Perbezaan corak pemerintahan Jepun di Ta

SEJARAH MALAYSIA | TT 10203
TUGASAN INDIVIDU
Soalan 4. Bandingkan corak pemerintahan Jepun di Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak

NAMA : NUR ADIBAH BINTI JOMRAH @ OSMAN
NO. PELAJAR : BP 14110
PROGRAM : PENDIDIKAN DENGAN SAINS SOSIAL (HT17)
PENSYARAH: DR. LEE BIN HI
SESI :2014/2015

Tajuk soalan:

1.0 PENGENALAN
Sebelum datangnya kuasa Jepun ke Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, negeri-negeri ini
adalah di bawah kekuasaan dan pemerintahan British. Kemudian berlaku kebangkitan Jepun
sebagai kuasa imperialis dengan cepat apabila pihak Jepun berjaya memusnahkan pangkalan
utama tentera Amerika Syarikat di Pearl Habour, Hawaii semasa serangan mengejut pada 8
Disember 1941. Hal ini menyebabkan Jepun berjaya mengambil alih kuasa British apabila
British terpaksa mengundurkan diri daripada serangan yang dilakukan oleh Jepun iaitu dengan
menggunakan kereta kebal perang semasa serangan tersebut. Dari situlah bermulanya
pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak apabila Jepun berjaya memasuki

Tanah Melayu dengan adanya bantuan dari Thailand.
Kemudian, Meiji telah melakukan pembaharuan pada tahun 1868 dan hal ini
menunjukkan kebangkitan kuasa Jepun muncul sebagai satu kuasa imperialis baru du rantau
Asia.1 Negara kita telah diperintah oleh Jepun selama kira-kira tiga setengah tahun, iaitu dari 15
Februari 1942 sehinggalah 15 Ogos 1945. Antara pendorong pihak Jepun menguasai Tanah
Melayu ialah mereka memerlukan bahan mentah untuk industri dan faktor sekatan ekonomi oleh
Amerika Syarikat kerana Jepun telah menguasai China dan China telah dikuasai oleh Jepun
melalui perang China-Jepun kedua 1937.
Serangan jepun ke atas Asia Tenggara adalah sebahagian daripada rancangan besar negara
tersebut untuk membentuk ‘Pemerintahan Baru Asia Timur Raya’ yang menganggap rantau ini
sebagai satu ‘lingkungan kesemakmuran’.2 Jepun menggunakan pelbagai slogan untuk menarik
sokongan penduduk Asia Tenggara3 supaya meyakini mereka bukan penjajah malah sebagai
penyelamat orang Asia dan meyakini penduduk tempatan supaya anti-British.
Walaupun jangka masa pemerintahan Jepun ini pendek, namun pemerintahannya masih
menjadi trauma dan dianggap sebagai zaman gelap oleh penduduk Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak. Hal ini terjadi akibat banyak kesan negatif dalam pentadibran Jepun. Terdapat
persamaan juga perbezaan dalam corak pemerintahan Jepun dari aspek politik, ekonomi dan
sosial.
1 Abdul Ghapa Harun dan Rupawan Ahmad. (1996). Imperialisme Jepun dan Konsep Lingkungan
Kesemakmuran Asia Timur Raya dalam Jurnal Jebat Bil 24, hlm 3

2 Ma’rof Redzuan (1997). Kenegaraan Malaysia : Ringkasan Sejarah Awal Malaysia. Serdang. Penerbit Universiti
Putra Malaysia.Kuala Lumpur. Hlm 35
3 Ibid,.

2.0 Corak Pemerintahan Jepun
2.1 Corak Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu
2.1.1Politik
Dalam aspek politik, terdapat pelbagai pembaharuan yang berlaku semasa
pendudukan Jepun di Tanah Melayu terutama dari sudut pentadbiran yang jelas dilihat
bahawa Sultan tidak lagi menjadi pemerintah negeri tetapi hanya menjadi ketua agama
Islam dan adat istiadat Melayu sahaja.4 Namun, Sultan tetap diberi elaun seperti semasa
pemerintahan British. Ini kerana Jepun telah menjadikan Tanah Melayu sebagai tanah
jajahannya. Hal ini bermula apabila tujuan Pemerintahan Tentera di Tanah Melayu adalah
untuk meminta Sultan-sultan menyerahkan hak kedaulatan mereka serta negeri-negeri
mereka. Kemudian terbukti lagi apabila Sultan-sultan diugut jika enggan menyerahkan
hak kedaulatan, pihak Jepun enggan mengiktiraf mereka sebagai Sultan dan
meminggirkan mereka iaitu dengan memaksa mereka meletak jawatan.
Namun begitu, dasar pemerintahan Tentera Melayu bertukar pada bulan Disember
1942. Pihak Jepun telah bersedia mengiktiraf taraf Sultan-Sultan di Tanah Melayu. 5
Sehubungan dengan itu, satu persidangan telah diadakan pada 20 Januari 1943 yang

dihadiri oleh Sultan-sultan dari Negeri-negeri Melayu dan Sumatera di Singapura. Dalam
persidangan tersebut Jepun telah mengumumkan dasar barunya kepada Sultan-sultan. 6
Gelaran Sultan yang digunakan telah diiktiraf dan Sultan-sultan dibayar elaun sama-rata
seperti sebelum perang.
Corak pemerintahan Jepun atas Tanah Melayu adalah bersifat ketenteraan, dan
Tanah Melayu dikenali dengan nama Malai Baru (Melayu Baru) oleh pihak Jepun pada
ketika itu.7 Pihak Jepun melakukan dua pembahagian pentadbiran di Tanah Melayu, iaitu
pentadbiran pusat dan pentadbiran wilayah.8 Hal ini adalah bertujuan untuk memudahkan
dan mengukuhkan penguasaan mereka ke atas Tanah Melayu. Dalam pentadbiran pusat
ini, pihak Jepun telah menggabungkan Tanah Melayu dengan Sumatera, dan diketuai oleh
4 Mohd .Isa Othman (2002). Hlm 281.
5 Zainal Abidin Abdul Wahid et al, op cit., hlm 256
6 Ibid, hlm 256
7 Ibid.,
8 Ibid,.

Pengarah Agung yang berpusat di Singapura dengan bantuan oleh pusat Mahkamah, Biro
pentadbiran dan Majlis Pusat.

9


Seterusnya dalam pentadbiran wilayah pula adalah di

bawah pentadbiran pusat yang terdiri daripada negeri-negeri dan gabenor wilayah pula
merupakan ketua bagi setiap wilayah tersebut.

10

Mejar General Manaki Keishi selaku

Ketua Pentadbiran Tentera mengetuai pentadbiran tentera yang dilaksanakan di kedua
tempat ini dan urusan pentadbiran am dilakukan oleh Kolonel Watanable Wataru.
Seterusnya bagi dalam aspek keselamatan pula, pihak Jepun telah mengadakan
Perkhidmatan Sulit Jepun (Tekkikan) Polis Tentera (Kempeitai), Angggota Jabatan
Penyiasat (Toko) dan polis biasa bagi tujuan jaminan keselamatan dan keamanan negeri
pada ketika itu.11 Peranan pasukan keselamatan ini jelas apabila pasukan polis yang
ditubuhkan di Tanah Melayu telah ditempatkan di pekan-pekan dan bandar-bandar kecil
di Tanah Melayu untuk memastikan keselamatan dan tidak terdapat mana-mana
pemberontakan berlaku. Bukan itu sahaja, malah terdapat juga beberapa pasukan
polis yang ditempatkan di beberapa bahagian di Tanah Melayu untuk memantau dan

memastikan tiada kekacauan berlaku. Bagi kemudahan pengenalan diri, satu sistem
Pendaftaran Keluarga telah diadakan dengan memberikan satu keping Sijil Hidup dengan
aman.
Untuk mengekalkan keamanan di Tanah Melayu pula, pihak Jepun telah
mewujudkan aspek kehakiman . Ketenteraan awam (April 1942) Jepun telah mengadakan
mahkamah tentera yang dikendalikan oleh Jeneral Yamashita, undang-undang dan
hukuman yang dikenakan ialah berdasarkan undang-undang dan hukuman ketenteraan di
negara asal. Undang-undang dan hukuman ketenteraan tersebut ialah apabila terdapat
mana-mana pihak yang disyaki terlibat dalam sesuatu kesalahan jenayah atau terlibat
dengan pemberontakan atau anti-Jepun, sama ada bersalah atau tidak kedua-duanya tetap
akan dikenakan hukuman diseksa atau hukuman mati. Disebabkan undang-undang yang
kejam itu penduduk di Tanah Melayu tidak berani menyuarakan apa-apa pendapat.
9 Ibid,.
10 Zainal Abidin Abdul Wahid et al. (1996). Malaysia: Warisan dan Perkembangan. Selangor: Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlm 258
11 Ibid,.

Namun begitu, Terdapat juga mahkamah yang mengalami perubahan di Tanah Melayu
pada ketika itu.12 Sebagai contoh ialah apabila mahkamah Terengganu telah dibahagikan
kepada 3 jenis mahkamah iaitu mahkamah Koto Hoin atau Mahkamah Besar, Mahkamah

Ciho Hoin atau Mahkamah Jajahan dan Mahkamah Kaikyo Hoin atau Mahkamah Kadi.
2.1.2 Penyerahan Negeri-negeri Melayu Utara Kepada Thailand
Atas rasa terhutang budi Jepun terhadap Thailand, iaitu semasa bantuan kerjasama
Thailand yang diberikan kepada Jepun semasa dalam usaha merampas Tanah Melayu,
satu perjanjian telah ditandatangani di Bangkok, Thailand pada 20 Ogos 1943. Perjanjian
tersebut ditandatangani di antara Duta Jepun ke Thailand, Teiji Tsubukami dan Perdana
Menteri Thailand, Field Marshall Phibul Songram, iaitu mengenai mengenai penyerahan
negeri-negeri utara Tanah Melayu (Kelantan, Trengganu, Kedah dan Perlis) serta dua
Wilayah Shan, dari pihak pentadbiran Tentera Jepun kepada pihak Pentadbiran Tentera
Thailand.13 Bukan itu sahaja, malah Jepun juga pernah berjanji untuk menyerah kembali
negeri-negeri Melayu dan dua wilayah Shan itu yang dahulunya kepunyaan Thailand
kepada Kerajaan Thailand sekiranya Jepun diberi bantuan dan kerjasama dalam
usahausaha penaklukan Tanah Melayu.14
2.1.3 Ekonomi
Dari segi ekonomi pula, dasar pentadbiran Jepun telah mengeksploitasi ekonomi
Tanah Melayu untuk kegiatan perindustrian dan hanya untuk membiayai tentera dan
peperangan. Untuk menjayakan agenda Jepun menguasai ekonomi Tanah Melayu, Jepun
telah menukar dasar ekonomi Tanah Melayu daripada ekonomi usaha bebas kepada
ekonomi kawalan untuk melahirkan satu sistem ekonomi yang menjalankan dasar tutup
pintu. Hal ini akan memudahkan lagi Jepun untuk menguasai dan mengaut keuntungan

ekonomi di Tanah Melayu apabila tiada ancaman dari negara-negara luar dan semua
kegiatan ekonomi seperti industri bank, pengangkutan, perlombongan dan estet-estet
12 Abdullah Zakaria Ghazali. (1996). Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, 1942-1945: Pentadbiran Jepun dan
Thai dalam Jurnal Jebat Bil 24, hlm 63
13 Kobkua Suwannathat Pian. (1996). Hubungan Thai-Jepun Semasa Perang Dunia Kedua dan Kesannya-kesannya
Terhadap Negeri-negeri Melayu Utara dalam Jurnal Jebat Bil 24, hlm 45
14 Ibid, hlm 41

yang dahulunya dikuasai oleh pemodal Eropah dan China kini telah dimonopoli oleh
Jepun.
Selain itu, Jepun juga telah menjalankan dasar ekonomi sara diri terhadap
penduduk Tanah Melayu. Perkara ini disebabkan oleh sekatan bekalan makanan oleh
British ke Jepun telah berlaku semasa perang, iaitu apabila perkapalan telah dihalang oleh
kapal selam tentera British. Disebabkan sekatan bekalan makanan dan pakaian, harga
menjadi semakin naik apabila barang-barang tersebut sukar untuk diperoleh. Oleh sebab
itu, Jepun menggalakkan ekonomi sara diri iaitu memperkenalkan pemerintahan ekonomi
bersifat “Self Sufficient” ataupun sara diri. 15 Orang Jepun bertindak merampas barang
makanan peniaga tanpa memberikan sebarang bayaran. Maka, masyarakat bertindak
menyorok bahan makanan mereka untuk dijual di pasaran gelap dengan harga yang lebih
mahal dan berbaloi. Sebagai contoh, pada awal tahun 1942, para petani di Kelantan

terpaksa menyorokkan bekalan beras mereka untuk diseludup ke Terengganu dan Pahang
dengan harga yang sangat tinggi, iaitu di antara $10 hingga $13 untuk segantang. Harga
ini adalah sangat tinggi jika dibandingkan dengan harga biasa iaitu 50sen untuk beras
kelas pertama. 16
Dalam pemerintahan ekonomi yang bersifat sara diri, Jepun telah menjadikan
kegiatan pertanian sebagai kegiatan harian sebagai langkah mengatasi masalah
kekurangan makanan di Tanah Melayu. Terutamanya penanaman padi, Jepun
menggalakkan penduduk tempatan untuk mengutamakan penanaman padi agar dapat
menampung kekurangan makanan dan menyeimbangkan pengeluaran makanan supaya
mencukupi. Sebagai sokongan kepada rancangan ini, Jepun telah menjalankan
Rancangan 3 tahun sara diri dengan cara memperkenalkan penanaman padi 2 kali
setahun. Oleh itu, ekonomi di Tanah Melayu secara keseluruhannya adalah merosot dan
terbantut apabila berlaku peningkatan masalah pengangguran kerana tiada penduduk
berani untuk menjalankan perniagaan dan peniaga pula terpaksa berhenti berniaga kerana
takut apabila sering dizalimi oleh pihak Jepun degan merampas bekalan makanan yang
15 Wan Noraini Wan Ahmad. (1986). Pendudukan Jepun (1942-1943) dan Thai (1943-1945) di Kelantan: Kesan ke
Atas Masyarakat Melayu. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, hlm 44-45
16 Wan Noraini Wan Ahmad. op cit., hlm 52-53

dijual, kemudian kebuluran juga berlaku apabila sekatan makanan berlaku,lambakan

penduduk yang melebihi sumber makanan terjadi kerana pihak Jepun membawa tenteratentera dan mengutamakan bekalan makanan untuk tenteranya cukup berbanding bekalan
makanan penduduk tempatan, dan inflasi turut berleluasa apabila berlaku pencetakan
wang pokok pisang yang tidak terkawal sehingga berlakunya lambakan wang lalu
menyebabkan harga barangan menjadi mahal di Tanah Melayu.
Namun begitu, terdapat satu langkah positif Jepun dalam usaha menstabilkan
ekonomi di Tanah Melayu. Jepun telah menggalakkan penduduk tempatan untuk
menabung dengan cara menubuhkan bank-bank perdagangan untuk menarik minat
penduduk tempatan menyimpan wang mereka. Contoh bank yang telah ditubuhkan oleh
Jepun ialah Yokohama Speci & Ltd Bank dan Perak People Park Bank.

17

Tetapi tiada

sambutan dari penduduk tempatan dan akhirnya banyak perusaah diambil alih Jepun
contohnya syarikat Nippon Seiteetsu Kabushki Kaisha dan The Tojo Kabuski.18
2.1.4 sosial
Dari segi sosialnya pula, digambarkan kehidupan penduduk tempatan Tanah
Melayu adalah sangat menyedihkan dan dalam derita. Hal ini turut dibuktikan oleh
Joginder Singh Jessy di dalam bukunya yang ada menyatakan penduduk Tanah Melayu

hidup dalam keadaan terhimpit, menderita, melarat dan ketakutan. Pada masa itu, Jepun
telah mengambil pemuda-pemuda Malaya untuk di bawa ke sempadan Malaya-SiamBurma (sekarang Myanmar) untuk membina jalan keretapi maut. Semasa menjalankan
tugas tersebut, ramai penduduk Malaya yang disuruh bekerja dan dilayan tanpa rasa
perikemanusiaan sehingga ramai yang terkorban tanpa diberikan bekalan makanan dan
rehat.
Walaupun demikian, jika dibandingkan layanan Jepun terhadap penduduk
tempatan, pemerintahan Jepun memberi keistimewaan kepada penduduk Melayu,
manakala penduduk Cina pula ditindas dan dizalimi dengan tidak berperikemanusiaan.
17 Ghazali Mayudin. (1978). Johor Semasa Pendudukan Jepun 1941-1945. Selangor. Universiti Kebangsaan
Malaysia, hlm 57
18 Ibid, hlm 57.

Hal ini berlaku apabila pihak Jepun mengambil orang Melayu sebagai polis dan
mengkehendaki mereka memburu dan menangkap orang-orang Cina untuk diseksa dan
dibunuh. Tan Deng Eng dalam bukunya History of Malaya and Singapore menyatakan:
“tindakan kejam terhadap orang Cina di Negeri-negeri Melayu disebabkan
orang Cina dan Negara China adalah musuh lama Jepun, iaitu sejak perang
China-Jepun lagi”.
Oleh itu, terbuktilah melalui petikan dari karya Tan Deng Eng yang menceritakan
bahawa pihak Jepun melayan orang Cina dengan kejam disebabkan oleh dendam sejak

perang China-Jepun yang pernah berlaku. Kekejaman pihak Jepun bertambah terbukti
lagi apabila wujudnya pengenalan Dasar Sook Ching atau ‘Dasar Pembersihan’ yang
diperkenalkan oleh Kawamuraoishi secara sistematik pada 21 Februari. 19 Dasar tersebut
telah menyebabkan ribuan orang Cina terbunuh. 20 Bukan itu sahaja, Jepun melakukan
kekejaman kepada orang Cina dengan cara membakar kediaman, merampas barangbarang, merogol gadis-gadis dan yang paling menyedihkan apabila Jepun menyuruh
orang-orang Cina menggali luang kubur mereka sendiri sebelum dibunuh. Seramai 40
000 orang Cina terdiri daripada wanita dan kanak-kanak telah dibunuh sehingga Mei
194021.
Kezaliman yang berlaku terhadap orang Cina menyebabkan mereka sangat
membenci orang-orang Melayu dan masalah perkauman antara kedua-dua kaum ini
bertambah hebat sehingga menyebabkan mereka berdendam dengan orang-orang Melayu.
Hal ini terbukti apabila wujud permusuhan hebat antara orang Cina dan orang melayu
selama 14 hari,di mana Gerila Bintang Tiga yang terdiri daripada orang-orang Cina telah
bertindak membunuh orang Melayu dengan kejam di Muar dan Batu Pahat (Johor),

19 Yoji Akashi. (1970). Japanese Policy Towards The Malayan Chinese 1941-1945. Journal of Southest Asian History
Vol 1, hlm 68.
20 Mohd Isa Othman. op cit., hlm 285
21 Abdul Halim Saad et al. (1991). Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara Malaysia, hlm 474.

Sungai Manik (Perak) Titi (Negeri Sembilan) dan beberapa kawasan lain di Perak dan
Selangor22.
Bukan itu sahaja, sekolah Inggeris dan Cina juga ditutup bagi menghapuskan
pengaruh Barat dan China. Hal ini kerana bahasa Inggeris dianggap sebagai bahasa
musuh dan dilarang penggunaannya. Malahan kebudayaan Jepun juga cuba diserapkan ke
dalam aspek kewangan apabila Jepun bertindak melarang penggunaan mata wang yang
dikeluarkan oleh British. Lagu kebangsaan Jepun iaitu ‘kimigayo’ dinyanyikan pada
setiap pagi di sekolah, manakala bahasa Jepun iaitu Nippon Go menjadi bahasa pengantar
di sekolah Melayu.23 Namun begitu, Langkah Jepun menjadikan bahasa Jepun sebagai
bahasa rasmi di Kelantan tidak berjaya. Bahasa Melayu rumi dan jawi serta bahasa
Inggeris digunakan dalam surat perjalanan pentadbiran. Contohnya di Terengganu,
pegawai kerajaan diarahkan mendaftar nama untuk mengikuti kursus bahasa Jepun yang
diadakan di bangunan Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman.

2.2 Corak Pemerintahan Jepun di Sabah
Serangan terhadap Sabah oleh pihak Jepun mula dilancarkan pada 4 Jun 1942,
kemudian tawanan kawasan-kawasan di Sabah pula berlaku satu per satu. Pulau
Labuan dan Beaufort ditawan oleh Jepun pada 3 Januari 1942, Kota Kinabalu pula
ditawan pada 9 Januari 1942, Sandakan 19 Januari 1942, Tawau 24 Januari 1942,
Lahad Datu 27 Januari 1942, Kudat 1 Mei 1942 dan Pantai Barat Sabah jatuh
sepenuhnya kepada pihak Jepun pada bulan Mei 1942. Disebabkan oleh keberkesanan
strategi Jepun semasa melakukan serangan di Sabah, iaitu dengan penggunaan basikal
ke kawasan-kawasan Sabah serta bantuan ketenteraan seperti kapal perang, British
gagal mempertahankan Sabah dan terpaksa berundur diri. Tambahan pula pada ketika
itu askar-askar British tidak ada di sekitar Sabah. Oleh itu bermulalah penjajahan
Jepun di Sabah sehingga tahun 1945. 24
22 Abdul Halim Saad et al. op cit., hlm 476
23 Ibid,. hlm 287
24 Mazlan Abdullah. (1978). Sejarah Malaysia Timur. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors
Sdn Bhd, hlm 66

2.2.1

Politik
Setelah pihak Jepun berjaya menguasai Sabah, Sabah dengan serta-merta

diisytiharkan sebagai sebahagian daripada tanah jajahan Jepun, atau “Nai
Nippon” Kemudian dari segi politik juga, tentera Jepun mempunyai sistem
pentadbiran yang sistematik. Jepun telah membuat pembahagian kawasan
pentadbiran, iaitu setiap kawasan dibahagikan mengikut wilayah dan kawasan ini
mempunyai gelaran khas iaitu Shiu. Jepun meletakkan ketiga-tiga tanah jajahan
Brunei, Sarawak & Sabah dibawah satu entiti yang dikenali sebagai Baruneo
Kita25. Pembahagian kawasan pentadbiran di Baruneo Kita terbahagi kepada lima
struktur. Pertama, daerah Kuching merupakan Shiu bahagian I dan II merujuk
kepada bahagian Borneo Barat serta Kepulauan sekitarnya. Daerah Kuching telah
dijadikan Pusat Gabenor Jeneral bagi Baruneo Kita. Kedua, Shiu bahagian III
yang merujuk daerah Sibu dan yang ketiga ialah Miri sebagai Shiu bahagian IV
dan Shiu bahagian V ialah Brunei. Keempat adalah Seikai Shiu yang merujuk
kawasan Pantai Barat Borneo Utara dan Labuan manakala yang kelima adalah
Tokai Shiu merujuk kawasan Pantai Timur Borneo Utara.
Pada waktu yang sama, Dalam setiap Shiu terdapat seorang ketua
pengarah yang dilantik dan bertanggungjawab kepada Ketua turus Angkatan
tentera26. Setiap kawasan mempunyai Gabenor yang mengetuai operasi
pentadbiran didalam kawasannya. Gabenor ini turut dibantu oleh Ketua tempatan
yang bertugas menjaga hal ehwal Ken atau daerah dalam Shiu. Terdapat 5
bahagian khusus di bawah kuasa Ketua Turus Pertahanan sejak Mei 1942 iaitu
Pentadbiran, Kempeitai, Industri Kewangan, Perakaunan dan Perisikan. Ketua
turus pertahanan pertama ialah Leftenan Jeneral Marques Toshihara Maeda
sebagai de fecto chief executive27. Maeda dibantu Snoncho atau ketua staf iaitu
Major Jeneral Yoshinabu Manaki. Mereka berdua mempunyai kepakaran dalam

25 Arkib Negeri Sabah. 2010. Pengisahan Sabah: Perang Dunia Kedua. Sabah, Pengarah Arkib Negeri Sabah dan
Dewan Bahasa & Pustaka: Hal 13
26 Ibid., hal 13
27 Ibid., hal 13

strategi ketenteraan. Pentadbiran yang dijalankan oleh mereka berdua menjadikan
pentadbiran yang sistematik ke atas Borneo.
Disebabkan sistem pembahagian kawasan pentadbiran yang dilaksanakan,
sistem pentadbiran tentera Jepun menjadi lebih tersusun. Pembahagian kawasan
pentadbiran ini memudahkan proses pentadbiran dijalankan mengikut kawasan.
Hal ini sangat penting bagi pihak tentera Jepun kerana kawasan Borneo
merupakan kawasan yang sangat luas. Sekiranya Jepun menggunakan satu sistem
pentadbiran sahaja keberkesanan untuk mengusai Borneo sukar. Pembahagian
kawasan ini jelas memudahkan pihak Jepun untuk menguasai Borneo termasuklah
Sabah sendiri. Setiap kawasan yang dibahagikan dan mempunyai pegawai
pentadbir yang dibantu pegawai bawahan menjadikan pentadbiran Jepun untuk
menguasai Sabah menjadi lebih efektif.
Jepun telah menggunakan penduduk tempatan dalam pentadbiran mereka.
Perkara ini berlaku kerana Jepun telah kehilangan pegawai yang sedia dihantar ke
Sabah

untuk

menjalankan

hal

ehwal

pentadbiran.

Sejumlah

pegawai

berpengalaman dari Jepun yang dihantar untuk melicinkan pentadbiran telah
gagal sampai ke Sabah apabila kapal laut yang membawa pegawai tersebut telah
ditenggelankan di perairan berhampiran Santubong, Sarawak oleh tentera
Belanda28. Hal ini menyebabkan Jepun mencari alternatif lain iaitu penglibatan
penduduk tempatan dalam pentadbiran Jepun.
Terdapat beberapa pegawai tempatan yang dilantik oleh Jepun bagi
melicikan tugas pentadbiran di Sabah29 iaitu Kenchiji yang merupakan Residen
Bahagian dan bertugas sebagai perantara Guncho dan Gabenor di setiap wilayah.
Kenchiji juga turut dibantu oleh Guncho. Guncho ialah Pegawai Daerah yang
mentadbir setiap daerah. Jawatan ini dijawat oleh pembesar tempatan yang
bertujuan untuk menjimatkan kos pentadbiran dan memudahkan Jepun untuk
mengawal rakyat tempatan serta memberi peluang penduduk tempatan menyertai
urusan politik selaras kemampuan mereka. Guncho juga merupakan penghubung
28 Arkib Negeri Sabah. 2010. Pengisahan Sabah: Perang Dunia Kedua. Sabah, Pengarah Arkib Negeri Sabah dan
Dewan Bahasa & Pustaka: Hal 14
29 Ibid

antara kerajaan dan penduduk tempatan bagi sebarang laporan permasalahan yang
dialami penduduk tempatan. Seterusnya pula ialah Jawatan Ketua Anak Negeri
yang menghubungkan Guncho dengan penduduk kampung. Tugas utamanya ialah
sebagai pengumpul dan pencari kerja sukarela dari tanah besar dan pulau-pulau
untuk dijadikan buruh paksa. Jawatan ini pernah di sandang oleh Datu Harun,
bapa kepada Tun Datu Mustapha. Selepas beliau meninggal, jawatan disandang
oleh Tun Datu Mustapha sendiri.
Antara lain juga ialah Ketua kampung. Ketua Kampung diberi lencana
serta surat kuasa. Terdapat dua bentuk lencana iaitu 5 bintang tanda merah
ditengah dan gambar helang mengembangkan sayapnya ditengah bintang yang
hanya khusus untuk pemimpin tempatan berpangkat tinggi. Tugasannya ialah
menyelia dan mengarahkan penduduk menanam tanaman makanan serta
memungut sumber makanan diberikan kepada Kerajaan Jepun serta merekrut
pemuda sebagai buruh kasar. Jawatan paling kecil ialah Jikeidan yang akan
melaporkan setiap masalah, situasi kampung, keupayaan daya pengeluaran dan
populasi kampung dari masa ke semasa. Penglibatan penduduk tempatan dalam
pentadbiran Jepun merupakan langkah bagi memudahkan proses pentadbiran.
Penggunaan penduduk tempatan dalam pentadbiran juga adalah teknik Jepun bagi
mengurangkan tentangan daripada penduduk tempatan.
2.2.2

Ekonomi
Dari segi ekonominya pula, pihak Jepun mengutamakan sektor pertanian

di Sabah.Hal ini kerana Jepun percaya Sabah yang kaya dengan sumber pertanian
dapat membawa keuntungan yang lumayan kepadanya. Kerajaan Jepun sanggup
membelanjakan sebanyak 5 juta Yen bagi menjalankan penyelidikan dalam
mengenal pasti potensi pertanian yang terdapat di Sabah. Dari sistem ekonomi
kapitalis yang diamalkan oleh SBBU berubah secara drastik sistem ekonomi
mengikut acuan sendiri. Pihak Jepun telah memperkenalkan Pelan Pengeluaran 5
Tahun30 dan menjadikan Sandakan sebagai pusat utama kegiatan ekonomi,
pembekal makanan bagi Sabah dan juga merancang pembinaan pelabuhan sebagai
30 Arkib Negeri Sabah. 2010. Pengisahan Sabah: Perang Dunia Kedua.hal 63

memudahkan kapal dagang berlabuh. Selain Sandakan, Jesselton turut Jepun
jadikan sebagai pusat kegiatan ekonomi.
Pengeluaran padi sebanyak dua kali ganda di Sabah telah berjaya
mengurangkan beras import sebelum ini oleh SBBU. Hal ini telah menyebabkan
sebanyak 700.000 tan pengeluaran berjaya dilakukan dan 1400.000 tan beras
berjaya dihasilkan. Oleh itu, Strategi Jepun dalam mengeksploitasi pertanian di
Sabah telah membuktikan keberkesanannya dengan beberapa pelaksanaan seperti
pengenalan pelan pengeluaran, mewujudkan pusat utama kegiatan pertanian dan
membina pelabuhan kapal dagang. Namun begitu, disebabkan oleh sistem kerah
iaitu sistem buruh paksa telah menyebabkan masalah buruh di Sabah yang turut
menyebabkan skim ini tudak bergerak seperti dalam perancangan
Dalam pengurusan kewangan di Sabah pulak, dari penggunaan wang
SBBU, pihak Jepun tukar kepada wang kerajaan Jepun yang dikenali sebagai
Wang Pisang. Kemudian pihak Jepun menubuhkan pusat kewangan sendiri atau
bank

31

iaitu Soutern Region Development, Yokohama Special Bank dan

cawangannya di Sandakan dan Miri. Pihak Jepun juga menggalakkan penduduk
menabung iaitu dengan penduduk yang mempunyai wang melebihi $30.00
diwajibkan untuk menabung di bank. Namun begitu, cara Jepun ini tidak begitu
membawa kesan yang baik, iaitu apabila Jepun memperkenalkan sistem wang
kecemasan32 di kawasan pantai timur yang bertujuan untuk membayar gaji buruh
kasar di estet. Cara ini didapati kurang sistematik dan dicetak hanya
menggunakan kertas biasa sahaja kerana Jepun pada ketika itu masih tidak
mempunyai mesin pencetak wang. Oleh itu, Jepun telah menghadapi masalah
ketidakstabilan mata wang dalam pasaran disebabkan wang yang baru
diperkenalkan dan masalah inflasi yang berlaku selepas pertempuran di Coral Sea.
Dapat dirumuskan penguasaan Jepun dalam bidang kewangan Sabah tidak begitu
berkesan apabila sistem-sistem yang diperkenalkan telah membawa kesan yang
tidak baik seperti inflasi akibat ketidakseimbangan mata wang yang baru

31 Ibid., Hal 65
32 Ibid,. Hal 65

diperkenalkan. Jepun juga telah memperkenalkan sistem pungutan cukai daripada
penduduk-penduduk tempatan.33

2.2.3

Sosial
Dari segi aspek sosial di Sabah adalah banyak persamaan pemerintahan

Jepun di Tanah Melayu. pendidikan merupakan wadah yang terpenting dalam
melahirkan insan yang taat setia kepada Maharaja Jepun pada ketika pendudukan
Jepun. Hal ini kerana pelajar disuntik dengan semangat yang kuat dari Negara
asal, iaitu untuk sentiasa bersedia berkorban, berdisiplin serta ketahanan diri
untuk melahirkan pelajar citra Nippon Seishin.

Selain itu, Untuk memastikan pendidikan yang dijalankan oleh pihak
Jepun berkesan di Sabah, pihak Jepun memansuhkan sekolah-sekolah jenis
vernakular dan mengharamkan bahasa Inggeris dan bahasa Cina. Kemudian
sistem sekolah-sekolah tersebut digantikan dengan sistem Negara Jepun, iaitu
guru tempatan dilatih di Brunei untuk berbahasa Jepun dan pelajar sekolah pula
disuntil dengan semangat Yamato Damashii (kejepunan)34.
Dari segi layanan Jepun kepada penduduk tempatan, Jepun tetap dengan
sikap mereka yang anti kepada orang-orang Cina. Maka layanan sosial kepada
orang Cina di Sabah adalah yang paling teruk sekali jika dibandingkan dengan
kaum-kaum lain. Mereka yang ingkar akan dipenjarakan tanpa bicara dan diseksa
dengan kejam seperti dijemur di tengah panas. Tindakan Jepun yang paling kejam
adalah menyeksa dan membunuh penduduk tempatan.

2.3 Corak Pemerintahan Jepun di Sarawak

33Buyong Adil. op cit., hlm 40
34 Arkib Negeri Sabah. 2010. Pengisahan Sabah: Perang Dunia Kedua. Hal 71

Pentadbiran Jepun di Sarawak adalah berpusat di Kuching, sehingga Jepun menyerah
kalah pada 11 September 1945.35 Jepun mula menduduk Sarawak pada 25 Disember
1941 dan corak pemerintahan Jepun di Sarawak adalah bersifat ketenteraan di bawah
tanggungjawab tentera Jepun ke-37 (bahagian penyelidikan) , iaitu Setno Yamada.
2.3.1

Politik
Untuk peluasan kuasa Jepun di Sarawak, Sabah, Brunei, dan Sarawak

telah digabungkan oleh Setno Yamada di bawah satu unit pentadbiran dan
organisasi pemerintahan Jepun yang dinamakan sebagai Borneo. Kemudian Jepun
menubuhkan lagi sebuah Majlis Penasihat yang ahlinya terdiri daripada
pembersar Melayu dan ketua-ketua masyarakat Sarawak, iaitu Datu Abang
Sulaiman, Datu Pahlawan Abang Haji Mustapha Haji Moasili dan Abang Openg,
Pegawai Bumiputera (Native Officer) dan Tuanku Bujang bin Tuanku Osman
mewakili Pegawai perabangan dari Kuching dan Sibu masing-masingnya,
sementara Haji Abdul Rahman Haji Kassim mewakili orang Melayu umumnya.36
Dari segi kawalan keselamatan di Sarawak pula, pasukan pengawal
keselamatan adalah terdiri daripada penduduk tempatan. Mereka berkhidmat
sebagai polis rahsia untuk pihak Jepun, iaitu untuk memantau keadaan di Sarawak
dan menangkap mana-mana yang disyaki anti-Jepun dan ingin melakukan
pemberontakan dan seumpamanya. Sama seperti di Tanah Melayu dan Sabah,
kempeitai ialah pasukan polis Jepun yang ditubuhkan untuk menggantikan polis
tempatan. Kempeitai sangat ditakuti kerana kekejaman dan cara-cara penyeksaan
yang diamalkan oleh mereka. Ramai yang bersifat anti Jepun dibunuh oleh
Kempeitai.37
2.3.2

Ekonomi
Disebabkan oleh agenda Jepun yang hanya ingin mengaut keuntungan

utuk negaranya semata-mata, kedatangan Jepun ini telah menyebabkan keadaan
35 UMS HT17. (2012). Kajian Lapangan Sejarah ke Sarawak: Pendudukan Jepun di Sarawak. Kuching: Muzium
Negeri Sarawak.
36 Mohd. Haasbie Sulaiman. (1999). Perjuangan Anti-Cession Sarawak. Kuching: Samasa Press Sdn.Bhd, hlm 39
37 Abdullah Zakaria Ghazali (1996). Pentadbiran Tentera Jepun 1942-1945. Kuala Lumpur: Universiti Malaya, hlm
21

ekonomi di Sarawak pada masa itu jatuh dan tidak memuaskan. Hal ini
disebabkan oleh Jepun menjalankan Dasar Tutup Pintu kerana bimbang campur
tangan kuasa Barat yang lain akan menggugat penguasaannya ke atas Sarawak.
Dasar yang dijalankan itu juga telah menyebabkan tahap pengeluaran komoditi
sumber-sumber ekonomi utama di Sarawak jatuh merosot seperti petroleum, lada
hitam, kayu balak, padi, sagu dan getah. Situasi yang membuatkan penduduk
tempatan hidup dalam bertambah menderita ialah apabila perusahaan getah dan
perusahaan lada hitam serta sagu terpaksa ditutup kerana tahap ekonomi yang
semakin jatuh dan digantikan dengan kawasan perusahaan tanaman yang
menghasilkan sumber makanan bagi meneruskan atau menyara penghidupan
mereka. Oleh itu, Jepun telah menggalakkan penduduk bercucuk tanam melalui
Dasar Mengumpulkan Makanan yang dijalankan.
Dalam sistem kewangan di Sarawak, seperti di Tanah Melayu dan Sabah,
Jepun turut memperkenalkan mata wang Jepun “wang pokok pisang”. Pengenalan
mata wang ini dikatakan untuk menyelaraskan sistem mata wang yang digunakan
di Sarawak. Namun, Pencetakan dan pengedaran wang yang meluas ini telah
memberi kesan yang ketara, iaitu berlakunya inflasi yang mana membawa kepada
kejatuhan kepada nilai matawang tersebut akibat daripada penawarannya yang
melebihi permintaan.38

2.3.3

a.

Sosial

Pertubuhan Kaum Ibu

38 Mohd Isa Othman. op cit., hlm 284

Empat perwakilan dari keturunan suku kaum yang besar di Kuching iaitu
Melayu, Cina, India dan Iban merupakan isi pertubuhan kaum ibu di Sarawak
ini.39 Contohnya, Orang Melayu diwakili oleh Puan Lily Eberwine,
perwakilan Cina diwakili oleh Puan Mary Ong, perwakilan India diwakili oleh
Puan Gopal dan perwakilan Iban diwakili oleh Puan Barbara Bay.
Pemimpinnya dipilih oleh Setno Yamada.
Tujuan Pertubuhan kaum Ibu ini ditubuhkan adalah untuk mengumpul besi
yang tidak terpakai dan mengadakan pasar ria untuk memungut wang dan
dijadikan hadiah kepada Saldadu Jepun. Pertubuhan Ibu ini juga dikerah untuk
mengadakan kumpulan tarian dan nyanyian untuk pertunjukan pentas. Selain
itu, mereka juga dikerah bagi menanam pokok ubi kayu untuk menyara
kehidupan kerana pada ketika itu, bekalan makanan seperti beras amat sukar
didapati.
b. Menerapkan Adat Jepun
Hal ini ada dicatat oleh Kratoska 1998:324 dalam bukunya Japanese
Occupation of Malaya : A Social and Economic History terbitan Hurst &
Company, London 1998, iaitu antara usaha awal yang dilakukan oleh Jepun
ialah menerapkan adat orang Jepun kepada penduduk tempatan di Sarawak
iaitu adat orang Jepun yang menundukkan kepala apabila bertemu antara satu
sama lain sebagai tanda hormat kemudian diperkenalkan kepada orang umum
mengenai adat ini. Lama-kelamaan, adat ini menjadi satu kebiasaan kepada
orang ramai untuk menundukkan kepala apabila mereka bertemu.40
Nyanyian dan muzik juga dijadikan alat untuk menyebarkan budaya jepun
ke atas penduduk tempatan, terutamanya murid-murid sekolah. Lagu kebangsaan
Jepun iaitu Kimigayo diajar dan Setiap pagi murid-murid dikehendaki menyanyi
lagu kebangsaan Jepun sambil tunduk hormat kepada Maharaja Jepun dan
menghadap

kearah

Negara

Jepun

iaitu

arah

matahari

naik.

Usaha

memperkenalkan adat dan budaya ini bertujuan menunjukkan unsur-unsur budaya
39 Mohd. Haasbie Sulaiman. op cit., hlm 40
40 Paul H. Kratoska. (1998). The Japanese Occupation of Malaysia ( A Social & Economic History) USA: University of
Hawaii Press, hlm 324

Jepun yang luhur, disamping memperlihatkan sikap Jepun yang menganggap
orang Asia setaraf.
Hari-hari cuti umum dan kelepasan am dilaksanakan berasaskan kepada
Jepun seperti hari kelahiran Maharaja Jepun, hari angkatan darat, laut dan udara,
musim menuai Jepun dan lain-lain. Semuanya bertujuan untuk membiasakan
orang ramai dengan hari kebesaran yang menunjukkan kebesaran Jepun,
disamping memupuk rasa hormat kepada Negara Jepun. Malah haribulan British
yang digunakan sebelumnya ditukarkan kepada haribulan dan sistem tahun Jepun,
misalnya tahun 1942 ditukar menjadi 2602.41
Di dalam pendidikan di Sabah, Bagi mengikis budaya Barat, pemerintah
Jepun menghapuskan segala bentuk pendidikan Barat. Bagi memenuhi tujuan itu,
Jepun mengharamkan pengunaan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar dan
mata pelajaran bahasa inggeris di sekolah-sekolah. Sistem pendidikan Jepun
memberi tumpuan kepada ketaatan dan kesetiaan kepada Maharaja Jepun,
kepatuhan kepada kerajaan Jepun dan kerelaan seseorang untuk berkhidmat bagi
Negara Jepun. Kemudian Jepun memperkenalkan penggunaan bahasa Jepun iaitu
Nippon-go bagi menggantikan bahasa Inggeris sebagai usaha mendekatkan
penduduk tempatan dengan adat dan budaya Jepun. Bahasa Jepun diajar
disekolah-sekolah yang terdapat di Sarawak pada ketika itu. Semua urusan dalam
sistem perhubungan seperti perkhidmatan pos dan telegraf wajib menggunakan
bahasa Jepun.42

3.0 Perbandingan Corak Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu dengan di Sabah dan
Sarawak
Setelah diamati mengenai corak pemerintahan Jepun di kedua-dua Tanah Melayu dengan
Sabah dan Sarawak ini, secara keseluruhannya tidak dapat banyak perbezaan mengenainya.
41 Paul H. Kratoska. op cit., hlm 331
42 ibid., hlm 334

Agenda Jepun untuk mentadbir Tanah Melayu dan Sabah dan Sarawak adalah sama, iaitu
hanya untuk mengaut keutungan ekonomi untuk keuntungan negaranya sendiri. Sehinggakan
Jepun sanggup membiarkan penduduk tempatan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak hidup
dalam penderitaan, menganggur tanpa pekerjaan akibat takut dengan sifat zalim Jepun,
kebuluran tanpa bekalan makanan akibat sekatan bekalan makanan yang dikenakan terhadap
Jepun oleh British, perebakan penyakit berjangkit seperti beri-beri akibat kekurangan zat
makanan, dan hidup dalam ketakutan.
Dari segi politiknya, secara keseluruhan tidak banyak perbezaan di dalam corak
pemerintahannya, iaitu bersifat ketenteraan dan awam. Beberapa pasukan polis seperti
kempeitai dilantik dan ditempatkan di kawasan-kawasan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
untuk menjamin keamanan. Kemudian mahkamah juga diadakan mengikut sistem di negara
Jepun menyebabkan tiada mana-mana pihak berani menimbulkan masalah di Tanah Melayu,
Sabah, dan Sarawak akibat sistem mahkamah yang tidak berhati perut.
Perbezaan yang ketara dapat dilihat dalam corak pemerintahan Jepun di Tanah Melayu
ialah di dalam aspek politik iaitu semasa Jepun menyerahkan Tanah Melayu (Kelantan,
Trengganu, Kedah dan Perlis) serta dua Wilayah Shan, kepada Thailand atas rasa terhutang
budi dan janji. Kerana bantuan dan kerjasama yang telah diberikan oleh Thailand terhadap
Jepun semasa dalam usaha Jepun ingin menakluki Tanah Melayu, Jepun memberikan Tanah
Melayu sebagai tanda berterima kasih. Manakala di Sabah dan Sarawak pula ialah berjalan
seperti biasa dengan undang-undang bersistemkan negara asal Jepun. Pemerintahan
menggunakan kuasa ketenteraan diamalkan dari awal pendudukan Jepun hinggalah Jepun
menyerah kalah pada 11 September 1945 setelah bandar Hiroshima dan Nagasaki di bom
menggunakan bom atom oleh pihak berikat
Kemudian dari segi ekonomi di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pula, secara
keseluruhannya walaupun terdapat beberapa usaha Jepun untuk membaiki ekonomi di ketigatiga kawasan ini seperti mewujudkan ‘wang pokok pisang’ dan bank-bank untuk
menyeimbangkan dan menggalakkan penduduk menyimpan wang, namun ekonomi tetap
jatuh merudum disebabkan dasar tutup pintu yang diamalkan oleh Jepun tidak melancarkan

ekonomi. Pencetakan wang pokok pisang yang tidak terkawal pada ketika itu juga telah
menyebabkan wang terlalu banyak dan harga barangan terpaksa dinaikkan.
Seterusnya dari segi sosial, perkara yang paling jelas adalah Jepun tetap memusuhi
orang-orang Cina tidak kira di Tanah Melayu, Sarawak ataupun Sabah akibat dari perasaan
dendam Jepun semasa perang China-Jepun yang pernah berlaku, sehinggakan mereka
melantik perisik-perisik yang terdiri daripada penduduk tempatan Melayu untuk memburu
dan menangkap orang-orang Cina untuk diseksa dan dibunuh. Wanita dan kanak-kanak turut
tidak terkecuali dirogol, diseksa dan dibunuh. Kekejaman pihak Jepun dalam mentadbir ini
juga dapat dilihat di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Selain itu dasar penjepunan
dijalankan di dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Penghapusan
sekolah vernakular Cina dan Inggeris digantikan dengan sekolah yang menggunakan bahasa
Jepun sebagai bahasa pengantar, dari bahasa ke adat dan budaya Jepun. Penjepunan ini bukan
sahaja digunakan di dalam sistem pendidikan, begitu juga di ibu pejabat, dan di kawasan
pengurusan yang lain. Tujuan Jepun untuk mengamalkan sepenuhnya konsep “Penjepunan”
dalam politik, ekonomi dan sosial tidak lain dan tidak bukan hanyalah semata-mata untuk
menjadikan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah sebagai tanah jajahan mutlak mereka di mana
ketiga-ketiga kawasan ini menumpahkan taat setia kepada Jepun dan Maharaja Jepun sendiri.
Walaubagaimanapun, negara matahari terbit ini tidak dapat mencapai hasrat tersebut kerana
mereka akhirnya mengalah kepada pihak British dan berikat yang datang kembali untuk
membalas serangan pihak Jepun. Secara keseluruhannya, aspek politik, ekonomi dan sosial di
ketiga-tiga kawasan ini mempunyai persamaan yang ketara. Penduduk tempatan hidup dalam
ketakutan dan seksaan dari pihak Jepun

4.0 Kesimpulan
Sepanjang pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, tempoh penduduk
tersebut ialah zaman hitam bagi ketiga-tiga kawasan tersebut. Kerana kehidupan penduduk

tempatan pada ketika itu sangat menyedihkan, sehingga menyebabkan penduduk trauma.
Kerana zaman tersebut penuh dengan penindasan dan kezaliman, penduduk hidup dalam
kebuluran akibat kekurangan makanan, penularan penyakit berjangkit yang menyebabkan
kematian meningkat, penduduk hidup dalam ketakutan tanpa diberikan hak bersuara kerana
sistem mahkamah Jepun yang tidak berperikemanusiaan, dan masalah perkauman turut
meningkat terutamanya bagi orang-orang Cina dengan orang-orang Melayu kerana dianggap
sebagai bekerjasama dengan pihak Jepun dalam menindas orang-orang Cina sehingga
berlaku pembalasan dendam, dan ekonomi pada waktu itu juga terbantut. Setelah tamatnya
pendudukan Jepun inilah semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk bertambah kuat
dan berdasarkan pengalaman-pengalaman lalu tidak lagi mahu peristiwa hitam tersebut
berulang kembali. Selepas perang, PKM diiktiraf oleh pemerintah British sebagai parti yang
sah memandangkan sumbangan PKM membantu British menentang Jepun. Kemudian di
Sarawak Charles Vyner Brooke telah meminta pihak British datang mengambil alih dengan
menjalankan Pemerintahan Tentera British (BMA) di Sarawak untuk memulihkan keadaan
Sarawak yang telah musnah pada ketika itu.

Rujukan

Abdul Ghapa Harun dan Rupawan Ahmad. (1996). Imperialisme Jepun dan Konse
Lingkungan Kesemakmuran Asia Timur Raya dalam Jurnal Jebat Bil 24. Diambil pada
17 April 2015 daripada http://www.ukm.my/jebat/v2/
Abdul Halim Saad et al. (1991). Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara
Malaysia.
Abdullah Zakaria Ghazali. (1996). Pentadbiran Tentera Jepun 1942-1945. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.
Abdullah Zakaria Ghazali. (1996). Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, 1942Pentadbiran Jepun dan Thai dalam Jurnal Jebat Bil 24. Diambil pada

1945:

15 Mei 2012

daripada http://www.ukm.my/jebat/v2/.
Buyong Adil. (1981). Sejarah Sabah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ghazali Mayudin. (1978). Johor Semasa Pendudukan Jepun 1941-1945. Selangor.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Haji Mohamad Hasbie Sulaiman. Perjuangan Anti-Cohession Sarawak. Kuching:
Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak. 1989.
Ma’rod Redzuan. Kenegaraan Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
1997.
Mazlan Abdullah. (1978). Sejarah Malaysia Timur. Kuala Lumpur: Utusan
and Distributors Sdn Bhd.

Publications

Mohd Isa Othman. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd. 2002.
Mohd. Hasbie Sulaiman. (1999). Perjuangan Anti-Cession Sarawak. Kuching:

Semasa Press

Sdn. Bhd.
Pengarah Arkib Negeri Sabah dan Dewan Bahasa & Pustaka.. Pengisahan Sabah: Perang
Dunia Kedua. Sabah, Arkib Negeri Sabah.2010.
Paul H. Kratoska. (1998). The Japanese Occupation of Malaysia ( A Social &

Economic

History. USA: University of Hawaii Press.
Paul H. Kratoska dan Abu Talib Ahmad. (1989). Pendudukan Jepun di Tanah
Kumpulan Esei Oleh Pelajar-Pelajar USM. Pulau Pinang: Universiti

Melayu:
Sains

Malaysia.
UMS HT17: Kajian Lapangan Sejarah ke Sarawak (2012). Pendudukan Jepun di Sarawak.
Kuching: Muzium Negeri Sarawak
Zainal Abidin Abdul Wahid et al. (1996). Malaysia: Warisan dan Perkembangan. Selangor:
Dewan Bahasa dan Pustaka.