Satu Yang menjadi penentu perkemnamgan

Satu Yang menjadi penentu
Dr Ahmad Zaharuddin Sani Sabri
Akhirnya, pengumuman yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia kunjung jua. Tepat jam
11.35 pagi 3 April 2013, Parlimen Malaysia bubar jua selepas lebih 5 tahun PRU12
berlangsung. Ketika penulisan ini dibuat, semua negeri juga telah membubarkan Dewan
Undangan Negeri masing-masing kecuali Sarawak yang belum mencecah tempoh matang.
Gendang sudah dipalu. Pastinya strategi sudah diatur.Semangat dan motivasi sudah mula
dipupuk. Setiap pihak, sama ada BN ataupun PR, semakin rancak dan bersemangat
merencana gerak kerja awal bagi menghadapi perlawanan genting itu. Masing-masing sudah
memasang harapan dan matlamat tersendiri, BN pasti ingin mempertahankan kemanangan dan
PR pula pasti berusaha mencipta sejarah menerajui kepimpinan negara buat julung kalinya.
Itulah matlamat mereka, yang pasti akan dilaksanakan oleh jentera masing-masing.
Satu tepukan hormat saya berikan buat YAB Dato Seri Najib Tun Razak, yang berjaya
mengemudi bahtera negara walaupun seringkali dilanda ombak keraguaan. Hakiakatnya, bukan
mudah untuk memikul amanat apatah lagi memimpin sebuah negara yang unik yang terdiri dari
pelbagai kaum, agama dan budaya. Siapa saja yang menerajui negara ini pastinya pening
kepala memiikirkan kelangsungan dan kelastarian perpaduan yang harus dikekalkan agar
simbiosis hidup di bawah satu naungan ini dapat diteruskan.
Berbalik kepada isu pilihanraya, saya menyeru agar rakyat dan juga calon-calon yang
bertanding, agar terus tenang dan tidak melakukan sebrang provokasi secara melampau.
Sudah menjadi adat untuk kita bersaing dan menegakkan pendirian kita namum janganlah

sampai melukai apatahlagi sampai merusuh. Ingat, kita ini hidup bermasyarakat, jangan
disebabkan oleh PRU13 ini akhirnya kita menjadi terpencil hidup sendirian apabila habis sahaja
bahang PRU13 ini.
Kita sebagai rakyat bertamadun harus belajar untuk cuba bersetuju untuk tidak bersetuju. Tidak
dinafikan, bukan mudah melakukannya, namun jika kita mempunyai jatidiri yang kuat serta
menggunakan akal yang dianugerahkan oleh illahi, pastinya kita dapat bertidak secara
professional melampau batas-batas emosi.
Saya juga menggesa agar kita semua, yang diwartakan sebagai penggundi untuk keluar
menggundi dengan jiwa yang bersih. Cernalah setiap pandangan serta nilailah dengan telus
perjuangan pemimpin-pemimpin kita yang lampau untuk dijadikan batu pengukur membuat
pilihan. Jangan berpaksikan emosi dalam membuat keputusan kerana undi anda bakal
menentukan hala tuju negara di masa hadapan. Janganlah disebabkan undi kita anak-cucu kita
sengsara kelak. Pilihlah mereka yang berjiwa besar yang melihat serta memiliki visi yang
melampaui hari esok.
Jangan tersalah pilih, teruk padahnya. Jangan sekali-kali menggadai masa depan hanya kerana
dendam. Undi anda penentu kepimpinan negara. Mereka inilah yang akan mengemudi bahtera
negara dalam arus kemodenan yang begitu mencabar ketika ini.

Pastinya PRU13 akan menjadi sesuatu yang amat menarik dalam lipatan sejarah, apatahlagi
bubarnya selepas 5 tahun selepas pilihanraya yang lepas. Beberapa pembaharuan juga akan

diperkenalkan buat pertama kalinya, seperti penggunaan dakwat kekal di jari, pengundi luar
negara serta perlantikan pemerhati yang diiktiraf untuk memantau keadilan proses pilihanraya.
Banyak analisa awal yang telah dibuat oleh para penganalisis politik berkenaan gambaran awal
dan juga kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku pada PRU-13 nanti. Apa yang pasti,
PRU-13 bakal menjadi satu pilihanraya yang akan menentukan status kedudukan parti-parti
yang bertanding, samada ia masih mendapat sokongan dan kepercayaan daripada rakyat
ataupun sebaliknya. Jika keputusan PRU-12 dahulu dikatakan satu sejarah baru dalam arena
politik negara, saya merasakan tidak mustahil akan tercipta satu lagi sejarah baru pada PRU-13
nanti.
Telaan saya akan wujudnya pertembungan “panas” satu lawan satu di hampir semua kawasan
parlimen mahupun dewan undangan negeri dan pertandingan “kereta kebal” yang melibatkan
tokoh-tokoh besar yang selama ini kita tidak menjangka bahawa mereka ini akan melibatkan diri
sepenuh masa dalam kancah politik kepartian.
Media alternatif pastinya memainkan peranan utama dalam penyebaran maklumat dan pemujuk
penggudi di atas pagar. Saya menyifatkan PRU13 sebagai pilihan raya media sosial pertama
dalam negara yang mana menjadi pemangkin untuk ahli-ahli politik berkomunikasi dengan
masyarakat. Malah Peperangan media sosial ketika ini sudah pun berlaku dan hampir setiap
minit ada saja pertempuran dimana-mana laman media sosial Kita terpaksa menerima hakikat
jentera siber bukan lagi jentera picisan , mereka mempunyai jaringan yang cukup kuat dalam
mendepani serangan lawan dan menyalurkan maklumat segera kepada golongan sasar, kerana

segalanya kini hanya di hujung jari. Harapan saya, jangan dijadikan medium ini sebagai
penyebar fitnah dan di adu dombakan pelbagai pihak yang boleh merosakan perpaduan yang
sedia ada.
Harus diingatkan, negara kita bukan dibina dengan batu-bata, tapi, ianya boleh musnah dalam
sekelip mata.
Bagi pengundi pula, anda harus bijak dalam menapis semua maklumat yang diberi. Gunakan
akal yang rational tanpa prejudis, jangan jadikan masa depan diri, keluarga dan negara sebagai
sesuatu yang boleh diperjudikan.
Pada mereka yang sudah mula berfikir untuk tidak keluar mengundi pada PRU13 ini, fikir baikbaik, kerana satu undi boleh merubah segalanya. Mungkin ada dari kalangan kita yang
menganggap ianya soal remeh, tapi tanpa disedari dengan hanya sekeping undi yang kita
pangkah, kesannya amat besar dalam kehidupan seharian kita. Lihat apa yang berlaku dalam
lipatan sejarah;
Pada tahun 1649, satu undi telah menyelamatkan King Charles of England dari di hukum
bunuh; 1839, satu undi telah menyebabkan Marcus Morton di lantik governor Massachusetts,
1845, satu undi telah membolehkan Texas menyertai Gabungan Amerika Syarikat, 1868, satu

undi telah menyelamatkan President Andrew Johnson dari dihukum, 1923, kelebihan satu undi
telah menyebabkan Adolf Hitler dilantik president parti Nazi.
Maka marilah kita sama-sama menunaikan tanggungjawab kita sebagai penentu hala tuju
negara. Undi kita amat berharga, undi yang tidak boleh di jual beli, undilah untuk MALAYSIA.


Dr Ahmad Zaharuddin Sani Sabri merupakan Timbalan Pengarah, Institute Pemikiran Tun Dr
Mahathir Mohamad.