and sustaining efforts of biodiversity resources in Malaysia; . 2 Discuss biodiversity conservation with the focus on three basic factors which are, genetic, species and ecosystem diversities;

3.Discuss the need for continuous cooperations among stakeholders in the national biodiversity conservation; and 4.Give recommendations on effective biodiversity conservation practices from the Islamic perspective for the benefit of the

whole environment .

PROGRAM IKIM 2014 PUSAT KAJIAN SAINS DAN ALAM SEKITAR

5. SEMINAR “KOMUNIKASI SAINS: PENGLIBATAN AWAM DI MALAYSIA” Penyelaras :Pn. Azrina binti Sobian, Felo / Fellow Tarikh : 23-24 September 2014

Seminar ini dianjurkan untuk memahami peranan komunikasi sains untuk memantapkan minat terhadap sains dalam kalangan pelajar dan masyarakat awam. Sejak tahun 2007, peratusan pelajar jurusan sains terus menurun. Salah satu punca masalah ini adalah penurunan minat sains yang semakin ketara dalam kalangan pelajar dan literasi sains yang rendah dalam kalangan masyarakat. Apatah lagi, bidang sains dilihat sebagai satu bidang yang sukar dan membosankan. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan dan bakal merencatkan Pelan Halatuju Modal Insan Sains dan Teknologi 2020 yang memerlukan 60 peratus pelajar aliran sains. Justeru itu, komunikasi sains yang baik diperlukan untuk meningkatkan minat dan literasi sains dalam kalangan pelajar mahupun masyarakat umum. Oleh itu, seminar ini diadakan untuk memahami:

1. Komunikasi sains, kaedah dan kepentingannya;

2. Tahap kesedaran dan penerimaan sains di Malaysia;

3. Penyampaian maklumat sains dan pengalaman-pengalaman berkaitan; dan

4. Kerjasama sains ke arah literasi sains yang tinggi.

SEMINAR ON “SCIENCE COMMUNICATION: PUBLIC INVOLVEMENT IN MALAYSIA”

This seminar aims to understand science communication in enhancing interest in science among students and the general public. Since 2007, the percentage of science-stream students has decreased. One of the factors for the decrease is attributed to the significant decrease in interest among students and the low literacy in science in society. Furthermore, science is viewed as a difficult and uninteresting field. The situation is a cause for concern and may hamper the progress of the 2020 Human Capital in Science and Technology Road Map which requires 60 per cent of science-stream students. Thus, good communication science is needed to enhance interest and literacy in society among students and the general public. Hence, the seminar is organised to understand the following:

1. Science communication , its methodology and importance;

2. The level of awareness and acceptance of science in Malaysia;

3. Information delivery of science and related experiences; and 4.Forging science cooperations to achieve high literacy in science.

PROGRAM IKIM 2014 PUSAT KAJIAN SAINS DAN ALAM SEKITAR

6. PERSIDANGAN MEJA BULAT “ISLAM DAN PERUBATAN HOLISTIK ERA KINI: IKTIBAR SEJARAH DAN CABARAN SEMASA” Penyelaras/ Coordinator : Pn. Norkumala binti Awang, Kanan/ Senior Research Officer Tarikh/ Date :30 Oktober/ October 2014

Perubatan holistik merupakan penjagaan dan rawatan kesihatan yang mengambil kira keperluan individu secara fizikal, psikologikal, spiritual dan sosial. Ia perlu dipertingkatkan dengan mengintegrasikan pendekatan saintifik, kesedaran manusia dan juga falsafah secara sepenuhnya. Tujuannya adalah untuk mengarus perdanakan bidang penjagaan kesihatan bagi memaju dan meningkatkan mutu kesihatan masyarakat awam. Pelaksanaan sistem penjagaan kesihatan yang holistik akan mempengaruhi kualiti hidup, kesihatan, dan meningkatkan keupayaan masyarakat. Ibnu Sina yang disebut sebagai Bapa Perubatan banyak membuat kemajuan dalam bidang farmakologi dan amalan klinikal namun beliau juga turut memberi sumbangan besar dalam falsafah perubatan. Beliau telah mencipta satu sistem perubatan di mana faktor-faktor fizikal, psikologi, ubat-ubatan dan pemakanan telah digabungkan secara holistik dalam merawat pesakit. Justeru, Persidangan Meja Bulat ini bertujuan:

. 1 Membuat tinjauan awal tentang konsep dan amalan perubatan holistik serta kaitannya dengan Islam; . 2 Mewujudkan satu bentuk persefahaman dan pemurnian dalam konsep dan aplikasi dalam perubatan moden,

komplementari dan alternatif dengan meneroka sejarah tamadun Islam dahulu; . 3 Meninjau cabaran semasa dan isu yang yang timbul dengan mengaitkan amalan perubatan hari ini untuk dikaji secara mendalam; dan . 4 Merumuskan gagasan dalam mewujudkan satu sistem yang holistik dalam penjagaan kesihatan.

ROUND TABLE DISCUSSION ON “ISLAM AND HOLISTIC MEDICINE IN THE PRESENT ERA : LESSONS FROM HISTORY AND CURRENT CHALLENGES”

Holistic Medicine is a form of health care that takes into consideration individual needs be it physical, psychological, spiritual and social. It has to be enhanced by integrating fully the scientific approach, human awareness and philosophy. The purpose is to mainstream the field of health care so as to advance and enhance the quality of the general public. The implementation of the holistic health care system will affect the quality of life, health, and increase the capability of the society. Ibnu Sina who was cited as the Father of Medicine had made great strides in the field of pharmacology and clinical practices, yet he also had made extensive contributions in medical philosophy. Ibnu Sina had invented a medical system in which physical, psychological, medicinal and dietary factors were combined holistically in treating a patient. Thus, the round table discussion aims to:

. 1 Conduct a preliminary survey on the concept and holistic medical practices as well as its relations to Islam; . 2 Create a form of understanding and refinement in the concept and application in modern medicine, complementary and

alternative by exploring the history of past Islamic civilisation ; . 3 Survey current challenges and issues that arise by relating current medical practices to be examined in-depth; and . 4 Summarise the aspiration in creating a holistic system in health care.

PROGRAM IKIM 2014 PUSAT KAJIAN SAINS DAN ALAM SEKITAR

7. BENGKEL “PEMBANGUNAN MODUL PENDIDIKAN DAN KESEDARAN ALAM SEKITAR: PERINGKAT SEKOLAH (SIRI 1)” Penyelaras/Coordinator : Cik Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin, Pegawai Penyelidik Kanan/ Senior Research Officer Tarikh/Date : 18 November 2014

Pendidikan dan kesedaran alam sekitar merupakan aspek penting yang perlu diberi perhatian sewajarnya dalam usaha melahirkan sebuah kerangka masyarakat yang prihatin terhadap alam sekitar. Usaha ke arah mencapai matlamat tersebut perlu dimulai dengan penerapan pendidikan alam sekitar yang mantap di peringkat sekolah merangkumi kesemua aspek baik secara teori mahupun praktikal. Dalam menjayakan aspirasi berkenaan, sebuah modul pendidikan yang mantap dan komprehensif diperlukan bagi memastikan pendidikan alam sekitar yang lebih berkesan dapat diterapkan kepada para pelajar. Justeru, bengkel ini dianjurkan bagi:

1.Meneliti aspek-aspek penting yang perlu diterapkan dalam modul pendidikan dan kesedaran alam sekitar yang bersesuaian dan berkesan di peringkat sekolah; 2.Membincangkan dan membangunkan modul secara bersama oleh peserta dan fasilitator melalui LDK (Latihan Dalam Kumpulan); dan, 3.Menghasilkan modul pendidikan dan kesedaran alam sekitar yang komprehensif dan mantap kepada golongan pelajar peringkat sekolah yang boleh digunapakai secara universal.

WORKSHOP ON “DEVELOPMENT OF EDUCATIONAL MODULE AND ENVIRONMENTAL AWARENESS: SCHOOL LEVEL (SERIES 1)”

Environmental education and awareness are important in producing an environmentally-caring society. Efforts in attaining such an objective have to begin by instilling environmental education as early as in schools that involve both theoretical and practical aspects. In achieving such an aim, a comprehensive educational module is required to ensure that a more effective Environmental education can be instilled on students. Thus, this workshop is conducted to:

1.Review important aspects that are needed to be included in the educational module and suitable and effective environmental awareness at the school level; 2.Discuss and jointly develop a module between participants and facilitators through group work; and, 3.Produce a comprehensive educational and environmental awareness module for school students that can be used globally.

PROGRAM IKIM 2014 PUSAT KAJIAN SYARIAH, UNDANG-UNDANG DAN POLITIK

1. PERSIDANGAN MEJA BULAT “PERTUMBUHAN SEKOLAH ALIRAN TAHFIZ DI MALAYSIA : ANTARA ASPIRASI MURNI DAN HAKIKAT SEBENAR DI LAPANGAN” Penyelaras/ Coordinator : En. Md. Asham Ahmad, Felo Kanan/ Senior Fellow Tarikh/ Date : 6 Mac/ March 2014

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menggariskan aspirasi dan anjakan-anjakan yang bakal dilaksanakan bagi mencapainya. Pelan ini dicadangkan setelah mengambilkira pencapaian masa lalu dan cabaran semasa dan akan datang, dan penanda-aras antarabangsa sebagai panduan. Pada masa yang sama kita menyaksikan pertumbuhan sekolah-sekolah aliran tahfiz di segenap pelusuk negara dan fenomena ini membayangkan aspirasi tersendiri pendokong aliran berkenaan khususnya para guru dan ibubapa. Apakah aspirasi itu? Adakah ianya suatu yang munasabah dan berbaloi? Sejauh manakah aspirasi berkenaan tercapai? Dan adakah adakah ia selaras dengan aspirasi PPPM? Persoalan- persoalan ini akan dibincangkan di dalam Persidangan Meja Bulat yang dicadangkan.

Objektif :

1. Menyorot sejarah perkembangan sekolah-sekolah tahfiz di Malaysia, kedudukannya dalam sistem pendidikan negara, dan pencapaiannya setakat ini;

2. Mengenalpasti punca peningkatan pertumbuhan sekolah-sekolah tahfiz akhir-akhir ini, dan kenapa ibubapa menjadikannya pilihan;

3. Melihat kepentingan tahfiz, kesesuaiannya dan kemampuannya untuk menghasilkan pelajar-pelajar yang mampu menghadapi cabaran semasa; dan

4. Mengemukakan kritikan-kritikan membina terhadap kekurangan-kekurangannya dan mengemukakan cadangan-cadangan untuk penambahbaikan.

ROUND TABLE DISCUSSIONS ON: “THE PROLIFERATION OF TAHFIZ-STREAM SCHOOLS IN MALAYSIA: BETWEEN NOBLE ASPIRATION AND GROUND REALITIES”

The recently launched National Education Blueprint (2013-2025) outlines 11 shifts required to transform the national education system to be on par with that of developed nations over the next 13 years. In the past few years, private tahfiz schools, mainly, have proliferated due to increasing demand of such schools by parents. What is the aspiration of such parents? Is such an aspiration worthwhile? How would a tahfiz school help to realise such an aspiration? How would the aspiration fit into a larger picture espoused by the NEB? Such questions would be discussed in the proposed programme.

Objectives:

1.To highlight the history of the development of tahfiz schools in Malaysia, its status in the national education system and its achievements thus far; 2.To identify the causes of the development of tahfiz of late, and reasons for it being the choice of parents; 3.To view the importance of tahfiz, its suitability and ability in producing students who are able to face current challenges; and To discuss critiques on its inefficiencies and to submit recommendations for improvements.

PROGRAM IKIM 2014 PUSAT KAJIAN SYARIAH, UNDANG-UNDANG DAN POLITIK

2. SEMINAR “PENDEKATAN MUHIBAH BAGI MEMBINA KEHARMONIAN DALAM HUBUNGAN ANTARA PENGANUT AGAMA DI MALAYSIA” DENGAN KERJASAMA PENYELIDIK ERGS UIAM Penyelaras/ Coordinator : Pn. Enizahura Abdul Aziz, Pegawai Penyelidik Kanan/ Senior Research Officer Tarikh/ Date : 29-30 April 2014

Muhibah lebih popular sebagai pendekatan bagi mewujudkan keharmonian antara agama dan kaum di Malaysia. Istilah ini mempunyai keunikan dan sejarahnya tersendiri yang menjadikannya antara kerangka dasar terpenting di Malaysia pada tahun 1969 dengan tertubuhnya Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Melalui penubuhan Majlis Muhibbah Negara sebagai penyelaras kepada usaha-usaha berkaitan perpaduan negara dan pembinaan keharmonian antara kaum, pelbagai pendekatan berlandaskan muhibah telah dilaksanakan oleh Kerajaan di peringkat akar umbi. Namun begitu, mutakhir ini, dalam mendepani cabaran arus globalisasi yang melanda masyarakat majmuk di Malaysia, pendekatan muhibah sudah tidak lagi menjadi asas dalam menangani masalah dan ketegangan sosial yang timbul. Justeru, seminar ini diadakan bertujuan untuk melihat semula pendekatan muhibah ini seperti yang pernah diusahakan oleh pemimpin-pemimpin negara yang terdahulu dalam menyelesaikan masalah dalam hubungan antara pelbagai agama dan kaum di Malaysia. Perbincangan juga akan melihat bagaimana pendekatan muhibah dapat dijadikan sebagai dasar serta panduan dalam membentuk program atau usaha membina keharmonian dalam hubungan antara agama dan kaum di Malaysia.

Objektif:

1.Memahami pendekatan dan latar belakang perkembangan konsep muhibah di Malaysia; 2.Memperkenalkan muhibah sebagai pendekatan alternatif kepada penyelesaian masalah dalam konteks hubungan antara

kaum dan agama di Malaysia; dan 3.Membincangkan kaedah bagaimana untuk menggunapakai pendekatan muhibah sebagai kerangka dasar berkaitan hubungan antara agama dalam konteks Malaysia.

SEMINAR ON “MUHIBAH APPROACH IN CREATING HARMONIOUS CO-EXISTENCE IN MALAYSIA” IN COLLABORATION WITH IIUM ERGS RESEARCH TEAM

Muhibah is a well-known term to describe the approach taken towards creating a harmonious co-existence among the ethnic and religious diversities in Malaysia. The term muhibah is unique and has its own historical significance to the country which became an important policy framework through the setting up of Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) in 1969. More profound measures were taken to generate the spirit of muhibah at the grassroots level as MAGERAN set up Muhibah councils at the national, state and district levels. However, in facing the challenges posit by globalisation to the multi-racial and multi-religious society set up of the present Malaysia, there has been lack of effort to integrate and recognise the muhibah spirit and approach as a solution to address those challenges. Therefore there is an urgent need to revisit the idea of muhibah as envisioned by the former national leaders and explore ways to translate it into meaningful guiding policies as well as tangible programs and modules for the good of inter-ethic and inter-religious relations in Malaysia.

Objectives:

1.To explore the meaning and historical significance of muhibah in Malaysia; 2.To advocate muhibah as a feasible concept for defining inter-religious relations in the Malaysian context; and 3.To deliberate on ways of embracing muhibah as a policy framework in promoting inter-religious relations and harmonious

co-existence in Malaysia.

PROGRAM IKIM 2014 PUSAT KAJIAN SYARIAH, UNDANG-UNDANG DAN POLITIK

3. SEMINAR “SISTEM PERUNDANGAN DUALISME DI MALAYSIA : SEJARAH, HAKIKAT SEMASA DAN HALA TUJU MASA DEPAN” Penyelaras/ Coordinator : Dr. Wan Azhar Wan Ahmad, Felo Kanan/Pengarah, Senior Fellow/ Director Tarikh/ Date : 4-5 Jun/ June 2014

Sistem perundangan Islam di Tanah Melayu bertapak ratusan tahun sebelum kedatangan penjajah asing. Bagaimanapun, kuasa Inggeris selaku kolonialis Barat terakhir yang mentadbir negara ini, memperkenalkan sistem perundangan British mereka dan secara beransur-ansur menghad dan meminggirkan undang-undang Islam, walaupun dalam masa yang sama memperakuinya. Sejak itu pewarisan pelaksanaan serentak undang-undang sivil dan Islam, dalam skopnya yang sempit, menatijahkan pertikaian bidangkuasa dalam beberapa keadaan yang kelihatannya tidak berpenghujung. Ia juga menimbulkan kekeliruan, salah faham dan prejudis antara kaum dan penganut agama yang mengancam perpaduan, keamanan dan kestabilan negara. Ancaman ini harus ditangani dengan bijaksana demi kemaslahatan umum majoriti warganegara yang sebenarnya merupakan matlamat utama mana-mana sistem perundangan. Justeru dalam konteks ini, usaha bersungguh-sungguh kearah menyepadu dan mengharmonikan kedua-dua sistem perundangan merupakan salah satu keutamaan semua pihak yang prihatin.

Objektif :

1.Menganalisa, membetul serta mentafsir semula fakta sejarah, peruntukan Perlembagaan dan lain-lain statut dengan lebih tepat; 2.Mengenalpasti permasalahan dan cabaran dalam amalan sistem perundangan semasa; 3.Mengemukakan cadangan penambahbaikan dan penyelesaian kepada permasalahan dan cabaran yang dikenalpasti; 4.Menghalusi peluang dan kaedah harmonisasi berkesan antara kedua-dua sistem perundangan ke arah satu sistem

perundangan untuk semua; dan 5.Menetapkan falsafah sebenar, kerangka teras dan hala tuju sistem perundangan negara seterusnya.

SEMINAR ON 'LEGAL DUALISM SYSTEM IN MALAYSIA: HISTORY, CURRENT REALITIES AND THE WAY FORWARD'

The Islamic legal system had been deeply rooted in the Malay land for centuries prior to the arrival of foreign powers. As the last Western colonialists to govern the country, the English introduced their British legal system while gradually and subtly limiting and marginalising Islamic Law, which they somehow admitted. Since then, we have inherited the simultaneous application of both civil and shariah laws, in its limited scope, resulting in jurisdictional disputes in certain circumstances without any ending. In addition, this creates confusion, misunderstanding and prejudices among the various races and religious adherents that threaten the solidarity, peace and stability of the nation. Such threats need to be handled with wisdom for the general good of public interest and well-being of the majority which is the core objective of any legal system. Therefore, within this context, serious efforts towards integrating and harmonising the two different legal systems constitute one of the utmost priorities for all concerned parties.

Objectives:

1.To analyse, rectify and re-interpret historical facts, the constitutional and other statutory provisions with greater accuracy; 2.To identify problems and challenges within the current dualistic application of legal system; 3.To put forth recommendations on improving and solving the identified problem and challenges; 4.To study opportunities and effective methodologies to harmonise the two legal systems towards a unified single system

applicable to all; and 5.To determine the true philosophy, structural framework and the way forward for the national legal system.

PROGRAM IKIM 2014 PUSAT KAJIAN SYARIAH, UNDANG-UNDANG DAN POLITIK

4. MUZAKARAH PAKAR “PENYELESAIAN ALTERNATIF UNDANG-UNDANG BAGI PERUNTUKAN FASAKH DI BAWAH ALASAN TEKANAN MENTAL” Penyelaras/ Coordinator : Pn. Siti Shamsiah Md. Supi, Pegawai Penyelidik Kanan/ Senior Research Officer Tarikh/ Date : 9 Oktober/ October 2014.

Muzakarah pakar ini merupakan pembentangan kepada hasil penyelidikan bertajuk, “Tekanan Mental dalam Konflik Perkahwinan: Cadangan Penyelesaian Alternatif di bawah Peruntukan Fasakh” yang masih berjalan. Muzakarah pakar ini akan menjadi platform perbincangan untuk menambah baik hasil penyelidikan yang disediakan. Rumusan yang dihasilkan melalui muzakarah ini akan menyempurnakan hasil penyelidikan sebagai laporan yang mantap. Ia kemudiannya akan diserahkan kepada Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil ataupun pihak-pihak yang berbidang kuasa dengan penggubalan undang-undang berkaitan.

Objektif :

1.Mencari titik pertemuan dan persefahaman antara perspektif psikologi dan juga perspektif syariah dalam menangani tekanan mental akibat konflik perkahwinan;

2.Menghasilkan cadangan dalam bentuk pindaan terhadap peruntukan fasakh dan juga prosedur perbicaraan khusus kepada tuntutan fasakh; dan

3.Menghasilkan cadangan model ujian tekanan mental yang khusus bagi mangsa atau pesakit tekanan mental yang membuat tuntutan pembubaran perkahwinan melalui fasakh.

EXPERTS DISCOURSE ON “LEGAL ALTERNATIVE SOLUTIONS FOR JUDICIAL DISSOLUTION ON THE GROUNDS OF MENTAL DISORDER”

The experts discourse is a presentation made earlier on findings of the on-going research, 'Mental Disorder in Marital Conflicts: Recommendations of Alternative Solutions under Judicial Dissolution (Fasakh). This expert discourse will provide

a platform for discussions to enhance the said research. Findings of the research and the discourse summary will further improve the research as a credible report which will then be forwarded to the Technical Committee of Civil and Sharak Laws, JAKIM, or any authorities related to the legislation of the laws concerned.

Objectives :

1.To find points of mutual understanding in both psychology and psychiatry as well as the Shari'ah perspective in managing mental stress due to marital conflicts;

2.To give recommendations on amendments for judicial dissolutions, as well as enhance its current procedures; and To design a specific mental disorder test model for victims or patients of mental depression who have made claims for

judicial dissolutions.

PROGRAM IKIM 2014 PUSAT KAJIAN SYARIAH, UNDANG-UNDANG DAN POLITIK

5. MUZAKARAH PAKAR “GENDER DALAM KERANGKA MAQASID: PERBAHASAN AWAL” Penyelaras/ Coordinator : Cik Wan Roslili Abd. Majid, Pegawai Penyelidik Kanan/ Senior Research Officer Tarikh/ Date : 11 November 2014

Isu-isu berkaitan dengan kesaksamaan gender hangat dibahaskan pada peringkat antarabangsa mahupun tempatan. Antara isu yang mendapat perhatian pada peringkat tempatan termasuklah peluang pekerjaan secara saksama antara lelaki dengan wanita, pelantikan wanita kejawatan yang lazimnya dihadkan atau dikhususkan pada lelaki seperti mufti dan imam, selain isu-isu yang berkaitan dengan hubungan antara lelaki dengan wanita terutama dalam hal-hal kekeluargaan seperti nafkah, talak, kemudahsampaian kepada mahkamah, dan sebagainya. Tidak ketinggalan juga ialah isu-isu orientasi seksual dan identiti gender (SOGI). Walau bagaimanapun, perbahasan yang berlangsung sama sekali terkeluar daripada kerangka Maqasid al-Syari`ah dan bertentangan dengan prinsip-prinsip akhlak mulia.

Objektif:

1.Meletakkan perbahasan isu-isu berkaitan dengan gender dalam kerangka Maqasid al-Syari`ah; 2.Membahaskan sama ada undang-undang berkaitan dengan gender, pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa,

adalah selaras dengan Maqasid al-Syari`ah atau sebaliknya; 3.Membincangkan sama ada undang-undang berkenaan memelihara hak dan kebajikan gender, menyokong kemudahsampaian kepada prasarana asas yang menjamin kehidupan yang sejahtera, dan menekankan layanan yang sewajarnya dalam bidang-bidang utama, iaitu sosial, politik, dan ekonomi; dan

4.Mengusulkan saranan pengukuhan serta penambahbaikan terhadap undang-undang sedia ada berkaitan dengan gender, sesuai dengan fitrah masing-masing demi memelihara maslahah masyarakat dan negara secara umumnya.

EXPERTS DISCOURSE ON “GENDER WITHIN THE FRAMEWORK OF MAQASID: A PRELIMINARY DISCOURSE”