Pendidikan Abad Ke 21 Peranan Bina Insan

Pendidikan Abad Ke 21: Peranan Bina Insan Guru (BIG) dalam
menyediakan Guru beraras tinggi.
Wan Fazah Wan Ahmad & Main Rindam

Abstrak
Abad ke 21 adalah abad penguasaan Information and Communication Technology
(ICT). Konsepnya ia merupakan abad yang menjumudkan sempadan geografi dan
politik serta budaya untuk membuka konsep perhubungan tanpa sempadan atau
langit terbuka dalam apa juga bidang kehidupan. Dalam bidang pendidikan,
pembelajaran abad ke 21 menuntut pelbagai pembaharuan supaya modal insan
yang dibentuk dapat bersaing diperingkat global. Bina Insan Guru (BIG) dicetuskan
bagi mencetuskan guru yang digraduatkan nanti memiliki kemahiran berfikir aras
tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi kompleks untuk membuat keputusan
yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk
melaksanakan penambahbaikan secara berterusan. Sehubungan itu satu kajian
telah dijalankan ke atas 30 responden pelajar guru Institut Pendidikan Guru (IPG)
pada tahun 2015 menggunakan kaedah lukisan projektif House-Tree-Person (HTP).
Objektif kajian ini ialah untuk menghasilkan idea baru dalam penilaian kemampuan
pelajar guru bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan
persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam
kepelbagaian budaya. Kedua, menilai kemamapuan pelajar guru menghayati dan

menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan menerusi
program BIG, dan ketiga, menganalisis kemampuan merancang, melaksana,
memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam
kumpulan pelajar guru. Kajian ini mendapati kaedah lukisan projektif HTP mampu
menjadi garis asas bagi pelajar guru yang mengikuti program BIG IPG Malaysia.
Dapatan daripada HTP menunjukkan terdapat keupayaan untuk mereka
mempamirkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan
sosial yang diperlukan dalam kerjaya guru. Ini memberikan gambaran sihat tentang
kemampuan mereka untuk menjadi guru abad ke 21 yang beraras tinggi.
Kata Kunci: Pembelajaran, Pendidikan, Guru, Bina Insan Guru, Global, Aras
tinggi.

Pengenalan
Pengajaran abad ke 21 adalah pendidikan berteraskan Information and
Communication Technology (ICT), namun pemerdanaan sebenar bukan hanya
terletak pada medium ICT tetapi faedah disebalik penggunaan teknologi tersebut
yang harus dikuasai. Pengajaran abad ke 21 adalah menisfestasi untuk melahirkan
1

generasi yang mempunyai daya saing beraras tinggi dan mampu bersaing

diperingkat global. Untuk menghasilkan modal insan beraras tinggi ia berkait secara
langsung dengan keberhasilan murid. Tentunya di belakang kemenjadian murid
adalah guru yang unggul (Barber & Mourshed, 2007). Oleh kerana individu guru
memainkan peranan yang penting dalam penghasilan modal insan, aspek komitmen
dan kompetensi sangat dititikberatkan bagi mendepani cabaran pembelajaran abad
ke-21.
Institut
Pendidikan
Guru
adalah
salah
satu
institusi
awam
yang
dipertanggungjawabkan dalam melahirkan guru yang memiliki komitmen dan
kompetensi dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Bina Insan Guru (BIG)
merupakan salah satu program yang dirangka bagi menghasilkan guru yang
berkomitmen dan berkompetensi ketika bertugas menerusi pengisian yang diatur.
Isu gagal mengendalikan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dan aktiviti

kokurikulum
secara
berkesan
merupakan
isu kurang keberhasilan dalam
melahirkan guru beraras tinggi, yakni yang berkaitan secara khusus dengan
akauntabiliti serta aspek tanggungjawab, integriti dan juga kompetensi.
Sehubungan itu sebelum satu kajian luar boleh dilakukan, satu kajian awal
akauntabiliti ke atas sekumpulan pelajar guru IPG telah dijalankan bagi
menganalisis pola auntabiliti mereka dengan menggunakan lukisan projektif
HTP. Akauntabiliti banyak dipengaruhi oleh personaliti yang turut dipengaruhi
oleh perilaku atau behaviour seseorang. Meskipun perilaku turut dipengaruhi oleh
banyak faktor, penggunaan THP berkeupayaan untuk mengdiagnoksis hubungan
kepelbagaian faktor ini dengan perilaku bawah sedar seseorang. Terjemahan
dari hasil diagnoksis ini akan digunakan sebagai kayu ukur bagi menyediakan
program susulan pemerkasaan sumber manusia lepasan IPG. Pendekatan ini
diharapkan dapat mengisi lompong ilmu dalam pembangunan potensi setiap
graduan yang mempunyai minat serta bakat untuk menjadi seorang pendidik tulin.
Objektif kajian ini ialah untuk menghasilkan idea baru dalam penilaian kemampuan
pelajar guru bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan

persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam
kepelbagaian budaya (Intrapersonal). Kedua, menilai kemampuan pelajar guru
menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan
menerusi program BIG (interpersonal), dan ketiga, menganalisis kemampuan
merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan
secara aktif dalam kumpulan pelajar guru (jaringan persekitaran).
Latarbelakang/literatur
Buck, J. (1948) adalah pelopor teknik projektif House-Tree-Person dimana beliau
berpendapat kreativiti artistik dapat menggambarkan aliran ciri-ciri personaliti yang
mengalir di atas seni grafik. Lukisan responden dapat mengkongkritkan secara
bawah sedar tentang kesukaran dan proses kehidupan menerusi lakaran imej
dalaman. Ini boleh dilakukan dengan membenarkan subjek bertindak balas dengan
2

naluri sendiri
bagi merangsang sesuatu yang dikenalpasti dan samar-samar.
Andaiannya ialah subjek akan mampu menghasikan projeksi potrait sendiri yang
boleh digunakan bagi menilai dinamika personaliti. Interpretasi ketiga-tiga objek
adalah simbol kepada dunia subjek, rumah pula mencerminkan kehidupan rumah
subjek dan hubungan intrakeluarga mereka sementara imej pokok memberi

gambaran tentang pengalaman hubungan dalam lingkungan persekitaran mereka
dan orang adalah bayangan hubungan interpersonal mereka. Kajian literatur
menunjukkan banyak kajian telah dihasilkan menggunakan kaedah HTP.
Kajian menunjukkan pelbagai latar responden telah dikaji bagi mendapatkan
gambaran personaliti mereka. Bahkan
sempadan
kajian
HTP
turut
merentasi sempadan budaya dan juga sempadan fizikal responden. Ia
bertujuan menilai personaliti dari sudut kognitif, emosi, intra dan interpersonal.
Buck, J. (1948; 1981) menulis tentang teknik HTP dimana ia adalah
modifikasi daripada Goodenough, F. (1926) bertujuan mengkaji tahap
keintelektualan seseorang. Baik dalam kalangan kanak-kanak (Machover, K.
1949) mahupun golongan remaja dan dewasa.

Rajah 1. Sampel lukisan HTP pelajar guru yang mempunyai tiga objek utama
iaitu rumah, pokok dan orang. Sumber: Koleksi penulis.
HTP dikatakan mempunyai pertalian dengan asas personaliti. Intrepretasi
ketiga-tiga objek tersebut melambangkan simbolik kepada dunia responden,

rumah melambangkan kehidupan rumah dan hubungan intrafamili, pokok
pula simbolik kepada elemen hubungan dalam persekitaran hidup
seseorang sementara orang adalah simbolik kepada hubungan interpersonal
(Buck, 1981). Lukisan HTP menurut Diamon (1954) boleh menerangkan
perasaan seseorang terhadap orang lain. Selain dari itu HTP juga mampu
menjadi alat bantu kepada psikologis untuk memahami emosi dan sedar diri
(self-awareness) pelanggan mereka (Robert, 1987), malah HTP juga
3

digunakan sebagai alat bantu diagnostik bagi mengenalpasti penderaan
kanak-kanak (Palmer et al., 2000). Meriane, 2014 mengkaji keberkesanan
HTP ke atas kanak-kanak atypical dan typical di mana beliau turut
membina metod skoring untuk tujuan penilaian lukisan kanak-kanak tersebut.
Pembinaan metod skoring juga dilakukan oleh Chih, Tsyr & Ay (2011) bagi
menilai tahap keintelektualan di kalangan pesakit di Taiwan. Kajian HTP masih
belum meluas penerokaannya di Malaysia terutamanya dalam aspek
penghasilan sumber manusia beraras tinggi, oleh itu penulisan ini bertujuan
mengisi ruang kosong bidang ini.
Metodologi
Sejumlah 37 pelajar guru telah dipilih sebagai responden dan mereka sedang

mengikuti program Bina Insan Guru (BIG). Mereka telah dibekalkan kertas kosong
bersaiz A4 dan pensil untuk menghasilkan lukisan House-Tree-Person (HTP). Selepas
selesai melukis HTP, tiada Post-Drawing Interrogation dilakukan seperti disarankan
oleh Buck (1981). Lukisan projektif HTP dirasakan memadai untuk dijadikan media
bagi memahami asas personaliti pelajar guru dan kesiagaan mereka untuk menjadi
guru alaf abad ke 21. Aktiviti lukisan HTP ulangan dengan kryon atau pencil warna
juga dijumudkan begitu juga 60 soalan PDI. Masa yang diberikan untuk menyiapkan
lukisan ialah 30 minit bagaimanapun dalam kes yang ekstrem ada responden yang
boleh menyiapkan lukisan mereka dalam tempoh kurang dari lima minit. Diagnostik
dilakukan berdasarkan garis panduan manual yang dirujuk dari kajian literatur
secara langsung. Ciri-ciri lakaran HTP yang dihasilkan pelajar guru dibanding dan
dikategorikan mengikut gambaran yang dinyatakan dalam manual. Analisis
kuantitatif digunakan bagi melihat gambaran keseluruhan perilaku kehidupan,
hubungan dalam lingkungan (intrapersonal) dan juga hubungan interpersonal
mereka. Gambaran yang dominan akan menjadi perbincangan utama dalam kajian
ini.
Hasil dan Perbincangan
Pembelajaran abad ke 21 menekankan beberapa perkara utama iaitu kemahiran
berfikir secara kreatif dan kritikal, Kemahiran berkomunikasi secara berkesan,
Kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni, Kemahiran membuat pilihan dan

membuat keputusan, Kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi
maklumat, Kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain dan Kemahiran
kepimpinan dan pengurusan. Sehubungan dengan itu perbincangan tentang
personaliti pelajar guru akan terfokus kepada pemilikan ciri-ciri tersebut dalam diri
mereka sebagai persiapan menjadi guru di sekolah. Pendidikan abad ke 21 adalah
pendidikan bertaraf dunia. Ia adalah pendidikan yang menjadikan masyarakat
Malaysia maju dan saintifik. Sifat masyarakat maju ialah ia mesti bersedia
menerima sesuatu yang baru, maju dan berdaya saing. Apakah pelajar-pelajar guru
yang menyertai program BIG IPG mampu memenuhi harapan besar ini.

4

Pendidikan bertaraf dunia merujuk kepada satu pencapaian tertinggi atau yang
setaraf dengannya di dunia. Ia menekankan perkembangan, kemajuan pesat dan
dinamika khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan
kredentaliti (credential) dan diterima diperingkat antarabangsa. Asasnya ia
bertujuan mencapai cabaran ke-6 Wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat
saintifik dan prograsif, mempunyai daya perubahan yang tinggi dan memandang ke
depan yang bukan sahaja pengguna teknologi tinggi tetapi juga yang menyumbang
kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. Sehubungan itu dalam usaha

melahirkan warganegara global yang selaras dengan perkembangan jaringan
informasi dalam era globalisasi, maka pelajar yang dikeluarkan oleh IPG mesti
mempunyai ciri global seperti mempunyai budaya pembelajaran sepanjang hayat,
berkebolehan berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa antarabangsa,
menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan harian
serta bersedia dari segi kognetif untuk tugasan yang kompleks dan mencabar,
menyelesaikan masalah serta menjana ilmu atau pengetahuan baru agar mampu
menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi sosial, budaya dan politik.
Justeru itu IPG menerusi BIG dengan memberikan penekanan P&P berbudaya fikir
(kreatif & kritis), pemusatan kepada pelajar, penggunaan ICT secara bijak, strategi
P&P yang sesuai serta pengurusan BIG yang efektif.

Lukisan projektif House-Tree-Person (HTP)
Fokus utama penulisan ini ialah diagnosis lukisan rumah, pokok dan orang atau HTP.
Berdasarkan Jadual 1, elemen yang terdapat dalam setiap objek telah
dipermudahkan bagi menghasilkan manual penerangan yang mudah. Secara
keseluruhan tiga objek yang terkandung dalam lukisan telah diterima pakai sebagai
satu simbolik kepada dunia kehidupan responden yang mengambil bahagian dalam
lukisan ini. Pengkelasan elemen bagi setiap objek membantu mempercepatkan
proses diagnostik dan penghasilan laporan bagi setiap kes lukisan THP yang

dihasilkan. Penghuraian ini telah diterima pakai oleh pengkaji awal lukisan HTP
seperti Buck (1948;1981), Kellogg (1969) yang mengkaji HTP di kalangan kanakkanak berusia lima hingga 7 tahun, McAllen (2004) yang mengaitkan warna dengan
emosi atau semangat pelukisnya.
Perbincangan dapatan kajian ini adalah berdasarkan kajian pelajar guru IPG.
Pelbagai bentuk rumah, pokok dan orang telah dihasilkan oleh responden. Lukisan
HTP secara dasarnya dipersetujui dapat menerangkan tentang pertalian hidup
seseorang dengan persekitarannya. Pokok melambangkan hubungan persekitaran
sosial, rumah pula melambangkan persekitaran perkembangan hidup berkeluarga
atau kekeluargaan sementara lukisan orang pula melambangkan penceritaan atau

5

maklumat tentang persekitaran perkembangan diri seseorang. Perinciannya manual
asas penghuraian setiap elemen HTP dapat dirujuk kepada Jadual 1.
Jadual 1. Manual asas penghuraian setiap elemen kepada objek HTP yang
dihasilkan.
Rumah
1. Melukis tingkap rumah
pada satu bahagian
rumah

menunjukkan
wujud perasaan tidak
selamat.

2. Saiz
rumah
terlalu
kecil menunjukkan ia
menolak keluarganya,
jika terlalu besar ia
merasa sangat dialualukan.

3. Garis
dan
dinding
mewakili
sempadan
dan
kekuatan
ego.
Garis lemah struktur
rumah
menunjukkan
ego
yang
lemah
sementara
garis
terang
menunjukkan
masalah
dengan
anxieti
dan
perlu
memperkuatkan
sempadan.
4. Bumbung
lambang
kepada
fantasi

Pokok
1. Cabang
pokok
yang
mencapah
menggambarkan
responden
mempunyai
cita-cita
besar
untuk
mengejar kejayaan kerjaya
atau hidup. Pokok tanpa
cabang
menunjukkan
seseorang itu tidak/kurang
bersedia
untuk
mengadakan
hubungan
dengan orang lain.
2. Trunk
atau
pucuk
menunjukkan
ego,
memikirkan
diri
dan
intacness
personaliti.
Pucuk
yang
kecil
menunjukkan
kekuatan
ego yang terhad, pucuk
yang besar menunjukkan
lebih kuat egonya. Dalam
konteks ini saiz silera
pokok lebih jelas dalam
membawa
pemaknaan
berbanding pucuk.

3. Garis padat atau lorekan
bagi menunjukkan banir
(bark)
menunjukkan
kemurungan diri sendiri.
Akar
yang
kompleks
menunjukkan
kecendrungan obsessive

4. Pokok terbelah dua atau
terpecah
dua,
kalau

Orang
1. Jika hanya sebahagian
imej
orang
dilukis,
seperti
kepala,
bahagian depan badan
ia menunjukkan sikap
suka mengelak atau
evasive
attitude
dalam
hubungan
sosial.

2. Orang di tengah atau
sedikit
bawah
dari
garis
tengah
ialah
orang
yang
suka
perhatian (pemusatan
diri). Berlaku perincian.
Pemadaman
menunjukkan
usaha
memurnikan.
Saiz,
menunjukkan
aras keyakinan dan
keterampilan
seseorang. Saiz kecil
menunjukkan
seseorang itu lebih
bersifat
pemerhati
bukan melibatkan diri.
3. Tangan adalah cara
untuk maju keluar ke
persekitaran.
Tangan
terbuka menunjukkan
keinginan
untuk
melibatkan diri. Tangan
tertutup
bersifat
defensif, terasing dan
tidak berdaya.

4. Jari menunjuk
balled

atau
fists
6

kehidupan
dan
penumpuan yang lebih
ke atas aspek tersebut
akan
memberi
tumpuan
kepada
fantasi dan anganangan. Tidak lengkap,
kecil atau bumbung
terbakar
dan
menunjukkan penafian
kekuatan dan takutkan
fantasi
(memikirkan
tentang
takut
dan
hantu
di
atas
bumbung)
5. Tingkap,
pintu
dan
jalan adalah semua
jalan orang lain masuk
dan melihat ke dalam
rumah. Ia berkaitan
dengan keterbukaan.
Keinginan
untuk
berhubung
dengan
orang lain dan idea
tentang alam sekitar.
Pintu
atau
tingkap
yang
terbuka
menunjukkan
keinginan kuat untuk
berhubung
dengan
orang lain. Tingkap
besar terutama di bilik
air
menunjukkan
exhibitionistic desires.
6. Lorekan, shutter, bar,
langsir dan laluan yang
panjang menunjukkan
ketidakinginan
untuk
mendedahkan (reveal)
diri sendiri (memikir
untuk
lebih
jauh
seperti tingkap
ke
semangat atau pintu
kepada fikiran)

dipanah
petir
menunjukkan fragmented
personaliti dan mengalami
masalah
mental
yang
serius (?) atau petunjuk
kepada organicity.

menunjukkan agresif.
Jari tersembunyi atau
memakai
sarung
menunjukkan
kemurungan
atau
antisosial. Juga gagal
untuk melukis tangan
dengan baik.

5. Limb adalah usaha ego
untuk mencapak keluar ke
dunia luar serta mencari
apa yang dapat memenuhi
impian
atau
cita-cita
hidup. Ranting atau dahan
yang patah menunjukkan
kesukaran
untuk
maju
kedepan.
Atau
usaha
untuk kehadapan (sesuatu
yang
bukan
kawalan).
Dahan
dipotong
menunjukkan
ketidakupayaan.

5. Kaki dan tapak kaki
sama
macam
akar
pokok
menunjukkan
asas dan juga kuasa.
Jika terpotong atau
tidak
dilukis
di
bahagian bawah kertas
menunjukkan
hilang
autonomi.
Kecil
menunjukkan perlunya
jaminan keselamatan,
besar
juga
boleh
menunjukkan elemen
yang sama.

6. Cabang pokok yang kecil
menunjukkan
kemahiran
yang terhad untuk keluar
dari kekangan kejayaan
atau usaha untuk majukan
diri. Cabang yang besar
menunjukkan
terlalu
terkeluar bagi memenuhi
keperluan
diri.
Bentuk
cabang
tajam
menunjukkan sifat agrasif .
Cabang yang berpintal
menunjukkan sifat kena
‘pedaya’
dalam
usaha
untuk maju. Cabang yang
mati
menunjukkan

6. Leher terpisah dari
kepala (cognition) atau
dari badan (drives dan
needs), tiada leher
maksudnya
tiada
pemisahan.
Leher
panjang ialah desire
untuk mahukan lebih
pemisahan.

7

7. Kereta melambangkan
tetamu yang datang
atau
orang
dalam
rumah akan pergi.

8. Lampu
boleh
jadi
petunjuk
kepada
mengalu-alukan
tetamu datang atau
kembali bertenaga.

kekosongan
dan
tidak
berdaya.
7. Daun menunjukkan usaha
untuk
maju
kedepan
berjaya.
Memandangkan
daun tumbuh, maknanya
pokok
akan mencapah
keluar ke arah matahari
dan mendapat makanan
dan air. Banyak daun
menunjukkan ia sukakan
sosialisasi.
Tiada
daun
menunjukkan
perasaan
‘barrent’ sementara daun
gugur
dari
dahan
menunjukkan
nurturing
yang
diperolehi
tidak
dapat
dijangka.
Ketidakpastian
rezeki?
Daun berbentuk poin atau
titik menunjukkan agresif,
absessive
attention.
Perincian daun boleh jadi
kecendrungan ‘obsessive
cumpulsive’.
Kecendrungan keterlaluan.
Desakan nafsu yang kuat.
8. Petunjuk
lain.
Pokok
krismes
diluar
musim
menunjukkan
fantasi
regressive
(fikirkan
tentang
cuti
atau
keseronokan diri). Berlilit
atau
berpintal
menunjukkan sebahagian
ego dipintal mengikut isu.
Lubang
menunjukkan
trauma. Kehadiran tupai
atau
haiwan
kecil
menunjukkan kebebasan.
Pokok
janda
merana
menunjukkan tekanan dan
kemurungan.
Orang
memerlukan
semangat
dan
suntikan
untuk
berdaya
saing
akan
melukis buah-buahan.

7. Mulut ialah keperluan
mendapat apa yang
dimahukan.
Mulut
besar atau terbuka
sangat
memerlukan.
Mulut tertutup bererti
penolakan atau pasif.
Senyum
bermaksud
suka kepada realiti
kehidupan.

8. Melukis
bandut
(menyembunyikan diri)
atau
robot
(hilang
perasaan).
Cowboy
(keinginan
untuk
maskulin). Orang lidi
(kanak-kanak
dan
kebudak-budakan/
regressive ). Ia juga
menunjukkan kejayaan
(?). Ia turut keupayaan
mengawal
perasaan
dan
fokus
kepada
matlamat dan kerjaya.
Lakaran
ala
kadar
menunjukkan anxiety.
Kurang
perincian
menunjukkan
keinginan
untuk
menarik
diri,
kekuarangan
tenaga
dan bosan.
Sumber: Ubahsuai daripada Beck, H.S (1955) & Buck, J (1981)
8

Sekiranya sesuatu lukisan itu mempunyai kekurangan banyak perincian, lubanglubang yang tidak lengkap atau siap dan penggunaan banyak garisan lemah, tidak
jelas atau terputus-putus (faint) maka ia dipersetujui bahawa ia menunjukkan
kemurungan. Garisan datar yang condong kebawah dan keluar dari lakaran
keseluruhannya baik di kedua bahagian boleh menunjukkan perasaan terasing,
terdedahan dan tidak berdaya (helplessness) akibat tekanan persekitarannya.
Lukisan dikaitkan dengan pelbagai aspek pembangunan kognetif yang berkaitan
pemikiran, ingatan dan keupayaan (Mariane, 2014). Sama seperti fokus kajian ini
dihasilkan iaitu membina keupayaan untuk meramal ‘features’ yang dihasilkan
dalam lukisan HTP responden dapat menunjukkan masa depan kerjaya mereka.
Lukisan sebagai alat bantu penilaian turut digunakan dalam bidang professional
iaitu dalam pelbagai konteks (Reynolds & Kamphaus, 2003; Walker, 2012) selain
keupayaannya bertindak sebagai terapi seni (art therapy) seperti dalam
pengendalian kes penderaan seksual kanak-kanak mahupun orang dewasa (LevWeisel, 1999).
Imej Pokok dan Penyediaan Pelajar Guru Beraras Tinggi.
Pokok merupakan imej alam sekitar yang penting dalam kehidupan manusia.
Dekatnya pokok dengan manusia telah disebut dalam bentuk perumpamaan oleh
Allah s.w.t dalam firmannya menerusi ayat Al-Quran (ayat 24-25) yang bermaksud:
“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat
yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke
langit. Pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya,
Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu semua untuk manusia supaya
mereka selalu ingat” (Ibrahim:24-25)
Terdapat empat bahagian pokok yang sering diberikan perhatian oleh pelukis untuk
melambangkan persekitaran sosial mereka iaitu (1) bahagian silera bersama daun,
(2) dahan bersama ranting atau cabang, (3) batang dan (4) bahagian perdu, banir
dan akar pokok. Berdasarkan pengalaman penulis, perincian sering juga dilakukan
oleh pelukis terhadap empat bahagian ini. Kajian ini mendapati pelbagai bentuk
imej pokok telah dilukiskan oleh responden dan terdapat 13 orang (35.1%)
responden ada melukiskan dahan pokok sementara bakinya tidak berbuat demikian.
Ini bererti majoroti responden telah mengabaikan bahagian dahan dan ranting
dalam lukisan mereka yang membawa maksud mereka tidak atau kurang bersedia
untuk mengadakan hubungan dengan orang lain. Sehubungan itu pengisian BIG
perlu mengaktifkan keinginan untuk berhubung atau berkomunikasi antara peserta
di peringkat awal.
Batang pokok melambangkan kekuatan dalaman, self-esteem atau harga diri dan
keutuhan personaliti. Penggunaan garisan samar untuk menunjukkan batang pokok
menunjukkan rasa lemah, pasif dan keadaan tidak selamat atau terjamin. Perkara
yang sama juga ditunjukkan dengan melorekkan bahagian batang pokok atau
9

garisan gelap atau terang bagi menunjukkan keadaan defensif atau melukis lubang
pada batang pokok. Parut pada batang pokok menceritakan pengalaman traumatik
yang pernah dialami oleh seseorang dan umur ketika mana traumatik itu berlaku.
Umur boleh dianggarkan berdasarkan umur pelukis. Batang pokok yang terlalu
kurus menunjukkan penyesuaian yang tidak menentu. Jika kulit pokok dilukis
dengan jelas ia menunjukkan wujud unsur enxiety. Kulit pokok kalau dilukis dengan
teliti bermaksud rigid atau pegun atau personaliti kompulsif (desakan keinginan
atau nafsu yang kuat).
Akar pokok merujuk kepada asas persekitaran sosial seseorang dan
ikatan
seseorang pada realiti dan juga hubungannya kepada isu atau masa silamnya. Jika
seseorang mengalami masalah dengan perjalanan hidupnya, akar pokok mungkin
kecil, halus serta tidak efektif. Akar yang mati menunjukkan kekosongan dan
enxiety yang konsisten dengan dorongan yang keterlaluan atau keinginan yang
terlampau terutama jika ia turut diperincikan dengan aspek atau bahagian lain
pokok.
Pelajar guru yang mempunyai ciri beraras tinggi umumnya perlu melukiskan pokok
dengan akar yang jelas dan terang. Kajian ini mendapati terdapat 10 orang (27%)
responden melukiskan akar pokok dengan pelbagai gaya tetapi tidak seorangpun
yang melukiskannya secara keterlaluan. Berdasarkan jumlah itu separuh dari
mereka melukis saiz akar yang besar sementara separuh lagi melukis saiz akar
yang kecil dan halus. Jika akar dikaitkan dengan ikatan terhadap realiti, majoriti
pelajar guru IPG tidak berada dalam realiti keperluan guru abad ke 21 yang serba
mencabar. Bahkan dengan tidak melukis apa-apa akar menunjukkan mereka
mempunyai masalah dengan perjalanan hidup untuk menjadi guru. Pokok yang
tidak ada akar akan dikaitkan dengan situasi atau keadaan yang tidak menjamin.
Ramai menunjukkan mereka tidak ada jaminan dan tidak ada perasaan seronok
yang mendalam terhadap kerjaya guru. Kalau dikaitkan dengan sesuatu isu, mereka
tidak mengambil pusing terhadap isu yang dilontarkan kepada mereka. Isu
pembelajaran abad ke 21 bukan perkara besar kepada mereka. Kajian ini turut
mendapati tidak ada kes responden yang melukis akar mati yang boleh dikaitkan
dengan kekosongan atau enxiety di kalangan pelajar guru. Tidak juga ada
contengan akar yang keterlaluan dalam kajian ini. Sehubungan itu pengisian
program BIG perlu mendedahkan pelajar guru dengan realiti dan fantasi kerjaya
guru. Pengisiannya juga perlu mendedahkan pesertanya dengan persiapan
menghadapi pembelajaran abad ke 21.

Imej Rumah dan Peranan Keluarga Dalam Pembinaan Guru Beraras Tinggi.
Rumah dikaitkan dengan persekitaran intrafamili dan mood seseorang yang
menjurus kepada aras mengalu-alukan (warmth) serta kebolehcapaian
(accessibility). Jika dikaitkan dengan pembelajaran abad ke 21, ianya boleh sahaja
10

dilukis dalam bentuk humble dan mudah atau ringkas, atau bersaiz besar serta
ostentatious. Kemudian rumah tersebut boleh diperincikan atau dibiarkan sparse
dan kosong begitu sahaja. Sekiranya rumah dikaitkan dengan mood atau mengalualukan kehadiran orang atau sebaliknya, apakah sambutannya kepada cabaran
pembelajaran abad ke 21? Imej rumah yang dilakarkan itu mendominasi ruang atau
hanya diletakkan pada sudut tertentu muka surat kertas yang diberikan sebab saiz
rumah yang kecil melambangkan penolakan kehidupan keluarga dan saiz yang
sangat besar menunjukkan elemen rumah atau keluarga bersifat ‘over restrictive’
dan mengawal kehidupan pelukis atau responden. Fokus analisis akan memberikan
tumpuan kepada empat elemen dalam lakaran rumah iaitu bahagian bumbung,
pintu dan tingkap, chimney atau cerombong dan perhiasaan rumah (jalan atau
laluan masuk, pagar dan antena TV atau astro).

Rajah 2. House-Tree-Person (THP).
Justeru lakaran rumah dikaitkan dengan intrafamili maka garisan yang digunakan
dalam lukisan melambangkan kekuatan ego seseorang. Garisan berat,
melambangkan ego yang terlalu besar sementara garisan nipis menunjukkan ego
yang lemah. Garisan juga menunjukkan bagaimana mereka mengenalpasti
sempadan persekitaran di sekeliling mereka. Bumbung rumah disimbolkan sebagai
kebijaksanaan dalam ilmu agama atau fantasi seseorang. Semua ini akan dijelaskan
dengan lebih terperinci dalam perbincangan seterusnya.
Chimney atau cerombong rumah bukan identiti rumah orang Melayu mahupun
bukan Melayu di Malaysia. Ia lebih kepada sebahagian daripada reka bentuk rumah
11

di negara-negara beriklim sejuk seperti di barat. Sesuai dengan perkara ini, aspek
geografi dan budaya serta musim perlu diambil kira apabila melakukan
penginterpretasian lukisan dilakukan. Oleh kerana cerombong dikaitkan dengan
ketersediaan (availability) dan kehangatan ( warmth) seseorang atau aras kuasa
mahupun kekuatan serta maskulin (kejantanan atau kewanitaan) yang dirasai oleh
orang lelaki atau perempuan maka kehadirannya dianggap sebagai relevan bagi
masyarakat Eropah tetapi tidak bagi masyarakat Asia. Menidakkan kehadiran
cerombong sesebuah rumah menunjukkan ada unsur pasifviti atau kekurangan
perasaan hangat atau warmth
dalam kehidupan rumah seseorang. Bahkan
ketiadaan cerombong dikatakan kehidupan isurumah atau ego sesorang itu sebagai
sejuk atau kekurangan belas kasih (compassion). Dalam satu skop yang lain
cerombong melambangkan imej kebapaan dengan asap daripada yang keluar
adalah simbol kehangatan dan kebaikan seorang bapa atau tanpanya ia boleh
menunjukkan kehadiran unsur enxiety. Terlalu banyak asap boleh membawa
maksud ‘permusuhan’ (hostility) dan terlalu banyak tenaga maskulin.
Dalam kes kajian ini responden adalah pelajar guru yang baru balik dari program
ijazah sarjana muda dari seberang laut iaitu dari Kanada dan juga United Kingdom.
Segelintir daripada mereka masih tidak dapat melupakan kenangan tinggal dalam
persekitaran eropah atau negara sejuk. Rumah-rumah mereka kebanyakannya
dilengkapi cerombong bagi tujuan mengekalkan kehangatan pada musim sejuk. Ia
juga ada kaitan dengan jati diri pelajar guru yang balik dari luar negara. Mereka
masih terikat dengan pengalaman tinggal bersama keluarga angkat atau tempat
mereka menyewa. Imgatan ini mereka lahirkan semula dalam bentuk lukisan.
Rumah berorientasikan eropah tetapi imej orang masih kekal dari negara asia

Rajah 3. HTP menunjukkan rumah dengan cerombong.
Berdasarkan Rajah 3, responden melukiskan rumah dengan cerombong yang
menunjukan ketersediaan dan kehangatan responden dalam menerima orang lain
dalam hidupnya. Sehubungan itu analisis yang lebih terperinci perlu dilakukan bagi
12

mengetahui aras femininiti responden, kuasa yang ada pada dirinya dan juga aspek
proaktif beliau. Nilai tambah ini boleh diperolehi dengan menganalisis aspek lain
imej rumah dan dua aspek lain iaitu pokok dan juga orang. Bagaimanapun dalam
kajian ini hanya dua (5.4%) responden yang melukis cerombong dalam imej rumah
mereka. Ketersediaan dan kehangatan (kesegaran) perasaan turut disahkan
responden dengan melukiskan laluan masuk ke rumah (Rajah 3). Kalau ia dikaitkan
dengan kehangatan peranan seorang bapa atau kebaikannya maka rumah dianggap
sebagai satu yang penting dan membantu perkembangan kerjaya responden.
Jalan atau laluan masuk ke rumah adalah simbol kesediaan seseorang untuk
menerima kedatangan tetamu. Ia juga memberitahu tentang bagaimana responden
berhubung dengan orang luar. Ia juga memberitau bagaimana seseorang itu
membenarkan orang lain mendatanginya, iaitu sama ada jalan atau lorong yang
dilukis itu pendek atau panjang, luas atau sempit. Ketersediaan dan kehangatan
ada kaitannya dengan keterbukaan. Lurus, luas dan besar menunjukkan
keterbukaan untuk menerima kehadiran orang lain. Sebagai pelajar guru ciri ini
seharusnya perlu ada pada personaliti mereka sebab mereka perlu bersedia,
hangat dan terbuka untuk menerima murid atau pelajar. Kajian ini menemukan
hanya enam (16.2%) responden yang mempunyai ciri ini dalam lukisan mereka.
Keterbukaan sangat penting kepada seseorang guru kerana ciri ini menjadi penentu
kepada perkongsian idea terutamanya ketika proses P& P berlangsung dalam kelas.
Hasil analisis kaji selidik ini juga mendapati 20 orang (54.1%) responden melukis
saiz rumah yang kecil, 15 orang (40.5%) melukis rumah bersaiz sederhana dan
bakinya (5.4%) melukis rumah bersaiz besar. Ini bererti kajian ini mendapati
sebahagian besar responden yang terdiri daripada pelajar guru di IPG menolak
kehidupan rumah, maksudnya mereka suka kehidupan jauh dari rumah atau
keluarga mereka. Mereka boleh dikatakan lebih suka hidup berdikari berbanding
bergantung kepada ibu bapa mereka. Pada masa yang sama bolehlah dikatakan
bahawa mereka juga mempunyai keinginan yang kuat untuk keluar dari kehidupan
yang terikat kepada keluarga. Impak kepada lukisan seperti ini menunjukkan
kelompok yang melukis saiz rumah yang kecil mempunyai kecendrungan perasaan
‘rindukan rumah, keluarga atau kampong’ yang lebih kecil berbanding mereka yang
melukis saiz rumah sederhana atau lebih besar.
Rumah bagi sesetengah orang bermaksud rumah ibadat sesuai dengan istilah ‘
rumahku syurgaku’ dan untuk sesetengah yang lain ia memberikan kehangatan
atau
mudah untuk didekati
atau difahami oleh orang lain. Ia boleh juga
mempunyai sifat merendah diri, atau membesar diri dan mempamerkan diri. Ciri-ciri
ini memang cukup menarik untuk dikaji dan dibincangkan. Rumah boleh sahaja
menjadi ‘self definition’ kepada seseorang. Rumah boleh menjadi bahan untuk
membezakan diri seseorang sebab rumah bukan saja melihat kepada letakkannya
atau geografinya tetapi juga siapa diri anda sebenarnya. Ini dapat dibuktikan
apabila ada responden yang melukis bentuk rumah mengikut bentuk siapa diri
mereka, seperti rumah kampung, rumah teres dan rumah bertingkat
13

melambangkan dari mana mereka datang atau tinggal. Bagi mereka yang hidup di
bandar sering mengaitkan rumah dengan faktor ekonomi dan juga pilihan. Dalam
konteks kehidupan seseorang hidup dimulai dengan tinggal bersama keluarga,
keluar dan tinggal di asrama penuh, kolej atau universiti, membeli rumah bersaiz
kecil dan berpindah ke rumah yang lebih besar apabila berumah tangga dan
kembali ke rumah bersaiz kecil apabila anak-anak sudah bekerja dan berkahwin.
Oleh itu saiz rumah bukanlah satu petunjuk yang buruk atau negatif kepada
pelukisnya. Ia lebih kepada cerita berkaitan dengan pengalaman hidup lingkungan
keluarga mereka.
Untuk menjelaskan di mana seseorang itu tinggal ia memang senang tetapi bukan
bererti ia mudah untuk dinyatakan. Sebagai contoh Saya tinggal di Felda Sungai
Sayong tetapi untuk menjawab di mana ‘rumah’ saya, ia lebih sukar sebab ‘rumah’
saya adalah di mana saya berada. Ia boleh jadi rumah ibu bapa, dorm, bilik di kolej
atau universiti, rumah kawan bahkan rumah saudara mara. Rumah ialah di mana
seseorang meletakkan hatinya, badan atau jasad yang tentunya mempunyai impak
kepada siapa diri seseorang itu. Oleh itu, lukisan rumah memang signifikan dalam
pembentukan personaliti beraras tinggi individu. Perbezaan mungkin kelihatan
remeh tetapi ia tetap signiifikan kepada peranannya sebagai pemacu kepada
perubahan gaya hidup seseorang. Sehubungan itu imej rumah yang dilukis boleh
sahaja mencerminkan kehidupan yang mencabar, riang dan bersemangat. Jelasnya
tidak ada orang yang bebas daripada pengaruh persekitaran sosial dan fizikal
mereka. Sehubungan itu, program BIG perlu memberikan penekanan tentang
berkhidmat jauh daripada keluarga induk mereka. Guru yang beraras tinggi mesti
sanggup menerima cabaran untuk bertugas jauh daripada rumah ibu bapa mereka.
Jika mereka sanggup melanjutkan pengajian di luar negara mengapa pula mereka
harus menolak untuk berkhidmat di pendalaman dalam negara sendiri.
Imej Orang dan Penyediaan Guru Beraras Tinggi
Apabila seseorang melukiskan objek orang di atas sehelai kertas berzaiz A4, di
manakah ia meletakkan orang tersebut. Apakah saiznya? Saiz orang melambangkan
aras self esteem dan juga penerimaan dirinya sendiri. Saiz orang yang kecil
menunjukan self esteem yang rendah, kemurungan dan kekurangan tenaga atau
kekuatan. Saiz purata objek orang pula menunjukkan aras self esteem yang sihat
sementara orang yang bersaiz besar menerangkan tentang ego yang melimpah
ruah serta delusions of grandeur.
Orang dengan jari telunjuk melambangkan kewujudan sifat agresif ada dalam
lukisan tersebut Sementara jari yang disembunyikan melambangkan kewujudan
enxiety. Kaki melambangkan akar pokok di mana ia melambangkan bertapa
grounded seseorang itu. Kaki yang kecil melambangkan keadaan yang kurang
selamat atau insecurity. Perilaku imej orang yang dihasilkan oleh responden pula
adalah pelbagai dan memerlukan penginterpritasian yang lebih terperinci.

14

Sejumlah 19 daripada 37 (51.4 peratus) responden melukiskan orang lidi bagi
mewakili imej orang dalam lukisan yang dihasilkan oleh pelajar guru. Melukis orang
lidi bermaksud seseorang itu memiliki sifat keanak-anakan atau kebudak-budakan
serta mempunyai ciri-ciri perilaku regrasif. Satu sifat yang kurang matang dan
lambat berkembang atau membangun. Membina guru beraras tinggi yang sesuai
dengan keperluan pembelajaran abad ke 21 memerlukan kerja keras IPG kerana ia
bukan lagi berkaitan isu pengisian kurikulum dan kokurikulumnya semata-mata.
Pembinaan modal insan turut memerlukan pembinaan dalaman atau pembangunan
qalbu pelajar guru yang lebih serius khususnya menerusi program BIG. Program
BIG harus menjadikan pesertanya lebih matang dan tidak keanak-anakkan dalam
membuat keputusan. Pengisian program berteraskan modul kepimpinan dan
keyakinan diri adalah selari dengan hasrat ini.
Grot-Marnat & Roberts (1998) menggunakan HTP untuk mengukur harga diri atau
self-esteem. Ini bermakna HTP yang dihasilkan oleh pelajar guru IPG boleh
digunakan untuk menilai aras self-esteem pelajar. Self esteem ialah keyakinan
seseorang terhadap keupayaan diri sendiri. Jika ia dikaitkan dengan keupayaan
pelajar guru adakah latihan yang mereka ikuti di IPG dapat meningkatkan self
esteem mereka. Bagaimanakah lukisan HTP dapat menunjukkan self esteem pelajar
guru IPG? Jika kita merujuk kepada manual Jadual 1 di awal perbincangan penulisan
ini saiz rumah yang besar, saiz ranting dan pokok yang besar serta saiz dan
kedudukan orang di bahagian tengah kertas dapat disahkan sebagai simbolisme
kepada self esteem seseorang pelajar guru IPG. Saiz ego yang besar juga
mempunyai hubungan dengan self esteem sebab ego adalah perlambangan kepada
harga diri seseorang. Seseorang yang mempunyai ego yang tinggi selalunya sangat
menjaga harga diri atau air muka mereka dan mereka juga adalah seseorang yang
sangat yakin dengan keupayaan diri sendiri. Bagaimanapun seseorang yang
mempunyai ego besar, keyakinan tinggi bukan bererti mereka sentiasa betul atau
benar. Oleh itu untuk menjadikan mereka betul atau benar, yakin dan
berketerampilan, program bersifat nilai tambah perlu diberikan secara terus
menerus. Mento mentee serta latihan bersifat experiancial learning dalam bentuk
pelbagai kursus, bengkel dan seminar adalah tindakan susulan yang perlu diambil
untuk pemantapan kerjaya guru. Ini boleh dilakukan menerusi penambahbaikan
program BIG mahupun mengadakan program susulan di sepanjang pelajar guru
berada di dalam kampus atau tempoh pengajian. Pelajar guru yang dihasilkan mesti
dapat mendepani pendidikan bertaraf dunia abad ke 21 yang merujuk kepada satu
pencapaian tertinggi atau yang setaraf dengannya di dunia. Modal insan yang
dihasilkan mesti dapat menunjukkan perkembangan, kemajuan pesat dan dinamika
diri dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredentaliti (credential)
dan diterima diperingkat antarabangsa. Kemenjadian personaliti BIG mesti
mencapai cabaran ke-6 Wawasan 2020 iaitu mewujudkan warga guru yan saintifik
dan prograsif, mempunyai daya perubahan yang tinggi dan memandang ke depan
yang bukan sahaja melibatkan pengguna teknologi tinggi tetapi juga yang
menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
15

Kesimpulan.
Kesimpulan pertama yang boleh dinyatakan di sini ialah majoriti melukiskan pokok
tanpa akar. Ini membawa maksud wujud fenomena kurang jaminan dan kurang
selamat telah dialami oleh responden. Akar adalah simbol kepada penerimaan atau
penolakan realiti kehidupan kerjaya perguruan. Jika dirujuk kepada kerjaya
perguruan pada hari ini yang sangat mencabar termasuk pernyataan jawatan guru
tidak dijanjikan secara langsung terhadap diri mereka selepas selesai mengikuti
kursus di IPG, ia memang satu realiti yang sukar untuk diterima. Persaingan tempat
antara IPG dengan guru lepasan Institut Pengajian Awam (IPTA) serta universiti
swasta, mereka masih perlu menduduki temuduga dan penempatan untuk mula
bertugas. Majoriti daripada mereka tidak mengemari tempat kerja di Sabah dan
Sarawak atau di pendalaman Semenanjung di mana semua ini mengundang
perasaan kurang selamat atau tidak mahu menerima realiti bekerja di kawasan
pendalaman. Fobia ini ditambah dengan pelbagai sudut pandang yang mereka
terima daripada guru-guru yang pernah bertugas di tempat-tempat tersebut. Tindak
balas daripada isu-isu ini apabila benar-benar mengenai diri mereka sudah pasti
bakal menjadi mimpi buruk kepada guru-guru terutamanya yang mempunyai aras
self esteem yang rendah. Guru yang tidak dapat menjiwai prinsip perkhidmatan
awam ‘sedia berkhidmat’ dan ‘kami yang menurut perintah’ pasti tidak dapat
menghasilkan produk atau output yang berkesan atau yang mempunyai nilai-nilai
outcome atau berimpak tinggi. Sehubungan itu pengisian BIG perlu disemak dan
disusun semula agar hala tuju penyediaan pelajar guru menerusi program BIG
dapat diperkasakan sesuai dengan era pembelajaran abad ke 21. Ia tidak
seharusnya berhenti setakat mengisi program dengan aktiviti menjejak laluan
denai, berkayak, keyakinan air, ceramah dan persembahan. Penekanan harus
diberikan kepada usaha meningkatkan kemenjadian guru itu sendiri yang umpama
lilin iaitu mampu menerangi orang lain walaupun membakar dirinya sendiri.

Rujukan.
Beck, H.S. 1955. A Study of the Applicability of the H-T-P with respect on the draw
house. Jurnal of Clinical Psychology, II, 63-66.
Buck, J. 1948. The H-T-P technique, a qualitative and quatitative scoring method.
Journal of Clinical Psychology Monograph Supplement No. 5, 1-120.
16

Buck, J. 1981. The H-T-P technique: A recised manual. Los Angeles. Western
Psychological Services.
Chih Ying Li, Tsyr Jang Chen & Ay Woan Pan. 2011. The development of a scoring
systems for the kinetic House-Tree-Person Drawing Test. Hong Kong Journal of
Occupational Therapy. Vol. 21(2): 72-79.
Diamon, S. 1954. The house and tree verbal fantasy. Journal of Projective
Technique, 18: 316-325.
Goodenough Florence. 1926. The Measurement of Intelligence by Drawings.
Yonkers-on-Hudson, N.Y., Chicago, World Book Company.
Grot-Marnat G & Roberts L. 1998. Human figure drawing and house tree person
drawing as indicators of self-esteem: a qualitative approch. J Clin Psychology, Feb:
54 (2): 219-222.
Kellogg, R. 1969. Analyzing Childrens’s Art. Palo Alto, California: National Press
Books
Lev-Wiesel, R. (1999). Feelings of adult survivors of child abuse feelings toward their
offender-parents. Child and Adolescents Social Work Journal, 16(4), 291-304.
McAllen, Audrey E. 2004 The Extra Lesson: Movement, drawing, and painting
exercises to help children with difficulties in writing, reading, and arithmetic. Fair
Oaks, CA: Rudolf Steiner College Press.
Machover, K. 1949. Personality projection in the drawing of the human figure: A
method of personality investigation. Springfield, IL: Charles C. Thomas, Publisher.
Mariane Judd. 2014. The Validation of the Person House Tree Drawing Assessment
for the Children Age from Five to Ten Years in Mainstream Education. Unpublish
thesis Faculty of education, Science, Technology and Mathematics, The University of
Canberra.
Marvin Klepsch & Laura Logie. 982. Children Draw and tell: An Introduction to the
Projective Uses of Children’s Human Figure Drawing. Brunner-Routhledge, New York.
Palmer L, Farrar AR, Valle M, Ghahary N, Panella M & DeGraw D. 2000. An
investigation of the clinical use of the house-tree-person projective drawings in the
psychological evaluation of child sexual abuse. Child Maltreat, May; 5(2): 169-75.
Reynolds C.R.,& Kamphaus, R.W. 2003. RIAS: Reynolds Intellectual Assessments
Scales. Lutz, FL: Psychological Assessment Resources, Inc.
Robert C. Burns. 1987. Kinatic House-Tree-Person
Interpretative Manual. Routledge. London.

Drawings:

K-H-T-P:

An

17

Thomas G.V. & Silk, A.M.J. 1990. An Introduction to the
Drawings. New York: New York University Press.

Psychology of Children

Walker, D. (2012). Group art therapy: An interactive approach. In C. A. Malchiodi
(Ed.), Handbook of art therapy (2nd ed., pp. 313-324). New York, NY: Guilford Press.

18