MOHD AMIN BIN OTHMAN TUGASAN EPS 313 SEJ

TUGASAN
SEMESTER SEPTEMBER 2013

KOD KURSUS

ESP 313
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

NAMA KURSUS
PROGRAM

SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

MOHD AMIN BIN OTHMAN

NO. MATRIK

E30209121175


NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

CIK ASMIDAR BINTI ARANI

PUSAT PEMBELAJARAN

AEU ( UPM BINTULU)

1

BAHAGIAN A
Tidak ada bahasa di dunia ini yang tidak dipengaruhi oleh bahasa asing, baik bahasa
Inggeris, bahasa Arab, bahasa Cina mahupun bahasa Melayu. Proses penyerapan atau
peminjaman bahasa asing dalam bahasa Melayu ini ialah satu proses yang mendorong bahasa
penerima meminjam unsur-unsur yang terdapat dalam bahasa-bahasa asing melalui suatu
cara/kaedah yang berperaturan dan sistematik. Peminjaman bahasa berlaku apabila suatu
bahasa bertembung dengan bahasa lain . Bahasa yang berpengaruh atau berbudaya tinggi akan
saling melengkapi antara satu sama lain apabila bertembung dengan bahasa yang kurang
berpengaruh atau berbudaya rendah .

Bynon (1994) mengatakan bahawa pertembungan antara bahasa boleh mempengaruhi
bahasa yang berlainan berbanding dengan kelainan geografi dan sosial bahasa yang sama.
Pertembungan sesuatu bahasa dengan bahasa yang lain akan mengakibatkan perubahan bunyi
atau fonologi, bentuk kata atau morfologi dan bentuk ayat atau sintaksis. Akibat dari
pertembungan bahasa dan budaya ini berlakulah peminjaman kata dalam masyarakat tersebut.
Maka, kata pinjaman merupakan satu produk dari pembangunan bahasa dan kontak
budaya yang mana bahasa merupakan satu perkara yang penting kepada hubungan sesama
manusia dan satu tindak balas perhubungan sosial yang mengalami perubahan yang pantas
dalam sejarah (Yingying 2009). Sapir (1994) berpendapat sesuatu bahasa yang menggunakan
bahasa lain dinamakan sebagai peminjaman yang mana ia berlaku secara semulajadi dalam
kontak bahasa yang menekankan impak yang mendalam terhadap kedua-dua kosa kata yang
saling memahami budaya. Ini menyebabkan kedua-dua bahasa tersebut saling mempengaruhi
dalam menggunakan perkataan-perkataan tersebut untuk merujuk kepada beberapa perkara,
proses dan cara pemikiran.
Faktor-Faktor Yang Mendorong Peminjaman Kata.
Terdapat faktor luaran yang mempengaruhi kata pinjaman. Faktor luaran dalam perhubungan
antara dua bahasa yang berbeza merupakan satu dorongan yang penting dalam kata pinjaman.
Menurut Sapir (1921) perhubungan mungkin berlaku melalui persahabatan atau permusuhan. Ia
juga mungkin berlaku secara lazimnya melalui perancangan perniagaan dan hubungan
perdagangan atau ia mungkin mengandungi peminjaman atau pertukaran ke arah yang positif

seperti seni, sains, agama. Yun Yan (2009) menyatakan kata pinjaman adalah satu perkara yang

2

biasa berlaku di bawah faktor luaran seperti keadaan geografi kejiranan, politik, ekonomi,
budaya, ketenteraan dan aktiviti di antara negara yang berbeza.
Kedatangan kebudayaan yang berlainan dengan idea-idea dan teknologi moden ke
negara kita telah mencetuskan kekangan dalam kekurangan kata-kata atau istilah untuk
mengembangkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat . Peminjaman kata daripada bahasa
asing berlaku kerana kemegahan dan keperluan terhadap bahasa asing yang membawa kepada
sesuatu teknologi dalam masyarakat . Faktor kemegahan dikaitkan dengan kebajikan sosial ,
keuntungan , atau kemenangan sekiranya masyarakat mampu mengetahui beberapa patah
perkataan asing dalam pertuturan mereka . Contohnya , sebelum merdeka seseorang itu
dianggap mempunyai kedudukan yang tinggi apabila mereka mampu menutur menggunakan
perkataan darpada bahasa Inggeris atau Arab .
Menurut Weinreich ( 1968) dalam buku Bahasa Melayu STPM Kertas 1 dan 2 edisi
kedua , terdapat beberapa faktor yang menyebabkan sesuatu bangsa meminjam perbendaharaan
kata bahasa lain seperti :
a.


Keperluan untuk menamakan sesuatu benda, tempat dan konsep yang baharu dalam

sesuatu bahasa . Peminjaman ini dilakukan kerana sukar untuk mencari perkataan yang sama
dengan apa yang ingin disampaikan dalam bahasa natif dan dirasakan lebih ekonomi
menggunakan bahasa yang dipinjam .
b.

Untuk mengatasi masalah sinonim . Contohnya , perkataan nikah dipinjam daripada

bahasa Arab untuk maksud yang lebih sopan dan rasmi bagi perkataan kahwin .
c.

Kekerapan penggunaan perkataan asing yang lebih tinggi berbanding dengan

penggunaan perkataan itu dalam bahasa penutur natif menyumbang kepada bahasa pinjaman ini
lebih banyak digunakan dalam kehidupan seharian .
d.

Untuk mengungkapkan sesuatu kata dengan lebih tepat, maka kata pinjaman diambil


daripada bahasa lain . Contohnya , dalam bahasa Melayu telah ada perkataan buruk, tetapi
untuk mengungkapkan sesuatu yang lebih buruk digunakan perkataan dahsyat yang dipinjam
daripada perkataan Arab untuk menggambarkan situasi yang lebih teruk .

3

Terdapat tiga bahasa yang sangat besar pengaruhnya dalam proses peminjaman kosa
kata kepada bahasa Melayu iaitu bahasa Sanskrit, bahasa Arab dan bahasa Inggeris.
Kajian

telah menunjukkan bahawa dalam bahasa Melayu terdapat sebanyak 677 patah

perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit. Kata-kata itu merangkumi pelbagai bidang
kehidupan seperti bidang agama, falsafah, alam semula jadi, kenegaraan, hubungan
kekerabatan, haiwan dan mergastua, bunga dan tumbuh-tumbuhan, bahagian-bahagian tubuh
badan, penyakit, perdagangan dan perniagaan, barangan dagangan, bahasa, pembelajaran dan
kesusasteraan, angka-angka, tanda masa dan arah, sifat dan keadaan, kata-kata kerja, keterangan
ganti nama, penghubung dan seru, unsur-unsur awalan dan akhiran dan kata majmuk.
Contoh: :
a. Agama dan falsafah

Syurga, agama, bidadari, dewa, dewi, budi, dewata, puasa, sakti, sengsara
b. Bunga dan Tumbuh-tumbuhan
Amra, angsana, cempaka, melati, penaga
c. Istilah Abstrak
Asmara, bencana, cinta, cedera, dirgahayu, dusta, gembira, guna, jasa, sentosa, usaha,
d. Hubungan dan kekeluargaan
Bangsa, belia, dara, isteri, suami, janda, saudari, saudara, seteru
d. Alam semula jadi
angkasa/udara, bumi, bayu, gua, tanah, samudera, ombak, suria, cahaya, nyala
e. bahagian tubuh badan
anggota, bahu, badan, kepala, muka, nadi
f. Kenegaraan dan hubungan kekerabatan
desa, kota, pengawal, raja, maharaja, permaisuri, putera, puteri, mulia, menteri
g. penyakit
selesema, demam, kusta,
h. Haiwan dan Margastua
angsa, gajah, ketam, serigala, singa, unta, jelawat
i. perdagangan dan barangan
arak, gangsa, curiga, bahara, kunci, biaya, warna, berat
Selain daripada bahasa Sanskrit, unsur bahasa Arab juga meresap masuk ke dalam

bahasa Melayu. Kesannya, pengaruh bahasa Arab menular masuk bukan sahaja dalam aspekaspek keagamaaan, tetapi juga meliputi aspek pentadbiran dan kelimuan.
4

Antara perkataan Arab yang meresap masuk ke dalam bahasa Melayu ialah;
a.

Berkenaan agama

Islam, iman, syarat, rukun, sah, anbia, nabi, wali, tauhid, syariat, malaikat, syariah, baligh,
rukuk, ajal, haji, kiblat, fitrah, syaitan, masjid, al-Quran dsb.
b.

berkenaan ilmu

ilmu, nahu, surat, jahil, maktab, kitab,sejarah, riwayat, hisab, tafsir, tasawuf, kamus, fikir, hafaz
, loghat, tarikh, tawarikh, darab, alim, kertas, huruf, baki
c.

Berkenaan fikiran dan Perasaan


Akal, faham, syak, yakin, nafsu, khusus, yakin, khas, ikhlas, ijtihad, nasib, nasihat, aib, hajat,
hawa, ilham, musibah
d.

Berkenaan hukuman dan peraturan

Hukum, hakim, adil, zalim, tertib, wilayah, wakil, wali,kadi, makam, sultan, wakaf, wazir, mans
uh, uzur, daftar
e.

Adat dan pergaulan manusia

kaum, umat, awam, nikah, muhrim, tahniah, layak, syukur, lazat, martabat, watan, mastautin,
lazim, maruah, rezeki, darjat, batin, fitnah
f.

Benda-benda, kejadian dan perbuatan

Haiwan, insan, wajah, sifat, wujud, nahas, maut, roh,kubur, jubah, kubah, dunia, alam, akhirat,
rezeki, jati, ijazah, kuat, jenazah, musafir, darurat, sihat, fitnah, berkat .


Kedatangan kuasa-kuasa Barat merupakan langkah pertama ke arah pengenalan mereka
dengan bangsa Melayu. Keperluan terhadap ilmu dan desakan zaman yang berubah,
menyebabkan banyak perkataan bahasa Inggeris menyerap masuk ke dalam bahasa Melayu.
Pinjaman perkataan daripada bahasa Eropah terutamanya bahasa Inggeris terus berlaku. Ini
kerana bahasa Melayu memerlukan istilah sejajar dengan perkembangan semasa, terutamanya
dalam bidang sains dan teknologi.
Antara perkataan awal yang meresap masuk ke dalam bahasa Melayu ialah ; saman,
notis, berek, pensel, gelas, setem, hotel, tiub, basikal, lesen, bil, lokap, kompas, biskut,
setokin, drebar,mesin, telefon, biro dan banyak lagi.

5

Perkataan-perkataan daripada bahasa Portugis yang menyerap masuk ke dalam bahasa Melayu
ialah:
baldi, bangku, meja, bomba, bendera, kemeja, garpu, kebaya, paderi, tuala, dadu, mentega, kej
u, pita, lampu, palsu, beranda, wizurai, gereja, merinyu, lelong, sepatu, almari, nanas, tembaka
u, tangki, pita
Perkataan-perkataan pinjaman daripada bahasa Belanda, antaranya ialah:
engsel, duit, pos, persen, polisi, sekolah, senapang, laci, pelekat, persen, rokok, kantor, kamar,

peleser, permisi, dansa, super
Selain bahasa-bahasa Eropah, bahasa Melayu juga menerima unsur-unsur bahasa lain seperti
Tamil, Hindustan, Parsi, dan Cina.
Perkataan pinjaman daripada bahasa Tamil : ayah, sebagai, cuma, macam, pinggan, bagai,
bagaimana, kalap, segala, cuci, kedai, modal, tirai, cuma, percuma, nelayan, koko
Perkataan pinjaman daripada bahasa Hindustan : acar, cuti, kunci, budiman, kapas, palka,
cukai, kari, roti, curi, kelasi,
Perkataan pinjaman daripada bahasa Parsi : agar, bakhtiar, banjir, bazar, badam, cap, kolah,
nakhoda, syabas, taj, andai, pasar, daftar, firman, khurma, lasykar, syah, saudagar, jam,
bandar, temasya, nisan, takhta, pelampung,
Perkataan pinjaman daripada bahasa Cina : tauke, tong, tauhu,loteng, laici, kuli, pungki, cap,
maajun, cawan, taugeh, cat, sampan, kongsi, ping pong, taufan, mi, bihun, kue tiaw, pau, kueh.

Unsur bahasa asing dipinjam oleh bahasa Melayu yang terdiri daripada aspek bunyi , bentuk
morfem dan sintaksis .
Pinjaman Bunyi
Terdapat 27 bunyi dalam bahasa Melayu , iaitu 6 vokal , 3 diftong , dan 18 konsonan . Contoh
beberapa bunyi konsonan yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit, Arab dan Inggeris adalah
seperti berikut :
Bahasa Sanskrit:

Contoh
Sy
- syurga
Sw
- swasta

Bahasa Arab:
6

kh
- khairat, bakhil, fasakh
gh - ghaib, maghrib, baligh
sy - syarikat, masygul, Quraisy
F - fikir, fatsir, takrif
z - zahir, azab, lafaz
q - Quran, furqan
Selain itu, peminjaman bunyi juga berlaku seperti dh dan th , tetapi kini untuk penulisan dalam
bahasa Melayu , masing-masing diubah bentuk menjadi d dan s sahaja .


dh - dharab (darab), fardhu (fardu)



th - Thalatha (Selasa) , Ithnin (Isnin) , hadith (hadis)

Bahasa Inggeris:
f - filem, fokus
v - vokal, variasi , novel, levi

sy - syif
z - zoo, zink

Tatabahasa asing yang kuat mempengaruhi bahasa Melayu ialah bahasa Inggeris.
Pengaruh struktur bahasa ini menyebabkan sukar dibezakannya daripada bahasa Melayu.
Unsur tatabahasa yang dipinjam ialah bentuk ” ialah” dan ” adalah” daripada bahasa Inggeris,
iaitu bentuk kopula is. Bentuk kopula tidak wujud dalam bahasa Melayu , tetapi diterima
sebagai betul dan digunakan dengan fungsinya sebagai pemeri kerana pernah dihuraikan oleh
Za’ba melalui bukunya , Ilmu Mengarang Melayu.
Contoh :

Ali ialah penoreh getah. (Pengaruh bahasa Inggeris)
Ali penoreh getah. Bentuk ialah dan adalah tiada dalam bahasa Melayu klasik.

Pinjaman Bentuk Majmuk
Pinjaman bentuk majmuk kebanyakannya daripada bahasa Inggeris, untuk memenuhi keperluan
melengkapkan istilah.
bawah tanah (underground) ; beban kerja (work load) ; buku hijau (green book) ; bulan
madu (honey moon) ; duit poket (pocket money) ; gajah putih (white elephant) ; kepala
surat (letter head) ; nota kaki (footnote) ; pencakar langit (skyscraper); perang dingin (cold
war).
Bagi perkataan yang berupa istilah atau kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan
bahasa -bahasa Eropah yang lain,penyesuaian ejaan dalam bahasa Melayu mempunyai
peraturan khas seperti berikut :-.
7

1.

Penyesuaian huruf-huruf konsonan tertentu Huruf BahasaInggeris Bahasa Melayuc -

scent, cylinder - sen, silinderc,cc - k carbon, classic - karbon, klasik,sc - skscooter, telescope skuter,telesko,pq - kquality, tecchnique - kualiti, teknik,x - ksexpress,taxi - ekspres, teksi.
2.

Pengekalan atau pengguguran satu daripada gabungan huruf konsonan yang sama.

Huruf Bahasa Inggeris - Bahasa Melayu(b, bb - bbarbecue, lobby - barbeku, lobi), (f, ff f factor, traffic -faktor, trafik), (m, mm - mmammal –mamalia), (p, pp - ppassport, apple pasport, epal), (t, tt - ttractor, battery - traktor,bateri)
3.
(ie

Penyesuaian huruf bagi gabungan dua huruf vokal Huruf Bahasa Inggeris Bahasa Melayu :
-

icalorie –kalori),

(oa

-

o cardboard,

coat

-

kadbod,

kot),

(oe

-

efoetus, gonorrhea - fetus,gonorea), (ou - ucoupon, serious - kupon, serius), (ea - ibeaker,grease
- bikar, gris)
5.

Pengekalan huruf bagi gabungan dua huruf vokal Huruf Bahasa Inggeris Bahasa

Melayu: (ae - aeaerial, aerograph - aerial,aerograf), (au - auautomatic, auditorium automatik,auditorium), (io - ioiodine –iodin), (iu - iupremium, stadium -premium, stadium), (ue
- ueduet - duet)
Penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain dalam bahasa
Melayu dilakukan mengikut peraturan-peraturan berikut :1.

Mengeja kata pinjaman yang dipentingkan ialah bentuk visualnya.

2.

Terdapat beberapa kata pinjaman yang dikecualikan daripada peraturan sistem

keselarasan huruf vokal.
3.

Ejaan gugus konsonan yang terdapat dalam bahasa Inggeris dikekalkan bentuknya.

4.

Kata-kata asing yang sudah diserap dan telah mantap ( selainejaan gugus konsonan )

dan dieja Melayu tidak diubah ejaan.
5.

Huruf “g”diucap sebagai /j/ menurut sebutan bahasa Inggeris ditulis dan disebut

/g/ dalam bahasa Melayu.
6.

Kata pinjaman yang berakhir dengan - sion , - tion , -tional dan sional menjadi -syen , -

si , - sional dan - sen .
7.

Kata pinjaman yang berakhir dengan - ism menjadi - isme.
8

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan
sejak lebih setengah abad yang lalu telah mencipta kira-kira sejuta istilah dalam pelbagai
bidang.

Konsep pinjam terjemah dipinjam daripada bahasa lain , kemudiannya disesuaikan

dan diterjemahkan ke dalam bahasa sasaran . Sebagai contoh, frasa kapal terbang atau pesawat
terbang adalah frasa pinjam terjemah daripada bahasa Belanda, vliegtuig, manakala frasa kapal
udara adalah pinjam terjemah daripada kata bahasa Inggeris, air-plane. Begitu juga dengan kata
dalam bahasa Inggeris, skyscraper menjadi ungratte-ciel dalam bahasa Perancis. Kini, terdapat
sebahagian penutur bahasa Sepanyol menyebut perros calientes (secara literal bermaksud "dog
hot") atau hot dogs dalam bahasa Inggeris bagi menamakan sejenis makanan . Kata bahasa
Inggeris honeymoon menjadi lune de miel dengan maksud moon of honey dalam bahasa
Perancis dan "bulan madu" dalam bahasa Melayu. Selain itu, berlaku juga penciptaan kata baru
yang tidak pernah ada dalam bahasa Melayu bagi mendukung konsep baru sama ada dalam
bentuk satu perkataan , frasa atau gandaan separa seperti terjemahan "tanih" daripada soil, biak
baka daripada breed dan "cecair" daripada liquid.
Oleh kerana Bahasa Melayu masih kurang efisien untuk mendukung konsep yang
saintifik yang timbul bersama-sama dengan kemajuan negara dalam bidang sains, teknologi
dan ikhtisas. Kaedah yang sesuai adalah melalui peminjaman dan kaedah ini dilaksanakan
dalam pembentukan istilah dalam banyak bahasa di dunia. Kaedah peminjaman ini banyak
diterapkan oleh penggubal istilah bahasa Melayu dalam bidang yang khusus. Ada bentuk
pinjaman yang tidak diasimilasikan , iaitu tidak disesuaikan secara ortografi iaitu dari aspek
sistem ejaannya . Oleh itu, istilah pinjaman ini sama dari segi bentuk mahupun maknanya
dalam bahasa asal , seperti istilah "lamina", "orbit" dan "organ".
Istilah pinjaman yang diasimilasikan separa dengan cara penyesuaian dari segi
ortografi bahasa Melayu, seperti terjemahan "analisis" daripada analysis dan "cip" (elektronik)
daripada chip. Bentuk ini berbeza dengan istilah pinjaman yang diasimilasikan sepenuhnya,
seperti rizab (reserve) dan resit (receipt). Bentuk lain yang wujud ialah kata dasar yang
merupakan kata pinjaman dan berimbuhan bahasa Melayu, seperti "kadar kemortalan"
(mortality rate) dan "meneutralkan" (neutralise).
Peminjaman berlaku bukan kerana penggubal istilah bersikap merendahkan martabat bahasa
Melayu tetapi sesungguhnya masih banyak makna kata dalam bahasa Melayu yang tidak sejajar
dengan makna konsep dalam bahasa Inggeris, dan ada kalanya istilah bahasa Melayu harus
digandingkan dengan istilah pinjaman untuk membentuk istilah tersebut. Hasil daripada
penyediaan istilah ini telah membawa perubahan dalam leksikon iaitu kamus bahasa Melayu .
9

Bahasa Melayu seperti bahasa yang lain juga mempunyai kosa kata dalam bahasanya dan
memerlukan kata yang dipinjam daripada bahasa lain untuk melangsungkan komunikasi.
Pinjaman unsur daripada bahasa asing mempunyai kesan positif dan

negatif .

Kesan positif peminjaman adalah dapat menambahkan kekuatan makna konsep yang hendak
diperkatakan atau diperjelaskan . Hal ini akan mewujudkan keadaan saling terjemah dengan
bahasa moden lain . Sebaliknya , menurut Za’ba menggunakan perkataan daripada bahasa asing
dengan sengaja atau dipaksa-paksa dapat menimbulkan kerugian kerana akan memburukkan
rupa dan bunyi bahasa Melayu itu sendiri , dan membanyakkan perkataan yang tidak akan
difahami oleh para pembaca . Kemungkinan besar akan terjadinya pencemaran bahasa . Hal ini
terjadi sekiranya peminjaman dibuat sesuka hati.
Kedatangan kebudayaan yang berlainan dengan idea-idea dan teknologi moden ke
negara kita telah mencetuskan kekangan dalam kekurangan kata-kata atau istilah untuk
mengembangkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat . Peminjaman kata daripada bahasa
asing berlaku kerana kemegahan dan keperluan terhadap bahasa asing yang membawa kepada
sesuatu teknologi dalam masyarakat . Faktor kemegahan dikaitkan dengan kebajikan sosial ,
keuntungan , atau kemenangan sekiranya masyarakat mampu mengetahui beberapa patah
perkataan asing dalam pertuturan mereka . Contohnya , sebelum merdeka seseorang itu
dianggap mempunyai kedudukan yang tinggi apabila mereka mampu menutur menggunakan
perkataan darpada bahasa Inggeris atau Arab .
Sebagai rumusan, peminjaman bahasa merupakan satu proses bahasa yang penting
dalam perkembangan sesuatu bahasa. Gejala peminjaman ini berlaku tanpa disedari oleh
sesebuah masyarakat akibat dari pertembungan bahasa dan budaya. Oleh itu, kata pinjaman
adalah sesuatu bahasa atau penuturan bahasa pertama meminjam perkataan perkataan dari
bahasa yang lain dan menjadikannya sebagai sebahagian dari perbendaharaan katanya. Apabila
peminjaman bahasa itu berlaku, maka perubahan akan berlaku dari sudut linguistik iaaitu yang
bersifat sistematik seperti fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Sekali gus, peminjaman
kata memberi impak kepada masyarakat yang mana ianya memperkayakan bahasa dan
memperkemaskan sistem komunikasi kebahasaan. Dengan demikian, peminjaman bahasa
asing memberi pengaruh yang amat besar terhadap perluasan perbendaharaan kata bahasa
Melayu. Oleh yang demikian, memandangkan begitu banyaknya perkataan bahasa pinjaman
yang masuk ke dalam bahasa Melayu, maka secara langsung atau tidak langsung ia bukan
sahaja memperkayakan khazanan perbendaharaan kata bahasa Melayu. Malah menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa lingua franca di Nusantara.
10

Bahagian B
SEJARAH kegemilangan zaman lampau Bahasa Melayu, kedudukannya sebagai bahasa
pribumi, fungsinya sebagai lingua franca, sifatnya yang sangat lentur dan senang dipelajari
menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara.Oleh itu, pembinaan bahasa
dimaksudkan sebagai usaha ke arah memantapkan Bahasa Melayu dari sudut sistemnya iaitu
11

sistem ejaan, sebutan, tatabahasa, peristilahan, kosa kata dan laras bahasa. Menurut pakar
bahasa, Dr. Nik Safiah Karim, pemantapan sistem bahasa sebagai persediaan menjadi bahasa
yang cekap dan yang mempunyai daya pengungkap hal ehwal ilmu, teknologi dan segala
bidang untuk kehidupan moden telah mencapai tahap yang kukuh, walaupun proses ini masih
berterusan dan masih perlukan pemantapan.
Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa yang penggunaannya sangat meluas dan
bilangan penuturnya sangat besar. Dianggarkan lebih 300 juta orang di seluruh dunia boleh
bertutur dalam bahasa Melayu. Sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu
membuktikan bahawa bahasa Melayu pernah diangkat sebagai bahasa lingua franca di Asia
Tenggara, khususnya pada zaman kemasyhuran Kesultanan Melayu Melaka. Pada hari ini,
bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di Malaysia, Indonesia,
Singapura dan Brunei. Di Malaysia, bahasa Melayu dimartabatkan dalam Perlembagaan
Persekutuan (Perkara 152) yang menyatakan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara.
Dalam bidang bahasa dan pendidikan, terang bahawa bahasa Melayu hanya menjadi
bahasa penghantar sekolah Melayu yang terbatas pula jangkauan bidang ilmu dan
kemahirannya. Hal ini direncanakan dengan cukup kemas oleh penjajah Inggeris, semata-mata
untuk menutup kemungkinan anak watan dapat muncul sebagai bangsa berwibawa dan dengan
demikian berupaya membebaskan negara daripada cengkaman penjajahan.Selama hampir
setengah abad negara menikmati kemerdekaan, bahasa Melayu telah menjadi salah satu asas
pembinaan negara yang penting melalui tiga fungsi iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa
rasmi dan bahasa ilmu.
Sebagai

bahasa

ilmu,

bahasa

Melayu

telah

memungkinkan

berlangsungnya

pendemokrasian pendidikan apabila sejumlah besar generasi muda mendapat peluang belajar
dalam bahasa kebangsaan, tanpa kekangan faktor taraf sosioekonomi dan pengasingan etnik
serta keeksklusifan bahasa penghantar ilmu yang dahulunya didominasi oleh bahasa Inggeris.
Namun, apabila ada tindakan berpatah kembali untuk menjadikan bahasa lain sebagai
wahana bidang-bidang utama kenegaraan itu, khususnya melalui bidang pendidikan, maka
martabat bahasa Melayu sudah mula tergugat. Pengurangan fungsi dan peminggiran bahasa
Melayu dalam bidang-bidang yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan, Akta
Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka secara langsung
akan menjejaskan martabat bahasa Melayu sebagai salah satu tonggak pembinaan negara.

12

Walau bagaimanapun dengan adanya tantangan-tantangan semasa, bahasa Melayu
mengalami kemerosotan dalam dua aspek, iaitu aspek taraf dan mutunya.Kemerosotan dalam
aspek taraf bermaksud penyempitan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang
telah ditetapkan penggunaannya oleh undang-undang. Sebagai contoh, penggunaan bahasa
Melayu dalam bidang pentadbiran, undang-undang, penyiaran dan pendidikan.
Kemerosotan dalam aspek mutu bahasa pula berkaitan dengan kurang pekanya
sebilangan anggota masyarakat terhadap bentuk bahasa Melayu yang baku dan ragam bahasa
Melayu rasmi, khususnya dalam konteks bidang yang rasmi seperti pentadbiran, penyiaran dan
pendidikan. Percampuran ragam bahasa basahan (yang ditandai oleh fenomena bahasa rojak
atau istilah linguistiknya peralihan kod, bahasa SMS, bahasa sembang di Internet dan
sebagainya) dengan bahasa yang baku dalam situasi rasmi menjadikan bahasa Melayu
kehilangan darjat dan citra sebagai bahasa budaya tinggi.
Demikian juga, semakin tidak nyata semangat cinta dan hormat kepada bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan asas jati diri negara apabila kian banyak terjadi fenomena
penamaan tempat, bangunan dan jalan, termasuk di kawasan yang menjadi pusat pentadbiran
negara, yang mengutamakan nama berdasarkan bahasa asing (misalnya precinct, parcel dan
boulevard). Senario kini tentang kedudukan bahasa Melayu menunjukkan kian kurang
terbudayanya bahasa Melayu dalam kalangan sejumlah anggota masyarakat, khususnya dalam
konteks yang fungsional, iaitu yang berkaitan dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu..
Oleh itu, wajarlah usaha memartabatkan Bahasa Melayu

dilakukan dengan

bersungguh-sungguh dan memerlukan tindakan berani pelbagai pihak termasuk dalam kalangan
ahli politik, agensi-agensi kerajaan dan juga orang-orang Melayu sendiri. Usaha pemartabatan
Bahasa Melayu bukanlah usaha minoriti. Usaha ini sebenarnya adalah usaha yang telah wujud
serentak dengan adanya struktur negara bangsa Malaysia pada 1963. Toleransi kerajaan pada
1957 untuk membenarkan rakyat menggunakan bahasa Inggeris untuk tempoh 10 tahun
rupanya telah membawa petaka kepada Bahawa Melayu lantaran bahasa penjajah itu telah
berjaya membina nilai akar umbi yang cukup erat dengan institusi awam, pendidikan dan
perundangan terutamanya.
Namun begitu, usaha memartabatkan Bahasa Melayu kini hanya dilihat secara formaliti
dilihat apabila usaha ini turut dimainkan oleh kerajaan tetapi tidak membawa apa-apa nilai
tujah yang berkesan lantaran perjuangan bahasa ini sekadar bertindak sebagai ‘gula-gula’ dalam
13

politik tempatan. Lebih malang lagi, apabila usaha daripada badan-badan tertentu seperti DBP,
usaha daripada NGO yang sedar seperti TERAS dan sebagainya, usaha-usaha tokoh akademik
dan pendeta kebangsaan seperti Prof. Shahnon Ahmad dan Prof. DiRaja Ungku Aziz mahupun
usaha-usaha peribadi tidak memberi kesan dalam masyarakat.

Bahasa Melayu dalam perundangan Malaysia
Untuk memartabatkan Bahasa Melayu, Bahasa Melayu

juga perlu dijadikan sebagai

bahasa kebangsaan yang menjadi bahasa perwakilan kepada keharmonian kaum di Malaysia.
Pemilihan Bahasa Melayu sebagai

perwakilan kaum tidak wajar dinilai sebagai usaha

menghegemonikan bahasa ini kepada kaum lain, tetapi telah menjadi lumrah bahasa majoriti
dan terkenal serta berakar umbi dijadikan pengantar di mana-mana negara besar sekalipun.
Selain itu bahasa Melayu perlu dijadikan sebagai lingua franca yang akan membawa bahasa ini
sebagai agen penghubung kaum, industri dan meliputi keseluruhan massa dan sektor. Bahasa
Melayu pernah menjadi pengantar utama dalam semua Kanun dan perundangan melayu
terutama dalam Kesultanan Melayu Melaka. Sudah sewajarnya bahasa Melayu sejak lama dulu
digunakan dalam sistem perundangan Malaysia.
Kata pendeta Za’ba,
“ Dalam Malaya yang merdeka sekarang tentulah bahasa Melayu pun sepatutnya merdeka
juga, yakni tidak semestinya dihadkan gunanya pada hal rendah-rendah dan soal bercakap
akan perkara-perkara yang orang Melayu biasa sahaja seperti yang sudah-sudah. Sebaliknya
setelah Malaya merdeka, sepatutnya bahasa Melayu dilayakkan selangkah lagi bagi
penggunaan yang lebih maju, lebih besar dan lebih tinggi pula, seperti jadi alat mengajarkan
pelajar pemerintahan negeri dan juga menjalankan kerja kehakiman”.

Bahasa menjadi utama kuasa ekonomi dan politik.
Satu teori umum berkenaan survival bahasa adalah apabila ianya mengiringi
pembawaan kuasa ekonomi dan politik sesuatu tamadun. Bahasa Greek dan Latin pernah
menjadi pengantar kepada tamadun Gangsa. Bahasa Melayu pula telah diinstitusikan sebagai
bahasa utama, bahasa epik dan bahasa adat apabila

14

Kesultanan Melayu Acheh, Melaka dan

Johor Lama membina empayar. Akibatnya bahasa ini turut mempengaruhi bangsa-bangsa
pedagang asing untuk turut menyebar dan menggunakan bahasa melayu di tempat asal mereka.
Dr. Gerry Knowles (Pensyarah Linguistik University Of Lancaster UK) pernah
membentang kertas kerja yang menyatakan bahawa bahasa boleh berkembang maju dan
menjadi bahasa dunia disebabkan dua faktor utama, iaitu kuasa ekonomi dan kuasa ketenteraan.
Bahasa yang mempunyai salah satu kuasa atau kedua-dua kuasa tersebut mampu berkembang
maju dan menjadi salh satu bahasa utama dunia. Kita mendapati bahawa Bahasa Inggeris
meningkat dan meluas akibat bertapaknya hegemoni dan globalisasi tajaan British. Kemudian
klonnya yang terkemudian iaitu Amerika Syarikat pula telah melengkapkan lagi hegemoni
bahasa tersebut walaupun tedapat beberapa perubahan dielek dan sebutan tertentu. Sejarah juga
merakamkan bahawa bahasa juga berkemungkinan akan jatuh serentak dengan kejatuhannya
kerajaan dan empayar berkenaan seperti empayar Perancis, Jerman dan Uthmaniyyah sendiri.

Nilai inklusif menyelamatkan survival bahasa.
Tidak dapat dinafikan bahasa Melayu adalah bahasa yang lentur serta kaya dengan khazanah
kosa dan istilah yang banyak. Penyerapan atau peminjaman unsur

daripada bahasa luar

menyebabkan bahasa ini anjal dengan ketamadunan global. Menurut Haugen, sejarah bahasa
memperlihatkan bahawa tidak terdapat bahasa yang secara semulajadinya tidak mampu atau
terencat kerana semua bahasa yang maju pada hari ini suatu ketika dahulu tidak maju, tetapi
kerana peluang diberikan kepada bahasa itu untuk berkembang, bahasa berkenaan dapat
mencapai taraf kemodenan, kecanggihan dan keintelektulan seperti hari ini.

Menjadi paradoks besar kepada bahasa Melayu selaku Bahasa Kebangsaan jika bahasa
ini tidak dinobatkan serta dijalinkan dengan sosial masyarakat Malaysia secara harmoni. Metos
yang mengatakan Bahasa Inggeris sebagai agen utama dan satu-satunya jalan untuk pencapaian
ketamadunan adalah suatu metos besar yang akan membawa petaka paranoid kepada generasi
akan datang. Keterhakisan nilai setempat, aura Islam dan ketamadunan Melayu dalamnya akan
menimbulkan simptom jelas pada masa akan datang. Bahasa yang inklusif adalah suatu klausa
yang salah. Inklusifnya bahasa bergantung kepada sikap pendeta dan pemikir bahasa itu sendiri
15

untuk bersikap inklusif atau eksklusif. Sifat keterbukaan perlu ada di kalangan pemikir bahasa
melayu untuk menyelamatkan bahasa ini daripada hanyut terus daripada arus perkembangan
global.
Kita telah melihat bagaimana bahasa Latin telah pupus akibat ketiadaan transaksi kosa
kata dan perbendaharaan kata daripada bahasa lain yang menguasai dunia. Hal ini turut
menimpa bahasa Sanskrit yang hanya dijadikan bahasa indah kaum Rahib-rahib India serta
mematikan terus keupayaan politik daripada bahasa tersebut. Kini bahasa Sanskrit tidak lagi
ditutur luas apatah lagi untuk difahami.
Kemandirian bahasa Melayu bermula apabila kehadiran Tamadun India, Buddha dan
Ketamadunan eropah seperti Portugis dan Belanda yang telah memperkayakan lagi
perbendaharaan kata bahasa tersebut serta menjadikan ianya relevan untuk digunapakai.
Indonesia berjaya menjulang bahasa Melayu-Indo melalui sikap inklusif di kalangan pendeta
bahasa mereka sehingga sebegitu banyak perkataan Inggeris yang diIndonesiakan.
Penterjemahan filem dan buku-buku secara pesat menjadikan rakyat ‘amat bergantung’ dengan
bahasa tersebut sekaligus menjadi bukti penataran bahasa Melayu di sana. Transaksi dan
transisi bahasa Melayu untuk menerima unsur-unsur bahasa asing adalah suatu sikap dan
keterbukaan yang akan membawa kembali Bahasa Melayu ke persada dunia glokal
Apabila membincangkan perihal bahasa Melayu, hala tuju bahasa Melayu, masa depan
bahasa Melayu, kita tidak terlepas daripada membincangkan soal cabaran bahasa Melayu
terutamanya untuk bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Walaupun bahasa Melayu
ketika ini menerima hambatan begitu hebat dalam bentuk nasional dan supernasional. Kita
sebagai pengguna, penutur, dan pencinta bahasa Melayu perlu bersiap siaga dan berusaha lebih
gigih untuk meletakkan bahasa Melayu mampu duduk sama rendah, dan berdiri sama tinggi
dengan bahasa-bahasa terutama dunia lebih-lebih lagi bahasa Inggeris sebagai bahasa
antarabangsa.
Memartabatkan bahasa Melayu merupakan satu proses pembinaan bahasa yang
dijalankan secara berterusan. Pembinaan bahasa dimaksudkan sebagai usaha ke arah
memantapkan Bahasa Melayu dari sudut sistemnya iaitu sistem ejaan, sebutan, tatabahasa,
peristilahan, kosa kata dan laras bahasa. Menurut Nik Safiah Karim (2004 :34), pemantapan
sistem bahasa sebagai persediaan menjadi bahasa yang cekap dan yang mempunyai daya
pengungkap hal ehwal ilmu, teknologi dan segala bidang untuk kehidupan moden telah

16

mencapai tahap yang kukuh, walaupun proses ini masih berterusan dan masih memerlukan
pemantapan untuk memartabatkan bahasa Melayu.
Awang Sariyan (2006: 17) mengatakan bahawa usaha-usaha perlu dilakukan oleh pihak
pemerintah negara agar lebih proaktif dalam memartabatkan bahasa Melayu jika ingin melihat
bahasa Melayu itu terus berkembang maju dan seterusnya menjadi bahasa ilmu.Bahasa Melayu
seharusnya telah diangkat menjadi sebuah bahasa yang unggul dan tidak seharusnya dipertikai
kewujudannya. Manakala, Kamarudin Hj Kachar (1989 : 83) mengatakan bahawa konsep
pendidikan dengan masyarakat tidak dapat dipisahkan. Pendidikan memerlukan masyarakat
untuk dijadikan asas falsafah, matlamat,dan tujuan.
Masyarakat pula memerlukan pendidikan sebagai alat terpenting menyediakan individuindividu untuk menjadi masyarakat terlatih, terpelajar dan berbudi bahasa. Perkembangan
bahasa Melayu dapat dipraktikkan dalam sistem pendidikan negara. Melalui pendidikan sesuatu
perancangan itu dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah diatur oleh pihak
kerajaan. Pemantapan dari segi pembinaan bahasa itu sendiri perlu seiring dengan
perkembangan pendidikan. Jika kedua-dua konsep ini dapat digabungkan nescaya usaha untuk
memartabatkan bahasa Melayu dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Implimentasi
Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan Negara.
Dasar bahasa tidak berubah tetapi orientasi terhadap bahasa Inggeris sebagai alat
kemajuan negara atau sebagai alat untuk mencapai matlamat itu mula berubah. Peranan Bahasa
Melayu dalam agenda pembangunan negara yang baru itu makin tidak diambil kira lagi. Rakyat
Malaysia khususnya orang Melayu diseru supaya menguasai bahasa Inggeris jika mereka
hendak menjadi bangsa yang maju. Proses globalisasi digunakan sebagai alasan bangsa Melayu
dan seluruh rakyat Malaysia mesti mengetahui bahasa Inggeris. Pada hal sudah ada dasar sejak
tahun 1957 yang diperakukan oleh Laporan Razak sendiri bahawa bahasa Inggeris ialah bahasa
kedua yang wajib diajarkan di sekolah.

Menurut Omar Mohd Hashim (1993: 13) mengatakan bahawa kelemahan pelajar
Melayu dalam menguasai bahasa Inggeris mula menjadi isu negara seolah-olah bahasa Inggeris
itu merupakan bahasa pengantar utama di sekolah mahupun di universiti manakala kelemahan
pelajar dalam menguasai bahasa Melayu dipandang sepi.
Hal ini, menyebabkan bahasa Melayu turut mengharungi satu cabaran getir dalam
bentuk dimensi baru yang memerlukan perhatian semua pihak terutamanya golongan pejuang17

pejuang dan aktivis-aktivis bahasa. Apabila kita melihat negara-negara yang sudah
sememangnya maju dari segi sains dan teknologi seperti Jepun, Korea, dan Perancis. Mereka
membangun dengan pesat berdasarkan keupayaan bahasa mereka sendiri sebagai bahasa ilmu.
Malah negara-negara berkenaan tetap mempertahankan bahasa ibunda mereka dan menjadikan
bahasa berkenaan sebagai bahasa wahana ilmu pengetahuan dan bahasa sains teknologi.
Menurut, Asiah Idris dalam makalahnya Bahasa Melayu sebagai Bahasa ilmu Pelita Bahasa
1995, petikan syarahan Prof.Dr.Abdul Hamid Mahmood menyatakan bahasa Inggeris bukanlah
faktor yang menentukan sama ada sesebuah negara akan menjadi maju atau rakyatnya akan
menjadi kaya. Yang menjadi faktor penentu dalam hal ini bukanlah bahasa tetapi orang yang
menggunakan bahasa itu. Malah, beliau menambah lagi yang penting jika kita benar-benar
mahu menjadikan bahas Melayu sebagai bahasa ilmu, kita perlu mengubah sikap negatif dan
keraguan kita terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu termasuklah dalam bidang sains
dan teknologi. Ramai melihat potensi bahasa Melayu sebagai bahasa peneraju dunia keilmuan,
bahasa sains teknologi adalah masih lagi jauh. Menurut Hassan Ahmad masalah sebenarnya
bukan cabaran bahasa Inggeris tetapi masalah orang rakyat yang tidak mengetahui keupayaan
untuk memajukan bangsa dengan menggunakan bahasa sendiri sebagai alat yang utama.
Masyarakat

memerlukan pendidikan sebagai alat terpenting menyediakan individu-

individu untuk menjadi masyarakat terlatih, terpelajar dan berbudi bahasa. Melalui pendidikan
sesuatu perancangan itu dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah diatur oleh pihak
kerajaan. Pemantapan dari segi pembinaan bahasa itu sendiri perlu seiring dengan
perkembangan pendidikan. Jika kedua-dua konsep ini dapat digabungkan nescaya usaha untuk
memartabatkan bahasa Melayu dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Implimentasi
Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan Negara.

Kerancuan Bahasa
Kekacauan bahasa sering kali berlaku dalam kalangan masyarakat di negara ini. Hal ini
sebenarnya berlaku tanpa disedari oleh penuturnya. Dari mana datangnya kekacauan bahasa ini
juga mendapat jawapan yang samar. Menurut Ismail Jusoh (2000:48),mengatakan bahawa
bahasa slanga dilahirkan oleh sesuatu kumpulan. Kumpulan ini mencipta istilah dan kata-kata
18

yang bermakna dan hanya difahami oleh kumpulan itu sahaja. Mereka menggunakan istilahistilah tersebut dalam berkomunikasi.Apabila wujudnya bahasa slanga secara tidak langsung
terbinalah pelbagai golongan mengikut identiti mereka.
Dalam menangani masalah memartabatkan bahasa Melayu, golongan pelajar sepatutnya
menunjukkan contoh yang baik dalam berbahasa. Tetapi sejak akhir-akhir ini, banyak rungutan
mengatakan bahawa golongan pelajar universiti lebih suka menggunakan bahasa slanga dalam
pertuturan mereka tidak kira secara formal mahupun tidak formal. Bahasa Slanga adalah satu
kelainan bahasa yang dicirikan oleh perbendaharaan kata yang baru digubal dan cepat berubah.
Bahasa ini sering 154 digunakan oleh golongan muda seperti kumpulan rock dan kawanan
melepak, atau pelajar universiti seperti di UPM atau golongan profesional untuk
menghindarkan daripada diketahui oleh anggota komuniti bahasa yang lain.
Bahasa Slanga ini cepat merebak dan cepat pula hilang mengikut peredaran zaman.
Antara contoh bahasa Slanga yang menjadi ikutan pelajar universiti ialah seperti cun, buat dek,
bengang, geng, melepak, buat pot dan lain-lain lagi. Para pensyarah sering merungut tahap
penguasaan bahasa Melayu pelajar universiti semakin merosot dan hal ini tidak sepatutnya
berlaku. Jika keadaan ini tidak dibendung nescaya proses untuk memartabatkan bahasa Melayu
tidak akan tercapai kerana golongan pelajar universiti inilah yang akan menjadi tunggak kepada
pembangunan negara.
Kekurangan Buku-buku Rujukan
Masalah yang dihadapai oleh golongan pelajar mahupun pendidik dewasa ini ialah
kurangnya buku-buku ilmiah yang boleh digunakan sebagai rujukan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Kebanyakan buku-buku yang terdapat di pasaran semuanya menggunakan
bahasa Inggeris. Keadaan ini sangat menyukarkan terutamanya golongan pelajar universiti.
Para pelajar universiti sukar membuat rujukan tentang sesuatu perkara kerana tidak terdapat
penterjemahan dari segi istilah. Buku-buku ilmiah ini didatangkan dari luar negara untuk
rujukan para pelajar. Dasar mempercayai budaya orang luar telah menular di dalam diri
masyarakat di negara Malaysia.
Para penerbit buku seharusnya lebih agresif untuk menerbitkan buku-buku ilmiah yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utamanya. Peranan Kerajaan Untuk
Memartabatkan Bahasa Melayu Peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka Menurut Abdullah
Hassan (1987) mengatakan bahawa langkah pertama yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan
dalam memartabatkan bahasa Melayu ialah dengan melantik sebuah badan berkanun seperti
19

Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan satu badan berkanun yang
berperanan penting dalam memartabatkan bahasa Melayu. DBP berperanan untuk memupuk
dan memperkaya bahasa kebangsaan, memperluas bidang pengetahuan masyarakat terhadap
penggunaan

dan

perkembangan

bahasa

Melayu,

menerbitkan,

menggalakkan

dan

menyelaraskan penerbitan buku dan jenis penerbitan lain yang berkaitan dengan kajian dan
pembinaan bahasa Melayu, membakukan sistem ejaan dan sebutan, mencipta istilah saintifik
yang sesuai dengan bahasa kebangsaan, menyusun dan menerbitkan kamus dalam bahasa
kebangsaan.
Pemasyarakatan bahasa kebangsaan bertaraf kebangsaan perlu dilaksanakan oleh pihak
kerajaan kerajaan, melalui semua kementerian, jabatan dan agensi serta perbadanan dan pihak
swasta

serta

secara aktif dan terancang menyertai program pemasyarakatan bahasa

kebangsaan di seluruh negara yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka, khususnya Bulan Bahasa dan Sastera Negara yang dilaksanakan setiap tahun selama
sebulan. Selain itu, setiap jabatan kerajaan dan swasta hendaklah diminta merancang dan
menganjurkan kegiatan yang dapat menyemarakkan pembudayaan bahasa Melayu dari waktu
ke waktu dalam perancangan tahunan supaya bahasa dan persuratan Melayu tidak terpinggir
dalam sektor di luar lingkungan orang atau institusi khusus dalam bidang bahasa dan sastera.
Pembangunan negara yang hakiki dan bersepadu hanya tercapai apabila semua bidang
yang penting diberi perhatian yang sama beratnya, termasuk bidang bahasa dan budaya. Dalam
konteks pembentukan jati diri dan citra negara ini pula, dasar-dasar yang bersifat endoglosia,
iaitu berasaskan keperibumian yang disokong oleh hakikat sejarah kebudayaan dan tamadun di
negara dan dirantau ini perlu dipertahankan dan ditingkatkan. Tidak seharusnya berlaku
keadaan negara menuju kejayaan ekonomi dan industri sementara mengalami kehancuran dari
segi unsur dalaman bangsa, terutama bahasa dan budaya. Oleh itu, kerjasama antara semua
kementerian, jabatan, agensi, pertubuhan, sektor swasta dan orang perseorangan perlu
digemblengkan secara bersepadu oleh pemerintah dalam bentuk rangkaian yang berkesan untuk
memastikan pencapaian yang seimbang.
Walaupun Bahasa Melayu telah sekian lama menjadi bahasa pengantar di sekolah
hinggalah ke peringkat pengajian tinggi namun masih banyak masalah serta cabaran dalam
memartabatkan bahasa Melayu perjuangannya mesti diteruskan. Pihak kerajaan seharusnya
memandang serius setiap isu yang berkaitan dengan bahasa Melayu lebih-lebih lagi jika ia
melibatkan bidang pendidikan. Hal ini kerana warga pendidikan yang sebenarnya akan
20

membawa wadah perjuangan sama ada bahasa Melayu akan berkembang atau terus terkubur.
Sejajar dengan hal itu, generasi muda terutama pelajar sekolah harus dipupuk jati dirinya
terhadap bahasa kebangsaan sejak di bangku sekolah. Usahlah dibebankan mereka dengan
bahasa yang lain untuk mempelajari ilmu pengetahuan moden. Kuasailah bahasa Melayu
terlebih dahulu kemudian barulah kuasai bahasa kedua.
Dengan cara ini, Malaysia akan melahirkan rakyat yang dwibahasa menjelang tahun
2020. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan harus sentiasa dipelihara. Dalam usaha
mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu kita harus lebih dahulu memupuk jati diri
dalam kalangan masyarakat terutama golongan yang tiada jati diri terhadap bahasa, yang terlalu
kuat sentimennya terhadap bahasa Melayu dan golongan yang kurang kepercayaan dan
keyakinan diri terhadap bahasa Melayu. Bahasa menunjukkan bangsa dan maju bahasa majulah
bangsa.

RUJUKAN

Abdul Hamid Mahmood. (2007). Kuasai Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu Melalui
Latihan. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Abdullah Hassan (1987). Isu-isu Perancangan Bahasa – Pengintelektualan Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan. 2006. Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn.Bhd.
21

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (1994). Panduan Ejaan Rumi Bahasa Melayu.
KualaLumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2000). Kamus Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur :Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, dan Abdul Hamid Mahmood. (2008).
Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Abdullah Hassan (1987). Isu-isu Perancangan Bahasa – Pengintelektualan Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ani Awang dan Zumurni Hamzah. Ke arah Memartabatkan Bahasa Melayu.
Http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp. Diakses pada 21.10 .2013.
Awang Sariyan (2006). Bahasa Melayu dalam Mendepani Era Globalisasi: Upaya dari Sudut
Pengayaan Khazanah Ilmu. Dlm Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ismail Jusoh (2000). Bahasa dan Masyarakat. Dlm Monograf Bahasa, Sastera, dan Budaya
Melayu. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Kamarudin Hj. Kachar (1989). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Teks
Publishing Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim. 1978. Bahasa Malaysia syntax: some of aspects to standardization.Kuala
Sapir, E. 1921. Language. New York.Theodora Bynon. 1994. Linguistik sejarawi. Terj. Noor
Ein Moh. Noor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Weinreich, U. 1968. Language in contact. The Hague: Mouton.
Yingying

Shan.

2009.

Borrowed

words

in

Guangzhou:Guangdong University of Foreign Studies.

22

English

and

Chinese

vocabulary.

Yun Yan & Tianbai Deng. 2009. On Chinese loan words from English language.
China:Yangzhou Vocational College of Environment & Resources.
Dari laman web:
Nik Safiah Karim (2004). Bahasa Melayu Sedekat Lalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
http://www.usm.my/index.php/ms/admin/news-article-bahasa/185-memartabatkan-bahasamelayu-perlukan-kesungguhan Dilayari pada 20 Oktober 2013
http://anelyza.blogspot.com/2010/11/usaha-usaha-memartabatkan-bahasa.html. Dilayari pada
20 Oktober 2013.
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=769
Dilayari pada 20 Oktober 2013

23

24