Hubungan Antara Urbanisasi Dengan Persep

INTERNATIONAL CONFERENCE ON HUMANITIES , PENANG
14/6/2011
 

Hubungan antara Urbanisasi dengan Persepsi dalam Hubungan Etnik
(The Relationship of Urbanization on Perception of Ethnic Relations)

Prof. Madya Paimah Atoma
Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan
No. Tel: 06-7986394, No. Faks: 06-7986343. Email: paimah@usim.edu.my
Mashitah Sulaiman
Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan
No. Tel: 06-7986371, 013-3911694. No. Faks: 06-7986343. Email: mashitah@usim.edu.my
Mohd Azmir Mohd Nizah
Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan
No. Tel: 06-7986362, No. Faks: 06-7986343. Email: azmirnizah@usim.edu.my

Abstrak:

Malaysia pada ketika ini sedang pesat membangun ke arah modenisasi dalam usaha mencapai
status negara maju menjelang tahun 2020. Sebagai sebuah negara sedang membangun, aspek
perpaduan perlu diambil kira kerana keutuhan ekonomi bergantung kepada kestabilan politik
dan sosial masyarakatnya. Justeru itu, kertas kerja ini bertujuan melihat hubungan antara
urbanisasi dengan persepsi pelajar tentang isu-isu hubungan etnik di Malaysia. Sebanyak 451
borang soal selidik diedarkan di dua lokasi terpilih iaitu di Universiti Malaya (UM) dan
Universiti Malaysia Pahang (UMP) secara rawak mudah (simple random). Data dianalisis
secara deskriptif menggunakan peratusan dan purata (mean). Kaedah analisis regresi juga
digunakan untuk menentukan hubungan antara urbanisasi dengan persepsi responden terhadap
isu-isu hubungan etnik. Kajian menunjukkan bahawa wujud hubungan antara urbanisasi dengan
persepsi pelajar terhadap kumpulan yang lain.
Kata kunci: perpaduan, isu hubungan kaum, lokasi, pembangunan, magnitud toleransi.
Sub-Tema: Hubungan Kaum dan Perkauman

Abstract:
Malaysia currently actively involved in modernization process in its effort to achieve the status
of developed country in year of 2020. Therefore, unity of its people becomes the main core
aspect beside the strong economic areas. This paper aims to determine the relationship of

 


INTERNATIONAL CONFERENCE ON HUMANITIES , PENANG
14/6/2011
 

urbanization with perception of students towards ethnic relations issues. About 451 sets of
questionnaire were distributed in University of Malaya (UM) and Universiti Malaysia Pahang
(UMP). Simple random method was employed with data has been analysed descriptively with
percentage and mean. Analysis regression technique also has been used to determine the
relationship between urbanization and perception of students towards issues pertaining ethnic
relations. The study has shown that, there are relationships between urbanization and students
perception towards issues in ethnic relations.

Keywords: unity, issues on ethnic relations, tolerance magnitude, location, and development.
Sub-Theme: Race Relations and Racism 

Pengenalan
Kepelbagaian etnik telah menjadikan Malaysia sebuah negara berbilang etnik dan berbilang
agama di Asia Tenggara (Brawn, G. 2005). Kepelbagaian ini jugalah yang menjadikan Malaysia
sebuah negara yang penuh dengan sikap toleransi, semangat murni dan kerjasama dan seperti

yang dimasyhurkan (Case, 1996). Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia
sebagai agen mobilisasi masyarakat juga tidak ketinggalan dalam menjelaskan kepelbagaian
identiti etnik di dalam kampus. Idea kerajaan, dengan slogan “1Malaysia” sebagai terjemahan
usaha kerajaan dalam merealisasikan “Bangsa Malaysia” dapat direalisasikan sekiranya IPTA
berfungsi memupuk semangat ini. Kertas kerja ini membincangkan hubungan antara urbanisasi
dengan persepsi dalam hubungan etnik dalam konteks Malaysia.

Urbanisasi dan Persepsi dalam Jalinan Hubungan Kaum
Proses industrialisasi pada kurun ke 18 di Barat, telah membawa bersama projek urbanisasi ke
seluruh dunia termasuklah di Malaysia yang kaya dengan sumber kehendak industrialisasi.
Perubahan ini telah membawa kepada pembangunan di Malaysia yang merupakan tinggalan
kuasa kolonial Barat. Perubahan bukan hanya dari aspek ekonomi, tetapi juga terhadap pola
etnisiti dan sosial. Lanjutan daripada situasi tersebut, muncullah Malaysia sebagai sebuah
negara yang terkandung di dalamnya lebih daripada 200 etnik dan sub-etnik yang pelbagai
warna kulit, agama dan budaya. Proses urbanisasi ini juga telah mengakibatkan Malaysia berada
dalam dilema dan krisis etnisiti pada tahun 1969. Walaupun terdapat banyak kajian yang dibuat
terhadap kesan-kesan urbanisasi terhadap masyarakat dan sosiologi jelata, namun ia masih lagi
unik di Malaysia kerana dapatan sarjana masih banyak membuka ruang perbincangan akademik

 


INTERNATIONAL CONFERENCE ON HUMANITIES , PENANG
14/6/2011
 

dan ruang kajian kepada para pengkaji untuk menyelidik dan menilai proses urbanisasi terhadap
masyarakat Malaysia yang pelbagai (Mansor Mohd. Noor, 1997).
Para pengkaji sosiologi Barat telah banyak membincangkan tentang kesan urbanisasi terhadap
kehidupan bandar dan perbandingannya dengan kehidupan bukan bandar, dari teori klasik Marx
dan Durkheim hinggalah kepada teori kontemporari Simmel (1905), Park (1926), serta
formulasi teori ekologi-sosial Bandar Sekolah Chicago tentang kehidupan bandar (Macionis &
Parrillo ,2001). Di Malaysia, teori urbanisasi sering dikaitkan dengan teori hubungan kaum oleh
Furnivall.
Dari literasi yang ada, masih terdapat kekurangan dalam penjelasan akademik tentang
urbanisasi di Malaysia. Rata-rata penjelasan yang wujud banyak membezakan antara bandar
(city) dan luar bandar (town) dengan migrasi sebagai aras penunjuk. Jayasooria (2006) dalam
kajiannya telah membandingkan kesan demografi yang dialami oleh masyarakat Melayu, Cina
dan India di Malaysia dalam migrasi yang meningkat dari tahun 1970-2000. Beliau mendapati
bahawa interaksi masyarakat urban berkurangan dengan masing-masing bertindak sebagai
individu.

Persepsi
Terdapat beberapa literasi di Malaysia yang ditulis oleh sarjana tempatan, dengan mengambil
kira pelajar IPTA & IPTS sebagai responden kajian. Zaharah Hassan (2005), dalam “Persepsi
Pelajar Universiti terhadap Perpaduan Negara”, telah membuat kajian sampel rawak mudah
pelajar di sekitar kampus Bandar (UKM, UPM, MMU dan Uniten). Beliau mendapati bahawa
tahap persepsi pelbagai etnik (Melayu, Cina dan India) terhadap konsep Bangsa Malaysia
adalah tinggi. Ini membuktikan bahawa pelajar yang kampus atau universitinya ialah di
kawasan urban mempunyai tahap toleransi yang tinggi. Namun, Zaharah tidak membezakannya
dengan pelajar yang belajar di kampus luar bandar.
Objektif Kajian
Kertas kerja ini bertujuan melihat hubungan antara urbanisasi dengan persepsi pelajar tentang
isu-isu hubungan etnik di Malaysia.
Metodologi Penyelidikan
Kaedah Kuantitatif adalah dengan menggunakan set borang soal selidik yang dibina dengan
sedikit penyesuaian daripada model oleh Mansor Mohd Noor (2005). Sebanyak 451 borang soal

 

INTERNATIONAL CONFERENCE ON HUMANITIES , PENANG
14/6/2011

 

selidik diedarkan di dua lokasi terpilih iaitu sebuah institut pengajian tinggi awam di Lembah
Kelang iaitu Universiti Malaya dan sebuah lagi universiti

di Pantai Timur Semenanjung

Malaysia iaitu Universiti Malaysia Pahang secara rawak mudah (simple random). Data
dianalisis secara deskriptif menggunakan peratusan dan purata (mean) untuk menentukan
hubungan antara urbanisasi dengan persepsi responden terhadap isu-isu hubungan etnik.
Dapatan Kajian dan Perbincangan

166

200

Melayu

136
150


Cina
India

68

100
28

26

50

3

B. Sabah & Sarawak

15 8 1

0


Lain‐lain

0

UM

UMP

Rajah 1.1 Demografi Responden Mengikut Kumpulan Etnik Bagi Kedua-dua Universiti

DEMOGRAFI RESPONDEN MENGIKUT ETNIK
4.00%

8.00% 0.20%
MELAYU

20.80%
CINA


67.00%

INDIA
B. SABAH & SARAWAK
LAIN‐LAIN

Rajah 1.2 Demografi Responden Mengikut Kumpulan Etnik
Rajah 1.2 di atas menunjukkan pecahan kumpulan etnik bagi kedua-dua universiti.
79

80
60

59 62
41

T. Setuju

41


38

40

Sangat T. Setuju

60

17

20

Setuju
Sangat Setuju

0
UM

UMP



 

T. Pasti

31
22

INTERNATIONAL CONFERENCE ON HUMANITIES , PENANG
14/6/2011
 

Rajah 1.3 Melaksanakan Gagasan 1Malaysia akan Menyebabkan Orang Melayu
Kehilangan Hak Istimewa Mereka
Rajah 1.3 di atas menunjukkan persepsi responden terhadap pelaksanaan gagasan 1Malaysia
yang akan menyebabkan orang Melayu kehilangan hak istimewa mereka. Seramai 62 orang
(27.9%) responden di kawasan bandar tidak pasti dengan kenyataan di atas dan meletakkannya
pada aras kedudukan tertinggi, manakala 79 orang (34.6%) responden di kawasan membangun
yang tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Ini menunjukkan bahawa tidak terdapat
perbezaan yang ketara tentang persepsi responden di kedua-dua kawasan tentang penyataan di
atas.

Bar Chart

Amat sukar untuk
saya mempunyai
sahabat daripada
etnik berbeza.

120

100

Sangat Tidak
Setuju
Tidak Setuju
Tidak Pasti

Count

80

Setuju
Sangat Setuju

60

40

20

0
UM

UMP

Kod Universiti

Rajah 1.4 Kesukaran Mempunyai Sahabat daripada etnik yang berbeza

 

Rajah 1.4 di atas menunjukkan persepsi pelajar tentang kesukaran mereka mendapatkan sahabat
daripada kumpulan etnik yang berbeza. Kedua-dua universiti menunjukkan peratus persetujuan
yang sama pada aras sangat tidak setuju, iaitu 63 orang (28.4%) responden kawasan maju dan
64 orang (28.1%) di kawasan membangun. Akan tetapi dapat dilihat perbezaan yang ketara pada
aras persetujuan keempat iaitu tidak bersetuju iaitu 77 orang (34.7%) di bandar sebaliknya 108
orang 47.4% di kawasan membangun. Seramai 47 orang (21.17%) reponden di kawasan maju
bersetuju bahawa mereka sukar mendapatkan sahabat daripada kumpulan etnik lain berbanding
reponden di kawasan membangun iaitu hanya seramai 28 orang (12.28%) sahaja. Dapatan di
atas menunjukkan responden dari universiti yang lokasinya di kawasan luar bandar mempunyai


 

INTERNATIONAL CONFERENCE ON HUMANITIES , PENANG
14/6/2011
 

hubungan sosial yang baik berbanding kawasan bandar. Dengan erti kata lain, responden di
kawasan bandar didapati sukar mendapatkan rakan daripada etnik yang berbeza.

Bar Chart

Pelajar etnik lain
kurang berminat
berkawan dengan
saya kerana kami
berbeza etnik.

100

80

Sangat Tidak
Setuju
Tidak Setuju

Count

Tidak Pasti
Setuju

60

Sangat Setuju

40

20

0
UM

UMP

Kod Universiti

Rajah 1.5 Persepsi bahawa Pelajar Etnik Lain Kurang Berminat Berkawan Kerana
Daripada Etnik Berbeza 

Rajah 1.5 memperlihatkan perbezaan aras persetujuan antara responden di kawasan maju
(bandar) dengan responden kawasan membangun (luar bandar) dalam persepsi bahawa pelajar
etnik lain kurang berminat berkawan dengan saya (responden) kerana mereka berbeza etnik.
Sebanyak 26 orang (11.7 peratus) responden di bandar menyatakan bahawa mereka bersetuju
dengan pernyataan yang diberikan, sebaliknya 89 orang responden (39 peratus) di kawasan
membangun yang tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Dapatan ini konsisten dengan
dapatan sebelumnya yang memperlihatkan persepsi responden kawasan bandar dan luar bandar
yang berbeza dari segi pandangan terhadap isu hubungan antara etnik yang berbeza.


 

INTERNATIONAL CONFERENCE ON HUMANITIES , PENANG
14/6/2011
 

Bar Chart
Bar Chart
Saya sering
meminjam nota
kelas daripada
pelajar etnik lain
kerana nota kelas
etnik saya tidak
lengkap.

120

Saya sering
meminjam nota
kelas daripada
pelajar etnik lain
kerana nota kelas
etnik saya tidak
lengkap.

80

Count

Sangat Tidak
Setuju
Tidak Setuju

60

Tidak Pasti

100

80

Count

100

Sangat Tidak
Setuju
Tidak Setuju
Tidak Pasti

60

Setuju

Setuju

Sangat Setuju

Sangat Setuju

40

40

20
20

0
Melayu

Cina

India

0
UM

UMP

Bumiputera
Sabah &
Sarawak

Lain-Lain

Etnik

Kod Universiti

Rajah 1.7 Sering Meminjam Nota daripada Etnik
Lain Kerana Nota Etnik Saya Tidak Lengkap 

Rajah 1.6 Sering Meminjam Nota daripada Etnik
Lain Kerana Nota Etnik Saya Tidak Lengkap 

Rajah 1.6 menjelaskan persepsi responden terhadap tindakan meminjam nota daripada
kumpulan etnik lain atas sebab nota oleh kumpulan etnik mereka tidak lengkap berdasarkan
universiti dari lokasi berbeza. Manakala rajah 1.7 menjelaskan persepsi meminjam nota
berdasarkan etnik. Perbezaan ketara ditunjukkan oleh responden di kedua-dua lokasi berbeza
dalam kenyataan di atas. Responden di kawasan bandar menyatakan sangat tidak bersetuju (52
orang atau 61.9 peratus), manakala responden di kawasan luar bandar berpandangan sebaliknya
iaitu sangat bersetuju (11 orang atau 78.6 peratus). Manakala persepsi meminjam nota
berdasarkan etnik memperlihatkan Melayu (119 orang, 39.4%), Cina (36 orang, 38%) dan
Bumiputera Sabah dan Sarawak (13 orang, 36.1%) tidak bersetuju dengan kenyataan
berbanding India (10 orang 55.6%) yang tidak pasti. Ini menunjukkan bahawa responden di
bandar bertanggapan mungkin nota etnik mereka lengkap dan tidak memerlukan mereka
berinteraksi dengan kumpulan lain untuk mendapatkan nota.


 

INTERNATIONAL CONFERENCE ON HUMANITIES , PENANG
14/6/2011
 

Bar Chart
Bar Chart
Perbuatan
meletakkan najis di
tempat ibadat
merupakan
perbuatan tidak
harmoni.

250

Perbuatan
meletakkan najis di
tempat ibadat
merupakan
perbuatan tidak
harmoni.

200

150

Sangat Tidak
Setuju

Tidak Pasti
Setuju

Count

Sangat Tidak
Setuju
Tidak Setuju

Count

200

Tidak Setuju

150

Tidak Pasti
Setuju
Sangat Setuju

Sangat Setuju

100

100

50

50

0
Melayu

Cina

India

0
UM

UMP

Bumiputera
Sabah &
Sarawak

Lain-Lain

Etnik

Kod Universiti

Rajah 1.8 Perbuatan Meletakkan Najis di Tempat
Ibadat Merupakan Perbuatan Tidak Harmoni 

Rajah 1.9 Perbuatan Meletakkan Najis di Tempat
Ibadat Merupakan Perbuatan Tidak Harmoni  

Rajah 1.8 dan 1.9 memaparkan persepsi responden terhadap perbuatan meletakkan najis di
tempat ibadat yang merupakan perbuatan yang tidak harmoni masing-masing berdasarkan
universiti dan etnik. Dapatan berdasarkan etnik menunjukkan bahawa sebanyak 9 peratus etnik
Melayu dan 8 peratus etnik Cina masing-masing menyatakan tidak bersetuju (sangat tidak
setuju dan tidak setuju) terhadap penyataan yang diberi. Ini menunjukkan bahawa masih
terdapat sebilangan kecil responden berbeza pandangan dalam isu di atas.

Bar Chart
Bar Chart

Perdana Menteri
Malaysia mestilah
daripada etnik
Melayu.

150

Perdana Menteri
Malaysia mestilah
daripada etnik
Melayu.

100

Sangat Tidak
Setuju
Tidak Setuju

Sangat Tidak
Setuju

80

Tidak Pasti
100

Tidak Pasti

Count

Setuju
60

Sangat Setuju

Setuju

Count

Tidak Setuju

Sangat Setuju

50

40

20

0
Melayu

Cina

India

0
UM

UMP

Lain-Lain

Etnik

Kod Universiti

Rajah 1.11 Perdana Menteri Malaysia
Mestilah Daripada Etnik Melayu 

Rajah 1.10 Perdana Menteri Malaysia
Mestilah Daripada Etnik Melayu 


 

Bumiputera
Sabah &
Sarawak

INTERNATIONAL CONFERENCE ON HUMANITIES , PENANG
14/6/2011
 

Rajah 1.10 dan 1.11 masing-masing menunjukkan persepsi responden terhadap kenyataan
Perdana Menteri Malaysia mestilah daripada kumpulan etnik Melayu berdasarkan universiti dan
etnik. Perbandingan dapatan peratus menunjukkan bahawa seramai 63.9 peratus responden di
bandar bersetuju (sangat bersetuju dan setuju) dengan pernyataan yang diberikan berbanding
dengan 53.9 peratus responden di kawasan luar bandar. Manakala skor bagi yang tidak
bersetuju di kawasan bandar ialah 23 peratus, sebaliknya di kawasan luar bandar sebanyak 28.6
peratus. Walau bagaimanapun, dapatan berdasarkan etnik menunjukkan bahawa responden
daripada kalangan etnik Cina menunjukkan peratusan yang lebih tinggi (62.7 peratus) dalam
penyataan tidak setuju, berbanding dengan peratusan responden daripada etnik Melayu (13.6
peratus). Perbandingan dapatan peratusan keseluruhan persepsi memperlihatkan bahawa
sebanyak 54.9 peratus pelajar di bandar sangat setuju dengan kenyataan di atas berbeza dengan
pelajar di luar bandar yang tidak bersetuju (63.6 peratus) dengan kenyataan tersebut. Dalam hal
ini, penjelasan berkenaan sistem pemerintahan dan politik Malaysia perlu ditekankan bagi
memberi kefahaman kepada pelajar dalam konteks hubungan kaum di negara ini.
Kajian menunjukkan bahawa wujud hubungan antara urbanisasi dengan persepsi pelajar
terhadap kumpulan yang lain. Hasil daripada kajian ini telah menggambarkan persepsi yang
berbeza daripada kedua-dua kumpulan responden. Dapatan menunjukkan pelajar dari kawasan
membangun menunjukkan tahap hubungan kaum yang baik dari segi persepsinya berbanding
dengan kawasan maju. Dapatan ini menyokong kajian yang dijalankan oleh Jayasooria (2006)
dalam kajiannya bahawa interaksi masyarakat urban berkurangan dengan masing-masing
bertindak sebagai individu. Ini berbeza dengan kajian Zaharah (2005), bahawa pelajar yang
kampus atau universitinya berada di kawasan urban mempunyai tahap toleransi yang tinggi.
Jelas di sini, urbanisasi mempunyai pengaruh ke atas tahap integrasi pelajar.

Kesimpulan
Sebagai sebuah negara yang sedang berkembang maju, Malaysia tidak terlepas daripada
menghadapi pelbagai cabaran dalam hubungan kaum. Sehubungan dengan itu, walaupun
pelbagai strategi dan pendekatan telah dilaksanakan sama ada oleh pihak kerajaan, badan-badan
bukan kerajaan dan pihak rakyat sendiri, namun usaha ini perlu dilipatgandakan lagi untuk
merapatkan

hubungan antara kaum bagi mencapai tahap toleransi kaum yang lebih baik.

Kemajuan ke arah modenisasi perlu diimbangkan dengan membangunkan jiwa dan minda
masyarakat supaya sedia sama-sama berganding bahu untuk membangunkan negara ini.

 

INTERNATIONAL CONFERENCE ON HUMANITIES , PENANG
14/6/2011
 

Semangat cintakan tanah air perlu disemai agar kemerdekaan, kemakmuran dan kemajuan yang
dikecapi oleh kita selama ini akan terus berkekalan.
Rujukan
Abrahamson, M. & Carter. V.J. (1986). Tolerance, Urbanism and Region. American
Sociological Review. Vol. 51.
Ajzen, I & Fishben, M. (1980). Understanding Attitudes and Predirecting Social Behavior.
New Jersey. Prentice Hall, Inc.
Banton, Michael. And Mansor, Mohd Noor. (1992). The Study of Ethnic Alignment: A New
Technique and an application in Malaysia. Ethnic & Racial Studies. Vol.15 (4) p.599.
Brown, Graham. (2005). Making Ethnic Citizens : The Politics and Practice of Education in
Malaysia. CRISE Working Paper No.23, Oxford University.
Carter, J.S;. Steelman, L.C;. Mulkey, L.M;. & Borch, C. 2005). When the Rubber Meets the
Road: Effects of Urban and Regional Residence on Principle and Implementation
Measures of Racial Tolerance. Social Science Research. Vol.34 (2) p. 408.
Chandler, Charles & Yung-Mei Ta. (1992). Urbanism, Cross-cutting Social Circles and
Tolerance. Chinese Journal of Sociology, Vol.16 169-186.
Clark, J. N. (2008). Tolerance As a Way of Life. Dissertation, Texas Tech University.
Dawi, A.H. (2006). Interaksi antara Etnik di Malaysia: Rangka Perpaduan dalam Masyarakat
Berpola. in Readings on Ethnic Relations in Multicultural Society, Serdang: Fakulti
Pengajian Pendidikan UPM.
Dalimin, Mohd Noh. (2006). Integrasi Pelajar antara Wilayah dalam Readings on Ethnic
Relations in Multicultural Society, Serdang: Fakulti Pengajian Pendidikan UPM.
Hagendoorn, L & Nekuee, S. (ed.) (1999). Education & Racism; a Cross National Inventory of
Positive Effects of Education on Ethnic Tolerance, Ashgate Publishing.
Fellmann, Getis & Getis, (1998). 6th ed. Human Geography.
Fischer, Claude S. The Subcultural Theory of Urbanism: A Twentieth-Year Assessment. The
American Jounal of Sociology. Vol 101, No 3. pp.543-577.
Frith, T.( 2000). Ethno-Religious Identity and Urban Malays in Malaysia. In Asian Ethnicity,
Vol.1, No.2, Sept.
Gans, Herbert., J. People, (1991). Plans and Policies: Essays on Poverty, Racism, and other
National Urban Problems. New York: Columbia University Press: Russell Sage
Fondation.
Hassan, Zaharah et. al, (2006). Persepsi Pelajar Universiti Terhadap Perpaduan Negara,
in Readings on Ethnic Relations in Multicultural Society, Serdang: Fakulti Pengajian
Pendidikan UPM.
10 
 

INTERNATIONAL CONFERENCE ON HUMANITIES , PENANG
14/6/2011
 

Idris, Fazilah et. al, (2006). Readiness of Understanding Ethnic Relations Among University
Students, in Readings on Ethnic Relations in Multicultural Society, Serdang: Fakulti
Pengajian Pendidikan UPM.
James H. Liu et.al, ( 2001). Social Representations of history in Malaysia & Singapore: On the
relationship between national and ethnic identity. In: Asian Jurnal of Social
Psychology, 2002. Vol 5. pg.3-20.
Jayasooria, Denison. (2006). Social Unrest and Low Income Families in Urban Areas:
Implications for National Unity.in Readings on Ethnic Relations in Multicultural
Society, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM
Mastor, Khairul Anwar, (2006). Personaliti & Ciri-ciri Keutamaan Penginapan Pelajar
Berbilang Kaum: Aspek Penting Ke Arah Integrasi Nasional, in Readings on Ethnic
Relations in Multicultural Society, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM
McIntosh, Mary E et.al, 1(995). Minority Rights and Mojority Rule : Ethnic Tolerance in
Romania and Bulgari. Social Forces; Mar. 73,3; Proquest Social Science Journals.
Pp.939
Mitchell, Mark L., & Jolley, Janina M., (2007). Research Design 7th ed. CA: Wadsworth
Cengage Learning
Mohamad b Ismail. (2003). Sikap terhadap integrasi kaum di kalangan pelajar tingkatan enam
SMK Tinggi Batu pahat: Satu Tinjauan. Kertas Projek Sarjana Pendidikan.
Bangi.UKM
Mohd Majid Konting. (1997). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka
Mohd Noor, M,. Lee Abdullah, M. A., & Omar, R. (2004). Hubungan Etnik di Malaysia: Satu
Sorotan Ringkas. In Roziah Omar & Sivamurugan Pandian (Eds.), Malaysia Isu-isu
Sosial Semasa (pp.170-179). Kuala Lumpur: Institut Sosial Malaysia.
Noor, M. M. (2005). Batas Etnik, Integrasi Etnik di Institusi Pengajian Tinggi Awam
ed. Mansor Mohd Noor, Monograf Penyelidikan Pendidikan Tinggi, IPPTN. 6/2005
Orban, D. (2008). Tolerance as Guiding Principle, transcript of the inaugural speech at the Ibn
Khaldun Lecture Series on Al-Andalus Alhambra. Accessed on 1st june 2009
Othman, Zaheruddin. (2005). Kehidupan Pelajar, Integrasi Etnik di Institusi Pengajian Tinggi
Awam ed. Mansor Mohd Noor, Monograf Penyelidikan Pendidikan Tinggi,IPPTN.
6/2005
Pandian,

A. (2005). Integrasi Etnik di Institusi Pengajian Tinggi Awam
ed. Mansor Mohd Noor, Monograf Penyelidikan Pendidikan Tinggi, IPPTN. 6/2005.

Sack, R.D. (1999). Human Teritoriality, Cambridge University Press
Salkind, Neil J. ( 2009). Exploring Research. 7th ed. New Jersey: Pearson Prentice Hall
Salleh, Yaapar. 2005. Negotiating Identity in Malaysia: Multi-Cultural Society, Islam, Theatre
and Tourism. Asian Jurnal of Social Science. Vol.33 (3)p.473-485
11 
 

INTERNATIONAL CONFERENCE ON HUMANITIES , PENANG
14/6/2011
 

Sriskandarajah, D. 2005. Development, Inequality & Ethnic Accomodation: Clues from
Malaysia, Mauritius and Trinidad & Tobago. In Oxford Development Studies, 33 (1),
63-79
Sullivan, J.L;. Marcus .G.E;. And Piereson, J.E.(1981). The Sources of Political Tolerance: A
Multivariate Analysis. The American Political Science Review. Vol. 75(1).pg. 92
Tamam, Ezhar. (2009). Contribution of Interethnic Contact on Interethnic Attitudes of Malay
and Chinese-Malaysian University Students in Malaysia. In: European Journal of
Social Science, Vol.8, No.1 2009
Tuch, S.A. (1987). Urbanism, Region, and Tolerance Revisited : The Case of Racial Pejudice.
American Sociological Review. Vol.52.p.504
Wilson, T.C. (1985). Urbanism and Tolerance : A Test of Some Hypothesis Drawn From Wirth
and Stouffer. American Sociological Review. Vol.50.p.117
Wirth, Louis. ( Jul, 1938). Urbanism as a Way of Life. The American Journal of Sociology,
Vol.44, No 1, pg.1-24.
Yassin, M.S. ( 2006). Peranan Universiti dalam Memupuk dan Mengukuhkan Perpaduan dan
Integrasi di Kalangan Mahasiswa,in Readings on Ethnic Relations in Multicultural
Society, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM.

Mashitah Sulaiman,
Lecturer,
B.A. Hsc. (IIUM), M.A. (UM),
Center for Core Studies, Universiti Sains Islam Malaysia,
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan.
No. Tel: 06-7986371, 013-3911694. No. Faks: 06-7986343.
Email: mashitah@usim.edu.my, mashimumtaz@yahoo.co.uk
Mohd Azmir Mohd Nizah
Lecturer,
B.A. Hsc. (IIUM), M.A. (IIUM),
Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia,
Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan.
No. Tel: 06-7986362, No. Faks: 06-7986343. Email: azmirnizah@usim.edu.my

12