SISTEM PENGURUSAN PERSEKITARAN PERUBAHAN. pdf

SKPS 6133
SISTEM PENGURUSAN PERSEKITARAN (EMS)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
SARJANA PENGURUSAN PERSEKITARAN

TAJUK:
PERUBAHAN ORGANISASI

PENSYARAH:
PROF. MADYA DR KADARUDDIN BIN AIYUB

NAMA:
MAZNI BINTI BALI
P74297

KANDUNGAN

1


PENGENALAN ..................................................................................................... 4

2

PERUBAHAN ORGANISASI .............................................................................. 5
2.1 GLOBALISASI ............................................................................................... 8
2.1.1 PERJANJIAN ALAM SEKITAR PELBAGAI HALA (MEAs) ............ 9
2.1.2 PERDAGANGAN ANTARABANGSA ............................................... 11

2.2 PENGARUH LUARAN ............................................................................... 13
2.2.1 PENGGUNA DAN PELANGGAN ..................................................... 13
2.2.2 PASARAN ............................................................................................ 15
2.2.3 KEPERLUAN NEGARA PENGIMPORT ......................................... 16
2.2.4 SYARIKAT INDUK (PARENT COMPANY) ...................................... 17
2.2.5 PIHAK BERKEPENTINGAN (STAKEHOLDER) .............................. 18

2.3 PENGARUH DALAMAN ............................................................................ 19
2.3.1 KECEKAPAN ...................................................................................... 19
2.3.2 IMEJ ..................................................................................................... 20
2.3.3 TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) ......................... 21

2.3.4 KESEDARAN ...................................................................................... 22
2.3.5 PEMATUHAN UNDANG-UNDANG ................................................ 23

3

KESIMPULAN .................................................................................................... 25

4

RUJUKAN ............................................................................................................ 26

2

SENARAI RAJAH
Rajah 1 : Perubahan Organisasi : Ancaman dan Peluang .............................................. 5 
Rajah 2: Perubahan Organisasi ...................................................................................... 7 
Rajah 3 : Kuadran Mesra Alam ................................................................................... 21 

3


1

PENGENALAN

Era globalisasi teleh mengubah dunia menjadi seakan tanpa batasan. Semenjak dekad
80-an, ekonomi antarabangsa berubah dengan pesat terutamanya negara-negara di
rantau Asia Tenggara dan Asia Timur. Sebagai contoh Malaysia mencapai kadar
pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.6% pada tahun 2012. Fenomena ini dikaitan
dengan keterbukaan ekonomi dunia yang dikenali sebagai proses globalisasi. Apabila
berlaku keterbukaan dari aspek sempadan, setiap negara kaya atau mundur akan
berdepan dengan ruang yang dikatakan bebas terutamanya pengaliran kepentingan
ekonomi.

Manipulasi dalam perdagangan dapat dilihat apabila ia membenarkan pilihan dan
keputusan dibuat dan dikawal oleh negara-negara maju. Hal ini berlaku sebaliknya
kepada negara-negara membangun yang terpaksa menerima kesan daripada
pembangunan globalisasi daripada negara maju. Pengaruh kuasa barat yang dapat
dinafikan kerana negara- negara ini memiliki kepakaran dalam teknologi dan strategi
pengurusan yang jauh kehadapan berbanding negara-negara membangun yang lain.
Hal ini menjadikan ia sebagai satu cabaran bagi negara-negara membangun untuk

menembusi pasaran antarabangsa. Barangan dan perkhidmatan yang perlu diimport ke
Amerika Syarikat dan negara Kesatuan Eropah perlu melalui satu piawaian yang ketat
untuk memasuki pasaran di negara ini.

Oleh itu, Perjanjian Alam Sekitar Pelbagai Hala (MEAs) telah dibuat untuk
melindungi negara-negara yang tertindas dengan mengadakan kesepakatan kerjasama
antarabangsa bertujuan untuk menguruskan alam sekitar dengan mampan. Pada masa
yang sama negara-negara membangun harus melihat senario ini dari sudut positif dan
sebagai peluang untuk memperkembangan ekonomi negara masing-masing. Zaman
akan sentiasa berubah, dan sesuatu organisasi seharusnya menyesuaikan diri akan
dapat bertahan dan seterusnya berkembang.

4

2

PERUBAHAN ORGANISASI

Kelestarian sesebuah organisasi perniagaan bukan sahaja ditentukan oleh keuntungan
kewangan semata-mata, tetapi dinilai melalui rekod organisasi tersebut dari segi

kemanusiaan dan juga alam sekitar. Justeru, untuk bersaing di peringkat global,
sebuah organisasi tidak boleh memandang ringan terhadap perkara ini dan seharusnya
berubah dan seterusnya menyerap tekanan daripada pengaruh luaran dan dalaman.

Perubahan adalah memilih sesuatu tindakan yang berbeza dari sebelumnya
(Michael Beer, 2000) di mana perubahan tersebut menyebabkan beralihnya suatu
kedaan organisasi kepada keadaan baharu yang lebih efisyen (Wirnadi, 2005). Jelas
dilihat, organisasi haruslah mengikut arus perubahan agar lebih maju, berkembang
serta berdaya saing. Perubahan organisasi boleh dilihat daripada pelbagai sudut
termasuklah perubahan teknologi, struktur, individu, fizikal, ketrampilan dan budaya
baharu. Namun begitu tidak semua pengaruh perubahan dilihat sebagai elemen yang
menimbulkan kesan positif terhadap organisasi, di mana pengaruh perubahan tersebut
dapat dilihat sebagai ancaman atau risiko bagi sesebuah organisasi (Irawaty, 2008).
Oleh yang demikian sesebuah organisasi haruslah melihat sesuatu ancaman sebagai
satu peluang bagi memperkembangan potensi organisasi seperti peningkatan
teknologi dan inovasi seterusnya dapat mempertingkatkan peluang organisasi untuk
berkembang seterusnya dapat meningkatkan keuntungan.
Rajah 1 : Perubahan Organisasi : Ancaman dan Peluang
Peningkatan Teknologi


Ancaman

Peluang

Inovasi
Sumber : Kadaruddin 2013
5

Keperihatinan negara maju terutamanya Kesatuan Eropah dan Amerika
Syarikat terhadap perlindungan alam sekitar telah memberi kesan terhadap
perdagangan antarabangsa dan perniagaan tempatan. Negara ini mengamalkan sistem
pengurusan persekitaran dalam organisasi mereka bagi memastikan imej negara
mereka tetap dipelihara dan memastikan setiap produk atau pembekal mengikuti
sistem yang sama di bawah Pengurusan Rantaian Bekalan Alam Sekitar (SCEM)
dimana TNC akan menjalankan analisis kitaran hayat pada setiap langkah
pengeluaran (termasuk dalam operasi pembekal) untuk mematuhi peraturan-peraturan
alam sekitar. Hal ini merupakan satu cabaran kepada organisasi tempatan untuk
mengikut piawaian yang telah ditetapkan dan keperluan dalam perdagangan
antarabangsa (Kadaruddin, 2006)
Selari dengan perkembangan ini, sesebuah organisasi seharusnya melihat

senario ini sebagai satu peluang untuk mengaut keuntungan. Justeru, organisasi harus
berubah agar berdaya saing dan kompetitif di peringkat antarabangsa seterusnya
menembusi pasaran di negara maju. Berlatarbelakangkan senario ini juga, organisasi
di Malaysia khasnya, boleh menggunakan sistem pengurusan alam sekitar sebagai
satu instrumen dan asas kepada perniagaan terutamanya orgnasasi yang berteraskan
penggunaan pelbagai sumber alam. ISO 14000 dapat digunakan di mana ia
merupakan siri yang terdiri daripada pelbagai standard sistem pengurusan
persekitaran alam sekitar yang meliputi penilaian alam sekitar, penilaian prestasi alam
sekitar, perlabelan alam sekitar, analisis kitaran hayat dan gas rumah hijau.
Walaubagaimanapun mengapa organisasi itu berubah terpulang kepada kesedaran
mereka untuk mencintai alam sekitar. Sesetengah berpendapat bahawa organisasi itu
berubah kerana mencintai alam sekitar dan merasakan tanggungjawab memelihara
alam sekitar itu terletak di bahu mereka. Namun, terdapat juga sesetengah pihak yang
menyatakan organisasi itu berubah kerana duit dan keuntungan bagi memasuki
pasaran yang kompleks ini. Adapun alasan yang pelbagai, organisasi itu berubah
dipengaruhi oleh dua pengaruh utama iaitu pengaruh luaran dan pengaruh dalaman.
Oleh itu, proses dan pergerakan dalam globalisasi dapat ditunjukkan dalam
Rajah 2 di mana MEAs merupakan titik permulaan sesebuah organisasi itu berubah.
Pengaruh luaran dan pengaruh dalaman saling berhubungan mewujudkan kesan ke
atas perubahan organisasi.

6

Rajah 2: Perubahan Organisasi

GLOBALISASI

PERDAGANGAN
ANTARABANGSA

PENGURUSAN ALAM
SEKITAR
PERJANJIAN ALAM SEKITAR
PELBAGAI HALA (MEAs)

PERUBAHAN
ORGANISASI

IMEJ
PASARAN
KESEDARAN

PENGGUNA/
PELANGGAN
KECEKAPAN
STAKEHOLDER
KEPERLUAN
PENGIMPORT
PARENT
COMPANY

PENGARUH

PENGARUH

LUARAN

DALAMAN

CSR

PEMATUHAN

UNDANGUNDANG

7

2.1 GLOBALISASI
Globalisasi didefinisikan sebagai hubungan sosial-global yang menghubungkan ruang
tempatan yang jauh di mana apa juga perubahan di peringkat tempatan ditentukan
oleh perkara yang berlaku ribuan batu di tempat lain atau sebaliknya (Kadaruddin,
2006). Dalam erti kata lain, globalisasi adalah proses membuang sempadan negaranegara di dunia supaya menjadi lebih rapat dan bergabung antara satu sama lain di
mana dalam keadaan ini setiap negara akan memberi satu keadaan yang lebih terbuka
dengan wujudnya pembangunan teknologi yang canggih dan kewujudan idea yang
membawa kepada keperluan pembangunan pada era globalisasi. Dalam konteks
ekonomi pula, ianya melihat kepada pembukaan pasaran dan pengaliran modal secara
meluas di dalam satu pasaran tunggal (Nurul Hasliza, Nur Izzati, Nur Dalila, Nik
Malini, 2013).

Dasar perlindungan yang selama ini menjadi tembok sempadan yang menjaga
kepentingan ekonomi sesebuah negara runtuh dan boleh ditembusi oleh arus
globalisasi ekonomi secara bebas. Pembukaan Pasaran ini jelasnya merancakkan lagi
aktivti perniagaan (Mohd Rafi, 2009). Keupayaan modal dalam negara dapat

dipertingkatkan melalui penerimaan kemasukan pelabur dan suntikan modal asing
yang membolehkan industri di negara membangun berkembang pesat. Namun begitu,
senario ini menyebabkan kebergantungan negara membangun untuk memenuhi
permintaan negara maju. Globalisasi memberikan kuasa mutlak kepada kuasa-kuasa
pasaran untuk menguasai ekonomi dunia (Rusly, 2006). Arus globalisasi bergerak
dari negara-negara maju ke negara-negara dunia ke tiga atau negara-negara
membangun. Negara-negara yang juga dikenali sebagai kawasan pusat pembangunan
kapitalisme baru diterajui oleh Amerika Syarikat dan meliputi negara-negara G8
seperti Britain, Kanada, Jerman, Perancis, Itali, Rusia dan Jepun. Negara-negara
kapitalisme ini mendominasi dan mengawal modal, teknologi, pasaran, aliran
perdagangan ke atas negara-negara membangun.

8

2.1.1 PERJANJIAN ALAM SEKITAR PELBAGAI HALA (MEAs)
Masyarakat antarabangsa telah mengakui betapa masalah alam sekitar bukan lagi
masalah lokaliti sebaliknya telah menjadi masalah sejagat. Walaupun sebelum ini
terdapat negara masih beranggapan masalah alam sekitar adalah sesuatu yang bersifat
terpencil da ia boleh ‘dipulihkan’ secara semulajadi, tetapi tanggapan ini meleset
sama sekali dan ia telah melonjak satu paradigma baru sehingga masyarakat
antarabangsa bangun dan memulakan sesuatu yang lebih holistik dan terus terang
(Azizan, 2010).
Perjanjian Alam Sekitar Pelbagai Hala (MEAs) merupakan salah satu
perjanjian melindungi alam sekitar yang dipersetujui oleh kerajaan negara anggota
melalui satu jalinan kerjasama antarabangsa. Jalinan kerjasama antarabangsa dalam
MEAs banyak membantu dalam menangani masalah alam sekitar global di mana
terletak kepada kesepakatan penyertaan negara anggota. Salah satu Perjanjian Alam
Sekitar Pelbagai Hala iaitu Multilateral Environmental Agreements (MEAs) yang
berjaya ialah Protokol Montreal.
Salah satu Perjanjian Alam Sekitar Pelbagai Hala (MEAs) yang berjaya ialah
Protokol Montreal. Protokol Montreal telah

berjaya

mendapat

kerjasama

antarabangsa (Muhammad Rizal, 2010) di mana protokol ini melibatkan 191 buah
negara di dunia telah bersetuju meratifikasi dan menerima pakai Protokol Montreal
(Nik Abdul Kamal & Abdul Ghafur 2007) bagi menangani masalah penipisan lapisan
ozon global yang mengancam habitat manusia dan alam sekitar global (Muhammad
Rizal, 2010). Kewujudan dan kepentingan ozon serta ancaman CFC telah mendapat
perhatian yang serius daripada sainstis pada awal 1970-an. Malah pihak saintis telah
bertungkus-lumus untuk mendapatkan perhatian dan kerjasama antarabangsa
mengenai kepentingan ozon di statosfera dan akhirnya pada lewat 1980-an perkara ini
menjadi isu global dan telah menarik perhatian dan kerjasama antarabangsa. Retetan
daripada perjanjian ini, tidak hairanlah organisasi telah mula mengambil inisiatif
untuk mengeluarkan produk mesra alam seperti penghawa dingin dan aerosol yang
mengurangkan pembebasan CFC. Produk seperti ini pastinya mendapat sambutan
daripada pengguna khasnya negara-negara maju.

9

Selain daripada Protokol Montreal, komuniti global khasnya negara-negara
perindustrian juga telah bersetuju untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau
secara kolektif sebanyak 5.2% berbanding tahun 1990 dalam tempoh 2008 hingga
2012. Enam gas rumah hijau tersebut adalah karbon dioksida, metana, nitrus oksida,
sulfur heksafluorida, kloroflurokarbon (CFC) dan perfluorokarbon ( PFC ). Protokol
Kyoto telah mengariskan tiga mekanisme fleksibel bagi melaksanakan pengurangan
emisi gas rumah hijau. Mekanisma Emission Trading membenarkan negara-negara
maju di bawah Annex 1 Protokol yang mempunyai lebihan carbon credit (permit
yang membolehkan sesebuah negara atau organisasi untuk melepaskan emisi gas
karbon,di mana satu carbon credit bersamaan dengan satu tan gas karbon dioksida)
untuk menjualnya kepada negara-negara maju yang lain. Dua mekanisme lain adalah
mekanisme berasaskan projek iaitu Joint Implementation (JI) dan Clean Development
Mechanism (CDM) di mana teknologi mesra alam merupakan teras pelaksanaan
projek pengurangan emisi gas rumah hijau. JI membolehkan negara maju
menjalankan projek pengurangan gas rumah hijau bersama dengan negara maju yang
lain, manakala CDM melibatkan pelaburan negara maju dalam projek pembangunan
mampan yang mengurangkan emisi gas rumah hijau di negara-negara membangun
dan carbon credit dapat dipindahkan kepada negara penderma jika sasaran
pengurangan emisi tercapai. Mekanisme yang diwujudkan di bawah Protokol Kyoto
ini telah mewujudkan satu komoditi dagangan baru dunia iaitu karbon.

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang begitu aktif dalam
merealisasikan hasrat dalam memulihara alam sekitar dengan menerima pakai MEAs
di peringkat Nasional (Jabatan Alam Sekitar). Malaysia juga telah terlibat dengan
proses rundingan, pembentukan dan perlaksanaan di peringkat Nasional sekurangkurangnya 20 MEAs dimana Kementerian Sains, Teknologi & Alam Sekitar telah
dilantik sebagai tumpuan perlaksanaan di Malaysia.Perubahan dalam organisasi dapat
dilihat apabila keperluan dan permintaan di negara ini semakin meningkat saban
tahun.

Justeru, melalui MEAs sesuatu organisasi itu berubah untuk memenuhi
keperluan dan kehendak disamping memelihara dan memulihara alam sekitar agar
terganggu dan terancam akibat perkembangan globalisasi.

10

2.1.2 PERDAGANGAN ANTARABANGSA
Perdagangan antarabangsa merupakan perdagangan bebas dan liberalisasi telah
mempercepatkan perdagangan dan peluasan ke dunia. Fenomena ini dipengaruhi oleh
globalisasi ekonomi iaitu sempadan ekonomi negara-negara di dunia yang semakin
runtuh, di mana seluruh dunia menjadi satu unit yang boleh dihubungkan dengan
cepat mudah, pantas dan rapat. Dasar perlindungan yang selama ini menjadi tembok
sempadan yang menjaga kepentingan ekonomi sesebuah negara akan runtuh dan
boleh ditembusi oleh arus globalisasi secara bebas.

Liberalisasi ekonomi adalah dasar pasaran bebas yang memberikan peluang
kepasa sesiapa sahaja termasuk pemodal-pemodal asing memasuki dan emnguasai
pasaran dan ekonomi negara tanpa batas. Pesaing pasaran dan ekonomi akan menjadi
terbuka dan bebas. Aliran keluar-masuk modal dan perdagangan dalam sesebuah
negara itu juga tidak boleh disekat atau di kawal oleh kerajaan. Liberalisasi ekonomi
bergantung sepenuhnya kepada kuasa-kuasa pasaran iaitu permintaan dan penawaran
di mana, seluruh dunia menjadi sebuah negara yang terbuka kepada semua yang
berkemampuan dan berkesanggupan mengekploitasi pasaran.

Perdagangan boleh digunakan sebagai satu instrumen pengawalan dan
pengurusan alam sekitar. Masalah alam sekitar begitu cepat mendapat perhatian
masyarakat dunia dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Organisasi perdagangan
Dunia (WTO) juga tidak ketinggalan mengiktiraf kepentingan melindungi alam
sekitar dan merangsang pembangunan ekonomi mapan. Malah WTO menyedari
kepentingan hubungan di antara sistem perdagangan multilateral dengan perlindungan
alam sekitar. Pada tahun 1995, WTO telah menubuhkan Jawatankuasa Perdagangan
dan alam Sekitar yang bertujuan untuk mengenalpasti perhubungan di antara
peratuaran-peraturan perdagangan dan alam sekitar untuk menggalakan pertumbuhan
mapan. Usaha WTO untuk mengaitkan perdagangan dengan isu alam sekitar mungkin
tidak disenangi oleh sesetengah negara, khususnya negara membangun. Tindakan
tersebut akan membantutkan pertumbuhan ekonomi negara membangun. (Mohd Rosli
Mohamad 2000).

11

Matlamat WTO adalah untuk mengurangkan halangan cukai dan bukan cukai
di kalangan negara ahli dalm dunia ekonomi global yang wujud dalam era globalisasi.
Perjalanan operasi WTO pada asalnya dilihat ada kelebihannya bagi menstabilkan
perdagangan namun terdapat juga isu-isu diskriminasi terutamannya diantara negaranegara maju, membangun dan mundur di mana terdapat piagam yang dimeterai oleh
WTO tidak dilaksanakan sepenuhnya (Nurul Hazliza et.al 2013). Antaranya, menurut
Artikel 1 The Most Favored Nation Clause layanan sama rata diberikan kepada semua
ahli WTO. Namun begitu, persoalannya setiap perundingan ataupun operasi yang
melibatkan negara maju diberikan keutamaan tetapi bagi negara mundur pula
dikebelakangkan. Sebagai contoh apabila mexico membawa kes aduan kepada WTO
berkenaan isu meletakkan syarat penggunaan “dolphin-safe” label oleh US pada
produk tuna di bawah artikel 2.1 Technical Barier on Trade (TBT) pada tahun 2008.
Panel memutuskan tiada diskriminasi dalam penggunaan label berkenaan. Ia amat
bercanggah dengan Artikel 2.1 dan 2.2 TBT. Hakikatnya US “dolphin-safe” adalah
lebih kepada sekatan perdagangan daripada keperluan untuk memenuhi objektif sah
US (WTO DisputeSettlement Report, 2012)

Namun begitu pada masa yang sama penghapusan Dasar Perlindungan dan
Sekatan Tarif (GATT), penghapusan stok penimbal, serta provokasi pasaran akan
memberikan peluang kepada produk negara sedang membangun menembusi pasaran
negara maju dengan hak sama rata. GATT berfungsi sebagai perundangan supaya
memastikan tiada halangan terhadap pergerakan barangan perdagangan barangan di
perdagangan antarabangsa. Namun begitu, pakar perundangan GATT dapat menyekat
perdagangan berkenaan sekiranya ia untuk kepentingan kesihatan manusia, haiwan
dan tumbuhan selaras dengan perkara XX (b) GATT. Hal ini kerana produk yang
dikeluarkan haruslah tidak menjejaskan keselamatan dan kesihatan awam. Sebagai
contoh, Amerika Syarikat telah menyekat barangan permainan daripada China kerana
kandungan perwana yang terdapat pada barangan permainan tersebut didapati
berbahaya kepada kanak-kanak. Jelasnya, untuk menembusi pasaran sesebuah negara,
negara pengeluar harus mencapai piawai standard yang di tetapkan oleh setiap negara.

12

2.2

PENGARUH LUARAN

Organisasi berubah disebabkan desakan pengaruh luaran dan dalam. Pengaruh luaran
berlaku apabila terdapat tekanan daripada pihak luar yang menyebabkan organisasi
beradaptasi mengikut faktor perubahan tersebut. Antara aspek yang menjadi pengaruh
luaran perunagan sesebuah organisasi ialah pengguna dan pelanggan, pasaran,
keperluan negara pengimport, syarikat induk, dan pihak berkepentingan. Pengaruh ini
pula akan memberi peluang atau ancaman kepada aktiviti pemasaran dalam sesebuah
organisasi. Organisasi yang berjaya sentiasa mengawasi perubahan dan membuat
pendekatan yang sesuai dengan perubahan yang berlaku. Sehubungan dengan itu,
organisasi harus memikirkan strategi untuk merebut peluang yang wujud agar dapat
bersaing dan berkembang menjadi organisasi yang lebih kukuh dan mantap.

2.2.1 PENGGUNA DAN PELANGGAN
Kejayaan sesebuah organisasai amat bergantung kepada permintaan pengguna atau
pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan. Matlamat dan objektif sesebuah
organisasai untuk mencapai keuntungan yang maksimum dapat dicapai sekiranya
organisasi dapat memenuhi setiap permintaan pengguna. Justeru ini organisasi
haruslah peka dan memahami perubahan corak permintaan pengguna dari masa
kesemasa. Dewasa ini, umum di ketahui semakin ramai individu sedar bahawa
pengeluaran, pembelian, penggunaan dan pelupusan produk atau perkhidmatan boleh
memberi kesan terhadap kualiti alam sekitar. Ini telah membawa kepada perubahan
dalam tingkah laku pembelian oleh pengguna di mana semakin ramai pengguna
mengalihkan pembelian kepada produk yang mesra alam dan mengenepikan produk
yang merosakkan alam sekitar (Morris et al 1995).

Konsep pelabelan alam sekitar atau dikenali turut sebagai pelabelan eko (ecolabelling) telah muncul sebagai tindak balas kepada gerakan alam sekitar atau gerakan
hijau global. Gerakan hijau ini merupakan pergerakan sosial oleh kerajaan dan
masyarakat yang prihatin terhadap kerosakan terhadap alam sekitar dan kualiti hidup
akibat amalan pemasaran produk dan perkhidmatan secara konvensional. Gerakan ini
menuntut kawalan terhadap kemahuan pengguna yang telah mengakibatkan kos yang
tinggi terhadap alam sekitar (Kotler & Armstrong, 2008).
13

Jika sebelum ini, citarasa pengguna dikaitkan dengan harga dan kualiti sebagai
faktor penentu dalam keputusan pembelian. Kini pelabelan alam sekitar menjadi salah
satu faktor yang semakin penting kepada pengguna (Barnard & Mitra, 2010).
Pengguna yang memilih produk-produk mesra alam dengan pelabelan eko merupakan
pengguna yang mementingkan alam sekitar, atau lebih dikenali sebagai pengguna
hijau (green consumer). Kajian Ayser (2012) terhadap 235 orang pelajar universiti
menunjukkan hubungan kolerasi yang positif antara kesedaran alam sekitar dan
tingkallaku green purchasing. Pengguna hijau juga mempunyai keyakinan bahawa
alam sekitar mengalami masalah yang nyata dan masalah alam sekitar perlu ditangani
dengan sikap dan amalan kepenggunaan yang betul (Smith1998 dan Wibowo, 2002).
Pilihan pengguna hijau terhadap produk-produk dengan pelabelan alam sekitar
dipengaruhi oleh karakteristik produk tersebut iaitu tidak mengandungi bahan toksik,
tidak mengandungi bahan yang merosakkan alam sekitar, tidak membahayakan
kesihatan manusia dan haiwan, produk yang tahan lama, tidak menghabiskan banyak
tenaga dan sumber semulajadi semsa pemprosesan, penjualan dan penggunaan serta
menggunakan bahan yang dikitar semula atau merupakan produk kitar semula.
Perubahan ini boleh dilihat sebagai peluang untuk mengaut keuntungan bagi
sesetengah syarikat, contohnya Syarikat Hitachi Sales (Malaysia) Sdn.Bhd (Hitachi)
juga telah melancarkan perkakas rumah mesra alam sememangnya menjadi pilihan
masyarakat negara ini sebagai usaha menyokong usaha memelihara alam sekitar.
Rangkaian produk yang bertemakan Eco Midori seperti perkakas-perkakas rumah
tersebut termasuk peti sejuk, mesin basuh, penyaman udara, ketuhar gelombang
mikro, periuk nasi, penapis udara dan pembersih vakum direka dengan ciri-ciri mesra
alam bermutu tinggi bagi menjamin mutu dan fungsi yang sempurna kepada
pelanggan. Produk seperti ini semangnya mendapat sambutan yang amat
menggalakan dalam kalangan pengguna.

Selain daripada kesedaran terhadap alam sekitar, pilihan pengguna terhadap
produk-produk dengan pelabelan alam sekitar ini turut dipengaruhi oleh kesediaan
pengguna untuk membayar harga premium bagi produk-produk ini (Grote et al.,
2007). Walaupun harga untuk produk dengan pelabelan alam sekitar lebih mahal
berbanding daripada produk biasa, pengguna masih sanggup untuk membayar kerana
penggunaan produk-produk ini menguntungkan dalam jangka masa panjang. Sebagai

14

contoh pembuatan kereta generasi lestari seperti kereta hibrid yang menggunakan
setengah bahan bakar dan setengah tenaga elektrik. Jadi penggunaan kereta hibrid
menjimatkan perbelanjaan pengguna untuk membeli bahan bakar petrol. Inovasi ini di
sokong dengan penguatkuasaan Akta Kereta Bersih (HB 1379) di Carlifornia dan
Oregon di Amerika Syarikat.

Selain daripada pengguna, pelanggan juga menyebabkan sesebuah organisasi itu
berubah. Pelanggan yang prihatin dengan alam sekitar akan memastikan produk yang
dilanggani memenuhi persijilan ISO 14000 dan peraturan yang telah ditetapkan
(Delmas & Montiel 2007). Pelanggan berhak untuk memilih organisasi yang
mengutamakan alam sekitar

dalam aktiviti mereka. Tekanan seperti ini akan

menyebabkan organisasi itu berubah dan memenuhi kualaiti alam sekitar standart
dengan mengurangkan liabliti alam sekitar yang berkaitan dengan produk akhir
(Handfield et.al., 2002). Hal ini kerana kehendak atau citarasa pengguna
mempengaruhi keputusan organisasi perniagaan terhadap jenis dan barang niaga yang
hendak ditawarkan di pasaran. Sekiranya keluaran yang ditawarkan oleh organisasi itu
tidak diminati dan tidak mendapat sambutan daripada pengguna, maka organosasi
tersebut akan menaggung risiko tidak terjual yang tinggi dan pasti akan mengalami
kerugian.

2.2.2 PASARAN
Pasaran merupakan medium perantara di mana aktiviti ekonomi dapat bertimbal balik
antara pembekal dan pengguna. Untuk sesuatu pasaran berfungsi dengan baik, ianya
memerlukan faktor permintaan dan bekalan (demand and supply) sebagai penggerak
pasaran. Adam Smith dapat menerangkan sifat pasaran ini dengan tepat apabila beliau
menulis di dalam bukunya The Wealth of Nations pada tahun 1776 berkenaan sifat
asas pasaran yang merujuk khusus kepada memenuhi kepuasan dan kehendak
individu. Pasaran juga sering kali dikaitkan dengan persaingan di antara organisasi itu
sendiri dengan organisasi yang lain untuk memasuki pasaran. Dalam sistem ekonomi
kapatalis, organisasi sering menghadapi persekitaran persaingan yang dinamik.
Menurut The Reputation Institute, nilai pasaran saham sesebuah organisasi semakin
tertakluk kepada reputasi organisasi tersebut sebagai “corporate citizen”. Dengan

15

perubahan rejim pengawalseliaan mesra alam yang semakin ketat, organisasi yang
pantas memenuhi kriteria regulasi baru dapat mempertahankan syer pasaran
berbanding organisasi pesaing yang kurang mesra alam. Sebagai contoh Panasonic
Malaysia Sdn Bhd, peneraju dalam

produk perkakasan rumah, mengumumkan

pengenalan kepada 10 model baru penghawa dingin yang merupakan salah satu
produk yang mempunyai lima bintang yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga
(Malaysian Energy Commission). Siri Envio Inverter menggunakan teknologi
inverter( penyongsang) yang boleh menjimatkan tenaga sebanyak 50% dan dilengkapi
dengan beberapa ciri-ciri dari pendinganan cekap dan system pembersih udara. Reka
bentuk terbaru penghawa dingin yang unik dan berinspirasikan eco, bersesuaian
dengan pemilik rumah bijak. “Unique selling point” ini, dapat menonjolkan sesebuah
organisasi seterusnya meningkatkan persaingan untuk menembusi pasaran.

2.2.3 KEPERLUAN NEGARA PENGIMPORT
Arus globalisasi telah merubah agar operasi sesebuah organisasi atau perniagaan tidak
lagi terhad kepada persekitaran luaran setempat. Para peniaga tempatan harus bersedia
dan menyusun strategi dan merancang perniagaannya supaya benar-benar berdaya
siang dengan peniaga-peniaga antarabangsa. Keadaan politik, ekonomi dan
perkembangan teknologi semasa di negara-negara asing banyak berinteraksi dan
memberi kesan yang signifikan kepada perjalanan perniagaan di negara tempatan.

Di Malaysia, permintaan yang tinggi terhadap industri tekstil daripada negara
maju seperti Amerika Syarikat dan EEC telah menunjukkan perkembangan pesat
sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan peningkatan jumlah eksport
terutamanya ke negara-negara Amerika Syarikat dan EEC. Pengeksport -pengeksport
Malaysia telah menumpukan eksport ke negara-negara tersebut kerana kedua-duanya
merupakan pasaran terbesar bagi industri tekstil di Malaysia. Oleh kerana itu,
kementerian telah mengambil langkah dengan meningkatkan item-item yang
berkualiti tinggi. Ini adalah penting untuk mengekalkan kedudukan pasaran Malaysia
di Amerika Syarikat dan EEC. Di dalam keadaan ini Malaysia mampu memenuhi
kehendak-kehendak pasaran Amerika Syarikat dan EEC kerana industri tekstil di

16

Malysia mempunyai kapasiti yang mencukupi dan boleh mengeluarkan berbagai jenis
keluaran tekstil dan pakaian untuk memenuhi pertambahan permintaan tersebut.
Dalam industri perkayuan pula, pola pemasaran hasil keluaran perkayuan yang
berorientasikan eksport dan harapan para pengguna yang sentiasa bertambah
khususnya di negara-negara Barat, menyebabkan peningkatan dalam tahap teknologi
sekadar untuk meningkatkan produktiviti adalah tidak memadai. Pengusahan
perkayuan perlu mencapai piawaian antarabangsa seperti siri ISO9000, siri ISO14000
atau piawaian syarikat masing-masing. Pencapaian pengesahan siri ISO14000
bermakna pengeluar telah mengeluarkan sumber dari hutan yang di urus secara
lestari. Sifat mencintai alam sekitar ini memudahkan penerimaan keluaran kayu
tropika di negara-negara Barat

2.2.4 SYARIKAT INDUK (PARENT COMPANY)
Syarikat induk (Parent Company) merupakan sebuah organisasi atau syarikat yang
mempunyai atau mengekalkan kawalan ke atas syarikat-syarikat lain, yang dikenali
sebagai anak-anak syarikat, yang diri mereka entiti undang-undang yang berasingan
dan kawalan secara amnya merujuk kepada lebih daripada 50 peratus pemilikan
saham syarikat yang lain. Syarikat Nestle Sdn Bhd merupakan syarikat pembuatan
makanan yang menpunyai banyak rangkaian di seluruh dunia. Reputasi syarikat ini
mula terjejas dikaitkan dengan isu penebangan hutan di Indonesia. Isu ini berpunca
daripada bahan digunakan dalam penghasilan Nestle Kit Kat mengandungi minyak
kelapa sawit yang dikeluarkan oleh Syarikat Sinar Mas, Indonesia iaitu pengeluar
terbesar dalam industri kelapa sawit Indonesia. Penanaman kelapas sawit oleh Sinar
Mas secara besar-besaran dipercayai teleh memusnahkan hutan tropika Indonesia dan
seterusnya mengancam populasi Orang Utan di negara tersebut. Aktivis Alam Sekitar
iaitu Greenpeace telah bertindak untuk memboikot produk Nestle termasuklah lebih
10,000 produk Nestle yang lain di 130 buah negara. Tindakan ini bukan sahaja
menjejaskan permintaan terhadap produk syarikat di Indonesia, malahan rangkaian
syarika di seluruh dunia. Bagi meredakan isu ini Nestle telah mengambil langkah
agresif ialah menamatkan kontrak bersama Sinar Mas dan hanya akan menggunakan
certified sustainable palm oil bermula tahun 2015.

17

2.2.5 PIHAK BERKEPENTINGAN (STAKEHOLDER)
Pihak berkepentingan merupakan mana-mana kumpulan atau individu yang boleh
menjejaskan atau mempengaruhi pencapaian objektif sesbuah organisasi Freeman
(1984). Penglibatan pihak berkepentingan dalam organisasi akan menyebabkan
tertubuhnya perhubungan sosial. Ini kerana hubungan antara pihak berkepentingan
dan amalan pengurusan alam sekitar amat berkait rapat. Oleh itu, sesebuah organisasi
itu akan berupaya untuk memupuk kerjasama

dan memelihara alam sekitar.

Contohnya, Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) yang beroperasi di
kawasan perindustrian Gebeng Kuantan, pihak yang berkepentingan di dalam projek
ini adalah kerajaan Malaysia dan pihak Lynas itu sendiri. Akibat daripada pendebatan
yang serius bukan sahaja di kalangan penduduk setempat malahan di seluruh
Malaysia dan juga diluar negara, tekanan menyebabkan pihak Lynas berubah untuk
menjadi

satu

organisai

yang

diyakini

dengan

mengambil

cabaran

untuk

menyampaikan informasi yang lebih jelas dan difahami oleh masyarakat setempat
bagi mengembalikan keyakinan terhadap keselamatan projek ini. Hal ini terjadi
kerana rakyat Malaysia beranggapan bahawa pembukaan kilang pemprosesan nadir
bumi ini adalah satu lagi rentetan hitam yang pernah menghantui kehidupan
masyarakat di Bukit Merah, Perak pada tahun 1985. Oleh itu, pihak yang
berkepentingan perlu menterjemahkan maklumat saintifik kepada maklumat yang
difahami oleh masyarakat umum khasnya.

18

2.3

PENGARUH DALAMAN

Pengaruh dalaman terjadi apabila organisasi itu mendapatkan tekanan daripada
organisasi dalaman itu sendiri seperti untuk menaikkan kecekapan, tanggungjawab
sosial korporat, imej pematuhan perundangan, kesedaran individu dan kesedaran
kumpulan dalam organisasi itu sendiri serta pematuhan undang-undang. Pengaruh ini
akan member kesan kepada keupayaan organisasi itu untuk memenuhi keperluan dan
kehendak mereka dalam perniagaan.

2.3.1 KECEKAPAN
Pengurusan yang cekap penting untuk menjamin kemapanan sesebuah organisasi
dalam arus persaingan global. Sesebuah organisasi yang dapat menjimatkan kos
terutamanya daripada segi penggunaan bahan mentah yang lebih murah , pembanguna
dan penyelidikan akan meningkatkan kelebihan kompetitifnya berbanding sengan
pesaing-pesaing mereka. Contohnya pembangunan produk di sebuah organisasi
pemprosesan hiliran di Petaling Jaya dipelajari dari kilang-kilang induk di luar negara
dan dimodifikasi dalam negara. Melalui cara ini, keuntungan dapat dipertingkatkan.
(Er Ah Choy, 2000)

Selain itu organisasi itu juga akan mendapat daya siang yang mampan jika ia
disokong dengan kecekapan peringkat organisasi (Barney,1991 & Rugman, 2002).
Kecekapan diperoleh daripada kombinasi sumber yang dibina diatas pelabagai
kompenan asas termasuk aset fizikal, kemahiran pekerja dan proses organisasi.
Kemahiran pekerja tidak boleh diperolehi dengan mudah melainkan adanya usaha
pendidikan dan latihan. Hart (1995) menyatakan pelaburan boleh dibuat untuk
meningkatkan keupayaan alam sekitar firma, termasuk dalam pelaburan dalam
teknologi, membina strategi dan latihan. Hal ini telah menunjukkan bahawa tahap
keupayaan yang berbeza telah dibangunakn untuk pelbagai strategi alam sekitar
seterusnya membawa kepada tekanan organisasi untuk berubah. Sebagai contoh,
kecekapan sesebuah organisasi menggunakan sumber dengan cekap dalam
pengamalan kitar semula dalam organisasi tersebut. Kecekapan boleh dilihat apabila
sesebuah organisasi itu dapat meminimakan bahan buanagan dan menggalakkan
penggunaan semula atau kitar semula dan penggunaan tenaga yang mesra alam seperti
19

tenaga suria. Contohnya Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) menyasarkan
penjimatan kos penggunaan tenaga elektrik tahunan sehingga RM2.1 juta berbanding
kadar semasa dengan sistem tenaga solar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA).

2.3.2 IMEJ
Imej sesebuah organisasi amat penting dalam meningkatkan persaingan ekonomi di
peringkat global. Apa yg telah berlaku kepada industri kelapa sawit negara
menunjukkan kepentingan imej yang kurang baik dapat menjatuhkan reputasi
sesebuah organisasi. Pada Oktober 2005, televisyen BBC (British Broadcasting
Corporation) telah menyiarkan laporan Friends of Earth, mendakwa industri kelapa
sawit Malaysia telah menyebabkan pemusnahan hutan tropika dan mencemarkan alam
sekitar sehingga mengancam kehidupan Orang Utan Borneo. Sebelum itu, banyak
juga dakwaan dikeluarkan pelbagai pihak, khususnya para pesaing industri kelapa
sawit tentang pembakaran pokok tua, hakisan tanah dan pencemaran air sisa kelapa
sawit yang mengancam ekosistem sungai dan sumber air. Pihak kerajaan
sememangnya mempunyai dasar yang tegas untuk memastikan industri kelapa sawit
mesra alam. Sehubungan dengan itu kerajaan telah mewajibkan semua kerja-kerja
guna tanah pertania yang melebihi 500 hektar perlu mematuhi syarat-syarat EIA
(Environmental Impact Assessment) dan tertakhluk kepada pelbagai akta, konvensyen
dan perjanjian lain mengenai sisa buangan industri, asap, kaedah penanaman dan
keselamatan pekerja. Semua ini bertujuan untuk memastikan bahawa industri ini
dimajukan dan bersesuaian dengan kepentingan masyarakat, alam sekitar dan
pembangunan lestari. Imej yang baik bukan sahaja menyebabkan industri ini
memberikan daya saing yang lebih tinggi malah mendapat permintaan yang tinggi
daripada golongan pencinta alam khususnya negara Eropah. Imej industri kelapa
sawit ini boleh diubah menggunakan pelbagai kaedah, di antaranya termasuklah
mempergiatan promosi dan aktiviti bercorak perhubungan awam seperti penglibatan
aktif dalam Persidangan Meja Bulat Kelapa Sawit yang Lestari 2004 dengan
kerjasama Tabung Hidupan Liar World Wildlife Fund (WWF). Selain industri ini
haruslah mempergiatkan R&D agar dapat memastikan setiap amalan, proses dan
teknologi dalam menghasilkan produk kelapa sawit dilakukan secara mesra alam.

20

2.3.3 TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR)
Menurut Pengerusi Suruhanjaya Sekuiriti, Datuk Zainal Anwar, Tanggungjawab
Sosial Korporat perlu dilaksanakan sebagai salah satu komponen asas dalam amalan
perniagaan. Dengan kata lain, tanggungjawab sosial perlu menjadi amalan dan bukan
bersifat satu pilihan. Tanggungjawab sosial koporat mempertingkatkan koperasi, nilai
jenama, penjualan dan kesetian pelanggan. Selain itu, skop tanggungjawab sosial
korporat juga perlu diperluasakan dalam konteks pemuliharaan alam sekitar.
Tanggungjawab sosial koporat yang mesra alam ini boleh dilaksanakan dalam tiga
dimensi iatu jenis perniagaan, pengurangan impak alam sekitar dan penajaan.
Rajah 3 : Kuadran Mesra Alam

Kuadran Pertama
•  Masih memerlukan sisitem
perundangan untuk melakukan
sesuatu inisiatif mesra alam

Kuadran Kedua
•  Mempuayai kesedaran mesra alam
namun masih mengutamakan
perkiraan untung rugi 

Kuadran  
Mesra Alam 
Kuadran Ketiga
•  Mempunyai kesedaran tinggi
terhadap pelestarin alam sekitar dan
melakukan pelbagai inisiatif
mengatasi apa yang diperlukan oleh
undang-undang

Kuadran Keempat
•  Sangat peka terhadap pelestarian
alam sekitar sehinggakan
menjadiakan perniagaan mereka
selari dengan falsafah dan dasar alam
sekitar. 

Konsep Kuadran Mesra Alam ini di perkenalkan oleh Zaini Ujang (2008), di
mana menunjukkan tahap penglibatan pelbagai pihak mengikut komitmen mesra
alam. Pengelasan ini memudahkan pihak kerajaan untuk memantau penglibatan sektor
korporat dalam pelestarian alam sekitar khasnya dalam Tanggungjawab Sosial
Korporat (CSR). Antaranya adalah dalam membuat keputusan terhadap keperluan
sosial yang meliputi hak-hak masyarakat, penjagaan alam sekitar, kebajikan para
pekerja, hak-hak pengguna dan sebagainya. Perlaksanaan CSR telah memberikan
kesan dan impak sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada organisasi itu
21

sendiri. Sebagai contoh, Syarikat-syarikat yang berjaya mencari jalan untuk
menangani rakyat termiskin di dunia telah membantu dalam mengurangkan
kemiskinan di samping meningkatkan ekonomi negara-negara tersebut. Selain itu
respons yang positif daripada pengguna terhadap usaha CSR oleh organisasi
menghasilkan peningkatan dalam jualan barangan dan perkhidmatan. Inisiatif CSR ini
juga boleh membuka pasaran baru terutamanya di negara-negara membangun.

Pelaksanaan CSR juga dapat peningkatan dalam jenama dan nilai moral
pekerja yang lebih baik. Melalui perlaksanaan CSR, masyarakat lebih mengenali
institusi korporat tersebut sekali gus dapat memperkenalkannya dengan lebih meluas.
Imej baik syarikat juga dapat dipertingakatkan di mata masyarakat. Hal ini kerana,
masyarakat akan memberi reaksi dan persepsi yang positif terhadap syarikat yang
mengambil berat mengenai kepentingan sosial dan kebajikan masyarakat. Melalui
perlaksanaan CSR juga, ia sedikit sebanyak menyumbang kepada perkembangan
sesebuah organisasi.

Kesimpulannya, perlaksanaan CSR ini dapat meningkatkan reputasi sesebuah
syarikat, di mana ianya dari satu segi (supply -side) dapat menarik, mengekal dan
memotivasikan pekerja yang berkualiti. Manakala dari perspektif lain (demand -side),
reputasi yang baik dapat meningkatkan nilai sesuatu jenama yang secara tidak
langsung meningkatkan imej dan nama syarikat. (Oliver Falck & Stephen Heblich,
2007).

2.3.4 KESEDARAN
Setelah berlakunya episod bersiri pencemaran alam sekitar dan ekosistemnya daripada
retetan Revolusi Perindustrian, para saintis, jurutera, sarjana teknologi, ahli politik,
ahli ekonomi termasuklah masyarakat dunia secara keseluruhannya sudah mula sedar
tentang kepentingan mengimbangi kehendak pemodenan dan alam sekitar. Kesedaran
terhadap alam sekitar dalam kalangan individu mahupun kumpulan telah mewujudkan
Gelombang Hijau iaitu satu anjakan paradigma terhadap sains, teknologi dan
kejuruteraan. Teknologi Alam Sekitar adalah teknologi yang memperkenalkan
pelbagai kaedah yang tebaru dan komprehensif bagi merawat pencemaran yang

22

berlaku pada sumber air, udara dan tanah. Clear Technology pula meneroka teknologi
yang mengguna-pakai semuala semula sisa industri atau proses dan juga melihat
keseluruhan proses pencemaran. Clear Technology lebih memfokuskan kepada closeloop system. Penggunaan ekosistem tiruan bagi merawat masalah pencemaran adalah
pendekatan yang terdapat dalam eko-teknologi. Sebagai contoh menggunakan
ekosistem buatan bagi merawat sisa air industri. Tasik buatan Putrajaya adalah di
antara eko-teknologi yang tumbuhan air dari pelbagai spesis (Wetland). Selain
daripada itu, Life-Cycle Analysis juga adalah kaedah yang masih baru diperkenalkan
di Malaysia. Ia melibatkan analisa yang menyeluruh bagi kitaran sesuatu produk atau
perkhidmatan bagi melihat potensi kepada sumber pencemaran. Daripada analisa
yang menyeluruh bagi kitaran sesuatu produk atau perkhidmatan bagi melihat potensi
sumber pencemaran. Selain itu analisayang lebih dikenali sebagai “from cradle to
grave” telah menjadi begitu popular di Eropah dan Jepun khususnya permintaan
untuk produk dan perkhidmatan mesra alam. Walaubagaimanapu, Teknologi Hijau
yang ada sekang lebih memusatkan penyelidikan dan pembangunan yang bersifat
diguna-semula. “Cradle to cradle design” adalah pendekatan yang tebaik bagi
memastikan tiada pencemaran di akhir kitaran produk tersebut di mana sisanya boleh
diguna-pakai untuk tujuan penghasilan produk yang sama atau bahan mentah bagi
produk yang lain.

2.3.5 PEMATUHAN UNDANG-UNDANG

Pematuhan undang-undang juga dapat dilihat sebagai aspek yang mempengaruhi
perubahan sesebuah organisasi. Di Malaysia, terdapat pelbagai langkah perundangan
dan dasar-dasar yang telah digubal bertujuan untuk melindungi alam sekitar.
Antaranya ialah, organisasi-organisasi yang bukan ditetapkan melepaskan effluent
adalah tertakluk kepada kawalan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekitar
(Kumbahan dan effluent-effluent Perindustrian 1979). Pada tahun 2007, Jabatan Alam
Sekitar telah menjalankan 6856 pemeriksaan penguatkuasaan terhadap sejumlah 6272
premis industri dan premis-premis yang bukan ditetapkan yang tertakluk kepada
Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling. Pencapaian pematuhan keseluruhan oleh
premis yang bukan ditetapkan adalah 71%. Sebanyak 29% premis lain yang diperiksa
mendapati menghadapi pelbagai kesukaran pematuhan seperti tidak mematuhi
23

piawaian pelepasan effluent dan tidak mepunyai Kebenaran Bertulis bagi pembinaan
loji pengolahan effluent. Didapati pada tahun 2007, status pematuhan industri dan
premis-premis yang bukan ditetapkan mengikut jenis industri menunjukkan
sebahagain besar premis perniagaan tidak dapat mencapai pematuhan penuh iaitu
100%. Hanya kilang padi sahaja yang mencapai pematuhan sebanyak 100%
manakala industri-industri galian bukan logam seperti

berasaskan kayu, jentera,

perhotelan, Indah Water Korsortium dan loji pengolahan persendirian, kuari, kulit
penapisan minyak (makan) dan penapisan petroleum mencapai pematuhan di antara
81% hingga 93% pematuhan.

Sementara itu, langkah kerajaan Negeri Sembilan menguatkuasakan larangan
pembukaan ladang ayam baru menjelaskan betapa sektor pertanian dan industri asas
tani memerlukan pembaharuan khususnya dari segi teknologi, amalan dan kaedah
operasi. Hal ini berlaku kerana, ketika ini ladang ayam diusahakan secara
konvensional mengakibatkan masalah bau dan pembiakan lalat yang semakin
membimbangkan. Begitu juga senario yang berlaku dalam konteks penternakan babi
si Sungai Tuang, Melaka. Industri ternakan tersebut berkembang pesat namun
teknologi dan amalan operasinya menggunakan kaedah konvensional yang tidak
mesra alam.

Bagi meningkatkan pematuhan, Jabatan Alam Sekitar telah mengeluarkan
arahan-arahan kepada pihak industri untuk memasang alat kawalan pencemaran yang
efisien, meningktakan keupayaan kemudahan kawalan pencemaran yang sedia ada
dan juga supaya menyediakan jadual perancangan dan perlaksanaan sistem
pengurusan alam sekitar yang baik. Di samping itu, pelbagai aktiviti kesedaran turut
dilaksakan sepanjang tahun untuk kumpulan sasaran yang spesifik seperti dialog,
seminar dan bengkel untuk industri dengan tujuan untuk meningkatkan paras
pematuhan.

Jabatan Alam Sekitar turut mempromosikan penggunaan teknologi

kawalan yang efisien, amalan pengelaran bersih serta ‘self regulation’.

24

3

KESIMPULAN

Fenomena globalisasi sebenarnya mencerminkan hubungan ekonomi yang tidak
setara atau seimbang di antara kelompok negara maju dengan negara negara yang
sedang membangun. Keadaan ini jelas menunjukkan berlakunya pengekpoitasian dan
cengkaman ekonomi oleh negara-negara maju ke atas corak perdagangan
antarabangsa. (Anuwar Ali, 2000). Kita tidak dapat menggelak eksploitasi ekonomi
yang wujud dan menifestasinya terjadi apabila kita melihat negara-negara yang kuat
memanipulasi ekonomi negara-negara yang lemah melalui perdagangan dua blok
tersebut. Fenomena ini juga dipengaruhi oleh keunggulan dan kecemerlangan
sesebuah organisasi. Oleh yang demikian, bagi memastikan sesebuah organisasi itu
berubah dan berjaya, pengetahuan, pendekatan dan permintaan daripada pelbagai
pihak memainkan peranan yang sangat penting. Pengaruh dalaman dan luaran dalam
organisasi menyebabkan perlunya anjakan paradigma jika ingin memastikan bahawa
setiap barangan dan perkhidmatan mencapai stadart yang ditetapkan. Namun, perkara
ini tidak boleh dicapai dengan masa yang singkat kerana komitmen dalam sesebuah
organisasi untuk mengekalkan perubahan dan melihat keuntungan yang akan
diperolehi akan mengambil masa untuk diraih. Sehubungan itu, kerjasama amat
diperlukan daripada penglibatan organisasi itu sendiri yang terdiri daripada majikan
dan pekerja di samping bantuan daripada pihak kerajaan, badan-badan bukan kerajaan
seperti Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan firmafirma pengeluar untuk merubah gaya hidup pengguna di negara ini ke arah
penggunaan yang lestari. Hal ini kerana perubahan tingkah laku pengguna adalah
paling sukar dilakukan dan pelaburan jangka panjang serta komitmen diperlukan
untuk membuat anjakan minda pengguna.

25

4

RUJUKAN

Anwar Ali (2000), Globalisasi: Implikasi dan cabaran, pembangunan ekonomi dan
industri dan era globalisasi , Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi : 15-18

Aysel Boztepe (2012), Green Marketing and its impact on cunsumer buying behavior,
European Journal of Economic and Political Studies : 5-21

Azizan Ramli (2010) Membudaya minda lestari dalam pengurusan alam sekitar,
Universiti Malaysia Pahang: 89-96

Barnard, E., & Mitra, A. (2010): A contingent valuation method to measure
willingness to pay for eco-label products. Allied Academies International
Conference: Proceedings of The Academy for Economics & Economic Education

Barney, J.B., 1991. Firm resources and sustained competitive advantage. Journal of
Management 17, 99–120

Delmas, M.A., Montiel, I. (2007) dalam Joseph Sarkis, Pilar Gonzales,Belarmino
Ardenso ( 2010 ). Stakeholder pressure and the adoption of environmental
practices : The mediating effect of traning 28, 163-176

Er Ah Choy (2000), Globalisasi: Implikasi dan cabaran strategi kemapanan industri
Negeri Selangor dalam era globalisasi , Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi :
224-239

Irawaty A. Kahar (2008) Konsep kepimpinan dalam perubahan organisasi
(Organization Change) pada Perpustakaan Perguruan Tinggi, Jurnal Studi
Perpustakaan dan Informasi Vol 4, No 1, 21-27
Kadaruddin Aiyub,Geraard S & Martin A ( 2006). Globalisation of environmental
protection : Future chaleengers for Malaysian businesses,

Jornal

of

Environmental Management 7, 3-18

26

Kotler, Philip dan Armstrong, Gary (2008) :

Principles of Marketing. Pearson

Prentice Hall

Mohd Rosli Mohamad (2001) Pembangunan ekonomi Malaysia era globalisasi: Alam
sekitar dan pencemaran, Universiti Malaya, Kuala Lumpur 414-416

Muhammad Rizal Azman & Jamaluddin Jahi (2010). Kelestarian dalam perjanjian
alam sekitar pelbagai hala: Sudut pandangan Malaysia,

Journal

of

Environmental Management 11( 2): 33-43

Mohd Rafi Yacob (2000). Perniagaan Mesra Alam : Strategi Ampuh Malaysia
Besaing di Peringkat Global, Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi
Malaysia Ke IV 2009, 454-464

Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod & Abdul Ghafur Hamid (2000). The WTO rules
versus Multilateral Environmental Agreements (MEAs): The search for
reconciliation. Kertas kerja Asian WTO Research Network Regional Conference
on Trade, WTO and Sustainable Development: A Cause For Concern? Anjuran
bersama: UIAM, ERA Consumer Malaysia, FOMCA & UNDP. Kuala Lumpur,
23-24 April

Nurul Hasliza Mohd Razmin, Nur Izzati Mohamad Anuar, Nur Dalila Mat Yusoff,
Nik Malini Nik Mahdi 2013, Globalisasi Sebagai Satu Kolonialisme Bentuk Baru
dan Kesan Kepada Ekonomi, Universiti Kelantan Malaysia, 1319-1325

Oliver Falck & Stephen Heblich (2007) dalam Noralija Binti Che Man, Joni Tamkin
2010,

Perlaksanaan

tanggungjawab

sosial

korporat

:

implikasi

dan

keberkesanan kepada masyarakat, prosiding PERKEM V Jilid 2, Pg 210-218

Rusly Musa, Nurashikin Abdullah (2006) Globalisasi Ekonomi dan Kerjasama
Serantau, Pearson Malaysia, 421- 428

27

Shamsul Amri Baharudin (2000), Globalisasi: Implikasi dan Cabaran, ‘Projek
Pembangunan’ kepada ‘Projek Globalisasi ‘, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi : 23-34

Zaini Ujang (2010), Industri Asas Tani Bersih? Berita Harian 30 Oktober 2007,
Minda Lestari :183-187
Zaini Ujang (2010), Produk Kelapa Sawit Mesra Alam? B